batu delima 6 star(bintang)ikat perak .untuk dijual
Archives
- May 2013 (1)
- April 2013 (3)
- March 2013 (3)
- January 2013 (4)
- December 2012 (1)
- November 2012 (1)
- October 2012 (3)
- September 2012 (1)
- August 2012 (2)
- July 2012 (3)
- June 2012 (5)
- May 2012 (11)
- April 2012 (10)
- March 2012 (8)
- February 2012 (4)
- January 2012 (10)
- December 2011 (5)
- November 2011 (13)
- October 2011 (8)
- August 2011 (10)
- July 2011 (3)
- June 2011 (4)
- May 2011 (1)
- April 2011 (9)
- March 2011 (15)
- February 2011 (5)
- January 2011 (6)
- December 2010 (12)
- November 2010 (17)
- October 2010 (22)
- September 2010 (16)
- August 2010 (9)
- July 2010 (51)
- June 2010 (9)
- May 2010 (36)
- April 2010 (6)
- March 2010 (1)
- February 2010 (29)
- January 2010 (15)
- December 2009 (6)
- November 2009 (5)
- October 2009 (5)
- August 2009 (2)
- July 2009 (17)
- June 2009 (4)
- May 2009 (13)
- April 2009 (12)
- March 2009 (22)
- February 2009 (52)
- January 2009 (33)
- December 2008 (65)
-
Recent Posts
Recent Comments
mirul on Geliga Lipan jasri saidin on Rantai Babi peter on Batu/Geliga Embun peter on Batu/Geliga Embun hassanroshanmohamad on Kemian Jin PrettyFly on Minyak PrettyFly on Minyak nizam on Lawatan Ke Tawau 5 nizam on Minyak Zafaron nizam on Darah Kijang Putih nizam on Darah Kijang Putih ekesehh on Batu/Geliga Embun zuzayakuza on Badar Besi mohd shariff bujang on Kayu Hujan Panas Ramlee on Geliga Lipan Categories
- Antik Dan Artifak (5)
- Barang Mistik (188)
- Barang Untuk DiMaharkan (15)
- Batu Permata & Cincin (63)
- Berguru (1)
- Berita/Info (96)
- Buku Mistik teras & Kayu (2)
- Buku Mistikal Mistik (6)
- Duit Lama (21)
- Dunia Dalaman Permata (10)
- Keris dan Senjata (26)
- Metafizik (8)
- Perbincangan & Rawatan Sakit Misteri (4)
- Perbincangan & Rawatan Sakit Misteri 2 (1)
- Rahsia Bangsa Melayu (2)
- Sejarah & Info Islam (10)
- Seni Silat Warisan Melayu (1)
- Tarikat & Tasauf (1)
- Teras Kayu (53)
- Tumbuhan Herba & Mistik (44)
- Uncategorized (4)
- Wali songo (3)
- XPDC Gunung Ledang 2 (19)
- XPDC Pulau Besar (26)
Tulisan Terbaik
Top Rated



kalau suami(yang kedekut) pakai batu cincin ini confirm mampu bagi jadi tarik…bila wife minta sesuatu dia xmau bagi mesti wife tarik muka asam jawa…balik lambat je..mesti wife tarik muka gak…tapi kalau wat tarik no ni …….tu bukan tarik tapi bagi cz duit byk bagi kat bomoh..bomoh jd kaya dia yang jd kayab…
Penipuan dalam menguji Delima Merah !!!!.Menurut PAKAR BATU PERMATA,Han San Kay ialah jika batu di masuk kan gelas di letakan di bawah sinar matahari atau lampu.Maka sinar merah dari pantulan cahaya batu akan nampak memerah kan sebagian dari air….ini lah lah SHAHIH yang di tulis olih seorang Pakar Batu Permata dalam buku nya RAHSIA BATU PERMATA…Apa yang di buat olih SIPENJUAL ialah Batu di masuk kan dalam segelas air….air berubah warna.Air yang di gunakan itu ada campuran Magnesum Diosid….Jadi berhati hati lah dengan CARA PENIPUAN YANG TERHORMAT !!!.
KHASIAT RUBY/DELIMA MERAH
1.Meenjadi pengaseh
2.Menyemboh kan penyakit Lemah Tenaga Batin..lelaki atau [perempuan
3.Menaikan semangat dalam penampilan diri/bergaya
4.Pelindung dari racun dan santau,serta sihir…batu akan berubah warna.
