Sejauh manakah kepercayaan masyarakat kita terhadap perubatan tradisional berbading dengan perubatan moden.Hal ini bolehlah kita bahagikan kepada beberapa skop
1.Kepercayaan pada jampi mentera termasuklah pengunaan ayat2 alquran.
2.Pengunaan sesuatu seperti barang2 mistik atau khadam sebagai medium pemulihan.
3.Kepercayaan terhadap makhluk halus.
Saya amat menghargai pandangan serta pendapat saudara2 yang mengunjungi blog saya,semuga pendapat saudara dapat memberi pengetahuan serta manfaat kepada kita semua.
Wassalam
karimon

saya nak tanya ni , jika kita ada barang mystic contohnya geliga embun.Apakah yang menjadikannya berkhasiat untuk perubatan.
Adakah kerana khasiat semulajadi geliga tu ?
Adakah kerana khodam/penghuni dalam geliga itu ?
Adakah kerana kepercayaan kita dan menjadikan ia berkesan secara psychology ( kebolehan minda bawah sedar ataupun orang kata jika yakin semua boleh terjadi )?
Adakah secara kebetulan ?
atau ada sebab-sebab yang lain.
Saya juga sering tertanya tentang hal ini,yang lebih ingin saya ketahui ialah macam mana asal usulnya geliga embun ini,apakah komposisinya ? kalau batu komposisinya adalah mempunyai kandongan kalsium phosphate serta beberapa unsur galian kristal “brushite” dan ada juga beberapa jenis batu yang mengandungi oxsida besi,silex,silika dan alumina. Kristal sering juga digunakan untuk tujuan perubatan alternatif,kerana komposisi bahan galian yang terdapat didalamnya mengeluarkan satu gelombang energi atau tenaga atau mungkin juga yang disebut aura.Cetusan dari gabungan bahan bahan galian ini mungkin mempunyai daya healing.Seperti mana uranium hanyalah sejenis bahan galian yang mempunyai bahan radioaktif yang jika diuraikan menghasilkan ledakan nuklear.Seperti geliga embun umum percaya ianya adalah sesuatu yang sukar untuk didapati dan tentu yang sukar itu mempunyai satu daya energi atau kuasa yang bernilai itu sebab ianya diburu dan dicari.Setiap sesuatu itu mempunyai energinya yang tersendiri kerana tanpa energi sesuatu itu tidak akan terhasil.Dan bagi masyarakat islam kita percaya segala sesuatu itu bertasbih kepada Allah dan hasil dari tasbih itu tentunya mempunyai daya tarikan atau power.Mungkin kita pernah dengar dimana hasil dari kajian air yang dibacakan ayat quran atau mentera berubah molekulnya dan berupaya menjadi penawar kepada sesuatu penyakit.saya percaya khasiat semula jadi geliga embun itu menyumbang kepada kemampuannya mengubati dan setiap yang sukar didapati mempunyai penjaganya dan mungkin dengan kehadiran penjaganya membantu menambah kekuatan pada geliga embun itu.Apalagi kalau manusia itu sendiri yang kita ingin ubati yakin terhadap diri kita dan geliga embun itu kerana seperti saudara katakan kesan secara psychology juga turut menyumbang kepada keberkesanannya.tetapi kita jangan lupa pula kerana keyakinan kita sendiri sebagai pemilik,keyakinan orang yang kita ingin ubati,keyakinan kita bahawa setiap sesuatu itu bertasbih kepada Allah dan keyakinan kita semua ini kuasa Allah maka adanya kekuatan pada geliga embun itu.Disamping itu memang Allah jadikannya sebagai penawar pada penyakit.Ini hanyalah pendapat orang yang bodoh lagi jahil seperti saya yang mencuba menjawap soalan saudara peter diharap ada dikalangan pengunjung blog ini dapat membantu saya menjawap pertanyaan saudara peter.
Assalamualikum…,,
jika sesuatu ilmu diberikan secara terang² ngan tanpa batas, anda bakal sesat kerana ilmu yg didapati secara short cut sahaja .
bila memberikan ilmu di dlm blog, bukan sahaja anda membaca ttp ramai lagi teman kita di seluruh dunia akan membaca . bolehkan anda memberi jaminan ilmu yg diberikan dimaanfaatkan ke jln yg betul . kita manusia biasa yg sering membt kesilapan, lain lah anda blh menjamin qadan qadar anda akn masuk syurga .
Nabi pernah bersabda ada pelbagai cara msk syurga ttp jika golongan ini ada susur galur keturunan aku, syurga di dalam tangan kerana keturunan ku telah mendapat syafaat ku .
ttp bagaimana jika bukan, kita kena berusaha mendapat syafaat utk ke syurga . ikut resam padi, makin berilmu, makin ia menunduk.bukan br belajar berangkak tp mahu belajar berkejaran . carilah seorg guru untuk menuntut ilmu.
blog² seumpama ini sebagai sebuah tempoat bermuzakarah sahaja . ada penyampaian boleh disampaikan secara terus menerus ada yg perlu ditapis . jika ilmu yg terdapat di blog di bawa ke jln kejahatan bukan sahaja penulis, pemilik bloggers akan mendapat dosa secara automatik .
mmg benar, saudara karimon ada juga bertanya kepada saya beberapa soalan ttp barngan n lain²topik . n hampir semua soalan dikemukakan saya berikan jwp kecuali beberapa sahaja soalan.di mana saya harus tapis .saya pun masih mentah ttp saya xsegan berjumpa dgn sesiapa sahaja jika dia mempunyai pengetahuanttg ilmu tersebut .
esk jika tiada keberatan saya akan menjawab kesemua topik dibincangkan kerana kita semua dah lari tajuk .
jika pendapat saya ini membtkan sesetgh individu terasa bengang+tension+berbulu lu pohon sepuluh jarikemaafan . tq n wassalam .
Kalau saudara berkata”nak tanya apa or nak lawat apa” maka tiada seorang pun akan dapat menjawap pertanyaan saudara itu kerana hanya saudara yang dapat menjawapnya kerana apa2 pun soalan yang saudara hendak tanya hanya saudara yang tahu dan saudara sendri patut tahu apa yang saudara hendak lawat,saya rasa banyak blog atau web yang lain yang ada kaitan dengan mistik maka rajin2 lah mencari insyaallah akan terjumpa apa yang saudara hendak cari atau lawati.saya kira saudara ada sedikit kesilapan tentang tidak ada maklumat,bukankah ada maklumat tentang teras kayu,geliga lipan,minyak2 pengasih,besi kuning.dan terbaru ada seorang pengunjung blog ini mengatakan dilangkawi ada dijual buluh tumpat bahkan ditanam disana,bukankah itu juga satu maklumat dan seorang lagi mengatakan”Kawan saya ada geliga lipan/bukan wafat .diapunya tembus daun terup n kotak rokok.buat judi tempat biasa memang menjadi.daripada pakai kapcai bertukar kepada merc.tak cukup dgn itu terhajat hati nak p genting.Drp hway karak ,, baru nak msk persimpangan ke genting .tiba-tiba benda tu pecah/dengan sendirinya.//pesan saya andainya saudara2 sekalian mempunyai batu yang sedemikian rupa janganlah di bawa ke genting/./sayang kat batu yang sebegitu rupa.”
“Kawan saya ada geliga lipan/bukan wafat .diapunya tembus daun terup n kotak rokok.buat judi tempat biasa memang menjadi.daripada pakai kapcai bertukar kepada merc.tak cukup dgn itu terhajat hati nak p genting.Drp hway karak ,, baru nak msk persimpangan ke genting .tiba-tiba benda tu pecah/dengan sendirinya.//pesan saya andainya saudara2 sekalian mempunyai batu yang sedemikian rupa janganlah di bawa ke genting/./sayang kat batu yang sebegitu rupa.”
Bukankah ini juga berbentuk maklumat yang berguna buat kita dari saudara Ibrahim inya satu peringatan dan nasihat yang baik.Saudara Peter berkongsi maklumat mengenai perubahan air akibat dari sesuatu tindak balas muzik atau bacaan.Bahkan beliau sertakan articlenya sekali dan saya telah membuat copy nya untuk rujukan saya.
Jadi maka terpulang pada saudara bentuk maklumat macam mana kah yang saudara mahukan.
Sejauh manakah kepercayaan masyarakat kita terhadap perubatan tradisional berbading dengan perubatan moden.Hal ini bolehlah kita bahagikan kepada beberapa skop
2.Pengunaan sesuatu seperti barang2 mistik atau khadam sebagai medium pemulihan.
jika kita ke temapt berubat secara tradisonal, sering kita melihat secara fizikal rumah tersebut dalam keadaan tenang n kekadang menakutkan di mana akan terlihat pelbagai barang² pelik samada senjata seperti keris,badik,tombak,lembing n sebagainya . berjenis² kayu beraneka rupa, geliga² dan sebagainya samada dapat secara nyata,ritual dan sebagainya .
menurut sesetengah pihak sentiap barangan ini mempunyai medium yg menjaga barangan ini di mana terdiridaripada wali² ALLAH, dato² panglima, ahli sifi dan sebagainya . setiap barangan ini mempunyai function nya tersendiri samada pemanis,;pengerun,pendindking, berkah n sebagainya .
apabila rawatan tradisional sering menggunakan sesuatu barangan untuk membantu pengamal² bidang tradisional samada keris ataupu kayu bergantung kepada tahap pemulihan . kekadang pesakit dirasuk oleh makhluk² halus . ttp harus diingat n perlu dibuat homework apakah jenis medium yg membuat pesakit tersebut sedemikian rupa . samaada berunsurkan putih mahupun hitam .adakah dari golongan bunian,pelesit,hantu raya,jin mahupun iblis .
barangan yg mempunyai medium adalah sekadar membantu kita sahaja .apa pun kepada ALLAH SWT kita pohon . xboleh mempercayai sangat akan barangan yg mempunyai medium akan menyebabkan syirik akan hadir pada diri kita . bjuat syarat ok la.
that’s all 4 now . nanti kita sambung topik ke 3 . jika ada silap n salah ku pohon sepuluh jari kemaafan . tq n wassalam .
Memang ya dalam perubatan tradisional sering sesuatu alat digunakan sebagai medium untuk tujuan pengubatan seperti air,setanggi,kemian,keris,bunga2,batu mustika dan lain2.Sesungguhnya allah swt menjadikan sesuatu bukan tanpa sebab atau mensia2kan penciptaannya sudah tentu ada gunanya untuk kita manusia cuma bagi mereka yang mengetahui,yang tidak mengetahui akan mengatakan ianya salah kerana mempercayai alat tersebut sebagai bahan pemulihan.Tetapi tak ada pula yang mengatakan salah jika perubatan moden mengunakan x ray,jarum suntikan,alat pendengar(setoskop)dan beberapa jenis alat lainnya yang moden.Kesemua alat ini baik moden atau tradisional adalah salah satu medium untuk mengesan penyakit atau menyembuh penyakit.Alat2 yang digunakan hanya sebagai satu simbol kerana yang mengubati adalah kekuasaan tuhan juga.Dan penyakit pula terbahagi kepada dua yang zahir dan yang batin.Yang zahir mungkin dapat diubati oleh kaedah moden dan yang berkaitan dengan yang batin atau yang halus mungkin memerlukan perubatan secara tradisional.
Jadi kedua2nya perlu selari dan sejajar dalam tujuan perubatan asalkan jangan menyimpang atau menyekutukan tuhan.kalau kita pulih dari sesuatu penyakit dengan cara perubatan moden dengan cara pembedahan atau megunakan rawatan terapi moden yang juga mengunakan alat2 dan ubatan kita pun boleh jatuh syirik kalau kita menganggap bahawa rawatan moden dengan alat moden itu yang memulihkan kita,tetapi malang sekali jarang sangat orang nampak akan hal ini.tetapi kalau digunakan keris,batu mustika atau pun kayu2 sebagai alat pemulihan maka terus ada dikalangan mereka menganggap ianya syirik dan sesat.Semacam double standard plak keadaan ini.Seperti saudara Iskandar katakan “xboleh mempercayai sangat akan barangan yg mempunyai medium akan menyebabkan syirik akan hadir pada diri kita” ini termasuklah yang moden ataupun yang tradisional.
Ya saudara Iskandar,dahulunya sebelum kedatangan ugama islam di nusantara ini masyarakat melayu terikat dengan fahaman anisma dan kemudian diikuti dengan agama hindu dan sebahagian ugama budha.cara pengubatan sering dipengaruhi oleh tatacara fahaman dikala itu iaitu pengunaan mentera yang diselitkan kepada bacaan sang dewata atau pun dewa dewi.Tidak dinafikan walaupun mengunakan mentera yang jampinya mengandungi seru pada dewata,dewa atau dewi namun ianya tetap ampuh,ada waktunya kalau dilihat ianya hanyalah satu ayat seperti kata2 atau pun pantun.Tetapi keyakinan para pengamal membuatnya mujarab.Pernahkah kita terfikir pula mana datangnya idea mereka mencipta jampi mentera itu? Penyerapan ugama islam sedikit sebanyak mengubah tatacara hidup dan kepercayaan masyarakat melayu kini jampi mentera tidak lagi menggunakan sang dewata atau dewa sebagai medium penyeru tetapi diselitkan dengan kalimah Allah dan berkat kepada Rasulullah.Namun masih terdapat juga ada diantara jampi mentera yang masih ada unsur budaya lama iaitu dewa2 dan penyeruan kepada makhluk halus sebagai medium penyembuhan.Konflik begini juga sering dibahaskan,ada dikalangan ahli penyelidik mengatakan membaca mentera itu salah dari segi ugama.Tetapi saya lebih serasi dengan apa yang saya baca dari satu keratan dalam sebuah akhbar tabloid mengenai hukumnya.Disini saya sertakannya.
Mengubati penyakit atau menolong seseorang yang memerlukan pertolongan sehingga tertunai hajatnya, lebih-lebih lagi boleh membantu mengikhtiarkan kesembuhan pesakit yang bermasalah adalah pekerjaan mulia. Ia menjadi lebih mulia jika dilakukannya semata-mata kerana Allah SWT, mengharapkan pahala pada hari akhirat dan tidak membebankan pesakit.Amalan perubatan dengan menggunakan doa ataupun bacaan ayat memang salah satu daripada cabang rawatan yang diakui syarak sebagai amalan mulia. Pergi ke hospital atau menemui perawat pakar juga digalakkan Islam, kerana itu juga salah satu daripada cabang rawatan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang banyak.
Merujuk khusus kepada persoalan saudara iaitu soal jampi. Menjampi pesakit disebut dalam bahasa Arab sebagai ruqyah. Ruqyah adalah dibenarkan. Malah kadang-kadang amat digalakkan.Rasulullah s.a.w. pernah sakit, suatu ketika Jibril diturunkan untuk memberi tawaran menjampikan baginda, lalu Jibril menjampi Nabi. Ianya disebut sebagai Ruqyatu Jibril.Adapun menjampi seseorang itu dengan menggunakan bahasa khusus seperti Jawa, atau bahasa Mendiling, Inggeris dan Sepanyol diharuskan syarak dengan syarat, bacaan itu diketahui maknanya dan ia tidak ada sebarang petanda kesyirikan terhadap Allah SWT. Jangan ada sebarang tafsiran yang boleh membawa syirik.
Oleh yang demikian jika lirik, seni kata atau bacaan yang disebut oleh dukun itu tidak diketahui maknanya, jika seperti saudara seorang berketurunan Jawa tidak memahami jampi yang dibaca dalam bahasa Jawa. Tetapi mungkin seperti disebut orang bahawa Jawa ada dua bahasa, iaitu bahasa kasar dan bahasa halus. Biasanya bahasa Jawa halus jarang diketahui orang.
Saya sendiri sememangnya tidak memahami bahasa Jawa sama ada kasar ataupun halus. Sekiranya anda tidak faham bahasa tersebut, tetapi orang yang membacanya faham dan makna bacaan itu tidak ada sebarang petanda menuju kepada syirik, maka dia boleh berbuat demikian.Tetapi jika dukun itu sendiri tidak faham dan tidak tahu apa yang diminta, maka tidak boleh digunakan perubatan dengan bahasa tersebut.Daripada ayat al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya) : “Dan Kani turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.” (Surah al-Isra’ , ayat 82)
Ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran. Ada begitu banyak hadis yang menyebutkan tentang kesembuhan penyakit melalui rawatan pembacaan ayat-ayat al-Quran dan doa.Oleh itu maka ulama bersependapat (ijmak), bahawa mengikhtiarkan kesembuhan penyakit dengan menggunakan kaedah bacaan dan doa serta air adalah diharuskan, kadang-kadang digalakkan, sekiranya memenuhi tiga syarat yang utama iaitu:Pertama, menggunakan pembacaan ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah atau ruqyah dalam bahasa Arab yang diketahui maknanya tidak bertentangan dengan syarak.Kedua, boleh menggunakan bacaan selain daripada yang pertama, dengan apa jua bahasa, tetapi mestilah difahami maknanya dan tidak ada sebarang percanggahan dengan syarak.
Ketiga, hendaklah yang merawat mengiktikadkan bahawa penyembuh sebenarnya adalah Allah SWT sahaja. Pengubat hanyalah berikhtiar.Oleh itu saya suka menjelaskan, jika sudah ternyata al-Quranlah bacaan utama sebagai penawar terbaik, as-Sunnah (al-Hadis) adalah yang terbaik selain al-Quran, maka mengapakah kita tidak menggunakan bacaan ini sebagai rawatan?Kita harus membebaskan diri daripada yang kurang baik, lebih-lebih lagi jika ia boleh membawa kepada kesyirikan kepada Allah SWT.
WalLah hu a’lam.
Terhasilnya perubatan moden adalah disebabkan oleh kajian-kajian
dan experimen dan berjaya di buktikan dengan saintifik dan boleh
di kaji oleh mana2 bijak pandai..Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta berbagai-bagai sains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Dalam konteks lebih luas, “perubatan moden ” hari ini merujuk kepada
-Experimen
-Kimia
-Biology
-Fisiolgy
Di mana setiap sesuatu penyakit itu boleh dinampakkkan,dibuktikan
melalui
KENAPA
DARIMANA
BAGAIMANA
SIAPA
Sejauh manakah kepercayaan masyarakat kita terhadap perubatan tradisional berbading dengan perubatan moden.Hal ini bolehlah kita bahagikan kepada beberapa skop
1.Kepercayaan pada jampi mentera termasuklah pengunaan ayat2 alquran.
Masih menebal walaupun kadang kala tidak logic.walaupun tidak dapat di buktikan saintifik namun hasilnya boleh dinampakkan.
2.Pengunaan sesuatu seperti barang2 mistik atau khadam sebagai medium pemulihan.
kepercayaan ini paling banyak sekali.
3.Kepercayaan terhadap makhluk halus.
Ini memang betul di mana makhluk halus dapat dibuktikan memang wujud namaun tidak dapat di selidiki kerana tidak dapat di tangkap dan di soal siasat.keteranagan pun sukar dibuktikan sama ada makhluk halus itu bercakap jujur atau tidak. dan hanya dapat di rakam terutamanya oleh paranormal di serata duniua.
cthnya berdialog dengan jin Isa Daud
Terima kasih saudara peter diatas penerangan anda itu.Ketiga2nya adalah benar.Kepercayaan ini masih menebal dikalangan masyarakat kita walaupun memang terdapat segelintir yang masih ragu2.Kemujaraban sesuatu perubatan itu juga bergantung pada keyakinan seseorang dan dalam usaha berubat sering digunakan sesuatu sebagai media untuk berubat.sesuatu yang digelar barang mistik itu ialah sesuatu yang memiliki sifat kelebihan daripada barang yang lainnya.Justeru itu ianya dipercayai dapat digunakan sebagai satu alat perubatan.
Assalamualaikum salam sejahtera buat semua.
Perubatan Moden adalah asalnya dari perubatan Traditional, Sedangkan Kalau doktor, maupun sains jikalau dah takda jalan yang lain..mereka pun mengunjurkan jalan Traditional..akan tetapi orang-orang sains tidak mahu mengakui akan jalan Islam, renungkan lah jika seseorang yang berpengaruh dari ahli kitab maupun yang kafir menyatakan Bahawasanya Muhammad itu benar…apa akan terjadi pada Dunia ini??Bukankah telah diberi tahu oleh kitab:Mereka tidak mahu mengaku disebabkan oleh kepentingan dan kuasa mereka.
Tentang pendapat saudara peter menguraikan tentang Air, kat dalam dunia ni Air yang paling terbaik adalah Air zam-zam, memang ada orang jepun membuat kajian tentang Air, dan renungkan lah air tersebut berubah-ubah molekulnya jika di ucap akan kata-kata yang baik maupun yang tidak baik.
Air wudhu pula..kondisi molekul air yang sebelum digunakan untuk wudhu dan selepasnya, kondisi molekul air wudhu selepas digunakan akan berubah dari yang sebelumnya.
Maksudnya: Yang nyata dan yang Ghaib jalannya adalah seiringan cuma segelintir sahaja yang mengunakan akal serta hati mereka yang mau memikirkan akan tentang sesuatu kejadian Allah.
Asal asas kehidupan adalah bermula dari Tanah,Air,Angin,api dan Ruh…bukankah yang nyata dan tidak nyata itu seiringan…Sedangkan kejadian malaikat pun dari asas cahaya, Jin dari asas juluran Api dan asap…dan kejadian Manusia..cukup sempurna. Sains tidak akan dapat menguraikan tentang yang Ghaib. Sedangkan molekul darah pun disamapi tahap infinity..sama juga dengan nombor…Panjang lebar jikalau nak diuraikan tentang alam ghaib ni..sedangkan uraian tentang alam yang nyata ini pun manusia itu masih ditahap terkedek-kedek lagi…ini kan kita yang masih tercari dan mencari…
Wassalam
Benar seperti saudara katakan perubatan moden sebenarnya adalah susulan atau pembaikan dari perubatan tradisional.Cara atau kaedah yang diguna pakai dahulu kala adalah berbeza pada masa kini.Ramuan ubatan dari akar2 kayu diubah menjadi pil dan kapsul.Penemuan yang baru dalam kaedah rawatan turut menyumbang pada perubahan kaedah rawatan.Kalau hendak diambil kira akan jampi mentera yang dianggap kuno mungkin kita akan tersalah anggap kerana pada masa kini dan akan datang cara ini juga akan terus kekal diamalkan oleh mereka yang memilih kaedah alternatif dalam perubatan penyakit.mungkin pada abad yang akan datang perubatan kini akan dianggap kuno oleh generasi akan datang.
dunia perubatan menggunakan ayat Al-quran ini telah wujud sejak zaman umat terdahulu lagi,junjungan besar kita Nabi Muhammad saw sendiri menggunakan ayat-ayat Al-Quran semasa mengubati orang yang sakit.ada satu kisah di mana semasa Nabi Muhammad saw memulakan perjalanan baginda dengan menunggang kuda untuk berdakwah,baginda telah melalui suatu kawasan padang pasir dan telah melihat seorang wanita yang sedang mendukung anak kecilnya,baginda bertanyakan mengapa wanita berkenaan menunggunya,dan wanita itu meminta pertolongan daripada Nabi Muhammad saw menyatakan anaknya sakit kerana telah disampuk makhluk halus.baginda kemudian turun dari kudanya dan membuka mulut anak kecil wanita berkenaan dan membaca beberapa ayat Al-Quran kemudian meludahnya ke dalam mulut kanak-kanak tersebut..dengan izin Allah swt kanak-kanak tersebut telah kembali sihat,ada juga cerita yang menyatakan Nabi Muhammad saw memukul serbannya pada tubuh kanak-kanak itu semasa mengubatinya..masih ramai lagi masyarakat kita yang keliru apa itu iblis,jin dan syaitan…untuk berkongsi bersama saya menemui sebuah buku yang amat bagus berkenaannya…saudara-saudara bolehlah mencari buku bertajuk “di saat kematian jin”,di dalam nya terdapat banyak ilmu-ilmu yang tidak terjangkau dalam dek akal pemikiran kita…wallahualam
Salam Sejahtera Buat penatap setia, tentang dunia yang serba serbinya Ghaib dan Nyata, Renungkan lah seketika apabila:
Kenapa Pengamal Perubatan Tradisional mengambil ranting daun dari pokok Sekilo atau gemunggal lalu dikibaskan atau di pukul ke arah pesakit, lalu daunnya dikisar dengan air lalu diberi minum kepada si pesakit???
Kenapa pengamal perubatan Tradisional memberi minum air kelapa gading kepada pesakit, sedangkan air kelapa adalah air kelapa???
Kenapa Kekadang Pengamal perubatan Membakar sesuatu daun, Kulit Kayu dan Damar???
Kenapa Pengamal Perubatan Traditional Menyembur air dari kumuran mulut mereka ke arah pesakit.
Dan Berbagai lagi…tetapi sesungguhnya perbuatan Pengamal perubatan traditional yang seperti di atas tadi , bagi saintis, ianya adalah tahyul semata.
Dedaun kayu, kayu-kayuan serta akar kayu dan ayat suci Al-Quran banyak dipergunakan oleh para pengamal kerana pengetahuan yang diperturunkan dari nenek moyang mereka seta sememangnya berkesan, Sedangkan Doktor sendiri pun jika sakit, bila dah takde jalan lagi, akan mencari pengamal perubatan traditional….untuk mengubati diri mereka. Orang-orang barat tidak mahu mengakui akan khasiat-khasiat kayuan dari asia kerana di tempat mereka tidak ada tumbuhan kayu yang berkhasiat, kebanyakan spesis kayu dari negara kita tidak habis dikaji, Kenapa industri pembalakkan di negara kita di kecam oleh mereka?? ini adalah kerana hutan mereka dah habis diterokai..sekarang ini kebanyakan mereka datang ke negara-negara yang memiliki hutan dara untuk tujuan penyelidikan bagi perubatan Moden yang asalnya adalah dari Perubatan Tradisional…HIDUP PERUBATAN TRADISIONAL, SISTEM PERUBATAN TRADISI KITA……(Boleh la aku cari kayu-kayuan yang baik-baik yang ada mistiknya untuk di kongsi bersama…heheheheheh……)
Asalam mualaikum semua pengunjung blog Karimon !!!Perubatan
Tradisional di bagi kepada 2 jenis yang besar ia itu:
1. Perubatan yang melibatkan JIN
2. Perubatan tidak mengguna kan JIN
Perubatan yang menggunakan Jin , perawat nya di kenali dengan nama panggilan DUKUN,BOMOH DAN PAWANG. DUKUN ialah biasa nya terdiri perawat yang baru dalam bidang perubatan yang di ceburi ini.Kalau macam pandu kereta itu masih lagi ‘P’.Sungguh pun begitu, ada perawat masih dipanggil Dukun walaupun sudah merawat pesakit bertahun tahun.Dukun ini kekadang hanya peringkat kampong sahaja.
BOMOH ialah seorang Dukun yang telah mahir dalam perubatan yang di ceburi nya.Biasa seorang Bomoh sudah mahir berpengalaman 2 atau 3 tahun keatas.BOMOH biasa nya sudah bertaraf negeri, maksud nya pesakit mereka sudah banyak, biasa nya bomoh memang sudah mahir.Ibarat kata kalau pandu kereta sudah dapat ‘D’.
PAWANG ialah seorang Bomoh yang sudah cukup mahir.PAWANG biasa nya sudah sangat mahir dalam dunia perubatan yang di miliki nya yang sekurang kurang nya 10 tahun.Pawang ialah ketua segala Bomoh dan Dukun.Pawang lah yang akan membuat kerja SEMAH samaada di darat atau di laut.Kebiasaan nya Pawang berdamping JIN LAUT dan JIN BUKIT/DARAT.
Kebiasaan nya Dukun tidak MENURUN, mungkin belom mahir lagi.BOMOH dan PAWANG memang MENURUN.Menurun ialah satu upecara yang di adakan, memanggil JIN yang di dampingi untuk merawat penyakit yang sudah terok.Upecara ini di panggil BERUBAT BESAR.
Perubatan yang tidak mengguna kan JIN.
Perubatan yang tidak mengguna kan jin di kenali dengan PERUBATAN ISLAM.Perubatan ini di asas kan olih SYEIKH SYAFIUDDIN AL ABBASI .Syeikh ini ialah seorang pendakwah dari keturunan Bani Abas.Syeikh Syafiudin berasal dari PASAI.Nenek moyang beliau datang ke PASAI sebelum tahun 1400 m lagi.Syeikh Syafiudin datang ke Petani pada tahun 1400 m dan berkhidmat se bagai SYEIKHUL ISLAM PATANI, setelah mengislam kam Raja Patani, Raja Antira.Syeikh ini lah pengasas PERUBATAN ISLAM di Nusantara Melayu. Beliau ada menulis satu kitab yang bernama KITAB SIA SIA BERGUNA.Kitab ini ialah kitab induk dari KITAB TAJUL MULOK.Ilmu Perubatan Islam ini di kembang olih Syeikh Thanaudin/ Datuk Adi Putra.Nasab saya bersambung ke Syeikh ini melalui Datuk Maulana Ishaq/ Datuk Wali Lanang.Dalam Perubatan Islam tidak menggunakan penglibatan Jin.Perubatan Islam hanya menggunakan ayat Al Quran, Asma ALLAH, zikir ALLAH dan Selawat Nabi SAW.Perubatan Islam mengguna kan pendekatan perubatan Nabi SAW sahaja.Dalam kitab SIA SIA BERGUNA, diterangkan perubatan herba dan darihal binatang yang berguna dalam membina kesihatan.Malang nya kitab ini telah terlalu uzur dan di jumpai olih Syeikh Wan Mohamad Shagir di Patani dan di simpan di PERPUSTAKAAN MALAYSIA, KUALA LUMPOR.
Zaman dahulu perawat islam di panggil TABIB.Baru lah sekarang di panggil MUALIJ atau PERAWAT ISLAM.Seorang perawat islam mestilah mahir dalam ilmu Fiqah islam dahulu dan selepas itu barulah bolih menjadi MUALIJ.Ini di sebabkan semua doa doa dalam bahasa Arab.
Ulama yang membawa ilmu perubatan islam ini adalah dalam ketogari ULAMA TASAUF.Saya belum jumpa lagi ilmu ini di ajar olih ULAMA FIQAH.Walaupun bagitu, mungkin saya salah kerana saya belum menjumpai nya, kalau anda telah menjumpainya ,MAAF KAN SAYA.!!
Itulah sebab nya kalau ilmu ini di cari ke Ulama Ilmu Fiqah,anda tidak akan dapat !!! Diantara pendekatan dakwah kedua ULAMA ini pun berbeza.Setahu saya ULAMA TASAUF ada 3 jenis Ilmu iaitu..Ilmu Dakwah, Ilmu Persilatan dan Ilmu Perubatan.Dan Ulama Tasauf juga mengajar SYARIAT, TARIQAT dan MAKRIFAT.Dan harus di ingat ULAMA TASAUF/SUFI lah yang menjadi pendakwah hampir keselurohan ALAM MELAYU ini…wallah waklam…WASALLAM.
Adakah terdapat yang bergelar Pawang mengunakan ayat alquran dalam perubatan mereka.Dulunya sering para pawang mengunakan mentera yang kebanyakannya kalau dikaji melibatkan jin,jembalang dan dewa tetapi setelah kemasukan ugama islam ianya terdapat perubahan dalam jampi mentera mereka dimana diakhir mentera berakhir dengan berkat Laillahaillah…………..Dari sudut jampi mentera adakah ianya dibenarkan dan jenis mentera yang macam mana yang dibenarkan.
