Ilmu Kebatinan


Assalamualaikum,kepada pengunjung blog saya.Pada blog saya kali ini komen serta feedback tentang titik 9 atau pintu 9 menjadi tajuk yang hangat selepas keris.Pada awalnya apabila saya membuka tajuk ini kurang mendapat komen dari pengunjung mungkin ada diantara mereka yang ingin melihat orang lain memulakan komen tersebut dahulu sebelum mereka.Pada hari ini apabila saya membuka blog saya terlihat oleh saya begitu banyak komen yang terpapar.Selain dari komen tentang titik 9 ada juga yang menunjukkan minat untuk mempelajari ilmu kebatinan yang ada kaitan dengan titik 9 ini.Secara kebetulan pula saya baru pulang dari Melaka menziarahi Tok Sheikh dan kebetulan pula Tok Sheikh sendiri ada belajar mengenai hal2 tersebut melalui seorang  Ustaz dan kebetulan pula ustaz tersebut mempunyai blognya sendiri.Untuk memudahkan sesiapa yang berminat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai alam ghaib atau titik 9 ini saya telah membuat link(pautan).Sila klik pada panel sebelah kanan untuk memasuki blog tersebut sama ada blog Tok Sheikh 7 Puteri(Perubatan Alternatif Tok Sheikh) atau blog Ustaz Syakirin(Perubatan Alternatif).Bagi sesiapa juga yang berminat dengan perubatan yang lain juga boleh juga melayari blog teman saya diBatu Pahat-Nagacimande(Pusat Rawatan Alternatif)Ketiga2 blog ini mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri.

Perihal karimon

Mungkin saja minat yang mendalam terhadap budaya timur dari sudut sejarah,kebudayaan dan kepercayaan membuat saya terasa teruja untuk membaca pekara pekara yang berkaitan dengan adat budaya,sejarah silam,mistik dan spiritual.Tidak terlepas pandang banyak juga buku buku yang berkaitan dengan semua pekara itu saya beli dan miliki,termasuk juga apa yang berkaitan pekara holistic.Disamping buku, segala bentuk artikel yang ada kaitan dengan pekara tersebut akan saya baca dan kumpulkan.

Posted on 27 Januari 2010, in Berita/Info. Bookmark the permalink. 324 Komen.

  1. Asalamualaikum

    izinkan saya terlebih dahulu menitipkan madah seloka mengenai aspek kerohanian ia itu kebatinan dan isyaallah saya akan memberikan komentar jika ada respon.

    Kesihatan hidup rohani manusia
    kasih sayang cinta sejahtera
    menghayati hidup alam semesta
    menyembah tuhan yang maha Esa

    Kasih kesihatan rohani manusia
    menghayati hidup alam benda
    memuji tuhan yang maha Esa
    yang mencipta alam semesta

    Sayang kesihatan rohani manusia
    menghayati kehidupan alam jiwa
    mengingati sifat yang maha Esa
    merahmati hidup alam semesta

    Cinta kesihatan rohani manusia
    menghayati hidup alam nyawa
    mengalami afaal yang maha Esa
    yang menguasai alam semesta

    Sejahtera kesihatan rohani manusia
    menghayati hidup alam semesta
    mengalami pendirian kehidupannya
    menyembah tuhan yang maha Esa

    Terima kaseh salam hormat

    • Alhamdulillah cucu2 Tok Sheikh pandai gurindam dan Tok Sheikh pandai bersandoi.Rangkap 3 dan 4 dalam madah seloka abang menarik minat saya terutamanya 2 bait yang terakhir pada rangkap 3 & 4 yang terutama pada ayat sifat dan afaal iaitu merahmati hidup…. yang menguasai alam…..Harap dapat abang jelaskan.Tq

  2. Asalamualaikum

    Dulu masa saya kecil kecil saya pernah dengar datuk saya cakap ” kamu jangan sekolah orang putih nanti jadi orang kafir”, saya pun tak faham macamana sekolah orang putih boleh jadi orang kafir. Kalau sekolah macam isteri saya mungkin boleh jadi orang kafir kerana dia sekolah Ugama kristian Asunta P Jaya sampai tingkatan 6, tapi saya sekolah Melayu. Sebenarnya pendidikan kita hari ini, tak kira lah samada sekolah melayu atau Inggeris adalah berdasarkan logik (pemikiran ). Logik (dari perkataan Sanskrit LOGOS ) yang bermaksud kajian atau sains iaitu budaya pendidikan barat. Jika menurut budaya kita jika alam yang dicipta tuhan itu dikaji, tidak cukup segala pohon kayu yang tumbuh di bumi ini untuk dijadikan pena dan tujuh air lautan menjadikan tinta untuk mengkaji kebesaran Allah swt. Alam semesta yang dicita oleh tuhan untuk menyatakan dirinya perlu dialami dengan amal untuk memperolehi ilmu supaya menjadi alim. Oleh itu budaya kita adalah berasaskan amal dan ilmu.Dan bagaimana kita hendak menceritakan alam kerohanian (kebatinan) yang tidak ada ruang dan masa. Ada ungkapan popular yang menyatakan “tak rasa tak tahu” (minta Tok Sheikh sebut dalam bahasa arabnya ). Dan ada dua syarat untuk menemui tuhan ia itu meninggal dunia dan mati,sebab itu ada pepatah yang menyatakan matikan diri sebelum kamu mati (dan ini kena saudara Karimon pula membantu saya menyebutnya dalam bahasa Arab}.Tuhan menjadikan orang kafir untuk memperbanyakkan benda dan menjadikan orang mukmin memperkayakan jiwa, itulah perbezaan diantara kita dengan orang kafir. Apa yang saya sebutkan ini maseh lagi tak lari dari tajuk, kerana untuk mencerita kan bagaimana ilmu kebatinan itu untuk dipelajari dan kenapa kita dituntut mempelajari ilmukebatinan. Serta kenapa ilmu kebatinan itu tidak boleh diketahui dengan cerita tanpa amal. Kemudian jangan ingat cerita seks sahaja ada aurat, cerita ugama juga ada aurat jika mengenai kebatinannya. Kita mendengar cerita Ibnu Irabi, hallaj dan ramai lagi mereka yang hebat mengenai ilmu kebatinan yang menerima hukuman kerana mendedahkan rahsia ketuhanan. Segala ini saya nyatakan kepada saudara dan tuan tuan sekelian terlebih dahulu kerana bagi pihak saya, saya hanya boleh menerangkan rahsia kebatinan ini hanya pada tahap yang tertentu sahaja. Kerana banyak kawan kawan saya yang menjadi gila dan menemui ajalnya kerana melanggar adab tersebut.
    Kepada persoalan saudara Karimon saya terlebih dahulu memohon maaf kerana suka menerangkan sesuatu bermula dari bawah. Izinkan saya menginggatkan kembali saudara Karimon kepada rukun ugama yang terdiri daripada Syariat(rukun Islam), Hakikat(rukun Iman ), Tauhid (nama, sifat,afaal dan zat) dan Makrifat (ainul yakin, ilmul yakin, hakkul yakin dan Kamalul yakin). Kadangkala kita sering lupa rukun ugama (termasuk diri saya) kerana asyik pada rukun islam yang menyatakan hukum halal dan haram, kita mudah lupa diri, tak kenal diri sehinggakan ada yang tak boleh berdiri seperti mereka yang mengalami strok, nak membetulkan kedudukan pun tak boleh macamana nak berdiri. Seperti yang kita sedia maklum, dalam kehidupan ini bukan sekadar beras, gula, duit dan minyak kereta sahaja akan habis jika tidak ditambah, kita turut menjadi orang yang tidak beriman dan berilmu jika ianya tidak bertambah.Bayangkan kita yang sudah tua pun maseh lagi tak habis habis mempersoalka tentan halal haram, bila pula nak masuk soal wajib dan harus.Soal nama pada benda, soal sifat pada hidup, soal afaal pada nyawa dan soal zat pada diri, begitulah jawapannya lebih kurang. Sebelum diri yang penting nyawa iaitu nafas, kerana putus nafas putuslah nyawa dan nafaslah yang mengusai alam yang merahmati sifat Rahman dan Rahim. Kadangkala perhubungan kita dengan nafas seperti ikan dengan air, bila ikan tercampak kedarat baru dia sedar keperluan air, begitu jualah kita bila putus nyawa baru sedar keperluan nafas, oleh itu eluklah jika kita belajar zikir nafas dari ToK Sheikh dan Tok Sheikh pula jangan keberatan mengajar pula. Begitulah sedikit sebanyak yang saya tahu dan saya tidak beranggapan bahawa apa yang saya tulis diatas benar belaka, kerana saya hanyalah seorang Dukun Asmara dan saya akan kirim kan nanti madah seloka mengenai kejadian alam semesta untuk membantu komentar diatas walahualam. Terima kaseh.

  3. Asalamualaikum

    mungkin madah seloka ini boleh membantui soalan saudara Karimon

    Dicipta tuhan alam semesta
    untuk kesihatan hidup manusia
    mengimbangi hidup jiwa raga
    menyembah tuhan yang maha Esa

    Dicipta tuhan langit dan bumi
    mengedari bulan dan matahari
    siang dan malam silih berganti
    untuk kehidupan alam jasmani

    Tanah air angin dan api
    unsur alam yang semulajadi
    menepati ruang langit bumi
    untuk membina alam jasmani

    Tanah keadaan alam raga
    menjadi air membentuk jiwa
    menjadi angin membentuk nyawa
    menyalakan api menjadi tenaga

    Tumbuhan menjiwai alam benda
    haiwan menjiwai alam raga
    manusia menjiwai alam nyawa
    menghayati hidup alam semesta

    Manusia menghayati alam semesta
    rohani jasmani jiwa dan raga
    menyembah tuhan yang maha Esa
    kudrat iradat ilmu hayatNya

    Terima kaseh salam hormat

  4. Asalamualaikum semua !!!ILMU KEBATINAN ada 2…kebatinan putih atau kebatinan islam dan kebatinan hitam (ilmu hitam dan ilmu putih).Jangan SEKALI BELAJAR ILMU HITAM, SEKALI ANDA MASUK SANGAT SUKAR UNTUK KELUAR.BUKAN TAK LEH KELUAR, SANGAT SUKARR.Kalau nak belajar, belajarlah kebatinan islam…juga di panggil ILMU TASAUF ISLAM,ILMU LADUNI DAN ILMU PARA WALI…Tiap 2 nabi dan rasul ada ilmu ini yang di panggil MUKJIZAT, Para WALI atau KHAWASTUL KHAWAS di panggil KARAMAH dan manusia khawas (mukmin yang sejati) di panggil MAUNAH dan yang kafir billah di panggil…adohhhh saya dah lupa…maaf kan saya, ini tak penting kerana ianya untuk orang kafir….ILMU KEBATINAN ISLAM…kalau nak belajar, ilmu fekah mesti mahir…halal dan haram mesti mahir.Amalan wajib mesti semua nya buat..dan sunat mesti buat/ikut kemampuan.itu di panggil SYARIAT.TARIQAT mesti tahu, iaitu dipanggil jalan/cara/ritual/metoloji….maksud nya tahu macam mana nak zikir dan simpam zikir kalu dah berjutaaaa…kat mana nak simpam..dilangit kah??dibulan kah ?? ditubuh kah???di hati kah ???di isterikahh atau di mana????kena belajar…itu baru bab zikir !!!bab solat..angkat takbir ALLAH HUAKBAR..dalam hati kata..alamak, kunci kereta aku kat mana ????habis satu solat tu…0000000.solat kena buat juga,walau pun hati memabau mabau kat tempat lain,tinggal solat tanpa sebab , haram !!!MAKRIFAT…KAMU SEPERTI MELIHAT ALLAH KALAU TAK BOLIH, KAU MAKRIFAT KAN ALLAH MELIHAT ENGKAU , KALAU TAK BOLIH JUGA TAK PAYAH LE BELAJAR ILMU BATIN…BETUL…BUAT PENAT JER !!!!SYARIAT DAH TAK TAU, TARIQAT TAK TAU DAN DAH CORNFIRM MAKRIFAT TAK DER, MACAM MANA NAK KENAL ALLAH, DIRI KAU SENDIRI PUN KAU TAK KENAL ????ILMU MATA BATIN TU ADA LAH SATU CABANG DARI ILMU TASAUF ISLAM…..Titik 9 dah di tutup, habis nak buka apa????tak buka!!! saya pasti…3 saat kau pdammmm.Saya ceritakan bukan nak menakut kan, setelah ditutup titik 9, kena buka 1 titik, saya nak tanya lah nak tutup titik ni pakai apa bib???nak pakai kayu!! kena cari wali kudus !!nak pakai besi .!! kena cari karimon ????sebab 2 titik itu adalah lubang hidung,…nak pakai apa!!agak agak nya, dalam ilmu ini agak tak bolih pakai….pasti dan yakin..100%, baru lah makrifat !!!!Memang betul WALI KUDUS cakap air wudhu mesti sentiasa ada di badan selama 3 bulan, saya tambah sikit, sentiasa dalam wudhu 24 jam selama 40 hari.zikir sentiasa di lidah atau di hati !!!kemana pun kena zikir..malah dalam tandas pun zikir(dalam tandas zikir dalam hati…ni jangan lupa..kat lidah zikir..haram!!)..ke tempat kerja zikir, ke hutan, ke mana mana lah…semua zikir…hattahh masa hahauhau dengan isteri pun berzikir….memang baik bib kalau jadi anak masaallah, cukup..cantik perangai nya !!!!Lakukan lah dulu 3 bulan perkara seperti diatas !!!kalau dah cukup….no problem…bolih jumpa saya….bila bila masa bolih call..hp 24 hours service….wassalam

    • Benar apa kata Tok Sheikh apa2 pun kukuhkan syariat dulu,ini tidak mengaku umat Muhammad masuk melangkah ketandas pun banyak yang tersilap langkah kaki,mandi junub pun tewas,sembahyang tumbang,ucapan hati dengan ucapan mulut tak sama,mengaku ikut mazhab Imam Syafei pernah ke sedekah fatiha kat Syafei?Buka puasa mak ooiii redah dan sumbat sebanyak mungkin dalam perut.Syariat aja dah fail/gagal macam mana nak melangkah ke tasauf.Kebersihan hati tak jaga sesama manusia berhasad dengki.Bagi yang nak melangkah jauh kehadapan dengar dan ikuti nasihat dari Tok Sheikh dan amati gurindam Pakciklii.

      • Assalamualaikum tuan karimon, para sahabat2 yang dihormati moga ceria, bahgia, dan senantiasa dipermudahkanNya segala urusan kalian..

        ambo sokong… ;)

    • Assalamu Alaikom Warahmatu Allahi Wabarakatu.
      Tok Sheikh.Maafkan saya mengganggu.Saya kira didampigi oleh dampingan yang tak di-undang di-Pulau Besar Melacca hampir 37 tahun,tetapi saya tak tahu bagaiman nak lakukan.Saya berumor 61 tahun sekarang,saya harapsangat2 untok mendapatkan pertolongan Tok.Tolong saya tok Sheikh.Terima Kaseh.

  5. Asalamualaikum

    Dengan izin, Kalau kita nak bagi eeblog ni panas saudara Karimon, kita cuma perlu panas kan Wali dengan SyeikhNya saja.Dengan Tok Syeikh ni, ilmunya kalau kita mintak tentu tak dapat, caranya kita jolok aje. Sebenarnya saya tak mau campur titik sembilan kerana saya nak jolok titik 10 dari Tok Syeikh. Kerana kita berhubung pun sekarang menggunakan titik 1 dan 0 (digital, asas komputer}, ala macam tahlil tu, tok Syeikh buat tak faham pulak. Baca al Quraan ni bukan setakat faham maknanya, segalanya kena faham seperti titik dan barisnya ia itu huruf dan suaranya. Ucapan kita sebelum membaca al Quraan adalah dengan lafaz ” Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam” kata orang maksudnya berzikir merejam syaitan yang bersarang dihati, yang sepatutnya menjadi rumah Allah dan itu lah masjid kita yang pertama. Misjid kedua bini, kerana kita kawin dulu mendirikan masjid, masjid kita yang ke tiga misjidi haram ketika bersolat ke empat baru masjid Jamik. Tapi kita selalunya dahulukan masjid jamik, itu yang huruhara tu.Zikir kena simpan dan tutup sekurangnya dengan dua kalimah syahdah. kalau tidak lebuh sapu dek jin. Kita mesti ada bapa sulbi, bapa rohani, bapa roh. Huraian seterusnya Bismillah kita minta berkat dari Tok Syeikh , kalau saya yang tafsir nanti tak manis kerana saya Dukun Asmara. Tapi saya rasa untuk menghurai Bismillah pun kita terpaksa mengambil masa satu tahun berkomentar. Sekarang kitasemua ingin cuba belajar hakikat dengan kaedah jarak jauh seperti Uwis al Kharni dengan Nabi saw. Saya yakin Kalian semua mampu melakukannya. Akhirnya pantun khusus buat Tok Syeikh.

    Hendak paku beri paku
    paku dari tanah seberang
    hendak aku cari aku
    aku berada ditengah terang.

    1. Dimana kamu memandang disitu ada Allah
    2.Dimana kamu berada disitu ada Allah
    3. Allah itu lebih hampir dari urat amrih
    4.Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk berubudiyah kepadaku
    5. Kasih Allah akan mereka dan kaseh mereka akan Allah.
    6. Allah itu meliputi.

    Saya cuma nak tanya Tok Syeikh jika telah boleh memandang Allah ke Tahap ini, kita sudah sampai kemana ?. Dan kita baru bermula jika di tahab ini.

    Terima kaseh salam hormat.

  6. walaikummussallam pakciklioo !!sebenar nya ilmu ini, datang secara sendiri,apabila semua syariat, tariqat dan makrifat kita dah lengkap.Tentang ujian ,saya tak tau, kerana ianya bergantung kepada yang maha esa!!!tu lah sebab nya kena cari guru dan kena amal dengan ikhlas….takrif ikhlas…seekor semut hitam, berjalan diatas batu hitam dan didalam malam yang gelap gulita !!!itu saja lebih nya saya tak nak ulas, kerana perut saya akan memulas !!!!kah..kah..kah..kau cari lah sendiri LABUUUUUU…..wasalam.

  7. Asalamualaikum

    Dengan izin, saya bukan tak mahu berguru Tok Syeikh tapi bila tengah sedap berguru guru yang boleh membimbing saya semuanya meninggal dunia, Guru saya yang pertama Tuan Syeikh Al Ilderus (ayah ku) di Pahang. Kedua Syeikh Yahya Laksamana di Selangor, Ketiga Syeikh Abdul Wahab (cucu kepada Syeikh Abdul Wahab Babus Salam Indonesia) dan Keempat termasuklah sahabat saya zubir Ali. Mereka adalah guru guru yang banyak berjasa kepada saya, dan telah kembali kepada Allah. Nanti saya berguru dengan Tok Syeikh pulak mengikut jejak mereka. Ilmu ini macam bawak kereta ada empat gear. Gier satu syariat, kedua hakikat, ketiga tarikat dan keempat marifat. Kalau gier satu tak lepas macam mana nak masuk gier berikutnya. Tapi kalau asyek gier satu aje Tok Syeikh takut meletup injin nanti. Ilmu ini ilmu amal, bukan ilmu cerita dan ilmu zuki (rasa) sebagai saya merasakan kehadiran Tok Syeikh kesisi saya walau pun berjauhan. Akirnya izinkan saya meninggalkan pepatah:

    Pandai merasa itu lebih baik dari merasa pandai

    Wasalam.

