Kayu Penunduk/Kayu Tas
Sering terdapat percanggahan pendapat antara kayu penunduk dengan kayu tas.Soalannya ADAKAH IANYA JENIS YANG SAMA ? Diminta pengunjung blog ini yang mempunyai pengetahuan dalam hal ini sudi memberi pendapat anda supaya kami semua faham dan tidak terkeliru.Apakah ciri ciri dan perbezaan keduanya jika ada dan bagaimana mengenalinya ?
Posted on 28 Julai 2009, in Pendapat dan Perbincangan. Bookmark the permalink. 70 Komen.
Assalamualaikum Buat Penatap dan pemberi Komen dalam Karimon’s Blog.
Mengikut pengalaman saya tentang Kayu Tas atau lebih dikenali dengan nama:Lakum, Limpanas, Ujan Panas, Kayu Penunduk, dan kayu Tas. Spesis kayu ini yang banyak tumbuh ditanah berbukit di Sarawak, Tanah Semenanjung dan hutan Borneo rata-ratanya memiliki warna kulit Kayu yang lebih kurang sama. Akan Tetapi ada beberapa jenis Kayu Tas atau penunduk. Lebih dikenali dengan Penunduk Hitam, Putih, Merah dan Kuning.
Di Sarawak Kayu Tas dikenali dengan nama Limpanas Laki dan Limpanas Bini. Perbezaannya adalah warna Kulit Kayunya. Warna Hitam adalah Tas Jantan dan Kulit Putih Tas Betina. Manakala spesis Kayu Tas yang payah nak jumpa adalah Kayu Tas jenis Merah, Kayu Tas Tanah Semenanjung dan Kayu Tas Jenis Kuning.
Untuk mengenali Kayu Tas adalah melalui Bau kulit Kayunya. Kalau Kayu Tas Sarawak baunya seakan Bau rempah,mint atau berbau wangi.
manakala Bau Tas Tanah semenanjung Berbau Tengit serta Busuk. kalau nak tahu Baunya Siatkan sedikit kulitnya dan cium baunya untuk mempastikan ianya ada memiliki bau yang dihuraikan diatas.
Dari segi Khasiat Kayu Tas atau Penunduk, Ia mampu menundukkan Binatang buas serta binatang berbisa, ada juga mengatakan ia mampu untuk menundukkan manusia yang berhati seperti binatang juga. Bagi kaum penan, mereka akan membakar Kulit kayu tas betina untuk menghalau makhluk halus.(saya pernah melaluinya)..
Kayu Tas Sarawak amat senang didapati, manakala Kayu Tas Semenanjung payah nak dapat, ada pun dalam kuantiti yang sedikit. ini kerana Kayu Tas Semenanjung kalau ada pun harganya mahal…Kalau kayu tas semenanjung murah..mungkin kayu dahan pokok ceri kut.Kayu Tas Merah pula Lebih Dikenali sebagai Penunduk Gajah kerana ada Kayu penunduk Merah yang bersaiz Besar Serta Unik. Manakala Tas Kuning pula lebih dikenali dengan nama Tas Harimau dan memiliki Bau yang amat kurang menyenangkan.
Wassalam
sungguh penuh dan padat maklumat dari tn walikudus..al maklumlah pakar kayu lah katakan..terima kasih atas terjemahan tn walikudus mengenai kayu Tas ini..brtambah ilmu buat pengunjung blog ini…
Salam sejahtera saudara2, pakcik2 & terutamanya pakcik waliqudus yang dirahmati ALLAH,
Terima kasih untuk info yang amat bermanfaat yang diberikan, akhirnya saya memiliki sepasang kayu berkenaan jantan & betina, kat tempat sya nie, mereka panggil ‘kayu malam’ atau ‘kayu hujan panas’..heheheheh…
Salam, Mr Lama Dorje, please email me at waliqudus@yahoo.com for your request.
Thank you.
Wassalam
Salam untuk semua !!Setahu saya kayu tas dan kayu penunduk berbeza,kerana saya ada kedua dua nya. kayu tas warnanya hitam dan bintik bintuk putih, nanti saya ambil gambar masuk kan dalam blog (bukan untuk dimahar kan)..kayu penunduk yang saya ada, kalau anda tenguk blog saya, yang dipanggil tongkat ular tu lah kayu penunduk.saya ambil sendiri kayu itu..sebelum ambil, ular dah tunggu, ular itu berwarna kelabu,bintik bintik hitam dan perut nya putih. saya tidak tau jenis apa !! memang garang !!! tetapi bib!!masaallah!!! bila beri salam, kepala nya tunduk dan lari masuk hutan.menurut ‘nenek’ ular itu penjaga nya dan memang nak di beri pada saya.budak yang nak ambil tu budak baru dan sekarang dah jadi menantu saya pula,ular tu memang tak kenal dia !!Hampir 2 tahun ,saya dah aim kayu tu.kayu itu ialah kayu penunduk menyembah bumi..(tidak untuk di maharkan).kayu penunduk ni memang keras, kalau dah 3 hari di potong dari induk nya, kita kena pakai jiz saw yang mata baik kalu tak,kayu tak putus ,mata gergaji akan patah!!
Antara khasiat nya (kena masuk ayat dulu),1.syaitan takut,2. binatang takut(semua binatang samaada bisa atau tidak).3.anak anak kalu degil sangat.4.penawar bisa atau santau…
CARA-CARA GUNA : 1.Kalau ada yang tak sedar..kerasukan…ketuk , saja kat sendi sendi dari bahu terus ke kaki, ingat bib, jangan kuat sangat. 2.Binatang memang takut,.hati 2. jangan libas kat binatang kesayangan…7 hari je.padam !!(saya tak tanggung jawap) KAT ORANG YANG TAK KERASUKAN PUN JANGAN DI PUKUL KHAS NYA PADA ANAK ANAK!!!Kalau PENCURI terpulang pada anda,kata guru saya 3 bulan, sampai ajal confirm ..padam..3. Kat anak yang terlalu nakal(terlalu aktif) masa anak tidur ,urut dari kepala ke kaki, sampai hujung kaki makrifat kan kita buangkan sifat sifat tak elok.4.Kalau untuk ubat santau atau bisa..masuk kan dalam air mineral atau air perigi(air mentah-belum masak)..air masak tak bolih..dan rukyah kan ayat penyembuh dan ayat buang bisa..tetapi harus di ingat.. santau tu kena keluar kan dulu, kalau tak, kurang mujarab!!!
Saya pun tak tau jenis kayu penunduk apa yang saya miliki.warna kulit luar nya coklat keputihan dan kalau kulit nya disiat bau macam mentol(berangin),kayu didalam berurat macam di pintal, berwarna coklat cair dan sangat keras kalau besar jari kita ni, kalu kita nak patah kan ,tak dapat bib!!
Kayu ini bib !!! BARANG TERKAWAL HATI 2. untuk tanam dia, susah juga, puas saya ambil anak nya tak mahu hidup..dah memacam cara dah buat tapi tak hidup, kata ‘nenek’ dia memang tak hidup pada ketinggian bawah 4000 kaki sama macam cenuai selain itu khasiat daun nya bolih direbus ubat darah tinggi, kencing manis, batu karang dan lemah jantung…tu lah sebab nya dia barang terkawal !!!apa apa hal pun kalau nak ambil pokok ni kita minta kat tuan nya, tuan nya sama dengan akar cenuai.dah saya cerita kan tadi masa nak ambil kayu tu.Kalu ada apa apa yang rahsia tu talipon je,kat laman ni faham faham je!! sekian saja!!!
