Salah satu daripada yang diburu olih peminat barang mistik ialah geliga lipan.Mereka mempercayai geliga lipan mempunyai kelebihan
membuat pemakainya dapat melihat barang yang terlindung.
Hey there! Thanks for dropping by Karimon's Blog! Take a look around and grab the RSS feed to stay updated. See you around!
Salah satu daripada yang diburu olih peminat barang mistik ialah geliga lipan.Mereka mempercayai geliga lipan mempunyai kelebihan
membuat pemakainya dapat melihat barang yang terlindung.
karimon on Buku Pawang | |
lukman hussain on Badi Kuning | |
Mohamad Fitri on Buku Mistik Teras & K… | |
Akhmad on Keturunan Al Hassan Yang … | |
Taufik on Kayu Penunduk/Kayu Tas | |
Bang Iyek on Keturunan Al Hassan Yang … | |
Yanda on Batu Petir | |
Azizi bin Aziz on Buntat Lokan & Telor Ayam… | |
Sharom on Buah Lantong atau Labu Hu… | |
Syed Muhammad Aizil… on Keturunan Al Hassan Yang … | |
amir on Sejadah Rohani | |
komunitaspemikirkrit… on Keturunan Al Hassan Yang … | |
komunitaspemikirkrit… on Keturunan Al Hassan Yang … | |
jailani matdoan on Keturunan Al Hassan Yang … | |
jailani matdoan on Keturunan Al Hassan Yang … |
Ye memang ia tembus pandang,akan nampaklah segala isi tubuh org yg dipandang,ia dahulunya dipakai tujuan utk berperang oleh pahlawan2 melayu dahulu kala.utk mdptkannya amatlah sukar,kerana ia dijaga oleh makhluk Allah swt,ada antaranya ia dijaga oleh 2,3 puak makhluk halus dan perlu berunding dan bertarung secara batiniah sbelum mendapatkannya.Setiap ciptaan Allah itu ada rahsia yg tersurat dan tersirat.
Betul ke Brader Yie? Kat mana kita nak dapatkan geliga lipan yang tembus pandang? Saya ada geliga lipan, tapi tak pandai nak membangkitkannya. Diharap brader dapat bantu saya. 🙂
sampai sekarang Brader yie ni tak bagitahu pun. Kedekut ilmu.
ibarat ada kereta tapi hnya tahu jaga tapi xtahu guna……ada bacaan nya untuk tembus pandang sebenarnya…..ada tempoh matang geliga tersebut..kalau muda…xboleh lagi…saya pon xberapa pandai…tapi saya ada memiliki sepasang geliga lipan……
tak berapa pandai, tp komen mcm kondem org…
Nak tny saya ada geliga lipan asalnya warna oren brtukar hitam knp ye..nk jual klu krna hrga 0193444831
assalamualikum..,
mempunyai 2 kegunaan pertama sebagai perubatan melibatkan bisa² badan mahupun gigitan binatang² berbisa samada lipan,ular,kala jengking,ikan sembilang dan sebagainya .
kegunaan kedua sebagai tembus pandang .dalam melihat sesuatu terlindung . ttp kini pencari barangan ini banyak mencari untuk kepentingan duniawi sebagai contoh perjudian .
setiap geliga lipan dilengkapkan untuk perubatan manakala untuk tembus padang perlu dilakukan beberapa ritual bersangkutan dengan penjaganya .
antaranya, perlu diberikan beras @ bertih jagung antara selalu dibuat oleh setiap pewaris . ttp kadang kal mrk lupa mensedekahkan Al-Fatihah kpd penjaganya .
ia juga perlu dimandikan dengan ……..?? serta ia perlu diberi minum ……….?? apabila semua telah buat anda akan dapati geliga lipan xkan berwarna lain selain merah .
jika silap informasi ku pohon kemaafan sepuluh jari .wassalam
saya ingin bertanya dgn saudara..bagaimana caranya utk kita menguji geliga lipan ini sekira nya kita igin mengetahui sama ad ia masih hidup @ sudah mati….?
ia juga perlu dimandikan dengan ……..?? serta ia perlu diberi minum ……….?? sy xfhm….bleh terangkan saudara dan sy nk thu cara utk mnguji geliga lipan yg ori atw palsu
Perlu dimandikan caranya menggunakan bahan apa? Minumannya apa?
Minuman geliga lipan madu lebah yg ory
Mandikan dengan air beras.
Kawan saya sendiri pun ada geliga lipan yang masih dimulut lipan.Jenis ini adalah menurut orang ialah jenis lipan mati barangan.Walaupun ianya kelihatan mati dan kering namun ianya masih belum mahu melepaskan geliga tersebut.Jangan sekali saudara mencuba untuk melepaskannya kerana lipan itu sendiri walaupun sudah mati tidak mahu melepaskannya melainkan saudara tahu akan caranya,jika saudara paksa juga melepaskannya maka apa yang saudara bakal dapat kelak hanyalah geliga lipan tanpa khasiat.Ada 2 cara pertama tunggu sehingga ia(lipan) melepaskan geliga tersebut dan bila waktunya agak sukar untuk dijangkakan.Cara kedua ia itu ritual melepaskan geliga lipan ini adalah dengan menyediakan kain merah bagi tujuan menyambut geliga lipan itu,setelah dilepaskan maka di isi didalam satu bekas dan diberikan setitik madu dan bekas itu harus ada lubang sekadar kecil sahaja.Ritual yang saya sebutkan tadi adalah apa yang saya ketahui dan mungkin lain orang mempunyai ritual yang lain pula.Mungkin ada pengunjung blog ini dapat berkongsi pendapat maka silakan.
karimon,lail ni penipu,…puak kita da gi da yong peng tu,,tanya pasal brg dio…ternyata lail ni penipu…dgn nama allah..sy TENGKU MOKHTAR DARI TERENGGANU>>>
acap…mu ni budak..mu toksah simpan la benda2 ni…mu diri mu pun mu tak kenal…
mu nie najib.. cm kenal diri sndiri je.. mu pon x tau diri mu tu bersih atau x.. mu g la blajar.. toksah sibok hal org lain.. die pnye urusan..
knine aku cadangkan mu ni mandi je susu dgan gelipan mu dekat batu caves tu…kah3..bebal
oi.. mu ni pehal? dok bising sane bising sini.. lail tu anak kamu ke? diri sndiri x terurus nk sebok hal orang..
ade sesiape simpan mani gajah ade org brhajat…….
Sy ade member yg jual mani gajah…ape2 msj sy blik ty
saya ada mani gajah alam ini dan alam ghaib.berminat sila wtsp ke 0199942243.dijamin original ya…
Saya ada pm 0193444831
saya ada byk koleksi batu ambar dari pokok rhu….sesiapa yg berminat hubungi saya…..cantik dijadikan batu cincin…khasiatnya rmai yg org cakap tp saya tak ambil port….017-4667475
terima kasih..sy masih tak berbuat ape2 keatas bende itu,geliga masih ade di dlm mulut lagi..ape yang saya dgr benda ini kelebihannya boleh tembus pandang dan mcm2 lagi tapi sy tak tahu macam mane hendak guna pakai benda ni….bolehkah tolong tunjuk ajarkan cara hendak menggunakkannya dgn baik??askm
apa-apa pun semua adalah ciptaan, Allah, semuanya tiada apa-apa, yg berkuasa hanya Allah, maka kalau kita percaya kita akan lebih di bawa jauh, makin jauh,…..dripada menjaga batu bagus jaga solat,…ini janji tuhan,makin kita percaya benda karut’makin mengarut….ingatlah ini semua ujian,….
tuhan jadikan garam itu masin, gula itu manis..itu khasiat yg tuhan jadikan..begitu jga dengan lain2 benda ada khasiatnya..jika menghina khasiatnya sama dengan menghina makhluk ciptaan tuhan…hanya jauhari mengenal manikam
dah lama saya mencari geliga lipan.baru kini saya mendapat.mungkin inilah masanya saya memiliki geliga lipan. memang power…..sangat mengagumkan. kepada tuan tuan yang empunya geliga lipan tetapi tidak tau menggunakannya… bolehlah menghubungi saya. 0125455693…terima kasih
Salaam buat semua penatap di blog ini… izinkan saya buat pertama kalinya mencoretkan sesuatu….
Baru-baru ini saya ada melayari Blog yang memaparkan tentang paparan Geliga Lipan yang dibuat perbezaan dari segi rupabentuk fizikal geliga lipan tersebut. Tetapi malangnya saya merasa sedikit kecewa dengan posting beliau kerana hanya silica gel sahaja yang dipaparkan sedangkan tiada satu pun geliga lipan yang dibandingkan seperti tajuk di posting beliau… Pun begitu dalam masa yang sama saya juga ada mengikuti perkembangan satu lagi blog yang pengasasnya agak terkenal di blog ini…. alhamdulillah saya merasa sungguh puas hati dan yakin dengan penerangan yang diberikan, lengkap dengan bukti serta cara-caranya sekali.
Tujuan saya disini bukanlah untuk menghentam sesiapa kerana pada pendapat saya kita semua berusaha untuk memahami dan mendalami sesuatu perkara baru setiap hari dan kerana itu jugalah kita disini sering bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Cuma yang saya ingin sarankan ialah sekiranya mana-mana bloggers yang ingin membuat apa-apa juga tesis mengenai sesuatu barangan samada yang mistik ataupun alami pastikan ianya disertakan dengan bukti dan keterangan yang kukuh lagi nyata seperti yang dilakukan oleh saudara pengasas Blog Rahsia Alam. Ini bukan bodek yer… upah pun tarak…. beliau sering berkongsi ilmu dan pengetahuan mengikut kemampuannya dan sering membuatkan kita mengingati Yang Maha Pencipta…
Sekadar mengingati…. Allah lebih tahu segalanya yang terjadi samaada yang nyata atau pun yang tersembunyi. Jadi siapakah kita hambanya untuk mengatakan tentang benar atau salahnya sesuatu kejadian itu…???? astaghfirullah hal adzim.
Assalamualaikum,
Saudara Karimon dan semua pengunjung blog. Kalau tuan tuan ingin menjamu mata, bolehlah ke blog saya http://www.geligageliga.blogspot.com. Tak banyak sangat pun koleksinya. Maklumlah baru nak mula. Tapi manalah tahu, kot kot ada pula yang berminat. Geliga lipan sepasang pun ada dalam tu.
Terima kasih.
Alhamdulillah dan tahniah saudara Joelabu kerana mempunyai blog sendiri.Dengan wujudnya blog seperti ini dapat menambahkan pengetahuan saya dan pengunjung blog yang lain yang berminat dengan barang2 mistik.
najib,
mu kecek molek sikit,jago baso sikit.
bakpo mok mu tok ajar ko caro nok kecek molek degan ore.aku tegok byok ore mu dok kato..bengong ko gapo mu ni.kalu mu tero sangat gak jgn dok masuk dale ruangen ni la .baso bodo tahap 4. baso mok pok tk ajar sejak kecik jadi lagu ni la..tonya……buat malu negeri jah.kalau ada 10 orang yang kureng bahasa .mcm mu nie gak punah la bahaso…nie maso kecik2 banyok makan taik la ni
mu ni brahim…org kritik mu tak nak terima.mu belajarla dari kritikan ore.kalau mu arif,mu pasti pahe apa yg dimaksudkan.mu tengokla cara ore tu tanya.mu pikir guno otak mu.gapo dio gliga lipan nak mandi2.dia yg alami,hanya zikir je.itula org cito mistik mu nak cito gak,tok pahe ore tulis,mu kato ore bodoh..kalau betul dia tuan asal gliga lipan ni,cara dia dapat pun pelik,cthnya tiba2 dia nampak 2 ekor lipan bergumpal,seprti merebutkan sesuatu,setelah dihalau,terdapat sebiji seakan batu kecil(merah).tanda awal pada dia,rumahnya akan didatangi bnyak lipan..dan orng ini akan mendapat mimpi tentang khasiat geliga ini.hnya org bertuah ini shj akan tau khasiat gliga ini.kerana haknya(khadam)pada dia…ini tidak asyik2 dlm blbog ni tanyo sy ada brg mistik,tapi tak tau guno..ini bermakna sewaktu menerima brg itu,mereka tidak hijabkan pada penerima baru..pahe brahim..ade 2kg kayu nak ketok pale mu..
kalau nak kritik bahasa mu najib beradab la sikit..inikah cara yg biasa kamu berkomunikasi dg org ..atau keluarga kamu memang selalu berbahasa macam tu..