    • Astaga…lahaulawalaquwataillabillahilaliyulazim,hubungi saya segera 013 3601760……….AlSyeikh Saidi Muhammad Al Idrus ibnu Nuruddin Ibnu Sunan…….Musa Al Kazim….. bani hasyim

  8. Asalamualaikum

    Dengan izin, tauhid pendirian hidup manusia untuk tatapan kita bersama:

    Tauhid pendirian kehidupan
    untuk menyata keujudan tuhan
    tuhan mencipta sekalian alam
    yang menguasai hari kemudian

    Ilmu tauhid mengesakan tuhan
    mengimbangi islam dengan iman
    memperolehi makrifat kehidupan
    barulah sempurna segala amalan

    Maka terdapat beberapa kaedah
    jalan tauhid makrifat Allah
    tauhid rububiyah dan uluhiyah
    serta asmak dan sifat Allah

    Tauhid rububiyah mengesa tuhan
    tuhan mencipta sekalian alam
    Rabb perkataan dari al Quran
    ayat pertama surah pembukaan

    Tauhid uluhiyah mengesa tuhan
    yang menurut amalan kerasulan
    jalan yang disebut dalam al Quran
    di hujung surah pembukaan

    Tauhid asmak dan sifat tuhan
    asmak tuhan dalam al Quran
    mengesa tuhan dengan hujahan
    sehingga disebut ilmu kalam

    Terima kaseh salam hormat.

  9. Assalamualaikum…saya ingin bertanya kepada pengunjung blog yang arif, apakah benar salah satu aspek ilmu kebatinan islam ialah Rukun 13 dan Sifat 20?Di mana hakikat Rukun 13 dan Sifat 20 dalam diri kita manusia?Diharap otai-otai dan tuk guru jelaskan untuk saya…salam & tq

    • Yang diketahui pada awalnya adalah zahir maka akan berpecah pada batin,saudara tempur bukan mudah hendak dikeluarkan semua isinya disini kerana takut disalah fahami oleh sesetengah orang,eloklah berguru,kalau disebut rabbaniyah uluhiyah sirr ayan thabitah ahdah wahdah,ain sabitah apakah saudara atau pengunjung yang lain faham maksudnya.Saya khuathir kelak akan menjadi sesuatu yang disalahkan ertikan atau difahami ibarat guru kata tapai ubi kayu halal dimakan si murid tafsirkannya atau salah dengar guru kata tupai atas kayu halal dimakan.Kan rosak semuanya kelak.

  10. Waalaikumusalam

    Pertama saya mohon keizinan kepada saudara Karimon, Tok Syeikh, Waliqudus dan saudara sekelian kerana cuba ingin menjawab soalan Dewa Tempur, dan jika saya jawab soalan ini bukan bermakna saya otai atau Tuk guru kerana apa yang saya alami ilmu kebatin ini lagi lama belaja lagi bodoh bukan lagi pandai, kalau tak percaya tanya Tok Syeikh.
    Saudara budiman, ilmu kebatin ni ilmu faham dan faham kita mengenai ketuhanan ni tak sama sebab itu ada mereka yang disebut berdarjat Tajul Ariffin seperti Tok Syeikh kita, Sultanul Auliak seperti Syikh Abdul Kadir Al Jalani, Ghausul dan macam macam lagi. Begitu jua nabi Adam pada jasadnya, Musa pada kalamnya, ibrahim pada pemikirannya, dan Kesempurnaan itu pada Nabi Muhammad saw. Jadi jawapan kepada soalan saudara adalah menurut fahaman masing masing. Ada yang menyata 13 itu adalah jumlah sendi tubuh badan manusia yang utama yang bergerak ketika solat. Sifat dua puluh yang dipinjamkan pada makhli ialah Kudrat, iradat ilmu dan hayat.Ia itu dalam bentuk raga, jiwa, nyawa dan diri. atau dalam bentuk perasaan, kesedaran, pemikiran dan kefahaman. Untuk memahami sifat dua puloh pun perlu berguru kerana banyak pembahagiannya dan ada nafi dan isbatnya.Dan jika sekadar jawapan di internet pun kita boleh memperolehi berbagai bagai jawapan menurut kefahaman masing masing.Soalan saudara ni munkin boleh dijawab oleh oleh Tok Syeikh, Waliqudus, Saudara Karimon dan mereka yang lebih arif dihalaman ini. Jawapan saya cumalah sekadar menurut pandangan seorang Dukun Asmara. Walahualam.

    • Terima kasih atas info tadi..emm terlanjur kita bercakap pasal ilmu kebatinan islam, macam mana dengan zikir ALLAH HU dan HU ALLAH.Apakah perbezaan dan makna termasuk kegunaannya..tq & salam

  11. Salam Sejahtera Para Sahabat yang dirahmati Allah..

    Buat Saudara Tempur..Jawapan Pakcikli telah menjawab pertanyaan Saudara…Bagi saya..itu adalah Asas yang sebenar dalam pengetahuan Tauhid ALLAH….kene paham..bukan sekadar tahu..walau bagaimana pun, terima kasih Pakcikli kita..nampak gayanya, saya ngan Tok Sheikh leh rehat jap minum kopi..sebab paksikli kita dah ada..Alhamdulillah, macam ni la baru best Pakcikli..depa nakkan ilmu lagi..kena belajar tahap titik 1 dulu..macam kami ni tak tak bertitik lagi dah..cuma kalau boleh rasa nak menetek lagi..maklum la masih bayi lagi..tapi bukan benggali tau…..hehehe….so sapa nak blajar ilmu Ketuhanan…apa yang pakcikli bagi tau tu buat dahalu..bila dah tau, leh makan bauhulu…kami ni nak blajar buat hulu keris ngan kayu reput…hahaha..ada ka patut..

    Maaf..sajer gurau..penat ni dok tengak buat tasbih kayu…wassalam..

  12. Asalamualaikum
    disini saya tinggalkan sedikit ulasan berhubung pekara diatas jika pengetahuan menggenai sifat 20 sekadar untuk mengenal Allah Swt. Tujuan utama mempelajari Ilmu Tauhid / Aqidah ialah untuk mengetahui bagaimanakah hendak kita mentauhidkan Allah Ta’ala dan mengetahui juga setiap perkara yang berkait-rapat dengan Rukun Iman .
    Kalau seseorang itu boleh kenal Allah Ta’ala dan Para Nabi a.s TANPA PERLU melalui pelajaran Sifat 20 , maka tidaklah mengapa dia tidak belajar melalui cara itu .
    Untuk mengenal Allah Ta’ala dan Para Nabi a.s TIDAKLAH SEMESTINYA secara mempelajari Sifat 20 ataupun dengan menghafal teori-teori Mantiq dan Falsafah .
    Para Sahabat r.a , Para Imam Mujtahidin r.a dan Para Salafus Solihin rh itu sendiri tidak belajar TAUHID melalui pelajaran Sifat 20 ini .
    Bahkan , Hujjatul Islam , al-Imam al-Ghazali rh yang mengemukakan teori Sifat 20 ini sendiri ( selepas menggabungkan 13 sifat menurut pandangan al-Imam Abul Hassan al-‘Asya’ari rh dengan 7 sifat yang dikemukakan pula oleh al-Imam Abu Mansur al-Maturidi rh ) TIDAKLAH ILTIZAM ( berpegang terus ) dengan teori Sifat 20 itu di dalam mengemukakan pengajian Tauhid .
    Lihatlah ke dalam kitabnya yang begitu tersohor : IHYA’ ULUMIDDIN , di bawah tajuk : AQIDAH AHLIS SUNNAH WAL JAMA’AH . Beliau sendiri tidaklah membahaskan permasalahan Tauhid di situ secara teori Sifat 20 .
    Begitu juga , sampai ke hari ini , masih ada di kalangan masyarakat Ahlus Sunnah Wal Jama’ah , khasnya di Negara-Negara Teluk yang belajar Tauhid tidak melalui Sifat 20 ini , melainkan melalui cara yang dikenali sebagai “ TAUHID SALAF “ .

    Terima kaseh salam hormat.

    • Ilmu ketuhanan amatlah luas walaupun dilautan yang bebas Sifat 20 adalah asas bukan ianya menjadi batas setelah mengetahui takkan puas.

  13. Nak sambung sikit jer…TAUHID SALAF ITU JUGA DIKENALI DENGAN NAMA TAUHID RUBUBIYAH DAN TAUHID ULUHIYAH…..KALAU TAKAT 20 JER SIFAT ALLAH, MANA NAK CUKUP BIB !!!!

  14. Asalamualaikum

    Soalan Dewa tempur diatas sepatutnya Tok Syeikh atau waliqudus atau saudara karimon yang jawab, tapi kerana sudah tertinggal jauh di atas sanun biarlah saya cuba jawab. Sebenarnya ada bermacam macam jenis zikir dalam ilmu kebatinan, beberapa peringkat murakabah serta pecahannya, musyahadah dan sebagainya. Zikir boleh dibahagi kepada zikir hasanah dan zikir darjat. Zikir darjat zikir berkafiat yang memerlukan bimbingan yang sering disebut mursyid iaitu guru. Zikir Allah Hu dan Hu Allah termasuk kepada zikir darjat, sebab itu ia terlalu asing pada orang syariat. Sepatutnya zikir ini dirahsiakan untuk menurut adab, mungkin sebab itu soalan ini tidak dijawab oleh Tok Syeikh atau waliqudus, suka saya menginati saudara Dewa Tempur, bermula ilmu itu adab, yang bermaksud mereka yang tidak berilmu tu tak beradab. Walau pun saya sebagai Dukun Asmara dalam hal ini saya perlu menjaga adab, walau bagaimana pun supaya tidak menghampa kan saudara saya beri sedikit bayangan mengenai zikir tersebut. Zikir tersebut adalah zikir nafas (nyawa), seperti yang kita ketahui nafas itu masuk dan keluar,oleh itu zikir tersebut adalah bersesuaian dengan keadaan nafas dan setiap zikir darjat ada hantarannya.Kadangkala zikir ini diberi kepada salik yang telah diberikan zikir rohani dan Nurani keadaan ini menurut jalan yang tertentu, keadaannya samalah seperti perbezaan silat, tae kwan do, tinju dan gusti yang merupakan kesenian mempertahankan diri, tapi mempunyai kaedah dan jurus yang berlainan, tapi tujuannya sama. Begitulah jua kaedah latihan kebatinan ini yang biasanya disebut tarikat dan sebagainya. Banyak bertanya ini bagus tapi ada juga tak bagusnya, takut jadi cerita seperti dalam Al Bagarah surah sapi, hingga nak mencari sapi yang mudah pun akhirnya menjadi susah kerana terhijawab. Soalan ini masen terbuka kepada saudara sadara yang lebih arif disini. wasallam.

    • Zikir nafas itulah yang dikatakan oleh Saidina Ali ra “Kalau aku lupakan tuhan ku barang sesaat aku hukumkan diriku kafir”

  15. kah..kah…kah..bolih lah aku dan wali kudus, minum kopi tongkat ali..pasal ada yang kendali..mudah mudahan..bolih jawap lagi>>>>Soalan tu..kat celah gigi…kalau tak jangan cuba nak pergi pasal belum katam lagi …ibarat macam seorang baby,baru nak tumbuh gigi..syariat untuk hari hari..tariqat untuk kita berlari…makrifat itu kita dah jumpai..bukan bolih main maini????Disini kita tak kan berjumpa…pasal dengan guru, kena berdua…habis lah sudah berkata kata…dalam bab ALLAH yang maha esa.???Wahai kawan wahai taulan. ini bukan cerita mainan,bab dengan esa nya tuhan,silap sesaat, kau tak ketahuan….nanti menunggu kat TANJUNG RAMBUTAN……ITULAH DIA, FIKIR FIKIR KAN !!!

    • Assalammualaikum para sahabat yang dihormati tuan karimon, tok syeikh, tuan waliqudus, pakciklii moga dirahmati Allah swt sentiasa,

      Terima kasih untuk info2 yang amat bermanfaat..hmmm dahsyat jugak yer tok syeikh..ada betulnya jugak apa yang dikatakan tok syeikh tu..kalau terlalu sgt takut lain pulak jadinya..mungkin ke tanjung rambutan..hehehehehe ;)

  16. Asalamualaikum

    Kalau nak disukat dengan cukup cerita sifat 20 ni bib sampai liang kubur baru habis kerana ianya ilmu cerita, bergantunglah panjang mana cerita yang kita kehendaki. Macam membaca alQuran kita boleh baca satu juzuk, atau baca fatehah sahaja, atau baca Bismillah. Kalau sebut Allah saja pun disitu ada rahsia rupa bentuk diri. Kalau sebut bis pun agaknya disitu ada diri zahir dan batin. Terpulanglah samada kita ingin nama, sifat, afaal atau diri.Tapi kalau tak boleh berdiri kenalah sembahyang duduk , kalau kedudukan pun tak betul, pilihlah samada nak terlentang atau tertiarap. wasalam.

  17. Asalamualaikum

    Saudara Karimon Guru yang saya maksudkan adalah seperti salasilah yang saya lampirkan, guru saya gengnya ayah Man yang pusaranya di tepi sungai di Pulau Rusa Pekan dan salasilah ini menerusi Tuku Paloh kerana saya selalu menziarahi makam ToKku Paluh di Losong Terengganu. Salasilah Karimon mungkin dari wali sembilan kerana saudara Karimon Pakar ilmu titik sembilan. Dulu saya sudah baiah dengan wakil Abah Anum (H.A SHOHIBULWAFA TAJUL ARIFIN} Suryalaya Surabaya, mereka sering mengadakan majlis menziarahi semua makam wali sembilan, tapi hajat saya maseh tidak kesampaian untuk menyertai majlis mereka menziarahi makam wali sembilan.

    Salasilah Al Idrus

    Sayyiduna Muhammad
    Fatimah al-Zahra’
    Imam Husain
    Imam Ali Zainal Abidin
    Imam Ahmad al-Baqir
    Imam Ja’afar al-Sadiq
    Ali Arawdi
    Muhammad al-Naqib
    Isa
    Ahmad al-Muhajir
    Syeikh Abdullah
    Syeikh al-’Alawi
    Muhammad
    Ali
    Ali Khala’ Qasam
    Muhammad Sahibul Mirbad
    Muhammad Faqih Muqaddam
    Alwi
    Ali
    Syed Muhammad Maula Dawilah
    Qutubuzzaman Muhammad Abdul Rahman al-Saqaf
    Qutubul Irfan Abu Bakr al-Sakran
    Qutubus Syumus Abdullah al-Idrus
    Qutubul Irsyad Abdullah al-Haddad
    Ali Zainal Abidin
    Syeikh Mustafa
    Zainal Abidin
    Syed Muhammad
    Syed Muhammad Zainal Abidin
    Qutubuzzaman Syed Abdul Rahman al-Idrus (Tukku)
    Syed Abu Bakr
    Syed Abdullah
    Qutubuzzaman Syed Muhammad al-Idrus (Ayahku)

    Terima kaseh wasalam

    • Allah hu Akhbar,dari awal lagi saya dah dapat mengagak saudara berselindung disebalik sesuatu.Benar salsilah abah itu,seorang yang begitu low profile beeliau adalah ibarat syair ini
      ulama sufi tidak dikenali
      tengah masyarakat menyamar diri
      tidak berjumpa sukar dicari
      kadang kala menjelma disana sini

      Ingatkah lagi syair ini teguran abah

      Kudidik ku ajar tidak mengerti
      jika terlepas sukar dicari
      takkan mendapat syufaat Nabi
      Kalau tak bertemu sesudah mati

      Bila mengenangkan dan teringatkan abah mengalir airmata kerana banyak yang telah diturunkan hanya diri ini saja yang jahil.

    • azhar al qadri

      18sxweb: jalur salasilah ini salah…bila pula al idrus satu jalur dgn al haddad…sila betul kan info anda…

  18. Walaikum musallam pakcik lioo !!! dari saya bin s.jalil b s.a.said b s.ahmad b s.ahmad hitam b s.umar saad b s.ahmad ismail b s.ahmad kamal b s.ahmad khamil bin s. ahmad tajudin b s.s. arifrin saiyid ismail kawin dengan sy.siti maimunah bte maulana ishaq bin s. ibrahim asmoro b s.husin j.k b s.a.syah jalal b s.amir abdulah khan b s.amir abdul malik b.s.ali hadramaut b s. mohamad maabat b s.ali kolal ghosam dan terus ke RASULLULAH. itulah nasab saya…dah aku agak dah, tak de orang lain dapat ilmu itu ???? Sebenar nya sama juga dengan TOK WALI KUDUS, KARIMON DAN NEO ISKANDAR….BERMAKNA ILMU YANG SAMA !!!!!YA ALLAH ,KAU SAMBUNG KAN KETURUNAN KAMI YANG KAMI YANG HILANG…….WASALLAM

    • azhar al qadri

      tuan shiekh: kalau ikut pd yg tuan tulis diatas smpi kepada “s.s. arifrin saiyid ismail kawin dengan sy.siti maimunah bte maulana ishaq” dan seterusnye adakah bermakna tuan syeikh ambil kira nasab @ menisbahkan dr belah “sy siti fatimah” ini???

  19. Asalamualaikum

    Kudrat iradat mestilah menghayati ilmu yang Esa Tok Syeikh ! Asttagfirullah al Azim, dia belako.

  20. Terima kasih atas penjelasan saudara karimon dan 18sxweb.Terima kasih lagi kepada saudara 18sx atas keprihatinan kepada soalan saya.Macammana pula maksud Alam Jalallah dan Ilmu kipas nandung, saya berharap saudara karimon, 18sxweb dan pengunjung yang arif dapat jelaskan untuk saya.Saya rasa tidak bersalah untuk bertanya hal-hal batin, kerna saya ada peluang untuk bertanya kepada yang arif.TQ & salam

  21. Asalam mualikum !! Dewa tempor, anda baca balik pengalaman saya bertempor dengan IFRIT TU !!!di dalam pertempuran itu ada saya gunakan ilmu kunci lam jalalah….ilmu ini ilmu persilatan taraf tinggi atau di panggil juga ilmu jurus !!! nama tak kisah memacam nama ada, di indon diorang panggil AJIAN.ILMU KIPAS NANDUNG itu nama ibu ilmu persilatan itu, anak nya merangkumi jurus jurus,kuncinya…untuk mengunci lawan atau kunci diri atau membuat kota pertahanan, yang saya biasa pakai 2 iaitu selapis kota..DI PANGGIL LAM ALIP DAN JOTA 3 LAPIS DI PANGGIL LAM JALALAH !!!! Kalau nak berlapis lapis, saya tak tau, tanya pakcik lioo !!!!Saya hanya dapat cerita sahaja, tapi kalau orang dah sampai ke situ..dia tau !! tanyalah wali kudus atau pakciklioo atau karimon atau si neo ??? apa apa hal, cukup kan syariat dulu, ilmu itu memang akan sampai !!!jangan bimbang !!!tok wali..kita tunggu lagi satu orang gilaaaa !!!kah…kah..kah …wasallam

    • Kena dah budak ni dengan Tok Sheikh.Jangan rasa hati dengan gurauan Tok Sheikh kita,beginilah saudara tempur adat kami ada masa serius ada masa bergurau dalam gurauan itu ada terkandung pelajaran juga.Hendaklah banyak bersabar dalam menuntut dan mencari ilmu.Ada juga orang panggilnya gayung makrifat semuanya adalah ilmu jurus.