Salam Sejahtera Pak Sheikh yang dikasihi dan Dirahmati Allah,
Memang benar apa yang dititipkan dalam catatan mengenai kayu tersebut. Melalui pengalaman dan berguru dengan macam-macam guru pasal bab perkayuan ni, saya dapati perbezaan antara Kayu Tas dan Kayu Penunduk ni adalah melalui Kulit dan Bau, melihat dari perspektif sifat kayu, memang kayu penunduk ataupun kayu tas ni bersifat tunduk, bahagian pucuknya yang tunduk kebawah…tapi tak la sampai mencecah ketanah..Kayu penunduk yang memiliki kualiti yang baik kebiasaanya hidup dikawasan berbukit…yang terbaik..(wallahu) hidup tumbuh diatas batu..Perbezaan Kayu Tas dan Penunduk dari segi Kulit adalah..jika Kayu Penunduk Kulitnya nipis, dan kayu Tas berkulit Tebal…Subhanallah…
Maafkan saya jika maklumat ini jauh menyimpang kelaut…
salam untuk waliqudus!!saya ni tak pandai tentang kayu, tapi dengar orang cakap je!!.Kayu Penunduk,kayu bertam hitam dan kayu kemuning hitam juga mungkin kayu tas, kalau kita ada lebih dari 2 hasta,kalau di sebat orang,..sampai masa dan ketika nya…dalam masa 3 bulan..jalan !! kat batu 2.??? Saya belum cuba ,tapi kat kucing ada sahabat buat( dia pun tak tau kayu apa), kayu tu besar jari anak!!! termenong biawak kucing tu.tak makan dan minum..menantu saya(masa tu baru bertunang), talipon saya,saya pun pening juga!!lalu diILHAM kan ALLAH,saya katakan..rendam kayu tu dan baca kan fatihah 7 kali dan selawat 7 kali dan beri minum, ALHAMDULILAH dalam masa 5 minit,berlari hamba ALLAH tu, cari makan dan minum !!! itulah saya agak kalau terkena anak anak, mana tau hilang kesabaran(minta minta jangan)
ubat nya seperti diatas!!!! tapi tak tahu lah kalau sahabat, yang lain, ada doa yang lain ..pass lah kat saya !!KALAU LEMBU LIAR ..memang ada SAYA BUAT, libas je tapi tak kena. memang lembu tu lari bib, sampai sekarang tak datang lagi, rasa saya dah masuk 5 bulan, lalu depan rumah pun tak mau…maksud saya , saya gunakan kayu penunduk yang berbentuk ular tu, kayu tu menunduk sampai ke tanah, dalam pulohan pokok,tu lah sebatang saya dapat.IBU POKOK PENUNDUK NI bib, 3 pemelok ada,rasa rasa umurnya 700 tahun ada, saya nak minta tak dapat,kata ‘nenek’ yang kamu dapat tu lah paling baik. saya pun tak kata apa lah, hanya ucapkan terima kasiiiiiiih..saya pun tersedar dari mimpi!!!!yang atas tu cerita betul bib ,yang mimpi tu mimpi lain…!!!
Salam Sejahtera Pak Sheikh dan para penatap Karimon’s Blog yang setia dan Tegar dengan maklumat-maklumat tentang Rahsia Alam..Alam Allah…
Buat Pak Sheikh, terima Kasih kerana Berkongsi-kongsi Ilmu yang ada didada..Alhamdulillah,..terpanggil juga untuk berkongsi Ilmu, Muga Allah menambahkan dengan Rahmatnya dan bertambahlah Ilmu didada hendaknya buat kita bersama-sama penatap setia semua..InsyaAllah.
Pak Sheikh..kalau nak diikutkan semua kayu ni penunduk, asal bila kena sebat jer gerenti Tunduk, termasuklah batang penyapu…hehehe, tetapi yang dimaksudkan adalah jenis Kayu Penunduk yang memiliki Khasiat Tunduk bagi Mahkluk Halus, Nyata, binatang dan sebagainya..dalam itu pula, Kayu penunduk juga memiliki Bisa/Penawar dan berbagai juga jika nak dilampirkan akan Khasiatnya, rata-rata Kayu jenis Penunduk yang berbisa dan Penawar selalu menjadi Pilihan seperti, Tas Jantan dan Betina, Penunduk Hitam/Putih/Kuning/Merah dan Coklat..tetapi ramai juga yang tidak mengetahui bahawa jenis Gemunggal/Bertam/Kemuning/Tongkat Ali/Kayu Hj Samad/Raja Kayu Putih/Nibung dan berbagai jenis lagi tidak diketahui yang memiliki khasiat Penunduk/Pembisa/Penawar/Pengerun/Pemanis/Pelaris dan berbagai lagi..
Tetapi untuk mendapatkan Teras-teras atau Kayu yang memiliki Khasiat yang sebenarnya amat payah, hanya dengan Anugerah dari Allah buat Hamba-hambanya yang terpilih sahaja akan memperolehinya dengan Mudah..dan sebilangan masyarakat Kaum Asli pun kurang mengenal dengan jenis-jenis Kayu, tidak seperti orang-orang tua mereka…Kebanyakkan kaum orang Asli kini lebih mengenali, Led Zepplin/Scorpions/Search/May dan berbagai kumpulan Rock…Bayangkanlah, Mereka boleh menjual Setongkol Teras Gemunggal yang boleh dipanggil Gelih atau Galih (Lebih Baik dari Teras biasa)dan mereka hanya mengatakan bahawa ianya adalah jenis Kemuning Hitam, Malah Teras Penawar Hitam pun depa dok kata Kemuning Hitam…kira siapa yang dapat tu kira dapat loteri la…tetapi pada masa kini, teras-teras pilihan amat Bernilai dan ianya dijual oleh kaum Asli dengan nilai yang tinggi, orang-orang tempatan pun nak beli kira kena pikir 4 juta kali nak beli, ini kerana orang luar telah mengajar kepada kaum asli dengan membelinya pada harga yang tinggi, bagi mereka (org luar)..apa yang dinilaikan oleh kaum asli adalah murah giler pada pendapat mereka,…dan kaum asli pada masa kini lebih kepada material, bukan lagi seperti kaum asli dulu-dulu, jika kayu kemuning..kemuning la.jika tas..kayu tas la dijualnya…time kini, kalau nak beli kayu tas pun kene berhati-hati dan nak kena pandai pilih…kekadang terkena kayu ceri…malahan, cara kayu diambil pun sudah tidak seperti dulu-dulu..ada ritual dan permohonan..la ni, depa pakai sodok jer..so..yang halus-halus tinggal kat dalam tu..cabut lari la..macam mana nak ada khasiat mistik lagi..kalau khasiat alaminya pun dah ceroi..kira kayu perhiasan la…tetapi bagi orang-orang yang memiliki Ilmu Allah…apa jua, insyaAllah akan menjadi berkhasiat semula akibat dari Kesan Dzikir dan cara tertentu dalam menjaga Teras-teras kayu,batu,besi dan sebagainya..Wallahu..
Maafkan saya jika catatan kelaut…
SAmbungan Khasiat…
Kebanyakkan Penawar bagi yang berbisa..adalah dari jenis bisa juga sebagai penawarnya,…memang benar..tetapi ada yang boleh direndam dan minum dan ada juga hanya boleh disapu pada bahagian luaran sahaja..Khasiat pada satu-satu jenis teras adalah berbeza mengikut kehendak Allah, ibarat contoh: Geliga Lipan diketahui terkenal dengan tembus pandang..tetapi ada juga yang memiliki Khasiat Kebal..wallahu..contoh..Batu Petir dikatakan memiliki Khasiat semulajadi penghalau Makhluk halus,..ada juga memiliki pemanis..masyaAllah..macam-macam,…dan dalam banyak-banyak teras kayu…yang paling pelik adalah Larak Salah…berbagai Khasiat dimilikinya, InsyaAllah…Saya menyarankan Kepada Pengasas Karimon’s Blog agar membuat Paparan bahagian TERAS LARAK SALAH untuk berkongsi Maklumat tentangnya agar kita semua mendapat pengetahuan sebenar mengenai teras jenis Larak Salah…
Wassalam
SALAM UNTUK SEMUA BOLGGER !!!Pada hari ini ALLAH telah beri ANA pangkat paling tinggi sekali, anak perempuan ana melahirkan anak pertama,DAN CUCU PERTAMA ANA, PADA SUBUH, 29 MUHARRAM 1431 bersamaan 13 JANUARI 2010, dan menjadi kan ANA ‘DATUK’ SECARA RASMI NYA, SEGALA PANGGILAN MENJADI ‘TOK SYEIKH’….dah tua dah ana ni !!!
