Geliga Ular


2 jenis geliga ular.seperti biasa geliga ular banyak dipergunakan bagi tujuan perubatan.Ingin dimaharkan oleh empunya geliga.

Perihal karimon

Mungkin saja minat yang mendalam terhadap budaya timur dari sudut sejarah,kebudayaan dan kepercayaan membuat saya terasa teruja untuk membaca pekara pekara yang berkaitan dengan adat budaya,sejarah silam,mistik dan spiritual.Tidak terlepas pandang banyak juga buku buku yang berkaitan dengan semua pekara itu saya beli dan miliki,termasuk juga apa yang berkaitan pekara holistic.Disamping buku, segala bentuk artikel yang ada kaitan dengan pekara tersebut akan saya baca dan kumpulkan.

Posted on 20 Mac 2009, in Barang Mistik. Bookmark the permalink. 54 Komen.

  1. maaf tuan admin, ramai saya lihat dan mengatakan ini adalah geliga ular.
    tetapi, pada pengajian dan pemahaman saya. ianya adalah batu “mata dewa” @ “seri bulan”.
    sila layari blog link ini utk lebih lanjut tentang Geliga Ular:- http://duniamistik.blogmas.com/?p=185 . link tentang baru “mata dewa” @ “Seri bulan” :- http://duniamistik.blogmas.com/?p=441

    *p/s:- sekadar berkongsi…

  2. terimaa kasih kembali tuan Admin.

    yg membezakan dari segi pengamatan mata kasar dan pengajian sy ttg gambar diats adalah:-

    1. jika ia jenis bercahaya @ terang di dlm gelap sememangnya dari jenis “batu mata dewa” @ “batu seri bulan”.

    2. di”test” bwa berhampiran, ia akan melarikan diri. Dari segi Aura “batu geliga Ular” mmg akan Effect begitu. seperti lemah dan longlai spt sumpahan.

    3. kebanyakan jnis geliga ini kurang molek @ cantik dilihat. melainkan jika ia dicanai bagi menambahbaikan.

    4. ada kelas-kelas tertentu tentng geliga ini.

    5. saya tidak mahir dan pandai tuan. cuma diberi amanah dan mahu sama2 berkongi secara Positif jika diidzinkan.

  3. pada pemahaman saya, ada sesetengah orag memangil nya batu padi, ia adalah untuk malancar kan arus rezeki seseorang, atau memberi tuah. ia nya juga memberi wibawa diri kepada seseorang. itu apa yang saya ketahui dari seorang yang memahar kan batu tersebut kepada saya. ia nya juga di katakan berkhadam. maaf sekira nya pendapat saya ini tak betul kerana saya pun kurang arif dengan barang mistik ini.

    • Terima kasih saudara Alex kerana sudi memberi komen anda dalam blog ini.Ini merupakan satu lagi info yang baru buat saya.tentang geliga ular ini saya sendiri ada kekeliruan tentangnya.apakah yang dikatakan batu ular,geliga ular atau buntat ular.Menurut maklumat yang saya terima yang dikatakan geliga ular yang sebenarnya ialah bentuknya leper saja bukan bulat atau lonjong dan diperolehi dari atas kepala ular bukan dari mulut ular.Mungkin yang dikatakan batu ular adalah apa yang didapati dari dalam sarang atau lubang ular,kerana menurut pendapat setengah orang kalau lubang kediaman ular itu kita gali dan cari kita akan bertemu dengan batu ular.Serta cerita lain yang mengatakan mereka mendapat geliga ular apabila terdapat 2 ekor ular sedang bergaduh merebut geliga.Ini sendiri diakui oleh teman saya yang mendapat batu ular dengan cara tersebut.Sudikah saudara kongsi dengan kami kenapa ianya dipanggil Batu Padi ?

  4. salam.. saya ada cincin batu yg dipanggil geliga ular atau panggilan2 lain spt maha dewa dsb.. yg mana saya perolehi dari penjual indonesia yg dtg pd saya ketika sedang menjamu selera..
    bagaimana saya ingin dapatkan lebih lanjut mengenai batu cincin ini?
    adakah ia (batu tersebut) mempunyai kesan kurang elok pada si pemakai.. maaf jika tersalah bahasa..
    tq

    • Agar sukar untuk memberi komen kerana kurang maklumat dari anda dan apakah batu yang anda belikan itu benar benar asli.Kalau anda dapat ceritakan sedikit pengalaman anda memakai cincin itu dan bagaimana rasanya mungkin mudah pengunjung blog ini membantu anda.