Assalamualaikum Buat para sahabat yang diingati dan dikasihi Allah yang MAHA Merahmati, Saya berdoa agar seluruh Umat Islam..Umat Muhammad Rasullullah S.A.W….Diampuni dan Dirahmati Allah…InsyaAllah..(Termasuk la Aku…)
Buat Pemberi Komen saudara/saudari Tungku Dapur dan Para Sahabat Sekalian, terima kasih saya ucapkan kerana melayari Blog-Blog mengenai barangan Mistik dan Berkhasiat dan Terima kasih kerana Melayari Blog Rahsia Alam di http://alamallah.blogspot.com dimana pada pendapat saya, setiap Ilmu Pengetahuan mengenai apa jua barangan yang diciptakan ALLAH, pasti ada Kelebihan tersendiri buat kegunaan bagi Makhluk2 Allah. Jika tidak, kenapa dan mengapa ianya dijadikan..
Mengapakah saya membuat perbandingan tersebut didalam Blog Rahsia Alam???…ini adalah Kerana…Jika kita hendak membuat perbandingan atau pemberitahuan mengenai sesuatu Barangan itu,..perlulah lengkap dengan Bukti Nyata berserta dangan Fakta Sains dengan melalui LogikNya..Manakala dari Pandangan segi Mistiknya..Perlulah kita Bertawakkal kepada Allah dan ianya adalah Kerja Tuhan dimana kita tidak perlu Persoalkannya.Lagipun..Jika Sesuatu Blog yang mempersoalkan akan sesuatu barangan yang diragui akan Keaslian Nya…Pertamanya..adakah Bloggers tersebut pernah memaparkan Barangan tersebut didalam BlogNya atau pernahkah ia bertukar-tukar pendapat maupun sebagai pemberi Komen sebagaimana para sahabat yang berkongsi Ilmu didalam KARIMON’S BLOG?? sebelum bloggers tersebut membuat kenyataan mengenai akan sesuatu barangan, pernahkah didalam posting Blognya ia memilikiNya atau Pernah memaparkannya kepada Umum??..walaupun ianya tidak memaharkannya..Pada pendapat saya, Ilmu perlulah dikongsi Bersama dan bukan disimpan sendiri-sendiri, kalau mati nanti Tuhan akan Bertanya kenapa Ilmu yang diberi tidak diKongsi??..Jika Kita sebagai Bloggers yang membuat Blog jika hanya untuk Menjual tanpa mengambil kira ilmu mengenainya..pada Pendapat saya, Pemahar ditepi kaki lima pun memberi tahu akan sesuatu barang yang dimaharkan akan kegunaannya..janganlah melambakkan Contoh PALSU sedangkan Contoh yang ASLI tidak dipaparkan..Tidak Adil bagi para pengemar Blog Tersebut dan juga Para Bloggers yang memiliki barangan yang dipertikaikan…Tujuan saya membuat Paparan Tersebut adalah untuk Menyokong Tindakkan Blog tersebut kerana paparannya tidak Lengkap..Cuma saya kesalkan..KENAPA TIADA PERBANDINGAN DENGAN YANG ASLI dan apa yang ada hanyalah Cerita – Ceriti…Sekurang-Kurangnya jika ada perbandingan yang Palsu dan Yang Asli..Bersama-sama kita semua dapat lebih memahami akan sesuatu Kejadian yang dijadikan Tuhan, jika berkemampuan dan benar-benar ingin mengupas akan sesuatu barangan, jika ianya ditanya oleh para pengemarnya, paparan yang dibuat perlulah meliputi dan merangkumi segala Aspek sudut Pandangan sebagai penerangan kepada Peminat mengenainya. Cuma Bab Mistik tu kita serahkan Kembali Kepada Allah…(Paparan Tersebut Juga Mempertahankan Bloggers2 yang Lain serta kepada mereka yang telah memiliki Barangan Asli agar kewibawaan dan barangan yang dimiliki mereka tidak diragui akan keasliannya)..
Jika Ditanya kepada saya tentang ILMU..pada pendapat saya,…saya tidak memiliki apa-apa Ilmu (Takda apa pun Aku ni) malah sezarah air pun tiada…Hanya Milik ALLAH LAH Tentang SegalaNya…Biarlah apa pun yang nak dikata kepada saya mengenainya, Cuma…saya berusaha mencari dan belajar dari apa yang telah Allah janjikan,… saya amat suka berkongsi Ilmu pengetahuan..dengan sesiapa yang mencari supaya bersama-sama dapat memahami..muga hanya ALLAH yang MAHA Pemberi akan Sesuatu Ilmu untuk Kita semua yang Mencari jalan Kembali padaNya Suatu hari Nanti…Nama jalan yang dicari adalah…MATI YANG DIREDHAI dan DIRAHMATI ALLAH…..
Maaf kan saya Jika Catatan ini Kelaut peginya,,,ibarat kata…Emas boleh dicari, hati payah di cari ganti, muga Allah memberkati akan Hati yang sentiasa di-Ilhami dengan ILMU dari Lillahi…Untuk Dikongsi bersama Insan-Insani..Buat Amalan yang diRedhai di Duniawi..agar mati nanti dirahmati…di Kampung Akhirat dinamai..agar Kembali di SisiNya Nanti..mana la tau Firdausi yang digamiti..Menanti….cintakan Mati..kerana Kekasih manusia adalah… ALLAHU..ROBBI…Ampunilah Hati seluruhNYA YA ROBBI..agar yang dicatat…Tiada Celanya untuk difahami… dari segi Ilmu dan Kefahaman buat Manusia yang memiliki barang-barang yang sejati..
Wassalam…
Assalamualaikum,
Buat saudara saudara semua. Memang betul kata saudara waliqudus. Yang memeningkan saya isu yang diterbitkan oleh blog tersebut mengenai keaslian sesuatu barang yang dia sendiri tiada memahar kan. Yang sebaiknya ceritakanlah tentang barangan kita sendiri, macam mana keasliannya, cara menguji… atau pun mungkin barangan sendiri pun dia tak tahu? Tak perlulah nak mempersoalkan barangan orang lain sedangkan kita punya sendiri kita tak mahu bercerita. Bila ada pendapat yg bertanya sebegitu, dikata itu antara beliau dengan pembeli. Tetapi pada awalnya dikatakan kesemuanya ilmu Allah. Perlu diceritakan dan disampaikan. Tapi bila bab ketulenan barang yg dimaharnya itu antara dia dan pembeli. Ada kategori tersendiri kot, hukum Allah ni. Yang mana boleh diberitahu dan yang mana tidak. Pelik juga ya….Dan selalunya silika diguna untuk menipu pembeli pembeli geliga embun yang kecil disebabkan bentuk dan warna yang lebih kurang sama. Geliga lipan ada warna tersendiri. Ini saya rasa majoriti peminat geliga mengetahuinya, kecuali lah segelintir sahaja.
Pada pendapat saya, dengan ilmu saya yang sangat sedikit ini, beliau tidak tahu langsung mengenai geliga lipan atau tak pernah tengok langsung tetapi berani pulak emberi komen berdasarkan cerita yg didengar tanpa menguji terlebih dulu cerita tersebut. Apa tujuannya? Hmmm…lu pikir lah sendiri. Hahaha. Kalau betul2 nak geliga lipan buat masa ini saya ada beberapa. Saya memang boleh memberikan sebutir pada beliau untuk tujuan kajian agar tak tersalah info lagi. Tapi kena bayar la yeop….. http://www.geligageliga.blogspot.com. Sekarang ni belum upload lagi yg terbaru. Dalam masa terdekat ni akan ada.
Cukup lah pasal Mamat tu. Sekarang ni saya ingin berkongsi sedikit mengenai ujian2 yang pernah disebutkan keatas geliga lipan oleh segelintir golongan tertentu.
1) Direndam dalam petrol. kalau silika akan pecah, gelipan lipan tidak. Pada pendapat saya ini adalah ujian yang dilakukan oleh orang2 yang tidak mengetahui langsung mengenai geliga lipan. Tak pernah dibuat orang. Main sedap mulut berkata kata sahaja. Kalau nak rendam sangat rendam dalam air saja. Silika akan retak atau pecah. Janganlah tinggi sangat imaginasi kita. Silap2 geliga lipan pun boleh pecah dalam petrol. Yang ori pun boleh jadi tak ori kalau dibuat begini dan nanti penjual juga yang dapat nama busuk. Janganlah dipengaruh pembeli dengan ujian yg sebegini sebab tiada penjual yg mahu berbuat demikian, ianya akan pecah. Lama kelamaan pembeli tak mahu lagi geliga lipan sebab dalam petrol pecah sedangkan yg sebenarnya memang ia akan pecah. Bila pembeli dah tak percaya mereka akan cari barang lain lah pulak. Dari penjual yang “tinggi” ilmunya….
2) Ada anak lipan dalam geliga lipan. Satu lagi cara test oleh orang yang cetek ilmunya tanpa memegang, melihat sendiri rupa geliga lipan asli. Mungkin ada, kekuasaan Allah tiada batasnya, tetapi saya sendiri tak pernah melihatnya dan mungkin satu dalam sejuta. Itu bukan ciri ciri yang ada pada geliga lipan yang biasa. Kalau itulah ciri ciri geliga lipan yang dicari, bila lah nak dapatnya. Yang mendapat akibatnya ialah blog2 yang memaharkan geliga lipan. Sebab nanti semua kolektor akan mencari geliga lipan yang ada anak didalam. Lama lama dah penat cari tak dapat, kolektor akan cuba cari barangan lain la pula yang betul2 asli juga. Ke blog mana pula kolektor akan pergi selepas tu? Mungkin blog yang berwibawa yang hanya mempunyai barangan “asli” yang pengasasnya mempunyai ilmu yang “tinggi” berkenaan geliga geliga? Hmmmm……
3) Kalau letakkan dekat lipan ia akan bermain2 dengan nya. Satu lagi teori yang datang dari orang yang tak pernah memegang, mempunyai geliga lipan sendiri. Kepada yang ada geliga lipan, saudara2 test lah sendiri. Jangan pakai sangat hujah2 orang2 yang macam ni. Pada pendapat saya hanya lipan yang menjaga geliga tersebut yang akan menjaga geliga tu. Tidak lipan lain.
Saya juga ingin dan selalu mengingatkan diri sendiri mengenai hal palsu memalsu ni. Pada saya rezeki yang saya peroleh dari bisness ni untuk diri sendiri, keluarga. Kalau boleh saya tak mahu rezeki yang saya perolehi hasil dari penipuan mahupun dari memfitnah, menjatuhkan orang lain untuk menyara keluarga. Naudzubillah…. Allah sahaja yg maha mengetahui niat seseorang.
Wassalam.
Assalamualaikum Para Penatap yang dikasihi Allah serta dengan ILMUNYA yang tiada Had Batasan Meliputi Seluruh AlamNYA..Alam Allah. Alif..Lam..Mim
Terima Kasih pada saudara dengan pengalaman serta pandangan yang dikongsi Bersama. Buat Pengetahuan para sahabat, saya baru lagi dalam arena pembuatan Blog yang mempamerkan tentang Barangan Mistik serta berkhasiat..ada orang yang mempersoalkan tentang Pengasas Blog Rahsia Alam sebenarnya baru lagi dalam bidang ini…MasyaAllah..adakah orang yang mempersoalkannya mengetahui apa yang pengasas tersebut lakukan sebelum ini??..Subhanallah,..sebenarnya, saya telah mula mengumpulkannya pada Tahun 2005 lagi..buat pengetahuan saudara JOELABU, saya Baru lagi..tetapi berapa lamakah pula untuk saya belajar tentang sesuatu perkara mistik..dan perkara tentangnya…ianya bermula daripada tahun 80an lagi. Tetapi ketika itu hanya untuk mengetahui dan berkongsi dengan orang-orang yang berpengalaman. mereka juga menunjukkan cara sebenar dan cara menipu..Jika ingin mengetahui sesuatu itu..ibaratnya..Jika kenal Malaikat..maka perlu kenal Syaitan…maknanya kenal baik dan buruknya..dari situ..mana yang dipilihnya???..saya hanya memilih jalan ALLAH akan kebenarannya.
