Salam sejahtera kepada pengunjung blog saya.Diantara barangan mistik yang sering diburu dan dicari oleh peminat barang mistik ialah Rantai Babi atau ada yang mengelarnya Rantai Bumi.Sepanjang penglibatan saya dalam hal  mistik ini pelbagai cerita yang saya dengar tentang rantai babi ini termasuklah akan rupa bentuknya.Saya sendiri telah melihat 3 jenis yang dikatakan rantai babi.Ada yang seperti rantai yang berantai 3 gelung berwarna perang,ada yang seperti akar berwarna agak coklat dan ada yang seperti akar juga dan berketul ketul.Jadi mana satukah yang dikatakan rantai babi yang sebenarnya ? Apakah ciri2nya dan rupa bentuknya yang sebenar Dari mana asal usulnya ? Mungkin ada dikalangan pengunjung blog ini yang pernah melihat akan rupa bentuk rantai babi yang lain dari apa yang pernah saya lihat,jika ada sila berikan pendapat anda.Mungkin saudara Neo,saudara Waliqudus,saudara Joe Labu,saudara Peter dan saudara kolektor mempunyai info yang berguna untuk dikongsi bersama sama saya dan pengunjung blog ini.Jika ada mohon kerjasama berkongsi pengetahuan.

Salam dari saya

karimon

About these ads