      • assalamualaikum….seperti encik hazlamy,saya juga mempunyai sebentuk batu yang dikatakan geliga ular seperti gambar kiri diatas..dan sememangnya batu yang saya punyai ini bila dikenakan cahaya matahari kemudian saya pergi ke tempat yang gelap,batu ini akan mengeluarkan cahaya berwarna hijau terang…bila waktu malam pula ia akan keluarkan cahaya…saya juga mendapat batu ini,juga dari seseorang sewaktu menjamu selera di sebuah restoran…saya tak suka mempercayai perkara-perkara khurafat..tapi itulah keistimewaan batu yang saya miliki ini…sila berikan komen…

      • Waalaikumsalam,saudara Farmi bukan semua geliga atau batu ular akan mengeluarkan cahaya,yang kebanyakannya ada adalah jenis mata dewa yang sering mengeluarkan cahaya berwarna hijau.Sila saudara baca komen yang lain mengenai mata dewa ini atau geliga ular yang lain.batu mata dewa banyak kandungan fosforos yang mengeluarkan warna hijau apabila terkena pantulan cahaya bukan hanya cahaya matahari bahkan cahaya lampu suluh pun ianya akan bercahaya didalam gelap.

      • zul tak menahu

        salam…
        berkaitan dengan geliga ular ini..
        saya pon ada satu,kalau nak merujuk pada gambar dan komen diatas. batu saya bewarna hijau dan bercahaya di waktu malam dan siang.pabila ada cahaya sedikit ia akan glowing. apakah ia benar geliga ular ataupon tak..dan apa faedahnya si pemakai

  5. salam…saya ingin bertanya.apakah sebenarnya sifat2 geliga ular ni? berapa jeniskah yang dipanggil geliaga ular? maaf la kalau pertanyaan ni ada kekurangannya..

    • Salam juga kepada saudara ahmad,saya kurang arif tentang geliga ular ni.apa yang bakal saya beritahu adalah apa yang saya dengar cerita dari orang sama ada ianya betul atau salah harap maafkan dan rujuk lagi kepada mereka yang lainnya.Geliga ular sifatnya leper macam tempurung kelapa dan tidaklah besar sangat dan ianya didapati diatas kepala ular,ini berbeza dengan yang lain seperti yang bulat yang digelar batu ular.Jenis yang terdapat pada ular ialah dua iaitu geliga dan batu,batu ular pula ada 2 macam satu yang jenis berada dimulutnya atau perutnya dan yang satu lagi senantiasa berada disarang ular tersebut.Diantara yang berkhasiat ialah geliga ular.Seringkali geliga ular dan batu ular dikaitkan dengan nilai perubatan tetapi terdapat juga yang mempunyai khasiat sebagai penolak sihir atau unsur negatif yang lain.Tentang warna pula geliga ular ini sering terdapat 2 jenis warna iaitu merah dan coklat sementara batu ular pula terdapat pelbagai warna dan sifat fizikalnya ada yang lebih kurang bulat dan ada juga terdapat dalam pelbagai bentuk yang lain.Sekadar ini maklumat yang ada pada saya dan saya harap jika sesiapa yang ada maklumat lain sila kongsi bersama saya dan saudara ahmad.Wassalam

      • maaf ikut nimbrung, aku ada geliga ular dikasih sama kawan suku asmat menurut dia kegunaanya banyak antara lain: penangkal ilmu itam, dan melindungi kita dari binatang berbisa. bentuknya bulatan dan lonjong,tapi jika kita perhatikan bentukna seperti cakang kura2 dan warna coklat dan kalau kena cahaya berubah warna hijau terang di tempat gelap

  6. Salam untuk semua !!! Anak saya pernah nak diberikan geliga ular ini,tetapi malang sekali beliau tak ambil.!! ular itu mengangga dan dalam mulut nya ada geliga, yang warna nya, kata beliau warna biru gelap.Beliau sebenar nya takut kat ular !!Ular nya berwarna coklat kehitaman.Kejadian ini berlaku di Pantai…..kali ke 2, ular nya, warna yang sama, tetapi geliga nya di kepala, berwarna putih. kejadian ini berlaku di Gunung ….Almarhum guru saya ada geliga ular ini , warnanya putih bercampur coklat. Beliau mengata kan khasiat geliga ini untuk penawar racun, semua jenis racun!!! termasuk racun round-up…kah…kah…kah Jadi kat saya memang tak ada , tengok ada !!!!!