5.Mengekal kan persahabatan
6.Menghidari penyakit dari hujan lebat dan ribut kuat.
7.Sentiasa dalam kekayaan.
Delima ada 4 jenis yang besar iaitu :
1.Delima Merah..ada campuran aluminium dan zuurstof
2.Delima Biru/Sappire….ada campuran titaniaum di dalam batu.
3.Delima Kuning/Sappire Kuning…campuran iron dalam batu.
4.Delima Putih…ada campuran aluminiaum dalam batu
Assalamualaikum
Satu Tips nak kenal batu delima original ialah dengan membelek belek batu tu dibawah cahaya matahari…masa kita belek belek peratikan biasan warna cahaya pada permukaan batu delima merah nie…akan perasaan ..satu angle dia jadi merah kejinggaan (orenish)..pusing sikit nanti warna permukaan jadi merah keungguan (purplish). Delima merah masak takkan dapek biasan warna diatas.
Kalau ada duit – beli Dichroscop – http://www.faceters.com/askjeff/answer36.shtml
Sekarang dah banyak batu semi-preciuos yang dibuat secara sentetik…memang nampak cantek cuma tak ori ajer ler…kalau hati dah suka beli ajer …tapi jangan ler sampai harga tak munasabah ekk sampai ribu ribu hehehe ( tapi kalau dah banyak duit hadiah ler kat kami nie…especially bro paduka ..dia memang suka kalau orang hadiah dia barang barang nie …duit lagi ler bagus …hehehe.
Satu lagi org dok jual batu delima buatan claim ada penjaga ghaib…berjuta-juta lemon harganya…boleh ker kita berdagang penjaga ghaib nie ekk ? dah ler tak nampak …kot kot dia lepak dgn kita jap jer pastu cabut lari balik kampung ….macam awek indon maid yang selalu kita baca di akhbar tu…at least maid tu kita nampak ler jugak boleh report polis atau cari agent dia…hehehehe..hai tak tau ler dunia dunia…
maaf ya kalau saya merapu sikit…
wassalam
Dunia penipuan memang banyak,barang buatan tapi kata original….tapi Alam Tunggal ori juga tu…malang nya original PALSU….HE….HE…HE…NASIB BAIKLAH AKU PUNYA MEMANG ASLI BETUL PEMBERIAN….NENEK DAN DATUK !!!!.
Ohhh itu…penjual nya kata,Bang ni original !!!masa tu memang nampak ori,…sampai kat rumah…laaa…batu jalan,rupa nya…aiii tadi nampak macam batu zamrud !!!…rupa nya nya batu jalan dah kena injection dakwat hijau !!!!!dah kena dahhhh…..penjual dah balik negeri,entah berantah !!!!!.
salammm……..
bab batu zamrud ni aku ada lah sebijik…..
dihantarkan kat depan rumah….
soal nya bagaimana nak tahu ori atau tidak…??
ada power atau pun tidak…??
ada yang bolih scan keee…??
laa ni tengah cari tukang cincin…
Assalamualaikum Bro Ali
Di sebabkan nilainya yang tinggi, Batu zamrud paling banyak buatan manusia. Kalau ada original dari perut bumi (Raw) tak dapt nak buat shape yang lawa (tak cukup -kecik sgt atau terlalu sopang) untuk dibentuk permata soo..orang dulu dulu ( dari zaman Kaum Maya ( south Amrica) lagi) dah ada teknik treatment batu zamrud. Depa campur dengan resin pokok untuk menutup rekahan rekahan batu (disebabkan Zamrud sangatlah lembut) dan menambah/memupuk structure batu supaya bertambah besar.
Cara nusantara – masak batu zamrud dalam minyak kelapa muda yang jernih (api slow takut batu pecah plak) – slow cook
Zaman skg depa panggil heat treatment – rendam zamrud dalam resin pastu compress dalam balang tekanan tinggi. Maka jadilah Zamrud yang lawa, berkilat dan besar….so dipasaran…boleh kata semua zamrud original ada ditreatmentkan bagi mendapatkan hasil yang hampir perfect ( yang perfect hanya Allah Sahaja).