Saya sambung dalam Bab PERUBATAN TRADISIONAL ISLAM.
Sebagai mana yang saya tulis di atas Perubatan Islam di Nusantara di asaskan dan di pupolarkan olih Syeikh Thanaudin.Selain dari berdakwah Syeikh Thanauddin membuka satu pusat KEROHANIAN ISLAM pertama diAlam Melayu, bertempat di BUKIT PANAU.Tempat yang ke 2 ialah di Pulau Besar MELAKA.Di Gunong Ledang tidak ada, cuma di Gunong itu tempat beruzlah/sulok dan gelanggang silat.Masih ada lagi sisa peninggalan gelanggang silat Datuk Syeikh itu, di puncak ke 6.Dalam perubatan ini, banyak di ajar kan kepada saya, berkaitan dengan akar kayu dan herba serta air.Air Zam Zam lah air yang terbaik di dunia ini.Kelebihan khasiat air ini di kisah kan dalam banyak hadis nabi !!Saya pernah membuat ujikaji darihal air ini. Waktu itu selepas saya belajar PRA DIPLOMA HOMEOPATY di Hospital Homeopaty Melaka.Kata pensyarah saya Prof Dr Amer Hamzah, air yang paling sempurna di dunia ini ialah air Zam Zam.Molikul air nya sangat cantik dan teratur saperti binaan berlian.Balik di rumah saya ambil 2 gelas air Zam Zam. Satu gelas saya rukyah kan ayat Al Fatihah, dan satu gelas lagi saya maki hamun, contoh nya BABI,SIAL,PUKIMAK KAU dan lain lain sumpah.Saya ambil tasbih biasa, buatan plastik, dan letak kan tergantung diatas gelas itu, saya ucapkan !!!!DENGAN IZIN ALLAH ,KAU BERPUSING !!!Air yang saya rukyah itu ,tasbih berpusing ligat, mengikut apa arahan kita,kalau kita suruh berhenti dia berhenti.
!! Air yang saya maki tadi, tasbih nya tidak berpusing,DEGIL !!.selepas itu, saya rukyah kan ayat Al Quran, baru lah tasbih berpusing !!!Ujian ini saya uji pada air gunong, air mineral, air perigi dan air sungai.AIR MASAK PUTIH TIDAK BOLIH, TASBIH TIDAK BERPUSING !!!.AIR KOLAH MASJID KAMPUNG HULU,MELAKA TIDAK PERLU DI RUKYAH KAN, TASBIH SUDAH BERPUSING !!SAMA JUGA AIR ZAM ZAM.Ini menunjukan 2 air ini paling berkhasiat, air zam zam mahal bib !!air kolah masjid Kampung Hulu !!!!free jer!!!habis lah…pening lah tok imam Masjid Kampong Hulu (kawan saya juga),setiap masa orang ambil air kolah !!!Memang bib !!air kolah ini,setiap hari ada orang (yang tahu) ambil.Kata guru saya(almarhum tabib mohamad) kalau kita nak doakan ,mesti lah air hidup/mentah, bagitu juga nak mandikan pesakit.Kekadang kita cemik kan bibir kepada perawat yang hanya mengubat dengan air sejok saja !!!kerana kita tidak tahu khasiat air itu sendiri !!!konon tak der standard ???Sebenar nya air adalah satu dari inti alam semulajadi yang paling unik.Dengan air kita bolih hidup dan dengan air juga bolih kita mati.Kalau anda tak percaya anda bolih buat sendiri ujikaji tentang air itu, gunakan air sejok biasa !!!Dalam Perubatan saya yang menjadi bahan asas ialah air mineral/perigi/kolah,limau purut/nipis dan 7 jenis bunga wangi.Kalau lain penyakit, seperti batu karang baru lah di tambah lobak putih dan gula batu.SAYA CERITA INI DALAM PERUBATAN SAYA YER, PERUBATAN ORANG LAIN SAYA TAK TAHU !!!ITU LAH SERBA RINGKAS SAYA TULIS KAN BAB RAHSIA ALAM YANG PALING UNIK, YANG BERADA DI DEPAN MATA KITA IA ITU ‘AIR’….WASLLAM..JUMPA LAGI..DILAIN SIARAN !!!!!
Kalau tak silap saya Sunan Bonang pernah belajar dengan Syeikh Thanaudin semasa dalam perjalanan atau pulang dari Mekah dan Syeikh juga dikatakan hebat dengan ilmu hikmah.Apakah betul cerita yang saya dengar itu Tok Sheikh.Berkenaan dengan Pawang pula berapa jenis Pawang yang ada.Kerana ada saya mendengar orang kata ada Pawang 7 ada Pawang 9 ada Pawang Darat dan ada Pawang Laut.Boleh Tok Sheikh jelaskan.
Bagus sekali soalan anda KARIMON !!!Dalam pengguan serapah memang bolih, serapah juga berbentuk doa !!yang tak bolih ada unsur campor aduk , contoh !!!asalamualaikum datuk 7 petala langit, setinggi sampai ke langit 7, dan….lepas tu baca lagi..asallamuaikum nenek 7 petala bumi, sedalam dalam sampai ke perut bumi …BACAAN INI MEMANGGIL HANTU TINGGI/GALAH/ORANG ATAS..BIB !!!kena saring dan lihat bagaimana ucap serapah itu.Kalau setakat baca Bismillahirrahmannirahim’Hai bedak si bedak ,mari aku pakai dipagi hari,cahaya aku seperti bintang timor.sikap aku seperti anak bidadari, cahaya ALLAH cahaya MOHAMAD,Cahya baginda rasululah, berkat doa lailahailah muhamadarasullah…. Itu tak mengapa bib !!!tapi ada orang pertikaikan BIDADARI MANA ADA ANAK !!!ITU BAHASA MELAYU LAMA/KUNO, YANG DI MAKSUD KAN ANAK BIDADARI ITU…ANAK DARA SUNTI LAH BIB…MACAM SWEET SEVENTEEN….. Kekadang ada unsur panggilan JIN, itu yang tak bolih !!!kalau ikut saya, bacaan al quran,zikir atau doa nabi saw lagi BEST dapat pahala dan muka pun LAWA. BOLIH TAMBAH KOUTA !!!!kah..kah..kah…!!!
YA !!Sunan Bonang, Sunan Kalijaga,Sunan Giri dan Syeikh Sutabris/Syeikh Abdul Jalil/Syeikh Siti Jenar ada menuntut di Pulau Besar Melaka pada tahun 1500 an.Syeikh ini juga di kenali sebagai Panglima Hitam di zaman Sultan Mansur Syah,Alauuddin dan Mahmud Syah.Syeikh ini orang pertama membuka pesantren pertama Nusantara diPULAU itu. !!! Tentang PAWANG pula memang ada dua..PAWANG LAUT dan PAWANG DARAT.Kalau tak silap saya pawang 7 dan pawang ber 5 itu adik beradik.Contoh nya pawang ber 5, diketuai olih TOK MALIM KERIMUN.Saya rasa lah pawang ber 7 juga dalam adik beradik dia orang, tapi entah lah. Kalau ikut cerita nenek saya TOK MALIM KARIMUN ini ada 7 beradik, dan pawang darat semua nya. Tetapi ada yang jadi PAWANG LAUT dan DARAT, bermakna dia jaga dua dua(darat dan laut).Satu lagi Kerimon, kekadang kita panggil jer pawang tapi dia bukan pawang, berubat ikut islam juga !!!!orang melayu ni, di pulon habis, asal berubat orang di panggil nya PAWANG !!Saya bagi contoh !!datuk moyang saya dan bapa moyang saya (Syeikh Ahmad Saad dan Syeikh Mat Hitam)mengajar ugama, ada sekalah pondok,ada surau sendiri(sekarang dah jadi masjid) orang kampung panggil PAWANG juga sebab bolih ubat orang macam saya, tak MENURUN pun !!!habis camno nak cakap tu !!!!Itu lah saya kata, tengok macamana cara tok pawang berubat,kekadang orang tak dapat beza kan antara ZUK dan MENURUN.Orang zuk/fana pun dikata menurun, orang menurun memang lah dah sah menurun !!!!Kawan tak menurun, tapi kawan menurun katil dan naik katil jer, lepas tu panjat bukit turun lurah !!kah..kah..kah..tak caya..tanya tok wali >>>>wasallam.
Asalammualaikum semua !!!Kita sambung lagi dalam ‘MANDI LIMAU BERUBAT’.Diatas telah saya tulis kan keunikan unsur ALAM iaitu AIR.Kekadang orang tanya saya kenapa asyik mandi limau jer!!.Baik lah saya terang kan khasiat mandi limau !!!Bahan ASAS.3 biji limau purut,air sejok/kolah/gunung 1 baldi, bunga 7 jenis wangi( contoh…bunga kenanga,melor, kesidang,mawar,cempaka, kaca piring dan puteri saadong).Semua bahan di campor dan saya akan rukyah kan ayat Al Quran dan saya akan mandi kan pesakit di tempat mandi diluar rumah saya. Dalam badan kita ada 4 unsur inti ALAM, iaitu TANAH, AIR ,API dan ANGIN.Tanpa 4 unsur ini manusia tidak bolih hidup.Untuk mengubat orang ,saya masuk kan 4 unsur ini.Dari mana datang nya 4 unsur itu ?? Baiklah..AIR..kita mandi pakai air.TANAH..limau purut dan 7 bunga, berasal dari tanah..ANGIN..tiupan rukyah dari saya..puooh !!! API..setiap ,ayat Al Quran yang saya baca adalah KALAM ALLAH !!!Kalam ALLAH berasal dari NUR ALLAH, inilah api.Jadi 4 unsur ALAM telah dimasuk (mandikan) kepada pesakit, kalau kita fikir secara logik, INSYAALLAH pesakit akan sembuh !!!Bab semboh atau tidak bukan kerja saya !!kerja saya hanya TUKANG BACA DOA jer bib !!Semboh atau tidak itu kerja ALLAH !!!DARI ALLAH DATANG SAKIT.DARI ALLAH JUGA DATANG PENYEMBOH NYA !!!Kenapa kita pakai limau ??Menurut ulama ahli hikmah (tasauf), semasa JIBRIL memandi kan NABI ADAM,di surga, Jibril memakai air dan limau, untuk membersihkan jasad Nabi Adam ,setelah ALLAH sempurna kan penciptaan Nabi Adam.Dan Nabi Adam lah yang membawa benih pertama limau ke dunia.Memang betul bib !!!Syaitan memang paling tak suka dengan LIMAU ,tidak tau kenapa ???Saya memakai 7 jenis bunga wangi kerana saya hendak kan AURA bunga itu masuk ke dalam tubuh pesakit.Tiori sains mengatakan bunga yang wangi memang ada satu TENAGA ULTRA UNGGU.Dan satu rahsia lagi !!!!JIKA KITA MENURUT SEGALA PERINTAH ALLAH,DAN MENJAUHKAN SEGALA LARANGAN ALLAH, semua mahluk ALLAH menurut kata kita !!!jadi ramuan limau dan lain 2 benda tadi ikut cakap kita,memang betul bib !!kerana kita KHALIFAH ALLAH.tetapi macam kata PUTERI BULOH BETUNG ‘BUAT BAIK DAPAT BAIK,BUAT JAHAT DAPAT JAHAT’ !!!BAB ini saya ceritakan dalam pengubatan orang kena syaitan dan sihir !!Kerana syaitan dan sihir ibarat irama dengan lagu , tak bolih di pisah kan !!!ibarat kentut dengan tahi, tak bolih di pisah kan ???Menurut kata guru saya !!kalau kita mandi kan limau kat pesakit yang ada syaitan, syaitan yang ada dalam diri pesakit akan DEMAM atau merasa kesakitan sangat, dan dia akan keluar dari dalam badan pesakit !!!!Semua guru guru saya memandi kan sendiri pesakit nya !!!TETAPI MESTILAH ADA DALAM HATI KITA SIFAT JUJUR DAN AMANAH, KERANA SEMUA PESAKIT HANYA BERKEMBAN DAN TUTUP KEPALA SAHAJA DAN DI TEMANI OLIH WARIS NYA !!!!SAYA PUN TAKUT FITNAH JUGA !!!Ada juga Tok Moh yang tak jujur,memperkosa pesakit nya, KALAU IKUT KAN HATI SAYA,DAN KALAU SAYA JADI PM, SAYA SULA LUBANG DUBUR NYA PAKAI BULOH TUMPAT, BUAT MALU KAN PROFESION PERAWAT TRADISIONAL SEMUA !!!!NASIB BAIK AKU TAK JADI PM..Jadi Pak Tabib pun jadi lah bib..kerana itu kehendah ALLAH !!!!WASALAM..NANTI SAMBUNG LAGI ???
Assalamualaikum semua !!!Kita sambung dalam…. BAB MANDI BUNGA 7 PUTERI.
Mandian ini di laku kan pada malam bulan purnama iaitu pada 12,13,14, haribulan islam.Antara khasiat nya ialah untuk pengasih, pelaris, naik seri muka dan peringan jodoh.Pesakit di kehendaki mandi 3 malam berturutan.Kalau mandi berubat bolih di selang, tapi mandi ini tidak bolih berselang.
BAHAN ASAS.
3 BIJI LIMAU PURUT….limau nipis tak bolih
7 JENIS BUNGA WANGI….yang segar betul…layu tak bolih
3 titik MINYAK CENUAI 7 PUTERI….bahan ini saya sedia kan.
Semua bahan 2 ini di campor kan dan dimandi kan di bawah cahaya bulan purnama penoh.AYAT NYA …kalau nak, datang kat rumah..dipanggil AYAT 7 PUTERI.Heeee???
Setelah di mandikan ,cukup 3 malam, pesakit kena pantang selama 7 hari, bermula pada malam terakhir kecuali pada malam KLIWON dan RAMADAN, (bermula pada malam pertama lagi sudah berpantang) !!!Bulan purnama kliwon hanya 2 kali saja dalam setahun.Dan mandi bulan purnama Ramadan ,sekali saja dalam setahun. PANTANG NYA: 7 HARI.
1 Jangan makan benda berbakar..ikan bakar,roti bakar..segala yang berbakar.Termasuk berger,roti canai, capati dan tosse.
2 Kalau memakai kain pelikat atau batik ,jangan sarong melalui kepala, sarung kan dari kaki.
3 Jangan lalu/melintas dibawah ampaian baju.
4 Jangan masuk di bawah rumah atau kolong.
Khasiat dari mandi ini memang telah terbukti berjaya..ALHAMDULILAH DENGAN IZIN ALLAH.Banyak dari pesakit saya berjaya,dalam apa yang dihajati nya. Samaada jodoh,naik pangkat,berniaga dan memacam hajat.Mandian 7 puteri ini adalah hasil ciptaan saya sendiri.Guru saya ajar mandi biasa saja, dibulan purnama.Saya tambah lagi dengan mencampor kan dengan minyak cenuai 7 puteri.Apa yang saya dapat!!! maklum balas dari pesakit, sumua nya mengata kan BEST!!!KALAU SESIAPA YANG BERMINAT, SILA KAN !!!, BERTAMBAH TAMBAH YANG NAK TAMBAH KOUTA !!!
Ramuan ini saya dapat dari nenek saya, yang di turun kan untuk keturunan kami sahaja.Pencipta nya seorang puteri tabib istana !! dari nenek moyang saya yang di turun kan dari satu keturunan ke satu keturunan !!!Dalam mandian ini memang berbeza dengan mandian yang lain dari segi penyediaan bahan itu sendiri.Saya hanya mengambil upah dari 3 malam mandian ini sebanyak RM 120.00 sahaja.Kalau lebih, nanti nenek aku marah bib !!!!Sebelum seseorang nak mandi, saya akan scan, kalau ada syaitan atau jin dalam badan dahulu. kalau ada syaitan, syaitan itu kena perhambat dulu, supaya dia(syaitan) tidak menggangu khasiat mandian ini.WALAU BAGAIMANA PUN SEMUA NYA DARI NIAT KITA !!!!NAK BAIK DAPAT BAIK, NAK BURUK DAPAT BURUK !!!JUMPA LAGI DALAM BAB LAIN.WASSALLAM.
assalamualikum ..,,
boleh ajak saudara karimon cuba dulu . huhuhuh …!!!
Sering kita dengar orang2 tua dulu berkata seperti yang Tok Sheikh beritahu tadi iaitu 1. Kalau memakai kain pelikat atau batik ,jangan sarong melalui kepala, sarung kan dari kaki.2. Jangan lalu/melintas dibawah ampaian baju.Kenapa adanya pantang begitu.
Selain dari mandi bunga ada juga kedengaran mandi 7 gayung kalau tak silap saya.Apakah ianya sama dengan mandi bunga ?
Kepala ni Karimon, satu anggota badan yang paling berharga !!!tu sebab nya kalau kita bergurau ketok kepala, kawan kita marah!!oii kata nya!!kepala jangan main heeh !!!kepala hanya di tundukkan kepada ALLAH sahaja iaitu waktu sujud di dalam solat.Dikepala ada otak dan dalam otak ada MICRO CIP KOMPUTER KITA.Rosak benda ni alamak !!! jadi tak betul lah kita.Di micro cip ini juga tempat syaitan menyerang.Orang tua tua kita memang sangat menghormati kepala !!!kalau bahasa melayu kuno kepala di panggil BATU JEMALA…Mohon patik tuanku, segala titah perintah tuanku, patik letak di atas BATU JEMALA patik…kata Tun Perak kat Sultan Mansur !!!Dalam islam pun begitu, nabi saw tidak membenar kan kita melangkah kepala anak kita yang kecil, yang sedang tidor, nanti BODOH kata nya !!Dan satu lagi, INI PETUA,kata orang tua tua,kalau kita amal kan sarung kain melalui kaki, sihir payah nak kena. wallahu !!!Untuk diri saya Karimon, saya memang tak pernah sarung melalui kepala, dan memang seumur hidup saya SIHIR ,alhamdulilah tak kena !!!Kalau ada pun kat hujung jari kaki atau hujung jari tangan, sampai kat situ jer dan akan saya tarik buang !!. Kalau yang mandi 7 gayung ni, itu mandi SULONG AIR !!! bib !!doa nya kalau nak saya beri !!!Mandi Sulong Air ni kalau kita nak buat,waktu nya pagi hari, biasa nya air perigi dan kita adalah orang pertama gunakan air itu.Mandi Bunga Bulan purnama berbeza dengan Mandi Sulong Air.DOA SULONG AIR…BANYU SUCI BANYU SAKING. BANYU SULONG DALAM PERIGI.NAIK LAH SERI SEBANYAK MUNGKIN.SEPERTI NENEK TAK DE GIGI..kah..kah..kah…..WASALLAM.
Kita sambung lagi dalam BAB MANDI 7 DAUN KAYU.
Mandi ini sebenar nya untuk perempuan lepas bersalin !!untuk lelaki pun bolih juga !!tak der salah nya.Khasiat mandian ini ialah melancarkan perjalanan darah,membuang angin dalam badan,merapat kan kembali urat yang telah kembang dan menyihat serta menyegar kan badan !!!!Mandian ini biasa di gunakan olih mak bidan khusus untuk perempuan lepas bersalin anak !!!lepas bersalin baju tu tak yah ler !!!!! BAHAN ASAS : 7 JENIS DAUN KAYU DI REBUS HINGGA MASAK.
1..DAUN SERAI WANGGI
2..DAUN BALIK ANGIN
3..DAUN MENGKUDU KAMPONG ATAU MENGKUDU HUTAN
4..DAUN NONA
5..DAUN DURIAN BELANDA
6..DAUN LENGKUAS
7..DAUN LEMUNI HITAM
Bolih juga di gunakan daun tetulang, daun sireh dan pandan wangi.
Setelah direbus mandi kan isteri anda dengan air rebusan daun ini, air ini pesam pesam kuku !!Macam biasa lah bib !!RUKYAH KAN SEDIKIT AYAT FATIHAH DAN SELAWAT NABI !!!.Saya mengambil cara mandian ini dari Al Marhum IBU saya, ibu saya seorang bidan kampung tapi tak ler terkenal sangat !!!Kalau dalam URUTAN, saya memang tidak berminat, tak tau kenapa ??? kalau ubat kan patah tulang dan retak tulang memang bolih !!!!kalau saya minat,dalam urutan bib, banyak dari keturunan saya pakar urut !!!!ibu saya, ibu mentua saya, nenek saya dan kakak sepupu saya..biasa nya keturunan saya yang perempuan memang tukang urut !!!!aku urut isteri aku bolih lah !!!!lepas tu minta upah…uhuk..uhuk..uhukk.
KALAU SI NEO SEKANDAR NAK MINTA UPAH KAT SAPA YER !!!!!
alhamdullillah…………byk petua berguna dr tok sheikh nih…
Kita sambung lagi dalam BAB BUASIR.
Buasir ialah satu penyakit yang biasa hinggap pada manusia.Kerap berlaku pada yang kurang makan sayur dan buah sebagai menu makanan harian nya.Ini akan menyebabkan najis menjadi keras. Bila najis keras, kita akan meneran semasa buang air besar.Ada juga yang berubat dengan saya seorang tentera yang meneran suara semasa mengambil kawat.Itu kesilapan beliau!!! semasa mengambil kawat, lubang dubur hendak lah di kemut kan, suara yang keluar ialah suara dari perut.Kalau dubur tak di kemut kan,kemungkinan besar akan buasir.Kalau kena buasir jangan pergi ke HOSPITAL bib !!kalau pergi hospital, doktor akan potong buasir itu !!!setelah buasir di potong,saya tidak bolih ubat kan ???
JENIS BUASIR : 1..BUASIR DARAH !!Semasa buang air besar akan keluar darah dan sangat sakit.
2..BUASIR BIASA !! Semasa buang air besar, akan keluar seperti tumbul isi dan sangat sakit, kekadang keluar darah.
Jika ini berlaku kepada anda cepat berjumpa saya, sebelum parah lagi.Banyak yang kena buasir dan saya ubatkan ALHAMDULLILAH sembuh dalam jangka masa 7 hari INSYALLAH.Setelah saya ubatkan anda di kehendaki pantang, biasa nya selama 7 hari !!!
PANTANG NYA.
1..TAK BOLIH MAKAN CILI API/CABAI MELAKA
2..TAK BOLIH MAKAN AYAM DAN TELOR…SEGALA TELOR.
3..TAK BOLIH MAKAN BENDA BERMINYAK
4..TAK BOLIH MAIN GUNONG BERAPIT..MAIN GUNONG SIKIT SIKIT BOLIH..TURUN LURAH TAK BOLIH..(BERSETUBOH)…PUASA LAH SIKIT..
5..TAK BOLIH ANGKAT BARANG BERAT.
Pantang nya tak lama BIB KALAU NAK BAIK…..itu sahaja..wassallam
oo macam tu ek tko sheikh….kalau nak berubat kena g melaka la ek tok sheikh…
resdung plak macam mana tok sheikhh
assalamualaikum ..,,
sessi lawatan kerja adun bertam ulu , tok sheikh ke kuala lumpur berjumpa dgn adun ampang [saudara karimon] n dun pandan [saudara waliqudus] . pelbagai cetusan pendapat ditokok + dgn lawak jenaka yg menghiburkan dalam sessi perbincangan . serta cenderahati drp kedua pihak mengahiri pertemuan .
tq n wassalam .
Betul tu pertemuan 2 wakil rakyat merangkap Raja dengan seorang Tok Sheikh berjalan lancar dan kami berbincang akan nasib rakyat yang mencari ilmu dan barang mistik yang kami khuatiri jika tersalah cari akan sesat dan dan rosak akidahnya.Pertemuan yang hampir 3 jam itu malangnya tidak ada minit mesyuarat kerana khadam merangkap setiausaha tak buat catitan.Seorang pening kepala dan seorang lagi lewat hadir kerana baru balik dari futsal.Sekian dimaklumkan
PS:-Tok Sheikh balik tersenyum lebar dapat stok kayu,mengekori kereta saya dibelakang alih2 hilang dari pandangan itulah hebatnya Tok Sheikh kita.Sesiapa dari Melaka yang berhajat nak teras gamunggal/teras kelor sila ke ulu bertam.Tok Sheikh ada stok anugerah dari Raja Kayu.
assalamualaikum …,,
macam mana nak bentang laporan ke menyuarat akan datang jika tiada minit menyuarat ..??
Karimon!!!Jangan le pecah lubang !!!lubang dah pecah, tok wali bagi,siap dengan khadam nya ,tapi bila lubang dah pecah kena lah panggil balik si khadam!! Kalau zaman dulu bolih beli, sekarang tak bolih beli, pasal HM BUSRA, dah pencen dari jadi orang!!!jadi tak de lagi khadam nak dilelong !!!Khadam bukan sebarang khadam.Khadam makrifat hadiah tok wali.Datang bukan sebarang datang.Datang lain kali, aku bawa lori…Dari Ampang ke kota Damnsara.Hilang di pekan takut tersesat.Pandang ke depan jejak tak jumpa.Kagum melihat pembangunan yang pesat….Kalau tok wali datang ke melaka.Kayu Penawar jangan di lupa.Sila lah datang anda semua. Kecil rumah kami stadium hang jebat kami hamparkan…..la..mentang mentang rumah kat stadium hang jebat !!! KAH..KAH…KAH…WASALLAM.
Salam untuk semua!!!RAWATAN ISLAM DARUL MANZIL akan membuat kursus untuk asas MUALIJ (Perawat Islam )pada 27 Febuari 2010 yang akan datang.LAYARI WEBBLOG RIDAM untuk keterangan lanjut.Kalau nak belajar ilmu MATA BATIN pergilah kursus, kat sana nanti USTAZ KHAIRUL SYAKIRIN akan cerita dan ajar cara nya…UNTUK AREEDEEP ,MEMANG BOLIH PERGI, SEBAB DAH DEKAT DEPAN MATA !!!KALAU KERJA MINTA 2 LAH CUTI, BIASA NYA KALAU ASAS 1 HARI JER !!!
Asalamuaikum semua!!!Ada satu lagi kursus tapi minima 4 orang peserta kalau nak belajar.Kalau tok wali, karimon, dan neo nak tambah ilmu bolih pergi tu, termasuk saya !!!macamana, kalau nak call saya kita pergi jumpa ustaz dan bolih jumpa sang puteri !!!kah..kah..kah…
Kursus asas PERAWAT ISLAM,(TABIB ISLAM) buka blog RIDAM.
Saya lupa nak jawap soalan Areedeep !!Resdung ialah penyakit klinikal, iaitu bolih di ubat dengan memakan ramuan ubat herba. Resdong tidak terlibat dengan SIHIR DAN JIN.Tetapi jangan tertipu !!!ada yang guna lipas tanah..dan keluar hama 2, putih..itu bukan hama resdung bib, itu hama dalam lipas tanah,hama resdung warna nya kekuningan, dan akan keluar dengan teknik ‘bakar telinga’.Ilmu Bakar Telinga ni saya terasa rugi tak ambil, datuk saudara saya zaman hidup nya memang pakar dalam bab ini….tapi terfikir pula, dah kalau aku jer yang pandai berubat, orang lain tak leh lah cari makan !!!ITU SEBAB NYA !!!!! SAYA MEMANG ADA DOA UNTUK RESDUNG DAN URUT BADAN, TAPI SAYA TAK BUAT…HAI BAGI CAN KAT NEO ISKANDAR PULAK !!!SAYA BUAT BAB PATAH DAN RETAK TULANG SAHAJA !!! BAB URUT JUMPA SI NEO, DIA PAKAR URUT!!!
ASALAMMUALAIKUM SEMUA!!KITA SAMBUNG PADA BAB :SANTAU.
Ada 2 jenis santau iaitu…1. Tidak guna kan jin 2. Guna kan jin.
1. Santau yang tidak menggunakan jin biasa nya dipanggil RACUN.Santau jenis ini bolih di ubati secara klinikal/hospital.Santau ini menggunakan racun sperti,racun tikus,klorox,akar membuta,pucuk gelenggang dan air akar tuba.Jika terkena santau ini rawatan tradisional ialah AIR ASAM JAWA.
2.Santau yang mengguna kan perkhidmatan jin dibuat dari :
a. Bahan binatang
b. Bahan mati
c. Santau angin
a.BAHAN BINATANG…KATAK..Tanda nya.mengalami gatal pada kulit,pedih di bahagian hempedu,sakit di tumit kaki,kejang di bahagian peha…….LINTAH..Tanda nya..mengalami muntah darah.
HAMA…..Tanda nya..batuk berpanjangan terutama malam,sesak nafas selepas waktu asar,kebas di tengah tapak kaki, sukar mengandung bagi perempuan.
ULAT KAYU..Tanda nya..gatal satu badan pada waktu malam,suka tidor membengkok kan badan macam ulat kayu,mudah sejok.
BELALANG..Tanda nya..bengkak pada biji mata,mudah selsema,sakit tumit kaki,kejang peha.
b.BAHAN MATI
Bahan mati yang digunakan ialah:kaca,miang buloh,duri,rambut, paku,bulu anjing hitam dan serbuk mayat.
SIMPTOM NYA: batuk berterusan,alahan pada cuaca sejok,anggota badan seperti di cucuk dan di hiris,sesak nafas,kebas di betis,sakit pada tapak kaki,kehilangan darah,hilang ingatan, terasa ada pergerakan benda dalam badan dan letih,pucat serta
lesu.
c..SANTAU ANGIN..Tanda nya. seperti di atas..(santau bahan mati).Santau ini lah yang paling merbahaya sekali kerana sukar di kesan olih mangsa dan jika telah sedar kekadang sudah peringkat hampir masak/ matang( 2 TAHUN).Dalam jangkaan 6 tahun santau akan membunoh mangsa nya.
TANDA TANDA SUDAH KRONIK
1. Batuk berpanjangan
2. Apabila dikeluarkan bisa, kuku telah lebam sepenoh nya.
3. Lidah telah hitam
4. Pucat tdak berdarah
5. Kekadang perut buncit
Jika sesiapa terkena atau ada simptom seperti di atas,NASIHAT SAYA,berubat lah segera, SANTAU ialah satu ilmu PENGECUT ,yang bolih membunoh mangsa dalam jangkaan 6 tahun sahaja.DARI PENGALAMAN SAYA !!!2 ORANG DARI PESAKIT SAYA TERKORBAN KERANA LAMBAT DIUBATI !!pesakit itu sampai pada saya, bolih dikatakan telah ICU,tetapi saya dapat meredakan bisa santau walaupun tidak dapat menyelamatkan nyawa nya, kerana faktor pesakit itu telah hampir 75 tahun umur nya (usia) dan faktor telah matang santau itu.Memang saya terasa kesal tapi apakan daya tugas ku setakat berusaha, baik dan semboh ditangan ALLAH SWT.Selain dari 2 orang pesakit veteran itu ALHAMDULLILAH yang lain semboh dan sudah bolih GELAK KETAWA !!!sampai jumpa lagi dalam BAB yang lain…WASALLAM.
ini berkenaan dengan ibunya saya telah buat rawatan tradinal dan moden….
masalah sekarang di hadapi masalah buah pingang dan perut buncit….kemudia telah buat rawatan tradinal dapat ada bahan mati dihantar kepadanya….
tempat mama buat rawatan dan saya cuba rupa2 saya juga kena oleh org suka saya dan hantarkan saya baru 2 kaca di bahagian kepala dan paku di lehar……tidak saya sangka sudah 18 tahun kena sihir…walaupun selama aku anggap normal….namun sentiasa letih…sebab saya tidak rezeki yg….