    • Salam Sejahtera Buat TOK SHEIKH KITA yang dirahmati Allah,

      Tok,…Cucu ada Kirimkan Ole-Ole kepada Pengasas Karimon”s\Blog untuk Tok…Terimalah Rezki dari Allah…saya hanya pengantara ajer…Dapat Kayu jangan lupa bagi Kayu..hehehehe..ada makna tuuuuuu…huhuhu..Gurau jer Tok…

      tak la berapa sangat pemberian tu…InsyaAllah, Hanya Kayu melampirkan Diri buat penyata Hati dari Kami yang dok terkekeh dek Gurauan Tok Sheikh…Alhamdulillah, Maaf la Tok, Saya tak dapat menghadirkan Diri jasad Ni, Muga Allah Pertemukan Hati Demi Hati Kerana Lillahi..Allahu Robbi…InsyaAllah..Jika Ada Kelapangan Diri…Saya Datang bawak Kayu Jati..yang dipanggil Roti Benggali..hehehehehe..Kayu Jati Takde Tok……ada pun kat Kedai Perabot…tak larat nak bli..mahei sangat..Salam Tok..dah Kirimkan kat Che Rahim ngan Che Neo….Wassalam

  7. salam admin sy br bli sebentuk cincin yang didakwa sipenjual “geliga Ular” bewarna coklat leper bujur dan boleh memantulkan cahaya didalam gelap
    adakah ini benar2 geliga ular ataupun sebaliknya minta pandangan please………

    • Salam kepada saudara juga,kalau dari keterangan saudara tentang ciri2nya yang leper ada kemungkinan besar ianya geliga ular.Harap yang dimaksudkan memantul cahaya itu bukannya akibat dari disuluh dan cahaya yang dipantulkan itu juga bukannya terang.Berdasarkan ciri2 yang saudara nyatakan adalah ya geliga ular tetapi yang lebih afdal ialah kalau dapat dilihat sendiri oleh saya.Terdapat berbagai jenis geliga ular dan bukannya satu jenis sahaja dan ianya juga bergantung kepada jenis ular geliga itu.Mungkin ada orang berpendapat ianya salah dan kata bukan geliga ular soalnya berapa banyak dah geliga ular yang mereka sendiri pernah lihat.Kalau sekadar hanya menengok satu saja dan menafikan yang lain bukan geliga ular maka bagi saya tak betul cara begitu.Batu embun kebanyakannya orang membayangkan jernih macam air walhal terdapat juga yang berwarna kebiruan dan kekuningan.Saudara Sham perlu ingat ya saya sekadar memberi pendapat berdasarkan cerita atau ciri2 yang saudara sebutkan tadi yang lebih shahih adalah dapat dizahirkan secara nyata untuk menilainya.

  8. Salam untuk Aredeep !!!untuk mendapat semua itu, satu saja cara nya kena ada sifat, cukup lah yang mana ada !!contoh nya bersyukur dengan apa yang ada!!!kan ke ALLAH dah kata, JIKA KAMU BERSYUKUR, AKU TAMBAH KAN NIKMAT UNTUK MU !!! kita kena bersyukur kepada nya dalam semua kaadaan, samada susah atau senang dan waktu kita senang lah kita kena ingat kat ALLAH selalu, DAN JADI KAN DIRI KITA KEKASIH ALLAH.!!!hai tak kan lah kekasih ,minta kat kekasih tak dapat.!!! itu saja petua dari saya,,,INSYAALAH mudah mudahan anda pun dapat sebagaimana yang saya dapat !!!! AMIIIN. wasallam

  9. Aku tak pasti tapi dimana ko dapat gambar tu??

    sebab cincin yang aku pakai sama dengan cincin dalam gambar tu….

    Entah amalan mistik aku tak tau…
    tapi pernah terjadi terpijak jarum hampir 1/2 batang menusuk kedalam kaki.. dan aku tak merasa sakit langsung.. tak berani kata apa tapi kuasa tuhan…
    kedua dua batu tu ada bersama aku dan rakan aku….

  10. askum karimon,asay ada sebiji batu mcm dlm gambar…warna coklat tua..bila gelap mengeluarkan cahaya hijau…saya cuba bakar batu itu dengan api….bila gelap cahaya hijau sudah tidak ada…saya bertanya kepada penjual batu yg saya beli..dia berkata selawat 3 kali dan letak batu itu dibawah cahaya matahari selama 5 minit..lepas tu angkat selawat 1 kali…saya cuba di tempat gelap batu itu kembali bercahaya..adakah ini geliga ular atau batu fosfur???