  22. Asalamualaikum

    Alahyarham Majid Gila dekat Kuantan sudah tiada, kalau tidak suru jumpa Tok Syeikh. Kerjanya memindahkah sampah ke satu tomh sampah di Pekan Kuantan itu betul betul gila, Karimun punya saudara. Kita dari Terengganu jumpa dia dekat Kemaman jalan kaki, bila tiba dekat Kuantan tenguk dia sudah ada. Dulu saya pergi ziarah makam ayahku dan Tuku Paloh, tiba Makam Ayah Man dekat Masjid tepi sungai Pulau Rusa, banyak batu sungai yang berubah berwarna hitam diatas pusaranya, bila pergi tak sampai setahun selepas itu semua batu sudah tiada, saya syak Karimon yang ambil kot. Zaman saya berguru dengan ayahku nak pergi kerumahnya harimau pun ada terserempak masa tu maseh hutan,banyak cobaannya untuk menuntut ilmu ni, bukan macam sekarang semua nak mudah. tapi kini anak muridnya dah jadi wakil rakyat mungkin dah maju kot.Tapi ilmu ayahku banyak turun pada karimon tentang batu permata. Saya cuma dapat belajar beribu ribu batu datang belajar saja. Lama dah saya cakap weblog Karimon ada link dengan saya.

  23. Almarhum moyang ku dulu,,,kalau orang suruh makan kenduri, tuan rumah tu kata !!!makan lah tok ,lauk tak de !!!dia makan nasi jer !!
    orang minta bacakan doa panjang sikit, dia baca doa dekat 2 jam !!kayoh besikal 5 minit, dah sampai bandar melaka pada jarak 10 batu !!!jarang 2 makan !!!KALAU ORANG SEKARANG ..MEMANG SAH LAH MOYANG KU GILA !!!!Begitu lah bila seseorang itu, sudah sampai !!!, semua yang di dunia ini tiada nilai, tak dapat di fikir tak dapat nak nilai, kalau setakat akal yang dangkai !!!!wahai taulan wahai sahabat handai, ku tulis kan ini bukan nak tunjok pandai,pergi lah cari guru yang pandai, baru kau tau apa yang bersepai ??? Makin kau belajar makin tak tau, memandang diri terasa malu,hati didalam bagai di palu, di dalam mencari ALLAH yang satu !!! cerita bukan cerita mainan,bolih dapat kat kawan kawan,kalau tak paham guru tunjukan, itu lah dia kalau berkenan… waasallam..maleh nak ulas panjang 2 !!!!!!

  24. Asalamualaikum

    Sekadar catatan mengenai alam wahdiah

    Pada peringkat ketiga setelah tajalli akan dirinya pada peringkat “La takyin Awal”, maka Empunya Diri kepada Diri rahsia manusia ini, mentajallikan pula diriNya ke satu martabat As’ma yak ini pada martabat segala Nama dan dinamakan martabat (Muhammad Munfasal) iaitu keadaan terhimpun lagi bercerai – cerai atau di namakan “Hakikat Insan.”Martabat ini terkandung ia didalam “Lam yalidd” iaitu Sifat Khodim lagi Baqa, tatkala menilik wujud Allah. Pada martabat ini keadaan tubuh diri rahsia pada masa ini telah terhimpun pada hakikinya Zat, Sifat Batin dan Asma Batin.Apa yang dikatakan berhimpun lagi bercerai-cerai kerana pada peringkat ini sudah dapat di tentukan bangsa masing – masing tetapi pada masa ini ianya belum zahir lagi di dalam Ilmu Allah Iaitu dalam keadaan “Ainul Sabithaah”. Ertinya sesuatu keadaan yang tetap dalam rahsia Allah, belum terzahir, malah untuk mencium baunya pun belum dapat lagi.Dinamakan juga martabat ini wujud Ardhofi dan martabat wujud Am kerana wujud di dalam sekelian bangsa dan wujudnya bersandarkan Zat Allah Dan Ilmu Allah.Pada peringkat ini juga telah terbentuk diri rahsia Allah dalam hakiki dalam batin iaitu bolehlah dikatakan juga roh di dalam roh iaitu pada menyatakan Nyata tetapi Tetap Tidak Nyata.

    Terima kaseh salam hormat.

  25. Asalamualaikum

    Adinda Karimun,saya sekadar berpesan pesan sahaja, jangan kecil hati,pasal aku ni abang, jika tak sibuk terutama malam jumaat baca sikit Fatihah dadiahkanlah pahalanya kepada ahli salasilah diatas, kita bagi pun bukannya rugi, kita pun dapat juga pahalanya, tapi kadangkala kita beri pucuk paku pada raja dibalasnya dengan daging unta, tapi saya tahu tak usahkan fatihah, tahlil pun Karimun ada buat, saya cakap ni sekadar gatal mulut untuk mendapatkan pahala. Tapi ialah jika kita tak ajar anak anak ziarah yang sudah tiada, esuk nanti anak kita tak ajar pula cucu kita menziarah kita, memanglah tiada dalam kubur tapi……

  26. Asalam mualai kum semua!!!Kita sambung lagi dalam ILMU KEBATINAN, setelah tergendala kerana JEJAK KASIH.Bab ini ialah dalam bab KIPAS NANDUNG.Ilmu ini juga di panggil gayung makrifat,ilmu tenaga dalam, dan di INDON ianya dipanggil AJIAN SERAT JIWA.Sejarah yang saya tahu, ilmu ini kepunyaan PRABU BRAMA KUMBARA/ RADEN WALUNG SONGSANG Dan Nama Islam nya SULTAN ABDULLAH IMAM, SULTAN CERIBON ISLAM 1…Bapa Mentua kepada SUNAN Gunung Jati.Dalam banyak 2,Sunan ada 3 Sunan yang memiliki ilmu ini PERINGKAT TINGGI iaitu Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Gunung Jati.itu kalau di Jawa.Ada lagi sunan yang ada ilmu ini tapi yang paling terkeanal, ialah 3 sunan tadi.Di semenanjung,Guru Pengasas nya ialah Syeikh Thanudin. Sultan Abdullah dan Syeikh Thanaudin bersaudara.bermakna juga, hampir keselurohan keturunan mereka memang ada ilmu ini, ILMU KIPAS NANDUNG.Ilmu ini sebenar nya dari jurus silat tahap tinggi, yang di gunakan olih Panglima Perang zaman dahulu.Ilmu ini dari kebatinan islam tinggi, setelah menjalani ritual kebatinan.Ritual itu bolih di pelajari setelah ilmu fikah anda cukup, dan ilmu zikir anda mantap, jika anda tidak cukup solat, solat pun kekadang, puasa pun berbuka sampai macam nak makan 10 orang,zikir pun macam biscut chipmore, sekejap ada sekejap tiada !!!!haaa tak yah ler belajau !!buat penat dan bebazir jer bib !!Kalau tak belajar ilmu ini pun kena solat juga, SOLAT ITU WAJIB !!!tapi kalau tinggal solat, dan anda tak der ilmu ini mungkin ALLAH beri bala tu tak ler kuat !!(tapi terpulang pada ALLAH nak bagi, semua nya dari dia ).Kalau anda belajau ilmu ini dan sengaja lak langgar SYARIAT,..ADAOOOH saya tak tau lah bib !!!DAM NYA.Kerana anda dikira orang pilihan(khawas).Itu lah sebab nya seorang Mursid/guru berhati 2,bila nak menurunkan ilmu ini, mesti ada baiah.Ilmu ini gabungan dari 4 unsur inti alam iaitu tanah, air,api dan angin, digabung menjadi satu jurus.JURUS asas nya di panggil JURUS PEDANG SERIBU.JURUS P.R. INI ADA 7 JURUS YANG KECIL.ITU ILMU ASAS.Dalam jurus 2 ilmu kipas nandung yang saya tahu ,ada 9 jurus agong.Saya baru ada 7 jurus sahaja, kalau dalam ilmu kipas nandung , masih TADIKA lagi, itu sebab nya saya tidak mahu nak ajar orang kerana masih tahap TADIKA.Pada masa ini memang sukar nak di ketahui siapa yang ada pada peringkat paling tinggi,mungkin Mahaguru Silat ada, entah lah ???Ilmu Kipas Nandung memang membunuh lawan dalam satu jurus sahaja.Setakat ini saya belum jumpa lagi, orang yang kena ilmu ini, jumpa pun dah mati, saya tak sempat mengubat nya.
    Simati itu kawan saya dan meninggal di Parit Besar, BATU PAHAT…Kata guru saya ilmu ini tidak ada nazak !!!maksud nya kena sahaja, sampai saat, malaikat maut pun sampai !!!padam…Almarhum guru saya berpesan sangattt 2, jangan salah guna kan, kecuali orang nak bunuh kita !!Itu lah saja saya terang kan serba ringkas kerana ilmu ini bukan bolih di cari tepi jalan !!! bib, mesti mengadap guru.Saya hanya guna kan untuk perubatan jika SYAITAN NYA ADA SIKIT KUAT…kalau nak belajar ilmu kipas besi kat karimon ada !!!ilmu kipas kayu dan batu, kat tok wali kudus, nak belajar ilmu kipas keras
    pakciklioo ada , nak belajar ilmu kipas kipas kat si neo, pasal tak der tukang kipas !!!kah..kah..kah..jangan mare. nanti jadi kera…wasallam.

    • Sungguh mantap penjelasan dari saudara TOK SHEIKH.Macammana pula dengan ILMU ISIM HARI iaitu mengenal jin dan malaikat dlm badan manusia berkenaan hari lahirnya?Boleh ber jawapan buat saya yang dhaif…wassalam

    • hemmmm…kipas nandung. lama tak dengar nama tuh. patutla…..trimas kasih atas penerangan. saya kenal beberapa orang yang ada ilmu nih…..yang sorang dah arwah (moyang saya-di mentakab/chatin) pernah dia demonstrasikan ilmu kipas nandung nih…just tunjukkan jari pada kelapa, maka berdegar alam…heheheheheheh.

  27. Kalau untuk mengesan jin atau malaikat dalam badan, maksud nya bagaimana !!!kalau untuk mengesan malaikat, tak perlu di kesan/ scan kerana lagi banyak malaikat kat kita lagi baik bib !!!contoh !!!setiap kali kita baca ayat kursi dengan khusus, kebergantungan kita pada ALLAH, Dalam Al QURAN ,ALLAH dah janji, akan diturunkan seorang malaikat menjaga kita !!!ini bermakna , lagi banyak malaikat lagi bagus !!!!Untuk Jin pula, haa inilah guna nya ilmu kipas nandung !!!kekadang kalau orang itu ada jin dalam badan, tak sempat duduk lagi(maksud saya kat rumah saya) dah tunjuk rupa !!bersilat lah,terasa panas lah dan memacam kerenah !!!Saya scan dia, dari jarak 3 kaki jer, INSYAALAH dapat jawapan, macam kita tengok tv calour !!!ilmu ini tinggi dari titk 9, kerana setelah anda FANA, baru lah dapat, kena mohon kat KEKASIH HATI (ALLAH).Setelah itu baru lah di ubati !!!!ILMU ISIM HARI ini saya tak belajar, untuk perubatan misteri(syaitan) semua nya saya gunakan mata batin tahap asas !!!ada lah teknik tertentu !!!anda berasal di SARAWAK ,DARI BAHAGIAN BERAPA???Hampir seluroh Sarawak kecuali bahagian kapit !!saya dah pergi !!!yang hulu hulu tu (minta maaf yer) tak ler sampai, tapi kalau dari LUNDU TERUS KE MIRI saya dah sampai, di sana saya berkhidmat sebagai SELDADUK MALAYA.Seorang dari guru ku, ada di MATANG BAUK, KUCHING, tapi rasa nya dah tiada, kerana semasa saya disana (1988-1991) beliau berumur hampir 80 tahun. !!!WASALLAM.

    • assalamualaikum ..,,

      diminta saudara karimon membantu membt topik baru : -

      Sungguh mantap penjelasan dari saudara TOK SHEIKH.Macammana pula dengan ILMU ISIM HARI iaitu mengenal jin dan malaikat dlm badan manusia berkenaan hari lahirnya?Boleh ber jawapan buat saya yang dhaif…wassalam

      tq n wassalam .

    • Salam kepada Tok Sheikh..saya berasal dari sarawak, bahagian sri aman(dulu dikenali sebagai simanggang).Sri Aman ialah bahagian ke-2 dlm sarawak.Saya menghargai sumbangan tok sheikh sebagai tentera di sarawak.

    • pencinta ilmu tuhan

      Assalmualaikaum tok sheikh nak tanya sikit bagaimana mata batin tu dlm perubatan boleh tok kongsikan .tq

  28. Ilmu isim hari ini, berkaitan dengan diri manusia.Di dalam kitab Bintang 12 dan Tajul Muluk ada sumbernya.Setiap manusia yang lahir akan ada jin(kharin) dan malaikat yang bersamanya, setiap manusia , jin dan malaikat ini berkongsi dengan satu isim hari.Isim ini berbeza mengikut hari manusia dilahirkan.Isim hari ini banyak gunanya apabila kita mengetahuinya.Diharap para pengunjung dapat menambah info daripada saya.wassalam

  29. OH ilmu itu !!!Memang ada ilmu itu, saya tak pakai ilmu itu, kerana lambat !!ilmu itu ada dalam kitab perubatan tajul muluk dan ada dalam kitab perubatan Madinatul Asrar.Kitab itu ada kat saya dan saya baca untuk ambil tahu sikit sikit !!!untuk kira nama pakai huruf arab, campor,tolak dan bahagi, saya rasa lambat !!!Saya scan orang sakit,tak pakai itu, nak tau datang rumah saya !!Teknik mengesan pesakit saya hanya pakai jari tangan saja !!!!Cuma saya tulis tentang batu itu saya ambil kat budak penjual batu permata !!!entah ya ,entah tidak ,entah buaya ke !!entah katak !!..wallahh waklam bisawap !!

  30. Asalamualikum

    Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan Allah mengampuni dosa selain itu bagi orang-orang yang Dia kehendaki” (An Nisaa’: 116). Sehingga syirik menjadi larangan yang terbesar. Maka, tauhid merupakan perintah yang paling besar, sebab tauhid merupakan lawan dari tauhid. Oleh karena itu, setiap manusia wajib menauhidkan Allah. Allah menyebutkan kewajiban ini sebelum kewajiban lainnya yang harus ditunaikan oleh hamba. Allah Ta’ala berfirman, “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, dan berbuat baiklah pada kedua orang tua” (An Nisaa’: 36). Kewajiban ini lebih wajib daripada semua kewajiban, bahkan lebih wajib daripada berbakti kepada orang tua. Allah berfirman, “Dan jika keduanya (orang tua) memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya…” (Luqman : 15). Sehingga seandainya orang tua memaksa anaknya untuk berbuat syirik maka tidak boleh ditaati dengan cara yang baik dan lemah lembut.
    Rasul memerintahkan para utusan dakwahnya agar menyampaikan tauhid terlebih dahulu sebelum yang lainnya. Yaitu, Nabi Shallalahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Mu’adz bin Jabal rodhiyallohu ta’ala ‘anhu, “Jadikanlah perkara yang pertama kali kamu dakwahkan ialah agar mereka menauhidkan Allah.” (riwayat Bukhari dan Muslim). Selain itu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda, “Barang siapa yang perkataan terakhirnya Laa ilaaha illallah niscaya masuk surga” (riwayat Abu Dawud, Ahmad dan Hakim dihasankan Al Albani dalam Irwa’ul Gholil). Dua hadits di atas menjadi dalil bahwa tauhid merupakan kewajiban yang paling pertama yang harus ditunaikan oleh setiap manusia pun menjadi kewajiban yang terakhir bagi setiap umat. Oleh karena itu, bersyukurlah bagi siapa saja yang senantiasa menauhidkan Allah, dan semoga kita semua mati dalam keadaan bertauhid kepada Allah, tanpa syirik sedikitpun.

    Wasalam

  31. Asalamualaikum

    RENUNGANGAN LAWAK SUFI TENTANG TAUHID

    Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
    Pakcik : Boleh aje…
    Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
    Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
    Pemuda : Yang putih.
    Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
    Pemuda : Yang hitam?
    Pakcik : Yang hitam pun sama…
    Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
    Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
    Pemuda : Yang putih?
    Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
    Pemuda : Dan yang hitam?
    Pakcik : Yang hitam pun sama…
    Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
    Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
    Pemuda : Yang putih?
    Pakcik : Aaa…yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
    Pemuda : Dan yang hitam?
    Pakcik : Yang hitam pun sama…
    Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
    Pakcik : Mestilah…sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punya.
    Pemuda : Ooo, gitu ke…abis tu yang hitam tu sapa punya?
    Pakcik : Yang hitam pun sama….

    Wasalam

  32. Saya belum tulis lagi paklioo dah beritahu !!!kalau kita betul 2 islam hakiki, tengok nasab itu HARAM bib!!! itu sebab PERAWAT ISLAM TIDAK MEMAKAI ILMU ITU, KAMI HANYA MENGESAN /SCAN KEHADIRAN JIN MELALUI TEKNIK MATA BATIN/AURA ATAU BANYAK PANGGILAN YANG LAIN.

  33. Asalamualaikum

    Kalau faham senang saja Tok Syeikh, kalau Allah itu meliputi, liputilah memenuhi langgit dan bumi, kemana dia nak lari…kalau tak terbakar, hancur. kerana yang hak dengan yang batil tu tak boleh bersatu. Bukan ke ada ayat al quraannya.