Kita sambung dalam : BAB JENIS JENIS JIN
Didalam Hadth Nabi saw, Rasullulh saw memberi Jin ADA 3 JENIS YANG BESAR : 1.Jin yang ada sayap dan bolih terbang di udara.
2.Jin berupa ular dan anjing.
3.Jin yang melompat dan menjalar
JENIS JIN NUSANTARA :
1.HANTU RAYA (IFRIT) 8.HANTU TINGGI/HANTU PEMBURU
2.HANTU POCONG 9.POLONG
3.PELESIT 11.HANTU AIR/ HANTU PARI
4.TOYOL 12.HANTU BUKIT/GUNUNG/GUA
5 PONTIANAK 13.JERANGKUNG/HANTU KUBUR
7.LANGSUIR 14.PENANGGAL…ASAL MANUSIA SESAT
JIN yang paling pandai dan kuat menipu ialah JIN IFRIT/HANTU RAYA.Specis ini banyak terdapat di tempat penyembahan manusia.Dari kalangan jin, specis ini paling tinggi ilmu,paling degil dan paling jahat dalam merasuk manusia.paling banyak di bela olih manusia selain dari polong dan toyol.Digunakan untuk menjaga harta,kekuatan dan perbomohan.Menyerupai tuan nya dan kekadang meniduri isteri tuan nya tanpa di sadari olih isteri
tuan nya…KELEMAHAN NYA LENGKUAS DAN BATANG KELOR.
tok sheikh..batang kelor tuh ape…saya tka tau..huhuhu
Kalau orang utara panggil munggai, daun bolih dimakan masak kari dan masak lemak,buah nya juga bolih makan ,masak kari ,sedap bib !!mak mentua kalau lalu belakang,tak nampak. Tak caya tanya karimon, sebab dia ada 2 mak mentua dannn dengarrr, nak tambah jadi 3, tapi tak tahu bila, kalau nak tambah ,jangan lupa panggil kami makan kenduri..kah..kah..kah..Batang dan daun kelor banyak faedah nya, bolih buat ubat kancer,kencing manis,darah tinggi,santau dan menghalau syaitan……!!!!! Untuk Dewa Tempor…ambil kan batang kelor, panjang 3 jengkal dan gantung atas pintu rumah, depan dan belakang.Makluk halus yang jahat takut nak masuk, nak baik lagi tiup kan pada batang kelor itu 21 kali ayat kursi.INSYALLAH SELAMAT.
KITA BINCANG LAGI DALAM BAB :SAKA.
Saka ialah satu pendamping yang terdiri dari mahluk halus iaitu SYAITAN,JIN KAFIR dan JIN ISLAM.
TUJUAN SAKA DI BELA :
1.Kebal..persilatan
2.Kekuatan..seperti bolih mengangkat barang berat.
3.Pekerjaan..kesawah atau menoreh getah.
4.Ilmu Pengasih..biasa nya ilmu seri muka.
5.Menjaga rumah dan kebun..biasa nya hantu raya dan polong.
6.Menjaga keluarga
7.Ilmu perubatan
8.Mengambil Upah…membuat sihir.
CARA CARA PENURUNAN SAKA
1.Kehendakan waris saka
2.Bukan kehendak waris saka
1.Melalui kehendak tuan saka itu seperti datuk,bapa, ibu atau nenek.Biasa nya terjadi penurunan dari keluarga terdekat.Penurunan biasa berlaku dan di buat kan upacara tertentu, supaya saka itu pergi ke tuan baru.
2.Kebiasaan nya waris saka tidak tahu yang dia nya ada saka cuma di waris kan benda berikut:keris,tombak,azimat,pisau,paku,selendang,kain kuning,kayu kayan,tangkal,parang,tahi besi,kain batik,badik,cincin,pedang,tapak bara,pakaian silat,rotan,kitab dan pinggan mangkuk.
RISIKO SAKA…Susah nak mati
TANDA TANDA ADA SAKA
1.Terasa ada bisikan di telinga kiri.
2.Terasa ada benda yang mengikut kemana kita pergi
3.Sakit saraf..seperti ada pergerakan dalam urat
4.Kebolihan yang pelik..biasa nya tidak pernah belajar ilmu perubatan tradisional,tetiba bolih berubat.
5.Mimpi nampak budak kecil
6.Mimpi bertemu konon waris..seperti datuk,nenek atau keluarga terdekat.
SAKA DAN KETURUNAN adalah berbeza. Saka memang terdiri dari JIN yang di warisi olih nenek moyang, yang biasa nya di tuntut/belajar dan contoh yang paling biasa ilmu perbomohan dan persilatan…. KETURUNAN ialah memang sesorang itu berketurunan yang baik , seperti ulama,wali atau orang alim.Biasa nya,setelah sesaorang itu,menjaga ilmu syariat dan beruzlah serta bersulok juga mencari keredzaan ALLAH dalam beramal.Mungkin ada orang yang mengata kan ilmu itu (sulok dan uzlah)datang dari JIN yang menyamar.Disini lah penting nya guru yang mursid, yang akan membimbing cara kita beramal.Kebiasaan nya segala mesej di sampai kan terus ke hati kita melalui telinga kanan.Itu sebab penting juga ,kita tahu siapa keturunan kita, supaya dapat kita tahu keturunan kita yang betul atau jin yang menyamar.Dalam bab ini juga saya sangat susah nak terang kan tanpa penerangan yang panjang lebar.Ada banyak cara kita bolih tau dalam bab JIN yang menyamar.Apa pun penerangan ringkas ini saya harap anda dapat memahami serba sedikit, kerana untuk menerang antara SAKA dan KETURUNAN memerlukan penerangan yang mendalam….JUMPA LAGI DI LAIN BAB…WASALLAM.
Asalamualaikum semua !!!Kita sambung dalam :BAB SUSUK
Susuk ialah satu amalan yang memasuk kan sesuatu bahan asing.ke dalam badan bagi mendapat kelebihan tentang sesuatu.Susuk dalam islam jelas haram, kerana di kira satu cabang dari ilmu sihir.
DI RIYAWAT KAN DARI SUNAN ABU DAWUD RASULLULAH SAW BERSABDA :SESUNGGOH NYA JAMPI 2,AZIMAT DAN TILAWAH ADALAH SYIRIK.
JENIS JENIS SUSUK
1.Susuk Nyata
2.Susuk Ghaib
SUSUK NYATA:
1.Susuk emas…paling popular..untuk pengasih
2.Susuk belian..kos mahal…….untuk pengasih
3.Susuk mutiara
4.Susuk geliga buaya atau cula buaya…kuat nafsu
5.Susuk besi atau susuk tulang beruang…kebal
6.Susuk tulang manusia..konon nak lihat alam ghaib
7.Susuk buloh perindu..suara merdu dan pengasih
8.Susuk bunga..kecantikan
9.Susuk bulu rusa..semangat dan ketrampilan diri
10.Susuk raksa..kebal besi
2.SUSUK GHAIB
Mengamal kan amalan tertentu yang menyeru nama syaitan atau jin.
SUSUK YANG HARUS hanya lah memasuk kan ayat al quran atau zikirullah dengan cara meniup pada dahi atau lain anggota badan.Amalan ini biasa di panggil MASUK KAN AYAT.Sebenar nya ini pun dah kuat khasiat nya dengan izin ALLAH.
TUJUAN PAKAI SUSUK
1.Pemanis dan seri wajah
2.Pelaris diri…cepat jodoh
3.Pelaris perniagaan
4.Kebal
5.Mencantikkan payu dara atau kuat kan zakar
6.Hebat dalam berjimak/sek
7.Memulih kan dara
8.Ilmu penunduk musuh atau binatang
9. Memerdukan suara
10.Mengikat kasih sayang suami atau isteri
12.Menjadi muda higga ke tua..awet muda
PANTANG SI PEMAKAI SUSUK
1.Larangan makan pisang emas
2.Larangan makan buah kundur
3.Larangan satay. benda bercucuk
4.Larangan melintas ampaian kain basah
5.Larangan makan labu
6.Laranagan buah dan daun kelor/munggai/gemugal
7.Larangan melihat bulan penoh denagan niat
8.Larangan melihat cermin muka yang penoh
9.Larangan menghadiri pengkebumian mayat
10.Larangan diketuk dengan senduk
11.Larangan mengoyak atau memotong daun palas
RISIKO PEMAKAI SUSUK
Kepada pemakai susuk, azab menanti anda semasa nazak, mayat tidak diterima bumi kalau susuk tidak dibuang.Ini bukan main main bib!! PERNAH TERJADI SATU KEJADIAN, GURU SAYA TERPAKSA BUANG KAN SUSUK PADA MAYAT YANG TELAH DI KEBUMIKAN 3 HARI, DI GALI BALIK DAN BADAN SERTA ANGGOTA LAIN HAMPIR HANCUR, TETAPI BAHAGIAN YANG DIMASUK SUSUK MASIH BAIK..DI MASUK KAN DI PAYU DARA..MASIH TEGANG. SELEPAS GURU SAYA BUANG KAN SUSUK, PAYU DARA NYA HANCUR…ITULAH DIA SUSUK TIDAK DITERIMA BUMI, DAN SI PEMAKAI AKAN DI AZAB ALLAH…NAUZUBILLAH….Sampai jumpa lagi..WASALLAM.
Asalam mualaikum semua !!!Kita sambung dalam BAB SIHIR
Sihir ialah melaku kan sesuatu perkara luar biasa dari hakikat asal dan mensyirik kan ALLAH.Sejarah sihir di amalkan olih manusia dari zaman Nabi Musa AS.Rasullullah sendiri terkena sihir, yang di sihir olih Labid bin A’sham.Kalau baginda sendiri terkena sihir, apalah lagi kita yang daif ini.HUKUM SIHIR HARAM.HADIS MUSLIM’ Barang siapa mendatangi tukang ramal( ahli sihir)dan bertanya sesuatu kepada dan membenarkan nya,solat nya tak diterima selama 40 hari’
PUNCA SIHIR
1. Dengki
2. Cemburu
3. Membuang ilmu
4. Salah sangka
5. Masaalah berniaga
6. Masaalah pangkat dtempat kerja
7. Rebutan lelaki atau perempuan
8. Rebutan Harta Pusaka
9. Menguji ilmu sihir
10.Mengambil upah
11.Konon nak membantu tapi ilmu itu salah
CARA MENJADI AHLI SIHIR
1. Keturunan…biasa nya SAKA
2. Melalui mimpi..ada orang mengajar baca mentera
3. Amalan Silat Seru..menyeru nama datuk datuk jin
4. Amalan Seni Bela diri
5. Melalui pertapaan
6. Berguru dengan ahli sihir
7. MENIRU TANPA GURU….itulah sebab nya untuk belajar ilmu, mesti ada guru yang muktabar.
AMALAN AHLI SIHIR
1. Amalan menyeru nama jin atau syaitan
2. Amalan menghina ayat Al Quran
3. Menggunakan barang busuk dan kotor
4. Amalan korban binatang atau manusia
6. Amalan luar tabie…bila berubat nak telanjang
7. AMALAN RAMALAN BINTANG DAN TARIKH LAHIR
8. Amalan melihat tapak tangan
9. Amalan Wafaq..tuliskan ayat Al Quran dengan huruf penoh.
10.Amalan mengguna barang yang pernah dipakai…baju yang di pakai.
JENIS SIHIR
A.SIHIR SIFAT ANGGUTA
B.SIHIR HUBUNGAN
C.SIHIR HIPNOSIS. SILAP MATA
A.SIHIR SIFAT ANGGUTA
1.Sihir sakit satu badan/ angguta
2.Sihir majnun/gila
3.Sihir lemah badan
4.Sihir rendah diri/semangat tiada
5.Sihir Bisikan
7.Sihir santau
B.SIHIR HUBUNGAN
1.Sihir perceraian
2.Sihir Penghalang pernikahan/ sihir pelalau
3.Sihir Pengasih
4.Sihir Jerut..tak bolih bersetubuh
5.Sihir Istihadah…perempuan sentiasa datang kotor
C.SIHIR HIPNOSIS/SILAP MATA
1.Sihir Silap mata
2.Sihir Pukau
nanti sambung dalam bab TANDA KENA SIHIR.
Asalammualaikum semua !! Kita Sambung dalm BAB TANDA KENA SIHIR.
A. SHIR SIFAT ANGGOTA
Sihir Penyakit Anggota Badan
Tanda Jaga
1.Lumpoh semua anggota atau sebahgian anggota.
2.Hilang pancaindera..buta,bisu
3.Penyakit klinikal tidak semboh…gatal gatal
4.Campak, sopak,migrain,kudis buta dsb
Tanda Tidur
1. Susah Tidur
2. Mimpi di sakiti
3. Mimpi jatuh dari tempat tinggi
4. Mimpi Lemas
Sihir Majnun atau Gila atau Sinting
Tanda Jaga
1. Termenung tanpa sebab
2. Murung suka berangan(ILUSISASI)
3. Kurang prestasi kerja
4. Bercakap,sedeh,menangis seorang diri
5. Tidak menjaga diri…selekeh
6. Tidak tidur
7. Tiada ketenangan dan suka sendirian
8. Suka lama dalam bilik air
9. Tiada arah tuju
Tanda Tidur
1. Susah atau kuat tidor
2. Menguap semasa tidur
3. Berjalan waktu tidur
4. Mengigau
5. Menggigit gigi semasa tidur
6. Mimpi jatuh tempat tinggi dan dikejar binatang buas atau mahluk ganas.
LEMAH BADAN
Tanda Jaga
1.Penyakit Mingrain
2. Badan lesu walaupun banyak rehat
3. Sensitif
4. Hilang semangat kerja
5. Suka sendirian
6. Memikir kan sesuatu yang bukan bukan dan PANAS BARAN tiada menentu.
Tanda Tidur
1.Susah tidor
2.Mimpi disakiti
3.Mimpi ditndih sesuatu
4.Menguap waktu tidor
5.Sesak nafas
RENDAH DIRI
Tanda Jaga
1.Merasa kurang diri
2.Putus semaangat
3.Mudah putus asa
4.Suka sendiri
5.Murung tanpa sebab
Tanda Tidur
1.Sukar tidor
2.Mimpi dikutuk
3.Mimi jatuh tempat tinggi
4.Mimpi tangkap ikan tak dapat
5.Mimpi di kejar olih sesuatu
SIHIR BISIKAN
Tanda Jaga
1.Mendegar nama dipanggil tapi tiada orang
2.Mendengar hasutan negetif..seperti membunoh,merogol dll
3.Sifat was was
4.Tiada keyakinan diri (lemah semangat)
Tanda Tidor
1.Susah tidor
2.Mimpi nama dipanggil
3.Mimpi ngeri berulang ulang
4.Mimpi melihat binatang menakutkan
5.Mimpi jatuh tempat tinggi
B. SIHIR HUBUNGAN
Sihir Penghalang penikahan/ PELALAU
Tanda Jaga
1. Marah tanpa sebab dengan pasangan
2. Hilang rasa sayang
3. Sesat bila pergi rumah pasangan
4. Melihat psangan bermuka hodoh
5. Mingrain
6. Banyak berangan
7. Sesak nafas menjelang asar
8. Sakit di perut
9. Sakit di tulang sulbi
10.Sakit di betis dan tapak kaki
Tanda Tidor
1. Susah tidor
2. Mimpi melihat orang ajak pergi
3. Mimpi sesat jalan
4. Mimpi jatuh tempat tinggi
5. Mimpi melihat binatang atau mahluk pelik
SIHIR PERCERAIAN
Tanda Jaga
1. Wujud sifat marah2 tanpa sebab pada pasangan
2. Jauh rindu dekat bergaduh
3. Perasaan cemburu bersangatan
4. Bermain kayu 3
5. Suka bergaduh walaupun hal kecil
6. Tidak bolih berbincang
7. Melihat pasangan hodoh
8. Sukar dapat zuriat walaupun normal
Tanda Tidor
1. Tak tidur bersama
2. Mimpi berzina
3. Mimpi jatuh tempat tinggi
4. Mimpi di bunoh pasangan
5. Mimpi pasangan sanagat menakutkan
6. Mimpi lihat binatang
Sihir Pengaseh
Tanda Jaga
1. Perasaan sayang terlampau
2. Nafsu sek bergelora tanpa had waktu
3. Terasa terlihat orang yang menyihir
4. Sukar tidor
5. Patuh keterlaluan/bodoh sangat
6. Sesak nafas waktu asar
7. Fikiran buntu
8. Glamour tanpa logik asas
Tanda Tidor
1. Sukar tidor
2. Sering jaga malam dan menangis
3. Mimpi berkawin
4. Mimpi berzina
Sihir Jerut
Tanda Jaga
1. Tiada nikmat dalam bersetuboh dengan pasangan
2. Isteri rapat kan peha tanpa kawalan
3. Kemaluan isteri hilang…atau macam papan tiada lubang kemaluan
4. Haid datang semasa nak bersetuboh
5. Nafsu memuncak tapi hilang semasa nak bersetuboh
6. Lemah tenaga batin atau suami kalah
7. Kemaluan bernanah,kudis tanpa sebab
8. Mati pucuk tanpa sebab
Tanda Tidor
1. Susah Tidor
2. Mimpi berzina
3. Mimpi melihat kayu buruk
4. Mimpi melihat sungai air keroh
Sihir Istihadah/ HAID SENTIASA ADA
Tanda Jaga
1. Kitaran haid tidak menentu
2. Uzur haid tidak normal
3. Sakit perut seperti bergerak
4. Sakit di tulang sulbi
Tanda Tidor
1. susah tidor
2. Terjaga dari tidor tanpa sebab
3. Mimpi melihat darah mengalir
4. Mimpi melihat tusukan di kemaluan
5. Mimpi di rogol binatang
6. Mimpi di kejar binatang
SIHIR HIPNOSIS
Sihir Silap Mata
1. Melihat sesuatu benda bertukar serta merta
2. Melihat pemotongan leher, lidah dll
3. Melihat aktibiti pelik..terjun bangunana tinggi,menyelam lama dll
Sihir Pukau
Tanda Tanda
1. Mengantuk
2. Pening seta merta
3. Mencarut tanpa kawalan
4. Pendiam..macam bodoh
5. Menurut arahan pemukau
6. Berjalan tanpa arah
7. Melihat wajah cantik atau hodah
8. Merasa kesian melampau
9. Hilang ingatan
10.Gila
11.Nafsu memuncak tanpa sebab
BAGAIMANA SIHIR DIKENAKAN ATAU DI HANTARKAN
1. Renungan mata
2. Melalui perbualan
3. Melalui gambarajah
4. Melalui SMS/ pembacaan
5. Melalui makanan/minuman
6. Melalui rokok
7. Melalui bunga
8. Melalui pakaian
9. Melalui bahan cenderahati
SAYA PESAN KAN KEPADA ANDA JIKALAU 3 TANDA DI ATAS ADA DI ALAMI OLIH ANDA KEMUNGKINAN BESAR ANDA DI SIHIR,BERTAMBAH LAGI JIKA DOKTOR MENGATAKAN ANDA NORMAL TAPI ANDA SAKIT !!!! WASALLAM
Asallammualaikum semua !!Kita sambung dalam BAB HISTERIA.
Apakah dia Histeria…Ianya satu bentuk ‘rasukan syaitan’ yang melibat kan dalam jumlah yang ramai, yang kena rasuk.
SEBAB SEBAB HISTERIA.
1.Psikoloji
A.Masaalah perhubungan seperti:
1.Putus Cinta
2.Di benci olih keluarga
3.Perceraian
4.Perbalahan atau perkelahian
5.Cinta tidak berbalas
6.Hubungan dengan masyarakat
B.Tekanan tempat kerja seperti :
1.Pelajar yang selalu dimarahi guru
2.Permusuhan pelajar dengan pelajar
3.Pekerja yang selalu di marahi majikan
4.Tekanan kerja terlalu banyak
5.Majikan yang di pulau pekerja
6.Masaalah kenaikan pangkat
7.Masaalah kena turun pangkat
C.Masaalah Kehidupan
1.Masalah tidak mampu sara diri
2.Masaalah hutang
3.Masaalah penganguran
4.Masaalah kesihatan
5.Masaalah kerjaya
2.GANGGUAN DARI JIN
1. Tempat kediaman jin diambil tanpa kebenaran jin
2. Tempat kediaman jin di ganggu
3. Menyakiti jin
4. Masaalah bising jin terganggu
TANDA TANDA GANGGUAN
1. Berlaku secara kumpulan
2. Perubahan mendadak kepada pesakit secara tiba tiba
3. Mengigil kesejukan secara tiba tiba
4. Mata berkelip kerap dan air liur meleleh
5. Menunjuk kan idintiti jin
Itulah difinasi PENYAKIT HISTERIA dan sebab berlaku.Saya pernah terlibat beberapa kali dalam kes HISTERIA ini.Dalam kebanyakan kes banyak pesakit terdiri dari kaum wanita.Pada pendapat saya, kaum wanita semangat nya lemah tetapi ada wanita yang semangat nya kuat.Kekadang lelaki pun kalah, anda bolih lihat sendiri, ada wanita yang menjadi PERAWAT TRADITIONAL.
Dari segi rawatan, sesuatu ayat itu di baca, hanyalah seperti IKHTIAR kita.Baik dan semboh datang dari ALLAH.Hati kita mesti lah bergantung kepada ALLAH.Tetapi kalau sesuatu ayat itu hendak lah selalu di amal kan, kata guru saya supaya jazam.Menjadi Perawat, bukan kerja yang senang, banyak risiko yang mesti dilalui.Banyak kawan kawan saya sendiri terkorban!!!APA NAK KATA, KALAU DAH AJAL, TAKDIR ALLAH YANG MENENTUKAN.Selalu saya tegas kan, kalau DOKTOR, setelah merawat pesakit dan memberi ubat…kerja nya selesai tetapi PERAWAT TRADISIONAL, setelah pesakit dirawat dan di beri ubat, pesakit pulang kerumah, kerja PERAWAT belum selesai lagi. Nanti malam JIN yang merasuk akan datang kepada PERAWAT.JIN itu akan marah kat PERAWAT atau ajak berlawan.Di sini lah kekadang PERAWAT kecundang !!!Saya juga mengalami kaadaan seperti itu.Saya bernasib baik isteri saya juga seorang PERAWAT yang mahir dan berpengalaman luas.Malah kekadang ILMU MENGUSIR SYAITAN nya LEBIH AMPOH DARI SAYA.Nasihat saya, kalau nak menjadi PERAWAT,paling bagus kalau kita berdua suami dan isteri.Kerana jika suami tumbang, isteri ada,..merawat dan jika isteri tersungkur, suami ada menghentam syaitan.Kalau dua dua tersungkur !!!siap kan dua lubang kubur lah…tetapi hal ini jarang berlaku, malah belum pernah saya dengar lagi.Kerana jika kita bersuami isteri menghentam syaitan, kekuatan nya memang hebat !!!Sekian saja ..WASALLAM.
Benar Tok Sheikh pekara ini pernah terjadi pada arwah moyang saya,bukan setelah merawat kerja bomoh atau pawang selesai disitu saja malam nanti siaplah kena dengan jin tu.Pernah moyang saya selepas pulih tanah terjadi langit tiba2 mendung dan angin bertiup kencang sampai berdiri kaki tunggallah moyang saya menentang lembaga tu.Ini lah alam yang penuh misteri dan mistik yang bagi sesetengah orang adalah pekara karut.
Assalamualaikum Tok Sheikh,banyak diantara kita yang membicarakan tentang ilmu2 itu dan ini tetapi tidak ada pun yang menanya bagaimana sesuatu ilmu itu perlu diamalkan termasuk cara ilmu itu diamalkan.Adakah hanya dengan duduk diatas tikar sembahyang dan membaca sesuatu mentera atau ilmu itu 11 kali atau 33 kali atau 100 kali dikira sebagai beramal dengan ilmu itu atau mungkin ada cara2 lain yang boleh memantapkan ilmu itu.Untuk bab ini atau pekara ini biarlah kita tumpukan dahulu pembicaraannya khusus kepada ilmu kebatinan dunia dulu sebelum kita membicarakan bab amalan akhirat.
Asalamualaikum
Saya menjawab balasan komentar saudara Karimon N0 40 26 Feb
Assalamualaikum Tok Sheikh,banyak diantara kita yang membicarakan tentang ilmu2 itu dan ini tetapi tidak ada pun yang menanya bagaimana sesuatu ilmu itu perlu diamalkan termasuk cara ilmu itu diamalkan.Adakah hanya dengan duduk diatas tikar sembahyang dan membaca sesuatu mentera atau ilmu itu 11 kali atau 33 kali atau 100 kali dikira sebagai beramal dengan ilmu itu atau mungkin ada cara2 lain yang boleh memantapkan ilmu itu.Untuk bab ini atau pekara ini biarlah kita tumpukan dahulu pembicaraannya khusus kepada ilmu kebatinan dunia dulu sebelum kita membicarakan bab amalan akhirat.
Komentar saya,
1.Persoalan saya, pertama adakah perbuatan dan amalan kita di dunia ini selain kerana AllaH ?
2. Bukankah semua amalan kita didunia ini untuk akhirat ?. ( setiap amalan kita di dunia akan dinyatakan di akhirat nanti walau sebesar zarah zarah – sila rujuk Mukadam )
3. Apakah setiap amalan syariat bersuci itu bukan amalan untuk membina kesihatan yang mencegah penyakit.
4. Apakah saudara benar benar faham apakah air yang perlu digunakan, untuk membersih (mengubati} penyakit zahir, batin, rohani dan jasmani.
5. Tahukah saudara air mutlak untuk membersih kekotorn zahir, Air zam zam untuk kekotoran batin, air telaga al Kausar untuk membersih kekotoran jasmani dan air telaga Luh Mahfuz untuk membersih kekotoran rohani. Tahukah saudara dimana semua air ini berada ?. Apakah saudara pasti rohani saudara telah tiba ke telaga zamzam ? jika saudara maseh lagi tidak ada rezki untuk kesana secara zahir, supaya saudara lebih yakin mengenainya.- SEMUA YANG SAYA TULIS INI HANYA SEBAGAI CONTOH SUPAYA SAUDARA FAHAM.
6. Kefahaman adalah bentuk syariat, hakikat, tarikat dan makrifat. Terus terang saya cakap secara ikhlas apa yang saya perhatikan dalam muzakarah kita ini bab syariat pun banyak yang tak lepas kerana kita tak memahami displin ilmu.
7. Jika saudara ingin memahami hakikat sekurangnya pendirian saudara mestilah kaki berada di astasaro (bahasa dulu) dan kepala saudara berada di Arasy. Itu adalah pendirian manusia yang layak untuk membicara hakikat, jika tidak letih.
8. Jika saudara ingin memahami Tarikat (jalan yang lurus menemui tuhan- dalam surah alFatehah). Saudara misti memahami Salasilah (Masyaikh), Rabitah dan Nabi saw. Jangan pula diganti dengan Kadam, Jin dan sebagainya, kerana Nabi Saw tidak sedemikia semasa israk Mikraj untuk menemui tuhan.
9. Keadaan diataslah yang menentukan keyakin saudara samada ilmul, ainul, hakkul atau Kamalul. Kalau kita pun tak yakin macam mana untuk meyakinkan orang lain.
Demi Allah swt dengan Syafaat Rasulullah saw serta Berkat Ayahku ra guruku, saya sangat berharap saudara tidak melupuskan lagi komentar yang saya tulis dihalaman ini. Dan saya doakan samoga saudara mewarisi amanah daripada Allah seperti junjungan Nabi Muhammad saw dan bukan golongan mereka yang menzalimi dirinya, Amin yarabilalamin.
wasalam.
Asalam mualaikum Karimon !!!Memang sebelum kita berbicara bab akhirat , kita kena amalkan bab dunia dulu.Ini kerana dunia ini ibarat ladang tempat kita menanam amalan dan mencari amalan.Saya cuma cerita kan bab CARA KITA MENJAUH KAN DIRI DARI GANGGUAN JIN.Kalau sesiapa terkena atau untuk mengelak dari gangguan jin, salah satu cara nya seperti yang di atas.SAYA MEMANG TIDAK BERMINAT DENGAN KHADAM, TAPI TIDAK BERANI NAK MENAFI KAN KERANA NABI SULAIMAN RA PUN GUNAKAN KHADAM!!!Tetapi jangan lah kita tidak tau membezakan khadam itu,dari mana asal usul nya. Kalau khadam ,kita kata nya NUR ,itu sudah salah !!!NUR adalah NUR,KHADAM adalah KHADAM.KHADAM adalah JIN..IAITU..AN NAR..NUR adalah dari ILLAHI.Salah satu dari NUR itu dijadikan MALAIKAT.Ini kena faham bebaik.Saya banyak mencerita kan pengalaman saya sendiri, bukan dari pengalaman orang lain atau menceduk dari buku!!!Anda bolih lihat dari tulisan saya !!!dari buku kah atau dari pengalaman saya !!!!!Dalam bab ilmu ini kita jangan mengikut buku sangat kerana kalau kita tidak mengalami sendiri JANGAN SEKALI KALI cerita kat orang, kerana akan menjadi cerita PEMBOHONG.!!!Bagi saya, senang saja, kalau orang nak percaya, percaya lah !!kalau tak percaya, bila anda kena sendiri (SIHIR) BARU ANDA TAU LANGIT ITU TINGGI ATAU RENDAH.!!!!Saya memang dah banyak berjumpa dengan ORANG TAK PERCAYA INI,bila ceck kat doktor, doktor kata tak de sakit, tapi diri sendiri sakit bagai nak tercabut nyawa !!!Lalu jumpa dan mengadu kat saya BARULAH PERCAYA SIHIR itu ADA, dan SYAITAN ITU ADA ???Walau setinggi mana pun ilmu yang ada,kalau ALLAH nak uji…kita tetap kena!!!Kekadang orang memang bolih bercakap sahaja, tetapi perbuatan nya seperti JIN juga…Dalam DOA PERUBATAN saya memang ada..doa ini…YA ALLAH LINDUNGI DI( pesakit) dari MANUSIA YANG JAHAT,IBLIS,SYAITAN DAN ORANG GILA !!…Saya ulas sedikit DOA INI,..kita memang minta perlidungan dari ALLAH dari gangguan IBLIS dan SYAITAN, tetapi dari manusia yang jahat pun kena minta perlindungan dari ALLAH juga.Kekadang seseorang itu nampak baik tapi hati nya busuk,..suka mengganggu ketenangan orang lain, tak bolih arang lain lebih dari segala segi…orang ini bagi saya , DIA SAKIT JIWA !!!.Dan lagi satu,kita mohon pelindungan dari ALLAH dari gangguan ORANG GILA, kerana dunia kita ini memang banyak orang gila..gila judi,gila harta,gila glamour,gila sek,dan seribu satu macam gila.!!!!!Hidup di dunia ini hanya lah sementara !!jadi jangan lah kita menjadi PARASIT,cari lah banyak kawan dan jangan cari banyak lawan/musoh…..FIKIR FIKIR KAN ….HIDUP MESTI BERAKAL JANGAN HIDUP KITA HILANG AKAL !!!!NANTI KITA MENJADI SASAU !!!WASALLAM.