    • Waalaikumsalam saudara izwan,dari gambaran yang saudara berikan melalui tulisan saudara tanpa saya melihat batu tersebut ianya adalah jenis batu fosfur.Setakat pengalaman saya sehingga kini belum lagi saya melihat batu/geliga ular yang mengeluarkan cahaya.Ianya mungkin ada dan mungkin tidak,saya memberitahu saudara adalah berdasarkan pengalaman saya setakat ini.

  11. Salam semua. Sy memang minat pada barang2 mistik ni. sy baru dpt kan geliga ular *seperti dlm gmbr* berwarna coklat. Semasa sy memakai cincin ini sy disuruh berselawat. Kemudian si penjual dari kalimantan mengeluarkan pin, kata nya nak tahu ia nya betul2 asli atau tidak dia mencucuk pin itu di tgn sy. sy memang takutkan jarum haha :P tp aneh sy tak rasa apa apa. sy agak terkejut sbb pin terpacak di tgn sy. kemudian penjual itu suruh sy genggam kan tgn sy seperti mahu menumbuk org. dia cucuk sekali lg kejadian aneh sekali lg.. pin itu bengkok seperti tidak lut. sy pelik. adakah batu sy ni geliga ular? dan sy tanya lelaki itu betul ke ini geliga ular. dia cakap iya. mcm mana sy nak tahu ia nya tulen.. dia pun membakar nya agak lama juga dan suruh sy tekan batu itu guna kuku dan tak memberi sebarang kesan. dia kata batu yg tipu akan cair bila dibakar. Sy harap pada sesiapa yg pakar dpt menjelas kan. dan akhir sekali batu itu mengeluar kan cahaya yg malap bila di letak di tmpt gelap. Terima kasih.

  12. slmualaikum bg sesiapa yg ber minat utk memiliki geliga ular ini…hubungi sy insyaallah sy boleh dapatkan.
    dua jenis..nyalaan batu ini warna biru dan hijau.

  13. Saya pon ada juga Cincin yg sama seperti gambar di atas,di berikan oleh kawan saya, cincin ini berwarna coklan kemerah merahan dan bercaya pada suasana gelap..b apa yang saya nampak batu mata dewa mempunyai warna hijau pada suasana yang normal bukan berwarna coklat…Sila beri penerangan sikit

  14. saya bru saja beli batu mata dewa..tp x psti sama ada asli atau x..tp berdasrkn frsat saya..ianya asli…tolonglah..sya beli dua ne..hahaha..

  15. saya pun baru beli satu dengan org dari kalimantan nama amad. batu sama mcm dalam gambar keluar warna hijau dalam gelap. apa ciri-ciri geliga ular yang sebenarnya?
    wak sila balas..

    • Apakah geliga ular yang sebenarnya? inilah jawapan yang perlu dicari.Kalau sekadar mengeluarkan warna hijau dalam gelap belum tentu geliga ular,permata mata dewa pun boleh mengeluarkan warna hijau kerana kandungan kimia atau mineralnya.banyak orang menjual permata mata dewa dan mengakunya sebagai geliga ular.saya pernah ditunjukkan geliga ular yang berwarna putih kelabu dan ianya milik seorang tua ditanah rancangan yang mengunakannya sebagai penawar gigitan ular.

  16. assalamualaikum semua..maaf kalu aku ada silap kata dan salah ilmu.
    setahu aku geliga ular seperti yang dikatakan diatas bukanlah geliga yang asli.tp ianya hanya campuran bahan yang dijadikan batu permata.demontrasi yang di tunjukkan penjual indonesia hanyalah helah semata2.cara yang di cucuk dalam kulit bukanlah cara menegak,tapi senget dan ditekan ke bawah untuk membengkokkan jarum.geliga ular yang asli warna hitam atau warna yang glap dan tidak mengeluarkan cahaya.

  17. Aslmkm,Wr.Wb….
    mohon maaf lahir dan bathin jika ada salah kata….
    saudaraku yg dimuliakan Allah SWT. GEliga atau Batu Ular Yg asli Warnanya ada 2 bercampur coklat dan putih, bentuknya seperti mata dan memiliki Qodam…Insyaallah perkataan sy bisa membantu

  18. salam..sy ada satu batu bulat dan lonjong..bwarna putih kebiruan..bayang2 batu tu warna jingga..jika ditekap dlm tangan xberlampu tp berubah warna dari putih ke biru..ada pak cik beritahu batu yang sy simpan bertahun2 tu adalah seekor ular besar bewarna coklat..sy xpernah nampak dan tak harap untuk nampak..mungkin takut dan blum sedia lagi..tapi betul ke ade benda2 camni jugak,,?