Antara Karektor batu yang original
1) Ada Inclusion – kesan kesan macam retak (tapi bukan retak) tak sekata – kalau terlalu sekata/terlalu uniform kekadang batu buatan juga (contoh batu delima retak seribu dalam pasaran).
2) No bubble (kalau ada pun satu dua)- buih buih angin dalam batu – batu permata ori mengambil masa yang lama untuk terbentuk dan memerlukan compression yang sangatlah lambatnya (tanah bumi mana bergerak laju beb…tapi kalau nengok dari bulan laju ler dia berpusing hehehehe. Kalau terlalu cepat pengerasan ( sepertimana buatan manusia) maka terbentuklah bubble dalam batu tu. kekadang tu saya nengok punyalah banyak bubble dalam batu delima depa jual…selamba jer dia kata ORIGINAL….perghhhh
3) Test guna Dichroscop – setiap batu yang original ada signature biasan cahayanya tersendiri.
4) Ada bentuk shape Hablur bila dilihat dgn sinar cahaya pada permukaannya. Ada bentuk heksagon pada permukaan. Ini adalah Batu permata nie species hablur/kristal dan ia terjadipun hasil bari penghabluran mineral dari dalam tanah. Tapi test method nie tak semua batu ori boleh nampak – sebab nengok cara depa potong batu (angle specific).
5) Ada benda asing dalam batu – arang ka nyamuk dinasor ka..apa ka…tapi mesti juga diconfirm dulu ada inclusion ( selalunya yg nie rendah ler nilai dia sebab ada benda asing – kecuali Amber).
Tips nak test Zircon aka Batu Serai – biasan cahaya matahari akan terbentuk warna pelangi (batu serai kalau boleh lekat kat cermin tu – sumer batu yang ada potongan rata permukaan mesti boleh lekat juga (syarat mesti rata serata cuttingnya)- Its Fizik
Kalau test scan menyecan nie….tu semua atas individu ler…sebab saya tak pandai nak citer..so kalau suh org scankan ..kita beli cerita ler sebab kita pun bukan nampak (bagi yang tak nampak ler)…cuma nak percaya pada yang bercerita ler.
Tapikan…. Allah menjadikan sesuatu tu bukan untuk sia sia…semua ada khasiatnya bagi hambaNya….kalau pegang batu tu ada feel…bersyukurlah …sebab Allah beri peluang kita merasai nikmatNya…kalau jadi kebal bila pegang batu tu ..bersyukurlah kerana itulah Nikmat Allah yang maha berkuasa atas segala sesuatu….jangan ler lupa ya…hehehehe
Maaflah saya nie bodoh tak tau apa apa…merapu lagi petang petang nie hehehe..iyer tak
Wassalam
Bila u kata batu ada feel..rasanya cam kelakar tapikan apa yang terjadi kat saya setelah saya membeli batu delima bintang (pecah enam)..saya dapat feel cam hamil laa pulak. Kepala saya jadi pening cam bengal je selepas tu rasa loya cam nak muntah. Batu delima tu saya tak boleh sentuh atau pakai. Betul jugak laa batu memang ada feel.
Apapun Insyallah saya akan hadiahkan kepada abang angkat saya nanti.
Paling kelakar tentang batu delima bintang tu..dikatakan ada puteri yang menjaga. Ha ha agaknya sebab tu saya tak boleh memakai cincin yang bertatah batu delima bintang tu.
Assalamualaikum Alam Tunggal dan untuk TS Komban Wa,kini blog ini banyak dihujani atau komen tentang batu permata diperkatakan,ianya memang satu topik yang menarik kerana bukan sekadar keindahan atau nilai batu permata itu sahaja yang dapat kita sama2 menikmatinya bahkan kalau dikaitkan dengan unsur paranormal atau mistik ianya tetap sedikit sebanyak terdapat pada sesuatu batu permata dan pekara ini di akui sendiri oleh para pengkaji dan peminat dari barat.Dalam sebuah buku The Inner World Of Gems pengarangnya telah melakukan penyelidikan dan beliau akui permata ini sebenarnya hidup,Orang barat sendiri banyak menulis tentang batu permata ini sama ada yang mereka mengelarnya precious stone atau semi precious stone dan jenis2 kristal termasuk logam.Jadi kepercayaan ini bukan hanya terbatas kepada orang Timor bahkan orang barat juga turut mempercayainya dan apakah kini ada pihak yang akan mengatakan bahawa kita ini kuno kerana mempercayai benda2 begini.Mat Saleh percaya tak kuno tapi bila kita si Melayu ni percaya dituduh ianya kuno dan kolot.Jangan mudah melemparkan sesuatu tuduhan tengok dulu akan niat seseorang kerana ada yang hanya kagum dengan kelebihan dan keindahan batu permata bukanya memuja batu permata.Saya sendiri sering membaca buku2 mengenai batu permata sekadar untuk menambah pengetahuan saya.Buku seperti Gems and Astrology,The Inner World Of Gems,Crystal Bible Vol 1 & 2,Complete Guide To Fossil dan Complete Guide to Mineral and Rocks semuanya dapat membantu saya memahami batu permata dan logam serta batu2.Bangsa kita tidak kurang hebatnya dengan mempunyai pakar dalam bidang batu permata ini dan beliau sering juga dijemput untuk memberi ceramah mengenai batu permata dan menjadi konsultant juga.