TERIMA KASIH WALIQUDUS!!! Syok sangat ,!! kerana dah jadi datuk, sampai lupa nak baca, itu lah sebab nya, saya kata kan ,segala tumbuhan untuk di jadi kan ubat atau penawar mesti lah di ambil denga ritual, maksudnya, dengan bismillah nya , dengan salam nya dan paling penting izin dari PENGAWAL nya.Memang betul ,ada orang kata pemilik nya ALLAH, betul!!!tetapi ALLAH dah siap/amanah kan kepada sesiapa yang dia suka untuk mengawal tiap 2 satu benda atau barang !!tamsil nya>> ANAK KITA TU milik siapa ?? tentu lah milik ALLAH !! tetapi siapa penjaga nya>> tentu lah, KITA!! ITU LAH SEBAB kita bolih suruh sesiapa saja mengambil nya , tetapi kita mesti masuk kan ayat rukyah.!!! ayat ayat rukyah tak lah susah..kekadang cukup, hanya bismillah !!! tapi banyak la…sekurang 2..1001 ke!! atau 3333 ke !!atau 7777 ke!!atau 9999 kali!!..mengikut kesesuaian barang yang nak di guna kan , dan baru lah berkhasiat, tak baca pun bolih, macam senseh tu buat tapi ada kureng la khasiat nya !!! kita kan nak power….power ni la ! power itu la!!!POWER sebenar nya ,, tak ada ,hanya ada kat….SHELL..he,,he,,he !!! KALAU BISMILLAH pun tak tahu….Aii, nak mampoiss bonor la tuu !!!!
Salam Sejahtera Tok Sheikh,..Tahniah kepada Tok yang dah naik Pangkat, so kami disini pun lebih senang dengan panggilan Tok Sheikh,..tetapi tok sheikh jangan la naik syeikh la pulok..hehehe..walau bagaimana pun..terima Kasih tok, kerana berkongsi-kongsi maklumat serta Ilmu, kami amat alu-alukan akan pengetahuan yang dikurniakan Allah buat tok dimana tok lampirkan didalam Karimon’s Blog buat dikongsi bersama..Alhamdulillah…InsyaAllah, Saudara Pengasas dan saya ada memasang niat jika diizinkan Allah untuk bersua wajah agar ikatan ukhwah dapat dipanjatkan demi kerana Allah,
Almaklumlah kami disini sentiasa mencari kebenaran akan sesuatu yang diciptakan buat manusia memanfaatkan demi kejalannya, InsyaAllah…
Terima Kasih Tok Sheikh…
Salam Tok Sheikh,..Tok tu tak la tuo sangat…agak kalau, boleh saya sertakan Akar Tua Galak dan Akar Derhaka Mertua untuk Tok minum air rebusan dio,….hehehe ubat Kuat la tok….leh jadi Mudo balik…kehkehkeh..ibarat pepatah kata, Akar Tua Galak ni makin tua..makin menjadi, hari-hari nak lagi…tetapi akar ni jika try…insyaAllah, ada cucu dan anak yang sebaya umur..hak-hak-hak…maaf tok cucu bergurau jer….
Terima kasih WALIKUDUS DAN KARIMON juga yang lain lain lagi!!! 2 akar ini memang saya nak cari kerana saya hanya dengar nama sahaja, dan satu lagi pokok kenerak!!! khasiat pokok kenerak ini , ialah ubat semua jenis kancer, selain itu pokok jarum 7 bilah, pokok bechah beling ,pokok sabung nyawa dan ada lain lagi.bagi saya kancer ni tidak bolih di ubat dengan dadah..nanti hospital marah kang, kat aku !!!!ia nya mestilah dengan herba dan homeopaty…tetapi atas sebab bisnes !!!! ubat nya dikata kan tak de!! datuk dan nenek moyang saya , hidup hampir 100 tahun dan melebihi 100 tahun..mereka makan uabat akar kayu je!!!orang kita sekarang ni banyak makan bende segera, tu lah sebab nya MATI pun segera, air akar kayu, pahit lah, masam lah dan macam macam lagi, jangan lah minum akar kayu, esok je nak baik ,..wah masaalah lah, ini bukan dadah,!!!benda dadah ni tahan sakit je , bukan ubat!!!!mana tak sakit memacam makan….klorin hari hari masuk perut…ai. kalau ikan mati, tanpa anti klorin,,,manusia pun PADAM bib kalau hari hari makan klorin.!!!!itu belum lagi AYAM GORENG KAT….KILO…FORTSROK..CARLIE..?????
pelase visit my website.
klik at special woods and antic
you can see all the special wood you need.
Asalamualaikum semua !! bab kayu ni dah lama kita bincang kan !!Saya telah pergi rumah RAJA KAYU,adohhh banyak nya kayu bebaik dan berkhasiat !!sampai saya tercenggang melihat kan kayu,saya sebenar nya tidak mengenali banyak kayu hutan yang berkhasiat !!Banyak yang dapat saya pelajari tentang khasiat kayu!! rasa nya terasa pantas sangat masa bergerak, alih alih tengok dah jam 5, nanti lah lain masa dan ketika saya nak pergi lama sikit dan nak buka buku dan menulis dan lagi nak bawa se buah LORI KECIL 1 TON,supaya kayu dapat di bawa balik ke Melaka…memang lah bib MELAKA mana ada hutan, cuma 2 jer hutan simpan….ada HUTAN PERCA dah tak der hutan, ada pokok getah dan sawit jer !!!TERIMA KASIH PADA TOK WALI, kerana mengajar saya bab perkayuan, yang aku tau pokok kelor jer, tapi teras kelor tak kenal pun, itulah kalau dah buta kayu, nasib baik tak kena tipu batang penyapu, dikata kan teras kelor,tapi kalau bab telor aku tahu pasal pakciklioo ada !!!!,kalau tak caya tanya KARIMON, dia ni hari hari makan telor,tidor bawa telor, jalan bawa telor…pasal telor dia laku…kah…kah…kah….jangan marah karimon nanti tak der telor…sebab besi belum bertelor….
Kah..kah..kah…Banyak Lori Pun tak per Tok..tapi Tinggal Lori jer lah…
John,If you want kayu tas,give me a call+60176468979
salam..kpd tok dan wali..zaman Rasulullallah dulu de ke sahabat2 gunekan kayu ni dan mengakui khasiat2 kayu ni,tlg trgkan ckit…kita jgnlah prcaya bnde2 yg syirik ni…egtlah sahabt2ku,makhluk tiada kuasa,Allah lah yg brkuasa….TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH!!!!betulkan iman kita!!!jgn smpai trpesong dan mngakui bhwa mkhluk brkuasa dan boleh mmberikan mudarat!!!!Ampunkanlah kami Ya Allah,berilah kami petunjuk,,,
mintak di kongsi ilmu ini yea….
Jika zaman Rasullulah saw TIADA KAYU, habis Tungkat nya di BUAT dari Apa ????Besi atau Emas !!!!.Kadang kala, saya juga LETIH nak jawap Bab Syirik ni !!!Tapi bukan bermakna, saya tidak tenguk Blog Karimon…..Soalan BANGGANG yang di utara kan !!!!.Berbuih Mulut Saya,Pakciklioo,Paduka,Alam Tunggal,Dauz dan Karimon Sendiri !!!!Habis Nabi saw BERUBAT pakai garam, dan garam itu nak buat apa ????.Kalau setakat baru masuk….tenguk dulu KOMEN yang di tulis olih orang lain…saya ingat dah Beribu muka surat !!!!, kami tuliskan !!!!.
ada jg yg tanye soalan lintang pukang mcm tu.. Kalo ko da pandai sgt ngaji nape ko tak naik ke langit jer!!!
Dulu zaman Rasulullah, Rasulullah penah pkul setan(tiang soko) ngan tongkat dia, agaknye kalo ko idup zaman Rasulullah mesti ko cop Rasulullah ni syirik sbb nape Rasulullah tak guna ayat Quran nak halau setan.. Nape Nabi Musa tak belah laut ngan doa je..?? Nape nak katok tongkat tu belah laut..??
hati hati guna ayat atau perkataan kalau nak jadikan Rasullullah s.a.w sebagai contoh. dikhuatiri kita akan tergolong dalam golongan yg mempermainkan kekasihNya.