Mengenai perihal Geliga Lipan, sebelum saya membuat urusan dari dalam Blog, sebelum itu..saya juga pernah membuat urusan yang bernilai ratusan ribu ringgit dan berhadapan dengan berbagai macam ragam para penebus..bermula dari pembida sehinggalah Pembeli sebenarnya..berkenaan dengan geliga yang asli pula dah bermacam jenis rupa yang dijumpa, termasuklah yang serupa dan yang dirupai dari jenis Geliga yang asli dan tidak pula. dari jenis orang asli sampailah yang bertukar jantina diri…Jika kita selalu sebut dikhalayak orang kata nak tolong orang..sebenarnya, ianya adalah maksud nak potong orang, tetapi jika nak tolong orang kenalah tolong diri sendiri dahulu baru tolong orang. jika nak suruh orang beramal..kena beramal sendirilah dahulu..jika nak berkongsi Ilmu, kena cari ilmu diri sendiri lah dahulu…jangan hanya pandai makan kuih bahulu..tetapi bahan buat bahulu…haram sikit tak tahu..maksud nya..jika kita tahu so, kongsi-kongsi tahu, jika tak tahu..sama-sama dengarlah dahulu, macam kita berguru….
Ilmu perihal geliga pula, tiada yang mahu menguji geliga mereka dalam bentuk yang tidak dapat diterima dengan akal. Dah banyak saya belajar dengan Guru-Guru yang memilikiNya dan pada saya masih lagi mencari IlmuNya. Jangan hanya berkata, Jauhari mengenal Manikam, tanpa menyedari, pengalamanlah yang membibitkan Pengetahuan dan jangan pula berkata-kata sambil menikam..lempar batu didepan khalayak ramai sambil sorokkan tangan…orang tahu…tetapi sampai bila nak buat macam tu..
Guru-guru saya pernah memberi tahu, jika berurusan dengan sesuatu barang mistik dan yang ajaib, tidak perlu takutkan dengan khadamnya ke, atau apa sahaja cuma berjaga-jaga dengan manusia kerana mulutnya, takutkan lah pada Allah, kerana jika taksub dengannya pasti membawa padah..MasyaAllah..
Saya memohon Ampun dari Allah, dan memohon maaf dari para penatap jika catatan ini jauh meyimpang kelaut….
Wassalam
Betul tu saudara waliqudus. Sebenarnya bukan ada ujian ujian khas untuk kita mengenali geliga lipan ni. Dalam pengalaman saya yang tak seberapa ni (tak sampai setahun pun) untuk kita mengenal samaada ianya geliga atau tidak memang insyaallah tidak susah. Selalunya bila dipegang, digenggam ada terasa aura nya. Memang ada orang yang tak boleh merasa perbezaan jika memegang silika dengan geliga. Pada mereka sama saja. Ada ilmu2 yang perlu didalami lagi untuk mendapatkan rasa tersebut. Cuma yang agak payahnya ialah untuk mengetahui jenisnya… lipan ke, ikan ke, ayam ke, itik ke…
Setelah memastikan auranya, kita masuk pula bab ciri2 fizikal geliga tersebut. Bagi orang yang pernah melihat, memiliki atau belajar mengenai geliga lipan akan tahu bahawa ianya mempunyai berbagai warna, mengikut usia. Putih jernih, pink, kekuningan, merah, hitam kemerahan, hitam. Selalunya lebih tua geliga tersebut, lebih kuat auranya. Ciri ciri fizikal lain termasuklah kekeruhan warnanya, bentuknya, isi didalamnya- buih ke, ada macam awan ke, perubahan warna ke (yg ada anak lipan kat dalam tu tolak tepi la dulu-benda tak masuk akal).
Tapi kalau yang otai dalam hal ni dan tinggi ilmunya, sekali pandang saja dia dah tahu lipan ke, lipas ke, kipas ke, kibas ke, libas ke….. hahaha. Tujuan saya bukanlah untuk menunjuk nunjuk yang saya pandai dalam bidang ni (baru sangat lagi) tapi cuma memberitahu cara yang diguna pakai oleh kami selalunya. Ramai lagi pengunjumg blog ni yang lebih arif mengenai geliga lipan ni dari saya, saya tahu…
Juga kepada penggemar2 yang baru hendak memasuki bidang ini dan juga saya sendiri, kalau boleh kita cuba lah menambahkan ilmu di dada kita (ilmu Allah tu) agar susah tertipu oleh penjual barangan cetak rompak ni. Juga untuk menghindari dari mudah percaya dengan idea idea yg tak masuk akal yang diberikan.
wassalam.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.Mungkin ramai diantara pengunjung blog ini yang ada terasa hairan iaitu jarang sekali saya memberi atau membuat komen dalam sesuatu hal.Saya lebih suka melihat,mengkaji/meneliti,membaca semua komen yang diberikan oleh pengunjung blog ini.Saya juga mempunyai sahabat yang seiring dengan saya yang turut membalas komen yang diberikan oleh pengunjung blog lainnya,teman seperti Waliqudus,Neo Iskandar,Peter dan terkini Jeo Labu serta yang lainnya turut memberi sumbangan serta pendapat yang bernas,maka sebab itu saya tidak menjawap beberapa komen yang ada.Saya kira yang diberikan komen itu semua bukan orang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan bahkan mungkin lebih dari saya pengetahuan yang mereka ada.Ada juga yang bertanya mengapa saya kurang menjawap maka saya jawap biarlah adik adik saya dan teman2 saya menjawapnya kerana jawapan yang saya akan berikan adalah serupa juga dengan mereka.Jadi pada hemat serta pandangan saya mereka yang menjawap segala komen dari pengunjung yang lain turut mempunyai ilmu yang cukup untuk membalas komen bagi pihak saya bahkan saya akui ilmu pengetahuan mereka pun lebih dari saya sendiri.Kini cuma saya agak rasa terkilan iaitu dimana berlaku serang menyerang diantara blogger dengan blogger yang lain.Apakah sepatutnya ini terjadi?Dimana letaknya ikhwan muslim/silaturahim diantara kita ? Apakah faedahnya yang kita dapat dengan penuduhan yang melulu ? Tidak lain tak bukan hanya perpecahan yang sememangnya syaitan itu menantikan akan kejadian ini dan hati kita dihinggapi syaitan.Apakah kita lupa ajaran guru masing2 ? Ilmu untuk dikongsi dan diamalkan bukan untuk diperlagakan antara umat?Apabila kita mendirikan solat kita sebaris merapatkan saf kita sehingga berlaga bahu antara kita,apabila imam rukuk atau sujud kita turut rukuk dan sujud maka ada terjalinnya satu ikatan sehati dan sejiwa diantara kita semua.Bukankah ini semuanya telah kita belajar dari guru2 kita.Jadi mengapa ada perasaan hasad dengki dan iri hati.Apakah kita lupa juga rezeki itu semuanya kurniaan Allah swt kepada kita.Didalam sebuah hadis qudsi ada menyataka…….”tiada bertambah sebab dicari tiada kurang jika tiada dicari….”ketentuan rezeki telah ada pada Allah swt maka yakinlah yakinlah semua itu.Menghentam rakan lain bukan ciri mukmin yang sejati,adakalanya kita sering lalai dan lupa kerana berlumba mengejar rezeki sehingga lupa pada asas ugama kita.Maka marilah kita bersama mengucap istigfar kembali pada jalan yang hak dan kembali rapatkan saf diantara kita.Jangan sekalikali jahil pada diri sendiri dan jahil kepada Allah swt.Jangan apabila berkecimpung didalam hal mistik ini membuat kita menjadi lalai sehingga sanggup dan tergamak merendahkan orang lain kerana tanpa kita sedari orang lain akan memandang kita rendah juga.
KASIHNYA TUHAN BUKAN MAINAN
TETAPI HAMBANYA DIDALAM KHAYALAN
HENDAK DIKIKIS NAFSU DAN SYAITAN
BARULAH DAPAT ILMU PENGETAHUAN
SIFAT MAZMUMAH DI MURKAI ALLAH
JANGAN DI SIMPAN TERLALU MUDAH
TAKABBUR, RIAK, MENGUMPAT DAN AMMARAH
MINTA DI JAUHKAN NAUZUBILLAH
ANGIN SEPOI SEPOI MENDAYU DAYU
MATANYA PEJAM KUYU DAN LAYU
TAK SEDAR JATUH DARI DAHAN KAYU
ITULAH CONTOH MENGIKUT HAWA NAFSU
BERCAKAP PANDAI BAGAIKAN PENDITA
TETAPI TIDAK TAHU APA YANG DI KATA
MENGIKUT HAWA NAFSU DAN JUGA RASA
DIRI SENDIRI YANG AKAN BINASA
KALAU PERCAKAPAN TIDAK DIJAGA
MUSUHNYA BANYAK TIADA TERHINGGA
IBLIS DAN SYAITAN DAPAT MENGUASA
DUNIA AKHIRAT MENERIMA SEKSA
AWAL BERMULA AKHIRNYA SUDAH
TERDAPAT KATA KATA YANG DI ANGGAP SALAH
KALAU DI PENDAMKAN TIMBULLAH MASAALAH
HAMBA TAK TAHU YANG MANA BETUL DAN SALAH
HAMBA MENGAKU DIRI INI TIDAK ALIM
DIRI KU INI TERSANGAT MISKIN
SERBA SERBINYA DI DALAM KEADAAN JAHIL
SEGALA GERAK GERI KU TUHAN SEBAGAI PENGADIL
Salam hurmat untuk semua
karimon
kepada semua,ini pendapat peribadi sy.geliga lipan yg tembus pandang,kalau nak tau dia(khadamnya) akan bisik pd owner,dan owner akan letakkan di dahi,dan ianya akan melekat,owner akan memejamkan mata,dan khadam yg akan beritau apa yg kita nak lihat.biasanya org guna untuk judi,sebab dia tembus pandang
Saya amat bersetuju juga dengan pendapat saudara itu iaitu berbudi bahasa,tetapi kadang kala terdapat juga para pengunjung yang menanya soalan yang tidak logik dan masuk akal jadi kalau nak bertanya tu tanyalah dengan cara yang betul dan berbentuk ilmiah agar yang nak menjawap itu pun rasa senang hati menjawapnya.
assalamualaikum ..,,
kepada saudara k nine9 , berikan seperti biasa , bertih atau beras yg mana mampu bagi pihak saudara . juga disedekahkan al-fatihah kpd penjaga / khadam barangan apa jua yg berkhadam .
sesetgh penjagaan geliga memerlukan penjagaan khusus utk maintain barangaran rare ini . perlu diberi minum , makan n dimandikan (setahun sekali) .
mungkin saudara najib org yg hebat , krn saudara mempunyai kebatinan yg hebat n mampu memberikan komen yg pedas serta melunturkan keazaman bagi saudara² beginner kita . n pasti sekali saudara mempunyai pelbagai barangan rare yg mempunyai penjagaan khusus .
buktikan kehebatan saudara najib dalam penjagaan geliga bagaimana hendak diberi minum , makan n dimandikan . n disertakan doa khusus utk tujuan ini . \
xkan seorg hebat seperti saudara najib , xdapat jwp ini . satu cabaran dr saya neo iskandar kepada saudara . dalam istilah ilmu , perlulah ikut resam padi , semakin berilmu , harus la kita semakin menunduk . jgn riak akan ilmu yg ada di dada, lebih bulu di dada dr akal dalam membt pertimbangan . Allah maha adil , jika ilmu saudara n keistimewaan yg ada ditarik , bagaimana . hidup seperti yin n yang . sebelum datang 5 perkara , perlu tahu juga 5 perkara lain .
dalam istilah pendekar , jika cabaran itu disahut maka teguh pendirian anda , ttp jika cabaran itu ditolak maka , ……….paham² je lah .
jika salah informasi ku pohon sepuluh jari kemaafan . tq n wassalam .
memang aku bkan tuan punye asal. aku mhar orang yang setuju maharkan…ape lah salahnye klu mak kongsi ilmu, klu x nak jangan kutuk orang sesuka hati…..Allah x suka orang yang sombng dan mencaci sesama manusia. harap tuan Karimon yang budiman, janganlah siarkan kiriman yang berbahasa kurang enak didengar dan dibaca…semua orang baca tulisan nie…lama2 orang akan menyampah untuk mengunjungi blog ini.