  34. Bagus lah DEWA TEMPOR !!!Saya baru nak ulas bab tengok nasib/rezeki ini, tapi pakciklioo dah bagi dalil nya, Alhamdulilah, tapi kitab itu ada yang bolih pakai, macam akar kayu dan perubatan herba, cuma kita nak tahu menyaring nya. Bagini lah!!! kan ke banyak ayat 2 al quran ,kalau nak buka pintu rezeki, tapi nak lah kita berusaha secara halal.Kalau bab pakai cincin tu tak kisah, tapi kena juga hati 2, kalau kau ,kata cincin tu bawak rezeki, masaalah juga!!.Ikhlas saya cakap, kalau bab khadam ni..saya memang tak minat,nak panggil kerana ianya merbahaya !!!Tu lah sebab, saya cerita kan, bab pergi ke alam bunian bukan apa !!bukan kerana saya suka 2, bib !!Saya di ajar olih datuk saya supaya melihat rupa paras mereka, lawa ke ! buruk ! tenguk muka mereka supaya saya biasa dan tak takut !!!!Ada yang lemah semangat akan menjadi masaalah…histeria !!!Kalau kita kata di alam kita ni banyak penipu, di alam mereka 10 kali lebih banyak penipu !!!anda baca lah komen saya dalam penyamaran mereka menyamar dan datang sebagai SUNAN KALIJAGA !!!Sunan ini datuk saya bib, ada hubungan keluarga dengan saya,kerana seorang isteri nya anak datuk Maulana Ishaq, iaitu Dewi Siti Sarah kakak Sunan Giri.Kalau kita tak tau nasab kita, buta buta kena tipu, ALHAMDULLAH,saya di selamatkan olih ALLAH !!!Saranan saya bab KHODAM ni, paling baik ditinggal kan, biar lah BENDA MISTIK itu berada di bawah kudrat ALLAH.BENDA MISTIK ini dah asli nya wujud begitu, contoh !!!!akar cenuai dah memang asli nya(aura yang ada) pada nya ..pengasih!!!jadi kita masuk kan ayat pengasih, lagi lah berkhasiat !!!!Kalau jin ini datang secara kita panggil, mesti dia mahu upah, tetapi kalau dia datang secara semula jadi, kita yang bagi syarat atau kita tolak mentah mentah, dia nak buat apa, kalau kita tak nak kat dia.!!! Apalah nak susah nya bib !!!RAJA KERAS ANU dah ada !!Raja Kayu dah ada!!Raja cenuai dah ada !!Raja Besi dah ada !!Yang tak da Raja Bukit..tang ini kena tanya SI NEO, PASAL APA DIA TAK DER RAJA BUKIT !!!!kalau nak belajau ilmu mata batin, paling bagus mesti ada RAJA BUKIT BERAPIT…kah..kah..kah..wasallam.

  35. Asalamualaikum

    Kalau Tok Syeik dan Dewa tempur dah gatal sangat, biarlah saya perturukan ilmu pengaseh diweblog ini, tapi dengan syarat, jangan beritahu Wak Karimon, Waliqudus dan Neo, kalau mereka tahu ilmu ini jadi penawar pulak.

    Ambil air setimba selepas habis mandi, kacau air tersebut dengan tangan, sambil membaca doa ini;

    Hei air sekacau kacau
    munyak sibuli buli
    airmembawa badan ku suci
    minyak membawa badan ku bercahaya
    macam cahaya Allah cahaya badan ku
    macam cahaya Muhammad cahaya badan ku
    berkat kata doa lailahailallah Muhammadurrasulullah.

    Kalau nak berminyak doa diatas perlu dibaca ketika berdandan, dengan mengosok minyak rambut mengunakan dua belah tangan dan mengosok kedua tapak tangan kekepala setelah selesa membaca doa tersebut.

    Mengkerasnya jarum, garam dan wang $ 1.25. tunai (jangan berhutang)

    Saya jamin tak sampai seratus langkah berjala tentu ada yang tersenyum punya.

    Jambu kepai masaknya ranum
    makan dek orang bulan puasa
    Tok Syeikh tergelak dia tersenyum
    hati mau baik bee !!

    Tapi kalau nak kuat (pawer) lagi kena pakai rabitah, kena cari dekat profai Dukun Asmara.

    Wasallam.

    • Jahanam blog aku menjadi tempat berbini banyak dan bertemu jodoh plak.Yang mulakannya orang yang nak datang KL jumpa Tok Wali dia joloknya Pakciklii terkena pulak tu.

  36. Salam Sejahtera..Pakcik-Pakcik ku yang ku segani,Ku pohon Agar Allah merahmati Kami semua disini dan kat mana-mana lagi..InsyaAllah..

    wahh,,mana aci ni..tak nak bagi tau,,tapi tulih terang-terang..macam mana ni Pengasas..Setahu saya Ilmu tawar-menawar ni..kat pekan rabu malim nawar ada la…kah..kah..kah..

    Jangan Risau Pakcikli..kami akan buat-buat tak nampak Ilmu yang cikli turunkan..Opsss…alamak..nampak jugak la cikli…lagi terang nampaknya adala…ni mesti Tok Sheikh kasi Hembus ni…Tok Sheikh pakai Cenuai jenih apa niii…ni mesti cenuai tanam tepi jamban ni..semerbak wehhh…hehehehhehe

  37. Ada tok wali !!! CENUAI PUTERI JAMBAN, tapi cenuai ni nak ambil kena berkemban,bau nya harum macam mayat di kapan,kalau nak pakai kena teran,wajib sapu seluroh badan, tak bolih mandi satu bulan, itu lah dia ilmu kebal tahi satu badan !!!!!kah..kah..kah…Bab serapah nya kena tanya Karimon atau pakcilioo….KESIAN KARIMON,??? nanti di jawap nya..AKU TAK DAK KENA MENGENA DENGAN INI CENUAI…SI NEO SEKADAR PUN JAWAP…KAU KAN DERIIIKTOR NYA !!!!

  38. Asalamualaikum

    Conton surat salah seorang mereka yang telah menggunakan ilmu pengaseh diatas.

    CONTOH SURAT RASMI PERMOHONAN POLIGAMI

    Panjang bin Kulup Besar
    Kampung Sungai Buah
    Bangi, Selagor

    Kepada:
    Lebar bin Alang Sihat
    Kampung Sungai Merap
    Bangi, Selangor

    Puan

    PERKARA MEMOHON UNTUK BERPOLIGAMI

    …….perkara di atas adalah dirujuk

    Walaupun kita tinggal sebumbung permohonan seperti di atas terpaksa dibuat menggunakan surat, kerana puan juga perlu memberi jawapan bertulis untuk menyokong permohonan saya kepada pihak yang berwajib untuk berpoligami.

    Sebagaiman yang puan sedia maklum sejak saya sering melayari laman blog Dukun Asmara ( http://pakcikli00.wordpress.com/ ) prestasi tenaga batin saya telah meningkat. Oleh itu permohonan saya berkawin dua adalah untuk membantu puan menampung ledakan tenaga batin yang telah saya alami.

    Di samping ledakan tenaga batin buat masa ini saya juga telah dilimpahi dengan nafkah zahir yang bertambah-tambah. Penambahan isteri adalah juga bertujuan untuk mengimbangi penambahan nafkah zahir tersebut.

    Kerjasama dan perhatian puan mengenai perkara di atas didahului dengan ucapan terima kasih.

    Yang berhajat
    ……………………………….
    Panjang bin Kulup Besar

    Kepada sahabat ku yang berhajat untuk ber 2 is 3 (code jangan bagi bini tau}, diatas adalah
    contoh surat permohonannya.

    SELAMAT MENCUBA

    Wasalam.

  39. Ya lah Karimon pakciklioo ni !!! MACAM LAH ORANG NAK TAMBAH KOUTA, CUKUP LAH SATU JERR.JANGAN TAK DER MASAALAH , CARI MASAALAH !!!tapi kalau ada masaalah rumah tangga datang jumpa aku, masuk juga aku !!kah..kah..kah..

  40. Asalamualaikum

    Kalian nak belajar kalam tanpa huruf dan suara ni, siang ke malam, tolong beritahu.

    wasalam.

  41. Asalamualaikum

    Syaratnya hanya sekadar Sidiq, amanah, tabliq dan fathonah. Kerana ilmu ini dimiliki dan datang dari yang Maha Kaya, tempatnya dihati, waktunya dinyawa.

    Wasalam.

  42. Dalam ilmu batin ada 3 ilmu yang dikatakan ilmu tahap tinggi, iaitu:
    1 Ilmu Kipas Nandung atau Ilmu Mata Makrifat
    2 Ilmu cacing Gelang Gelang
    3 Ilumu cucuk mata seluang
    Ketiga ilmu ini tidak dikira ilmu sihir kerana ianya di ketogarikan ilmu mata makrifat.Untuk mengubat nya, kata keempat empat tok guru saya,mesti lah orang yang mengamal kan ilmu mata makrifat juga.Saya pernah mengubat kan satu dari orang terkena jurus itu, iaitu ilmu cacing gelang gelang.Ilmu kipas nandung mangsa yang kena ,saya tidak sempat mengubat nya.Ilmu cucuk mata seluang tidak saya jumpa lagi mangsa nya, atau mungkin telah sirna dari dunia ini seperti sirna nya ILMU RENGKAH GUNONG dan ILMU SANGKAR MAUT…nanti sambung kalau ada idea atau di minta !!!

    • Ilmu kipas nandung saya pernah mendengarnya dan serba sedikit tahu mengenainya tetapi bab ilmu cacing gelang dan cucuk mata seluan belum pernah mendengarnya.Dapat kiranya Tok Sheikh berkongsi maklumat apakah jenis ilmu itu.

  43. Asalamualaikum

    Maaf, Pakcikli maseh sibuk membuat lintas lansung dari istana makamah Putrajaya menerusi blog Dukun Asmara yang menentukan kedudukan MB Perak, wasalam.

  44. Asalamualaikum

    Ilmu yang Tok syeikh beritahu itu saya ada dengar, tapi saya tidak berapa arif. Jadi saya tak boleh ulas nanti hempas pulas. Saya harap Tok Syeikh bolen menghurainya dengan lebih terperinci atau perkaki. Saya lebih arif tentang ilmu sains yang terbahagi kepada tiga jua iaitu Biologi, Fizik dan kimia, ilmu ini juga cukup tua di Eropah. Orang melayu juga suka ilmu sains dan Teknologi, cukup bulan terima gaji, tak boleh sain cap jari, tak tahan cabut lari, wasalam.

  45. saya ada mempelajari ilmu mempertahankan diri (silat Nasrul haq), yang boleh menjatuhkan musuh dari jarak jauh.ada tak kelemahan silat ini?Adakah asal usul silat ini dari zaman RASULLULLAH yang digunakan pada masa peperangan menegakan sinar AGAMA ISLAM?….hamba yang ingin tahu.

    • Salam Sejahtera Panji Uda yang dirahmati Allah…

      Saya Pasti Saudara Cukup Ilmu Syariatnya sebab dah dalam Pembelajaran Ilmu Haq…Setahu Saya..Ilmu ni datang Sendiri..Asal Usul asas Pergerakkannya adalah dari Gerakkan Solat serta Dzikir Sirr..Hu..Ha..Silap Hari Boleh Terbang..

      Wassalam..

  46. Asalam mualaikum semua!!Kita bercerita bab Ilmu cacing Gelang Gelang. Menurut guru saya ilmu ini adalah macam ilmu kipas nandung tetapi bukan ilmu kipas nandung.Ilmu ini memang untuk memusnah kan musuh perlahan lahan.Ilmu ini memang dari ilmu makrifat !!!!Ilmu cacing gelang 2 di makrifat kan memusing kan kedudukan 2 ekor cacing dalam perut manusia.Apabila kedudukan cacing ini berpusing, maka isi perut mangsa akan berpusing dan memulas !!!Apa benda yang dimakan olih si mangsa akan keluar semula melalui muntah,walau pun air biasa!!lama kelamaan si mangsa akan lemah kerana tidak bolih makan, dan akhir nya mati..
    Ilmu cucuk mata seluang tidak membunoh mangsa tapi membutakan mata si mangsa !!Duri nibong tunggal akan di cucuk kepada mata ikan seluang dan di makrifat kan ke mata si mangsa.Dalam masa 3 hari si mangsa akan terasa bisa yang amat sangat pada mata nya, dan kalau tidak di ubati, si mangsa akan BUTA.
    Kedua ilmu ini kena makrifat betul betul badan si mangsa, lebih kurang seperti kita melihat si mangsa itu betul betul dihadapan kita…Berbeza dengan ilmu kipas nandung, kedua ilmu ini tidak bolih untuk mengubati mangsa.Untuk mengubati sesiapa terkena kedua ilmu itu, kita kena menggunakan ilmu kipas nandung…ITULAH SEBAB NYA ILMU KIPAS NANDUNG BESAR FAEDAH NYA.Tapi untuk mendapat nya masaallah, banyak cubaan dan dugaan. !!!!!!Setiap ilmu jurus dalam apa bentuk pun ada kelemahan nya !!kelemahan ilmu jurus ini terletak tenaga kebatinan si pelaku nya. Makin banyak jurus yang keluar, makin habis lah tenaga si pengguna….itu sebab nya ilmu jurus hanya dikeluarkan pada tahap akhir dan pasti nya membunoh……UNTUK PANJI UDA !!!SAYA NO KOMEN DALAM ilmu NASRUL HAQ.Saya tak belajar dan saya tak nak kata apa kerana saya tak tau !!Saya hanya beritahu kalau saya belajar sesuatu ilmu itu….Kalau kita nak tau sesuatu ilmu itu, kita kena tau dari mana ilmu itu diambil atau di panggil NASAB ILMU, contoh nya seperti bab zikir.Itu lah sebab nya ilmu mata makrifat tidak ditunjuk kan pada umum kerana bolih menimbul kan impikasi yang besar.Itu saya dari saya, jika salah pendapat dan ulasan saya , saya mohon maaf….wasallam.

  47. Assalamualaikum…terima kasih buat tok sheikh, penjelasan yang amat berguna untuk para pengunjung..Berkenaan dengan ilmu kipas nandung, ada juga saya dengar ilmi ini diguna untuk kecemasan seperti yang tok sheikh katakan.Kipas nandung ini bertujuan untuk menganguskan anggota dalaman musuh.Ada juga saya dengar ilmu sihir yang terkenal dalam masyarakat tempatan di sarawak iaitu Puntik.Puntik ada banyak jenis, puntik babi, puntik tulang, puntik darah dan puntik miang buluh.Untuk masyarakat melayu di sarawak ilmu yang terkenal ialah Gayong dan Panggilan Angin.Gayong di sini bukan seperti silat gayung malaysia, ianya berupa ilmu membunuh yang tiada penawar hanya berserah kepada Allah swt.sekian wassalam

  48. Salam Sejahtera Saudara-Saudaraku yang Dikasihi Allah…

    Kalau nak menjatuhkan Musuh Dari Jauh pakai Ilmu Pasak Bumi Pun Boleh..Ilmu Nas/Ul-Haq ni mana ada Guru yang mengajarnya pada Zaman Sekarang..Diri kene Betul-Betul Bersih..ni tengok TV part orang Bercium pun dah memesongkan Pemikiran camner nak Haq??jadi Hulk mungkin Boleh..warghhhh…Tengok RAJA LAWAK kat Astro pun dah Terbahak-bahak camner yeop..Ilmu Haq ni Bersih dari segala-galanya..kena Banyak Bersuluk..Rajin Bersolat/Zikir..Dan Ilmu Haq ni dalam Lembut..Penyatuan dengan Alam..Segala Binatang takleh Bunuh..Berlemah-lembut dengan Alam..bagi salam dengan Alam pun Belum tentu kita Boleh???Tapi kalau tengok Bola kat Stadium Shah Alam Siap Bakau Kerusi..camner nak Haq??..Haq’Qul Yakin akan Hati kita Pada Allah…Blajar Ilmu Mengenal lagi Baik..dah tentu jalan-jalan nak mati tahu…yang dah pastinya kearah itu kita semua..

    Inna’lilla’hiwa’inna..illaihiraa’jiun

  49. Waailaikum salam Dewa Tempor !! Yang di panggil Gayung di Serawak itu samalah dengan ilmu kipas nandung.Ilmu ni memacam nama, orang yang datang ke daerah KEPULAUAN MINDANAO dan BRUNI( NAMA LAMA BERUNAI) ialah Saiyid Thanaudin/ Datuk Adi Putra PADA TAHUN 1400 an.Jadi mestilah ada anak murid Datuk Adi Putra disana, beliau berdakwah di derah kamu itu dalam jangka masa hampir 20 tahun bib !!!.Tapi apa pun kena lihat amalan GURU nya samada, mengamal kan ilmu hitam atau putih.Kita bolih kenal melalui guru yang mengajar samaada ikut syariat atau tidak !!!Kalau dah solat pakai niat jer bib!!!elok lah main jauh 2….kena lah cari guru yang betul 2………BAB ILMU SIHIR DI SANA, memang saya tahu dan faham,disana juga ada MINYAK SAKANG,..yang saya ingat hanya 2 jenis saja iaitu Minyak Sakang 1000 dan Minyak Sakang Pulang Balik !!!.Dimana pun saya merantau saya akan berkawan dengan orang orang pandai, walau pun saya tau bomoh itu pakai jin, bukan apa sekadar cari pengalaman.Saya pernah berkawan dengan seorang bomoh yang masa itu dah berumur 100 tahun iaitu di kaki Gunung Belinjau daerah BAU, DIA SANGAT BAIK DENGAN SAYA, DAN DI AJAR NYA SAYA CARA NAK MENANGKIS,KALAU TERKENA MINYAK SAKANG.DAN BOMOH INI MEMANG KEBAL.Rasa saya orang tua ni dah tak de lagi…bomoh kaum Dayak Bau !!

    • Assalamualaikum…memang betul kata tok sheikh, sememangmya ada minyak sakang 1000 dan sakang balik.Kebanyakan ilmu orang kt sini dituntut dari Brunei dan Sambas(kalimantan), dan ada kesamaan dengan org sabah.Mengenai orang tua kt Bau, dia mungkin berbangsa Bidayuh(kebanyakan dari serian, bau dan lundu).Emmm…memang mantap pengetahuan tok sheikh pasal ilmu batin ni…Mungkin tok sheikh pernah dengar mantan ketua menteri sarawak & tyt iaitu Tun Abdul Rahman Yaakub ialah seorang yang kaki ilmu dan banyak guru 2 termasyur dijemput beliau ke sarawak..tq wasalam

  50. Waalaikum salam Dewa Tempor!!Dalam ilmu kebatinan islam kebanyakan ilmu itu datangnya dari orang yang sama iaitu Datuk Adi Putra atau Sultan Abdullah Imam/Raden Walungsungsang…kedua nya ada hubungan keluarga, keturunan mereka ada di SAMBAS dari SULTAN A.RAHMAN Al QADRI, begitu juga Sultan Brunai..Al Jailani dan TYT ANDA sekarang AL IDRUS.Itu sebab nya di M’SIA TIMOR, Memang ada ilmu itu.Zaman dahulu, kalau seorang pendakwah tidak mantap dengan ilmu kebatinan islam, pendakwah itu akan kecundang, ilmu sihir lagi power power bib !!Itu sebab, anda kalau baca sejarah para Wali semasa berdakwah, ada semacam ilmu sakti, itu lah dia ilmu para wali yang di panggil KARAMAH. Tetapi jangan lah kita terfanatik sangat dengan ilmu mereka, kerana ada ilmu mereka yang sesuai di zaman mereka.Zaman yang penoh degan ilmu sihir.Saya sendiri yang memang bernasab sampai ke mereka, pun memilih ilmu yang sesuai untuk di guna kan untuk zaman ini.Saya bagi contoh !!!ilmu kebal,dengan izin ALLAH !!ada, tapi sesuai kah ilmu itu pada zaman sekarang ??bagi saya tidak sesuai kerana zaman dulu kita berperang pakai keris, pedang dan lain lain senjata kecil(besi).Zaman sekarang kalau anda kebal pun, anda melambung kalau di tembak mengguna kan M16, kekuatan hentakan peluru m16 sekuat 1225 kaki/per lbs dan kelajuan peluru m16 ,1227 kaki sesaat.Kalau musuh menghujani peluru tepat kat kita, melambung juga kita !!!lebam lebam juga badan kita walau pun mungkin kita tak mati, itu baru m16, kalau GPMG,aku tak tau lah,pokok besar pemelok pun tembus, kalau kita kebal, melambung lah bib…ada yang cerita pada saya di zaman konfrantasi dulu, seorang tentera indonesia itu memang kebal, di tembak beribu butir peluru LMG(MEDIUM MESIN GUN), AKHIR NYA SI MUSOH ITU, SAMPAI DI KUBU TENTERA MALAYSIA, TAPI SUDAH TIDAK BERDAYA LAGI, DI SEMBELIH NYA LAH OLIH TENTERA KITA…Saya lebih suka kalau kita ikuti peredaran zaman moden, supaya semua rakyat kita bolih memegang dan mengguna kan senjata !!!Kita kena berhati hati ,orang sebelah kita sentiasa tidak senang kat kita.DI AIR YANG TENANG JANGAN SANGKA TAK DE BUAYA !!!DAN ITU LAH YANG TERJADI DI P.D. Kalau nak banding kan buaya kat Sarawak, buaya Semenanjung, anak buaya bib…buaya Sarawak lagi godang godang bib…aku tengok pun takut….30 kaki panjang !!!!