Rasulullah SAW, Memang mengguna kan Tongkat yang di perbuat dari Kayu Luz atau Kayu Mekah, panggilan orang Melayu !!!.Jadi jika Rasulullah SAW, menggunakan Tungkat, kenapa pula kita tak bolih gunakan tungkat ????Bukan kah Rasulullah SAW itu “Ikutan yang paling baik “..???????.
segala yang Rasullulah buat seboleh2nya ikutlah mana yg mampu. Insyallah akan ada bahagian kita di akhirat dengan niat mencontohi kekasihNya. Allah mengasihi orang yang mengasihi kekasihNya. Letakkanlah Rasullullah di tempat yang tertinggi di kalangan sekalian makhluk.
saya ada memiliki tasbih kayu keluat dari alam bunian.. buat abang2 yang mahir dalam ilmu kayu kayan ni macam mana nak mengenal ianya daripada teras atau tidak.. juga ingin meminta pendapat abang2 semua khasiat yang ada pada tasbih keluat ini yang ‘asbabnya’ dijadikan Allah juga..minta pandangan.. terima kasih
Betul ker Tasbih Keluat itu berasal dari Alam Bunian ????.Setahu saya Bunian atau Jin sangat takut dengan kayu kayu bertuah khusus nya Kayu Penunduk Gunong,Tas,Kelor,Ketuat dan lain lain !!!…Saya tidak percaya jika Bunian yang berikan Tasbih Keluat itu !!!…..jadi jangan kata kan dari Alam Bunian…tapi ALAM MANUSIA !!!!
assalamualaikum..
nak tanyer TS
yang takut ngan kayu bertuah ni bunian n jin kafir je ke atau semua bangsa depa tanpa mengira agama.
takut sebab auranya ke baunya ke getaran tenaganya ke.
utk makluman Tok Syeikh saya memperolehi tasbih keluat itu hasil permohonan seorang yang saya kenali…semasa saya datang kerumah beliau kenalan saya tersebut sedang menbuat permohonan dan dimaklumkan tasbih tersebut jatuh semasa ritual beliau… itulah seperti yang dikhabarkan kepada saya Tok Syeikh..
Jika begitu !!! Tasbeh Ketuat itu BUKAN dari Alam Bunian…tapi Alam …….OK lah tu !!!!….Wallah hu !!!.
As Salam sahabat semua !!! Para Jin samada kafir/Syaitan dan Jin Islam akan takut pada kebanyakan kayu Bertuah.Jika Bunian mereka tak takut,,,tapi tak selesa jika duduk berdekatan dengan kayu bertuah….Mereka takut pada energi kayu itu dengan syarat telah di aktifkan.Bertambah takut lagi jika telah di rukyah ayat Al Quran dan Doa Syifaq….Wallah hu !!!.
Assalamualaikom Tok,
Bolihkah Tok Syeikh ajarkan bagaimana cara mengaktifkan dan merukyah kayu bertuah. Ada kah dengan cara di izazahkan? Alhamdulillah doa Syifaq saya tahu. Untok pengetahuan Tok Syekh saya ini kalau di negara tok sama saperti tok (di panggil datuk tapi di negara saya masih di panggil nini selepas nenek baru lah kami di panggil datuk).
WASSALLAM.
Alaaaa lupa nak tulis lak…Energi kayu bertuah ( yang terpilih sahaja…spt..ketuat,Penunduk Gunong,Tas dan kelor juga asam jawa)…akan memecahkan mulut,mata dan telinga mereka !!!!.
Assalam… T.S pernah dengar dengan Khadam Ayatul Kursi iaitu Syeikh Al-Kandiyas… adakah ia memudaratkan apabila seseorang itu menfgunakan khidmatnya….sekian terima kasih
adakah beza antara khadam ayat dengan syeikh ayat….dilihat pada nama nya macamtak sama…
Kalau kita nak buat Isian Doa,Zikir atau Ayat Al Quran…kita mesti tahu apa kah khasiat Ayat itu. Yang kedua…bab khadam ayat, sebenar nya kita tak perlu ambil tau !!!.Saya akan rukyah kan/masukan ayat yang berkaitan,,,untuk tujuan apa ???….Khadam adalah HAK ALLAH SWT….Tahu lah dia, dia nak bagi khadam ker atau tak der khadam…..Bagi saya,,saya lebih suka tak der khadam kerana kita terus ke Allah SWT adalah paling baik. …..Jadi jangan risau atau ambil tahu,,,jika kita rukyah kan doa,zikirullah dan ayat Al Quran !!!!.Yang perlu kita risau, jika orang masukan Isian Jin….ini memang bermasaalah,,,jadi berhati hati lah !!!!.
Syeikh Ayat dan Khadam ayat….sama lah tu !!!!
Salam semua,apa yang aku tau menurut wak setiap kayu mempunyai energinya yang tersendiri sama ada ianya kuat atau lemah sukar bagi kita nak mengukurnya.itu sebabnya menurut wak mengapa kemungkinan orang akan membuat isian bagi memantapkan lagi kayu itu.Isian sering dilakukan dengan mengisi energi ayat dan energi orang yang mengisi dengan cara memindahkan energinya ke kayu itu.Cuba bayangkan kalau kayu itu memang dah ada satu energi kekuatan alami dan diberikan lagi isian oleh orang maka energinya akan 2 kali ganda kuatnya.
ASSALAMUALAIKOM DAN SALAM HORMAT KPD TUAN KARIMON DAN PESERTA FORUM SEKALIAN,
Saya baru saja berjinak jinak dengan blog Tuan Karimon ini dan saya perhatikan ia nya ada lah blog yg professional dari semua aspek dan ilmiah. Di antara minat saya ia lah mengumpul kayu2 yg berkhasiat. Saya memuhun pertolongan tuan2 dan puan2 semua yg arif sama ada kayu2 itu eg. penunduk, tolong2, sakang seribu, limpanas putih, hitam dll yg kebanyakkan nya sebesar ibu jari. Olih kerana besar nya tidak sama kebanyakan nya sebesar ibu jari – bolih kah saya potong kemudian cantumkan (digam) semula menjadi seragam sebesar 1 inci setengah (kulit nya terpaksa saya kopak), (1) adakah kayu2 yang di potong dan di kopak itu maseh berkhasiat (power)? DENGAN BERBUAT DEMIKIAN SAYA AKAN MENJADIKAN KAYU2 ITU MENJADI TUNGKAT YANG BERUKURAN BULATAN 1 INCI SETENGAH YG BERSAMBUNG SAMBUNG MENJADI 4 KAKI atau 4′ 1/2″ – mesti cantek bib. Jadi soalan cupu emas nya tuan2 dan puan (2) ada kah tungkat saya itu nanti MASEH ADA POWER atau BERTAMBAH POWER kerana telah di cantum menjadi 1 tongkat walau pun kulit nya dikopak? (3) Apa pula nama kayu yang tidak bolih di cantumkan dgn kayu2 lain? Komen dan nasehat tuan2 dan puan ada lah sangat2 saya hargai.
Waalaikumusalam Tuan Haji Awang,mohon saya yang muda ini memberi sedikit pendapat sekadar pengetahuan yang ada pada saya.Jika tuan haji berhajat mahu mengcantumkan kesemua jenis2 kayu yang tuan haji miliki dari ukuran yang kecil menjadi besar dan panjang,saya rasa cara itu kurang sempurna.pertama dari segi ketahanan kayu itu sendiri yang dicantumkan.Keduanya bukan semua jenis kayu yang serasi diantara satu sama lainnya kalau dicantumkan.sesebahagian dari kayu khasiatnya terletak pada kulit bukan batang kayunya.Kalau tuan haji mahu menjadikan sesuatu kayu itu menjadi tongkat ada baiknya tuan haji mencari satu batang kayu yang panjang yang menjadi induk atau base pada kayu2 yang tuan haji mahu cantumkan dan tuan haji perlu mengetahui apakah fadilat yang tuan haji mahukan jika ianya menjadi tongkat nanti.Wassalam
Salam Sejahtera Para Sahabat Yang Dirahmati Allah.