Memang saya bersetuju dengan pandangan saudara itu,ada kalanya terdapat pengunjung yang mengunakan bahasa kesat dan ada juga yang seolah olah memperlekehkan sesuatu barangan dengan soalan yang tak masuk di akal.Memang saya tak nafikan setiap individu mempunyai hak untuk menanya tapi tanyalah soalan yang lebih bersifat informative dan ilmiah agar senang saya menjawap dan rakan2 lainnya menjawap bagi pihak saya dan yang sudi berkongsi ilmu.Saya sengaja membiarkan beberapa komen yang pada pandangan saya tak masuk di akal dan keanak anak dan melihat sejauh mana kesannya pada pengunjung yang lain,dan akhirnya ada yang menyampah dan ada yang membalas komen dengan cara teguran dan logik seperti merah delima.
assalamualaikum tuan,
Saya adalah org tengah yang diberi kepercayaan oleh pembeli untuk mencari geliga lipan. tetapi sehingga ke hari ini, saya belum dapat lagi geliga yang tembus pandang. memang saya ada menghubungi kawan2 di klang dan melaka,tetapi saya diberitahu..geliga tersebut tak tembus pandang. sekiranya ada.. boleh lah pihak tuan atau sape2 yg berminat menghubungi pembeli En Rashid di no 012-740 6323
ikhlas dari saya,
DEENO 017-606 3590
Salam Sejahtera buat para penatap dan juga tidak lupa buat saudara dan sahabat yang sentiasa digenangi dengan ingatan setulus ikatan Persahabatan..
Berkata-kata biarlah kena pada tempatnya serta berbudi bahasa..Bukankah Bahasa melambangkan Bangsa….maka berkata-katalah dengan bahasa yang disenangi dan bersantun serta memuji-muji kehadrat illahi..maka akan diilhami pula dengan bahasa yang harmoni sesama kita yang berbangsa Malaysia..Walau loghat yang ada kalanya tidak difahami..tetapi jika ianya diolah dengan sopan, maka bahasa yang dinyatakan akan terserlah Jenaka ceria yang membibitkan bahawa seseorang yang menyatakannya, memiliki Ilmu penuh didada..maka individu tersebut akan diingati akan kata-katanya yang membibitkan kata sedaloka berjenaka serta berisi pula.walau kias-kiasnya merujuk kepada sesuatu Subjek dalam bentuk amaran/usikan/ilmuan dan sebagainya..barulah yang dikatakan bahawa Melayu seni bahasa yang tiada ternilai akan kehalusan penyampaian melalui kata-kata…yang berseni…mana peginya kehalusan bahasa seseorang itu jika yang dikata memiliki sesuatu yang halus lagi terperinci IlmuNya..Maha Pencipta ALLAH…Maka marilah kita berbudi bahasa sesama kita, walaupun kekadang perit rasa bila mendengarnya..itulah kebenaran NyataNya..Alhamdulillah..Wassalam
Nyahkan kenyataan ini jika catatan tiada kefahaman tentang kehalusan berbahasa..maka saya memohon Maaf kepada saudara-saudara…kepada yang memahaminya..Alhamdulillah..Syukran..
assalamualaikum tuan.
saya mempunyai 2 biji batu yang seakan2 geliga lipan. (mungkin ya atau mungkin tidak). satu daripadanya hitam kemerahan(sebesar geliga lipan) dan satu lagi merah coklat(besar sedikit daripada batu yang mula2 tadi). batu merah hitam saya dapatinya sewaktu makan nasi. ianya di dalam nasi. dan batu merah coklat saya dapati sewaktu sedang mengemas barangan terpakai dibelakang rumah. kedua2 batu tersebut telah saya buang, tetapi dengan Izin Allah SWT, kedua2 batu itu telah kembali semula kepada saya. itu yang menghairankn!. menurut kata seorg kawan, dia kata batu tu adalah geliga. dan batu2 tersebut masih saya simpan dgn elok. soalan saya, mcmana saya nak menguji samada ia geliga atau batu biasa. sebab di sini, hanya di beritahu ttg mnguji geliga lipan sahaja. sekiranya ia geliga(bukan geliga lipan) geliga apakah ia? terima kasih.
Sukar juga mahu menjawap soalan saudara itu jika hanya berdasarkan cerita dari saudara didalam blog ini.Namun dari cerita saudara setelah saudara mendapat geliga itu dan membuangnya tapi ia kembali kepada saudara menunjukkan ianya mahu menjadi milik saudara dan ianya adalah pemberian untuk saudara.Jangan tertipu oleh warnanya,asalkan merah dan kecil semuanya menyangka geliga lipan,asalkan cerah seperti kaca disangka geliga air atau geliga embun wallahal buntat katak pun hampir serupa dengan geliga embun.impanlah dahulu batu itu dengan baik mungkin insyaallah dalam masa yang terdekat saudara akan mendapat petunjuk kerana ianya diberi kepada saudara untuk sesuatu tujuan dan tentu satu masa kelak saudara sendiri akan tahu apakah geliga itu sebenarnya.Secara peribadi saya nyatakan ianya bukan batu biasa.
assalamualaikum
saya masih baru lagi dalam hal2 ni.dan saya memiliki geliga embun dan lipan yang didalamnya terdapat anak lipan..tuannya telah menyimpan selama 15 thn.dan diserahkan kpd sy.sy harap rakan2 jgnlah terlalu taksub.semuanya kuasa tuhan.lailahaillallah
dulu kawan saya ada menyimpan geliga lipan dan saya xtau apa kelebihanya.pada mulanya seekor lipan masuk kedapur rumah kenalan saya malangya lipan itu dalam keadaan menggelupur nak mati dan mulutnya ternganga tetapi biji lipan itu tersekat kat mulut dia.pastu kawan saya ketuk lipan tu bagi dia mati terus dan ambil geliga tu kat mulut dia.tapi malangya aura geliga lipan tu dah xde member-member yang mengetahui tentang khasiat geliga lipan marahkan kami kerana kami ni bodoh xtau benda2.akhirnya kami bawa geliga itu ke seorang ustaz bagi memanggil semula semangat dan penjaga lipan tu.malangnya selepas geliga itu dikembalikan apabila kami memegang geliga itu kami rasa selurih badan kami akan terasa kebas dan mahu muntah.magicnya apabila geliga itu berpindah tangan ia akan bertukar warna.kadang-kadang warna kuning pekat,kadang2 warna kuning keruh dan kadang-kadang warna kuning jernih,jika anda mempunyai idea untuk memulih kembali geliga lipan itu bagitau la saya.jika benar geliga lipan boleh tembus melihat apa sahaja yang ada depan mata saya teringin juga nak merasai keajaipan geliga itu
Assalaumualaikum semua,kini saya ingin perkatakan mengenai geliga lipan yang sibuk dicari diburu oleh beberapa orang.Terlebih dahulu saya mohon ampun dan maaf kepada semua pemilik geliga lipan dan pada abang karimon.Sebelum bermula saya ingin menanya kepada semua orang,anda tahu kah apa itu geliga lipan yang sebenarnya?Banyak terpapar dalam blog ini tentang orang menanya akan geliga lipan dan pelbagai jawapan yang diberikan.Saya kadang2 ketawa bila melihat dalam blog yang lain mereka paparkan geliga lipan.Dan yang dasyat pula ada yang sanggup menanam geliga lipan didalam permata teras kayu kononnya nak bagi teras itu lebih ummmmmpp ada power.Cuba suadara fikirkan masuk diakal ke geliga lipan yang kononnya ada power dan harga yang mahal dipasakkan didalam permata cincin?Tetapi menurut tuan punya blog itu geliga lipan perlu diberi makan dimandi dijaga baik2 seperti apa yang dipaparkan pada akhbar kosmos.Kalau dah disumbat geliga itu didalam cincin kayu nak beri makan macam mana nak dimandikan macam mana.Geliga adalag sesuatu yang berharga dan ada kelebihannya maka disimpan didalam tempat yang khas bukan dipasakkan dalam kayu.Dan ada pula dalam akhbar tu kata geliga lipan digunakan untuk menarik harta orang lain,siapa yang cerita pada pemberita tu geliga lipan boleh digunakan untuk menarik harta orang?Semua pemilik geliga lipan yang asli dan yang tahu akan erti geliga lipan dan fungsinya akan ketawa pecah perut membaca kenyataan dalam akhbar itu.
Inilah manusia jahil yang tidak tahu akan erti sebenar fungsi geliga lipan.Nak melakukan geliga lipan dia agaknya maka dibuatnya cerita dongeng sebegitu.Kita perlu tahu fungsi grliga lipan yang sebenarnya,kalau kau orang nak tahu kau orang tanya abang karimon fungsinya.Merata dia pergi menguji geliga lipan orang dan sudah tentu pengalaman tentang geliga lipan dia perolehi.Yang banyak ditunjukkan didalam blog boleh dikatakan 99% adalah telor lipan yang mengeras bukan dalam erti geliga yang sebenarnya.Gel kasut itu pun silap2 orang akan kata geliga lipan.Tuan2 semua kalau dah berlambak sangat sehinggakan seorang itu boleh miliki sampai 5-10 geliga lipan cuba tuan2 fikirkan.Geliga lipan adalah sesuatu yang sukar diperolehi bukan pada semua orang geliga itu ada.Geliga lipan adalah sesuatu yang unik yang dianugerahkan oleh Allah swt pada haiwan yang bernama lipan dan bukan semua lipan ada geliga.Sekali lagi saya katakan kita ni nak beli cerita ke atau nak beli barang.
Yang kononnya diuji dengan memegangnya terasa digigit itu kadang kesan saikoloji dan denyutan nadi dan sesetengah telor lipan itu di berikan isian,bukan yang asli.Saya tidak mahu menceritakan lebih2 tentang cara ujian geliga lipan ini,lebih baik tuan2 tanya pada abang karimon.
Baru baru ni ada saya membuka blog tentang teras kayu,masyaallah boleh ke dia paparkan gambar dan kata ini teras kayu,tahu ke dia apa itu teras kayu?tuan2 teras kayu itu berada ditengah2 kayu dan keras padat kalau sekadar jaluran ditengah itu bukan teras kayu.Teras ini kadang2 hanya sebesar jari kelinking aja dan bergantung pada jenis pokok pula.Macam mana ni nak berniaga teras kayu tapi teras pun tak kenal.Teras kayu pun bukannya senang nak diperolehi.Kita ni tak habis2 ditipu kerana kita ni beli cerita bukan beli barang.Jaga2lah agar kita semua tidak tertipu.Wassalam
assalamualaikum……
sy ingin minta nasihat dari para-para pakar kayu berkenaan teras gemunggal…..
teras tersebut asalnya berwarna kuning…setelah dimasukkan ayat al quran….teras itu berubah kepada warna hitam….
apa maksud perubahan warna itu?