  19. Salam…sy memiliki geliga atau batu ular yg asli..berbentuk bulat,bewarna putih ,colat dan sedikit hitam..insyaAllah,mampu menawarkan segala jenis racun haiwan berbisa serta racun penyakit & menjauhkan diri dr haiwan berbisa..Ia juga digunakan sebagai pendinding dr sihir & menjadikan pemilik berani apabila dibawa bersama.

  20. salam semua..di sini aku ingin berkongsi cerita..aku ada 2batu mgkn sama seperti yg kalian maksudkan..1 warna hijau dan 1 lg warna coklet.kedua2 batu ini ku dpt pd hari yg sama dr sesorg yg aku sdr tidak kenal dgnya.kedua2 batu ini bercahaya apabila dlm gelap..waktu mlm memang cantik sbb warnanya terang menyala.adakah ini yg dikatakan batu ular dan sejauh mana keasliannya dan khasiatnya..erm aku sdr pun takpasti..yg pasti apabila batu ini dipakai..pemakai akan merasai sesuatu yg susah utk aku gambarkan disini..sudah dicuba berulang kali..walau dgn org berbeza,hasilnya tetap sama..pening jgk dibuatnya..kenapa yaa..

  21. salam, nak tanye , org yg jual geliga ular ni org yg samer ke ye…

  22. apa guna smua itu klu amalan x bayak x beguna juGAK!!!klu malaikat munkar nankir tnya dlm kubor nanty nk kata apa sya ada geliga pasak bumi geliga air mata gua!!x guna lah**

  23. salam… sy ada sejenis batu yg dikatakan oleh kwn sy geliga ular jantan yg berwarna hijau, leper dan tidak kilat tetapi mengeluar cahaya di tempat gelap. seakaan2 batu hijau diatas tetapi batu hijau diatas nampak lebih berkilat tetapi batu sy tidak berkilat.
    batu ini dimaharkan kepada sy oleh kwn baik sy kerana dia tidak bisa memakai batu ini, dia akan menjadi cepat marah dan panas. dia ada bercerita dgn saya bagaimana dia dpt batu ini, dia didatangi seorang lelaki indo menjual batu2 cincin tetapi kwn sy x berminat untuk membeli cincin yg ditunjukkan tuh..tiba2 dia tpandang dua batu cincin di jari penjual tuh, satu berwarna hijau leper dan satu lg berwarna biru.. trus dia meminta untuk membeli salah satu batu cincin yg ada dijari penjual tuh… mula2 penjual tuh x mau menjual, mungkin dh rezeki kwn sy, akhirnya penjual tuh bersetuju menjual salah satu batu cincin tersebut… penjual batu tersebut mendakwa batu berwarna hijau leper (batu geliga ular jantan) dan batu berwarna biru (batu geliga ular betina) kira sepasang.

  24. Aslamualaikum..sronok juga bincang mngenai batu ular..atau dkenali geliga ular ini..bagi sye geliga ular memang wujud,ia brgantung kpada tuah seseorang.allah
    itu maha mengetahui..ia akan beri kpada sesiapa yg dia kehendakinya,..saya juga ingin brkongsi maklumat disini..GELIGA ULAR MUNGKIN BANYAK JENIS,ADA YANG KATA LEPER, LONJONG,BULAT,DAN SEBAGAINYA..TETAPI BAGI SAYA GELIGA ULAR BENTUKNYA BUJUR SEPERTI TELUR PUYUH..warnanya,kuning,puteh,berjalur koko..kegunaan,merawat pelbagai jenis penyakit…dngan izin allah…banyak yg brkongsi cerita, tapi..ada yg bnar ada yg tdak bnar..sekian was salam..

    • Salam, saya rasa cerita dari saudara mohd ada benar…..biasanya geliga ular berbentuk bujur bersaiz kecil (duit 5-10sen) dan berjalur coklat, hijau, jernih putih dan inya tembus pandang, ianya tidak mengeluarkan cahaya….yang penting sekali bila kita memegang batu geliga ular, kita dapat merasa kelainan pada tangan sama ada menyucuk-nyucuk atau merasa satu enegi mengalir dari tapak tangan dan seterusnya….kegunaan sepertimana yang dibincangkan. TETAPI UNTUK MEMASTIKAN GELIGA INI ASLI KITA BOLEH MENGUJI DENGAN MANA-MANA ULAR…….PASTI ULAR ITU AKAN LARI ATAU LEMAH ATAU JINAK……sekian, wassalam.