Waalaikumusalam Tok Sheikh,terima kasih kerana sudi memberi komen bab amalan dunia ini,sesungguhnya ilmu Allah swt ini cukup luas dari pekara dunia sampailah ke akhirat dan saya akui dunia ini adalah jambatan ke akhirat,setiap ilmu itu ada faedahnya untuk kita manusia baik untuk dunia atau pun akhirat dan ianya saling kait mengait.Bijak pandai pun ada mengatakan ilmu itu kalau tidak diamalkan adalah sia2 sahaja.Saya menanyakan soalan tentang amalan bab keduniaan adalah kerana satu ketika dulu blog ini sering ditanya oleh beberapa orang tentang ilmu kebatinan.Setiap sesuatu ilmu itu mempunyai ciri atau cara untuk mengamalkannya supaya ianya menjadi mantap dan berkesan.Ada sesetengahnya terpaksa berpuasa memutih dan harus diamalkan untuk sekian2 waktu dan dibaca sekian2 banyak.Apakah hikmatnya atau rahsianya kita perlu menjalani ritual berkenaan terutamanya jumlah yang perlu dibaca mentera atau zikir atau ayat tertentu.Ada yang perlu dibaca 33 kali,99 kali dan ada yang sampai beribu kali,mengapa menetapkan satu jumlah tidak boleh kah membaca mengikut kadar kemampuan sahaja.
Asalammualaikum semua !!!Kita sambung dalam BAB ILMU SALAH.
Ilmu salah ialah ilmu yang dituntut dan menjadi punca kehadiran JIN dan akhir nya akan memakan diri sendiri.
FAKTOR ILMU SALAH YANG MENGHADIR KAN JIN
1. Sipengamal tahu sendiri yang amalan nya memang memanggil JIN.
2. Si pengamal tidak tahu amalan nya bolih memanggil JIN.
3. Jin diarah guru mendampingi murid tanpa di ketahui murid.
4. Guru di ALAM GHAIB
CONTOH AMALAN ILMU SALAH
1. Ilmu Seni Bela Diri.
2. Ilmu Perubatan Mistik.
3. Ilmu Mengurut
4. Ilmu Membidan
5. Ilmu Pengasih
6. Ilmu Kebal
7. Ilmu Susuk
8. Ilmu Pukau/ Silap Mata
9. Ilmu Tenaga Batin
10.Ilmu Tenaga Dalam/Kebatinan
11.Ilmu Toyol
12.Ilmu Pendinding
13.Ilmu Hiburan Tradisional
14.Ilmu Tarekat Sesat
15.Ilmu Pasung Bumi/Rumah
16.Bomoh/Pawang Menurun
Selain dari itu kita mesti lah melihat AMALAN perawat itu sendiri.Contoh nya adakah perawat itu memakai pakaian yang menutup aurat atau menyentuh pesakit yang tiada di temani mukhrim pesakit.Satu lagi pasti kan perawat meminta barang barang yang halal dan bersih dari segi syarak….itu sahaja WASALLAM.
Asalamualaikum
Dengan izin, saya memberi komentar ini untuk menemani dan memberi galakan supaya Tok Syeikh dapat terus memberi komentarnya supaya tidak menghampakan pengunjung yang sentisa setia melayari weblog ini setiap hari.
Saya difahamkan komentar Tok Syeikh diminati ramai di weblog ini kerana keistimewaan keperibadiannya. Kini jarang kita ketemuan orang yang boleh berucap, menulis apa yang diucap, melakukan apa yang ditulis, menjadi amalan, boleh hidup sepenuhmasa dengan bidang tersebut, amalannya yang membantu masyarakat dan rela hati menjadi penulis sukarela diweblog seperti Tok Syeikh. Jika seorang Profesor di Universiti sekali pun jarang yang dapat mempraktikkan apa yang diucapkan. Sebab itu walau seorang Profesor dibidang perniagaan berbuih buih mulut menyatakan keitimewaan perniagaan pun, tapi maseh lagi makan gaji, dan beliau belum tentu pasti boleh menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Kesimpulannya Tok Syeikh adalah seorang yang cakap serupa bikin.
Keberanian Tok Syeikh juga adalah diperhatikan oleh penggunjung. Tok Syeikh bukan sekadar berani mengkritik, malah tahan dikritik. Kewibawaannya ini telah pun saya uji sebelum ini. Pendek kata Tok Syeikh bukanlah seperti kanak kanak atau lelaki bersifat perempuan yang mudah tersurung dan tersentap.
Kegigihan Tok Syeih menaip huruf, perkataan serta ayat yang mudah difahami juga sangat saya kagumi, pendek kata beliau tidak menggunakan bahasa SMS seperti penilis hidup segan mati tak mau. Kerana Tok Syeikh faham sajian yang perlu diberikan perlulah ikhlas dan sepenuh hati.Dan beliau faham bahawa bahasa dan tulisan itu menyatakan jiwa kita. Dan saya lihat beliau begitu Istiqamah (dawam} memberikan komentar dihalaman ini.Inilah diantara keperibadian yang saya ingin pelajari dari Tok Syeikh selama ini.
Saya sangat menghargai keperbibadian seperti Tok Syeikh ini kerana ia sukar diperolehi dan jika ditemui pun jangka hayatnya biasanya adalah tidak panjang, paling lama pun menurut adatnya mungkin dua tiga puloh tahun, kerana mereka yang memiliki keperibadian seperti ini adalah orang tua.
Weblog ini sangat bertuah memperolehi seorang pengomentar seperti Tok Syeikh dan saya harap mereka tahu menghargainya.
Wasalam
Kita sambung sedikit dalam ; BAB HANTU ORANG MELAYU.
Didalam masyarakat ornag melayu hantu adalah perkara biasa.Kita bolih jumpa hantu di banyak tempat dan berbagai stuasi.Jangan sekakali kita takut kepada mereka, takut hanya lah kepada ALLAH.Kepada ALLAH lah tempat kita memohon perlindungan.
Didalam masyarakat kita juga ada JIN MUKTHABBILAT iaitu jin yang GILA !!Kebanyakan yang ini tergulung dalam banyak specis dan nama seperti Hantu Raya,Hantu Bungkus,Hantu Pari ,Polong, dan lain lain.Dalam ilmu perubatan islam hantu hantu(jin) ini lah yang sangat biasa di temui.Dalam bahasa Arab di panggil JIN GILA,sebab selalu menggangu manusia dan menyakiti manusia.Dalam Perubatan Tradisional JIN ini juga dikenali :
1. Bertara Kala..berada pada pokok,besi dan batu.
2. Bertara Guru..berada di bukit dan gunong ganang.
3. Puteri Mangkala Raya..jin perempuan untuk guna guna dan santau serta sihir.
4. Ular Sakti muna..yang berupa beruk atau harimau
5. Sedang berma..yang menguasai sungai,nama lainnya Puteri hampar tikar.
6. Sedang buana atau raja laut..yang menguasai lautan dan kuasa jahat di laut.
Inilah sebab nya barang mistik mesti di rukyah(jampi)kan hanya dengan AYAT ALLAH sahaja.Kalau kita gunakan mentera atau jampi,khadam di atas lah yang akan datang.Mereka lah yang menyamar konon nya KHADAM, dan menyesat kan kita.Dalam pengalaman perubatan saya memang banyak berjumpa dengan mereka ini.Jadi berhati hati lah !!!Ada di kalangan syaitan ini hanya akan lari dengan laungan azan !! Ini lah yang RASULLULAH ajar kan.!!Untuk anda yang tidak mengenali tipu muslihat mereka, lebih baik JANGAN CUBA CUBA MEMANGGIL MEREKA…Orang Barat juga mengakui ke hadiran makhluk ini, mereka panggil UFO dan ALIEN.
KENAPA KAH JIN PEREMPUAN BANYAK DI GUNAKAN :
1. Setia pada tuan nya
2. Sangat pandai mengoda manusia
3. Tidak banyak kerinah dalam tugas nya
4. Kadang kala menjadi isteri tuan nya.
Itu saja dari saya lain waktu dalam bab yang lain,KALAU ANDA TAK FAHAM ANDA TANYA, INSYAALLAH SAYA AKAN JAWAP KALAU SAYA PERNAH BERJUMPA KES KES ITU. WASALLAM.
Waalaikummussallam pakcikli !!!Terima kasih, jangan puji tinggi tinggi, kerana kawan yang tidak berapa baik adalah kawan yang suka memuji !!!Dalam hadith Rasulullah:Seorang memuji dan memanggil rasul dengan dengan panggilan’ WAHAI NABIULLULAH YANG DATANG DARI KETERUNAN YANG BAIK, DARI BAKA YANG BAIK,DARI PERKERTI YANG BAIK DAN PERANGAI YANG PALING BAIK !!!rasullulah bermasam muka dan menjawap !!!KAMU NAK SUROH AKU MASUK NERAKA KAH ???kalau lah Rasul saw sangat takut dengan pujian, saya lagi takuuut!!!Demi ALLAH dan RASUL nya saya menggigil menerima PUJIAN dari ANDA !!!Ilmu saya sangat sedikit, malah hampir tidak ada sebesar kuku hitam pun, yang saya tulis hanya lah sedikit pengalaman saya dalam perubatan islam yang saya cuba kongsikan, kalau kalau ada yang memerlukan !!!WASALLAM.
Asalamualaikum
Tok Syeikh, jika ada pujian dalam komentar saya diatas hanyalah bagi Allah swt yang mencipta hambanya. Saya cuma menyatakan yang seadanya, saya harap Tok Syeikh dapat menilai keikhlasan saya. Dan seharusnyalah kita sebagai hamba Allah swt meninggalkan dakwi, dan itulah baru sifat hamba Allah yang terpuji (mahmudah). Allah swt itu berhak dipuji supaya sifat Rahman dan RahimNya yang ada pada Tok Syeikh dapat merahmati kita semua. Dan saya adalah orang yang pertama menegur jika Tok Syeikh melakukan kesilapan, dan saya memohon maaf jika saya bersalah.
Kehadiran penggunjung setiap hari untuk menggikuti kuliah komentar Tok Syeikh diweblog ini adalah ramai. Kehadiran dan kesetiaan mereka ini dapat kita perhatikan menerusi rangking weblog ini dengan, sila klik di sini > http://botd.wordpress.com/?lang=ms , mereka yang setia itu saya lihat termasuklah Miss Tique yang benci tapi rindu. Saya sering memerhatikan bilangan penggunjung disetiap majlis, tak guna kita bercakap jika tiada orang yang ingin mendengari. Jika orang berdakwah pun perlu ada pendengar. Hanya Tok Guru gila sahaja yang berucap seorang diri di masjid. Saya rasa ToK Syeikh tak perlulah lagi memberi komentar di halaman ini jika tidak ada orang yang ingin megunjunginya. Tapi keadaan yang berlaku adalah sebaliknya, pengunjung melayari weblog ini setiap hari untuk membaca komentar Tok Syeik yang terbaru. Peringatan ini saya beri supaya Tok Syeikh menulis komentar setiap hari. Kebajikan yang Tok Syeikh lakukan ini adalah umpama mengajar beratus ratus orang setiap hari. Jika ToK Syeikh tidak menulis komentar di halaman ini dalam satu hari bermakna Tok Syeikh telah menghampakan beratus orang yang mengunjungi
halan ini untuk membaca komentar Tok Syeikh, bayangkan lah dosanya. Peringatan ini saya beritahu Tok Syeikh supaya sama turut berdosa kerana tidak memberitahu keadaan ini kepada Tok Syeikh.
wasalam.
Asalammualaikum Karimon !!Dalam kita beribadat kita mesti mengikut petunjuk dari rasullullah saw.Zikir 33 ini nabi saw ajar kan kepada puteri nya Saidatina Fatimah, jadi dari Fatimah lah di ambil zikir 33 kali ini.Ada juga para sahabat yang nabi saw ajar tentang 33 kali ini.Kalau anda nak tau kena jumpa saya rahsia nya.Untuk zikir 99 ini diambil dari Asmaul husna iaitu 99 nama ALLAH.Tetapi zikir 33 dan 99 ini adalah zikir asas, dan paling sedikit, dan kalau ini pun tak terbuat…masyaallah, bagaimana nak di buat yang ribu ribu sehari.Setiap amalan mestilah bersandar kepada NAS, NAS ialah AL QURAN dan AL HADITH.Dalam hadith nabi saw , katanya ‘Barang siapa yang mengada ada(bidaah) yang lain dari ku, akan tertolak’ dan dalam satu hadith lagi, kata nabi saw ,kata nya,’ Api neraka itu lebih baik dari bidaah’.Jadi dalam bab ibadat kita kena ikut kata rasullullah…kerana zikir 33 kali adalah asas ibadat zikir, dan kalau kita nak buat banyak mana pun tidak salah kerana nabi saw tidak melarang, cuma kata nya berpada pada !!!!!Kalau kita tak buat pun tak apa, tidak menjatuh kan sesaorang keluar islam.Kerana bab zikir hanya lah Sunat.Kita juga harus ingat KATA ALLAH..’”ORANG BERZIKIR ITU HATI NYA TENANG”. Ayat ini lah yang menjadi kan kita berebut rebut nak berzikir bertambah tambah lagi saya sebagai seorang TABIB ISLAM, hubungan dengan ALLAH ini mesti lah paling dekat !!!Itu sebab nya bagi diri saya!!!SOLAT WITIR ITU WAJIB DAN ZIKIR PALING KURANG 1000 KALI SEHARI.Tapi untuk anda jangan ikut saya kalau anda tidak ada guru dan kalau mahu datang jumpa saya.!!!..WASALLAM.
Untuk Karimon !!! Dewa dalam pemahaman melayu adalah satu bentuk makhluk yang diam nya di kayangan (langit).Memang ada sebelum RASULLULAH saw lahir. Gulungan ini (DEWA)inilah yang mencuri rahsia ALLAH, dan memberi kepada ahli sihir.Setelah lahir nya Rasululah saw, ALLAH SEAL(TUTUP) langit dunia dengan Surah AL hadid(surah besi). Dan berita yang datang dari ALLAH ke NABI SAW, tidak dapat mereka curi lagi !!!Dewa tergulung dalam specis ..JIN BERSAYAP/BOLIH TERBANG.Gulungan ini banyak yang islam dan ada orang melayu memanggil gulungan ini BUNIAN TARAF TINGGI.Dan memang betul kerana Rasululah pernah berdakwah kepada gulungan ini dan ada yang bertaraf ULAMA.Sekarang gulungan ini tidak dapat terbang melepasi langit dunia…Untuk pengetahuan semua JIN BERSAYAP paling handal dari segala jin…dan IFRIT termasuk dalam gulungan ini, cuma IFRIT biasa nya KAFIR.
Asalamualaikum
Dengan izin, pada pandangan saya amal ibadat kita menyembah tuhan adalah berkembang menurut perkembangangan rohanian kita. Pada peringkat permulaan kita mungkin perlu berkira dalam amalan ibadat kepada tuhan, buat sekian dapat sekian dan kalau boleh dapat bonos lagi baik. Dan amal ibadat kita diperingkat permulaan mungkin untuk memperolehi syurga dan menjauhkan neraka.
Di suatu peringkat amal ibadat kita kepada tuhan mungkin bukan kerana syurga atau neraka, tapi mungkin kerana kaseh sayang, diperingkat ini mungkin kita telah kurang berkira, kerana kaseh dan sayang itu tidak terkira.
Diperingkat amal ibadat kita berjiwa hamba kita mungkin tidak lagi berkira dengan tuhan, kerana seorang hamba tidak layak lagi memperolehi apa apa, ketika itu kita mungkin telah kehilangan kira kira.
Jika amal ibadat kita pada tuhan tidak berubah, amal ibadat kita ketika berumur lima puloh tahun sama seperti ketika berumur sepuloh tahun dulu. Keadaan ini samalah seperti setelah tua kita maseh memakai sepatu ketika kanak kanak, keadan ini sudah tentu membuat kita tidak boleh berjalan lurus.
Segala amalan, keimanan dan ilmu kita seharusnya bertambah dari masa kesemasa. Sebagai contoh jika wang, beras, gula dan minyak kenderaan yang kita miliki jika tidak di tambah bukan sekada berkurangan malahan akan habis. Begitulah juga dengan amalan, ilmu dan iman.
Ganjaran amalan yang diperolehi kita adalah berbeza beza munurut kelayakannya, sebagai contoh amalan mereka yang telah berkahwin dengan yang belum berkahwin adalah berbeza ganjarannya. Sama seperti ganjaran yang kita perolehi didunia menurut kelayakan masing masing.
Begitu juga tahap dosa kita kepada tuhan, peringkat pertama mungkin berdosa melakukan maksiat, peringkat kedua merangkumi dosa batin seperti sombong, riak dan sebagainya, peringkat ketiga merangkumi jika hati kita lalai mengigati Allah swt walau pun sedetik dan peringkat seterusnya mungkin perlu sentiasa berhadap dengan Allah swt. Kata mereka Allah swt ini pandang tak jemu, iyakah Tok Syeikh ?.
Begitulah pandangan saya lebih kurang atau kira kira. Dan pantun saya untuk Tok Syek dan semua pelayar sekelian;
Lama sudah tidak ke bendang
tinggi rumput dari jagung
jika lama tidak ku pandang
hati beramuk dengan jantung.
wasalam.
Kepada saudara Karimun saya rasa ada baiknya jika susunan urutan komentar di weblog ini menurut susunannya supaya tidak mengelirukan pengunjung. Dan setiap benda itu adalah afdal menurut tertibnya.
Terima kaseh salam hormat.
Asallammualaikum Semua !!!Kita sambung dalam ; BAB BADI.
APA KAH DIA BADI ??
Badi ialah satu gangguan syaitan yang terdapat dan berlaku dikalangan kita.Dia nya hampir sama dengan SAMPOK SYAITAN tetapi lebih kuat sedikit dari sampok.Biasa berlaku jika sesaorang itu berburu dan dari orang mati terbunoh.
KETEGORI BADI
1.BADI BINATANG BURUAN
2.BADI MAYAT.
1. BADI BINATANG BURUAN.
Binatang liar pada hakikat nya ada penjaga mereka sendiri.Walaupun begitu kekadang kita bila berburu terlalu syok dan terus menembak binatang itu.Binatang seperti rusa,kijang,pelanduk,burung wak wak dan ayam hutan memang kuat badi nya.Selain itu binatang seperti kucing,anjing,ular dll kuat juga badi nya, tetapi tidak lah sekuat 5 jenis yang liar tadi.Dalam 5 jenis yang liar itu yang paling kuat badi nya ialah ayam hutan,rusa,kijang,burung wak wak dan pelanduk.Memang ada yang terkorban semasa berburu bila berburu binatang tersebut.Kalau pun tidak terkena si pemburu, kekadang keluarga pemburu yang terkena badi.Ayam Hutan yang paling kuat badi kerana dia di ternak konon nya olih BUNIAN,diikuti rusa,kijang dan pelanduk.Burung wak wak penjaga nya dikatakan Hantu Tinggi..wallah hu….Selain binatang tadi kucing,anjing dan ular juga berbadi.3 binatang ini memang kekadang jin yang menyamar.Dalam hadith telah di sebut,JIN YANG BERSAYAP,JIN YANG BERUPA KUCING,ULAR,ANJING DAN HARIMAU DAN JIN YANG BOLIH MENUKAR WAJAH.Itu sebab nya kalau kita membunoh kucing, tanpa kita sedari kita telah membunoh seorang JIN,lalu keluarga nya menuntut bela.Pada pengalaman saya dan dari guru saya, jika kita melihat ular yang jalan nya lurus,tidak bengkang bengkok, jangan di bunoh kerana itu adalah JIN,kalau terbunoh juga…kapan kan seperti mayat dan gali lubang serta kebumikan.Jika tidak malam nanti pasti keluarga nya menuntut bela.Kalau kita kebumikan seperti diatas, keluarga nya tidak menuntut kerana itu perjanjian antara RASULLULAH dengan JIN, pada zaman dahulu iaitu jika manusia tersilap bunuh semasa penyamaran jin berupa ular, kita tidak ada dakwa dakwi dari keluarga JIN.Para JIN meminta pada NABI saw, supaya kita mengkapan kan JIN yang telah mati itu.Nabi saw bersetuju dan itu sebab kita diperintah kan buat seperti yang saya sebut kan.Kalau ular biasa yang berbisa sunat kita membunoh
nya.Begitu juga kucing dan anjing,kita juga kena berhati hati, PETUA SAYA, senang saja,kalau binatang ini bersalah,seperti mengigit kita atau anak kita wajib, di bunoh kerana merbahaya.
2.BADI MAYAT
Badi mayat di percayai konon nya pada mayat yang mati terbunoh samaada kemalangan jalan raya atau terbunoh akibat di bunoh.Kes ini paling banyak saya rawat yang melibat kan ANGGOTA POLIS.Memang sudah menjadi tugas polis menggangkat mayat mayat ini.Jadi mereka lah orang pertama yang kena badi mayat.Kesian kat polis dah bau mayat…aduuh..busuk nya…kena lak badi mayat.Jangan susah hati tuk tuk polis, kalau kena badi mayat, jumpa saya INSYALLAH, saya uabat kan.!!!
TANDA TANDA KENA BADI
1.Badan terasa nak demam
2.Hilang selera makan, kalau makan muntah.
3.Mimpi menakut kan
4.Meracau kalau dah teruk
5.Tidak bolih tidur malam
6.Berat badan turun mendadak…doktor kata tiada sakit.
7.Berkokok seperti ayam..kes ini saya jumpa semasa saya baru belajar nak tambah ilmu semasa menuntut dengan guru saya di BENTONG,PAHANG.
Kalau ada yang terkena badi binatang atau mayat dan ada tanda seperti diatas,jangan berlengah lagi berubat segera.Badi bolih membawa kematian kerana akhir nya pesakit akan mengidap penyakit murung atau separoh gila.Banyak peristiwa bunoh diri dan membunoh orang berlaku dari kalangan penyakit murung ini.RISIKO BADI ini bukan hanya pada anggota polis malah pekerja hospital..spt doktor,jururawat dan tentera pernah saya ubat kan.Dalam kes badi binatang buruan, badi ayam hutan lah paling ramai saya ubat kan…Berhati hati berburu bib,silap langkah anda kecundang, yang tak syok tu anak dan isteri yang tak bersalah pun terlibat kena badi !!!wasallam.
Asalamualaikum
Telah diriwayatkan dari Siti Aishah rha. bahwa ia telah berkata :
“Ketika aku sedang menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum dari tanganku, kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah SAW. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, “Ya Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?” Jawab Rasulullah SAW: “Orang yang bakhil.” Aku bertanya lagi: “Siapakah orang yang bakhil itu?” Jawab baginda : “Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap shalawat ke atasku.”
BERDOA
Berkata Al-Barra’ ra. bahwa Nabi SAW. bersabda:
“Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) dari langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan shalawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad. ”
Nampaknya Tok Syeikh, saya puji pun dia tak suka, kita tanya pun tak berjawab, kita berpantun pun dah tak berbalas. Pengommentar yang tegar pun sudah tak mahu berkomentar lagi. Mungkin mereka tidak suka cara saya menegor dan berkomentar di weblog ini. Sebelum pengunjung weblog ini turut tidak mengunjungi weblog ini kerana tidak suka gaya saya berkomentar ada baiknya jika saya terlebih dahulu menggundur diri. Sebelum berundur izinkan saya berpantun.
Hendak hujan hujanlah hari
biar basah baju sendiri
jika marahnya hingga begini
biar saya membawa diri.
Segala kesalahan dan kebiadapan saya berkomentar diweblog ini saya mohon ribuan ampun dan kemaafan.
Terima kaseh salam hormat.
Assalamualaikum Para Penatap Karimon’s Blog yang dikasihi dan Dirahmati Allah…
Apa dah jadi ni???..Inilah yang dikatakan..Banyak Bercakap Banyak Buat Silap..bila dah banyak buat silap Pengemar Blog ni pun dah naik menyampah nak baca dan apa tah lagi nak beri Komen..
Rata-rata pengemar Blog yang tegar ini adalah orang-orang muda yang mahu menimba serba sedikit Ilmu pengetahuan dimana Sebilangan besarnya meneruskannya dengan Berguru dalam Bidang Masing-masing..Pengemar Tegar Blog ini lebih mengemari Komen yang Pendek, Ringkas serta padat dan bak kata orang, catatan yang lebih telus dan mereka memahaminya..Ramai para sahabat tidak mahu membaca Komentar yang begitu panjang dan agak membosankan..”ayat-ayat yang sedia ada kat dalam Buku”..peminat Blog tegar ini lebih kepada point-point yang tepat, walau pun seperti ayat SMS..mereka lebih faham, maklumlah dunia serba ringkas dan cepat..mana ada masa nak bercekerama lagi zaman ni..kalau setakat nak sampaikan hadis ke..ayat dalam Al-quran ke…selebihnya pemberi komen akan berkata..Lu Cari Sendiri la..takkan nak suap kot..kalau disuap nanti..kalau kita kata terjun gaung pun dia terjun nanti..
Untuk Pengetahuan Saudara Pengasas, Ramai yang Komplen..kata..kenapa Komen Panjang sangat..Boring kami nak baca..dah la ada yang kami tak faham..sampai Misstique pun Call..kata ada komentar yang berbalas pantun bab Perjanjian Hidup..”Dunia ini hanya Pinjaman..kata Misstique…tetapi jawab Pemberi komen tersebut”’Mana Perjanjiannya??…tetapi Misstique tak membalas Pantun tersebut..katanya..Perjanjian tersebut hanya diketahui bila dah mampos nanti…Tu Kata dia la..saya cuma memberi tahu jer sebab Dia Call saya.katanya lagi..Perjanjian tersebut adalah ketika di Luh Mahfuz..macam mana la nak Ingat..Sapa yang Boleh Ingat tu, Tak tahu la nak masuk dalam Kategori apa…Bukti Perjanjian tersebut setahu saya adalah ketika di Masyar nanti..kalau turunnya sebelah kanan ok la tu..kalau turunnya sebelah Kiri..Jawab sendiri la dengan Amalnya..Huiyooo..Azab…
Pada Pendapat saya, jika dah boleh bercerita bab yang tidak dapat dijangkau dek Akal..dah Kira Bagus..tetapi jika hatinya tak betul lagi..kira baru masuk skolah tadika la…Astrgfirullah’hal’azim..
Wassalam…
Walaikum mussalam Wali Kudus !!!Komen yang begini lah yang bagus,tepat dan tak lari tajuk!!Kalau tajuk ini P.T VS P.M,Kita kenal jawap bab perubatan lah jangan pula bab SELAWAT.Jangan bercampor aduk, nanti pembaca MABUK TODI, walau pun tak minum todi.Kalau bab KHADAM, jawap lah bab khadam,dari mana datang nya,kawin ker,apa makanan nya, aleh aleh..bab NUR pulak, bukan kepala pembaca blog yang pening ??kepala aku pun pening !!kalau kepala bawah yang pening tak apa, aku ada ubat nya !!kalau kepala atas yang pening, masaalah juga kerana banyak hal yang nak di selesaikan menggunakan kepala atas !!!Kalau nak jawap, jawap lah biar betul, jangan merewang rewang, bertambah lagi tak betul !!!KALAU SAYA BUKAN KAWAN KARIMON, DAH LAMA SAYA LARI KERANA BLOG NYA DAH JADI TONG SAMPAH!!!!!Ibarat tong sampah, kalau kita nak cari, kalau kalau ada yang bolih pakai, kita kena kumbah satu tong, dan pilih yang mana bolih di pakai lagi, dan baru lah kita ambil !!!Saya sebenar nya cukup sayang dengan Blog Karimon ini, sebelum saya memberi komen,saya baca dulu pendapat dan isi isi yang di komen,ada kah betul atau tidak !!!Tetapi kalau masa sekarang ini,saat ini,masa ini….Blog Karimon dah macam ROJAK MAMAK ???Tajuk nya bagus tetapi isi nya dah ke AFRICA…kita tanya bab AFRIKA, dia lari ke GUNUNG, tanya lak ke GUNUNG, dia lari kat CHINA, tanya lak kat CHINA kena marah, SAMPAI SAMPAI DEWA TEMPOR PUN TAKUT NAK BERTEMPOR,saya kesian tenguk budak ni !!!pertanyaan nya bagus, sebenar nya !!!Kekadang bila kita dah belajar benda tu, kita lupa juga dan ambil masa nak jawap sebab RUKUN 13 SOLAT tu rukun asas, manalah nak ingat lagi !!!Kena saya cari balik dan ingat kan, baru saya tulis !!!Saya tulis pula bukan ikut BUKU, tapi ikut pemahaman saya, supaya pembaca senang faham.Baru nak buka komputer dah perang sabil !!!!JANGAN LAH KITA SETITIK MEROSAK KAN SUSU SATU KOLAM….SAYANG SUSU TU TAK BOLIH MAKAN LAGI !!!NILA MANA BOLIH MAKAN,…NILA BERACUN…NANTI KALAU 100,000 ORANG MAKAN TAK CUKUP LAK TANJUNG RAMBUTAN….FIKIR FIKIR KAN !!!GILA GILA SAYA PUN TAK LAH SAMPAI KE TANJUNG RAMBUTAN…KERANA GILA SAYA, GILA KAT ALLAH..WASALLAM.
Salam Sejahtera Tok Sheikh, Para Pengemar Karimon’s Blog yang tegar Moga sentiasa digenangi dengan Rahmat Allah..
Kalau kat Tanjung Rambutan ada Buah Rambutan, Boleh gak dimakan kalau dah cukup masak..ni kena makan masa buah tu masih hijau lagi..kelat la Tok Sheikh..saya baru nak berkongsi Pengalaman dengan Dewa Tempor serta Rahimi Rahman..tetapi disebabkan Racun Setitik habis sekampung..
Selama dalam saya berkongsi Ilmu Pengetahuan dan menimbanya kembali dari Dalam KARIMON’S Blog ni, ramai yang berpengetahuan Luas dalam Bidang Masing-masing cukup ramai pemberi Komen yang baik-baik, lebih-lebih lagi dalam Komen BAB GELIGA LIPAN dan berbagai bab yang diutarakan oleh saudara Pengasas..Tah apabila jer Pengasas mula membuat Unjuran Bab Teras Larak Salah..tetiba ajer pemberi Komen yang jauh tersasar kelaut mambang telah dibuat dalam Bab tersebut..terbantut seketika selera pengemarnya..pada ketika itu..saya sangkakan Pemberi komen tersebut tak pakai cermin mata kot..takpe lah..mungkin pada ketika itu pengasas ingatkan..ahh…ni pemberi komen level tadika ni..baru masuk..biasa la tersesat..kira ok la lagi..tapi tah lama-kelamaan..dah lari dari asas yang sepatutnya dibicarakan tentang perihal pokok pangkal asasnya tentang Rahsia Alam Semulajadi dan Mistik..mula-mula kita layan lah..rupanya..dah bertukau jadi skolah pondok la pulak..Rupanya dari Tok Moh dah betukau jadi otromen tembak sana dan sini…pakai peluru pinjam lak tu…kalu sedas dua kira ok la lagi..tapi ni dah Sekapal Periuk api datangnya..tetapi otromen tu bila kena tembak ngan Getah ikat bungkus roti canai..mak aii…kesemua pembaca tegar dalam blog ni habis di Otromenkannya…mana lah tak cabut lari pegi semuanya..mana tak..Kalau dulu para peminat mistik menjadikan Karimon’s Blog ni tempat mendapatkan Maklumat tentang sesuatu barangan yang mereka miliki..sekarang ni..depa kata..maklumat camni kat TV9 ngan TV3 pun ada….kat radio sinar pun banyak..tak caya tanya SY,Krill dan K.E..