Waalaikumusalam,banyak sebab berlakunya perubahan warna tersebut,jangankan kayu bahkan air sekalipun kalau dibavakan beberapa doa atau ayat alquran akan terdapay peubahan pada molekulnya.Kayu adalah sesuatu yang hidup walaupun mata zahir kita tidak dapat melihat nyawa atau ruhnya.Aura pancaran dari ayat mungkin telah melakukan perubahan pada warna kayu dan secara saintifiknya mungkin sukar untuk kita jelaskan bahkan kalau kita fikirkan secara saintifik atau mahu ikutkan hukum logik akal banyak pekara misteri tak mungkin kita mendapat jawpannya.Bagaimana mentera jampi dan doa memberi kesan kepada sesuatu barang,jawapan yang mungkin kita dapat berikan ialah sesuatu kuasa yang mengiringi jampi mentera dan doa itu.
Assalam….. maap mganggu…tuan karimon sye ingin bertanye skit… sya memiliki sepasang g8… pd satu hari sye ade meletakan madu asli didalam bekas g8 tersebut….sye biarkan selama 2 hari kemudian sye keluarkan g8 tue dan letakan ke bekas yg lain sambil sye tutup dengan bekas yg lagi besar…. keesok arinya sye melihat semula g8 lipan tue alangkah terkejutnye sye terdapat labah2 kecil di dalam bekas berkenaan….sye nk tanye pendapat karimon npe ia jd sebegitu….sekian…
Waalaikumusalam,aku jawapkan untuk abang aku,labah2 tu tertarik dengan g8 hang tu maknanya ada power lah gelia tu sehinggakan labah2 pun nakkan g8 tu,tapi nak tanya gak ni,dalam bekas besar tu hang letak madu gak ke dan bekas yang besar tu penutupnya hang ada tak buatkan lubang,g8 tu hang letakkan diatas apa dalam bekas baru tu.
t.ksh byk2 saudara paduka dgn jawapan tuan….bekas yg mula2 tue penutupnye tiada lobang sye ltkkn g8 tue bersama madu asli sehingga penuh selama 2 hari mula2 sye x sedap hati dan ade bertanye kpd otai2 lame yg bagtu sepatutnya x bleh letak penuh dan penutupnye x bleh tertutup takut ia lemas lps tue sye pindahkn ke bekas (botol) yg baru yg penutupnye terbuke dan disimpan dlm bekas yg besar (bekas macam kotak empat segi) dan tertutup…tp yg wat sye teperanjat tue mcm mne labah2 tue boleh masuk sedangkn bekas yg menutup botol tersebut tertutup… sekian
salam sy fad dan sy mempunyai geliga lipan yg diberi pakcik sy…xper kerw sy keluarkn geliga tu dgn tanpa sebarang ritual?pakcik sy hanya minta supaya sy buat kn rantai serta tanam lipan di kawasan rumah…adakah ia akan hilang keistimewaan ny itu nanti.dan pakcik sy juga memberi tahu bahawa geliga ini mempunyai khadam ny.
Salam saya kurang faham maksud buatkan rantai serta tanam lipan dikawasan rumah.setiap sesuatu itu ada caranya yang tersendiri maka jika itu yang diberitahu oleh Pakcik saudara maka saya rasa dia lebih arif dalam hal ini kerana asalnya geliga lipan itu milik beliau.
aslkum semua peminat mistik,saya ada geliga lipan berwarna merah tpi alum g tembus pandang,penjaga nya puteri,cam mna cara utk melihat brg yg terlindung
Waalaikumusalam khairul,maafkan saya jika saya katakan jangan mengharapkan asalkan geliga lipan ianya tembus pandang.Ada geliga lipan yang hanya untuk perubatan sahaja ada yang sekadar pemurah rezeki sahaja,ada yang sekadar kebal sahaja dan ada yang sekadar sematamata geliga lipan sahaja tanpa apa2 nilai.Kalau dapat kebal atau tembus pandang ianya sesuatu yang paling sukar biar pun ianya berkhadam.Kalau betul ianya boleh tembus pandang atau kebal kelak saudara sendiri akan diberitahu oleh penjaganya sebab dia yang menjaga geliga lipan itu dan dia lebih tahu apa khasiat geliga lipan itu,dan akan mustahil dia tidak akan memberitahu saudara apa khasiatnya,cuma masanya sahaja yang menentukan bila dia nak beritahu apa sebenarnya khasiat geliga lepan itu.
Salam kpd smua..Saya miliki sebutir Geliga Makhluk ALLAH ni (Lipan).Semasa berada di tapak tangan ianya telah terjatuh dan….GHAIB.Sedih gak.Puas cari tapi tak jumpa,walhal bilik ni kecil je.Mungkin tak da rezki utk melihatnya.Bila di buat Solah Hajat minta petunjuk,memang jelas hadir di dlm MIMPI bberapa kali kelihatan Geliga tersebut masih ada di dlm bilik.Malah 2 orang yg scan dan berhubung dgn khadamnya beritahu dgn TEPAT lokasi,apa2 brg walaupun tempatnya nun kejauhan.Kemudian seorang Hamba Allah tlh memberi sebutir lagi BATU LIPAN utk di simpan.(Batu Lipan ni mngikut ahli scan tidak akan kmana2 krn punyai pasanganya yg GHAIB yaitu GELIGA LIPAN yg “hilang”).Jadi saya pun biarkan dan Redha dgn PercaturanNYA…Malah kini brg2 Mesteri samada dr Alam Nyata dan Ghaib tlh saya miliki.Kata kwn pun “Dia jaga rumah n menarik brgan”.Benarlah kata kwn ni n saya bersyukur menerima Pengalaman ni.Setiap sesuatu ada HikmahNYA.Benar kata saudara2 yg lain,jgn hanya mengharap Buntat Lipan yg dlm simpanan kita punyai Keindahan Tembus Pandang sahaja..(untuk apa n apa faedahnya,apakah kita memerlukan keindahan tembus ni.dikhuatiri lebih byk mudarat dr manfaat).Utk makluman saya pernah mngalami BERBAGAI2 KEINDAHAN Geliga Lipan yg dirasakan lebih bermanfaat dgn Izin ALLAH jua berbanding Tembus Pandang sahaja.(nak dpt TEMBUS PANDANG,tak guna Gelipan pun boleh)Walaupun ia ghaib dr pandangan,tp “kami” sgt RAPAT sehingga dpt mrasai kehadiranya malah “dia tidak mahu pergi dan seronok” dlm “tabir alamnya”.Jadilah Hamba ALLAH yg sentiasa tunduk dan sujud kepadaNYA,InsyaALLAH,DIA akan menundukkan Makhluk CiptaanNYA kepadamu…Bukankah kita di ciptakan cukup sempurna di utuskan sebagai Khalifah sebagai pemakmur di muka bumiNYA…
Ada seorang Pakcik membela seekor Lipan,beliau tanya kepada saya apa makanan makhluk ni.saya kata “bagilah serangga2 kecil”.Saya tanya kembali,”apa yang Pakcik bg makan kat Lipan tu?”.Beliau menjawap dengan penuh yakin “BISKUT”.Saya tahan ketawa sambil bgtau balik,”Buatkan sekali AIR KOPI UTK LIPAN TU CECAH BISKUT”.(masa ni dah tak boleh tahan ketawa lagi dah…huahuahuah..(saja kongsi cerita,Senyum la.Duniamu akan lebih CERIA.Utk kita aje.)
salam…
apakah cara terbaik utk menguji kesahihan geliga lipan?
untuk pengetahuan saudara saya telah menemui 3 biji permata yg menyerupai gelipa lipan dalam masa 2minggu secara tidak sengaja.
saya tidak pasti apakah ia benar2 geliga lipan asli.
jadi saya memohon para pengunjung blog ini memberikan pendapat untuk memastikan kesahihan batu ini.wallahualam.
wasalm…….
Laa,kalau dah ada air kopi,…kena juga sesekali teh tarik dan biskut….kahhhhh…kahhhhh…kahhhhh
saya punya geliga lipan tapi kodamnya tidak ada lagi dan bagaimana supaya geliga lipan tersebu bisa kembali seperti semula ( tembusan padand ) oke terima kasih wassalam..
Lagi sekali kerap kesilapan ini sering terjadi asalkan geliga lipan tembus pandang dan mempunyai khadam.sila tuan baca entri geliga lipan untuk memahami apakah geliga lipan itu.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَك semua.Rukun Islam 5 perkara.Rukun Iman F perkara.Tiada menceritakan tentang geliga lipan,geliga embun atau apa saja.Utk pengetahuan semua sehingga kini tiada satu pun Hamba Allah yg mampu memiliki keistimewaan spt yg tercatat pada barangan ini. Ini semua syirik dan khurafat!!.jangan kita berselindung di sebalik kebenaran kekuasaan ALLAH SWT dan menghalalkan kepercayaan terhadap geliga atau batu atau telir lipan ini.Tersasar akidah kita. Ini adalah muslihat golongan tertentu yg cuba mengaut keuntungan kepada individu yg jahil dan lemah akidahnya.tembus pandang? Nak pandang apa? Nombor ekor?? Kemaluan atau faraj wanita?? Ni semua apa ni??risak melayu kerana islam…jahanam negara juga kerana islam dipermain2kan.. Pakai akai sikit…. Wassalamm
assalamualaikum, sy tertarik dgn kata2 ustaz
fakhrul tu… bkn nk khurafat ustaz, sedangkan allah cipta garam rasa masin, allah cipta gula rasa manis… ustaz ni perlu kuatkn imam dan berpeganlah dgn satu ayat shj, kun fayakun… smue kehendak allah tiada satu yg mustahil…
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَك semua.Rukun Islam 5 perkara.Rukun Iman 6 perkara.Tiada menceritakan tentang geliga lipan,geliga embun atau apa saja.Utk pengetahuan semua sehingga kini tiada satu pun Hamba Allah yg mampu memiliki keistimewaan spt yg tercatat pada barangan ini. Ini semua syirik dan khurafat!!.jangan kita berselindung di sebalik kebenaran kekuasaan ALLAH SWT dan menghalalkan kepercayaan terhadap geliga atau batu atau telor lipan ini.Tersasar akidah kita. Ini adalah muslihat golongan tertentu yg cuba mengaut keuntungan kepada individu yg jahil dan lemah akidahnya.tembus pandang? Nak pandang apa? Nombor ekor?? Kemaluan atau faraj wanita?? Ni semua apa ni??rosak melayu kerana islam…jahanam negara juga kerana islam dipermain2kan.. Pakai akai sikit…kalau nak sangat istemewa..jaga dan ikut apa yg disyariaatkan oleh Allah… Solat dan membaca AlQuran,menghayati melalui bacaan Al Quran.. إن شاء الله dapat Qarahmah dari apa yg Allah syariatkan.jangan lah kita mengambil jalan mudah,solat entah kemana,puasa jauh sekali,membaca al quran lansung tak mahu… Tiba2 dapat geliga lipan… Ada power pandang tembus dalam,murah rezeki,jadi tabib mengubat,dapat mimpi,jumpa khadam.. Apa itu jinn? Apa itu kadam?? Apa itu buniaan ? Apa itu syaitan?? Iblis?? Rasullullah pernah menyebut tentang qarinn beliau … Itu saja,nabi berpesan hendaklah kamu berhati2 dengan qarinn… Boleh menyesatkan..melainkan aku..yang diutuskan kerana qarinn ku sahaja yg mengajar perkara yg baik .kata nabil lu fikirlah sendiri. Wassalamm
Salam,aku bukak aja blog tadi mak ooii ada ustaz beri ceramah,apa yang hang cakap tu betul2 sangat,ada diantara depa yang tersasar,tapi kalau nak kata syirik aku pun tak seberani hang,sebab bukan aku nak menilai atau mengetahui seseorang tu syirik atau tidak apa lagi nak menuduh plak,kalau kita makan ubat hospital kerana percaya ianya dapat memulihkan kita itu pun termasuk dalam syirik juga ustaz tapi syirik halusssss.Kalau ustaz plak nak ceritakan tentang rukun iman,tentu banyak jugak depa yang syirik ustaz sebab apa aku cakap gitu,rukun iman ni percaya pada yang ghaib jugak dan yang ghaib tu tak plak kita nampak,ada ke sapa2 pernah nampak zabur,taurat dan injil,ada ke sapa2 nampak tuhan,ada ke sapa2 nampak malaikat dan syurga atau bertemu atau berjumpa atau nampak Nabi2 dan Rasul2.Untuk menyakini dan percaya perlu nampak tak gitu ustaz?
