Sering juga kita mendengar tentang ular cintamani yang dikatakan mempunyai khasiat yang amat ampuh untuk tujuan pengasihan dan pelaris,cerita mengenai ular tersebut yang beri makan oleh burung turut menguatkan lagi kepercayaan bahawa minyak yang diproses menjadi salah satu pilihan untuk tujuan pengasih dan pelaris,manakan tidak ular diberi makan oleh burung.Berbalik kepada permata cintamani laut ini yang diperbuat dari kayu ular cintamani laut ianya dipercayai mempunyai kesan yang serupa iaitu sebagai medium untuk pengasih dan pelaris.kalau dilihat dari batang kayunya maka tidak dapat dinafikan ianya adalah cantik hitam berkilat dan mempunyai lorekan jalur yang berpusar yang menarik dilihat tambahan pula ianya agak sukar untuk diperolehi.Inilah salah satu anugerah alam laut pada kita dan untuk kita manfaatkan bagi yang mengetahui rahsianya.cintamani

About these ads