Saya bersetuju dengan pendapat Tuan Pengasas. Tuan Hj. Awang, jika sambungan kayu atau teras, walaupun ianya tampak kuat dan teguh, lama-kelamaan ianya akan patah ataupun retak dibahagian sambungan jika sambungan dibuat secara mendatar..tetapi jika sambungan dibuat dengan pasakkan teras seperti tenon, memungkinkannya. Jika tuan dapat mengabungkan jenis Madang Sisik/Kayu Fatimah dan Sakang Seribu, InsyaAllah…ianya adalah salah satu dari jenis gabungan yang baik..cuba gabungkan dalam kiraan ganjil. Sambungan boleh dibuat dengan menggunakan bahan Wood Epoxy. Jangan gunakan bahan seperti Acrylic kerana ianya tidak berapa sesuai. Fadilat jenis Kayu atau teras juga perlu dititik beratkan. Bahan kayu atau teras tidak sesuai jika digabungkan dari jenis kayu lembut dengan kayu yang keras. Kulit pada bahagian kayu adalah lebih baik dikekalkan dari dibuang seperti (Contoh) Kayu jenis Tas/Penunduk Pontianak, kerana Kulitnya lebih berfadilat dari kayunya dan ada juga jenis kayu yang perlu dibuang kulitnya. Jika Tuan di Brunei..cuba dapatkan jenis-jenis kayu dan teras dari Tamu Kianggeh…InsyaAllah..kat sana ada juga jenis-jenis kayu dan teras yang tidak terdapat di Tanah Semenanjung..wassalam
ASSALAMUALAIKOM & SALAM SEJAHTERA KPD TUAN KARIMON DAN TUAN WALIQUDUS DAN JUGA TUAN2 DAN PUAN2 SEKALIAN,
Terima kasih di atas jawapan Tuan Pengasas dan Tuan Waliqudus di yang berupa nasehat, komen dan juga cadangan bagi hasrat saya untok membuat tungkat yang mana sangat2 saya alu2kan dan hargai, semoga Allah akan memberi ganjaran pahala diatas jawapan tuan2 itu. Cadangan saya hendak buat 3 tungkat sebenar nya :- 1. Cantuman kayu2/teras yg guna nya dgn izin Allah semua mahluk yang berniat jahat tidak berani membuat jahat kapada kita 2. Cantuman kayu2/teras yg guna nya dgn izin Allah bagi memukul musuh yang hendak menghentam kita sama ada binatang buas, perompak / penjahat, mahluk halus dll 3.Cantuman kayu2/teras di jadikan tungkat sebagai ubat (mungkin ini tidak bolih kerana lain penyakit lain kayu/teras yg di gunakan). TAPI KALAU JADI SATU TUNGKAT SAHAJA PUN SAYA AKAN BERSYUKUR.
Bentuk tungkat yg hendak saya buat ini ialah bentuk J (macam kaki payung) dan walau pun telah ada kayu2/teras dlm simpanan saya, saya rasa belum lagi cukup. Hari ini ada expo agro, pertanian, perikanan … di Taman Rekreasi Kg Parit dekat Kg Mulaut (mesti Tuan Waluqudus tau tempat ni – jln menuju ka Limbang. Di selitkan juga berjual kayu, teras, tungkat dan parang cantek. Oh yah betul tekaan Tuan Waliqudus saya ialah orang Brunei isteri saya orghang Penang. Tuan Waliqudus dulu berkerja di Temburung sebagai Guru Ugama atau Guru Sekolah Menengah atau? Sekarang Tamu Kianggeh sudah ada tanding nya iaitu Tamu dekat Pasar Ikan Gadung walaupun tidak jual kayu/teras tapi jual pokok bunga, pokok buah2an tiap Ahad dan Jumaat manakala setiap ptg ada gerai makanan, pakaian buah2 dan sayur2an. Tapi dekat Tamu Kianggeh ada Waterfront sekarang. Yang banyak jual kayu teras ialah di Daerah Temburung dan Bandar Limbang. Di expo itu saya ada terlihat tungkat bentuk C spt yg saya idam2kan tapi kayu nya walau pun ada madang sisik, asam jawa tapi di selang seli dgn kayu2 yang cantik urat nya spt. sepatir, kayu arang, simala, simpur laki, kulimpapa tanduk dll. Kata tuan punya tungkat sebelum di gum dia drill lubang di kayu2 yg hendak di cantumkan itu dan di masukkan DAWAI dilubang kayu2 itu dan barulah di sapu dgn gum. Kata nya Insyallah kayu2 tersebut tidak akan TANGGAL. (Jila perkataan dlm HURUF BESAR itu perkataan Brunei sila tanya Tuan Waluqudus maana nya).
Pertanyaan saya 1. Bolih kah gunakan DAWAI (tali besi yg keras tapi bolih di lentur/dibengkuk) untok memncantum kayu2/teras yg hendak di buat tungkat itu tidak kah akan mencacatkan aora/khasiat/power nya? Saya mengambil maklum cadangan Tuan Waliqudus dgn menggunakan pasak tenon ada lah yg terbaik. 2. Dgn mengopak kulit2 kayu yang berkhasiat itu ada lah bagi mencantumkan kayu itu supaya ia menjadi circumference 1 1/2″ (supaya sama besar dgn kayu2/teras yg lain sementelah pula ia nya akan di halusi dengan sandpaper – ada kah aora/power/khasiat nya akan hilang? 3 Bagaimana pula setelah siap di halusi bagi menambah cantek di spray dengan wood lacquer atau spray clear – ada kah aora/power/khasiat nya akan hilang?
Semua jawapan adalah sangat saya hargai. Jika tuan2 dan puan tidak paham tentang apa yang saya tulis di persilakan untok bertanya dan saya dengan senang hati akan cuba menerangkan nya.
WASSALLAM DAN SALAM SEJAHTERA,
Haji Awang.
Salam Sejahtera Tuan Hj. Awang yang dikasihi Allah..
Alhamdulillah..banyak juga perubahan yang berlaku di Brunei kini..ouw..Pasar Ikan di Gadung..dah lama tak pergi..apatah lagi ke area Mentiri dan juga tidak lupa di area Jalan Jangsak. Jika tuan mengabungankan unsur besi..wallahu..tetapi sebaiknya jika dapat dibuat pasak antara kayu dengan kayu..ianya tidak akan mengubah dari sudut Fadilat..InsyaAllah.
Aura dan powernya tidak akan hilang..hanya akan menjadi neutral jika tersalah gabungan..tetapi walaupun neutral..jika diolahkan kembali, maka, fadilat asalnya tidak akan menghilang..Wallahu.
salammmm….
kayu kayu jenis apa kah yang tak bolih digabungkan…..???
kayu kayu jenis apakah yang baik untuk digabungkan…..???
raja kayu dengan teras cendana bolih kah di gabungkan….???
Salam kpd Yang Mulia Tuan Waliqudus dan juga kpd Yang Mualia Tuan2 dan Puan2 sekalian,
Saya mengucapkan setinggi tinggi jutaan tk di atas kesudian Tual Waliqudus menjawap soalan saya. Segala nasehat tuan akan saya simpan sebagai sumber rujokan. Jadi nya kayu2/teras yg hendak di cantum itu di lubangkan ksemua nya (lubang kecil) dan di pasak dgn menggunakan kayu lain (tidak semesti nya kayu berkhasiat) dan di sapu dgn gum bagi menegapkan lagi kayu yg di sambung itu. Insyallah jika ada lagi yg hendak saya tanyakan, saya akan kemukakan nya kpd Tuan Waliqudus dan Tuan Karimon manakala tuan2 & puan2 yg lain nya ada lah di alu2kan memberikan sumbangan buah fikiran.
Salam,
Haji Awang.
Salam Tuan Paktua,
Saya berharap Tuan Karimon dan Tuan Waliqudus dapat menjawap nya dan juga terbuka kapada semua sahabat sahabat untok menolong menjawap nya. Tuan Waliqudus bolih merujuk jawapan nya bth 23/10 tetapi di halusi dan di tambah lagi dgn jawapan yg spesifik untok mensesuaikan dgn soalan Tuan Paktua.
Salam,
Haji Awang.
Salam Sejahtera para sahabat yang dimuliakan Allah.