    • Salam sejahtera kepada tok sheikh… memang betul ada pertalian nasab dan ilmu..itulah penjelasan penuh ilmiah dari tok sheikh.Pengalaman tok sheikh dlm tentera sangat berguna untuk tatapan generasi sekarang.Boleh tok sheikh bagi petua camna nak menjaga rumah dari gangguan makhluk halus?

    • azhar al qadri

      Sila jelaskan bagaimana Syarif Abdul Rahman Al Qadri ada kaitan seperti yg Tuan Syiekh tulis diatas. ” Datuk Adi Putra atau Sultan Abdullah Imam/Raden Walungsungsang…kedua nya ada hubungan keluarga, keturunan mereka ada di SAMBAS dari SULTAN A.RAHMAN Al QADRI,”

  51. Assalamualaikum semua…saya ada terdengar iaitu ilmu dimana setiap jari dan tapak tangan mempunyai nama2 tertentu yang berupa amalan, di mana ilmu ini bertujuan untuk menjahanamkan musuh.Begitu juga nama 2 setiap anggota badan ada nama tertentu untuk mempertahankan diri.Adakah ilmu ini kita ketogeri sebagai ilmu gayong?Tq n salam

  52. Salam…Dewa Tempur…Kalau ada Kayu Sakang 1000 Poslah dekat saya disini..Kebanyakkan Spesis Kayu ni hanya ada Di Temburong..(Setahu saya)..Lagi satu Kayu Madang Sisik..Dulu keje kat Brunei..ada la Pengetahuan sikit-sikit..Cadang dah nak beli hari tu..Tapi cuma dapat Beli Kayu Patagar Besi jer…itu pun hanya ada Sebatang Kecik jer…

    • Wassalam…buat saudara wali qudus insyaallah saya akan usahakan kayu sakang 1000 untuk wali qudus.Kayu sakang 1000 hanya terdapat di limbang dan brunei, adik saya bertugas di limbang dan saya usahakan untuk saudara wali qudus untuk mendapat kayu tersebut.Tq n salam.

      • TErima Kasih Dewa Tempur…Di Tamu Limbang ada seorang pakcik yang menjualnya…Saya pernah ke sana sewaktu kerja di Brunei..(Awal Tahun 2009)..

        Kalau tak silap saya, ditamu tersebut juga ada menjual jerangau merah yang hidup…tetapi pakcik tu kalau dia masih ingat kat saya tak tahu lah…pakcik tu pakai spek mater…kurus-kurus orangnya..tapi dia banyak jual kayu tas….Rindunya nak pegi ke Limbang…entah bila lagi dapat pergi ke sana…

  53. Untuk Dewa Tempor!! Nama 2 ni saya pun tak tau, kerana yang saya tau ,bila dah siap kan zikir dan amalkan 3 bulan wuduk jangan putus, semacam ada ilham dihati saya supaya niat kan zikir kita masuk kedalam badan kita !!zikir akan menjadi jurus,bila dah juta juta,dia masuk ke tulang belakang kita !!!Semua itu berlaku setelah kita berzikir tanpa henti,walau sesaat pun.Kalau anda laku seperti saya dan tok wali kudus saran kan dia nya berlaku secara automatik,ilham ini akan datang di hati anda.!! masa ini guru penting untuk dijadikan panduan,amalan adalah dari anda…HA..kan dah tau zikir di simpan di mana???Dimasa itu setiap jari anda bolih mengeluarkan JURUS,kalau kaadan memerlukan khusus nya KALAU ADA SYAITAN/SIHIR.Itu sebab nya bab nama saya kurang tahu tetapi, saya tau jurus itu ada di hujung jari saya !!!Dan apalah ada pada nama…jurus yang keluar dari tapak tangan dan 10 jari saya ,saya namakan JURUS TAPAK WALI.untuk mengenal jurus ini, saya yang namakan sendiri.Macam saya buat minyak cenuai, nama itu saya cipta sendiri seperti nama MINYAK RINDU MALAM.

  54. assalamualaikum… tok sheikh, saya ingin belajar macam mana caranya.

  55. Buka RIDAM BLOG, dan daftar nama !!!

  56. Pandai ler tok wali nak cari kayu, kayu api tak nak ker, bolih buat masak nasi , bau harum jer nasi tu !!!!kalau dapat kayu tu jangan lupa hantar kat melaka sikit…kah..kah..kah..

    • InsyaAllah..Kalau dapat awek baru jangan lupa hantar kat karimon..kalau dapat Buluh Prindu Gred Baik Punya hantar kat saya dan jangan bagi tau karimon/Cikli ngan Neo..depa tengah blajar keras-keras kan telor ngan Cikli kita..kut katanya leh jadi Geliga Telor Orang..kuat tuh..kah..kah..kah…jangan mare yea..nanti tok sheikh tak dapat awek baru..Mak Sheikh tak tahu Tok..saya tak bagi tau..kalau mak sheikh tau pun..alah..paling tinggi Tok Sheikh tidur jer kat luar barang dalam tiga-empat minggu..ok..Mak Sheikh ok kannnnnnnnnn

  57. ade…..di kt….29.2 ni bersama ridam

  58. Sesiapa yang berminat nak jadi PERAWAT ISLAM, pergi lah jangan sayang kan wang atau masa, isi kan dengan ilmu.Ilmu mata batin akan diajar disana.

    • Assalammualaikum….t.ksh tok sheikh…… sye mmg minat nk jd “Perawat Islam” klu dizin Allah s.w.t…..t.ksh skali lg dgn info tok sheikh tue…he3

  59. Salam Sejahtera Saudara-Saudaraku yang dirahmati Allah..

    TOK SHEIKH….MANA PAKCIKLI NI????…Gi tanjung remutan ke???…amik kayu???…

  60. Asalamualaikum

    Banyak orang menanam pulut
    saya orang menanam padi
    banyak orang karam di laut
    saya seorang karam dihati

    wasalam

    • Assalamualaikum…

      Karam-Karam…Karam Singh Walia
      Pengacara Tv, tangan mengangkat ke sana,
      Tub-Tub cikli ada Dimana
      sangka Kami Cikli bertapa..

      Bertapa-tapa, Berpada-pada,
      Karimon-Neo tertelan Nangka,
      Tok Sheikh Ingat Cikli Merana,
      akibat hati paru Tiada,

      Hati dan Paru, sigulai nangka,
      Gendang Gendut, tali celana
      Buncit Perut, Zakar Tiada
      Cikli Berubat kat Mana??

      Gua Tempurung Tempat Bertapa,
      Panjat Kelapa berwaspada,
      awas cikli Tok Sheikh menerpa..
      tak wali nak tanya….BIla nak Jumpa???

  61. Salam kepada saudara semua…memang betul apa saudara wali qudus katakan , di pasar tamu limbang memang ada orang tua yang menjual kayu, akar dan tumbuhan herba.Sebelum ini saya ada memesan adik saya untuk membeli kayu tas , kayu penunduk dan raja kayu disana.Jerangau merah hidup pun beliau ada menjual.Kalau tak silap saya, osman nama org tua tu.

  62. Salam kepada sahabat semua… ada tak sesapa tahu khasiat tanduk pelanduk tunggal dan kerang jadi batu yang bersaiz lebih kurang bola tennis.Tq n salam

  63. Waalaikummusalam pakciklioo!!!Pakcilioo bertapa karam dihati,Gua tempurong dan bukit berapit,Kami kat webblog lama menanti,Mencari ilmu berakit rakit…..Bunga cenuai buloh perindu, Bakang 1000 belum lah dapat.Semua sudah di berikan pada mu, Cuma si sakang yang belum dapat…Dari kucing ke bandar miri, Singgah di Julau jalan nya sempit.Nak belajar ilmu keras jumpa pakcikli,Bagaimana pula ilmu nak sempit…..Wali 9 dan wali tujoh,Dari petani ke pulau jawa,Dengan karimon belajar cari jodoh,Untuk si neo yang belum ada apa apa…..kah..kah..kah….wasallam

  64. Asalamualaikum

    RAHSIA URUT BATIN

    Urut batin urutan berahi
    urutan khusus suami isteri
    suami isteri saling menguruti
    sehingga puas hajat di hati

    Urut batin perlu pengetahuan
    bukan hanya ikut perasaan
    supaya tidak punah kesihatan
    samada lelaki atau perempuan

    Jikalau tanpa kasih sayang
    urut batinnya lintang pukang
    hanya nyawa separuh melayang
    macam ayam ditangkap musang

    Urut batin mulai mengawan
    mengurut raga tubuh badan
    sehingga lancar darah berjalan
    untuk memanaskan perasaan

    Bersetubuh untuk jiwa raga
    di antara jantan dan betina
    suami isteri bersatu tenaga
    hingga terasa di puncak dunia

    Persenyawaan bersatu nyawa
    di antara jantan dan betina
    menghayati hidup alam semesta
    dengan rasa kasih sayangnya

    SALAMAT MENCOBA

    wasalam.

    • Semuga sedikit sebanyak tentang syahadat ini dapat membantu menambah pengetahuan kita semua.
      Syahadat artinya kesaksian. Kesaksian manusia terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah swt. Bahawa sejatinya dia adalah hamba Tuhan. Dalam khazanah Pengutusan Wahyu sepanjang masa, mulai dari Adam AS hingga Muhammad SAW, setidak-tidaknya kita mengenal ada enam kesaksian.
      Syahadat artinya kesaksian seorang hamba setelah dipilih oleh-Nya menjadi wakil Tuhan bagi alam semesta.Syahadat setiap rasul yang diturunkan Tuhan di muka bumi ini berbeza-beza.Walaupun berbeza tetapi matlamatnya adalah serupa iaitu tetap ada pengakuan kepada Alla swt. Ada kekhususan pada syahadat Muhammad SAW. Nabi terakhir ini mewartakan pertemuan langsung atau Makrifat kepada-Nya. Ini yang beza dengan syahadat para rasul yang lain.

      1. SYAHADAT ADAM
      Rasul yang pertama adalah nabi adam bunyi sahadatnya begini:
      ASHADU ALA ILAHA ILLALLAH WA ASHADU ANNA ADAM KHALIFATULAH.
      PERINTAH TUHAN: hai adam kamu adalah utusan ku. Kamu jangan mempunyai keinginan ma’rifat kepada ku.
      WALLAHU BATINUL INSAN AL INSANNU DOHIRULLAH.
      Artinya: ketahuilah wujud kamu. Kenallah diri kamu. Wujud kamu adalah keadaan wujud aku. Hai! Adam setelah kamu memahami dan mengerti wujud kamu adalah wujud aku. Sekarang kamu harus sholat dua raka’at. Maka sholatlah adalah agar kamu menerima kebaikan.
      2. SYAHADAT NUH
      Rasul yang ke dua adalah nabi nuh syahadatnya adalah begini:
      ASHADU ALLA ILAHA ILLALLAH WA ASHADU ANNA NUH HABIBBULLAH.
      PERINTAH TUHAN: Hai nuh kamu adalah utusan kami. Kamu jangan berkeinginan ma’rifat kepada kami.
      Dalilnya SAMA-SAMI’AN. Kenallah pendengaran kamu. Pendengaran kamu adalah kenyataan pendengaran kami. Tapi sekarang kamu Nuh harus sholat di waktu zuhur empat raka’at dan kamu harus menerima di berikan dua telinga dan dua mata. Begitulah sebabnya sholat zuhur empat raka’at.
      3. SYAHADAT IBRAHIM
      Rasul yang ke tiga adalah nabi ibrahim sahadatnya adalah begini:
      ASHADU ALLA ILAHA ILLALLAH WA ASHADU ANNA IBRAHIM KHALIFATTULLAH.
      PERINTAH TUHAN: Hai ibrahim kamu adalah utusan kami.kamu jangan berkeinginan ma’rifat kepada kami.
      Dalilnya (BASYAR dan BASIRON) Ketahuilah penglihatan kamu. Penglihatan kamu adalah kenyataan penglihatan kami. Kamu harus sholat asar empat raka’at dan kamu harus menerima di berikan dua mata, dua tangan. Begitulah sholat asar wajib kepada umat umatnya.
      4. SYAHADAT ISA
      Rasul yang ke empat adalah Nabi Isa syahadatnya adalah begini:
      ASHADU ALLA ILAHA ILALLAH WA ASHADU ANNA ISA ROKHULLAH.
      PERINTAH TUHAN: Hai isa ketahuilah bahwa nafas kamu adalah kenyataan hidup aku. Dan kamu harus sholat tiga raka’at di waktu magrib dan kamu harus mengerti bahwa kamu telah di berikan dua lubang hidung dan nafasnya. Begitulah sebabnya fardu sholat magrib tiga raka’at.
      5. SYAHADAT MUSA
      Rasul yang ke lima adalah nabi musa syahadatnya begini: (kata hidup kita kepada suaranya).
      ASHADU ALLA ILAHA ILLALLAH WA ASHADU ANNA MUSA KALAMMULLAH.
      PERINTAH TUHAN: Hai Musa kamu adalah utusan kami. Kamu jangan berkeinginan ma’rifat kepada kami. Kenalilah ucapan kamu. Ucapan kamu adalah kenyataan ucapan Ku.
      Dalilnya KALAM-MUTAKALIMAN tapi kamu sekarang harus sholat empat raka’at di waktu Isya dan kamu harus menerima di berikan depan, belakang, kanan, kiri. Begitulah sebabnya fardu sholat isa empat raka’at.
      6. SYAHADAT MUHAMMAD
      Rasul yang ke enam adalah nabi muhammad. sahadatnya adalah begini:
      ASHADU ALLA ILAHA ILALLAH WA ASHADU ANNA MUHAMMADDARASULLULLAH.
      PERINTAH TUHAN: Hai muhammad kamu adalah utusan kami. Sekarang kamu harus tajali. Kamu harus ma’rifat kepada kami sebab kamu adalah yang paling dekat kepada kami.
      Dalilnya: AL INSANNU SIRRI WA ANNA SIRRUHU. artinya: Muhammad! rasa kamu adalah rasa kami. Maka pangkat mu Rasullulah. rasa kamu-rasa kami. Sekarang kamu adalah kekasih kami. Ini kami memberi cara untuk mendekatkan diri kepada kami. Turunlah kamu kepada anak cucu para wali dan umat-umat mu sampai akhir jaman. Begitulah perjanjian kepada rasul.

      • Emm….sungguh berharga penjelasan saudara karimon,..dah masuk usuludin.Kalau dh masuk ke syahadat,..gali terus ke niat batin solat fardhu..tq n salam

  65. Asalamualaikum

    Hai ! apa pasal tiba tiba Wak Karimun timbul pasal Syahdat ?, lain macam saja bunyinya. Saya cerita bab surga dunia, bagi Tok Syeikh melelih air liurnya, Wak Karimun pula masuk bab syahdah, biasanya cerita syahdah ni, untuk orang yang nak mati !, bikin waliqudus takut bib. Tapi mungkin Wak Karimon sudah jemu dengan surga dunia, nak rasa surga akhirat pulak. Syarat jumpa tuhan kena mati, begitu juga untuk masuk surga akhirat, sebab itu Nabi Idris as minta dicabutkan nyawa terlebih dahulu sebelum minta masuk surga, kena ikut tertib bib. Tapi sahabat kita yang seorang tu macamana Tok Syeikh, setahu kita surga dunia pun tak lagi. Kena ikut prosedur bib, dunia dulu baru akhirat. Ada kawan saya dulu menangis bib, menyesal melambat lambatkan masuk surga dan menahan diri merasa dahaga kerana takut nak buka. wasalam.

    • Saja aja Pakciklii,kan malam tadi malam jumaat nak potong steam Tok Sheikh sikit tu sebab tukar topik bab syurga dunia ke bab akhirat.tapi simpati harus diberikan kepada Waliqudus kerana ada tetamu datang malam tadi dan terpaksa dia melayan sehingga jam 4 pagi.

  66. Asalamualaikum semua!!! HAH..kan ke Karimon dah keluarkan taring nya, kalau penjelasan begini, saya pun tabik!!!Saya pun bukan faham sangat bab ini , bila baca tulisan Karimon !!huooo macam penjelasan seorang USTAZ.Bagitu lah jangan sorok sorok, apa yang ada dalam dada keluar kan !!!SAMPAI KAN LAH ,WALAUPUN SEKADAR SATU AYAT !!!jANGAN MAIN SOROK 2, TOK SERBAN HIJAU JER LAGI YANG MASIH MENYOROK….BEBAIK TOK..JANAGAN SAMPAI SERBAN HILANG >>kah..kah..kah.

  67. Assalamualaikum.. semua..Karimon dh tunjuk taringnya.. macammana tok sheikh tak nak kupas Hikmat Tapak Tangan Wali?

  68. DEWA TEMPUR LAGI HEBAT TUAN KARIMON… CANTIK AJER DIA PASANG UMPAN..SEMUA NIE MAIN SOROK-SOROK YER… SAMA LAH CAM WALIQUDUS DAN NEO ISKANDAR..HIHIHI

    • Ha ha ha ha dewa tempur dah bertambah matang,waliqudus plak malam tadi mengenakan Neo cian Neo merajuk dia balik

    • Lama tak dapat berita dari saudara saya hasyim ini kini baru timbul,sampaikan salam hurmat saya kepada saudara saya Wak Lan,jasa baik dan kemurahan hati beliau amat2 saya hargai dan tak terbalas budi baiknya dan akan saya kenang selamanya.Saya masih ingat semasa kali terakhir saya datang dulu beliau sedang mengubati orang dan tak dapat melayan saya,selepas habis saja mengubati orang itu dan belum pun satu anak tangga orang itu turun beliau terus menuju kepada saya dengan tangan terbukanya memelok saya.Satu penghurmatan dari seorang saudara yang mengetuai Pusat Perubatan Nagacimande.Semuga Allah memberkati dan melimpah rahmatnya kepada Wak Lan sekeluarga dan kepada saudara Hasyim juga.Amin

  69. Tok wali tu tak per pasal dia ada orang baru , baru bulan madu jangan malu malu macam itik tersudu sudu, Si Neo pulak masih tercari cari antara makwe dengan ilmu,kalau cari ilmu ,makwe muncung panjang macam lembu,kalau ikut makwe ilmu lak tak der dalam kalbu,itu sebab nya guli jadi buntat,ketul batu sangka emas,jangan semua terlepas nanti badan jadi panas,kena lah tok wali kudus sebat dengan kayu tas,biau jadi keras ,bila dah keras barulah jadi otak waras..!!!!Bagus juga semua dah keluau,jangan macam kena sampau,asyik nak buka seluau, nanti bini suruh tidor kat luauu, barulah muka macan HAWAU kah..kah…kah…..WASALLAM …BAB TAPAK WALI TU REHAT DULU KERANA GONG XI FATT CAI.