  25. sy ada batu cincin seri bulan/mata dewa yg mengeluarkan cahaya hijau di tempat gelap untuk dimaharkan…. email sy jika berminat. whosyakaka@gmail.com

  26. salam semua,mengenai batu yang boleh keluarkan cahaya bila diletak atau dibawa ketempat gelap yang dikatakan geliga ular dan sebagainya ianya benar benar asli atau tidak,wallallahualam ,ini kerana saya mempunyai banyak batu cincin apabila diletak atau dibawa ketempat gelap akan mengeluarkan cahaya,ada yang berwarna hijau,biru,merah,dan oren,batu batu cincin ini saya dapat dari negara cina,ianya adalah sample bahan kimia atau cat yang tidak berwarna(seperti air biasa)apabila disapukan pada apa saja barangan,barangan tersebut akan bercahaya(ianya ada kod warna apa yang kita hendak)bahkan ianya bukan saja boleh dicat tapi boleh diacuankan mengikut bentuk dan warna yang kita mahu,barangan sample yang saya terima bukan saja batu cincin bahkan manik padu untuk rantai,benang jahitan,pedang,pisau belati,gelang tangan ,tiles(untuk rumah)cawan,pinggan,teko air kaca lutsinar dan ada banyak lagi.barangan ini saya bawa masuk ke malaysia.kerana saya berhajat untuk menjadi pengedar cat tersebut dinegara kita.cat ada dua jenis: 1) cecair 5 liter dalam tin (seperti cat yang dijual) cat ini boleh disapukan pada permukaan apa warna sekali pun ,contohnya,dinding rumah kita warna putih jadi waktu siang atau terang dinding rumah kita tetap warna putih tapi bila waktu gelap atau malam dinding rumah kita akan mengeluarkan cahaya atau warna hijau ke atau biru ke terpulang citarasa kita cuma pilih kod warna saja. 2) serbuk:
    :serbuk ini boleh diacuan dengan barangan lain dan bentuk yang kita inginkan..
    maafkan saya kiranya saya keterlaluan,cuba kita renungkan dan fikir sejenak,begitu mudahnya dapat geliga ular,kalau seorang penjual batu geliga ular sampai ada 14 biji macam mana yang lain lain lagi,beratus orang rasanya yang menjual.memang saya akui ada penjual kata barang boleh ditest,dengan memegang batu tersebut dan dicucuk jarum dilengan kita,dengan izin allah jua jarum tak tembus kulit kita,2 perkara harus kita ingat
    pertama semuanya dengan kuasa allah dan dengan keizinannya jua, kedua, barangan tersebut telah dijasakkan dengan ayat ayat al quran dsb nya.wallahhualam.

  27. maafkan saya sekali lagi,barangan apa saja yang dicatkan atau diacuankan mesti kena cahaya atau haba terlebih dahulu,utk beberapa saat/minit saja. ditempat yang terang pun dah akan nampak barangan tersebut bercahaya kalau ditempat yang gelap lagi lah memancar.
    sebelum ini ada sahabat saya hendak menjual sebentuk cincin katanya pd saya ini adalah batu geliga ular dari tanah seberang,sebelum dia tunjuk pada saya cincin tersebut terlebih dahulu dia sulohkan batu cincin tersebut dengan lampu picit kecilnya kemudian dia kata lihat batu geliga ni bercahaya hijau,bagus utk kamu.
    saya hanya tersenyum dan terus kebilik stor saya dan mengambil beberapa biji batu cincin sample yang saya terima dan tunjukkan padanya,terkejut kawan saya tu dan lantas minta izin utk balik kerumahnya,

  28. nan.. so nak tanya la berapa rega bahan kimia yg leh wat cincin tu?? :) saya pun terbeli dah rasanya :) mmg dia wat demo bakar ngan api mmg tak hangus… so nak tau hangus tak bahan kimia tu??

  29. salam… sy bru shaja mbeli sbuntuk cincin y di katakn geliga ular dr seorng wrga indo.. dia tlh buat demo… sy pegang dlm tngn dn dia cucuk sy dgn jrun kt lengan sy smpai hbs..terkajat gue… xrasa sakit pn??