Aku mau tanya jugak ni tapi hang janji jangan marah tau,marah tu berdosa jugak ertinya dirasuk iblis.Kalau ada seseorang yang memiliki geliga lipan atau besi kuning yang ada power apakah salah dia menyimpannya dengan alasan beliau ini adalah anugerah Allah padanya dan beliau percaya semuanya ini adalah rahmat kasih sayang tuhan padanya dan dia tahu sesuatu itu adalah semuanya diatas kehendak Allah walaupun yang datang antar tu bapak jin.Apakah jugak ustaz tidak yakin lagi akan penciptaan Allah datangnya dalam pelbagai rupa dan bentuk dan ada sesetengahnya tidak dapat terfikir oleh otak2 bedul kita.Apakah kita dapat mengupas keseluruhan rahsia yang ada didalam Al quran itu apakah kita dapat mengetahui setiap ciptaan tuhan yang zahir atau pun yang batin.Ustaz apabila kita mencelup jari kita dilautan yang luas dan sisa2 air yang melekat kat jari kita itu lah hanya yang kita dapat dari sekian luasnya air dilautan itu,jadi ustaz apakah telah cukup ilmu kita untuk membahaskan kurniaan Allah yang menjadikan sesuatu untuk manfaat manusia.Allah menciptakan sesuatu ada untuk kebaikan cuma ada segelintir manusia yang menyalahkan gunakan anugerah itu yang boleh membawa kepada syirik dan taksub.Ada di luar sana segelintir manusia yang memiliki barang yang ada power tapi mereka bukan jenis yang suka menonjolkan diri plak,aku setuju kata kau ustaz penyangak memang bersepah2 kat luar tu nak menipu orang dan nasihat hang tu memang bagus,tak la aku kata semuanya salah.aku cuma nak betulkan hang sikit aja.hang tau tak jugak ustaz yang merosakkan melayu dan islam ialah ada diantara depa yang suruh kita jangan dok percaya benda2 gini dan mereka jugak memberi hujah berdasarkan nas quran dan hadis mereka mahu kita pegang zahir saja maksud aku hang sembahyang,puasa dan baca quran dah cukup tak perlu yang lain pada hal depa lupa mempercayai yang ghaib itu juga adalah termasuk dalam rukun islam.depa nak kita buka mata kepala kita bukan mata hati kita.tak gitu ustaz
Waalaikumusalam saudara Fakhrul dan saudara Pauka telah membahasnya dengan cara yang baik sekali dalam soal yang berkaitan dengan akidah pemilikan barang mistik.Insyaallah jika ada masa yang lapang saya akan memberi pendapat saya pula.Semuga semuanya ini memberi manfaat bagi kita semua.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَك semua.seelok2nya jauhkan diri dari perkara yg memudaratkan… Nak nya soal akidah… Memang kita wajib percaya dgn benda2 ghaib… Tapi nabi tak pernah simpan benda2 ni,besi kuning kaa,geliga ka apa ka… Nabi hanya ada mukjizat.. Itu pun sehebat2 nabi tumbang dan berdarah di medan peperangan..boleh buka sirah dan sejarah nabi bersama sahabat… Mukjizat qubra yg turun pada nabi alquran dah cukup utk segala2nya… Dgn izin Allah إن شاء الله.. Kalau nak simpan buat koleksi takpa…tapi jgn sampai jauh jatuh gila obses .. Ni apa dia..kita kena hati2 takut tersimpang sebab duk syok sangat konon ada satu khadam atau qarinn dok jaga benda2 ni… Walhal ni semua jinn jahat..sebaik2 jin sejahat2 manusia ..tu lah dia abu jan..jinn ni yg makanan dia asap… Kalau orang merokok ni kategori jinn lah ya..agak nya haha.. Saya tak marah..saya tak singgung..saya bagi ingatan..kalau duk kata suka main hobi simpan benda2 ni ok jaa… Tapi jangan duk merepek gila cakap percaya ada brg benda lain bleh bagi kuasa… Ni gila abang paduka… Hehe.nabi dulu pun makan ubat…ubat nabi makan tak sama dgn ubat laa ni… Lani ada panadol lah ,paracetamol lah dan macam2 dari kementerian kesihatan… Nabi hanya makan madu,habbatul saudah,delima dan ada beberapa herba yg di sulam dgn ayat2 suci al quran berdoa pada allah .kita tidak menuduh sesiapa syirik atau khurafat.. Tetapi periongatan yg keras.. Kepada individu yg tersasar jauh.. Ingat lah kita.. Niat tidak pernah menghalalkan hukum.. Contohi nabi dan sunnahnya cukup utk kita.. إن شاء الله.. Terimakasih pada empunya blog..baik hati dan terbuka mindanya..ingatkan tak lepaih tadi tulisan saya.. Wassalamm.
Salam ustaz…nk tnye skit ayat “Sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia” ni hadis sahih atau hasan atau pepatah arab…trima kasih
Waalaikumusalam apa hang kata tu betul,apa Nabi kita buat semuanya dah kena dan patut kita contohi,walaupun kayu ke besi ke batu ke semuanya ada kelebihan tersendiri,jalanraya wat dari batu mat rempit pun pandai faedahkan wat berlumba dengan motosikal depa yang di wat dari besi bila mati kayu jugak yang berguna wat keranda.semuanya ada guna untuk kita cuma cam saudara ustaz nasihatkan jangan dok gila2 cakap kat khadam geliga lipan aku nak hang bagi aku tembus pandang tengok anak dara mandi kat bilik air,kalau anak dara tu tau malu dia tutp muka dia,kalau hang tanya dia napa hang tutup muka bukan tutup benda lain,jika jawap benda lain semua perempuan serupa aja muka aja yang lain2.
Kalau hang pa intai anak dara aku aku golok mata hang pa dengan garpu cam kassim selamat tu.Apa2 pun senantiasalah berwaspada,nak wat hobi pun kena jaga2 jugak jangan sampai gilakan hobi anak bini lupa.Ingat semua nooo…pesan ustaz tu ada kebenarannya,jadi jika hang pa semua dapat geliga lipan yang ada power hang pa bagi aja kat aku.aku tau jaga dia sori dia tau jaga aku bukan aku khadam dia nak jaga dia.ada masa aku sambong sikit aku nak telan panadol sat
Lupa plak aku bab rokok tu wak karimon kena censor cepat.
syariat,syariat,syariat,syariat….Iman datang dulu ka rukun datang dulu????
Amboi hang ada rupanya,pasal pa ulang 4 kali syariat tu nak ganjing karimon ke 3 syariat belum masuk 4
Aku ada..hang yang dah pi mana?..awat hang demam ka?? awat tak bagi tau kat kami..ponstan banyak tu..
Aku sibuk sikit ni bos aku antar aku wat keja kat luar,hang bagi aja ponstan kat wak karimon dia tu kerap pening sebab cari quota tak jumpa lagi,dulu ada sibuk gan anak mami tapi dia plak tak mau katanya budak tu muda,apa punya karimon yang muda tu lah boleh buat ulam paling tidak wat jeruk.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَك kalau ada nak juga tengok… Nak kaji dari segi perubatan islam… Saya nak intai melalui mikroskop… Macam mana struktur atom dia… Rantaian dia… Dan aura yg dikeluarkan… Adakah sama seperti chain reaction radio active… Ni subject menarik utk dikaji dan kita berbalik pada hukum Allah… Terima kasih paduka… Nasihat tuan memang bernas… Yang baik dari Allah… Yang buruk dari kita semua… Terutama saya. Wassalamm
Menarik gak tu ustaz….ustaz ader Lab ker nak test camnie? Ader banyak benda saya nak bawak jumpa ustaz nie…kalau ada LAB ler…kita test sama sama
Terutama kajian tentang Chenuai…tang component apa/mana yang activekan sifat pengasihan pada orang….berbuih tanya…tak dapat jawapan lagi (walaupun begitu …TETAP saya yakin dengan ciptaan Allah SWT…cuma out of curiosity sebagai manusia yang lemah ..tu yang nak tau gak).
Betul Alam Satu..Aku pun nak test Cenuai aku,Kayu Abanus aku dah memang ada surat beranak…kalau Ustaz kita ada Makmal,bolih juga saya test kayu Abanus,kayu Lus,Kayu Cyperess,kelor,raja kayu putih,cenuai,kemuning hitam dan lain lain lagi teras kayu.Kita hanya tau khasiat Air Sejuk dan Air Zam Zam dari saintifik…tapi banyak teras kayu bertuah tidak di kaji dari segi saintifik.Yang saya tahu hanya Kayu Abanos dan Fine Cperess je,kayu yang lain hanya dari ujian mistik sahaja.
saya mempunyai geliga lipan bersama lipannya sekali .geliga ini masih berada didalam mulutnya ,ia mempunyai khasiat dan keindahannya yang tersendiri . seorang hamba allah dari seberang telah memindah miliknya pada saya 2 tahun yang lalu .ia masih berada bersama saya dalam keadaan yang baik .saya ingin memaharkannya dengan sebutan nilai yang berpatutan dan bersesuaian .sila hubungi saya 0126291361
salam. buat abg karimon, paduka dan alam tunggal dan semua pembaca blog ini. saya baru mendapat buntat/geliga lipan dlm 1minggu. ianya dalam dakapan lipan itu sendiri. warna coklat sebesar 10mm dia. tak sama dengan dlm gambar2 yang terdapat dlm gambar dlm internet yang macam silika gel, batu cincin cristal atau bt pasar malam. memang beza jauh sekali, belum dapat alamat apa2. mintak pendapat pd yg ariff dan tahu cara2 penjagaan, cara2 pengujian serta apa2 maklumat yang boleh digunapakai bagi geliga lipan ini. yang sahihnya pernah tengok dan pegang hak org lain sama dengan yang ada pada saya.
Salam untuk zaharin setiap geliga lipan bukannya sama ada yang berlainan bentuk dan warna.Tak usah mengujinya kerana kalau ada rezeki adik ianya akan memberi satu alamat/petunjuk bahkan bagaimana nak menjaganya,buat sementara waktu bolehlah disimpan didalam kain kuning dan diberikan beberapa butir beras.Adik boleh merujuk pada entri geliga lipan untuk mendapat maklumat yang lebih lengkap.
salam. buat abg karimon. dalam byk2 komen dlm entri geliga lipan tak banyak yg membantu dalam pengurusan penjagaan serta berkenaan geliga lipan. rata2 cerita tembus pandang lah, kebal lah, jual beli lah, proses lah dan lebih lagi pasal letakkan hukum. pening kepala. tak tau mana nak ikut takut nanti barang baik jadi hancur, rosak dek karenah depa yg tak tau dan tadak barang serta tak pernah tengok pun atau tak pernah pegang langsung main suka2 je nak beri pendapat. apa yang depa tau hanya dengar cerita2 je lepas tu tunjuk pandai itu la ini la. harap nak beri pendapat biarlah ikhlas, telus serta amanah. yang lain kita berserah pada yang maha berkuasa dan yang maha mengetahui. amin. kita2 ni hanya berusaha dan berikhtiar je.