Beginilah lumrah Manusia Tok Sheikh..kita ni masih Muda Mentah lagi, berkata-kata pun tulis stail SMS jer..tetapi tulis stail tu la lagi orang paham..tetapi ada yang tak Faham-Faham..Kata orang tua-tua yang dah Meninggal Dunia..”Ekau tak reti baca ker”..tah la..
Kesian Blog ni..Harapan Pengasas nak jadikan Blog ni tempat Berkongsi Maklumat..tetapi dah bertukar menjadi Medan Perang Nazi..stail Hitler..sapa masuk Gua pancung..sampai Pengasas pun kena Pancung..kah..kah..kah…
Walau bagaimana pun, Para Peminat Tegar pasti tetap setia dengan Karimon’s Blog disebabkan Pengasasnya yang berwibawa serta sentiasa memenangkan Penatap yang ramai..Kalau Dek kerana Setitik Nila, susu sebelanga tak leh pakai..Pengasas pun tahu..tak payah pakai susu tu..tukau jer dengan susu yang baru..fresh lagi…buang yang nila ambil yang susu…barulah Penatap setia Blog ini mahu mencurahkan apa yang terpendam selama ini..Bila nak bercerita pasal Bab Ilmu Ketuhanan dan Hadis yang bersangkutan dengan sesuatu barangan mistik dan berkhasiat..saya rasa Pasti..Setiap Komen atas setiap Bab yang diunjurkan ada diselitkan Bab Ketuhanan, Hadis, Sunnah dan Berbagai lagi dalam Bentuk yang lebih mudah difahami..kalau cerita pangjang berjela siap dengan Nahunya pun tetapi sia-sia belaka,…nak buat apa…Gila Kuasa ker???
Astargfirullah’hal’azim…
Maafkan saya Tok Sheikh..Tengah mabuk lagi ni termakan habuk teras kayu…Masih buat tasbih ..baru siap sket jer…InsyaAllah..siap jer nanti..jeng-jeng-jeng..apa lagi..kasi Dzikrullah la….InsyaAllah….
Wassalam..
Asalamualaikum
Dengan izin, inilah wajah kalian semua telah telanjang di Karimon blog’s,. Saya yakin pelayar Karimon blog’ dapat menilaikan pendirian, keberanian dan kebijaksanaan kita.. Perlu saya tegaskan lidah jangan bercabang ketika berkomentar kerana ia dirakamkan sehingga ke anak cucu’
wasalam.
Salam Sejahtera Para Sahabat, Penatap yang setia..moga sentiasa dalam Rahmat Allah…
Wajah yang ditelanjangi adalah lebih baik daripada wajah yang berupa-rupa..ini kerana wajah yang ditelanjangi lebih dikenali daripada yang berupa-rupa ataupun yang cuba menyerupai..wajahnya yang sebenar tiada dek kerana topeng yang dipinjamkannya…tetapi..wajahnya selalu dipalingkannya..sedangkan wajah-wajah yang ditelanjangi sentiasa digenangi dengan Air mata..tiada malunya dek kerana mengetahui akan, bahwasanya Yang Maha Mengetahui melihat akan wajah-wajah yang ditelanjangi dengan Kebenaran…Wajah yang menyerupai sentiasa mencampur adukkan yang bersih dengan yang kotor..jadi, yang bersih dah tak tahu yang mana kotor dan disebaliknya..padanya kotor dan bersih sama sahaja..
Astargfirullah’hal’azim…
Asalamualaikum
Saudara Waliqudus, anda mestilah bertanggungjawab dengan gelaran yang anda miliki. Jangan dipersendakan gelaran tersebut nanti buruk padahnya.
Saya telah mohon maaf, saya telah mohon mengundur diri, saya telah memberi laluan kembali dan apa lagi yang anda kehendaki ?.
Kenapa dulu anda puji saya melambung dan sekarang mengkeji semaunya pula, apa nama yang anda pilih dan ucapan saudara anda sekadar mainan berlaka.
minat pengunjung terhadap weblog ini boleh kita kesan menerusi statistik, kita lihatlah nanti bersama, jika meningkat Alhamdulillah jika menurun kita perlu meningkatkan prestasinya.
Jika anda mengutuk saya bermakna anda mengutuk diri sendiri, saya harap anda jangan berkelakuan macam kanak kanak dan membuang masa hanya mengutuk saya diweblog ini kerana penonton sedang memerhatikan gelagat anda. Jika saya tak baik anda mestilah pula menunjukan tauladan yang baik diweblog ini.
wasalam’
Salam Sejahtera kepada Pengunjung Tegar Karimon’s Blog yang dirahmati Allah…
Ape ke bendenya yang masih tidak difahami oleh pemberi Komentar yang masih baru ini, telah berbuih kami memberitahu yang Karimon’s Blog ini dibina bukan untuk meraih Statistik dan populariti, dasar Blog ini dibina untuk berkongsi Maklumat TENTANG RAHSIA ALAM YANG MISTIK DAN PERKARA YANG BERSENTUHAN..
dah terang-terang dikatakan,..Saudara yang memberi komentar telah jauh tersasar dari apa yang kami kongsikan dalam Tajuk Entri-Entri yang dibuat sehinggakan ramai yang dah naik menyampah dengan (Sendiri Faham la) ..kami tegur secara baik..tetapi tak nak terima..Kalau nak berundur..berundur lah..tetapi ni bukan lagi berundur..dah terlajak sampai gear Rosak…
Kami disini tidak suka menuding..tetapi pada kami, Segala Puji hanya bagi Allah, Keburukkan sedia ada pada Manusia..So kita ni hanya mencari jalan yang diredhai..tetapi tidak perlulah membuat catatan yang lari jauh dari tajuk..
Saya hanya hormati dan bukan memuji..tetapi bila dah tak kena dengan apa yang dikongsi..maka teguran kami bagi..ni sampai dah melalut kelaut peginya….apa cerita???
Saya telah lama berblog dilaman ini..ramai yang telah tahu..dan kami tidak lari dari tajuk dan kami sentiasa meminta maaf kepada Pemberi Komen tegar yang lain jika kami membuat kesilapan dan kami tidak tuding-menuding kerana menjaga keharmonian sesama..
Saya bertanggung jawab dengan nama/kata-kata dan apa jua yang berkaitan dengan penulisan saya..hanya Allah lebih Mengetahui dan memahaminya..Siapa KAMU nak Menghukum orang.
Tiada Sesiapa yang akan menceritakan tentang Perjalanan Kerohaniannya..kerana itu adalah Rahsia antara dirinya dan Allah. Sekiranya diceritakan, ianya dibimbangi akan menjadi Fitnah dan melarikan Pegangan Akidah orang-orang yang tidak memahaminya , itulah sebabnya kami tidak mahu membicarakan Bab yang bersangkutan dengannya..saya percaya..ramai lagi yang lebih terer dan ayat Power..tetapi mereka…mendiamkan diri mereka….ibarat kata..Si Samurai yang menyimpan pedangnya..tetapi..Pedangnya adalah Lidah mereka sendiri yang cukup tajam dan berbisa…
Pesan Arwah Embah saya..JANGAN HANYA PANDAI CAKAP…TAPI TAK BUAT..Pesan Saya pula (Belum Lagi Arwah)…Nak Buat Catatan biarlah bertempat..jangan sampai tak cukup tempat…Kami berempat bukan Merempat..Emapat kami adalah Syariat, Tarikat, Hakikat, Yang Makrifatullah kepada Yang Bersyarat…Mengikut Syariat..dah la tu..Sekian..Wassalam
Asalam mualaikum Tok Wali dan Karimon juga yang lain !!!!Tok Wali jangan cerita bab Kayu Larak Salah lagi kerana kayu ini lah yang membuat kan saya serba salah !!!Dalam bab ini saya di hina dan dicaci BODOH,BUTA SERVER,LEBIH KUAH DARI SUDU DAN MEMANGGIL SAYA TOK CIH???.Saya memang di train supaya menerima seada nya, 7 bulan saya di train di PULADA JOHOR, jadi kata kata begitu, seperti angin lalu walau pun singgah sebentar ditelinga untuk saya ingat.Sebenar nya Tok Wali,CACIAN ITU SAYA SIMPAN DALAM KOMPUTER SAYA.Dan menunggu masa saja ,saya nak hantar PELURU BERPANDU.Memang kita bolih memaaf kan tetapi hati kena ingat dan berhati hati.Tapi anda pula yang hantar SCUD,tapi nasihat saya SCUD tidak berapa berkesan,hantar kan AGNI buatan INDIA,kerana SCUD tidak ada nukliar,peluru berpandu AGNI ada nukliar, biar punah segala nya !!!AGNI juga bermakna API SUCI.Betul kata MISS TIQUE satu jari kita tunjuk orang bersalah,empat jari menunjuk kita bersalah !!!Tetapi kalau lah ANDA KENA MACAM SAYA, SAYA FIKIR BERAPA PUNYA SUMPAH YANG KELUAR AGAK NYA….Walau pun begitu JANGAN KITA FIKIR DI AIR YANG TENANG TIADA BUAYA !!!!Dan bagi saya semua itu cubaan dari ALLAH kepada saya..ALHAMDULLILAH.
akum n salam perkenalan kepada semua pengunjung blog ini ..,,
pertama kali saya hadir memberikan komen . berasal dari sp, kedah . n berubat jika termampu . saya sudah lama mengikuti perkembangan karimon blog ini . dan hampir 2 tahun . di mana di awal penciptaan blog ini oleh pengasas tiada respon dalam karya yg diciptakan beliau . ttp hadir seorg hamba ALLAH , bernama neo iskandar yg memberikan komen yg membt saya sering nantikan komen dr beliau samada melibatkan barangan mahupun topik .dan beliau peka dalam aspek penulisan n ketelitian dalam mengarang .
kemudian hadir saudara peter , yasir , joe labu .ttp mereka jarang memberikan komen yg boleh meningkatkan anjakan paradigma para pengunjung . kemudian hadir seorg hamba ALLAH , bernama waliqudus . yg sangat hebat jika topik berasaskan kayu . memberikan implikasi dalam penulisan serta kejujuran dalam penuh ketakwaan . jawapan bersahaja tp penuh bermakna .
seketika kemudian hadir , seorg dr melaka yg menggelarkan dirinya tok sheikh . penceritaan ttg ilmu ALLAH n pengalaman dalam hidup dalam menempuh hidup sebagai perawat ISLAM harus dijadikan ikon dalam memperlihatkan keperibadiaan seseorg . jawapan bersahaja n lawak jenaka dalam setiap topik dibicarakan .
kemudian hadir seorg ahli tarikat yg menggelar dirinya 18sx @ pakcikli00 . hadir dgn penuh kontroversi . membt ramai pengunjung tertanya akan ketinggian ilmu , keperibadian serta riak n takbur dalam berbicara . sering lari dalam tajuk diperbincangan . membt saya sendiri muak jika beliau yg memberikan komen . n sanggup saya tgk komen dr org lain daripada beliau .
saya dah berumur 77 tahun . dan tidak memakai sebarang kaca mata walaupun sudah melewati usia .ttp ilmu ALLAH ini luas . tp jangan la terpesong . anda membt ramai pengunjung muak dgn komen anda . tp kalu org utara kira jenis xmakan saman . ye lah belajar tinggi dalam ilmu n kemudian bukak laman web berunsurkan seks . adakah ini suatu ikon yg boleh kita teladani …??
kadang kala xdapat menerima teguran n kritikan utk maju ke depan . mungkin kerana dah belajar tinggi sangat kain putih sampai beli 7meter . mungkin keegoaan anda sangat tinggi melibihi kain yg tersarung pd kepala anda . xsalah memberi teguran ttp harus tahu sempadan anda .
ramai pengkomen tegar seperti saudara waliqudus , tok sheikh dan mistique serta saudara pengasas memberikan komen dalam perkongsian ilmu . n kadangkala hadir lawak jenaka untuk menceriakan suasana . bila engkau komen je , ada unsur ttg konek jer . xda benda lain ker .
munkin ini suatu gimik yg cuba disuarakan pakcikli00 dalam mempromotekan diri . wallahualam . jika saya masih muda n bertenaga , saya lebih suka belajar ilmu dgn tok sheikh berbanding dengan pakcikli00 . kerana kuatir amalan saya akan terpesong dek dosa . ttp sekarang sudah tua . sedang baca cara untuk pulang . kita dah tua . harus tahu batasan kita . marilah belajar jalan pulang .
pengemblengan komentar dari saudara tok sheikh , waliqudus , neo iskandar serta saudara pengasas adalah pemangkin kepada bilangan pengunjung yg melewati blog ini . memberikan komen yg berasas serta ralevan utk perkongsian bersama pengunjung di blog ini . hidupkan kembali blog ini . kami mahukan seperti sediakala . bukan komen ttg konek semata2 . xada rasa malu ker seorg ahli tarikat membicarakan ttg konek jer . bt malu jer .
2je la komen dr tok hitam .
Waaliakumusalam Tok Hitam,saya juga sering juga dulu ke SP,Kedah melawat teman saya Pak Su di Kuala Muda.Sebenarnya diawal saya mengujudkan blog ini adalah untuk membicarakan hal2 mistik yang sering diperkatakan orang.Di blog ini saya selitkan gambar benda2 mistik untuk tatapan pengunjung dan berharap mereka akan memberi sedikit komen mengenainya kerana lain orang lain pula pendapatnya dan pendapat itu tidak semestinya betul dan salah maka pertimbangan akal dan logik perlu disertakan bersama.Faedahnya pula ramai yang mendapat manfaat darinya,dari tidak kenal sesuatu dapat mengenal dan bagi yang telah mengenal barang itu dapat menambahkan lagi pengetahuan mereka.
Saya mengadakan blog ini juga adalah untuk saya lebih memahami alam mistik dan barang mistik dengan cara ini saya mendapat ilmu pengetahuan yang baharu buat diri saya.Seperti yang pernah saya katakan dari blog ini jugalah saya mendapat ramai kenalan yang baru dan hari ini saja 1.3.2010 saya mendapat 6 kenalan baru dari Terengganu,Pahang,Rawang dan Tanjung Karang.Alhamudulillah semuga blog saya ini akan mendapat perhatian dari teman2 saya yang lama dan baharu.wassalam
Asalam mualaikum semua !!Kita sambung lagi dalam :BAB KAYAP
Apa dia Kayap.
Kayap satu jenis penyakit kulit yang semacam kudis buta.Kayap juga mengelembung dan mengeluar kan air yang bisa dan ngilu.
Jenis Jenis Kayap
1.Kayap selendang
2.Kayap Angin
3.Kayap Api
4.Kayap Air
5.Kayap Badak
6.Kayap Gajah
7.Kayap Gatal
8.Kayap Kalap
9.Kayap Kepala Harimau
SEBAB SEBAB KAYAP
Kayap di sebab kan olih kulat yang menyerang pada bahagian pelipat kaki,tangan dan tempat lain.Biasa nya kayap dikait kan dengan amalan pemakanan harian dan kaadaan alam sekeliling.Biasa nya gangguan ini berlaku bolih menyebab kan kulit menjadi melecur,kulit bengkak dan mengeluar kan semacam bintik merah dan berair.Bahan pewarana yang di sedut juga bolih menyebab kan kayap.
Berbeza dengan penyakit kulit yang lain kayap cepat merebak.Serangan kayap biasa nya menyerupai kurap.Kayap jarang terjadi di celah kaki atau pun tangan.kadanga kala ia menjadi tompok merah,dalam beberapa hari pecah. Pesakit merasa panas seperti terkena api dan bisa.
Berbanding dengan penyakit kulit yang lain kayap pula mudah sembuh kalau kena ubat nya dengan izin ALLAH.Biasa nya pesakit kayap akan mencari perubatan tradisi kerana perubatan modern tidak berapa serasi.Sampai lain waktu..WASALLAM.
Waalaikumusalam Tok Sheikh,,orang dok sebut kayap ular tu apa ke bendanya?Dan juga dikatakan ianya bahaya dan boleh membawa maut betul ke?
Salam Sejahtera Para Penatap Tegar, Para sahabat yang dirahmati Allah..
Sewaktu Kecil dulu saya pernah diserang denga Penyakit yang dikatakan Kayap..dalam kategori Kayap Selendang..pada mulanya sangkaan saya ianya adalah bintik-bintik air gatal yang biasa..pada waktu itu saya tidak memperdulikannya..tetapi setiap hari ianya seperti bertebaran dan mula merisaukan saya..saya telah berjumpa dengan orang-orang tua serta menunjukkan kesan pada badan saya yang pada ketika itu tidak saya ketahui apakah ianya..ada la pula seorang tua yang menasihatkan saya agar pergi berjumpa dengan sinsei cina dan membeli sebotol ubat air yang berwarna oren cap ayam..tetapi katanya perlu dipecahkan bintik-bintik yang berair lalu menyapukan ubat tersebut..apa lagi..saya turutkanlah kata pakcik tu..bila letakkan jer ubat tu..mak oi…mengelupur kepedihan saya dibuatnya..tetapi alhamdulillah..elok la pulak tu..tetapi ianya meninggalkan kesan pada kulit…rupa-rupanya..ubat tu dah macam asid yang membunuh bakteria Kayap tersebut..memang mujarab…masa tu saya tak reti pakai daun gelenggang,,,
bagus info tok sheikh…mengharapkan info sebegini hendaknya untuk pengetahuan generasi muda khususnya macam saya..huhuuh…trima kasih tok sheikh kerana memberikan informasi berguna…teruskan tok sheikh….
Waalaikummussaalam semua !!!Haaa macam ni lah BEST ada pertanyaan !!ni bila orang tanya nak melenting jer, kena lah tenguk tanya macam mana ??Kayap Selendang dan kayap ulau adalah kayap yang sama,ianya memang bahaya jika bersambung !!Tatapi tahap bahaya nya belum lagi saya jumpa sebab yang datang jumpa saya, semua nya belum bersambung lagi.Agak nya dia orang pun takut MATI , AGAK NYA,tapi ALHAMDULILLAH saya rawat dan semboh !!!Daun gelenggang itu bolih guna tapi kalau orang ada alahan, tak bolih guna !!Nak tau!!!!! anda kena kayap selendang/ulau dulu dan datang rumah saya tau lah saya mengubat nya.Masa mengubat tu TOK WALI JANGAN KACAU KACAU TAKUT TAKUT SALAH BACA AYAT, LAIN SAKIT LAIN YANG BAIK….kah…kah…kah…wasallam.
Walaikum salam TOK HITAM!!!Segala anda cakap itu benar dan terima kasih kerana ingat kan kami !!!Saya memang seorang TABIB TRADISIONAL, dan dah lama berkecimpong dalm merawat orang.Dalam bab LTB LELAKI ini saya memang bolih ubat kan,pengalaman saya dalam penyakit ini LTB ini, banyak yang kena SIHIR..Ayam tak kuat kokok lah,kekadang kemaluan perempuan tak lubang..macam papan lah, kekadang ayam tengah nak kokok tapi bila tenguk padi..dah kiap..lentok.Banyak LTB LELAKI datang dari kena SIHIR.Bila sihir dibuang,hoooi ayam berkokok siang dan malam bib !!!Yang semula jadi pun ada tetapi YANG KEDI BETUL(KHUNSA)..bab ini ini memang payaaaah dan kalau baik pun makan masa lama kerana dia nya dari kecil lagi!!!!.Ada satu kes, satu pasangan berkawin, isteri nya DARA dah 3 tahun,suami tak sentuh sentuh kerana bila lihat isteri, dan raba raba..lubang tak ada !!!wahhh gawat ni,mana nak di tarok !!!Itulah suami nya malu nak berubat..nasib baik bapa mentua sporting, di tanya anak perempuan nya, kenapa tak mengandung lagi !!anak perempuan nya kata, macam mana nak mengandung !!saya ada lubang kencing jer!!!bapa perempuan,terperanjat lah..aii kau pun anu ada ker !!anak kata ada !!tapi suami saya kata tak der lubang!!Bapa nya kata ini sihir…dah..dah.. berubat!!!Di bawa pada guru saya dan waktu ada kat rumah guru saya !!guru saya suroh saya SCAN,dan saya cakap pada bapa perempuan dan suami nya,ADA LUBANG LAH BANG !!DIA NI KENA SIHIR!!!Hampir mengis suami perempuan itu, hampir hampir mereka nak bercerai,..Dan kami pun ubat kan dan hingga sekarang dah 3 anak,setahun seorang keluar !!!Kes ini berlaku pada tahun 2005.Walaupun ubat KUAT KOKOK .sekuat mana pun,kalau sihir ada tetap lentuk bib!!!!Dalam bab LTB INI SAMAADA LELAKI ATAU PEREMPAUN, SAYA KENA SCAN DULU, SAMAADA KERANA SIHIR ATAU URAT..lepas itu baru saya ubat.Itu sebab, dalam perubatan saya, saya scan yang berkaitan dengan SIHIR dulu dan tanya pesakit dah pergi hospital atau belum ???kalau doktor kata sihat…semua baik..TETAPI ANDA SAKIT, Haa baru jumpa saya !!!WASSLLAM.
assalamualaikum …,,
dah hampir seminggu xmenjenguk karimon blog kerana urusan peribadi . banyak propaganda n pergeseran dalam melibatkan ketidakpuas hatian segelintar pengunjung serta komentar utama blog ini . terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada tok hitam .
terlebih dahulu saya pohon sepuluh jari kemaafan kepada tok hitam n pengunjung setia blog ini . asal kewujudan blog ini bukan untuk mencari populariti ttp hanya membuang masa dalam memberi komen samada betui ke idak wallahualam . hentam sajalah . ttp ada segelintir pengunjung memberikan implikasi dalam komen yg telah berikan n hanya seorg memberikan lontaran negatif kepada saya . n saya akur akan diri saya yg masih mentah dalam ttg ilmu ALLAH . berbanding dgn sesetengah pengunjung yg mempunyai ilmu yg tinggi ttp kecik akal dalam bermuzakarah .
tujahan pendapat daripada komentar utama samada dr waliqudus , tok sheikh , mistique dan saudara karimon berkenaan memberikan maksud yg sama ttp perbezaan dalam hujah . ye la di kalangan mereka ini masih berhingus n masih mentah dan dipandang enteng berbanding umur yg menjangkau veteran .
tp pabila yg vateran si tok hitam dah bersuara , tujahan beliau walaupun keras ia padat n ringkas . memberikan info yg pedas kpd seseorang . kata org perak , jangan sampai tonggeng jubo ke langit . org utara mungkin tahu akan maksudnya . dah terasa lebih balik makan limau bali tambun banyak² dan pi berendam kat sunway lagoon di tambun merawat konek yg terluka dek kepedasan komentar lain serta tok hitam yg pedas dalam penghujahan .
munkin segelintir komentar beranggapan mereka kebal dalam bersuara n pengunjung tegar lain xberani menegur akan komen anda . ternyata anda silap . 1st time tok hitam bersuara , komen pedas beliau suarakan direct kepada pakcilklie .
berdasarkan perbualan saya dgn waliqudus , kami beranggapan tok hitam adalah otaimer yg setia kepada blog ini sejak awal blog ini dicipta n bersifat low profile . mempunyai sikap resam padi . semakin berisi n semakin menunduk . jika dah sampai ke tahap hanya ingin menetelaah buku jalan pulang bermakna ilmu sudah penuh di dada . jika ada masa , mungkin ada topik lain yg dapat tok hitam kongsikan bersama kami yg masih berhingus ni . kecuali sesetengah org masih lagi stim seselalu , kerana makan makjun sultan mahmud . wallahualam .
xpayah la saya komen lebih² kerana komentar lain dah beri hujahan . takut nanti jika saya mencoretkan lagi mungkin ada yg dapat penyakit stim berterusan . wallahualam .
jika salah informasi ku pohon sepuluh jari kemaafan . tq n wassalam .
Walaikum salam Areedeep !!Kayap itu nama nya kayap ayam atau kayap gatal, datang rumah saya !!!mana lak bolih nak rawat dalam blog ni !!!wasallam.
Asalammualaikum semua !!!KITA SAMBUNG DALAM BAB ::BARAH.
Punca BARAH tidak diketahui dengan tepat tetapi banyak dikait kan dengan:
1. Pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak.
2. Terdedah pada kimia tertentu dalam masa lama.
3. Serangan Virus HEPATITIS B.
4. Kesan sinaran X ray dan pengambilan ubat penahan sakit yang berlebihan.
CARA SEL BARAH BERKERJA >>Sel BARAH akan tumbuh membentuk kumpulan sel yang membengkak macam kudis dalam.Barah sebenar nya kudis dalam badan.Keracunan dari kudis ini akan masuk kedalam saluran darah dan merosakkan saluran darah.Barah bolih menyerang mana mana organ manusia secara cepat atau perlahan tanpa di sedari.Bila pesakit menyedari BARAH sudah peringkat bahaya.Paling baik kita merawat pada peringkat awal.
ORANG YANG BERISIKO TINGGI DI SERANG BARAH.
1. Amalan SEX rambang….Barah Pangkal Rahim.
2. Amalan SEX sejenis…pedang dengan pedang…tampok dengan tampok.
Kalau di perubatan moden pesakit Barah mungkin di bedah untuk membuang tisu yang rosak.Juga di gunakan sinaran X berkuasa tinggi.Walaupun begitu ini bergantung jenis barah itu sendiri.Dalam rawatan TRADISIONAL barah dikenali dengan nama di mana ianya terjadi.
JENIS PANGGILAN BARAH…UNTUK RAWATAN TRADISIONAL.
1. Barah Tulang
2. Barah Payu Dara….pembunoh wanita no 1..masakini.
3. Barah Pangkal Rahim..menyerang rahim wanita
4. Barah Kelelawar…biasa tumbuh di ketiak.
5. Barah Buah dada lelaki….biasa menyerang manusia 2 alam.
6. Barah Empang..biasa nya menyerang sendi sendi.
7. Barah Urat..menyerang urat nadi
8. Barah Kulit…INI JUGA DI PANGGIL KAYAP
9. Barah Gusi..menyerang gusi
10.Barah Darah atau LUKIMIA
11.Barah Paru Paru/kerongkong/mulut
Dalam rawatan tradisional, banyak herba yang bolih mengubati Barah seperti..tongkat ali,misai kucing,kacip fatimah,pokok sabung nyawa,pokok jarum 7 bilah, pokok kenerak dan banyak herba lagi…SAYANG SEKALI HERBA HERBA INI TIDAK DI IKTIRAF KERANA TIDAK STANDARD, OTAK KITA MASIH DI JAJAH OLIH YAHUDI. Semasa saya belajar dalam perubatan HOMEOPATY ada ubat nya,tetapi kurang galakan kerana dasar KKM kita tidak mengiktiraf perubatan ALTANATIF.
Zaman dahulu kita tidak mendengar datuk nenek kita kena BARAH KERANA APA ???AIR MINUMAN TIADA KLORIN,sayuran tanam sendiri..tiada racun !!!rokok daun nipah…bergantang di hisap nya, dah tu balutan besar ibu jari !!!berkepol asap keluar macam ekzos kereta, badan sihat juga…APAKAH RAHSIA NYA MEREKA BERUMUR PANJANG DAN JARANG SAKIT..KALAU ADA PUN SAKIT TUA ????
kita yang jongging hari hari,jaga makan…tak sampai 40 tahun dah kiap,kerana apa ???? wasallam.
salam semaua,
Tok Syeik, saya pernah lalui zaman almahrum bapa saya menghadapi penyakit barah payu dara
ada 2 peringakat,
1. baru rasa keras berbiji didalam paru dara.
2. sudah menampak kemerahan dan bermata (selalunya dah nak keluarlah nanah atau isi dalamnya)
kalau baru peringkat pertama
…dia gunakan
1. hati abu
2. gula merah
3. pucuk betik jantan
kesemuanya dicampurkan diuli da diramas samapi berair..pas tu sapu ketempat kawasan sakit.bagi yg bersuami lebih afdal yg meramas kesemua ramuan itu hingga berair.
satu lagi petua (maaf ini bukan kotor tapi inilah hakikatnya)bagi yg bersuami elok gunakan alat kelaminya diurutkan dipayudra yg terkena sakit.insaAllah.
Bagi peringkat kedua pula.
gunakan
1. pucuk daun emas
2. telor ayak kampung 3 biji
3. kemenyan (yg digunakan untuk rokok)
caranya telur dimasak diatas daun pisang emas tadi tanpa minyak, sebelum telur itu masak atau masih cair telebih dulu hancurkan kemenyan tadi dan ditaburkan diatas telur tadi dan biarkan masak secukupnya.
selepas itu biarlah inya sejuk sedikit barulah ditampal pada payudara. setap 1 hari sekali sehingga ke3 biji telur tu.
insaAlah..andainya ia bergua dan diterima gunakanlah andai tidak abaikan lah..wassalam.
Asallammualaikum Semua !!!Kita sambung lagi dalam KHASIAT POKOK.
KHASIAT POKOK KANTAN
Pokok ini sejenis tumbuhan herba yang di tanam banyak di kampong, di sekitar rumah penduduk kampong.Tanah yang paling bagus ialah tanah gembur. Pokok Kantan mudah ditanam.Pokok ini tumbuh dalam satu rumpun dan bunga nya akan tumboh dari batang pokok ini yang muncul dari tanah.Bunga Kantan berwarna merah muda dan berbau wangi.Bunga Kantan bolih dibuat ramuan asam pedas.Selain itu bunga kantan bolih di buat kerabu dan ramuan campuran laksa.Dia juga satu ramuan pembuka selera makan.
KHASIAT NYA
Orang tua tua zaman dulu memakan Bunga Kantan secara mentah.
Bunga yang mentah untuk awet muda bagi kaum wanita dan juga lelaki.
KHASIAT DALAM PERUBATAN TRADISIONAL.
Dalam perubatan tradisional herba ini digunakan sejak zaman dahulu untuk merawat DARAH TINGGI dan KENCING MANIS.
Disamping itu ianya untuk menghilang kan letih tidak bermaya pada yang berkerja keras.Jika anda tidak ada selera makan campur kan dengan laksa atau nasi kerabu dan selera makan akan datang kembali.
Kalau badan berbau hapak atau busuk, rebus kan batang pokok Kantan dan air rebusan itu buat mandian.Amalkan selalu dan INSYALLAH badan akan wangi kembali.Jangan lah buat 4 tahun sekali, mana nak mujarab..Kalau kita nak gunakan ubatan berunsur herba, gunakan atau makan selalu.Ubatan herba tidak mujarab kalau jarang kita gunakan….wasallam
Sambung lgi dalam khasiat pokok inai !!!
POKOK INAI BUNGA MERAH
Pokok ini tak perlu saya kenalkan kerana yang dah kawin tu…memang kena lah pakai inai.
KHASIAT AKAR INAI BUNGA MERAH
Ia nya bolih menjarang kan anak dengan cara merebus akar nya dan minum hari hari.Tak perlu makan pil perancang keluarga.Pil Perancang tidak bagus kerana alat kelamin perempuan banyak air !!
InsyaAllah, anak anda jarang tetapi kalau nak mengandung kembali, berhenti minum air rebusan akar inai ini. Kalau isteri anda berhenti minum walaupun sehari,dan malam nya anda bersetubuh, kemungkinan besar isteri anda mengandung !!!Rancang lah 2 tahun seorang kah, 3 tahun seorang kah…terpulang kepada anda.
Terlalu kerap melahir anak bentuk badan isteri tidak sempat nak pulih sepenoh nya.Badan isteri tidak awet muda malahan zaman sekarang kos untuk bersalin tinggi dan gawat.Wang susah di cari barang keperluan sentiasa naik.