Didalam buku Crystal Bible Vol 1 & 2 dan Gems and Astrology banyak memperkatakan tentang batu permata ini dari sudut perubatan alternatif dan mereka sebenarnya telah pun mempunyai pusat mereka sendiri bagi menjalankan rawatan terapi atau alternatif mengunakan batu permata,logam dan kristal.Peralatan yang canggih yang dipunyai oleh pihak barat membantu mereka menjalankan kajian mnegenai batu permata ini dan banyak hasil kajian mereka telah dibukukan atau didokumentasikan.Malangnya kita masih ditahap minda yang lama,asal berkait dengan pekara misteri dan mistik digelar kuno dan kolot.kini saya masih cuba mengesan satu siri dokumentari mengenai tumbuhan yang dikatakan mempunyai nilai pengasih atau penyeri yang dilakukan kajian oleh pihak barat dan saya mendapat tahu sebenarnya ianya telah pun mereka hasilkan minyak atau krim untuk tujuan itu.Mereka percaya bahawa tumbuhan yang ada dimuka bumi ini mempunyai satu nilai yang ajaib.Mungkin orang barat lebih bijak dari kita dalam hal mistik ini cuma mereka merahsiakannya dari pengetahuan kita dan memukul canang mengatakan semuanya karut agar keuntungannya mereka yang perolehinya.
salam saudara alam tunggal,hehehe…sy ingin tmpang bertnya dan mempelajarilah skit2 mngenai perihal2 batu delima ini,sy ada sbtir batu delima bintang 6,mcm mana sy nak tahu keasliannya ya???hehe,maafkan sy krna brtnya begini,sy hamba allah yg bnyk kkurangannya,hehehe…sy cma ingin berkongsi,sy btol2 mnat dlm hal2 bgini…heheheh…
Walaikum musalam Karimon !!!.Sememang nya Bangsa kita masih lagi tertinggal Bab R&D ini,dah lah malas nak buat Ujikaji…dah tu MANGKAU PULA !!!.Bila orang Barat buat kajian dan dapat hasil nya,orang Melayu MELOPONG,dapat kuah dan kekadang tak dapat apa apa.Contoh !!!Pokok Misai Kucing dan Dokong Anak..dua pokok ini,pokok Tempatan…tumboh depan mata orang Melayu,di warisi olih nenek moyang orang Melayu !!!…tapi di Kormesial kan olih TAUKEH CINA…ini lah dia !!!.Puas lah kita menulis….ubat ubat dadah (sepital) juga yang di cari nya !!!!.Sebenar nya dah lama Orang Barat tau tentang Nilai perubatan,mereka juga suka makan ubat yang tiada dadah !!!,Untuk yang ada DADAH ini,untuk orang Melayu !!!.kerana orang Melayu,paling banyak pergi Sepital free.