Untuk memperhalusi dengan detail mungkin diluar kemampuan saya. Soalan Paktua untuk gabungan jenis kayu Cendana dan Raja Kayu damar minyak..ianya boleh digabungkan tetapi..Pasakkan antara kayu dengan kayu perlu dibuat sedalam sekurang kurangnya dalam 5-6 inci untuk kekukuhan. Jenis Gam pula, dari jenis Acrylic tidak diunjurkan untuk kayu yang besar sebaliknya, gam dari jenis Epoxy dipergunakan. Campuran Epoxy juga boleh dicampur dengan serbuk kayu. Unsur kayu yang keras tidak diunjurkan untuk gabungan dengan yang lembut dari sudut kekuatan fisikal kayu.(Untuk Kayu jenis Pembisa dan Penawar) Pernah saya membuat gabungan kayu nibung dan kayu kemuning (2 Unsur) kayu tersebut tidak dapat dirasai fadilatnya..tetapi apabila ditambah satu jenis unsur lagi (Bertam)..gabungan kayu dapat dirasai tenaganya yang merujuk kepada pembias Bisa. Kayu kemuning tidak semestinya hanya memiliki fadilat penawar, ianya juga memiliki Fadilat Penunduk dan ketahanan. Kebanyakkan Jenis Kayu dan Teras Memiliki Fadilat Penunduk dan jangan terkejut dengan Fadilat Kayu pembisa dimana ianya juga memiliki fadilat penarik dan Pemanis. Teras Kelor dikatakan memiliki berbagai Fadilat yang Ampuh..walaupun ianya memiliki daya Fadilat Gempur dan Pemberat..ianya menjadi seolah layu dengan Kayu Ampung..Kayu Ampung pula tidak sesuai dijadikan tongkat/mata cincin dan berbagai bentuk kerana sifat kayunya seperti polystrine.
Sebenarnya, kita hanya mampu memikirkan tentang sifat kayu..tetapi tiada kemampuan walau secalit pun untuk menceritakan Fadilat Kayu yang sebenar-benarnya…apa jua yang kita dengari hanyalah sekadar pemberitahuan oleh orang-orang yang terdahulu. Fadilat tentang sesuatu, Hanya Yang Menciptakannya yang mengetahui. Penceritaan pula adalah dari Dasar Petua yang diamalkan. Asal Petua pula adalah dari Perbuatan lalu ianya diamalkan. Pengetahuan juga dari perbuatan. Contoh pengetahuan yang paling Cetek adalah…..Apabila kita Makan..kita rasa kenyang..apabila dah kenyang..perut pula rasa tak senang..benda yang paling tak boleh nak kita tahan adalah Berak..lepas berak..baru badan rasa tenang…semua pengetahuan tersebut adalah dari perbuatan. Kayu pula…apabila kita dah buat..baru kita nampak..bila kita pakai dan amalkan..baru kita rasa..dah rasa..baru lah boleh cerita..kan ianya pengetahuan yang kita kongsi bersama. Apa kata kita mencubanya…InsyaAllah…Allah yang mengajar kita semua. InsyaAllah..
wassalam
Assalamualaikom kpd Yang Mulia Tuan Karimon, Tuan Walikudus dan Sahabat2 Sekalian,
Saya telah cuba meminta tolong kapada sa orang sahabat yang bolih di katakan expert juga lah dalam pembuatan tongkat tetapi tungkat yang di buat nya bukan lah tungkat yang mempunyai kayu2 yg berkhasiat. Beliau ialah peniaga sepenuh masa membuat tungkat, tasbih dan sarung parang/parang. Dia mencantumkan kayu2 cantik yg di dapat nya dari hutan dgn menggunakan dawai besi (kawat) dengan menebuk (drill) lubang kecil di tengah yg tembus dari hujung ka hujung kayu yg di cantumkan itu dengan membubuh gum kayu.
Kata saya bolih kah gunakan sumber lain selain drpd besi saperti kayu dengan menggunakan teknik pasak. Kata nya bolih tetapi memakan masa dan upah nya sangat mahal. Selain drpd teknik pasak katanya mengkin bolih menggunakan kayu kecil tetapi lembut yg mudah di bengkukkan dengan menggunakan teknik saperti dawai besi (kawat).
Kapada Tuan Walikudus dan sahabat2 sekalian bolih kah teknik ini di gunakan tanpa mengurangkan/menghilangkan aura/khasiat/power kayu yang di cucuk dengan sebarang jenis kayu kecil demi untok mengkukuhkan cantuman kayu2 untok di jadikan tungkat itu.
Tambah sahabat itu lagi untok menggunakan teknik pasak kapada tungkat jenis lurus (memanjang sahaja) no problem, jenis “L” pun no problem tapi yg problem kata nya tungkat jenis payung “J” kerana bengkok nya round (setengah) saperti “C” dan jenis ini lah yang saya mahu kerana bentuk L dan bentuk lurus ada banyak dlm simpanan saya sama ada beli saja2 untok kenang2an dan ada juga peninggalan arwah ayah saya.
WASSALLAM.
Salam Sejahtera Tuan Hj. Awang yang dikasihi Allah.
Untuk bentuk J..boleh…bentuk apa jua pun boleh..hanya yang membuatnya sahaja yang tahu…Pasak kayu perlulah dari jenis teras yang keras..jika hanya menggunakan dawai untuk belitan tidak cukup kukuh.,, melainkan dengan menggunakan rotan untuk belitan. Tuan boleh menggunakan Teras Kayu Berlian untuk tujuan tersebut. Teras berlian perlu diasah seperti bentuk paku dan tempat untuk dipasak sambung boleh dibuat lubang terlebih dahulu dengan menggunakan Drill. Mata Drill pula perlu lebih kecil dari teras berlian yang telah dibentuk seperti paku. Bahagian sambungan pula perlulah rata dan sapuan gam dari jenis Epoxy dilekatkan pada satu bahagian sahaja. Setelah disambung, segerakan dengan pasakkan dengan teras berlian. Jangan dipaksa semasa tusukkan teras pasak tadi. Lebihan teras pasak tadi boleh dipotong lebihannya dan digosok kembali…Ini adalah teknik yang paling biasa digunakan. Jika pasakkan dibuat dengan menggunakan Besi..besi tersebut boleh digunakan seperti Paku Lama, Paku Wafak, Besi Kuning yang menyerupai paku..dan berbagai lagi.
Tukang di brunei mungkin mengenakan upah yang mahal..cuba Tuan Haji singgah ke Limbang dan gunakan Khidmat mereka..Jika Tuan mahukan Khimat saya, InsyaAllah..Hubungi saya di Email: waliqudus@yahoo.com…InsyaAllah..tetapi sediakanlah satu alamat di area Limbang..kalau ke brunei mungkin kos penghantarannya mahal…wassalam
Assalamualaikom dan Salam Sejahtera kapada Tuan Pengasas, Tuan Waliqudus dan Sahabat2 sekalian,
Terutama kapada Tuan Waliqudus ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kapada beliau kerana sudi menjawap soalan saya. Saya berharap sahabat2 semua juga akan sama dapat menafaat dan berkongsi ilmu tentang cara2 membuat tongkat daripada mereka2 yg arif tentang kayu2 yang berkhasiat ini. Dengan tunjuk ajar Tuan Wali itu saya sekarang berasa konfiden untok membuat sendiri. Saya akan gunakan besi rod kecil sebagai tulang kpd kayu2 tersebut.
Walaubagaimana pun saya juga akan meminta tolong kapada sahabat saya yang berjual tongkat. parang dan tasbih itu untok membuatkan saya satu tongkat dengan menggunakan kayu2 yang saya ada. Kerana mengikut sahabat itu jika menggunakan besi upah nya tidak lah mahal sangat.
Dari itu saya buat sementara ini belum lagi mengemail Tuan Wali untok memberikan alamat kenalan saya di Limbang kerana kenalan saya ini telah banyak menolong saya ia itu alamat beliau saya gunakan untok mengorder buku2 terutama nya kitab2 dan buku agama, parang dan yg sewaktu dgn nya manakala kalau tongkat saya rasa tidak ada masalah di bawa masuk asal jgn di beritahu apa khasiat nya.
Tuan Wali dan begitu juga Tuan Pengasas saya sangat menghargai segala pertolongan tuan2 kpd saya selama ini semoga Allah akan dapat memberikan ganjaran pahala di atas segala tunjuk ajar dan nasehat tuan2 itu. Saya merasa walau pun kita hanya baru saja berkenal di alam internet ini tetapi macam kita ini sudah kenal lama. Semoga tali persahabatan / tali persaudaraan ini akan berkekalan sampai bila2.