CARA CARA NYA.
Akar inai bunga merah diambil se cekak dan bersih kan, rebus 3 gelas hingga mendidih, menjadi 1 gelas air, sejok kan dan minum.Kalau anak anda sudah berumur 3 tahun, berhenti minum air rebusan ini…PERHATIAN ::AIR REBUSAN AKAR INAI MERAH INI HANYA UNTUK KAUM HAWA SAHAJA…LELAKI TIDAK DI BENARKAN MINUM.
Air ini juga sangat bagus untuk perempuan lepas bersalin.
UNTUK SENGGUGUT…Ambil daun inai tumbuk halus campor kan garam jantan 1 butir dan gentel kecil kecil dan makan 2 biji sehari,bila senggut menyerang.
UNTUK CAGU DI JARI KAKI…Tumbuk halus daun inai dan pupoh di CAGU itu. Yang ini bolih kaum lelaki guna kan…wasallam.
Asallamualaikum Semua !!!Kita sambung dalam ::
KHASIAT POKOK MENGKUDU
Pokok mengkudu sejenis pokok renek yang terbiar di tepi kampong atau rumah.Pokok ini hanya di gunakan bagi orang tau khasiat nya.
Ada 3 jenis mengkudu iaitu
1. Mengkudu Akar
2. Mengkudu Hutan
3. Mengkudu Jantan
Bahagian yang paling berkhasiat ialah buah nya, sungguh pun begitu daun dan batang juga berkhasiat. Di Hawaii buah ini telah di gunakan 2000 tahun dahulu dan di kenali dengan nama “NONI”.Dan di panggil buah ajaib Hawai.Buah mengkudu banyak di jadi kan jus minuman.Pokok ini mudah ditanam dan tahan lasak pada apa cuaca pun.Pokok ini tiada serangga perosak dan tidak ada musuh.
KHASIAT TRADISIONAL
Air dari buah nya bolih mengubati sistem pencernaan,pernafasan,sistem sarat dan kerangka tubuh.Pulpa mengkudu jika dicampur dengan gula bolih menjadi pencuci perut.
Pucuk muda mengkudu bolih di jadikan ulam dan bolih mengubati masaalah cerit berit dan luka.Daun nya juga bolih di gunakan untuk ubat batuk,bengkak limpa,rasa loya, perut memulas dan demam.
Air akar rebusan pokok ini sangat baik untuk mengubat kedatangan haid yang tak betul dan memulih kan ketidak suburan.
Buah yang mentah jika di makan begitu saja bolih mengubat kencing manis,bengkak limpa,penyakit hati,beri beri,pendarahan dan batuk.Buah nya memang serba guna dan sekarang di proses menjadi bahan komestik untuk kulit yang lebam dan berkarat.
Rasa yang maung pada buah nya mungkin tidak ramai yang suka, tetapi setelah diolah dengan menjadi kan jus minuman, pil,tonik dan kapsul baru lah sekarang popular.
Pokok ini adalah salah satu yang paling bayak khasiat dari akar, batang, daun dan buah.Saya pernah menulis diatas untuk air mandian perempuan lepas bersalin anak…salah satu ramuan terbaik nya ialah daun pokok ini…
DAHAN POKOK INI JUGA BERGUNA JIKA UNTUK MENYEBAT ORANG KERASUKAN SYAITAN.TETAPI DAHAN KELOR,NONA DAN BUNGA RAYA LAGI BAGUS…TETAPI KALAU DAH TAK ADA DAHAN TERSEBUT, DAHAN INI BOLIH DI GUNA KAN JUGA !!!TAK DER ROTAN AKAR PUN BERGUNA…Saya pun tak tau sangat tentang bab pokok dan kayu ni sebab TOK WALI…RAJA POKOK KAYU tak nak tulis, jadi saya pun tulis lah, itu pun yang mana terlintas di kepala !!!wasallam.
Asalam mualaikum Semua !!! KHASIAT POKOK GELEGGANG
Pokok gelenggang ialah pokok renek yang senang tumboh meliar.Pokok ini selalu tumbuh di semak dan hutan kecil serta tepi kampong.Ketinggian nya dari 6 kaki ke 25 kaki sahaja.Pokok ini membiak melalui biji benih dan keratan batang.
Daun nya berwarna hijau tua dan tertutup pada waktu malam.Bunga nya bewarna kuning.Biji benih nya berbentuk kekacang.
KHASIAT TRADISIONAL POKOK GELENGGANG
Daun gelenggang adalah ubat paling mujarab bagi penyakit kulit seperti kurap dan panau.Cara nya hancurkan daun gelenggang campurkan dengan belerang kuning jika belerang tiada bolih gantikan dengan minyak tanah.Sapukan pada kurap laku kan kerap kali hingga kurap hilang…LEBIH MUJARAB DI BACA KAN DOA.
Daun ini juga penawar jika terkena gigitan serangga.Daun gelenggang bolih di gunakan sebagai julap untuk sembelit..cara nya..minum air rebusan daun ini sebanyak 1 sudu teh sahaja.
Akar pokok gelenggang bolih di gunakan untuk masaalah rahim wanita yang jatuh,ubat cacing,penawar sawan,resdung dan bengkak salur nafas…Cara nya rebus akar gelenggang dan minum air nya.
LARANGAN PENGUNAAN…(MINUM AIR REBUSAN)
1.Perempuan mengandung dan menyusukan anak.
2.Pesakit cerit berit dan ulser perut.
3.Kanak kanak di bawah umur 6 tahun.
Asalammualaikum Semua !!!Saya baru balik dari Kelantan dan Terangganu.Pergi untuk cari dan menambah lagi ilmu, mana yang tak cukup dan tak ada pada saya.Saya belajar lagi untuk mengubat orang.
1.Ilmu Mengubat orang PATAH…tambah ilmu
2.Ilmu mengubat Lelaki mati pucuk….tambah ilmu.
3.Ilmu Memanggil Ikan….untuk kaki PANCING IKAN.
4.Ilmu Panggil Orang..anak,suami,isteri yang lari…tambah ilmu.
5.Ilmu Mengubat GAY,LESBIAN DAN PONDAN….KEMBALI NORMAL.
6.Ilmu Mengikat suami atau isteri curang.
7.Ilmu Mengubat orang malas kerja
8.Ilmu Penerang hati anak yang kurang cerdik…tambah ilmu.
Untuk yang saya tulis tambah ilmu itu ialah tambahan dari ilmu yang saya ada.Selain itu adalah ilmu baru !!!kepada KAKI PANCING, ANDA BOLIH DATANG JUMPA SAYA.Saya juga kesian kat anda yang bermasaalah dalam rumah tangga..INSYAALLAH saya akan bantu tetapi GERENTI NYA TIDAK SAYA JAMIN KERANA ITU HAK ALLAH…Saya hanya bantu daripada TEKNIK CARA MEMOHON PADA ALLAH.DAN SAYA YANG AKAN BUAT RITUAL NYA DAN ANDA KENA LAH BAYAR UPAH NYA !!!
Waalaikum musallam Hadzil !!Itu pun bagus tapi satu jer yang susah cari..hati abu kerana rumah saya pakai dapur gas.Saya balik dari Kelantan guru saya beri lagi doa dan cara berubat bab BARAH.daun nya biasa saya pakai dan saya ada tanam kat kebun saya.Anda bagi ubat tu alhamdulillah, lagi banyak ubat lagi baik.
Assalamualaikum Tok Syeikh dan semua pengunjung Blog ini terutama pengasas Blog ini.Saya ingin bertanya pada Tok Syeikh mengenai Ilmu Memangil Ikan,saya ni kaki pancing tapi selalu kecundang kekadang dapat banyak tapi selalu tangan kosong ialah kata orang belum ada rezeki tapi kita harus beriktiar.Jadinya saya sangat2 berminat untok belajar dari Tok Syeikh mengenai Ilmu saperti saya sebutkan di atas tapi masaalah nya saya ini berada di luar Malaysia saya duduk di Brunei Darussalam jadi macamnakah caranya untok saya menuntut ilmu tersebut dari Tok Syeikh.Adakah cara alternativ lain selain dari berkunjung ka tempat Tok Syeikh.Wassalam.
Walaikummusalam Awang Budiman !!!Memang ada ilmu itu, nanti saya buat kan, tetapi nak tunggu bulan purnama…ianya berbentuk Wafak.setelah siap saya poskan.dan akan saya serta kan dengan bacaan nya.jangan bimbang.Kena tunggu bulan purnama dulu !!!Anda bolih email saya..syahrolhisyam@gmail.com atau tel..014 7201103…ada cara nak buat wafak ikan tu,perut kena kebulor lak tu dan hanya di buat pada bulan purnama.
Ahmaad Zaki umpan itu memang susah nak buat…ala tak payah lah buat benda susah tu…..konon nya kata almarhum ayah saya, kena cari rumah yang ada 3 janda muda atau paling baik janda berhias.dan adalah benda nak kena curi lak…lepas tu buat semacam wafak dan di tapa kan….NAK KAN IKAN SILAP SILAP KENA BELANGKONG LAK…BARU PADAN MUKA AKU…kah..kah..kah…
Ahmad Zaki tentang ulat itu saya tak pernah dengar..kalau ulat kelolong (ulat daun pisang )memang ada orang buat umpan ikan tapi ikan darat/sungai..ikan laut tak bolih…Petua orang memancing kalau ikan darat, umpan nya benda darat..seperti ulat,telor kerengga atau cacing tanah.Kalau ikan laut mesti lah umpan nya dari benda laut seperti umpun umpun,ikan,udang dan sotong..kata kaki pancing…saya memang banyak berkawan dengan kaki pancing.Sampai mereka marah kat saya kerana tiada ilmu pancing ikan..jadi saya pergi menuntut lagi bab ilmu panggil ikan !!!
Asalammualaikum Semua !! KHASIAT POKOK DOKONG ANAK.
Nama lain..kelek anak,Meniran,Buaionla(india)
Tumbuhan ini di kenali dengan nama Meniran olih masyarakat Indonesia.Selalu tumbuh di tepi longkang khusus nya dicelah rekahan simin.Juga tumboh di tanah terbiar dan kebun.Orang yang berkebun cukup bermusoh dengan pokok ini,kerana senang membiak.Daun nya berwarna hijau gelap,pokok nya kecil kecil,di bawah pelepah daun ada buah benih.Tinggi pokok ini 30 cm dan paling tinggi 60 cm.
Terdapat 2 jenis dokong anak…1.Daun berwarna merah (jenis betina) 2.Daun bewarna hijau keselurohan nya ( jenis jantan )
Pokok Dukong anak tumboh di cuaca TROPIKA.Tetapi ada tumboh di China, India malah Cuba.
KHASIAT POKOK DUKONG ANAK
Akar,batang,daun,buah dan seluroh pokok ini ada khasiat perubatan.Diantara khasiat nya..penghilang dahaga,menghilang selsema,kusta,anemia,batu karang,membersih pundi kencing,asma,berak darah,ubat luka,sakit badan,kudis buta,kurap dan barah.
CARA GUNA KAN POKOK DUKUNG ANAK.
UBAT LUAR.
Ambil secekak kemas pokok ini, berseh kan,tumbok hancur dan campurkan se cubit garam jantan dan di tampal pada luka atau kurap.Untuk gigitan ular juga bolih di gunakan.Untuk barah luar( kulit dan payu dara) kena campur banyak lagi bahan seperti daun lamuni hitam,getah jarak,gambir dan kapur.
UBAT MAKAN.
Ambil secekak kemas, bersih kan dan rebus kan dengan air 3 gelas dan jadikan 1 gelas air rebusan.Pengambilan herba ini akan berkesan dalam jaka masa satu minggu..
Herba ini juga telah di KOMERSIAL kan tetapi sayang nya di komersial kan olih syarikat bukan melayu !!!Penyakit Kuning atau hepetitis B, PALING MUJARAB JIKA KITA AMALKAN HERBA INI.
Air rebusan ini sangat baik jika kita memandi kan anak yang baru lahir dan beri minum bayi itu satu sudu teh. Ini lah yang saya amal kan pada setiap anak saya seramai 10 orang dan cucu saya baru seorang….dan bila BIDAN KERAJAAN ceck, tidak ada penyakit kuning !!!
PERLU DI INGAT :Untuk mengambil pokok untuk PERUBATAN mesti lah ada DOA DAN CARA…..Itu adalah cara saya dan guru saya, TERPULANG LAH KEPADA ANDA NAK GUNA ATAU TIDAK KERANA KEBANYAKAN GURU GURU SAYA TIDAK PANDAI
DAN SAYA AMBIL DARI GURU SAYA YANG “PENJURUS” ini…TIDAK PANDAI TENTANG KOMPUTAR,IT DAN CECK TENDANG !!!!WASALLAM.
Asalammualaikum semua !!Seorang sahabat dari SABAH telah hantar E MAIL kepada saya menanya saya ada satu herba ..seperti ubi,kulit nya merah dan keras tetapi isi nya lembut.Di SABAH mereka memanggil nya JANTUNG TANAH.Saya tidak tau nama yang kita di semenanjung panggil,mungkin TOK WALI atau WAK KARIMON atau sesiapa yang lain tahu nama herba ini, TOLONG TULIS KAN DALAM BLOG INI !!Herba ini berkhasiat untuk mengubat ghaut,darah tinggi,lemah jantung dan buah pinggang….Saya tak tau nama nya.. !!!
Asalamualaikum
RAHSIA KAF 40
Hizbul Kaf atau Hizib Kaf Empat Puluh ini adalah antara amalan rahsia orang-orang tua kita dahulu. Ianya ibarat berlian segunung, sangat berharga dan menjadi buruan penuntut ilmu hikmah pada zaman sekarang, kerana bukan senang untuk mencari dan menemukan orang yang memiliki hizib ini. Jikalau dapat bertemu pun, belum tentu dia akan diajar dan diijazahkan. Hal ini kerana sudah menjadi resam orang-orang tua melayu, “meletakkan sesuatu yang berharga, biarlah kena pada tempatnya”, kerana takut ilmu itu disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi pada zaman yang serba moden dan canggih ini, ramai manusia yang dengan terlalu mudah membuat penilaian dan melabelkan ilmu hikmat dengan ilmu sesat, ilmu hitam, sihir, syirik dan pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab. Walhal dia sendiri tidak tahu dan tidak menyelidiki apakah hakikat ilmu yang dilabelkan dengan sesat itu. Maka jadilah orang yang tidak belajar dan mengetahui hal ilmu kerohanian dan hikmat, membuat penilaian yang bukan-bukan berbanding dengan orang yang belajar dan mengetahuinya.
Kaf empat puluh ini ada mempunyai empat puluh khasiat dan kegunaan. Bahkan khasiatnya dikatakan lebih dari itu. Hizib ini mempunyai beberapa riwayat yang sedikit berbeza, tetapi jumlah huruf kafnya tetap cukup empat puluh. Bahkan ada yang sampai lima puluh kafnya. Sebelum mengamalkannya adalah lebih baik kita mengambil ijazah dahulu daripada ahlinya.
Kata orang-orang tua Kelantan, Hizib yang berbahasa Suryani ini adalah ilmu Rijalul Ghaib. Hizib ini 80% hampir sama dengan hizib Nabi Nuh. Kalimat-kalimatnya mirip seperti sebuah syair kuno yang amat sukar untuk diterjemah dan difahami. Namun begitu, supaya mujarab dan cepat mustajabnya, hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut sehingga sampai empat puluh hari, atau yang sebaiknya diistiqamahkan sepanjang hayat. Insya-Allah kita sendiri akan dapat merasakan satu kelainan dan dapat merasakan kekuatan energinya (aura).
Matan hizib kaf 40 tak dapat saya masukkan lagi kerana ada masalah.
Kaifiat Amalan
Amalan sebagai Wirid
Jika hendak dijadikan sebagai wirid harian. Sebelum membacanya, hendaklah terlebih dahulu membaca Al-Fatihah niat hadiah kepada Rasulullah SAW, kemudian membaca Selawat sebanyak tiga kali dan Ayatul Kursi satu kali. Kemudian barulah kita membacanya sebanyak tiga kali.
Boleh diwiridkan secara beristiqamah atau berterusan pada waktu pagi dan petang atau tiap-tiap kali selepas selesai solat lima waktu.
Amalan Untuk Riadhah Atau Khalwat
Kaifiatnya seperti berikut :
Hendaklah berpuasa 3 hari dan mewiridkan kaf 40 sebanyak 7000 kali.
Berwirid bermula dari subuh dan tamat pada hari ketiga lepas Isyak.
Berwirid hendalah duduk, lebih utama di atas tanah atau batu. Tidak boleh berdiri semasa beramal
.
Tidak boleh berkata-kata dengan sesiapa pun.
Hendaklah berwirid di tempat yang berasingan atau jauh dari orang ramai (sunyi)
Memasang bau-bauan yang wangi.
Riadhah hendaklah ditamatkan dalam masa 3 hari.
Pada malam terakhir, akan dihadiri Khadam Ayat Ini. Firasat kita akan dapat mengetahui dan mengesan kehadirannya. Seperti tubuh menjadi bersemangat, keras, suasana malam berangin, sejuk, pendengaran akan lebih sensitif. Itu adalah tanda amalan kita menjadi dan telah berjaya di kuasai. Seterusnya, pelbagai mimpi dan firasat cara-cara pengunaan ayat ini akan anda perolehi insya-Allah.
Khasiat Kaf Empat Puluh
Antara khasiatnya yang dapat saya nukilkan daripada beberapa buah kitab adalah seperti berikut :
(1) Menyerang musuh.
Jika hendak menghadap musuh, maka bacalah Kaf 40 ini sebanyak tiga kali di hadapan tangga dan dihembuskan kekanan, kiri dan hadapan serta genggamkan tangan dan kancingkan gigi. Kemudian berjalan melangkah barulah dilepaskan genggaman tangan itu tadi. Maka teruskanlah berjalan. Insya-Allah terpelihara daripada musuh seteru.
(2) Membutakan mata musuh
Supaya musuh tidak dapat melihat kita, maka bacalah kaf ini sebanyak tiga kali dan hembuskan pada pasir, tanah dan sebagainya. Setelah itu lontarkan pasir tersebut ke arah musuh. Insya-Allah musuh tidak akan dapat melihat kita.
(3) Musuh berlawan sama sendiri.
Bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali dan hembuskan pada pasir, kayu, tanah atau sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah musuh. Insya-Allah mereka akan berlawan dan berlaga sesama sendiri.
(4) Kelimunan.
Jikalau musuh terlampau ramai, maka bacalah kaf ini sebanyak bilangannya iaitu empat puluh kali pada pasir, tanah, batu, kayu dan sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah musuh, nescaya gelap gelitalah pandangan mereka insya-Allah.
(5) Menawarkan Bisa-bisa senjata atau sengatan binatang.
Jika terkena bisa-bisa senjata atau binatang, kaf ini hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan dihembus serta diludahkan ke tempat yang terkena itu. Insya-Allah hilang dan turunlah bisa-bisa itu.
(6) Perempuan lekat uri.
Jika perempuan lekat uri atau mati anaknya di dalam perut, maka bacakan kaf ini sebanyak sembilan kali pada air di dalam tudung periuk tembaga atau pada minyak tanak. Kemudian diberi minum sedikit dan dihembuskan kepada perut perempuan itu. Insya-Allah Taala keluarlah uri atau anak itu.
(7) Memperbanyakkan air susu.
Jikalau perempuan kurang air susunya, bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali pada air kemudian sapukan dengan sisir dan diurut-urutkan susunya itu. Insya-Allah susunya akan bertambah banyak. Atau dijampikan pada jantung pisang kelat. Kemudian direbus dan diberi makan kepada perempuan yang bersalin itu, maka susunya akan bertambah.
(8) Menghalau pelesit.
Bagi orang yang kerasukan syaitan, hendaklah dibacakan kaf ini sebanyak tiga kali pada lada hitam yang dipecah-pecahkan sedikit atau dibelah dua. Kemudian letakkan di sebelah atas dan di sebelah bawah ibu jarinya serta dipicit-picit dan ditekan. Insya-Allah akan keluar.
(9) Menahan darah.
Barangsiapa yang luka dan banyak keluar darahnya, bacakan kaf ini sebanyak tiga kali dan dihembus serta diludahkan pada tempat luka itu tadi, nescaya darahnya akan berhenti insya-Allah taala.
(10) Menghilangkan Bisa-bisa binatang.
Jika kita disengat lipan, kala, jengking, ular dan sebarang binatang yang berbisa, samaada yang di darat atau di laut. Hendaklah membaca kaf 40 ini dengan segera dan serta merta selepas disengat itu tiga kali dan dihembus serta diludahkan pada tempat yang disengat. Insya-Allah bisa-bisa itu akan hilang dengan segera. Molek juga dibaca pada air garam dan disapu pada tempat itu.
(11) Menjauhkan bahaya dan gangguan hantu puaka.
Bacalah kaf ini tiga kali ketika hendak tidur, insya-Allah selamat sejahtera dalam perlindungan Allah Taala daripada gangguan dan kekacauan hantu puaka itu. Kalau dibaca kaf ini di tempat yang keras atau berpuaka, insya-Allah sejahtera dari gangguan mereka dan hal ini telah beberapa kali dicuba dan terbukti.(Ada satu hikayat) sewaktu Jepun menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu, ramai orang yang keluar berniaga ke Bangkok dengan kapal layar atau tongkang. Semasa dalam pelayaran di tengah laut tiba-tiba muncul tiga jenis warna api menghampiri tiang layar. Setelah dilihat oleh anak-anak kapal nyatalah api itu adalah hantu. Jikalau api itu terjun turun ke atas kapal, pastinya kapal itu akan tembus. Semua anak-anak kapal terperanjat dengan kemunculan 3 jenis api itu tadi, lalu membaca beberapa ayat untuk menghalau hantu jembalang, namun api itu tidak juga terpadam. Maka dibacanya pula akan hizib kaf ini, belum lagi habis hizib ini dibaca, api itu pun terus terpadam. Akhirnya baru lah mereka sedar akan kelebihan kaf empat puluh ini.
(12) Sakit mata.
Bacalah Kaf ini lima kali dan hembuskan ke mata yang sakit itu selama tiga atau tujuh pagi. Serta dibuat sedikit air tawar untuk diminum dan dilumur pada mata yang sakit itu. Insya-Allah akan segera sembuh
(13) Terkena lintasan atau sawan.
Bacalah kaf ini tujuh kali pada orang yang terkena lintasan hantu syaitan atau pada kanak-kanak yang sawan dan timang-timangkan kanak-kanak tersebut. Insya-Allah selamat.
(14) Penawar demam.
Baca kaf ini tujuh kali pada air kelapa muda dan diberi minum kepada orang yang demam. Insya-Allah akan segera sembuh.
(15) Kuat Badan.
Sesiapa yang terasa lemah badannya, hendaklah membaca kaf ini tiga kali kemudian disuhud atau tarik nafas dalam-dalam. Insya-Allah kuatlah badannya. Tetapi petua ini tidak boleh dilakukan kerap kali. Hanya jarang-jarang ketika terdesak sahaja.
Dan dilarang sama sekali melakukannya bagi orang yang dibawah umur 25 tahun, kerana takut kepanasan.
(16) Tuju demam kura.
Bacakan kaf ini sembilan kali pada orang yang demam kura. Mulakan dengan bacaan Al-fatihah, selawat tiga kali dan buatkan rajah Lam Alif dengan kapur pada perutnya. Kemudian tekan dengan ibu jari pada lubang rajah Lam Alif itu serta dipulas-pulaskan. Lakukan pengubatan ini sampai tujuh pagi insya-Allah sembuh.
(17) Menumbangkan Tiang Kayu berpenunggu.
Bacalah kaf ini tujuh kali serta ayat ( Walaqad fatannaa Sulaimaana Wa alqaina ’ala kursiyyihi jasadan tsumma anaab ) tujuh kali dalam keadaan mengelilingi pokok atau tiang yang hendak ditebang itu, nescaya larilah hantu syaitan, jin yang menjadi penghuni tiang itu tadi. Maka selamatlah kita daripada gangguan dan kejahatan mereka.
(18) Sakit pinggang
Jika sakit pinggang, bacalah kaf ini tujuh kali pada tiap-tiap pagi. Apabila sampai kepada tempat syaja’nya itu, kepala lutut hendaklah dipalu atau dipukul dengan tangan, manakala tangan yang sebelah lagi hendaklah memalu atau memukul pinggang sejatuh atau serentak dengan perkataan kaf itu. Demikianlah lakukan pada lutut yang sebelah lagi, insya-Allah sembuh.
(19) Memperbanyakkan makanan yang sedikit.
Baca kaf ini 21 kali pada makanan yang sedikit, insya-Allah akan mencukupi untuk tetamu yang ramai.
(20) Menjinakkan binatang liar.
Baca tujuh kali pada sebaldi air dan diberi minum kepada kerbau atau binatang yang liar, insya-Allah ia akan menjadi jinak. Atau dimandikan pada kerbau yang beranak. InsyaAllah susunya akan menjadi.
(21) Pelaris.
Bacalah hizib kaf ini tiap-tiap hari sebanyak 44 kali untuk melariskan perniagaan kita.
(22) Pengebal
Kata orang, antara khasiatnya lagi adalah untuk kekebalan kulit dan kekuatan tulang dari segala jenis benda keras seperti logam. Ilmu kebal secara umumnya bolehlah dibahagikan kepada tiga jenis :
1. Ilmu Kebal Defensif ( kebal ketika diserang sahaja).
2. Ilmu Kebal Atraktif / Demontratif ( khusus untuk demontrasi / dabus, dll ).
3. Ilmu Kebal Pro Aktif ( boleh dipakai di mana sahaja, tanpa mengira waktu, boleh diperlihatkan kepada orang ramai. Kekebalannya sentiasa aktif walaupun tidak diserang).
1. Kategori pertama biasanya daripada aliran ilmu hikmah. Ilmu kebalnya diperolehi melalui pengisian oleh guru , riadah, pertapaan dan lain-lain. Amalan hizib kaf 40 termasuk di dalam kategori ini.
2. Kategori kedua biasanya daripada aliran kebudayaan, ilmu-ilmu kedaerahan. Tiap-tiap daerah memiliki ciri khas ilmu kebal masing-masing. Ilmu itu berasal dari pengisian oleh guru atau amalan wirid dan riadah
3. Kategori ketiga inilah yang paling ekstrim, biasanya kekuatan ilmu berasal daripada mustika alam atau batu permata yang memiliki kekebalan alami seperti rantai bumi, batu badar besi, besi kuning dan lain-lain. Biasanya kebal kategori ini sering disalahgunakan oleh orang-orang jahat dan tidak bertanggungjawab.
Diceritakan bahawa pahlawan masyhur Si Pitung juga memakai hizib kaf 40 ini sebagai azimat. Menjadikan dirinya kebal dari sebarang jenis senjata. Kata orang, ilmunya itu dituntut daripada Al Habib Husein Al Idrus. Wallahua’lam.
(23) Pelembut Besi
Jikalau kita melakukan riadah hizib kaf 40 ini, pada hari terakhir riadah, kita hendaklah memegang sebatang besi. Semasa mewiridkan hizib ini kita hendaklah memicit-micit besi itu. Jikalau besi itu jadi lembut seperti kita memicit batang lilin, maka itulah tandanya amalan kita telah berhasil dan menjadi.
(24) Orang Gila
Bacalah hizib ini kepada orang gila beberapa kali sehingga hilang gilanya. Insya-Allah berkat ikhtiar.
(25) Meredakan ribut dan ombak besar.
Bacalah hizib ini tiga kali dan tiuplah ke arah ribut atau ombak besar itu.
Insya-Allah ribut dan ombak besar itu akan reda.
(26) Hendak Masuk Hutan.
Jika kita hendak masuk hutan, bacalah terlebih dahulu hizib ini di tepi hutan sebelum masuk. Insya-Allah selamat daripada segala kejahatan yang ada di dalam hutan itu.
(27) Perang Sabil .
Jika berlaku peperangan, pengamal mampu memimpin 40 orang pengikut dengan selamat pulang dan pergi. Insya-Allah.
(28) Pendinding
Hizib ini mujarab untuk dibuat pendinding, samaada daripada kejahatan jin, manusia atau binatang buas. Lebih utama dibaca selepas Ayatul Kursi lalu ditiup ke tujuh arah dengan niat memagar diri sejauh mata memandang. Insya-Allah selamat daripada gangguan.
Versi kedua kaf 40
Versi kedua kaf 40 ini ada penambahan pada akhirnya. Menjadikan jumlah bilangan kafnya 55, berikut adalah matannya :
كفاك ربك كم يكفك وكفة
كفكافها ككمين كنا من كلك
تكر كرا ككر الكر في كبيد
تهك مشكشكة كلك لك الكلك
كفاك مبي كفا الكفي كربتهم
يا كوكبا كنا يهكي كوكب الفلك (ك 40)
ككر يرة كفكم كالكهف فكم لكم
ككأ كائن كبيد يكفي كم الكاف (ك 55)
“ Kafa ka rabbuka kam yakfika wakifatan
kifka fuha kakaminin kana min kalakin
takirru karran kakarril karri fi kibidin
tahki musyaksyakatan kallak lakil kalak
kafa ka mabi kafal kafa kurbatuhum
ya kaukaban kana yahki kaukabalfalak -(kaf40)
kakur yaratin kaffukum kalkahfi fukom lakom
kaka’ ka i’n kibidin yakfi kumul kaf ” -(kaf 50).
Penutup
Alhamdulillahi hamdan katsiran. Wahai saudara-saudaraku. Apabila amalan hizbul kaf ini telah sebati dan jazam dalam diri kita, maka ia akan menjadi doa 1001 guna mengikut niat kita insya-Allah.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلي آله وصحبه وسلم
والحمدلله رب العالمين
Suntingan: http://jalanakhirat.wordpress.com/
Salam dn slamat sjahtera kpada smua…jutaan trima kasih kpd saudara Jalanakhirat dengan huraian bliau psl ayat Kaf 40…sbnrnye sy tau dn hafal ayat ni sjk umur belasan thn lg…time tu sorang kawan sya blajar pondok kt Pulau Pinang….die yg ajar sy ayat ni…tp sy tk pham dn masih ragu2 cr penggunaannye…jd sy tk amalkn…dh bnyk org sy tanye psl ayat ni…rata2 ckp tak tau ataupn sbnrnye mereka enggan bgtau…Wallahualam.
Asalamualaikum
Kepada Saudara Ahmad zaki cukuplah sekadar sekali terima kaseh dan tak perlulah hingga berjuta. Apa yang penting artikal tersebut hanya sekadar untuk pengetahuan sahaja. Jika ingin diamal perlulah ditemui gurunya.
Terima kaseh
Asalam mualaikum Semua !!!
KHASIAT AMALAN YASSIN 7 MUBIN.
Amalan Yasin 7 mubin ini di ijazah kan dari GURU saya Ustaz Khairul Syakirin, Kemaman Terangganu.Amalan ini dari Al marhum TOK CIKGU LAH, Pasir Putih,KELANTAN.Kalau sesiapa yang membuat Perubatan Islam dalam BLOG KARIMON dan berminat, pergi lah kepada beliau di KEMAMAN.
SYARAT AMALAN YASIN 7 MUBIN.
1.Pengamal nya mesti islam,berakal serta kukoh SYARIAT NYA.
2.Amalan ini di laku kan setelah di IJAZAH KAN
3.Amalan ini dilakukan dengan hati penoh kebergantungan pada ALLAH SWT.