Salam buat zahari,Geliga Lipan ? tau ke mereka apakah geliga lipan,betul ke yang mereka ada itu geliga lipan ? apakah yang berada dalam mulut lipan itu benar2 geliga lipan ? jika setiap diantara kita jujur dan ikhlas mau belajar dan mengetahui apakah geliga lipan yang sebenarnya tentu mereka akan ketemui jawapan pada keseluruhan yang adik menanyakan itu.saya bertemu banyak tester yang menguji geliga lipan tetapi kebanyakannya menguji dengan cara yang salah,asyik2 tester nak uji tembus pandang walhal geliga lipan mempunyai 2 fungsi yang lain sebab itu banyak ujian gagal.asal geliga lipan aja nak ditest jika pas dikatakan baik untuk berjudi.asyik2 nak uji lama2 khadam pun naik bosan dan mengantok.90% gagal dalam penjagaan sebab yang dijaganya bukan geliga lipan tetapi sesuatu biji yang dipuja.yang paling melucukan tuan punya barang itu sendiri tak tau khasiatnya atau kegunaannya atau apakah barang itu.
Letih adik main benda2 gini tetapi saya tidak lah menafikan ada barang/geliga yang baik2 tetapi bukannya senang nak dapat yang banyak dibeli orang ialah cerita saja dik bukan beli barang.Kesian abang tengok yang tertipu ni.Cuba adik perhatikan soalan mengenai besi leleh sampai sekarang ada bermacam2 jawapan yang adik boleh terima jika ditanya yang manakah besi leleh yang asli/power,yang melekat magnet ke atau yang tak lekat magnet.Ikut hukum sains yang melekat magnet itu kerana ada kandungan ferum(Fe)itu besi maka melekatlah ia jika kurang atau tiada Fe dalamnya maka tidak pula melekat.Andai kita mempunyai timah yang melekat dengan magnet adakah kita akan mendabik dada mengatakan kita ada timah yang asli dan power kerana dikatakan timah yang asli tak melekat pada magnet.
salam,sy baru 3bln memiliki geliga lipan.d sedekahkn kpd sy oleh seorg rakan.mcm2 keindahan yg sy dpt sprt dpt alamat sebelum sesuatu kejadian secara spontan,ubatkan orang sakit dr jarak jauh,alhamdlh rezeki bertambah,psl kekebalan pn ternyata ada,pasal tembus pandang belum d cuba,sbb xthu mcmne nk wat,sejak miliki geliga lipan ne,selalu bermimpi berjumpa org yang sy sendiri x kenal.d sini sy nk tya,kenapa geliga lipan milik sy ne semakin membesar mgu demi mgu.sbrg komen n pertanyaan lh msg or tel sy syrail-016-2421140
Salam syrail,perlulah saudara ketahui bahawa bukan semua geliga lipan memiliki ciri tembus pandang kebanyakannya hanyalah perubatan sahaja dan amat jarang kita akan temui yang kebal atau tembus pandang.Geliga lipan yang asli sifatnya hidup itu sebab ianya membesar dan ada kalanya sebesar biji kacang tanah tetapi bukan pula semuanya begitu.Tentang mimpi saudara itu saudara perlulah merujuk kepada mereka yang lebih arif algi kerana mungkin satu penafsiran mimpi perlu dilakukan sebelum menerimanya bulat2.
salam. buat abg karimon. ada beberapa brg yg saya perolehi dari pemberian orang seperti batu delima pink berbelang merah bermata putih.sebesar 20mm, kayu menjadi batu. batu jernih (tak tau batu apa) ada yg kata gel. embun. keris nipis (macam keris ular lidi) dan beberapa lg brg. buat semua barang tu dikatakan ada penjaganya tp satu pun tak pernah bersoreh atau bermimpi. beri pendapat abg karimon dan pembaca blog ini. nak yang telus dan ikhlas.
Adik zahari walaupun ianya pemberian dari alam ghaib bukannya semua ada khadam/penjaga.Ianya lebih merupakan satu hadiah atau cenderahati saja.Jika sesuatu itu berkhadam insyaallah kita akan dapat merasainya kehadirannya walaupun tak berjumpa atau bermimpi akannya.
Waalaikumusalam
Tuan Zahari, cakap ustaz dangkal ni bukan boleh pakai sangat, kroni depa ni lagi teruk tak cukup makan gaji banyak yang jual ayat al Quran dan ugama untuk dapat upah sampai ke Masjid, lagi teruk. Itu sebab mereka sering cari makan guna air liur saja sehinggakan mengunakan tulang empat kerat pun jarang. Kecuali ambil upah jadi imam. Semua ini ada dalam Al Quran dan hadis ke ?. Kita bukan cuba menghukum perbuatan mereka yang seumpama ini, tapi apasal perkerjaan kita sering mereka persoalkan samada terdapat dalam al Quran dan hadis.
Bab batu geliga dan delima ni tuan, jika dilihat menerusi gambarfoto pun sukar untuk mengetahui jenisnya, apatah lagi dari cerita yang ditulis. Jenis lipan, semut, ular pun terdapat beratus jenis, begitu jugalah dengan geliganya. Untuk mengetahuinya perlulah kena tenguk dengan mata kepala dan dipegang jika boleh. Nilai geliga bergantung kepada jenis lipan, semut dan ular yang memilikinya.
Dulu ada seorang Doktor kawan saya sibuk mencari batu delima bertahun tahun sehingga sanggup menawarkan harganya sehingga jutaan ringgit, tapi beratus biji batu delima yang ditemui tidak memenuhi jenis batu delima yang dihajatinya.
Biasanya setiap hadiah yang kita terima tu akhirnya pasti diketahui pemberinya, kena sabarlah sikit.
Wasalam
salam. pakcikli00 dan abg karimon. saya ingat kita tinggalkan aje pasal uztaz tu. tahu 1 perkara tapi tak kupas habis2 perkara2 seperti ni. batu delima saya perolehi tu dtg/keluarnya dari mulut burung kasawari (kayangan). ini pun saya diberitahu oleh orang yang ariff. diberikan kpd saya oleh pawang rashid (org ghaib) hasil nyelap seorang kawan acheh. menamakan saya sebagai pak jujur dan terus hadiahkan batu tersebut dah hampir 7 tahun. nama penjaganya pun dah dapat tp jumpanya belum. semua barang saya dapat ada penjaganya tp mcm tu jelah. lg satu perkara yang saya musykil sangat. saya di ijazahkan sebagai pawang kecil oleh alam ghaib. tak payah disebut dari siapa. adakah disebabkan ini semua penjaga2 brg2 tu tak nak jumpa atau berkenalan dgn saya. dan apa maksud pawang kecil di alam nyata ini. bukan menuntut atau apa2. tiada mentera atau bacaan2. dianugerah kerana suka menolong dan berminat. bukan nak menonjol diri tapi ingin tahu supaya tak salah langkah dan takut jatuh syirik. nak menjadi golongan orang2 yang beriman dan diredhai allah dunia akhirat.
Assalam…. sye sokong dgn keyataan pakcikli00 tue… bersabar&tawakal….. 😉
Waalaikumusalam
Tuan Zahari, saya ni sekadar seorang dukun sahaja, itu pun cuma dukun asmara sahaja. Jika menurut ranking diantara pawang bomoh dan dukun, dukun tangga yang paling bawah. Diantara pawang bomoh dan dukun pawang merupakan yang terkanan sekali dari segi ranking diikuti bomah dan terakhir dukun. Perbezaan antara ketiga ini ialah dari segi peranan dan tugasan masing-masing dalam masyarakat. Pawang merupakan jawatan ketiga penting yang perlu ada dalam sesebuah kampung pada zaman dahulu. Pertama ketua kampong kedua Tok Imam dan ketiga pawang keempat bomoh dan kelima dukun. Tugas pawang ialah menjaga keselamatan kampong daripada dicerobohi oleh musuh baik yang nyata atau yang ghaib serta dari binatang buas. Pawang juga mempunyai kebolehan merawat pesakit. Sebab itu dulu dulu kalau ada pawang bomoh atau dukun luar yang masuk ke sesebuah kampong, mereka perlu minta izin dari pawang kampong yang berkenaan terlebih dahulul sebelum mengubat anak buahnya. Kalau tidak mereka akan dikira sebagai penceroboh yang disebut sebagai ‘belaga pawang’. Keistimewaan pawang ini mereka juga merupakan seorang bomoh atau dukun.
Bomoh agak khusus sikit tugas dia. Macam bomoh patah, bomoh hujan, bomoh susuk dan sebagainya. Bomoh ni walau macammana handal sekali pun dia tetap kena hormat tok pawang yang ada dalam kampongnya. Orang dulu dulu masing masing faham tugas masing-masing sebab itu mereka jarang berlaga macam di Karimon’s Blog.
Dukun pulak tugasan dia lebih kurang macam pembantu perubatan di hospital. Cuma penyakit dan masaalah yang ringan ringan sahaja yang dirujuk pada dukun. Jika dukun tak sanggup mengubati kena pergi ke bomoh atau pawang. Biasanya dukun ni sekadar boleh lambung kunyit atau bawang sahaja.
Orang dulu dulu mereka tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama pawang, bomoh dan dukun kerana gelaran ini mempunyai tanggung jawab yang besar. Tangungjawab ini merupakan kepandaian dan kebolehan yang diberi oleh Allah swt kepada mereka untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat tanpa mengira waktu dan balasan.
Jadi di Karimon’s Blog saya sebagai hanya Dukun Asmara perlulah menghormati Tok Sidang, Tok Imam, Tok Pawang dan Tok Bomoh di sini.
Berdasarkan kepada datuk saya sebagai seorang pawang diraja kepada seorang sultan suatu masa dulu beliau ada berdamping dengan makhluk di alam ghaib dan banyak memperolehi benda sebagaimana yang tuan perolehi sebagai peralatan yang diperlukan seorang pawang. Tuan bolehlah menyeru nama pawang Rashid dan memberikan hadiah kepadanya sebagai tanda orang berbudi kita berbahasa jika ingin memohon sebarang pertolongan. Minta tolong pada makhluk ghaib samalah seperti minta tolong sesuatu kepada orang kampung, takkan syirik kot.
Wasalam.
salam. wah hebat juga kupasan pakcikli00. saya faham sedikit sebanyak apa yg pakcikli00 bahaskan dlm blog ni. saya segan nak bagitau siapa yang ijazahkan pawang kecil kepada saya. tapi kiasannya panglima hang tuah ada berguru dengannya tapi bukan adi putra. adi putra guru kepada panglima hang tuah yang tercatat dalam cerita hikayat melayu. yg ni tidak tercatat langsung dalam mana2 hikayat melayu atau nusantara.
hidupnya beribu tahun dihabiskan dengan bertapa. dunianya gelap gelita tanpa cahaya sedikitpun. – sedangkan jin-jin itu sendiri tidak dapat melihat aku apatah lagi manusia. (itu kata2 dia yang sering diucapkan) dan apa2 permintaan dia suruh minta kepada allah bukan pada dia, dia cuma berikhtiar sahaja dan dia sering berkata – siapa aku yang kau hendak minta tolong. minta pada tuhanmu (allah) dan aku kemari pun dengan izin tuhanmu. aku cuma ikhtiar saja. inilah ungkapan sering di ingatkan kepada saya. bersolat dan menyembah allah juga sering diingatkan.
bukan pawang rashid. pawang rashid cuma hadiahkan batu delima sahaja. saya tertanya2 siapakan dia. macamana kedudukan saya sekarang. adakah saya berdosa besar atau syirik. saya merayu kpd pembaca blog harap beri komen kepada saya. saya nak masuk syurga juga. (ya allah ampunilah dosa2 hambamu).
saya minta ampun dan maaf sekira apa yang tercatat disini tidak disenangi atau tak setuju atau berasakan omong kosong atau melukakan hati para pembaca semua. allah maha mengetahui dan tiap2 kejadian itu adalah dari kuasanya. hanya allah yang tahu.
salam.
aku ada batu gelima lipan sepasang jatan betina
Assalamualaikum wbt….
Saya tertarik dgn soalan zahari08 dan izinkan saya menjawab sekadar mampu dan berdasarkan pengaalaman saya. Saya juga bergelar pawang 10 tahun dahulu dgn mempraktikkan ilmu pawang seperti mmenangkap jin, mengalihkan hujan, puja semangat, santau dan sebagainya.Juga pengamal urut tradisional melayu.
