Arkib Bulanan: Januari 2010
Ilmu Kebatinan
Assalamualaikum,kepada pengunjung blog saya.Pada blog saya kali ini komen serta feedback tentang titik 9 atau pintu 9 menjadi tajuk yang hangat selepas keris.Pada awalnya apabila saya membuka tajuk ini kurang mendapat komen dari pengunjung mungkin ada diantara mereka yang ingin melihat orang lain memulakan komen tersebut dahulu sebelum mereka.Pada hari ini apabila saya membuka blog saya terlihat oleh saya begitu banyak komen yang terpapar.Selain dari komen tentang titik 9 ada juga yang menunjukkan minat untuk mempelajari ilmu kebatinan yang ada kaitan dengan titik 9 ini.Secara kebetulan pula saya baru pulang dari Melaka menziarahi Tok Sheikh dan kebetulan pula Tok Sheikh sendiri ada belajar mengenai hal2 tersebut melalui seorang Ustaz dan kebetulan pula ustaz tersebut mempunyai blognya sendiri.Untuk memudahkan sesiapa yang berminat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai alam ghaib atau titik 9 ini saya telah membuat link(pautan).Sila klik pada panel sebelah kanan untuk memasuki blog tersebut sama ada blog Tok Sheikh 7 Puteri(Perubatan Alternatif Tok Sheikh) atau blog Ustaz Syakirin(Perubatan Alternatif).Bagi sesiapa juga yang berminat dengan perubatan yang lain juga boleh juga melayari blog teman saya diBatu Pahat-Nagacimande(Pusat Rawatan Alternatif)Ketiga2 blog ini mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri.
Titik 9
Sejak kebelakangan ini sering terdapat beberapa komen tentang ilmu batin,mata batin dan ada juga yang menyentuh tentang titik 9 atau nama lainnya pintu 9 yang terdapat pada tubuh kita menurut beberapa pendapat yang saya dengar.Apakah semua ini dan adakah ianya benar2 wujud serta apakah faedah mengetahui atau mempelajarinya.Diharap jika ada diantara pengunjung blog ini yang ada maklumat mengenainya sudi kiranya berkongsi pendapat atau memberi komen saudara agar manfaatnya dapat kita kongsi bersama.
Cincin Pelbagai Teras
Salam kepada semua pengunjung blog karimon,Kini terdapat pelbagai jenis cincin yang digabungkan dengan pelbagai jenis terasn kayu dan ada juga yang digabungkan dengan jenis2 besi.jika salah seorang dari saudara pengunjung yang pernah memakai atau mengunakan jenis cincin begini sila kalau dapat kongsi bersama pengalaman saudara sebagai testimoni,juga mengapa saudara memilih memakai jenis dari pelbagai teras kayu dan besi bukan hanya dari satu jenis teras atau besi saja.Juga soalan apakah kelebihan yang ada atau terdapat pada cincin jenis campuran teras kayu ini.
Kayu Larak Salah
Salah satu jenis kayu yang kurang dikenali umum tetapi dicari oleh mereka yang meminati barang atau pekara mistik ialah kayu Larak Salah.Terdapat 3 jenis pokok Larak iaitu Larak Lawas,Larak Salah dan Larak Tahi Kucing.Ianya adalah sejenis pokok kecil berdaun kembar.Diantara tiga ini yang amat dicari ialah jenis Larak Salah antara jenis kayu yang amat sukar ditemui atau dimiliki. Ianya dikatakan memiliki pelbagai khasiat dari segi mistik. Yang dicari peminat barang mistik ialah ciri yang ganjil yang terdapat pada pokok larak salah dan diantaranya ialah batang pokoknya yang melingkar mengikut arah kiri dan jenis daun yang terbalik. Daun larak salah ini kedudukannya daunnya terbalik. Bahagian yang sepatutnya mengadap ke atas terpusing dan mengadap ke bumi.Bahagian yang paling baik ialah bahagian akarnya terutama yang mempunyai teras,kerana bahagian akarlah punca penyerapan zat makanan yang menyalurkan kebahagian pokoknya.Mengikut kepercayaan yang diceritakan oleh orang orang dulu penggunanya perlu memakai kayu ini tanpa dilihat oleh orang lain kerana ianya mampu mematahkan atau membalikkan ilmu atau niat yang tidak baik kepada si penghantar. Selain dari itu dipercayai larak salah ini dapat membuat pemakainya tidak dapat dikalahkan oleh musuh,mengelak bahaya dan kejadian yang tidak diingini,baik untuk tujuan mempengaruhi dan menyakinkan serta menjinakkan orang yang cerewet. Salah satu cara nak menguji betul ke kayu larak salah, dengan cara meletak kayu tersebut tempat ayam mengeram, jika ayam tersebut tak jumpa tempat dia mengeram setelah diletak larak salah tadi, maka sahlah tu kayu larak salah.