4.Di larang melaku kan NIAT JAHAT DAN KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.
5.Amalan ini di laku kan setelah menyudahi SOLAT HAJAT.
KHASIAT AMALAN YASIN 7 MUBIN
1.Pembuka kerezkian…membuka rezeki
2.Menghentikan Ancaman Sihir dan Gangguan Jin.
3.Menyembuh Penyakit Kronik dan bukan kronik.
4.Memulang Barang Hilang/Kecurian/Orang hilang(anak,isteri,suami dll)
5.Pengaseh
6.Pembenci…pasangan gay,lesbian dan pondan…memisah kan mereka.
7.Dan Pelbagai Hajat yang baik…minta baik dapat baik,minta jahat dapat jahat !!.
Setelah saya mendapat IJAZAH AMALAN ini dari Guru saya, saya mula amalkan dengan membaca AMALAN ini pada air.Air itu saya beri minum pada orang sakit…kerasokan dan sampok !!!Tidak sampai 5 minit…mereka menggigil sejok dan terus baik…ALHAMDULLILAH, senang sikit kerja aku !!!Bagitu juga yang kena sihir, semua nya alhamdulilah…semboh…Itu lah saya saran kan kepada yang berminat, pergi lah jumpa Ustaz dan minta ijazah kan dan amal kan…Kalau tak amal kan pun tak bagus juga.Bila kita dah ambil kena amalkan atau tolong orang yang memerlukan !!!Ambil lah UPAH bib, tapi kalau tak nak upah pun tak apa !!tak salah pun !!!Untuk membuat nya pun bolih tahan juga lama nya !!!!wasallam.
salam dn slamat sjahtera kpd smua….sy ingin brtnye psl brg mistik yg slalunye dibalut dgn kain kuning…sbgai contoh…seorang sahabat saya telah mendapat buntar ular dari seorang mamak (muslim) yg biase brmain ular, buntar itu brwarna biru dn tkla besar sngt…mamak itu berpesan jika tidak mahu diikat dgn cincin maka bolehla dibalut dgn kain kuning dn disimpan…menurutnye lg, slps beberapa bulan…titik2 brwarna kuning akan muncul pada batu tersebut, krana beliau turut memakai cincin dr jenis buntar yg same…yg die pnye pn kaler biru dh mcm tk nmpak sgt sbb bnyk bintik kuning yg muncul….katenye buntar ini di ambil di leher ular tedung selar…mintak komen…trima kasih
Asalam mualaikum semua kita sambung dalam bab POKOK HERBA.
KUNYIT HITAM
Nama saintifik: CURCUMA CAESIA
Famili : Zingerberraceae
Nama Bisa : KUNYIT HITAM
Nama Lain : Kali Haldi,Black Turmeric, Black Zedoary
Taburan kawasan tumbuh : Kawasan TROPIKA
Negara Asal : INDIA
Kategori : Rempah Herba
Kunyit Hitam adalah sejenis kunyit yang jarang di temui dan mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi.Mempunyai nilai yang tinggi didalam perubatan MISTIK(alam JIN).Di India kunyit ini di tanam secara komersial kerana ada nilaian perubatan yang tinggi dalam perubatan AYURVEDA.
Pengenalan:Rupa yang sama seperti kunyit biasa tetapi rizom nya yang hitam gelap, jika cukup matang.Jika masih muda warna nya unggu gelap.Daun nya di sebelah belakang bertulang kan warna hitam.Warna akar nya coklat jerneh jika masih muda.
Cara Pembiakan dan Penjagaan :Walaupun cara tumbesaran dan penanaman sama dengan kunyit biasa, kunyit ini memerlukan penjagaan yang rapi dan sangat rumit.Tanah nya mesti bercampur dengan pasir dan memerlukan kawasan yang redup dan air yang cukup tetapi jangan terlalu banyak air.Kunyit ini bercambah dalam masa yang sangat lama dan kadang kala selama 3 bulan baru bercambah.
KHASIAT DAN KEGUNAAN
Di gunakan untuk merawat ketumbuhan/BARAH dan KUSTA.Bolih di gunakan untuk bahan AWET MUDA.Dan juga sangat bagus untuk membuang lemak dalam perut dan menguruskan badan.Jika di campur herba lain bolih mengubati Denggi Berdarah.Satu lagi khasiat kunyit ini ialah dalam pengubatan Santau dan termakan Bisa.
Kunyit ini jika di tanam pada 4 penjuru rumah bolih menjadi pendinding rumah.Dia nya berfungsi sebagai penolak anasir yang negetif.
Harus diingat kalau anda nak tanam kunyit ini mestilah dalam kawasan yang berpagar dan rumah anda juga “BERPAGAR”.Ini di sebab kan dari pengalaman PESAKIT saya,kunyit hitam nya hilang bukan manusia yang curi, tetapi orang “sebelah” yang ambil.Kata guru saya, “mereka” juga memerlukan Kunyit ini untuk perubatan “MEREKA”.Itu lah sebab nya KUNYIT HITAM sangat berguna untuk manusia dan juga JIN….wasallam.
Salam Sejahtera Para sahabat,..
Mengikut petua yang diajarkan oleh Pak Haji Sahak dari Kedah, dimana saya mendapatkan Kunyit hitam ni, Beliau mengatakan, ada beberapa petua untuk menanam Kunyit hitam ni..jika tersalah cara menanamnya,,Kunyit hitam ni akan Hilang….Pagar yang dimaksudkan adalah Melalui Petua…ada cara untuk mempelajarinya..(Tanya Tok Sheikh untuk Menanamnya)..
Kunyit ni terbahagi kepada beberapa Jenis..tetapi yang memiliki Khasiat Supernatural adalah dari jenis Kunyit Hitam..Orang-orang lama membuat Pasak dibahagian Pinggangnya…Kunyit hitam jika dibiarkan di luar tanak, ianya akan mengeras seperti Batu..kalau nak buat lubang padanya, perlulah diwaktu ianya masih Lembut..Kunyit Hitam Yang asli, berwarna Unggu pada usia Pra Matang..jika usianya menjangkau matang..warna Ubi kunyitnya berwarna Hitam pekat…
Wassalam
Asalamualaikum
Tok Syeikh dan saudara waliqudus, isteri saya telah menghantar intri Kunyit hitam ke weblog wannura. Jika ada masa saya harap saudara berdua atau sesiapa jua dapat membantu kami memastikan samada gambarfoto di intri tersebut adalah kunyit hitam yang sebenarnya. Mengenai info kunyit hitam dan apa jua tumbuhan diweblog ini yang saudara beri mungkin saya akan pastekan di weblog wannura di ruang komentar dibawah tajuk tumbuhan yang berkenaan. Tujuan saya berbuat demikian adalah untuk memudahkan sesiapa sahaja memperolehi info mengenai tumbuhan tersebut. Malahan kita juga mudah membuat rujukan jika perlu. Buat masa ini memadailah kita mengumpulkan setiap info mengenai tumbuh tumbuhan tanpa menyusunnya terlebih dahulu, kerana terlalu banyak tumbuh tumbuhan yang perlu kita rekodkan. Spesis orkid dinegara kita pun mungkin melebihi 10 ribu, daripada lebih 30 ribu orkid yang terdapat didunia. Apatah lagi dengan berbagai jenis tumbuhan. Bagaimana pun kita jangan berputus asa dengan jumlah spesis tumbuhan yang berjuta ini. Kita cuma perlu merekodkan sekadar kita mampu dan usaha ini sudah pasti akan disambung oleh generasi akan datang. Yang penting kita perlu berani bersama sama memulakan usaha ini. Dan kami sangat mengalu galukan jika ada pihak yang sanggup menyusun segala info tumbuh tumbuhan yang kami telah kumpul keweblog mereka supaya lebih mudah untuk menjadi bahan rujukan. Buat masa ini kami banyak menerima bantuan dari pengunjung weblog wannura untuk membetulkan maklumat yang tidak tepat mengenai info tumbuh tumbuhan di weblog tersebut. Dan kami sangat mengalukan sebarang kritik yang membina terhadap weblog tersebut untuk keperluan dan kebaikan kita bersama.
wasalam.
Asalam mualaikum semua !!! Herba yang ke 6.
POKOK ATI ATI MERAH
Nama Saintifik :Coleus Blumei
Famili :Labiatae
Nama biasa : Ati Ati Merah
Nama Lain : pokok bara api,adang adang,si gresing(INDONESIA)
Taburan tumbuh: Iklim Tropika
Negara Asal:MALAYSIA
Katogari :Tumbuhan hiasan herba
KETERANGAN
Pokok ati ati merah di gunakan sebagai hiasan di sebab kan warna nya yang menarik.Antara warna nya unggu, merah, hijau dan campuran warna merah jambu dan hijau.Pokok ini juga biasa di tanam sebgai tutup bumi dan tanaman hiasan pagar.Pokok ini memerlukan air yang banyak dan pada musim kemarau memerlukan siraman 2 kali sehari.Walau pun begitu pokok ini tidak bolih air bertakung, ini akan menyebab kan akar nya reput dan mati.Kaedah pembiakan 2 cara iaitu melalui akar dan keratan batang.Dia akan membiak cepat jika mendapat cahaya matahari yang cukup.Daun ,akar, dan batang mengandungi saponin dan batang dan akar juga mengandungi flavanoid.Daun nya mengeluar pati minyak ati ati.
KHASIAT POKOK ATI ATI MERAH
Sangat berkhasiat untuk ubat luka dan melecur terkena api.Daun nya di tumbuk hancur dan campur kan air dan di gunakan untuk penawar untuk perempuan yang datang HAID tidak betul.Jus ini di minum untuk 3 hari.Sangat berguna untuk mengubat keputihan wanita.
Demam Nifas,merawat sakit perut dan juga pedih ulu hati.
UNTUK MERAWAT PEDIH ULU HATI INI SAYA PERTURUN KAN PETUA DARI ALMARHUM BONDA SAYA…Ambil daun ati ati 7 helai yang paling segar dan besar, goreng kan tanpa minyak dengan sebiji telor ayam kampung, hingga masak tetapi jangan terlalu lecor daun nya, dan pesakit ulu hati makan ramuan ini. Insyaallah dalam masa 15 minit pesakit pedih ulu hati akan semboh….SELAMAT MENCUBA !!!!
HERBA YANG KE 7:::POKOK BANGUN BANGUN
Nama Saintifik:Coleus Amboinicus
Famili ;Labiatae
Nama biasa :Bangun Bangun
Nama lain :ati ati hijau,bebangun,raja bangun,tumbuh daun,sedingin,setawar padang,kerencung dan mangun mangun.
Taburan :Sub Tropika dan Tropika
Negara Asal :INDIA
Katogari :Tumbuhan hiasan dan herba
KETERANGAN
Pokok bangun bangun juga dikenali sebagai ati ati hijau.Ianya ditanam sebagai tanaman hiasan dan ulaman di sekitar rumah.Ianya banyak ditanam olih masyarakat India untuk ubat batuk.Sangat berkhasiat sebagai UBAT BATUK.Keselurohan pokok ini mempunyai bau yang menyengat hidung.Aroma daun nya wangi dan ada yang mengata kan busuk, jadi bergantung kepada individu.Bau nya seakan JINTAN HITAM.Pucuk muda nya rangup dan bolih di buat ulam, makan dengan sambal belacan,sambal tempoyan dan salah satu bahan untuk nasi kerabu.
Kaedah pembiakan ialah keratan batang dan daun yang mempunyai tangkai daun.Midium tanah gembur dan saliran yang baik.Pokok ini tahan lasah dan mudah tumboh.
KHASIAT BANGUN BANGUN
Pokok ini sangat terkenal dalam perubatan melayu dan cina untuk pengubatan batuk,mual tekak,sakit kepala dan sistem pencernaan.Cara nya ambil daun bangun bangun yang segar sehelai, masuk dalam air panas di dalam cawan, tutup selama 3 minit masuk kan sebiji gula batu dan minum.Kalau di buat jus bolih mengubati penyakit asma,batuk dan bronkitis.Daun yang di hancur kan bolih mengubati kulit melecur dan gigitan serangga berbisa.Apabila di campur dengan ibu kunyit dan di tumbuk bolih mengubati senak dan sakit perut.Pucuk muda kalau di buat ulam bolih awet muda dan melancar kan perjalanan darah juga membaiki tekstur kulit.
Bagitu lah 2 tanaman hiasan yang juga berfungsi sebagai UBATAN HERBA yang kita lupa kan..Dan saya percaya ramai yang tidak mengenali POKOK AJAIB ini.Pokok ini memang ada saya tanam untuk saya buat ulaman, di samping banyak pokok yang lain…wasallam.
Asalam mualaikum semua !!!HERBA KE 8.
POKOK SAMBUNG NYAWA
Nama Saintifik :Gynura Procumbens
Famili :Compositae
Nama biasa :SAMBUNG NYAWA
Nama Lain :sirih cina,beluntas cinc,kecam akar,daun dewa,leaves of god,googoolipid,mollucan spinach,akar sebiak,kelemai merah,bai bing cao dan she juan jao.
Taburan tumbuh: Asia Tenggara
Asal ;Tumbuhan Tempatan
Katogari :Sayur dan Ulam
KETERANGAN
Sambung Nyawa adalah sejenis ulaman yang biasa ditanam di sekitar rumah.Biasa di tanam olih masyarakat Cina kerana sangat berkhasiat dalam perubatan tradisional.Ia adalah herba bukan semusim kerana sentiasa membiak.Pokok ini membiak melalui keratan batang dan biji benih.Sangat menyukai tempat lembab dan tedoh.Memerlukan saliran yang baik serta cukup air.Tempat tedoh dan kurang cahaya matahari adalah tempat pertumbuhan yang bagus untuk pokok ini.Kalau terkena cahaya matahari yang kuat daun nya mudah hangus.Batang yang lembut dan berair sangat di sukai olih sipot babi dan kutu air.Walau pun bagitu Sambung Nyawa adalah herba yang senang di jaga kerana senang membiak dan tahan lasak.Pokok ini cepat merimbun apabila selalu di petik.Pucuk nya rasa lemak dan rangup sedap di makan bersama sambal belacan.
KHASIAT DAN KEISTIMEWAAN POKOK SAMBUNG NYAWA.
Sambung Nyawa memang sangat sangat berkhasiat untuk mengurang kan kolestrol dan menurun kan tekanan darah tinggi.Untuk pengubatan tekanan darah tinggi,pengurangan kolestrol dalam darah,kencing manis dan kancer.Setiap hari amalkan makan 3 helai daun sambung nyawa sebagai ulam.Cuma kalau tekanan darah tinggi makan 4 helai daun pokok ini….MAKAN BANYAK PUN TAK APA, POKOK INI TIADA KESAN SAMPINGAN.Untuk yang terkena gigitan serangga bisa gosok kan daun nya pada tempat terkena gigitan itu,sahingga bisa itu hilang, biasa nya dalam jangka pendek bisa itu akan hilang.
Sambung Nyawa di gunakan di MALAYSIA untuk merawat sembelit,kencing manis dan kanser.Di Thailand di gunakan merawat rheumatoid,jangkitan virus dan radang.Di Indonesia herba ini di kenali dengan nama Daun Dewa, digunakan untuk merawat tumor dan bisul.Ini kerana kandungan asparaginase yang ada dalam daun pokok ini dapat mengubah asid amino yang di perlukan olih sel kenser kepada ammonia.Dan ini akan merencat kan pertumbuhan sel kancer.
Dalam pengalaman saya merawat penyakit kancer( semua jenis), saya akan beri pesakit makan daun herba ini.Di samping itu saya akan mengruqyah kan ayat AL QURAN pada herba ini.
Semasa KARIMON menziarah saya, herba ini saya beri beliau rasa/makan sebagai ulam makan tengahari, dan memberi benih pokok ini untuk di tanam.Itu lah saja BUAH TANGAN yang dapat saya berikan.Bukan tak nak beri banyak …takut membazir pokok..kerana KARIMON tangan nya PANAS, kalau melempang orang sangat sangat lah bagus !!!Jangan marah KARIMON, kalau ke gunong nanti kita makan MASAK BERLADA MELAKA, jangan tak tahan pedas…nanti DOMOI tu merah kepedasan !!!!kah..kah…kah….wasallam.
Terima kasih TS kerana bekalkan herba tersebut pada saya,pada mulanya teragak agak juga hendak makan daun tersebut sebagai ulam tetapi selepas dicuba rasanya agak sedap juga tambah plak kalau dimakan bersama asam pedas masakan mak Sheikh.Kalau dapat TS muatkan tanaman jenis herba yang boleh di buat ulam yang mempunyai khasiat kerana saya rasa kebanyakan diantara kita lebih senang memakan jenis2 herba yang boleh di buat ulaman.
Salam Sejahtera T.S yang dirahmati Allah,..
T.S, pernah tak dengar pasal Pucuk sawi Enggang..hidupnya banyak kat kebun kelapa sawit…boleh dibuat ulam juga, tapi paling best jika cicah dengan sambal buah bacang…khasiatnya tidak kurang juga..
Wassalam
Waalaikum mussalam Tok Wali !!! Saya tak pernah dengar nama pucuk sawi enggang.Mungkin panggilan nya lain tempat lain panggil..macam kelor dan munggai.Kalau bolih tahu macamana pokok nya ???Kalau sawi bunga,sawi pahit,sawi jepun dan sawi kerinting , saya memang tahu…sawi yang di sebutkan anda, saya memang tak tahu !!!wasallam
Asalam mualaikum semua !!! HERBA YANG KE 9.
POKOK SIRIH
Nama Saintifik
iper betle L
iperaceae
Famili
Nama Biasa ; SIRIH
Nama lain :Sirih Jawa, Betel leaf
Taburan kawasan :Asia Tropika,Madagaskar,Timor Africa Dan India Barat
Asal :Asia Tenggara
Katogari :Tumbuhan Laman/ Herba
KETERANGAN
Sirih adalah salah satu tumbuhan yang penting dalam masyarakat Melayu dan India.Mempunyai nilaian khasiat perubatan yang tinggi.Di Malaysia ada 4 jenis sirih iaitu srih melayu,sirih cina, sirih keling dan sirih udang.Sirih satu tumbuhan yang memanjat dan mencapai ketinggian setinggi 15 kaki jika di sokong.Bentuk daun nya bujur dan berbentuk hati/LOVE.Ianya membiak melalui keratan batang dan anak.Tumbuh di atas batang dan merayap di atas tanah.Hidup subor di tanah yang gembur dan tidak terlalu lembab dan memerlukan cahaya matahari dan air yang cukup.
KEGUNAAN DAN KHASIAT PERUBATAN.
Sirih biasa nya di kaitkan dengan SEMANGAT PAHLAWAN MELAYU.Sehelai sirih bertemu urat di makan bersama pinang,gambir dan kapor di kata kan akan menaik kan semangat juang kepada sesaorang pahlawan.Sirih bertemu urat juga sangat berkhasiat dalam perubatan tradisional melayu islam.Dari segi adat sirih junjong di gunakan dalam pertunangan dan perkhawinan.Dan sirih junjung adalah benda wajib dalam upecara itu.
Dalam perubatan tradisional sirih adalah herba yang penting, khusus nya di dalam ganguan makluk halus.Sirih juga banyak di makan olih orang tua tua dalam masyarakat melayu dan india.Sirih di makan bersama kapur,gambir,pinang dan di kunyah mentah.
Khasiat daun sirih ialah dapat mengubat penyakit keputihan,nafas berbau busuk,badan berbau hapak,batuk,radang selaput lender mata,traumatik/lemah semangat,jantung berdebar debar,kemurungan,haid tidak betul,demam bersalin,air susu terlalu banyak,sariawan dan vagina berbau.
Untuk yang Vagina dan keputihan, ambil 7 helai daun sirih kakap/tua, baca kan RUKYAH Al Quran, rebus dan sejok kan.Bila pesam pesam kuku, basuh kan Vagina anda dan buat selalu terutama nya lepas kencing..dan anda akan rasa dan bau Vagina anda berbau harum.
Bagi yang nafas berbau ada 2 cara,satu daun sirih di makan mentah dan lagi satu cara rebus 7 helai daun sirih kakap/tua dan buat kan berkumur kumur.Bagitu juga yang bengkak gusi cara yang sama tetapi campur kan sedikit garam.
Bagi menghilang kan bau badan air rebusan sirih di campur dengan gula batu.Dan minum bila air itu pesam kuku.Yang sakit dada dan banyak angin dalam badan juga sangat bagus mengamal kan minum air rebusan daun sirih ini di campur dengan sedikit gula batu.Bagi ketiak hapak,kutu kepala dan kelemumur 7 helai daun sirih kakap/tua diramas bercampur air sejuk dan sapu kan tempat yang bermasaalah buat kan macam syampu.
PENGALAMAN SAYA TENTANG DAUN SIRIH.
Ada ramai wanita yang berjumpa saya, dan mengadu tentang HAID.Ada yang datang sahingga 2 tahun,9 bulan dan ada yang tak datang selama 1 tahun.Ada yang datang HAID macam biskut cismo..kejap ada ,kejap tak ada…berbagai bagai cara dan ragam tentang HAID ini.Menurut PETUA NENEK SAYA…Daun sirih adalah UBAT KHUSUS UNTUK PEREMPUAN…Orang lelaki HANYA menumpang sahaja….Anda percaya atau tidak ????.Baik lah DAUN SIRIH BERBENTUK KEMALUAN WANITA,Jadi ianya memang khusus untuk mengubat BENDA TU LAH !!!!.Sekarang lah baru ada di moden kan dalam bentuk cecair untuk membasuh Vagina, nenek moyang kita dah berkurun menggunakan nya.Dalam mengubat wanita yang bermasaalah HAID tak betul itu, saya gunakan 3 kapur sirih, di RUKYAH kan dan ALHAMDULLILAH ,haid nya kembali normal…dan yang datang haid selama 9 bulan itu sudah pun mengandung anak sulong nya masa ini…Kata GURU SAYA,Sirih memang sangat berkhasiat dan telah di bukti kan secara sainstifik, sirih ialah ANTI BAIOTIK !!!Tetapi harus di ingat,JANGAN MEMAKAN KAPUR SIRIH YANG DI BUAT SECARA CAMICAL,TETAPI MAKAN LAH KAPOR SIRIH YANG DI BUAT DARI KULIT KERANG.JUGA JANGAN MAKAN KAPOR TERLALU BANYAK, DI TAKUTI KAPOR ITU AKAN MELAWAN SIRIH, DAN AKAN MENYEBABKAN KANCER MULUT PULA…Makan lah sirih dengan kapur yang sedikit !!!
Untuk yang nak naik kan SEMANGAT TU, tanyalah pada PENDEKAR ATAU TOK WALI JUGA KARIMON kerana mereka ini JUARA JUARA SILAT.Saya memang tak belajar silat, yang saya tahu…JURUS TAPAK 1000 jer !!!keh..keh..keh…wasallam.
Waalaikumsalam T.S ibarat orang mengantuk disorong bantal,saya baru mahu mencari atikel bab sireh TS dah pun buat entrinya.
Asalam mualaikum semua !!!HERBA YANG KE 10.
POKOK ULAM RAJA
Nama Saintifik :Cosmos Caudatusr
Famili :Asteracae
Nama Biasa :ULAM RAJA
Nama Lain :King Salad,Intan berayun
Taburan Tumbuh :Asia Tenggara
Katogari :Sayur ulaman dan herba
Negara Asal : America Latin
KETERANGAN
Ulam Raja biasa ditanam untuk hiasan rumah kerana bunga nya yang cantik dan berwarna warni.Namun yang biasa menjadi ulaman, bunga nya pucat putih dan kecil.Ianya di kenali juga dengan nama Intan Berayun.Cara pembiakan nya ialah melalui biji benih yang matang berwarna hitam tajam.Biasa tumbuh setinggi 2 meter dan sangat subur hidup pada tanah gembur dan saliran yang baik pada ketinggian 200 meter dari aras laut.Pokok ini sejenis pokok ulaman yang di sukai ramai dan ada nilaian komersial.Biasa di jual di pasar dan pasar tani.Walaupun di America Latin ia nya berasal tetapi di sini pokok ini tumboh liar.
KHASIAT DAN NILAIAN PERUBATAN
Ulam Raja sejenis ulaman yang paling banyak khasiat.Khasiat nya sebagai bahan pencuci darah,bahan penyah toksid dalam darah,menguat kan tulang,menrencatkan tumbesaran baktiria dan pengubat kayap serta bisol juga kancer.Kloroform yang di hasilkan olih daun pokok ini mengandungi costunolide,stigmasterol,lutien dan bipyridine bolih merencat aktiviti setengah baktiria dan fungus seperti candida albican,bacillus subtilis dan E.coli.Pengamal yang memakan daun ini biasa nya jarang di hingapi sembelit.Tumbuhan ini mengandungi 0.3 peratus protein,0.4 peratus lemak dan kabohaiderat, kaya dengan kalsium dan vitamin A.
Bagi yang terkena kayap ambil secekak penoh daun ini,RUKYAH kan,tumbuk hancur dan campur kan dengan bedak sejok dan sapu pada kayap.PETUA DARI NENEK SAYA !!!!Ulam Raja adalah ubat untuk WANITA.Jika vagina anda berbau busuk kerana masaalah keputihan, amalkan memakan daun ini sebagai ulam.Selain sirih daun ini juga untuk ubat keputihan dan Vagina busuk…Jadi sesiapa yang menghidapi masaalah ini jangan malu !!!datang jumpa saya, INSYAALAH saya akan ubat kan.Busuk busuk pun ORANG LELAKI CARI BENDA NI JUGA, kekadag bukan satu, malah 3 atau lebih….keh..keh..keh…Saya banyak mengambil PETUA dari Nenek dan Bonda saya kerana kedua mereka memang BIDAN KAMPUNG yang mahir….UNTUK KHUSUS WANITA !!!!BUAT APA RUPA DI LUAR SAJA LAWA TETAPI RUPA DALAMAN ANDA TIDAK LAWA/BERBAU….Selain dari mengubat penyakit mistik dan kronik, saya memang berkemahiran mengubati penyakit dalaman WANITA…Nenek saya,bonda saya, mak mentua saya,nenek isteri saya dan kakak saya adalah bidan kampung, jadi saya memang mewarisi ilmu perubatan bidan kampung….Untuk WANITA yang bermasaalah ANDA JANGAN BIMBANG,MASALAH ANDA ISTERI SAYA YANG MENGUBAT NYA.Isteri saya juga seorang TABIB…WASALLAM.
Assalamualaikum TS.Tentang ulam raja memang sering kita dapat maklumat mengenainya dan diakui seperti yang TS katakan,cuma maklumat tentang pucuk gajus yang kurang diketahui oleh umum,kalau buah dan bijinya mungkin semua orang tahu.Ni apa ke bendanya “kekadag bukan satu, malah 3 atau lebih….keh..keh..keh”
Walalaikum musalam Karimon !!! Tentang Pucuk Gajus tu tunggu lah dulu …tak sabar sabar…itu lah dia 1,2,3 dan 4..kah..kah..kah.
HERBA KE 11: PEGAGA
Nama Saintifik :Centella asiatica
egaga
Famili :Umbelliferae
Nama biasa
Nama lain : Tapak Kuda,Indian Pennywort,Gotu kola,Khulakhudi,Brahmamanduki.
Taburan tumbuh:Kawasan Tropika
Negara Asal :INDIA
Katogari : Herba liar
KETERANGAN
Pegaga adalah sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh ditanah lembab.Dia memunyai banyak cabang dan dari cabang ini menghasil kan anak untuk pembiakan.Daun nya bewarna hijau kekuningan.Terdapat banyak spesis Pegaga dan paling banyak di jumpai di negara kita ialah Pegaga Salad,Pegaga Kerinting atau kerang atau nyonya dan Pegaga Biasa.Pegaga di makan sebagai ulam dan dengan aroma yang wangi akan menambah selera makan.Pegaga sangat mudah tumbuh segar di tanah lembab dan saliran yang baik.Bolih juga di tanam dengan cara Hidroponik.Benih nya dari pecahan anak.Mengikut satu cerita dari INDIA,penduduk India belajar dari gajah yang suka makan pegaga untuk berumur panjang.Dan gajah satu binatang yang berumur panjang !!!Selain di makan sebagai ulam, pegaga juga bolih di buat kerabu dan sekarang telah di komersial kan menjadi jus pegaga.
KHASIAT DALAM PERUBATAN
Pegaga adalah makanan otak kerna ianya berkhasiat dalam mengembali kan kesihatan,mengurang kan gejala tekanan,meningkatkan tindak balas diri,menambah kekuatan fizikal luar dan dalam dan meningkatkan kecergasan mental.WHO telah mengiktiraf kan herba ini sebagai bahan meningkat kan kecerdasan dan keupayaan mental untuk kanak kanak.Selain itu pegaga sangat berkhasiat untuk mengubatu tekanan darah tinggi,mencegah nyanyuk,awet muda dan menyinkir kan toksid dalam darah.
Dalam perubatan Ayurveda dan Shennong, herba ini sudah di guna kan selama 5
000 tahun yang lampau.Dan sekarang di Barat pula banyak menggunakan herba ini.Orang Barat menggunakan herba ini sebagai Tonik Saraf.Herba ini juga sangat berkhasiat dalam pengubatan penyakit kulit dan kemurungan di sebab kan olih masaalah fizikal.
Dalam kajian terbaru herba ini sangat berkhasiat dalam menguata kan salur darah dan kapilari.Ia bolih mengubati masaalah kejang kaki,bengkak kaki,berat kaki dan kebas kaki.Pegaga juga dapat merawat berak darahdan demam kepialu.Pegaga juga sangat berkhasiat untuk ibu ibu bersalin,mencuci luka,minuman penyejok badan dan memberseh kan buah pinggang.
Keselurohan dari herba ini sangat sangat berkhasiat dan telah di gunakan sebagai penawar di Mandagaskar,Sri Langka,India dan Cina sejak 5000 tahun lalu.Di sebab kan sangat berkasiat WHO telah mencadang kan supaya herba ini di tanam secara komersial dan sekarang telah di buat tablet.Tablet ini telah di gunakan untuk mengubati kanak kanak terencat akal dan meningkat kan kecerdasan mental.
Saya sebenar nya menulis untuk herba yang MURAH TETAPI SANGAT BERKHASIAT DALAM KESIHATAN.Semua ini saya dapat dari PETUA DAN RAHSIA NENEK SAYA DAN DATUK SAYA, yang hidup melebihi 100 tahun.Untuk herba ini anda bolih tanam sendiri, kalau anda tidak mampu membeli !!!!Kalau anda tanam sendiri lagi bagus kerana tidak menggunakan RACUN SERANGGA….Untuk TOK WALI TU !!!KENA TANAM SECARA HIDROPONIK…kerana rumah anda tiada tanah…kah..kah..kah….lain kali duduk lah bawah bukit, jangan duduk atas puncak gunong !!!!!wasallam.
Salam TS dipasaran kini kita lihat ada 2 jenis pegaga 1.yang agak panjang sering dijual dipasaraya dan yang 2.pendek2 bergulung kata orang pegaga kampong.Mana satu kah diantara 2 ini lebih berkhasiat.
Walaikum musalam Karimon !!!!Kalau ikut lebih khasiat yang pendek tu….pegaga kampung.Yang panjang tu pegaga nyonya atau cina atau kerang atau kerinting…tapi dalam bab pegaga kerang ni..hanya tang pegaga jer yang sedikit saja kurang khasiat nya…tapi bab kerang…sangat sangat berkhasiat…berlebih lebih lagi,jika tuan kerang makan pegaga….kah..kah..kah.