Gurunya ilmu pawang ini adalah Lokman Hakim dan sepertimana saya baca hasil kajian Dr.Haliza Jiji dari Kementerian Kesihatan yg mengkaji asal usul bomoh melayu di Kedah, kesemuanya mengaku belajar dengan Lokman Hakim.Siapakah Lokman hakim ni kerana dialah pengasas ilmu pawang dan kebatinan melayu, dialah Datukku Syeikh Sayyid Thanauddin Jamadil Kubra ( Sang Pendita Adi Putra)
Saya juga seperti anda dahulu takut terjebak kelembah syirik dan khurafat dan dek kerana itu “kurang” mengamalkan jampi mentera malah menggunakan 10 ayat syifa` dan pengubatan surah yaasin. Yg membuatkan saya belajar dgn pawang ini adalah kerana dia mampu merawati isteri saya hingga pulih sedangkan rawatan islam (perubatan al quran) tidak berhasil.
Sebenarnya zahari08, kita hanya diajarkan ilmu yg bersesuaian dgn iman dan amal kita. Kalau iman dan “taqwa” kita meningkat, kalau memohon padaNya, dia akan anugerahkan ilmu yg setaraf dgn diri kita pula .Contohnya ini lah ilmu yg saya bawa, Gerak faqir dan Titik 9. Ilmu ini dari sunan kalijaga dan Sayyid Hussin jamadil Kubra (Ketua Wali 7). Bukan ke kalijaga murid Adi Putra dan Adi Putra adalah Wali 7.
Contoh; penggunaan tangkal itu haram. Bagi sahabat dari Mekah yg 10 tahun diasuh oleh baginda dgn Tauhid tasauf, mereka “dengar dan taat”(sami`na wa ato`na). tetapi bagi sahabat baru di Madinah, kefahaman mereka tak sampai tahap sahabat di Mekah. jadi mereka masih tak faham kaedah penyembuhan tapak tangan yg Baginda tunjukkan dan bertanya, “tak boleh kah kami guna kaedah ini (tradisonal arab)”, Rasulullah kata, tidak mengapa asalkan tidak mengandungi unsur syirik”. Dan bab tangkal kata Rasulullah, ” tidak mengapa sebab didalamnya penggunaan Kalamullah” sedangkan sebelum tu Baginda diam aje tidak menegur, bila ditanya sahabat baru baginda jawab.
Adakah Baginda diam bermaksud menggugurkan pengharaman tangkal? Sedangkan tidak menggunakan ruqyah, tidak bertatayur(meramal), tidak menggunakan tangkal dan tidak menggunakan besi panas dalam pengubatan, akan dapat “masuk syurga tanpa hisab (70 ribu orang)”.
Begitu juga Sunan Kalijaga mengajarkan jampi dan mantera kpd orang jawa sesuai dgn keadaan masa tu yg mana Islam baru dtg dan mereka tak kan dapat menguasai bahasa arab dan al quran. Janji hati bersih dan beriman dgn sebenar-benarnya. Sunan juga menggunakan budaya tempatan dalam merealisasikan dakwahnya seperti permainan wayang kulit dan silat dalam mengenalkan Tuhan Yang Esa .
Bab-bab benda berkhadam tak salah asalnya, saya juga ada geliga lintah (untuk sakitkan orang), syiling Yaasin (ibu duit) dan aked sulaiman (pengubatan). Mohon lah pada Allah dahulu kemudian serulah penjaganya agar hajat di tunaikan.
Kata anda,” dan apa2 permintaan dia suruh minta kepada allah bukan pada dia, dia cuma berikhtiar sahaja dan dia sering berkata – siapa aku yang kau hendak minta tolong. minta pada tuhanmu (allah) dan aku kemari pun dengan izin tuhanmu. aku cuma ikhtiar saja. inilah ungkapan sering di ingatkan kepada saya. bersolat dan menyembah allah juga sering diingatkan.”
Dia tidak mengajar anda untuk berlaku syirik, namun kebanyakkan penuntut yg tak benar-benar faham akan terjerumus ke lembah syirik. Mohon pada Allah, baru Dia izinkan guru kamu datang, tetapi kalau kamu terus seru khadam…………entahlah siapa yg datang.
Taqwa akan menyebabkan anda takut menyalahi hukum dan tidak mempertikaikannya, just “dengar dan taat”. Ini susah untuk diperbincangkan. “Pokoknya”,selagi anda yakin bahawasanya hanya Allah Yang Maha Berkuasa dan tiada siapa dan apa-apa yg dapat memberi dan mendatangkan mmenafaat atau mudarat, “tidak mengapa”. Ini proses pembelajaran sebenarnya, jadi amalkanlah, itu tahap anda sekarang. Itu sebab tauhid tasauf kena belajar sampai akhir hayat untuk peningkatan iman.
Kalau ada sesiapa tersinggung dgn kenyataan saya, saya mohon kemaafan terlebih dahulu. Ini pendapat dan kefahaman saya, sila sesiapa mengutarakan pendapat masing-masing.
Wassalam.
salam.
ada yang menceritakan.
dikatakan permulaan para wali berada dilapis keempat
sedangkan ada tiga lapis lagi untuk sampai kelapis ketujuh.
adakah turunnya para wali menunjuk ajar pada manusia pilihan sebagai jihad bagi mereka untuk peningkatan kelapisan ketujuh.
maaf jika pertanyaan ini kebudak budakan…
maklum lah budak baru belajar.
Assalamualaikum wbt….
sahabat pendekar sufi. terima kasih atas pandangan sahabat berkenaan persoalan saya. saya masih lagi menunggu pandangan2 para pembaca blog karimon ini bagi memantapkan lagi ilmu. kalau boleh ingin mencapai ke tahap yg lebih baik dan tinggi.
Wassalam.
Waalaikumusalam
Tuan Hilmi, jika soalan tuan mengenai wali itu merujuk kepada wilayah iaitu rumah rumah nafsu yang terdiri daripada 7 yang terdapat dalam diri anak Adam iaitu amarah, lawwamah, mulhamah, mutmainnah, radiah, mardiah dan kamilah.
Diperingkat mutmainnah baru Allah swt meredhoi hambanya seperti ayat ” wahai jiwa yang tenang datanglah kepada ku dalam keadaan redho meredhoi….”
Dan seseorang itu sepatutnya hanya layak mengajar setelah sampai ketahap kamilah ia itu kesempurnaan.
wasalam.
salam
terima kasih tuan.
ini berkaitan peningkatan nafsu bagi mereka yang masih hidup didunia.
adakah kita tahu tahap nafsu sesaorang itu
samaada dimakam amarah atau dimakam kamaliah
bukankah ini soal dalaman ??
penilai nya hanya allah dan disalurkan pada mursyid
adalah tingkatan makam berlaku dialam arwah.
alam selepas meninggalkan dunia ini.
bolihkah atau masihkah berlaku peningkatan makam dialam arwah tersebut???
sekira kira keadilan itu adalah meletakkan sesuatu pada tempat selayak nya…
diberi akal untuk berfikir dan memilih
Waalaikumusalam
Terima kaseh kembali. Tuan Hilmi, sebelum saya menjawab soalan tuan perlu saya mengingati tuan jawapan saya adalah sekadar dari seorang sahabat bukan seorang guru.Dan saya menjawab soalan tuan ibarat tiada rotan akar pun berguna. Mungkin ada mereka disini yang lebih arif untuk memberi jawapan. oleh itu jika jawapan saya tidak memuaskan saya terlebih dahulu memohon maaf.
Jika soalan tuan mengenai nafsu itu bermaksud jiwa yang sebelum menjadi nafas. Kita boleh mengenali jiwa seseorang itu menerusi parasrupa, gerakgeri, tingkahlaku dan budibahasanya yang menyatakan nama, sifat, perbuatan dan dirinya.
Apa yang tersurat itu adalah menyatakan apa yang tersirat. Buah daripada akal itu adalah hikmah. Oleh itu akal itu adalah untuk mengenali diantara ucapan yang jujur dengan yang dusta. Sifat yang mulia dengan yang cela. Perbuatan yang baik dengan yang jahat. Pendirian yang hak dengan yang batil.
Peningkatan nafsu adalah sekadar diperingkat pembersehan jiwa. Kita akan dapat menyedari kebersihan jiwa menerusi
rasa, pegerakan dan cahayaNya. Dan mereka yang arif dapat melihatnya.
Pembersihan rumah rumah nafsu adalah sekadar diperingkat penyusucian jiwa yang berakhir meresap kedalam darah daging nafas dan tenaga, untuk melayakkan diri memperolehi Nur Muhammad. Di peringkat ini kita hanya baru terlepas dari syirik khafi.Di suatu peringkat lagi kita memerlukan pula Nurullah untuk mengenal diri dan tuhanNya.
Setelah meninggal dunia anak Adam itu bermakna dia telah kembali kehadrat Allah swt, maka segalanya terpulanglah kepada Allah swt.
Wasalam.
Barangsiapa yang berminat untuk mendapatkan berbagai jenis minyak pengasih asli dengan mahar yag berpatutan boleh hubungi saya melalui +6 012 465 9123
salam..pendatang baru di karimon’s blog..
menarik blog ni
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ……
Dah bape mlm saya b’mimpi diserang lipan lebih kurang 2-3 hari… Selang seminggu bila saya t’jaga pagi saya terhidu wangi yang amat sangat… Mula2 saya x menghiraukan hingga la saya nk g kerja saya kemas tempat tidur saya alang t’kejut nye saya dapati ada beberapa batu dibawah bantal saya…. Malamnye saya bwk batu2 tu g jumpa org yang tahu tentang batu… Org itu memberi tahu bahawa batu tersebut adalah geliga lipan dr alam ghaib…. Untuk keterangan lanjut leh hubungi saya 0197280788
asalamuallaikum wrwb
bismillah
lahaullah walla quatailla bihha
maaf atas segala kekurangan atas sya yg hamba bodoh ini..
saya ingin bercerita,minta solusi dari tuan2 yg faham.dan mengerti akan kodrat dan iradat tersurat dan tersirat.
waktu itu saya di kamar ibu saya waktu itu saya lagi bersih bersih kamar
di bawah tikar yg sudah lama dan tua saya menemukan sepasang geliga dan mugkin itu lipan.,
pertama bentuk nya kuning bening,lama lama kuning berisi putih,sekarang berubah kuning agak kehitam hitaman dan memerah..
nah,disaat saya memegangnya tangan saya seperti kesetrum dan seperti ada yang berjalan,setrumanya sangat jelas dirasa.
nah yg saya pertayakan.
” bagaimana merawat geliga lipan secara utuh ”
dari segi makananya
doa ,dan minumnya dan juga pengetesanya
besar harapan saya untuk kebesaran hati tuan tuan ,buat nak jelaskan secara utuh dan terbuka
kepada saya yg bodoh ini
sebelum dan sesudahnya ,salah dan silaf,saya hanturkan maaf dan terima kasih.
wasalamualikum wr wb
mull
dari padang
sumatera barat indonesia
082111583033
demi allah
kekuasaan dan kebesaran yg ada di tangan nya sesutuhnya
dan dia lah tuhan semesta alam
tiada satupun yg luput dari nya,dan tiada satu pun yg terjadi atas kehendak dan izin nya.
semua atas kebesaran,rahmat dan anugragh dari allah sang pencipta
Salam.sy ad geliga kala jengking.apa khasiatnye n cara pnjagaannya..drpd x taw baik jual kn.rm250 je kalu ad yg brmnat sbb sy dfhmkn geliga jnis nie x rmai yg ad 🙂 bolotwok5841@gmail.com
nak jual lipan bara hidup dengan harga berpatutan sebab di dalam bdan lipan tersebut ada 3 biji geliga ..lipan tersebut masih muda belum cukup matang sesiapa yg mahu membeli hubungi sy di 0175228308
Assalamualaikum..tumpang tanya kpd sahabat2 yg berilmu..bolehkah geliga lipan diwarisi dan juga dapat kekalkan khasiatnya melalui kaedah jual beli?