  30. salam,
    saya minat dengan barangan mistik untuk dibuat koleksi..
    di sini ade keraguan.. sy baru sahaja dpt cincin ini dr org indo yg di sarung dijari manis.
    serupa dengan ape yg karimon post kan gambar di atas..

    sampai sekarang sy msih tertanya, geliga ular / batu mata dewa / batu fosfor semata? ada cara lain untuk ketahui keaslian nyer?

    ->http://s1-02.twitpicproxy.com/photos/large/481637585.jpg (link untuk buat tatapan karimon)

    terima kasih untuk jawapan karimon.

  31. salah seorang sahabat berkata ” klu nak tahu geliga ular asli atau tidak, halakan geliga tersebut pada ular, jika ular tersebut tunduk,maka ianya adalah asli..ataupun letakkan pada tempat yg terkena patukkan ular untuk meliaht bisanya dsedut dan bengkak akan berkurangan’

    ade juga yang berkata, jika kita memakai cincin ni, cuba cucukkan jarum pada tangan(jarum akan bengkok,tp kesan luka akan ada..jika cincin ini cincin mata dewa, adakah ianya mempunya ‘isi’(bukan khadam)

  32. Salam. setelah membaca blog ini mengenai batu power, batu cahaya, batu mistik, batu gurga laa, kalau kita percaya atas perkara tersebut ini dh merupakan syrik terhadap Allah swt.! kalau lah sekadar nk cantik memakainya di jejari yang kedut, pakai jer lah tanpa sebarang niat.! niat jer utk membantu saudara sumatra dn sekeluargannya mencari sesuap nasi di dunia ini.
    Mcm2 orang seberang sumatra telah temui sys nk jual batu mistik, sys terpaksa tazkirah pd orang muda sumatara tersebut.cara nk menjual batu2 tanpa menyebut mistiknya? amat bahaya sekli bila disebut takot kita yang membelinya TERsyrik tanpa kita sedari.!
    “kalau abang ckp batu ini ada power…kenapa perlunya sys mengunakan nya, padahal AlQuran terpower atas segala2nya..baik sys ambik pakai n amalNya.(AlQuran)
    kita semua nak yang terpower…bercahaya di dunia hingga akhirat…bukan sekadar nk kilat cahaya dlm kegelapan dunia saja.
    cuba pikir cuba pikir….

    • Salam,kalau percaya makan nasi boleh memberi kita power(bertenaga) tidak syirik kah ?.Kalau makan ubat dan percaya dapat menghilangkan sakit tidak syirik kah..Tentang 2 pekara ini saya rasa semua orang akan mengatakan YA saya percaya.Pada fahaman saya kalau kita mahu menghukum seseorang itu syirik kita perlu lihat dan fahami dahulu akan niat seseorang itu.Adalah juga menurut pendapat saya Allah Taala menciptakan sesuatu bukan hanya menciptanya tanpa sesuatu sebab dan bukan juga mustahil jika itu adalah kehendak Allah Taala jika sesuatu itu mempunyai power.Di ciptakan pohon-pohon kayu yang mempunyai kuasa(power) sebagai penawar atau ubat.Apakah semua orang akan termasuk didalam golongan yang syirik hanya lantaran kerana percaya pada pohon kayu ciptaan Allah Taala ?.Kuasa Allah Taala meliputi akan segala sesuatu yang berada atau yang melata dimuka bumi ini.Mistik adalah satu skop yang luas untuk dibicarakan,jangan mudah terpedaya atau tertipu dengan perkataan mistik,Jangan terlalu mudah menganggap perkataan mistik itu menjurus kepada syirik.Kerana Allah Taala itu jua adalah sesuatu yang mistik.

  33. assalamualaikum saudaraku sekalian

    sebiji oren mempunyai berapa bykkah vitanin c?betulkah oren blh bg vitamin c?ramai yg percaya oren itu jika mkn dpt vitamin c.adakah ia dipersoalkan akan syirik?tidak kerana oren anda blh beli dimana2.tatpi brg mistik sukar dicari.maka ia yg menjadi tumpuan kpd syirik.

    bagaimana blh jd syirik?apabila anda percaya yg sesuatu benda itu blh memberi kuasa.maknanya kuasa itu totally dtgnya drpd benda itu.maka ia syirik.adakah juga syirik begini jika kita percaya kuasa itu dtgnya drpd benda itu adalah anugerah drpd Allah swt.kayu ini blh halau hantu misalnya.kerana kayu itu dianugerahkan Allah akan kuasa menghalau hantu.dan jika bukan kerana Allah walaupun ia dianugerahkan akan kuasa ifu,tetap tidak dpt menghalau hantu.kerana anda tidak mampu membaca bacaan ini jika tidak dgn izin Allah.