Asalam mualaikum semua !!!HERBA YANG KE 11
TEMU HITAM
Nama Saintifik :Curcuma aeruginosa Rosb
Famili :Zingiberaceae
Nama Biasa :Temu Hitam
Nama lain :Temu ireng, kunyit tebu
Taburan kehidupan :Asia Tenggara
Katogeri :Tumbuhan Liar
KETERANGAN
Temu Hitam biasa tumboh liar di belukar dan semak samun.Tinggi nya mencapai 2 meter.Daun berbentuk lonjong dan ada garisan berwarna merah kehitaman di tengah daun.Bunga nya berwarna putih kemerahan.Cara mengenal temu ini apabila rizam di potong ada warna biru kehitaman di dalam nya.Temu hitam biasa tumboh liar di kawasan yang tedoh seperti kebun getah dan dusun buah buahan.Memerlukan saliran yang baik.Rizom nya berwarna kekuningan pada luar dan biasa nya tidak bercabang.
KHASIAT PERUBATAN
Temu Hitam sangat berkhasiat dalam merwat semput,kecacingan, masaalah gemuk dan obesiti.Dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin anak dan haid.Sangat mujarap sebagai ubat kurap dan kudis buta.Selain itu ianya di campur dengan jamu untuk kelansingan badan.Air rebusan temu hitam dapat membunoh cacing ascaris dan di gunakan untuk merwat kecacingan. Untuk yang lepas bersalin anak, 25 gram temu hitam,25 gram Bonglai Putih direbus dengan 400 meliliter sir, selepas pesam kuku,campor kan sedikit air limau nipis dan di minum…khasiat nya melansing kan badan.
KHUSUS UNTUK WANITA LEPAS BERSALIN ANAK.
Bagi anda yang lepas bersalin anak kena lah berpantang sedikit !!
PERTAMA SEKALI..JANGAN MINUM AIR BATU.Makan lah benda benda yang berkhasiat.Makan lah jamu bersalin,kerana jamu bersalin lengkap sama khasiat dengan air rebusan akar kayu. Pada 2 tahun kebelakangan ini MASAALAH RUMAH TANGGA lah yang paling banyak saya selesai kan…Ada yang datang menangis mengadu pada saya, suami nya GILA BETINA lain !!!.Setelah di scan, masaalah DALAMAN WANITA lah yang banyak kurang nya !!!Saya tak nak cerita lebih lebih kerana ini menyangkut RAHSIA WANITA, TETAPI JIKA BERMASAALAH DATANG LAH KERUMAH SAYA !!!Mana lah laki tak kawin 2, adoooohh..adooohh……wasallam.
Asalammualaikum semua !!! HERBA YANG KE 12
TEMU LAWAK
okok Teja
Nama Saintifik :Curcuma xanthorrhiza
Famili:Zinglberaccea
Nama lain
Nama lain: Temu Putih,Shu kuat keung wong,giant curcuma,false turmeric
Taburan Tumboh : India,Selatan China,Afrika dan Asia Tenggara
Katogari :Tumbuhan Liar
KETERANGAN
Herba ini menyerupai kunyit tetapi mempunyai bau yang wangi pada keselurohan nya terutama rizom nya.Tumbuh pada ketinggian 2 meter dan tumboh liar di kebun getah dan dusun buahan.Bila di makan rasa nya sedikit pahit dan manis.Ia mempunyai sebatian minyak terbang,curcuminoid dan starch.Tumbuhan herba ini membiak melalui pecahan rizom dan hidup ditempat lembab tetapi hendakan cahaya matahari sederhana.Rizom temu lawak berwarna kuning gelap.Dan kadang kala kita tersalah pilih kerana warna ini hampir dengan Temu Kuning tetapi berwarna putih.Sebenar nya TEMU KUNING lah yang nama lain bagi KUNYIT PUTIH.
KHASIAT DALAM PERUBATAN
Temu Lawak sangat berkhasiat sebagai egen pencegah penuaan.Sebab itu dia di kormersial kan dalam perawatan SAKIT PUAN.Selain itu ia nya sangat berkhasiat dalam mengubatai penyakit reamatoid,kesakitan otot,ubat demam,barah hati,demam kuning,batu karang,penyakit kulit,buasir,berak berdarah, masaalah rektum,disenteri,batuk,keputihan,jangkitan kulat pada vagina,kencing manis,gastrik dan angin dalam perut.Bagitu banyak penyakit yang bolih di ubati jadi tidak hairan lah temu lawak ialah bahan utama dalam pembuatan JAMU DAN MAAJUN.Selain pengguan cara rebus, temu lawak juga di buat minyak,dan bolih dimakan untuk melancarkan penghazaman.
SANGAT BERGUNA SEBAGAI UBAT KANCER PANGKAL RAHIM…PEMBUNOH NO 1 WANITA MALAYSIA..SEKARANG INI…TETAPI HERBA INI TIDAK BOLIH DIAMBIL OLIH WANITA MENGANDUNG KERANA BOLIH MENYEBABKAN KONTRAKSI PADA RAHIM DAN MENYEBABKAN KEGUGURAN BAYI.TERUTAMA PADA AWAL KEHAMILAN.Juga kegunaan herba ini setelah penyakit anda semboh,kerana pengambilan pada masa lama akan menyebab kan ulser pada usus.
Pengalaman saya !!Kebanyakan ubat untuk merawat KANCER,ianya berbentuk HERBA yang berizom seperti Halia,Kunyit Hitam,putih,kuning,temu hitam,temu putih,temu lawak,lengkuas dan bonglai…Saya pun tidak tahu kenapa mungkin anda yang TAHU bolih menambah bantu ENTRI ini….Yang saya tahu HERBA ini semua berbentuk PANAS.
Salam T.S,..Muga Allah Merahmati Tuan Sekeluarga..
Temu Lawak ni sama ke ngan Raja Lawak..kah..kah..kah..Gurau la Pak Hulu Balang…Kalau Temu Lawak ni boleh dikatakan Memiliki Khasiat Peluruh..maka adakah ianya sama dengan Kayu Teras Peluruh gajah dan Teras Merlimau Batu??..kerana setahu saya Kayu Jenis ini juga memiliki Khasiat yang diutarakan oleh T.S..
Kayu Spesis Larak Pula dikatakan Memiliki Khasiat untuk Wanita Lepas Bersalin..iaitu memperbanyakkan Susu..lebih-lebih lagi Kayu jenis Larak Pisang..tetapi ramai yang mengunakan Kayu Larak Salah dari Larak Betul..betul ke Pak Sheik??
Wassalam
Assalamualaikum Tok Sheikh dan saudara pembaca yang dihormati,
Saya nak menyumbang dalam bab ni tak tahu langsung bab herba, tetapi saya tahu serba sedikit kebaikan ubat-ubat ciptaan manusia ni….kah..kah..kah..semuga ramai mendapat menafaat.
KESAN SAMPINGAN UBAT-UBATAN YANG MENGANDUNGI DADAH DAN BAHAN KIMIA
Memang tidak boleh dinafikan bahawa ubat – ubatan untuk merawat berbagai – bagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia telah mengubah corak penyakit – penyakit yang membawa maut kepada manusia. Dengan adanya berbagai – bagai jenis antibiotik penyakit – penyakit yang sering membawa maut kepada manusia pada suatu masa dahulu seperti penyakit batuk kering , demam kepialu ( typhoid ) , lembab paru – paru ( pneumonia ) telah dapat dikawal. Hari demi hari jenis ubat – ubatan yang baru yang lebih berkesan untuk membunuh kuman – kuman bakteria , kuman parasit dan sebagainya telah berjaya dikeluarkan untuk kegunaan para doktor. Sekarang jenis ubat – ubatan hampir tidak boleh dikira banyaknya.
Pesakit – pesakit yang berjumpa doktor mengharapkan doktor akan memberi mereka ubat – ubatan untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Tetapi ramai diantara mereka tidak memahami atau sedar bahawa ubat – ubatan boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini. Terdapat ubat – ubatan yang jarang – jarang sekali memberi kesan sampingan yang tidak diingini tetapi ada juga ubat – ubatan yang sering membawa kesan ini dan tiada biasa digunakan oleh para doktor kecuali jika difikirkan amat perlu untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.
Seorang doktor yang merawat pesakitnya sudah tentulah terpaksa menimbangkan apa yang dipanggil risk benefit ratio untuk mengunakan sesuatu jenis ubat – ubatan itu. Dia terpaksalah mencari ubat – ubatan yang paling rendah risiko kesan sampingan yang tidak diingini dan sebaliknya memberikan manfaat yang lebih kepada pesakit itu.
Kesan sampingan sesuatu ubat – ubatan yang digunakan itu mungkin sukar dikenali kerana ia boleh menyerupai berbagai – bagai jenis penyakit seperti penyakit yang disebabkan oleh kuman virus , penyakit alahan dan sebagainya.
Hampir semua ubat – ubatan mempunyai potensi memberi kesan sampingan kepada seseorang pesakit. Kadangkala kesan sampingan itu tidak disedari kerana tanda – tandanya hampir sama seperti penyakit – penyakit seperti jangkitan – jangkitan , penyakit alahan , penyakit metabolik dan sebagainya. Ada ubat – ubatan yang membawa kepada penyakit kulit , penyakit mata , penyakit hati (liver) , buah pinggang , penyakit sistem digestif dan membawa kesan urat – saraf. Kesan sampingan ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak makan ubat , kurang ketahanan kepadanya (intolerance) , Idiosinkrasi atau alahan.
Penting juga ditekankan bahawa seseorang wanita yang sedang mengandung bukan hanya terdedah kepada kesan – kesan sampingan sesuatu ubat yang dimakannya tetapi janin yang dikandunginya juga mungkin terdedah terutamanya jika ubat itu dimakan pada trimester yang pertama di mana proses pembentukan organ – organ sedang pesat barjalan. Oleh itu wanita yang mengandung mestilah berhati – hati supaya mendapatkan nasihat doktor supaya ubat yang boleh menjejaskan pertumbuhan janin boleh diketepikan.
Panadol , Antihistamine & Antibiotik
Umpamanya seorang pesakit yang dapat penyakit demam selesema dirawat dengan ubat seperti panadol , antihistamine seperti phenergen atau kadangkala dengan sejenis antibiotik. Selepas satu hari memakan ubat – ubatan itu timbul lah merah – merahan di kulit badan pesakit. Sama ada disebabkan oleh penyakit yang dirawat atau disebabkan oleh satu daripada ubat – ubatan yang digunakan akan menjadi tanda tanya yang mungkin sukar dijawab.
Kadangkala ibu memikirkan yang anaknya telah menghidap penyakit campak walhal bintik merah – merah di tubuh badan anaknya itu kebetulan adalah disebabkan oleh ubat – ubatan yang digunakan. Satu jenis antibiotik yang biasa digunakan bagi rawatan orang dewasa yang menghidap jangkitan bakteria ialah ‘ tetracycline ‘. Ubat ini tidak sesuai digunakan oleh kanak – kanak kerana boleh membawa kepada kekuningan gigi yang tidak boleh hilang. Sewajarnyalah ubat ini tidak boleh digunakan untuk kanak – kanak.
Aspirin
Aspirin merupakan ubat yang sungguh berkesan untuk menurunkan demam seseorang pesakit. Tetapi ia boleh menyebabkan sakit perut akibat gastritis sehingga boleh membawa kepada pendarahan di dalam perut. Jika ini berlaku najis pesakit itu kelihatan hitam akibat darah yang telah bercampur dengan asid di dalam perut dan pesakit boleh memuntahkan kandungan perutnya yang kelihatan seperti kopi. Ada terdapat juga orang yang alah kepada aspirin.
Setiap kali dia memakan ubat itu akan timbul kegatalan pada kulitnya. Kanak – kanak yang lelah boleh timbul lelahnya apabila dia diberi aspirin ; para doktor tidak gemar memberi aspirin untuk merawat kanak – kanak kecil yang demam kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa pengunaan aspirin ada kaitan dengan kejadian Sindrom Reye’s yang melibatkan hati (liver) dan urat saraf kanak – kanak ini dan membawa kepada kegagalan sistem hati (liver failure) serta gangguan fungsi urat saraf. Aspirin juga digunakan untuk merawat penyakit seperti Rheumatoid Arthritis. Jika ubat ini dimakan dengan terlalu lebih boleh membawa kepada keadaan bingit di telinga (tinnitus) , perasaan huyang – hayang (vertigo) dan muntah – muntah.
Ventolin
Seseorang kanak – kanak yang menghidap lelah banyak mendapati yang keadaannya boleh dikurangkan dengan memakan ventolin. Tetapi adakalanya ubat ini boleh menyebabkan kanak – kanak itu ketar tangannya dan ini mungkin mengeluh jantungnya berdebar – debar.
Neulin
Ubat – ubat yang mengandungi aminophylin seperti Neulin boleh menyebabkan berbagai -bagai gejala seperti ketar , perasaan huyung – hayang , sakit kepala dan sakit perut. seorang pesakit yang biasa saya rawat telah menelefon saya mengatakan yang anaknya tidak lagi lelah selepas memakan ubat ini tetapi mengeluh sakit perut. Apabila dia menghentikan memakan ubat Neulin sakit perutnya lega.
Bahan Besi ( Iron Tablets )
Ubat yang mengandungi bahan besi (iron tablets ) boleh menyebabkan sakit perut , membuatkan najis bewarna hitam. Ferrous sulphate biasa menyebabkan keadaan ini dan didapati Ferrous Fumarate lebih sesuai bagi kita kebanyakan mereka yang memerlukan bahan besi sebagai bahan rawatan anaemia.
Anti-Convulsant
Ada terdapat kanak – kanak yang menghidap penyakit sawan dengan kerapnya semasa diberi ubat disebut anti-convulsant. Terdapat pula berbagai – bagai jenis anti – convulsant seperti phenobarbitone , epilim ( sodium valproate ) , tegretol ( carbamazepine ) , mogadon ( nitrazepan ) dan sebagainya. Semua ubat – ubatan ini boleh memberi kesan sampingan dan pesakit -pesakit perlulah diawasi oleh doktor – doktor semasa mereka menerima rawatan ini .
Kalau timbul kesan – kesan sampingan perlulah dilaporkan supaya dapat dinilai sama ada gejala – gejala itu disebabkan oleh ubat – ubatan yang berkenaan ; jika difikirkan ada perkaitan di antara gejala – gejala itu dengan ubat – ubatan yang telah diberi ubat – ubatan yang lain yang lebih sesuai boleh disarankan.
Phenobarbitone
Umpamanya seseorang kanak – kanak yang diberi ubat phenobarbitone kerana sawan boleh didapati selalu mengantuk dan mungkin menjejaskan pembelajarannya di sekolah ;sebaliknya ada pula kanak -kanak yang didapati sangat resah dan tidak boleh diam (hyperactive ). Jika ini berlaku doktor akan menilaikan sama ada perasaan mengantuk itu disebabkan oleh terlalu banyak phenobarbitone yang dimakan supaya dapat dikurangkan.
Jika kanak – kanak itu didapati sangat resah disebabkan phenobarbitone ubat – ubatan yang lebih sesuai akan digunakan. Ubat ini didapati sesuai bagi kanak – kanak yang sawan yang memerlukan ubat seperti epilim ( Sodium Valproate ) tetapi ada laporan berlakunya gangguan kepada sistem hati atau liver hingga membawa maut kepada beberapa orang kanak – kanak yang mengunakan ubat ini. Tetapi ubat seperti epilim ini adalah sangat berkesan dan kesan – kesan sampingan seperti ini jarang – jarang sekali berlaku tetapi adalah penting bagi seseorang doktor yang mengunakan ubat ini selalu mengawasi yang si pesakit tidak menunjukkan tanda – tanda gangguan sistem hati. Biasanya keadaan ini berlaku ke atas sekumpulan kecil kanak – kanak sahaja. Adalah difikirkan keadaan ini berkaitan dengan konstitusi kanak – kanak itu sendiri dan tidak ada kena mengena dengan terlampau banyak ubat digunakan.
Steroid
Ubat steroid memang selalu dikenali sebagai ubat yang mempunyai potensi memberi kesan sampingan yang merbahaya terutamanya jika digunakan dengan berlebihan. Steroid adalah ubat yang sangat berguna dalam merawat berbagai – bagai penyakit tetapi jika terlalu banyak digunakan boleh menyebabkan seseorang kanak – kanak itu menjadi bulat (moon face) , mengubah corak bahu (buffalo hump) dan jika digunakan dengan lama ubat ini akan menjejaskan tumbesarannya.
Ada banyak lagi kesan – kesan sampingan seperti penggunanya lebih mudah diserang penyakit dan glukos boleh dikesan pada kencingnya seperti orang yang menghidap penyakit kencing manis. kadangkala selepas ubat ini diberhentikan kanak – kanak itu mendapat sakit kepala sehingga merunsingkan para doktor kerana mereka tidak pasti sakit kepala itu disebabkan oleh tumbuhan otak. Keadaan ini telah dikenali sebagai ‘ Benign intracranial hypertension ‘ dan akan reda dengan sendirnya tampa apa – apa rawatan.
Vitamin D
Vitamin memang selalu diberikan kepada kanak – kanak dan biasanya bancuhan yang disediakan itu mengandungi bahan – bahan vitamin yang tidak membawa kesan sampingan kepada kanak – kanak. Tetapi jika vitamin seperti vitamin D digunakan dengan berlebihan kanak – kanak itu boleh merasa kehausan , kencing dengan banyaknya akibat ketinggian tahap kalsium di dalam darah. Jika keadaan ini berterusan dengan lamanya ia boleh membawa batu karang dalam buah pinggang ( nephrocalcinosis ).
Vitamin A
Vitamin A jika dimakan dengan terlalu banyak boleh membawa kepada sakit perut , kulit yang kering , sakit tulang – tulang, sakit kepala dan sakit otot – otot.
Penicillin
Penicillin adalah sejenis antibiotik yang sangat mujarab dan telah banyak menyelamatkan nyawa manusia dari penyakit – penyakit berjangkit . Tetapi jarang – jarang kali terdapat individu yang alah (allergic) kepada suntikkan penicillin hingga membawa maut. Doktor lazimnya akan menyoal pesakit sama ada dia pernah mengalami alahan atau penyakit – penyakit alahan seperti lelah. Satu suntikan ujian (test dose) akan diberi sebelum pesakit disuntik dengan dos penicillin sepenuhnya.
Di petik dari ZR Homeopathy. Sekian.
Asalamualaikum
HERBA GALAK TUA DAN KHASIATNYA
Pokok Galak Tua adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Ubi Kemili, Pokok Seratus, Stemona, Pecah Kelambu, Patah Gelegar, Lari Malam dan Minta diMadu.
Pokok Galak Tua merupakan sejenis herba menjalar yang mepunyai ubi yang lembut. Daunnya seakan -akan daun ubi jaga bezanya daun galak tua lebih bulat dan daun ubi jaga lebih lonjong. Ubinya berwarna putih dan bersaiz lebih kurang sebesar pensil dengan panjangnya lebih kurang 1 meter. Ia boleh dikunyah seperti tebu dan mempunyai rasa manis dan pedas. Mengandungi alkaloid stemona.
Pokok ini berasal dari Madagaskar atau Afrika tropika dan tersebar hingga ke Sri Lanka, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ia adalah sejenis herba saka berumpun, setinggi 60 hingga 90 sm dan ditanam sebagai tanaman semusim. Batangnya lembut, semi-sukulen, bersegi empat, pubesen, melentur atau menegak dan tumbuh pada buku ruas bahagian bawah pohon yang ditumbuhi akar.
Daunnya ovat hingga sub-orbikular, bes kuneat, tepi daun bergerigi kasar, berukuran 2 hingga 6 sm panjang, 1.5 hingga 4 sm lebar dan berwarna hijau muda. Daun ini beraroma apabila diramas. Infloresen terminal, berjambak tegak, berbunga banyak, kecil dan berwarna keunguan.
Herba ini berubi dan rupanya seakan-akan ubi kentang. Ubi ini berukuran 2 hingga 4 sm panjang, 0.5 hingga 2 sm lebar, berwarna hitam keperangan dan isinya berwarna putih susu.
Ubi kemili mengandungi khasiat makanan yang agak sederhana. Dalam setiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan ubinya mengandungi: Air 75 g, protein 1.6g, lemak 0.1 g, karbohidrat 21.7 g, serat 0.7 g, kalsium 51 mg, fosforus 27 mg, ferum 1.1 mg, natrium 7 mg, kalium 338 mg, vitamin 0, vitamin B1 0.16 mg, vitamin B2 0.07 mg, niasin 2.0 mg vitamin C 8.1 mg.
wasalam.
Walaikumsalam Tok Wali Kudus !!!Bab kayu kayan ni saya kurang pandai, yang saya tahu kayu kelor dan kayu kampung yang biasa jer !!!kayu larak salah ni pun saya tak kenal !!!Ini bukan apa, salah saya juga !!Al marhum guru saya dulu beri pilihan, Nak belajar ubat hutan(bab kayu kayan ubat yang dalam hutan) atau bab herba kampung, yang kita pandang macam tak berguna jer !!!.Saya kata kan nak belajar herba kampung !!!jadi saya tak belajar bab kayu ubat hutan !!!Sekarang ni baru rasa RUGI,baru lah padan muka aku !!!.Saya memang belajar bab herba kampung, yang kita pandang macam tak berguna jer…contoh MUSOH bagi PETANI…Patikan kerbau,Belimbing Tanah,Dukong Anak,Ketumpang air,rumput Israel,tutup bumi, jarum mas dan banyak lagi….Jadi bab kayu kayan memang saya BUTA AKAL,kalau nak beri pendapat takut tersalah…JARAK PAGAR di katakan Larak salah, dah memang salah lah tu….kerana kang tersalah bagi ubat,..ubat orang tak nak beranak,..di beri kan ubat orang nak beranak !!!kalau pesakit tu muda, tak per ler..buat nya pesakit dah berumur 55 tahun…meraung makcik tu ..nenek beranak,..cucu beranak…..kah..kah..kah..wasallam.
Asalammualaikum semua !!! HERBA YANG KE 13
BELIMBING TANAH
Nama saintifik :Tacca Intergrifolia
Famili :Taccaceae
Nama Biasa : Belimbing Tanah
Nama lain :belimbing batu,belimbing bukit,white bat plant.
Taburan Tumboh :Asia Tenggara
Asal :Asia Tenggara
Katogari : Tumbohan liar/herba liar
KETERANGAN
Belimbing Tanah tumbuh nya berumpun dan sukar ditemui.Kebiasaan nya tumbuh di kawasan redup dan tumbuh liar di semak samun serta kawasan berbukit.Tumbuhan ini sangat subur di kawasan yang ada daun getah yang reput.Memerlukan cahaya matahari pada kadar 80 peratus sahaja.Sangat menyukai tanah lembab dan saliran baik.Daun nya berbentuk lebar dan panjang kira kira 15 inci.Tumbuhan ini membiak melalui jalaran rizom dan anak.Pokok nya menyerupai pokok kunyit kalau di pandang sekali imbas.
Belimbing Tanah mempunyai bunga yang cantik berbentuk rama rama.Bunga ini menghasilkan tangkai yang panjang berwarna hitam dan menyerupai buah belimbing besi.Tumbuhan ini sangat sensitif jika di pindah kan dari habitat asal.Jika di jaga dengan baik dari faktor matahari dan saliran ianya cepat tumbuh merimbun.Dan sangat cantik menjadi tanaman hiasan.Pokok nya bolih bertahan lama jika di tanam dalam pasu….TANG TANAM DALAM PASU NI TOK WALI memang suka !!!!keh..keh..keh.
KHASIAT DALAM PERUBATAN
Tumbuhan ini paling baik untuk merawat tekanan darah tinggi,masaalah buasir,kencing manis,lemah jantung,buah pinggang,batu karang dan membuang kolestrol dalam darah.Keselurohan pokok ini diambil di cuci dan direbus dan air rebusan di minum 2 kali sehari.Selepas itu pesakit tekanan darah tinggi di kehendaki memeriksa tekanan darah mereka.Setelah tekanan darah setabil, jarang kan minum air rebusan, menjadi selang sehari sahingga betul betul semboh.Dan berhenti minum air rebusan ini.Tetapi jangan berhenti terus, ambil lah air rebusan ini jarang jarang, supaya dapat mengawal tekanan darah anda !!!
HARUS DI INGAT AIR REBUSAN INI DI LARANG MINUM PADA PESAKIT TEKANAN DARAH RENDAH !!!!KERANA TUMBUHAN INI MENURUNKAN LAGI TEKANAN DARAH ANDA…..
Asalamualaikum
HERBA DERHAKA MENTUA UNTUK MENGUGUR KANDUNGAN DI ZAMAN DULU DULU
NAMA HERBA : Derhaka Mertua
NAMA SAINTIFIK : Plumbago Indica
BOTANI :
Tumbuhan renek. Batangnya separa berkayu dengan ranting yang mudah lentur. Daunnya ringkas berbentuk bujur dengan bahagian hujung daun yang runcing. Permukaan daunnya licin dan berkedut. Mempunyai bunga yang cantik dan berwarna merah terang Ia selalunya tumbuh di kawasan teduh dari cahaya matahari. Membiak dari keratan batang dan benih.
KEGUNAAN:
Mengubati sembelit, ubat batuk, bronchitis, angin dalam perut, antiradang, kudis buta dan melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk menggugurkan kandungan di zaman dahulu. Ia mengembalikan kecergasan badan.
wasalam.
macam mana nak ubat orang yg skt dimsk syaitan??????
Laa itu senang sahaja…datang rumah saya !!!.
salam tok syeikh…
minta tolong sikit lah….
itu demam panas kemudian tumbuh itu macam kudis hangat,macam bisul tapi tak bermata…betul betul kat bawah lutut lah pulak…
sudah dua minggu makan ubat doktor lah…tapi tadak kurang lah…
masaalah dicampur dengan kencing manis…takut nanti dipotong pulak…
ada apa apa ramuan ubat herba kampong sebagai usaha….
atau tolong doa sikit tok….
untuk isteri tersayang lahhhh…
Beli madu dan minyak Habbatus sauda dari DCL…dan amal kan isyaallah baik.Kalau dekat dengan saya bolih doakan pada ubat itu !!!.
terima kasih tuan….
kebetulan saya ahli DCL…
barang tu ada lah kat rumah…
Assalamualaikum Tok Syeikh
Betul ker petua orang lama, kalau bisul, sapu air bawang putih…insyallah…bisul tak jadi naik?
Ada satu lagi petua tapi jijik la….sapu tahi idung pada bisul…
wallahualam
Haaa Ali, dah ada ubat pun depan mata….tapi bila makan kena yakin pada Allah swt,Allah swt maha Penyemboh,kita hanya iktiar sahaja !!.
Betul!!!, Alam Tunggal…dan yang kedua itu pun betul !!!!.
Asalamualaikum
Mana kamu dapat petua sapu bisul dengan tahi hidung Alam Tunggal ?. Setahu saya, tuam dengan ulu golok atau parang yang telah di panaskan.
Alam tunggal, minggu sudah saya pergi utara, jumpa iklan seperti pautan di bawah ini hang punya ke ?.
http://pakcikli00.wordpress.com/2010/07/18/janda-dikehendaki-tak-lawa-tak-apa-janji-baik-hati/
wasalam
Assalamualaikum Pakcikli00
Hahahaha isk isk isk …sampai buat iklan noooo …. apa nak buat…Allah dah kata..jodoh dah ditentukanNya..tapi kita kena usaha gak hehehe…
Tapi saya belum sampai tahap (tampal iklan kat pokok ceri) tu lagi pakcikLi000 hehehehe….
Wassalam
Asalamualaikum
Bukan senang nak beri komentar setiap hari, kecuali mereka seperti Tok Syeikh yang telah menjadi darah daging menulis dan membaca setiap hari. Pemberi komentar tegar pun dah banyak yang berehat, mungkin simpan tenaga untuk mendaki Gunung Ledang nanti. Saya pula simpan tenaga untuk menulis komentar di Karimon’s Blog ketika kalian semua berada di puncak Gunung Ledang nanti. Kepada semua peserta saya ucapkan selamat pergi dan selamat kembali.
Wasalam.
Asalamualaikum
Kepada khalayak Karimon’s Blog yang sudi bolehlah melayari pautan dibawah ini untuk memperolehi maklumat mengenai tawaran;
http://wannura.com/
Terima kaseh salam hormat.
AsalamualaikumAssalamualaikum Tok Syeikh, salam pengenalan.Saya ingin tahu tentang istilah ‘khodam’.Adakah khodam ini berpasangan maksud saya lelaki dan perempuan.Terimakasih.
Lebih elok…Kite guna tenaga dalam utk ubat org…
Dalam bidang perubatan pelbagai kaedah digunakan oleh orang untuk mengubati sesuatu penyakit.Setiap sesuatu penyakit itu pula memerlukan kaedah rawatan yang berlainan pula dan bukan mustahil kaedah rawatan moden juga boleh diguna pakai dalam bidang sesuatu rawatan penyakit.Rawatan tenaga dalam juga merupakan satu kaedah pilihan yang baik jika kena dengan penyakitnya.Saya pernah menyaksikan kaedah rawatan mengunakan tenaga dalam dan saya akui ianya berkesan.mendalami ilmu tenaga dalam ini memerlukan satu kemahiran dalam sudut latihannya ini termasuk penumpuan terhadap aliran tenaga yang disalurkan didalam kaedah perubatan tersebut.
Kalau ada yg nk bljr tenaga dalam..Sila la berkunjung ke blog saya…http://rawatanislamik.blogspot.com…
Encik Karimon…Maaf ye…Saya promote kursus saya kt dlm blog Encik…
Tidak apa silakan,asalkan sahaja ilmu itu bermanfaat untuk semua yang ingin mempelajarinya.
Salam. tuan,saya nak bertanyakan sesuatu tentang BOMOH PATAH/BOMOH TULANG.
Bolehkah tuan jelaskan tentang SEJARAH,TEKNIK-TEKNIK mengurut,BAHAN-BAHAN DAN PERALATAN untuk mengurut, KEBAIKAN BOMOH PATAH dan PANDANGAN tuan tentang bomoh patah ini.
terima kasih tuan.. =D
Assalamualaikum saudara athrun,sebenarnya setiap bomoh patah mempunyai kaedah atau teknik mereka yang tersendiri.Ada yang menggunakan rotan,ada yang menggunakan daun mengkuan atau daun pandan dan bermacam2 lagi.Dahulunya saya ingin juga jadi bomoh patah ni tetapi apabila dikatakan salah satu syarat perlengkapnya ialah kita akan diduga dahulu iaitu kita patah dahulu dan merawat diri kita sendiri barulah bolih merawat orang lain.Inilah satu kelebihan yang ada pada bangsa warisan kita yang mungkin tidak ada pada bangsa lain.Tentang bahan ubatannya ianya juga berlainan bagi setiap bomoh patah dan setahu saya terdapat satu jenis pohon kayu yang dipanggil pokok terajang yang bolih digunakan untuk tujuan perubatan tulang patah.
Waalaikumussalam w.r.t. ok…terima kasih tuan kerana berkongsi ilmu dengan saya.
Mana bolih cerita lebih lebih…bab perubatan adalah rahsia keluarga…jika mahu, kena lah menuntut…Saya juga bolih mengubati Patah dan Retak Tulang !!!!!.