Dalam Perubatan Moden….., MUSTAHIL ,Jika Ubat kencing Manis ,TIADA…Yang ada hanya PENAWAR KENCING MANIS,BUKAN UBAT !!!.R&D dari Pengeluar Ubatan Dunia,bukan lah sedikit belanja…MUSTAHIL TAK JUMPA,UBAT KENCING MANIS INI…Jadi sebagai Tujuan Kormasial,mereka hanya keluar kan Penawar sahaja,bukan UBAT!!!.Orang Melayu pun PERCAYA LAH,TERMASUK DOKTOR MELAYU ISLAM LAK TU !!!!.Kencing manis tiada UBAT !!!.Sangat belawanan dengan Hadith Rasullulah saw,yang Mengatakan “Penyakit yang tiada ubat nya..hanya lah mati “.Apakah Cerdik Pandai kita lupa Hadis ini ????.Sangat banyak Ubatan yang bolih mengubati Kencing Manis tapi kita tidak YAKIN DAN PERCAYA !!!!.Ibu Mentua saya berumur 76 tahun…tiada apa masaalah KESIHATAN dan bolih ke kebun nya di belakang rumah…dan HISAP ROKOK BIB,selama umur isteri saya.(hisap rokok..kerana mengidam,semasa isteri saya dalam perut).Jadi macam mana bib !!!!.Kelebihan nya,Ubat akar kayu(periok) tidak pernah tinggal,ubat sepital walau pun Pananol….tidak perlu makan !!!.Hisab rokok bolih tahan kuat,dan satu kebun bolih merayau !!!!.
Batu Delima 6 Star ini terjadi star nya ialah kerana cahaya pantulan berbintang.Kesan ini di namakan kesan Aserism(STAR).Kesan ini terjadi di sebabkan pantulan sinar cahaya pada jarum jarum halus yang terdapat di dalam batu delima dan Nilam.Pancaran cahaya ini di kenali dengan nama rutiles,sahingga muncul lah STAR iaitu garis bersilang. Kesan pantulan cahaya ini lah yang menyebab kan Batu Delima bu=olih mengeluarkan CAHAYA MERAH,bila di masukan dalam gelas berisi air !!!.Dan Penyangak Tarik Harta pun mengamabil kesempatan dari Keunikan ini !!!.Dikatakan bolih TARIK HARTA BUNIAN,KERANA BOLIH BUAT PERTUKARAN !!!!!.WAHAI SAUDARA SAUDARA KU !!!Jika lah bolih dengan senang senang bolih menarik HARTA/WANG,Tak perlu lah Nabi saw,menjadi PENIAGA atau Berkerja….kan kah senang jer,bolih tarik harta/wang dari ALAM BUNIAN !!!.Mana lebih power antara Jibril dengan Bunian,..kan ker Sahabat Nabi Jibril as.
Sebenar nya BUKAN HARTA BUNIAN YANG DI TARIK TAPI DUIT DAN HARTA TUAN TUAN YANG DI TARIK……JANGAN LAH KITA DENGAR PEMBOHONGAN DARI MEREKA !!!!.HARTA/WANG DARI DALAM POKET ANDA…KONON NYA NAK JADI KAN IBU DUIT….Fikir kan baik baik !!!.Bekerja lah atau berniaga lah…di samping berdoa ke Ilahi,semua REZEKI YANG KITA DAPAT DI BERKAHI !!!!.
Asalamualaikum
Pokoknya setiap yang dicipta Allah swt itu tidak pernah sia sia, tapi kita perlulah tahu membezakan diantara benda, jiwa, nyawa dan kehidupan. Batu adalah sekadar alam benda untuk keperluan jiwa, lantaran itu janganlah sehingga di sandarkan nyawa dan kehidupan kepadanya, kerana nyawa bergantung kepada jiwa dan hidup bergantung kepada nyawa.
Wasalam
Walaikum musalam Pakciklioo !!!.Sangat Tepat sekali !!!.Buat kata Paduka…yang lama dah menyepi !!!Batu juga ada POWER,kalau tak percaya..baling kat orang…adooohh pawer nya ber power power…he…he…he…
assalamualaikum kpd abg2 suma…wah,rancak berbincang mengenai batu delima ini,heheheh…maaf mencelah,sy betol2 berminat dengan perihal batu2 delima ini…abg,boleh sy tmpang bertnya,maafla kerana mencelah,di dlm tngan sy skrg ada sbutir btu delima bintang 6 yg tlah diikat dngn cincin perak,mcm mana ya sy nak tahu keasliannya,maaf sy x pnuh ilmu di dada berkaitan perihal2 batu delima ini,sbb itu sy nak mempelajari lebih lag dsbbkan mnat yg mndalam…
Waalaikumusalam,bab batu permata ni saudara Alam Tunggal mungkin bolih tolong menjawapnya.