    kalau diperhatikan kpd peminat brg mistuk ini.ambo cadangkan kalian pergi duduk dan mengadap akan mereka ini.yg luar sana ambo tak tahu.yg dlm blog silakan.otai2 kita disini.tanyalah bab syirik dan ketuhanan.ambo pasti anda akan terlopong.bukahkah nabi adam as diajar akan nama poko dan khasiatnya.jika nenek.moyang begitu juga,ia dtg drpd pemerhatian.rusa cedera,daun apa yg diambil dan disapu.kemudian rusa itu sembuh.maka kita tahu daun itu blh sembuhkan luka.bknkah kejadian sewaktu rusa itu luka juga dijadi dan disusun scenenya oleh Allah agar org dpt lihat dan tahu khasiat daun it.

    dalam bidang ni.perkukuhkan tauhid dan akidah maka selamatlah.tetapi jgn.sekali chop org syirik kerana belum tentu dia syirik.jika dia tidak syirik,apa pula hukumnya atas anda??ada yg sy jumpa minat bidang mistik utk melihat kehebatan dan kebesaran Allah menjadikan sesuatu brg itu mempunyai khasiatnya.

    ampin dan maaf jika ada yg terguris,tersalah kata,terkurang dan terlebih.niat ambo hanya menjaga rapatnya saf saudara ahli blog ini.

    wassalam

  34. Salam Sejahtera para sahabat yang dirahmati Allah..

    Bab Syirik kalau takat cerita dan hukum sahaja..adalah lebih baik duduk kat bawah pokok kelapa dan renungkan kenapa buah kelapa tu ada berbagai benda yang TELAH DIKURNIAKAN untuk manusia…Tak pun duduk kat bawah pokok kelapa tu sampai Buahnya jatuh diatas kepala agar Buah Kelapa yang Menjadi Kepalanya…

    Kalau ada yang mengatakan bahawa Al-Quran tu ada Power TANPA Nuzul asas asalnya Al-Quran itu sendiri, yang mengatakannya pun boleh jatuh Syirik…Jangan sekadar berkata dan mengata tanpa Pengajian yang mendalam serta Berguru..Renungkan..antara orang yang membaca Al-Fatihah bersahaja dengan yang membacanya dengan sepenuh hati berserta pula dengan rasa cinta, rindu kasih…ada beza tak??..

    Sedangkan Solat yang tidak sempurna akan dicampakkan kembali kepada yang bersolat tersebut oleh Allah kepadanya..Allah telah menjadikan sesuatu ciptaanNYa bagi mengajar dan menunjukkan Kekuasaan dan KeEsaanNYa buat manusia untuk belajar mencari jalan Kembali kepada RahmatNya..Janganlah kita mengatakan sesuatu Kesyirikkan yang kita sendiri tidak mengetahui apakah itu Syirik…

    Kenapa la Kelapa tu lagi Better dari Kepala tu….Allahu..

  35. salam…sy ada dapat cincin mustika ular dari seseorang berasal dari bugis,cincin tersebut berwarna seakan keputihan,bila berada dalam gelap @ waktu mlam ia bercahaya seakan hijau dan mgeluarkan cahaya,pemiliknya ckap cincin itu jenis betina,,sy tktau keaslian nya dn cara mggunakan nya…tolong sy bg panduan utk mggunakannya….

  36. salam, saya hendak bertanya
    apa khasiat tentang geliga labah-labah..
    mcm mna saya nk tahu geliga tersebut betul atau tidak???
    memerlukan pertolongan dari pihak yang berilmu….

  37. Pernah d tawarkan rm300k utk batu yg dpercayai GELIGA ULAR milik sy.Berwarna oren keemasan, ber imej kepala tedung sedang menganga.. Sebesar hujung jari kelingking,, walllua’lam…

  38. sy ade batu warna coklat….sebiji macam dalam gambar sblah kiri..ble mlm dia kuar cahaya….ade orng ckp geliga ular…..ade orng ckp batu dari mekah…….mahkota ular pon saya ade….batu dia mcm kulit ular…..kulit dia mcm ular alir(raja ular)….sy nak tau mcm ne gunenya

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 174 other followers