  70. salam nagacimande ni wak lan ke?

  71. Assalamualaikum saudara semua…buat saudara Nagacimande, blog saudara memang mantap banyak memberi manfaat kepada yang baru mengenali dunia mistik macam saya ni..bagilah sikit2 air tangan tu…Buat saudara Karimon , tuan sememang mantap dengan pengisian batin, saudara memang berpengatahuan dalam usuludin dan tasawuf al Haq.Jangan nak sorok2 ye.he..he..he..

  72. Saudara Nagacemande !!Kami memang dah tau tentang DEWA TEMPOR ni, tapi tak apa la, sekurang kurang nya saya dapat mengigati nama jurus jurus itu apabila beliau minta saya ulas,tapi DEWA TEMPOR, saya akan ulas kalau saya tahu atau saya mengalami setiap yang anda tanya !! yang saya tak tau saya akan kata tak tau.Memang dalam bab ilmu kebatinan yang paling baik, kalau kita mengalami sendiri, barulah ada uuump, kalau tidak ia nya menjadi cerita NENEK KEBAYAN.

    • Emm…jangan lah macam tu Tok Sheikh..tuan memang mantap dalam bidang kebatinan, tak dapat dinafikan..latar belakang tuan memang layak untuk berbicara..emm tok sheikh pernah dengar ilmu untuk melemah musuh apabila memandang wajah kita..sila beri tunjuk ajar..tuan karimon & tuan nagacimande pun boleh bantu saya..

  73. Ilmu itu memang ada , tapi kalau anda berniaga,nelayan atau pemburu tak elok untuk amal kan,kalau anda bekerja atau kerja sendiri memang bagus !!!Kalau nak ambil anda kena jumpa saya !!!kena ada ijazah juga bib!!!

  74. Salam Sejahtera para sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah..

    Buat Saudara Hashim/Wak Lan/Tok Sheikh/Tok Serban/Pakcikli00/Neo/Dewa Tempur/Isa/Are Deep dan kengkawan yang menyelami Ilmu Dunia Akhirat..Alhamdulillah..Tercapai jua hasrat Kami (Pengasas dan Saya) untuk merapatkan saf-saf yang telah sekian lama jauh dari sandaran bahu ke bahu..Alhamdulillah, dengan adanya Blog yang sebegini yang asas pengetahuan yang dimulai dengan Nama Allah, dapat juga kita bersama menimba Ilmu..Saya pasti ramai pembaca Blog yang terbaca ruangan ini dapat menelaah tentang logik sesuatu yang diperdebatkan…Terima Kasih buat Pakcikli yang pandai membarakan sesuatu yang hampir terpadam dan Tok Sheikh yang terbakar Dek Ilmu yang diperdebatkan..di Suntik lagi dengan Pertanyaan Dewa Tempur yang sememangnya telah beliau pendamkan dalam Hatinya disebabkan akan kesahihan Ilmu yang diperolehi..Saudara Pengasas Pula..Sentiasa Berangin..kekadang bila Ribut Ilmunya berkumandang..maka tiada terperinya kilatan menyambar hati yang ketahui akan Mutiara Tersembunyi..cuma berkarat menanti dicuci dengan pati limau kasturi..harumnya wangi cenuai bersemi dari Tok Sheikh memberi..tak Kurang Juga Pakcikli..Ilmu sendu dan Sendi bagi Tenaga Ilmi Rohani…Neo Keris Berdiri..tak jemu mencari walau pun dapat selori batu dan besi..tak kurang juga kaca berderai dicantum kembali menjadi mutiara Hati Sejati..Ilmu hembusan kata-kata yang menjolok pembaca mencari Erti..Tok Sheikh pula membalas kembali Ilmu Picitan Badani dari Neo pencari Urat Sendi..

    Pengasas Pula geli Hati mencari Besi..kekadang Besi dah karat digigit memori dalam diri yang semakin Tua makin Menjadi..Perut Buncit penuh dengan Ilmu Batin Diri tentang Besi Kersani yang menjadi Darah dalam Sendi…Kekadang Joli Katak tua berlobi barangan Antik Sejati..Neo Sahabat Sejati yang saya Hormati, tak Jemu kesana Kemari mencari Jati Diri bab Keilmuan Hati..yang kini Khadamnya terlepas lari dek terkena balingan Batu Kuari serta Gula dan Guli..Alhamdulillah..Allah Rahmatkanlah Para sahabat Tok Wali yang bertongkat kayu Raja hati akibat belikat dah lari si karimon punya badi..Alhamdulillah Pergi-Pergi kita semua nanti Berjumpa Kelak di MASHYAR yang abadi..menanti Firdausi jika Almalan kita Semua Dirahmati..mari-mari Kita Berkongsi lagi Ilmu ALLAH yang tiada Hujung pergi..maklumat terkini dihujung jari..INILAH DIA KARIMON’S BLOG yang sejati buat para ilmuan yang tiada darjat tertinggi..Hanya ALLAHLAH yang Maha TerTinggi..Yaa’ Robbi..Qalbi Ali..Wassalam…

    • Amboi2 bersyair bergurindam manis bagaikan buah pelam,ni wak karimon datang dengan besi taji untuk tatapan adik2 yang bijak bistari untuk yang tua hanya menunggu mati.Dalam memperkatakan hal sembahyang hendaklah kamu hai insan mengetahui matikan diri kamu sebelum mati,apabila masih ada wujudnya diri maka sembahyang mu itu belumlah sempurna.Bermula jejaknya kaki diatas tikar sembahyang maka bermula penyerahan diri kamu dan kamu lihat dan pandang dengan matahati kamu bahawa tiada yang wujud melainkan dia yang menjadikan kamu.pandang satu kepada yang banyak,dan pandang yang banyak kepada yang satu.Apabila takbir melepas lafaz Allahuakhbar jatuh niat kamu yang tiada huruf tiada suara maka jatuh 8 huruf yang kamu menafikan hak kamu iaitu tiada melainkan hakikatnya Allah swt semata.Waktu nyatakan 8 huruf niat tinggal hakikat semata2 iaitu Allah hu akhbar,sudah tidak ada diri kita,kita dihukumkan mati sebab dihukumkan Nafi.Jika ini kamu ketahui maka fana lah sembahyang kamu,kamu masuk kosong kamu keluar berisi.
      Semuga keterangan ini menjadi pemangkin dan penaik semangat bagi adik2 yang ingin belajar rahsia hakikat dan makrifat.Setelah mengetahui segala hijab dan pintu akan terbuka sendiri dengan izin Allah swt.Bukan niat menunjuk pandai tetapi membakar semangat jati diri buat adik2 semua.Untuk mendapatkan ini semua maka carilah guru untuk membimbing adik2 kearah mengenal pencipta.Untuk saudara tempur mengenali dan mempelajari serta mendalami ilmu ugama akan membuka mata batin adik dan adik akan melihat dan mengenali dan mendapati apa yang adik cari selama ini.Adik akan terkejut apabila satu demi satu hijab dibukakan untuk adik.Maka adik akan tahu dunia bukan untuk adik tetapi hanyalah sebuah titian atau jambatan menuju kepada yang baqa.Apa yang adik cari didalam blog ini hanyalah setitis sahaja dari segala ilmu,andaikan seluruh lautan dan sungai dijadikan tinta dan segala pohon kayu dan rantingnya dijadikan pena untuk kami(Tok Sheikh,Pakciklii,Waliqudus.Neo) menulis ilmu ketuhanan dan segala ilmu yang sejenis dengannya ianya masih belum cukup.Adik menghujani pertanyaan bab2 ilmu batin tetapi adik tidak menyoal setiap kali sholat kita perlu bersuci(ambil air sembahyang),kan itu penting sebelum mendirikan sholat.Mengapa tidak disoal kenapa aku harus membasuh muka,kenapa harus aku membasuh tangan,kaki,telinga dan berkumur2.Kan lebih baik mandi saja dan terus sholat.

  75. Asalamualaikum

    Kepada jiwa tempur tak payah lah jumpa Tok Syeik di Melaka, jaun, susah, dan penat, lainlah orang seperti kami sanggup mendaki gunung ledang dan bertapa untuk mendapat setitis ilmu. Amalkanlah doa ini untuk menjadi handsom, kuat,gagah dan sebagainya.

    terguruh tergagah

    duduk aku seperti raja

    berdiri aku terbayang bayang

    orang menyelawat perjalanan ku

    telur menyiang di jangka kaki ku

    ripuk berantai dirusukku

    ridu bertatah di lengan ku

    raja mengilat di belakang ku

    bulan empat belas dalam tubuhku

    bintang kemabubur didadaku

    aku dipandang orang lebih

    berdiri aku lebih

    duduk aku lebih

    berkata aku lebih

    di lebihkan Allah

    di lebihkan Muhammad

    di lebihkan Ali Rasullullah

    bakat kata doa

    Lailahailallah Muhamadurasulullah.

    Baca sekali nafas, amalkan pagi dan petang.

    Doa ini pun datuk nenek Tok Syeikh yang punya, kerana saya punya datuk, punya datuk dengan Tok Syeikh sepupu. Kalau apa apa tak faham dan datang alamat sila tanya Tok Syeikh, kalau padam kita jumpa di pintu syurga. wasalam.

  76. Waalaikumsallam pakcikli !!Ilmu serapah tu memang ada, tapi saya dah lama tinggal kan, tak tahu lah macam tak minat jer, bagi saya ler !!!!Datuk saya tinggal kan kat saya, satu buku, katanya dari moyang saya, tapi satu pun tak saya amal kan.Saya amal kan ayat 2 yang mudah dan pendek jer dari ayat alquran…kalau nak serapah bolih !!!!…BISMILAHHIRAHMANIRAHIM,Subhanallah naga enam enam,Tuk lang gundi yang manis, Manis juga aku dipikat ambil mata, Macam ayam memandang jemu,Macam lang maenyambar ayam.Dak nang kedidi tiga mari tangan tangan, Aku duduk ,Aku berdiri, Aku juga diangan angan, Duduk manis berdiri manis berjalan manis,Berkat aku memakai doa naga enam enam, Seri naik ke muka aku Cahaya melimpah ke tubuh, Cahaya ALLAH, Cahaya Mohamad cahaya baginda rasullulah, berkat doa laila haillah, berkat doa mohamad darrasulullah…Serapah ini untuk orang hormat dan kasih kepada kita.Dan juga bolih guna untuk pendinding pengaseh….WASALLAM.

  77. Asalamualaikum

    Kalau bukan orang tua pun Tok Syeikh kita orang lama. Berbagai alam yang telah kita tempuh dan lalui, bermula dari kanak kanak sehingga hari ini. Kita ada koleksi jampi serapah, kayu kayan, dan batu batan sehingga ke batu nisan. Jika kita kumpulkan banyak batu nisan pun bukan untuk dipakai, sekadar untuk mengigati kawan kawan, itu pasal kalau pergi rumah saya banyak bunga puding. Setelah tua ni kian banyak kita tinggalkan, takkan maseh ingin main pelita, kereta dan cinta. Dari main pelita lebih baik main lilin. Dari main cinta lebih baik terus kawin. Neo dengar senyum aje tu. Waliqudus bukan sekadar telah mendapat bahkan kian rapat. Wak Karimun mungkin dah jadi Hang Jebat. Sesungguhnya kita kena percaya jodoh, pertemuan, ajal maut tanah kubur tuhan yang menentukan. Tok Syeikh dah jadi ilmu tak payahlah berjampi serapah lagi, kecuali ilmu tak menjadi, wasalam.

  78. Alamak…terasa macam aku kat dalam hikayat melayu dulu-dulu la bila baca catatan cikli ngan Tok Sheikh ni..alamak…Pengasas apa dah jadi ni???…Mana si Neo ni??? sengap jer??….Pengasas nanti Kol saya..ada Pedang lama dan Buntat hitam kat umah..nak check sikit..maklum la..kalau pedang kayu leh gagah lagi..ni besi la beb..taun jepun dok tanah melayu mari…buntat hitam lak ada kesan gigitan cam geliga lipan..tapi besar cam mutiara hitam..nak kene check dulu ni…bila pegang jer nampak gaban…apo ko bondonyo…. sarung pedang tu pakai Buluh lama beb..besi dia mengilo..ada rasa semacam…macam rasa minum kopi..bila pegang ada nampak bender yeop…nampak pedang besi la yeop..mari la kat umah..leh tengok dan cuci skali..mana la tau kot Pedang Pancung kapara…haittt…watashi tatau….

  79. Asalmualaikum

    Tok Waliqudus ni apanak jadi asyek cerita ngasah biji tasbih dan mengasah pedang siang dan malam. Siang ngasah pedang yang zahir, malam ngasah pedang yang batin. Jika di perhatikan kehidupan Tok Wali kita.

    Besi batu dan kayu
    I say I Love You

    Batu asah besi
    besi potong kayu
    bila sudah basi
    tanak nasi baru.

    wasalam.

    • Asah Besi Asah Batu
      Potong Kayu Patah Gergaji,
      Tanak Nasi, Masak Kerapu
      dalam seluar belum tentu Tahu

      Tahu Menahu..Faham Tak Tahu
      Faham Ilmu tiada Kalbu
      Qalbi Hati Siapa yang tahu
      Menjerat diri Dunia Disapu..

      Rabbi Qalbi..Aku..aku..
      Hati Raja Besi Kelabu..
      Kayu Besi dan juga batu..
      Bila Pakcikli nak jumpa aku..

      WAssalam

  80. Assalamualaikum saudara semua…terima kasih atas kata2 hikmat dari saudara Tuan Karimon.Kata-kata tuan saya semat dalam hati..begitu juga pakcikli00, doa dari saudara akan saya simpan dalam dada yang kosong ni, terima kasih sekali lagi, bukan senang nak cari orang yang sanggup turunkan air tangan.Semenjak saya mengikuti blog ini banyak manfaat dan faedah yang saya dapat, mula-mula sekadar baca saja, apabila otai-otai dah mula turun padang, rasa gatal jari nak menaip..

  81. Waalaikum salam Dewa Tempor !!!Syukur ALHAMDULLILLAH kalau anda faham dan amalkan, kami pun rasa syukur juga kerana ada juga orang yang faham dan amalkan.Sebenar nya kalau kita ada asas yang kukuh darihal ilmu fiqh, tak lah susah sangat dalam ilmu tasauf atau ilmu kebatinan islam, cuma kita nak beramal dengan jujur dan ikhlas, kerana ALLAH.Dalam ilmu ini kefahaman kita akan dapat, setelah kita amal kan sesuatu wirid tanpa rasa jemu.Jangan tanya apa nama dulu tapi beramal lah dulu, INSYAALLAH, ALLAH lah yang memberi kita kefahaman, percaya lah !!!Dalam ilmu Tasauf dia nya bermula dari suci. Suci jasmani dan diikuti suci rohani, baru lah nampak jalan nya, setelah nampak jalan, baru lah kita makrifat,setelah makrifat baru lah fana.Erti fana tiada kita kecuali dia, dia siapa ?? dia ALLAH….ITU LAH SEBAB NYA SAMPAI PADA SATU TAHAP KAMU TIADA,TAPI ADA !!DIA TETAP ADA DIMANA MANA, KAMU LIHAT ,ALLAH TETAP ADA…ditahap ini lah kekadang cubaan memang berat, kerana bila anda lihat angin bertiup, anda akan khayal kerana desiran angin berzikir lembut sekali yang terdengar, allah..allah..allah..dan anda akan menangis !!!!dan orang lain akan kata anda orang gila kerana orang lain tidak tahu kerana mereka masih buta !!!!Cubaan akan berlaku tapi tidak tahu bagaimana, kerana setiap manusia berbeza cobaan nya.Kekadang ketawa kerana melihat nikmat ALLAH, kekadang menangis kerana mengenang kan dosa kita, kekadang merintih kerana meminta pada
    ALLAH.Itu sebab saya katakan jadilah kekasih ALLAH dahulu, kerana kekasih akan memberi kepada kekasih.!!!

  82. Asalamualaikum

    Batu nisan adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu. Biasanya, batu tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan, tarikh lahir dan tarikh kematian. Batu nisan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa bergantuk kepada kebudayaan dan kefahaman. Tidak semua perkuburan diletakkan batu penanda kerana ketika dahulu, sesetengah masyarakat meletakkan rumah, bangunan, kayu penanda ataupun pokok. Perletakan batu penanda juga mengikut kemewahan atau status seseorang. Catatan pada batu nisan berguna bagi ahli sejarah dan ahli salasilah. Kini, terdapat batu nisan yang memaparkan gambar si mati.

    wasalam

  83. Asalamualaikum

    BATU NESAN MISTERI DI KUBUR
    PATAH DUA APABILA MEMANJANG

    Misteri batu nesan kubur di Kampung Gedang, Teraci, Kuala Pilah yang patah dua asal sahaja tumbuh memanjang, memang membingungkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Dato’ Dr Adi Taha. Batu nesan kubur kepunyaan Tok Patah itu ialah jenis ‘batu megalit’ berasaskan kajian Dato’ Dr Adi yang juga pakar batu megalit di Malaysia. Insiden batu nesan Tok Patah yang sentiasa tumbuh semula setiap kali ianya patah disedari oleh penduduk-penduduk kampung seolah-olah hidup sekalipun memang tak bernyawa secara fizikal. Dato’ Dr Adi ketika memberikan ceramahnya di Muzium Negeri Sembilan pada 25 Mac 2008, mengakui keanehan ‘batu megalit’ yang dianggap oleh masyarakat Melayu sebagai ‘batu hidup’.

    Insiden batu nesan kubur Tok Patah yang patah dua apabila tumbuh dan kembali memanjang diakui oleh Dato’ Menteri Maharaja Haji Sulaiman Kasim yang juga dato’ lembaga adat di luak Teraci. Dato’ Haji Sulaiman yang juga ahli geografi yang memang memahami struktor batu batan memberitahu, batu nesan tersebut sentiasa memanjang tetapi akan patah dua. Bagaimanapun batu nesan berkenaan tumbuh semula selepas berlaku insiden patah dua, sebaliknya akan berulang kali patah dan tumbuh sejak bertahun-tahun lalu, beritahu Dato’ Haji Sulaiman. “Mungkin sahaja bagi masyarakat sekarang ianya dianggap tahyol, tetapi begitulah yang berlaku mengenai batu nesan kubur Tok Patah itu,” beliau menambah.

    Sementara itu waris keluarga Tok Patah, Dato’ Dr Ramli Ujang yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Pilah) mengakui nama ‘Tok Patah’ bukanlah sempena batu nesan berkenaan patah dan tumbuh sejak bertahun-tahun lalu. Sebaliknya kata Dato’ Dr Ramli, Tok Patah memang hulubalang yang gagah berasal dari Pahang. Apabila dia berkahwin di Teraci, Tok Patah menetap di Kampung Gedang di samping sikapnya sama seperti hulubalang yang lain iaitu sentiasa merendah diri. Nama asalnya ialah Haji Abdul Rahman, tetapi berasa marah apabila rumahnya diganggu oleh sekumpulan gajah. Dalam insiden tersebut, gajah berkenaan mencapai garam yang tersangkut di atas para rumah dengan menghuurkan belalainya sahaja.