WASSALLAM
Amin…Alhamdulillah..mudahan Allah mempermudahkan segala urusan kita sesama..InsyaAllah
Salam sejahtera saudara2, pakcik2 & pakcik waliqudus yang dirahmati ALLAH,
Cayalah pakcik waliqudus, sesungguhnya sya stuju bebeno dgn Tuan Haji Awang. Terima kasih pakcik waliqudus…
Asslamualaikum kpd Yang Mulia Tuan Waliqudus dan juga kpd Yang Mulia Tuan2 dan Puan2 sekalian,
Nama saya Naza, salah seorang penggemar baru dalam hal kayu, kayu teras dan lain2 yg berkaitan dengannya.. di sini saya inginkan penjelasan dan memerlukan jawapan dari saudara2 yg pakar..
baru2 ini saya telah menggabungkan dua jenis kayu iaitu kayu tas dengan buluh tumpat dan saya jadikan sebentuk cincin.. soalan saya adalah :
1. adakah padanan dua kayu itu serasi??
2. apakah larangan yg pelu saya patuhi?
3. apakah amalan2 @ cara2 untuk mengaktifkan aura kayu tersebut??.. ayat2 rukyah? zikir2? bagaimana cara nak memasukkan dalam kayu tersebut..?
4. bagaimanakan cara untuk saya gunakan padanan kayu tersebut untuk dijadikan asbab @ ikhtiar awal sekiranya saya memerlukan. contohnya :
a. gangguan sihir
b. makhluk halus
c. manusia2 garang & sombong
d. anak yg nakal
e. penyembuh bisa
f. pendinding
g. penarik dll..
Oleh kerana saya masih baru & terlalu jahil dalam bab ini.. saya memerlukan penjelasan, jawapan, bimbingan dan tunjuk ajar dari kalian semua.. semoga ilmu dan amal kalian dapat membantu dan menetapkan saya di jalan yang benar. saya tahu dan faham yang segala kekuasaan hanya dari ALLAH.. ikhtiar, uasaha, doa & tawakal itu wajib.. dan segala bentuk ciptaan ALLAH juga ada kegunaanny yg boleh dijadikan asbab utk penyembuhan, pendinding dll..
Segala jawapan, pandangan, tunjuk ajar, nasihat, dorongan @ apa saja kata2 kalian saya ambil dengan hati terbuka.. saya dahului dengan jutaan terima kasih.. ALLAH saja yg mampu membalas ilmu yg kalian berikan…
Wassalam..
Salam Sejahtera Tuan Naza yang dimuliakan Allah.
Kegunaan Buluh tumpat adalah sebagai Penebat Bisa..Kesesuaian antara Kayu Tas dengan buluh tumpat hanya jika mengabungkan dengan jenis-jenis teras yang lain dimana melebihi dari 17 jenis. Tas jika mahu digabungkan, kesesuaiannya adalah dengan jenis penunduk. Kayu tas adalah dari jenis Kayu yang memiliki fisikal lembut sedangkan Buluh Tumpat adalah dari jenis Keras. Kesesuaian Buluh Tumpat pula adalah lebih baik jika digabungkan dengan Tempurung Buta, Rotan Songsang Serta sedikit Larak Salah. Larak pula perlulah dikepilkan pada bahagian yang tersembunyi kerana dek Sifatnya yang pemalu.
Mengikut dari Senarai yang dilampirkan, Jenis teras yang paling sesuai digunakan adalah dari jenis Teras Kelor atau dari Jenis Gemunggal..Perlu difahamkan, Teras Kelor dan Teras Gemunggal adalah dua jenis teras yang tidak sama. Cuma teras Kelor dan Teras gemunggal memiliki persamaan hanya dari jenis Keluarga Spesis. Dan perlu juga membuat perbandingan jenis teras antara Gemunggal ada kekeliruan sedikit mengenainya. Teras Semeru juga dikaitkan sebagai sejenis teras penyamaran kepada teras gemunggal. Fadilat antaranya juga berbeza.
Wassalam
Salam sejahtera saudara2, pakcik2 & pakcik waliqudus yang dikasihi ALLAH,
Izinkan sya bertanya pakcik waliqudus, ada sesetengah berpendapat, kalau terlalu banyak teras-teras yang diikat menjadi cincin nie, jika dipakai di jari terlalu banyak tidak sesuai, memadailah hanya satu teras sahaja….sejauh manakah kebenarannya pendapat mereka nie pakcik waliqudus?…
Salam sejahtera saudara2, pakcik2 & pakcik waliqudus yang dirahmati ALLAH,
Sesungguhnya, banyak info, nasihat yang telah pakcik waliqudus berikan, insyaALLAH..akan sya laksanakan dengan tekun, idok sabar rasanya untuk bertemu dengan tasbih 99 teras gabungan buatan tangan pakcik waliqudus..hehehehehehe…sekali lagi, terima kasih pakcik waliqudus…moga ALLAH merahmati tiap apa yang diusahakan oleh pakcik…insyaALLAH..
Assalamualaikum Tuan Haji Awang,kalau mengikut petua2 orang dahulu kala memang terdapat beberapa syarat yang perlu dilkaukan untuk aktifkan sesuatu kayu supaya lebih mantap lagi,kalau tidak diaktifkan ianya tetap mantap jua kerana keaslian tenaga yang ada padanya yang dianugerahkan oleh Allah Taala.Terdapat pelbagai kaedah menurut perguruan masing2.Sebagai garis panduan bolehlah dikatakan secara umumnya kaedah ini sering dilakukan iaitu.Oleh kerana kayu itu hidupnya diatas muka bumi maka sering diberikan fatiha kepada Nabi Taf as.Kerana pohin2 kayu dikaitkan dengan Nabi Alias as maka fatiha juga dihadiahkan kepadanya.Kalau kayu itu ada kaitannya untuk tujuan perubatan maka fatiha diberikan kepada Luqman hakim.Kalau untuk lain2 tujuan maka bersesuaianlah dengan pilihan ayat2 amalan yang diperlukan.Sering manusia lupa bahawa pengetahuan tentang kayu kayan diajari oleh Allah Taala kepada Nabi Adam as maka kurang sopan kalau tiada di hadiahkan fatiha kepada beliau.Apakah ayat2 yang dirukyahkan atau dibacakan akan memberi kesan kepada kayu2 itu ? Disinilah tahap keyakinan seseorang itu perlu ada.Kayu mempunyai ruhnya yang tersendiri dan hidup serta berzikir jua hanya kita manusia sahaja yang tidak dapat mendengarnya.
yesssss….
Assalamualaikom dan salam sejahtera kpada saudara2 sekalian,
Kapada tuan Azmir terima kaseh atas ilmu yg tuan kongsikan semoga Allah subahanahuwataala akan memberikan ganjaran pahal yg setimpal dengan nya. Saya mengambil maklum tentang surah Alfathihah untok di sedekahkan kapada Nabi Adam, Nabi Taf (seriously baru saya tahu ada Nabi bernama Nabi Taf) dan Nabi Alias. Apa pula ayat2 yg di bacakan untok mengaktifkan kayu2 tersebut. Silakan tuan. Tuan Wali dan Tuan Pengasas serta sahabat sekalian input dari sahabat2 semua sangat di hargai.
Wassallam.
Waalaikumusalam Tuan Haji Awang yang saya hurmati,memang sebenarnya Tuan selain dari para2 Rasul yang 25 kita ketahui masih banyak lagi para2 Nabi yang kita sendiri tidak ketahui.Tuan Haji memohon petunjuk dari Allah Taala jualah saya memberi sedikit petua untuk dikongsikan bersama adik2,abang2 bahkan saudara seagama.Keampunan dari Allah jugalah saya pinta agar jauhkan dari syirik,riak dan takabbur.Pembuka untuk membaca bagi tujuan mengaktifkan sesuatu kayu atau barang selain dari apa yang saya telah nyatakan ialah selawat keatas junjungan kita dan disamping selawat yang niasa kita amalkan maka salah satu dari rahsia mengaktifkan kayu ialah selawat fatih,jika Tuan Haji membaca terjemahan dari selawat itu maka Tuan Haji akan faham maksud saya ini.Saya juga pernah bertanya pada wak karimon mengenai rahsia mengaktifkan kayu dan apa yang beliau jawap ialah bangkitkan semangatnya dengan 6 patah perkataan.Jika Tuan Haji kehendakinya maka adalah lebih baik berhubung terus dengan wak karimon.Saya khuatir nanti datangnya fitnah darimereka yang kurang mengerti akan hikmah dan hikmat anugerah Allah kepada kita.Menjunjung adat kita bangsa melayu maka adalah lebih baik berhubung terus dengan saudara tua saya wak karimon.Kerana dari beliau jugalah saya memperolehi sedikit sebanyak ilmu.
assalamualaikum abg2 semua.
doa saya mudah2an diberkati,diredhai & dirahmati Allah dunia akhirat.amin
menarik juga tentang mengaktifkan kayu,tasbih
adalah tiap2nya sama?
bagaiaman dgn tasbih teras kemuning hitam?
mohon ilmu drpd abg2 yg arif
Assalamualaikom wtw kpd Yang Mulia Tuan Azmir,
Terima kaseh atas nasehat tuan dan saya telah pun menghubungi Tuan Karimon.