    Disebabkan terlalu marah, Haji Abdul Rahman terlepas cakap seolah-olah takbur mahu menangkap gajah tersebut hidup-hidup. Dia membawa lembing bersama seutas tali mengekori denai kumpulan gajah itu ke hutan. Bagaimanapun apabila terserempak gajah tersebut, berlakulah perlawanan antara manusia dan haiwan. Akibatnya Haji Abdul Rahman tersalah langkah, menyebabkan dia mati dipijak oleh gajah terbabit hingga patah tulang rusuknya. Berikutan Haji Abdul Rahman mati dipijak gajah hingga patah, dia disebut oleh anak cucunya sebagai ‘Tok Patah’. Selepas kematiannya berlakulah insiden ganjil pada batu nesan kuburnya akan patah apabila memanjang, di samping tumbuh semula pada bahagian yang patah, beritahu Dato’ Dr Ramli.

    Wasalam

  84. Asalamualaikum

    Kelip kelip ku sangka api

    kalau api mana dapurnya

    hilang ghaib ku sangka mati

    kalau mati mana kuburnya.

    wasalam

    • Salam Pakcikli yang disayangi ramai dan Dirahmati Allah..

      Kelup Kelip sikulup berkedip,
      Sang Buaya Menguap, sang Monyet Terlelap,
      Tok Sheikh tak silap,Si Neo Menghadap,
      Karimon Sedap, Tok wali Hendap..Kah..kah..kah

      Beradu berada ditepi Beranda
      Tok Sheikh Ada, Pakcikli pun ada..
      Si Neo Keje, Tok Wali terleka
      Karimon Ada, Komputer yang takde..hu..hu..hu

      Jangan disangka Kubur tiada..
      Belum ada, matinya tah Bila,
      Jangan ditanya kami kemana..
      Pakcikli dok buat aper???kah..kah..kah..

      Tok Sheikh Pengubat sawan Si anak Teruna,
      Guna Cenuai..namernya Raja..
      Cikli Bila nak Jengah Ke Hafiz Coner..
      Tempat Kami..ngorat anak Dara..
      Guna Cenuai Tok Sheikh yang Punya..
      Karimon..pakai sampai Ketawa..wargh..wargh..wargh..

  85. Pakcili !!!karimon tengah sibok, isteri nya balik dari pulau,..tak kan tak faham????Si NEO sibuk dengan mak we merajuk, tengah terpujok pujok…dan dengan batu hikmat nya, bila lah nak jadi emas !!!!tok wali lak tengah buat tasbih dan tengah kaunseling si NEO, JANGAN PATAH SEMANGAT,…..saya tengah sibok, kan ke hari raya cina hari ni,tengah melayan tetamu ?????GONG XI FATT CHAI,,,kah,,kah,,,kah,,.

  86. salam pakcikli00 dan tok sheikh, saya dr seremban, jika saya nak berguru dengan pakcikli00 atau tok sheikh..mcm mana nak hubungi..ne email saya ahmadnizamar@yahoo.com.my..saya dr seremban.salam

  87. Asalamualaikum

    Saudara ahmadnizamar, seperti yang pakcikli sering jelaskan pakcikli hanyalah seorang Dukun Asmara yang sedang menyiapkan keserjanaanya dibidang tersebut. Lantaran itu jika nak belajar bab Asmara pun pakcik maseh sedang belajar. Jika dipilih antara Pakcikli dan Tok Syikh, tentulah Tok Syeikh paling layak dan tepat sesuai dengan namanya. wasalam.

  88. Waalaikum salam Nizam !!Kalau nak berguru kena lah datang kat rumah.Buat masa ni memang baru 5 jer anak murid saya.Itu pun mereka betul betul berminat baru saya ajar, kalau nak main main tak yah ler !!!

  89. Assalamualaikum wbt….pakcik-pakcik,abang-abang dan adik-adik yang disegani dan dihormati. Saya ada sedikit kemusykilan dan sudilah kiranya diantara saudaraku yang dihormati dapat memberi sedikit huraian. Apa kelebihan Ilmu Titik Sembilan dan Ilmu Lam Alif serta kegunaannya. Juga dari siapa asal ilmu ini dan bagaimana asal wujudnya ilmu ini. Semuga guru-guru yang ada tidak keberatan untuk berkongsi maklumat sekadar yang boleh.

    • Masih ramai lagi yang berminat hendak mengetahui rahsia titik 9,segala ilmu rahsianya terletak kepada amalan zikirullah dan tahap seseorang itu dalam mencapainya.Ilmu Lam Alif lebih merupakan ilmu jurus atau pertahanan diri manakala titik sembilan merangkumi kebatinan zahir dan batin iaitu boleh dibawa untuk dunia dan akhirat dengan cara mengetahui rahsia nafas dan mengunakannya.

  90. Salam….saya juga ingin tahu adakah Ismullah Al A`dzham merupakan satu ilmu/anugerah yang boleh di warisi atau hanya semata-mata “anugerah” Ilahi yang hanya dikurniakan kepada mereka yang layak sahaja.

  91. Untuk kan ker dalam intri ini dah saya tulis kan asal usul ilmu itu???Dan apa guna nya !!!!laaa penat jer tangan aku tekan papan kekunci ni !!!

  92. Minta maaf Tok Sheikh, terimakasih. Nak tanya Tok Sheikh, pernah dengar ilmu asas kerabat?

  93. Asallam mualaikum PENDEKAR !!!Apa kah yang di maksud kan dengan KERABAT itu, saya tak faham !!kerabat yang saya faham ialah keluarga dan satu lagi kerabat itu “panjat” tapi loghat utara no !!jadi saya tak faham kerabat apa ???

  94. Salam Sejahtera..para sahabat dan kerabat semua..

    Saudara pendekar tanya Ilmu kerabat kat Tok Sheikh.?? Tok Sheikh Ilmu Telan Kabait terer la dia…tapi Tok Sheikh kata nak blajar Ilmu Krabat ni Boleh..tetapi dalam Bahasa Loghat utara kata Maksud Krabat ni adalah Panjat…Mungkin sesapa nak blajar kene pegi umah Tok Sheikh..Blajar Krabat Pokok Kelapa kat blakang umah dia..keh..keh..keh…mana ada ilmu ni..tak pernah saya dengan pun..Kalau Ilmu Krabat anak dara orang memang ada..tapi nak buat aper???nyusahkan ajer beb…

  95. Asalammualaikum Semua !!Kekadang sahabat saya seperti Wak Karimon, Tok Wali Kudus dan Tok Neo Iskandar tak nak beri ilmu dia orang.Dia orang ni macam Tok Wali dia ni dari PERGURUAN SILAT MANJOI CEMANDE dan tok wali pakar dalam ILMU JURUS TAPAK WALI BERAPI.Wak Karimon pula dari PERGURUAN MENGKARAK SAKTI dan wak karimon sangat mahir dalam ILMU SALONG TIGA BERAPI.Dan Tok Neo pula dari PERGURUAN TAPAK ISKANDAR TIGA dan sangat pakar dalam ILMU BUJANG TAK BERTEPI…Saya tak berapa mahir dalam ilmu kebatinan ini sebab guru saya dah tiada.Tapi 3 orang ni memang mahir betul dalam ilmu memasing tapi tak nak ajar kat kita..entah lah..kadekut ilmu agak nya???.Tapi tak pe tuan tuan ,lama lama di beri juga kat kita…pelan pelan….wasallam.

  96. Salam semua, ilmu Asas Kerabat ni dibawah level ilmu Titik Sembilan.Bawah Ilmu Kerabat, Ilmu Lam Alif. Saya musykil tentang lambang Yin & Yang yang digunakan oleh semua bangsa, sedang dalam pengajian Ilmu Titik Sembilan , kita guna lambang yang sama, minta para otai jelaskan.

    • Salam Sahabat yang dikasihi Allah…

      Lambang Yin & Yang adalah dikatakan Lambang Keseimbangan…Asas Ilmu Titik Sembilan adalah dasar dari cara Pernafasan dalam Berzikir…itu sebab asas Solat kene Kuat, kerana Pengamalan cara pernafasan dalam Solat begitu Penting dimana Bibitan asas Zikir Nafs adalah dari cara Pernafasan dalam Bersolat.. pernafasan yang teratur dapat diolahkan dalam kedudukan yang diasaskan melalui Pergerakkan Solat.. Perkara sebegini tidak dapat diajarkan oleh Guru-Guru..melainkan Jumpa Tok Sheikh..dia leh bagi Jurus Sembilan..tapi kalau nak menuntut dengan Tok Sheikh..siap la..ayam Golek, Pulut Kuning dan Kemian Jin..Bila Tok Sheikh dah naik Shikh..kemudian..apa lagi..mintak nombor la….keh…keh..keh…Bergurau ajer…

      Ilmu yang dikatakan adalah asas sebenar dalam mendapatkan Penghayatan dalam Beramal..ibarat kata..Tidak Bernafas, tetapi Bernafas…Bernafas..ibaratnya tidak Bernafas..amat payah nak diterangkan..tetapi dengan pengetahuan Ilmu asas, InsyaAllah…bawalah Beramal dalam Syariat dengan bersungguh-Sungguh..tiada jalan Pintas untuk mempelajari Ilmu tersebut..kerana kebanyakkan Guru-Guru Tasauf menggunakan asas Pernafasan dalam Zikir Mereka…Wallahu…

      Maafkan saya jika catatan ini tidak difahami…wassalam

  97. Asalam mualaikum Semua !!!Tok Wali Kudus cerita itu Betul !!!Masa saya berguru dulu, guru saya tak beritahu nama apa pun !!kata nya suroh amal kan ayat ini dan cukupkan sekian sekian.LEPAS ITU SAYA AMALKAN LAH.Lama lama amal kan saya rasa tangan saya bolih keluar macam cahaya, saya tanya guru saya baru dia beritahu apa nama ilmu itu.MEMANG BEGITU PENDEKAR, GURU AKAN SUROH KITA AMAL KAN DULU SESUATU AYAT DULU,Lepas itu baru ceritakan, itu pun kalau kita tanya !!!Kalau anda tanya bab yang saya tak pernah dengar, saya memang tak tau. anda kena beritahu berikan bayangan sikit, kerana cara saya belajar saya jarang tanya guru saya, kecuali saya dah memang tak tau !!!Sebab saya tak belajar MACAM TOK WALI DAN WAK KARIMON JUGA SI NEO, dia orang ni dari PERGURUAN YANG TERKENAL.Saya belajar silat pada masa saya berumur 8 tahun dah tamat..Silat Sendeng, itu pun takat PECAH 16 jer !!mana lah nak ingat,belajar ILMU JURUS pun saya amal sendiri dan nama kan sendiri jurus itu supaya saya ingat sendiri !!!Saya amal kan sesuatu ayat tu,alih alih tarik JIN keluar dalam badan orang yang kerasukan, berapi lak…Tanya guru, ohhh..jurus ini dan jurus itu…MANA LAH NAK TAU MEMACAM NAMA JURUS !!!Tapi kalu anda kata begitu saya faham ler !!Dan tok wali dah beritahu ok lah tu…Saya paling ingat dengan JURUS TAPAK SERIBU, kalau Tok Wali atau sesiapa hendak belajar ,saya bolih turunkan..tiada masaalah…JURUS INI PALING AMPOH KALAU BERHADAPAN DENGAN MUSOH !!!!Kalau musoh di depan, pusing kan badan 90 darjah, ke belakang, kekuda kena kuat..samaada kaki kiri atau kanan di depan tak masaalah !!!terus lompat, buka langkah seribu lari, sekuat hati, dan lariiiii….terus lari,hingga sampai tempat SELAMAT !!!!ITULAH DIA JURUS TAPAK SERIBU !!!!!kah…kah…kah…WASALLAM.

  98. Walaikum mussallam Areedep !!!Waaah ada minat ker dengan ilmu itu !!Itu ilmu kebal SESAT !!SAMA MACAM ILMU NASI TANGAS ATAU NASI KANGKANG, SENGAJA SAYA KELUARKAN SUPAYA JANGAN DIPELAJARI !!!!Ilmu ini di amalkan pada hari pertama begini !!!kepala tahi pertama itu di lumur kan kesurohan badan dan di baca mentera tertentu.Dan berjemur di panas matahari pagi hingga 3 jam, tidak bolih mandi selama seminggu, hanya bermandi kan air hujan.Hari hari buat hingga satu minggu.Badan memang kebal tapi pantang nya batang kelor.Kalau dah tak bolih mandi macam mana nak solat,badan dah penoh najis!!!!Itulah sebab ilmu ini ilmu sesat jangan kita amalkan…Tapi bacaan nya Tok Wali dan Wak KARIMON TAU !!!!kah..kah…kah..wasallam.

  99. Salam semua para sahabat seagama dan para otai ilmu kebatinan ni. Saya juga macam Tok Sheikh, masa diajar ilmu penyembuhan tapak tangan, saya tak diberitahu rahsianya. kata guru saya dah ada asasnya, jadi boleh gunakan terus selepas diijazahkan ilmu ni. Lebih baik kita tahu kemudian kaifiyatnya kerana kita dapat tumpukan beramal dengan ikhlas. Apa kata Tok Sheikh dan Tok Wali Kudus? Apabila saya diijazahkan amalan zikir nafas, guru menceritakan pengalaman muridnya terlatah dari mulutnya “mati engkau”, maka meninggalkan hambaNya itu dengan izinNya. Ini yang buat hati risau, takut2 mulut tercelupar.
    Saya nak tambah rahsia Yin & Yang, saya dapat ilham semasa solat bahawa lambang itu adalah rahsia 99 Asma Ul Husna. Perhatikan betul2 gambarnya, angka 99 dicantumkan. Ini bermakna Allah Ar-Rahman menurunkan segala ilmu menurut kadar masing2 meski pun hambaNya yang derhaka. Menurut cerita Gautama Budhha adalah pendeta yang merantau membawa ilmu silat dan agama merentas benua dari India sampai ke Jepun. Di India dipanggil Silambam, di Malaya dipanggil Silat, di Cina dipanggil Shao Lin dan ssampai ke Jepun dipanggil Sil Lum. Akhirnya ilmu penyembuhan tapak tangan di jumpai oleh Dr. mitsui Reiki di Jepun dan tersebar ke merata dunia hari ini.
    Kini baru saya tau ilmu tapak tangan berasakan Nama Allah Al Fatah (Kanan) dan Al Muntaqim (Kiri) dipanggil Titik Sembilan. Minta para otai komen.

    • Salam juga kepada saudara,izinkan saya membuat sedikit pembetulan disini,Sidharta atau gautama Budha hanya membawa satu bentuk pesanan dan ajaran yang kemudiannya dijadikannya satu ugama oleh pengikut beliau.Tentang penyebaran ilmu bela diri bukan dibawa oleh Gautama Budha tetapi pengikut beliau iaitu BodiDharma yang sememangnya seorang perantau dan mengikut beberapa cerita beliau merantau sambil mengembangkan ajaran Budha sehingga ke Nusantara ini termasuk indonesia dimana disanalah beliau berguru dengan seorang yang bernama Dharma Kirti yang dipercayai mengajar beliau beberapa langkah atau jurus untuk menjaga kesihatan yang kemudian diajar oleh beliau diTokong Shaolin yang kemudiannya berkembang kepada beberapa bentuk jurus2 yang lain yang di inspirasikan dari alam termasuklah haiwan iaitu gerak langkah haiwan.Maklumat ini agak lama saya terbaca mengenainya dan sama ada ianya benar atau tidak,tidak dapat saya buktikan.

  100. Walaikumsalam SEMUA!!! Sidharta Gautama Buddha sebenar nya pengikut paling setia dan paling kanan seorang NABI iaitu NABI ZULKIFLI AS.Tetapi segala kata kata dan ucapan nya di tulis kan selepas 100 tahun,Buddha meninggal, jadi tentu lah tidak asli dalam bab PENYEMBAHAN.Buddha pernah berkata “Akan ada lagi buddha yang akhir dan itu lah buddha yang paling sempurna”.Bagitu juga Hindu dan Kong Fu Tze..dalam ugama mereka banyak kebaikan yang kita bolih dapat, tetapi perangai manusia lah yang menyebab kan mereka sesat.Dalam AL QURAN diberitahu ada 124,000 nabi di seluroh dunia ini,tidak mustahil BUDDHA,KONG FU TZE dan DEWA HINDU itu pada mula nya Nabi, TETAPI DAH DI SELEWENG KAN !!!LIHAT LAH KITAB TUA MEREKA, SEMUA NYA SUROH MENYEMBAH TUHAN YANG SATU, bebuat baik kepada manusia,hormat kepada orang tua dan macam macam kebaikan yang di suroh….Aku kena buat baik kat TOK WALI jer, kerana ada udang di balik mee….kah…kah,,kah,,wasallam.

    • Assalamualaikum…saya ada sedikit teguran mengenai apa yang tok sheikh katakan.Gautama Budha , Kung Fu Tze serta pengasas agama hindu lain bukannya nabi dan pengikut nabi..Mereka ini adalah penyebar agama budaya dan falsafah.Ajaran mereka ini lebih kepada falsafah dan percaya kepada kuasa alam seperti haiwan dan dewa kayangan.Sesungguhnya Islam adalah agama Nas dan Dalil, kalau takde nas dan dalil maka ia tertolak dari landasan Islam.Al Quran dan Sunnah hanya terangkan 25 nabi dan rasul.Macamana kita hamba ini lebih mengetahui dari rasulullah tentang siapa pengikut nabi itu dan ini.Sedarlah tok sheikh fakta yang mengenai agama ,jangan dianggap mudah kerna ia melibat akidah.Bacalah tamadun islam, tok sheikh….

  101. Asalammualaikum SEMUA !!!Bila solat dah cukup/stabil,zikir pun dah teratur dengan baik atau istiqamah, masa itu lah anda sudah hampir dengan ALLAH.Dan masa ini lah anda minta dengan nya, samada nak ilmu ker, nak kaya ker atau apa apa keperluan anda dan INSYAALLAH ALLAH BERI!!!!Kekadang kita tak sedar kita dah lalui semua itu, contoh nya ilmu titik 9..tu sebab tok wali cakap, sampai masa nya dah tak der titik lagi, guru penting kerana tempat kita rujuk masaalah, tak der guru pula bolih sesat jalan !!!Satu lagi jangan lah kita bila dah hampir tu MULUT CELUPAR,MULUT KENA JAGA BIB !!!KERANA PERCAKAPAN KITA DOA, ILMU INI LAH YANG DI PANGGIL JUGA “ILMU WALI 9″.Kalau dah ilmu wali tu, semua nya kena jaga..budi pekerti,hati,mulut DLL…Jangan sumpah/doakan orang dengan doa yang tak elok, kerana memang MENJADI !!!Doa kan orang dengan doa yang baik baik dan INSYALLAH menjadi !!!!Sebab itu lah seorang TABIB ISLAM,kata guru saya “WALI KECIL”….Dulu saya tak faham apakah maksud WALI KECIL ini, tetapi bila saya berubat orang, dan alhamdullilah baik, walaupun dah terok (ICU), saya terfikir ini lah yang dikatakan WALI KECIL.!!!Saya sebenar nya takut pada perkataan ini kerana saya takut MASYARAKAT BERFIKIRAN LAIN.Tapi kata guru saya yang lain pula,KALAU ALLAH NAK BERI, DIA AKAN BERI..KERANA HAK DIA KEPADA SIAPA DIA NAK BERI,DIA BERI !!!Saya memang takut benda benda ini, itu lah sebab nya SAYA PALING TAK SUKA ORANG PUJI SAYA !!!tok wali, wak karimon dan Neo Iskandar pernah jumpa saya dan tau serba sedikit perangai saya…ITU LAH JUGA NASIHAT SAYA, KALAU DAH SAMPAI TU,JANGAN LAH RIAK DAN SOMBONG DARI APA SEGI SEKALI PUN !!.LEBIH BAIK KITA MERENDAH DIRI TAPI JANGAN SAMPAI PIJAK KEPALA LAK !!!!WASALLAM.