Assalamualaikom wtw & Salam Sejahtera kpd Yang Mulia :-
Tuan Pengasas Blog, Tuan Waliqudus, Tuan PakcikliOO, Tuan Tok Syeikh, Tuan Azmir, Tuan Pak Tua, Tuan Paduka, Tuan, Saiful, Tuan Osmo Serta Sahabat2 Yang Di Rahmati Allah Sekalian,
Pada masa ini di tempat saya sedang ada Expo Produk Antarabangsa yg di antara lain dalam 3 booths ada berjual kayu2 & teras2 kayu yg berkhasiat yg di antara nya ialah setigi, nagasari, dewadaru, buluh tumpat dll. Boleh di katakan jualan mereka itu tidak lah dalam kuantity yg banyak kerana kata mereka kayu2 tersebut susah untok di dapat. Jarang di dapati di dalam satu booths itu mempunyai kayu atau teras yg sama. Olih kerana kebanyakan mereka ada lah penjual luar negeri yg sama, saya kira kalau lah mereka itu penjual yg tidak amanah mereka tidak akan datang pada kali kedua, ketiga dan expo berikut nya.
Olih kerana kayu tersebut kayu2 dan teras2 kayu yg selalu di cari2 olih peminat kayu berkhasiat, jadi bagaimanakah cara nya untok mengenal sama2 ada kayu dan teras kayu yg di jual itu “betul2 intan dan bukan nya kaca.” Harga selalu nya mengikut pjg dan pendek, dlm Br$70 ka Br$200 kalau di tawar susah untok berganjak drpd harga yg telah di tetapkan.
Memang soalan saya ini susah untok di jawap tapi mungkin ada otai2 atau sahabat yg ada petua,pengalaman, doa atau apa2 teknik yg bolih di gunakan bagi mengenal kayu dan teras kayu itu ori atau sebalik nya. Tapi kalau buluh bertemu ruas atau dan tumbung kelapa terus terang mereka akan menyatakan bahawa barang2 itu ada lah palsu dan bolih di beli dalam harga Br$20 kebawah.
Pertolongan otai2 dan sahabat sekalian ada lah sangat2 saya harapkan dan mudah2an soalan saya ini juga berguna bagi pengunjung blog ini bagi di buatkan sebagai panduan. Kearah itu saya dahulukan ucapan tk kapada Tuan2 & Puan2 yg sudi membantu saya. Wassallam.
Salam Sejahtera Para sahabat yang dikasihi Allah..
Tn. Hj Awang..Untuk mengenal Teras atau kayu..tidak ada Tipsnya, melainkan dengan Pengalaman serta usaha yang berterusan dan harus bergelumang dengan jenis-jenis teras atau kayu..saya ada beberapa sahabat yang telah 20-40 tahun bermain dengan teras serta kayu. mereka juga mengatakan…bukan senang hendak mengenali satu-satu jenis teras, lebih-lebih lagi jika ianya telah diolahkan dalam bentuk yang kecil…Tuan H.j..Pengalaman saya sendiri mengajar saya bagi pengenalan spesis Nibung dah lebih dari 2 tahun mengkaji spesis tersebut..tetapi tak habis-habis..
Nilai satu-satu jenis teras tidak tertakluk kepada harga mahal atau murahnya..yang mahal adalah R&D mengenai satu-satu jenis spesis itu mengenai apakah manfaatnya buat manusia sejagat….fadilat mistik pada satu-satu jenis teras itu adalah Milik Allah..manakala manfaat perubatan yang terdapat pada satu-satu jenis teras itu pula telah dianugerahkan oleh Allah pada manusia untuk mengkajinya dan dimanfaatkan untuk kebaikan dan sebaliknya…Segala Puji Bagi Allah…
Assalamualaikom wtw
Yang Mulia Tuan Waliqudus,
Jadi nampak nya tuan, mau tak mau jika kita (bagi diri saya terutama nya) ingin bebeno kan kayu/teras yg di labelkan pada kayu/teras tersebut mestilah kita beli (1) Kalau kita tak beli org lain yg beli (2)Kita beli bawa kpd org pandai untok melihat sama ada kayu itu betul saperti yg di labelkan.(3) Jika tidak dapat di kenal pasti kerana bentuk nya yg dah kecil maka pada pandangan saya kita hendak lah berdoa kpd Allah bahawa nama kayu/teras yg di labelkan itu ada lah ori. Maksud saya kita hendaklah bertawakkal dan bersangka baik lagi pun yg berjual itu ia lah orang Islam.
Insyallah jika tuan ada rezeki sampai ka Brunei saya akan lihatkan koleksi yg saya ada, supaya dapat tuan lihat sama ada ori atau sebalik nya. Setakat cermin kanta pembesar yg tak sebeberapa harga nya itu ada lah pada saya begitu juga gergaji, manakala yg lain2 itu he he tak lah saya mempunyai nya.
Your nescafe and Tuan Karimon’s are both very nice, olih kerana saya malu2 kucing di dua2 tempat yg saya nyatakan itu, maka saya hanya ambil dua kali refill sahaja setiap rumah. Nescafe memang my favourite coffee. Oops sikit lagi saya terlupa, berapa harga mesin penyukat energy/aura kayu yg hendak tuan beli itu? Wassallam.
Salam Sejahtera Para sahabat yang dirahmati Allah..
Tuan H.j…Alat penyukat tenaga Ion masih saya mencari-cari lagi..sebelum ini pernah dilihat dan harga sekitar Rm6,000…tetapi jenis tu bagi saya terlalu mahal dan ianya untuk Multi Use..saya hanya sekadar mencari alat penyukat tenaga Ion pada Batu Kayu dan Besi sahaja…
Tuan Saiful…kPada kala dahulu, mungkin kalimat Sumpah dan segalanya mungkin relevan..tetapi tidak juga masa kini..kalimat masa kini adalah “Wallahu” yang diguna pakai, walaupun ianya asli..ini kerana kalimat sumpah pada masa kini sudah tidak boleh diguna pakai..masa kini ayat yang boleh diguna pakai jika seseorang tu nak bli teras kayu adalah ” Hangpa kenal ka kayu Kemuning Hitam?’..Kayu kemuning Hitam ni nak kenal adalah serbuknya jika direndam dalam Air Panas..ianya berwarna Kuning..dan rasanya payau-payau sedikit…Uratnya pula berselirat getah bersegi..baunya apabila terkena panas geseran akan mengeluarkan semacam bau….Tuan saiful..pada masa kini, penjelasan saintifik serta logik yang diguna pakai..tu sebab jika nak main kayu..kena bergelumang dengannya..kalau nak main kayu tiga pula…kena bergelumang dengan tipu daya serta dosa…hehehehe
saya ada raja kayu yang nak dijual dengan kuantii yg bayak (50kg–100kg)…ada sesapa boleh tolong cari pembeli untuk saya…nak gambar atau hubunggi saya di 0139362285…tolong ek…sebab saya x tau nak jual kat mana dah …
ada2 sesiapa tahu tak? dilaman blog mana yg boleh saya beli kayu tas ni
salam kesian saya kene tipu beli kayu tas panjang sejenkal,bila check balik dengan tok sedara rupa2 nya kayu ceri..hi.hii..nasib baik la murah harga nya.
Salam Sejahtera Sahabat yang dirahmati Allah….
Che Mat, lein kali nak beli kayu tas..ada banyak blog dah unjurkan macam mana nak mengenali jenis kayu tas..check bau dia dulu..kalau takde bau tu payah la..kayu ceri dengan kayu tas boleh ditelek…lagi senang nak tau..ambil daun ceri ramaskan dan ambil bau dia..bagi kenal dengan bau dia dulu..lagi satu, kulit kayu ceri tak setebal kayu tas…Kayu tas ni pun ada banyak jenis..Selamat membeli..
wassalam