    • Salam..Pijak Kelapa la T.S….Kepala bukan dipijak..tetapi metilah bijak..yang tak bijak tu kene pijak laa….keh..keh..kehh…kalau jumpa Tok Sheikh..kene pijak-pijak..sebab kene urut..hehehehe..pakcik Neo Tau la tu…

  102. Salam semua, terimakasih Abang Karimon dan Tok Sheikh kerana memberikan maklumat yang betul dan membetulkan kesilapan saya. Saya terlupa namanya iaitu Bodi Dharma dan bukan Gautama Budhha dan Tok Sheikh, terimakasih sekali lagi kerana maklumat yang saya dapat mengatakan Bodi Dharma itulah kemungkinan Nabi Allah Zulkifli A.S. Saya rasa agak beruntung dan bertuah kerana di blog ini sahaja banyak maklumat yang saya dapat hasil perkongsian ilmu para otai yang saya hormati baik dari segi ilmu kebatinan maupun ilmu perubatan tradisional apatah lagi ilmu agama yang jarang dibicarakan oleh para ulama masakini.
    Saya ni orang muda kurang pengalaman, kalau dapat jumpa para otai semua, alangkah kerdil rasa diri. Ada ilmu pun tak tahu nak guna , nak tanya Tok Sheikh, adakah jurus-jurus kebatinan ni ada limit jaraknya. Sebab cara saya belajar macam T.S. belajar dari pengalaman juga . Nak jumpa guru , dah la jauh, susah pulak sebab sentiasa ada ramai orang dari pelusuk negara yang berkunjung setiap minggu. Minta petunjuk dan pengajaran dari para otai.

  103. Walaikum mussalam !!!Memang ada had jarak,tapi kalau anda dah capai jurus 1 pun dah lumayan bib !!!Jurus satu bolih jejak 70 batu maksima.7O batu ni lebih kurang dari dari melaka ke nilai, n 9..Kalau anda dah sampai 7 jurus penoh,bermakna jurus anda bolih sampai 490 batu tanpa masaalah, malah bolih jauh lagi…Bayang kan guru saya bolih sampai ke NEGERA CUBA dalam masa tak sampai 2 minit.Disini lah dikatakan manusia itu setaraf dengan malaikat, jika kita selalu beramal dan setaraf dengan binatang jika kita tidak beramal.Jangan hairan atau kagum ilmu ini, ilmu ALLAH. Siapa yang dah jumpa dia tau lah, saya hanya bolih beri panduan sahaja !!!Kerana AMALAN NYA SENDIRI YANG BUAT !!!Sampai satu masa nya, kalau anda mahu lihat suasana sebuah rumah itu, anda cuma minta alamat lengkap rumah itu dan anda akan nampak, suasana rumah itu, LEBIH LEBIH LAGI KALAU ADA MAKHLUK HALUS !!!.Tapi saya tak tau tahap anda di mana ??lebih baik rahsia kan !!Kekadang bolih nampak macam tv colour, kekadang tv hitam putih, tenguk kaadaan amalan anda !! Tapi kalau TOK WALI, WAK KARIMON DAN NEO nampak macam tv colour, saya tak nampak kerana dah memang tak nampak !!!!wasallam.

  104. Terimakasih Tok Sheikh. Masa belajar ilmu kebatinan dulu, latihannya cuma dengan buah tembikai, takde lah nak dapat test betul2 dgn orang.Ilmu macam kapak kecik. nak hantar bisa kat sapa? Saya belajar hanya kerana nak mengubati isteri saya semata-mata semasa itu. Belajar Silat Batin Warisan Sunan Kalijaga, mengikut guru pencapaian jurus saya tinggi2 tetapi takde la dapat test ngan sapa2. kalau guru, keluar petir dari tangan tapi saya walau tak kelaur cam tu tapi ulasnya dah sampai tahap tu.
    Kemudian Ilmu Titik Sembilan, yang saya sedar kebanyakan penyakit medic dpt disembuhkan dgn mudah tanpa ubat tanpa bedah. Kalau jurus dari tapak tangan, walaupun saya tak nampak tapi dapat rasa syaitan atau jin memang kena panahannya. Minta Tok Sheikh, Waliqudus, Neo dan Abang Karimon bagi tunjuk ajar bagaimana menguasai ilmu ni.

  105. Asalammualaikum PENDEKAR !!Kalau bolih ubat isteri sendiri dah kira ok lah tu !!Itu ilmu ini pengalaman dalam perubatan memang penting, nanti kita akan jumpa satu persatu masaalah dan dari situ kita belajar dan mengkaji !!!Saya juga begitu pada mula nya, ubatkan bebudak kena sampok, lepas itu orang dewasa kena sampok,lepas itu belajar ilmu santau,ilmu pengaseh.Dalam bab ilmu syaitan pun ada ribuan teknik, bagitu juga dalam bab sihir, ada banyak teknik mengubat nya.Saya tak kisah dan tak tamak ilmu, kalau agak berminat datang rumah saya !!!Yang saya tahu saya akan ajar kan, yang tak tahu kena tanya TOK WALI,WAK KARIMON ATAU SI NEO..Mereka ini pakar dalam ilmu kebatinan !!Saya ceritakan sedikit ilmu saya..ilmu buang syaitan,ilmu buang sihir,ilmu buang susuk,ilmu buang saka, ilmu buang ilmu salah, ilmu ubat santau,ubat busung,LTB(AYAM TAK KOKOK), ubat patah..tangan,kaki…ilmu ubat patah hati dan naik seri…juga ilmu pengaseh….saya belum tuntut lagi ilmu nak suruh orang bekerja (pemalas)…ilmu ini kena belajar kat Neo iskandar…kah..kah..kah…wasallam.

  106. Pendekar !! Anda tau Sunan KALI JAGA itu siapa ???Isteri sunan itu ialah anak Sunan Ampel. Sunan Ampel dan Datuk saya Maulana Ishaq (PULAU BESAR..MAKAM NYA) adalah adik beradik.Sunan Giri itu Datuk saya…tapi sabelah nenek perempuan.

  107. neo iskandar

    assalamualaikum ..,,

    bukan semua ilmu boleh dimonopoli seorg . harus bersifat muzakarah . ttp bab ilmu berkaitan kebatinan jawapan hanya akan diberi secara kias sahaja . kerana perjalanan tersebut memerlukan seorg guru dalam memonitorkan anak muridnya supaya x ….??

    dalam kebatinan harus ada daya usaha dalam pemikiran bagaimanan memecahkan kebuntuan dalam apa jua persoalan mahupun pertanyaan mahupun gerakan yg tiada penyudah . semakin kita buntu , kita akan beroleh kepuasan krn mencuba dgn jati diri serta keringat yg melahir . suatu pengorbanan dalam mencari ilmu .

    Silat Batin Warisan Sunan Kalijaga ..?? macam pernah dengar n saya pernah melepak dgn bebudak n tok gurunya . ttp nama asal tersebut ditukar bagi mengelakkan sebarang kesulitan . selalu melepak dgn tok guru tersebut , ttp xpernah pun menuntut . cuma kadang kala pabila dia terlepas kata , gerakan silat , pemulihan secara jarak jauh , mengambil barangan secara jauh samada dr dasar , ghaib n sebagainya ; cepat² la salin nota dalam otak .

    di mana beliau perbuatan yg sering dilakukan adalah bersifat secara spontan n tanpa amaran . beliau xkedekut ilmu , ttp beliau akan scan dahulu dgn siapa dia berurusan bagi mengelakkan ilmu yg diberikan tidak disalahgunakan . wajah yg bengis n garang kadang kala membt ramai yg kecut perut . ttp beliau seorg yg ok . n dia xberminat dalam mencari harta berunsur duniawi kerana sudah mencuci tangan hanya sekadar amal ibadah pelengkap kehidupan .

    mana² perguruan atau ilmu harus tahu akan asal usul nama itu diambil . jika tahu akan keperibadian org lain maksud ayat n perkataan tersebut , harus tahu akan keperibadian diri sendiri . n harus tahu dalam perjalanan mengenal diri sendiri …??

    jika ada ilmu kebatinan di dada , jgn disalkahgunakan , kelak bakal akan membinasakan diri n org yg anda sayangi . ia sebagai bonus pd diri . utk digunakan sepanjang hayat . harus akur dalam tanggungjawab ttp bukan bersifat perjanjian .

    jika salah informasi , ku pohon sepuluh jari kemaafan . tq n wassalam .

  108. tok sheikh..saya teknik aura dan mata batin ade kat sana..tapi taksmpi nak amalkan …kena de guru nampaknya..biola dlu jawab nye…jawab nye bio hbs menghafal ayat2 dlu…saya dah ambik dr Ridam tok sheikh

  109. Salam Sejahtera Para sahabat yang Dikasihi dan Dirahmati Allah..

    Wahhh..bagus tu bila dapat membicarakan tentang Ilmu-Ilmu kebatinan diri ni..tetapi sebelum kita membicarakan dengan lebih mendalam..seeloknya, bersertalah dengan Allah supaya jangan nanti terkeluar rasa yang tak diingini..ianya boleh membatalkan Ilmu yang dipelajari..Para Sahabat yang saya Hormati..janganlah membuat kenyataan yang tak sepatutnya dikeluarkan..ibarat kata sahabat..ada yang boleh kita ceritakan dan ada yang tak boleh diceritakan..itu sebabnya ada beberapa kenyataan didalam blog ini diberi dalam bentuk Kiasan..jangan terlampau direct sangat,,takut nanti para pembaca yang lain tidak memahaminya..sebab ramai para sahabat yang diluar sana mengikuti Blog ini dan mereka mencari nas-nas dalam bentuk, Bertanya pada orang lain yang lebih arif, menerusi pengetahuan yang dibukukan, hadis, Al-Quran dan berbagai medium lagi..ini adalah kerana apa jua yang dicatatkan didalam Blog ini, ada sedikit sebanyak tidak terdapat didalam medium-medium tersebut..

    Dalam pertanyaan Sahabat kita iaitu saudara Pendekar dalam Bab Had Jarak Jurus ni..pada Pendapat saya, apa yang T.S sampaikan adalah dalam bentuk yang difahami..tetapi bagi pendapat Guru-Guru yang lain..Had Jarak Jurus ni tiada batasan..ini kerana ada juga Jurus yang boleh dihantar melalui Angin, Suara, Panggilan Hati, Permohonan pada Allah agar diIlhamkan dan Berbagai jenis pengantaraan lagi dari segi Had Jarak..Maksud T.S tu mendalam juga jika sesiapa yang tahu dan Faham akan apa yang cuba T.S sampaikan..

    Mengenai Ilmu Kilat kuar dari tangan, Bedah tanpa Pisau, Jurus Telapak Tangan ni jika yang memahaminya..kira ok la..tetapi jika dari Sudut pandangan orang Ilmu Sains pula..kang dikatakan..ahh ni penipu la..dan berbagai tomahan lagi…walaupun Ilmu itu Benar Ada..pada pendapat saya..bukan apa, takut nanti yang terbaca akan terbawa-bawa dengan dasar penceritaan dan dikhuatiri nanti mereka akan tercari bende yang boleh membawa kearah kesyirikkan jika tiada dengan Ilmu serta Berguru..Pakcik Neo pun banyak juga memberi pendapat mengenai akan kesan yang dihadapi jika tersalah pilihan..biarlah kita banyak membuat catatan dari segi yang asas dimana, dari asas tersebut boleh membawa kepada yang lebih tinggi lagi..biarlah Berdikit-dikit, agar yang diamalkan tidak Berpenyakit jika secara Mendadak..Wassalam..

    Maafkan saya jika catatan kelaut peginya…

  110. Laaa aredeep !!memang lah kena hafal ayat ayat nye !!baru jazam(sebati)..tapi kalau lebih elok ada praktikal mengubat orang, lagi cepat hafal dan jazam !!!kalau tak hafal guru saya kata…tatak lancau..mana bolih tambah ayat !!U.Syakirin tak per !!!dia beri banyak dan amalkan…guru saya (almarhum)lu tatak lancau,lu tatak lapat ayat lagi looo!!!Pelan pelan lah Aredeep !!nak bawa keta pun kena ambil “L” DULU. lepas tu baru “P”, lepas tu baru lah lesen besau !!!NI kau terus nak bawa keta, gear pun belum lancau…kang menyasau lak !!!Saya ambil dengan U.Syakirin hanya nak tambah ilmu jer,masa tu saya dah mengubat kan orang.Saya akan jumpa dengan dia juga untuk ambil tahap 2 pula.Jangan bimbang amal jer apa yang ustaz suroh…pada tak der kerja tu buat zikir dari 12.30 tgh mlm hingga ke subuh, selalu selalu kan, jumpa lah nanti guru dah ada,rakan satu guru dah ada, nak susah aper!!!saya dulu guru saya tak bagi tanya sahingga saya habis kan zikir pada jumlah tertentu, habis kan pada masa tertentu, talipon pun tak di angkat, jumpa lagi tak bolih !!!terkial kial lah aku sengsorang, INTERNET tak ada, kalau ada bolih tanya TOK WALI ATAU WAK KARIMON !!!Dah siapkan zikir dan sudah lancau ayat baru, dah berperang dengan IFRIT, BARU LAH SAYA JUMPA DIA(GURU )..Dia kata apa !!!ITU BARU SIKIT….CUBAAN KATA P.RAMLI>!!!Sabau insyallah akan jumpa !!!masa tu jangan terkencing dan jangan terberak dalam seluar…kena tabah dan sabar…tak sabar ANDA GAGAL BIB .!!!WASALLAM.

  111. Assalamualaikum wbt,
    Alangkah rasa besarnya hati dan kerdilnya diri bila TS sudi memberi tunjuk ajar.InsyaAllah, ada masa dan kelapangan akan sampai nanti kerumah TS, Kalau Sunan Kalijaga ada kena mengena dgn TS, pasti ilmunya TS ada juga.Guru saya kata Arwah Rasyid Maidin antara 7 org yg pertama mengadap Sunan dan mengambil ilmu ni.Dia pun beberapa kali dengar bisikan arwah masa dalam hutan. Saudara Neo dah betul la tu, nape tak ambil kesempatan berguru.Memang bengis wajahnya tapi tawaduk dirinya, dia marah juga ada anak muridnya dah buat siri TV , mencari pepulariti.

    Kata Tok Waliqudus “Had Jarak Jurus ni tiada batasan..ini kerana ada juga Jurus yang boleh dihantar melalui Angin, Suara, Panggilan Hati, Permohonan pada Allah agar diIlhamkan dan Berbagai jenis pengantaraan lagi dari segi Had Jarak”. Saya rasa ada kebenarannya, bila ayah saya di Kelantan talipon agar usahakan dari jauh kalau boleh timbulkan mayat yg dah 3 hari hilang di Air Terjun di Trengganu tahun lepas, selepas 2 jam mayat timbul tetiba. Saya hairan kerana ia hanya cuma detik hati saya shj, belum buat apa-apa.

    Buat TS, saya ada asas juga dlm perubatan tradisional sebab awal-awal guru saya adalah anak Arwah Pawang Omar Sabar, bapaknya Pawang Amran. Tapi TS praktikalnya kurang sebab mengubat secara sambilan je, tolong2 orang. “Biar terkena tapi tak mau mengena”, jadi walau belajar ilmu santau tapi tak tergamak nak kenakan orang sebab “gerak diam” dia dari Allah jua. Dalam itu takut juga kalau hati tersasar sebab matlamat diri adalah mengenal diri dan Ilahi, menuntut keredhaan, ampunan dan Rahmat-Nya.

    Moga-moga ramai lagi yang sudi memberi tunjukajar. Saya rasa kerdil sangat bila membaca komen para otai, banyak lagi pengalaman yang perlu di cari dan pengalaman kerohanian yang perlu dijelaskan. Wassalam.

  112. Walaikum musalam Pendekar !!!Sebenar untuk had jarak itu pada yang mula nak dapat, bila dah lama dan amalkan memang jauh juga pergi nya !!!Untuk saya lah yang paling jauh, saya pernah cuba ialah Kucing dan kat Semenanjung, Telok Intan,..orang tua ni ada saka..dan susah nak pergi,dah 3 hari nazak.!!Yang lain semua datang rumah saya !!Dalam pengalaman saya berubat orang,..mat salleh cuma ada 3 orang jer buat masa ni..(GERMAN,USA dan SWISS).Mereka lagi senang dan yakin dalam perubatan islam.Yang belum ada ialah orang siam jer !!!Bab ilmu santau ni jangan lah kita hentam orang,TAPI UBAT ORANG !!!Memang lah setiap PERAWAT mesti tau apa ramuan santau, supaya senang kita ubati !!!Kalau anda kata Rashid Maidin itu guru anda saya dah tau anda orang mana!!!.Ini bermakna anda,Tok Wali dan Neo satu negeri bersama dengan pakciklii…dalam bab santau ini, saya memang pernah duduk tempat yang paling TOP dengan santau..tempat tu rahsia…R.M. ini juga bersaudara dengan menantu saya..menantu saya juga satu negeri dengan 2 ekor tu !!Dalam mencari pengalaman,seperti yang saya kata kan, dalam perubatan lah paling senang jumpa,selain itu dalam persilatan…anda mungkin jumpa isteri dimadukan, dan itu biasa dah berlambak !!..tapi saya jumpa lak suami di MADU kan ???kan dunia ni dah tua dan penduduk pun otak dah banyak terbalik !!!Yang datang nak menguji pun ada,!!!kata terkena BUSUNG,TAPI BILA SAYA scan,BUSUNG….SEDAP..KERANA SAKIT NYA 9 BULAN 9 HARI JER !!!!Kekadang saya pun senyum sengsorang kerana memacam fiil manusia pun ada, baru baru ni lak satu mak jan kata bolih cakap dengan PGL…malas nak layan,..hantar kan kat Tok Wali…biau ler tok wali layan, jangan mak wali sepok dah,!!..nak antau kat Si Neo,Dia lak entah mana ghaib pun tak tau…kabau kabau nak pergi jumpa PUTERI SAADONG kat Bukit Marak…bebaik Neo, P.S tu pun mak jan juga….nanti hilang ghaib tanpa berita !!!!wasallam.

  113. Salam Tok Sheikh, saya tinggal berdekatan dengan pengasas kita dan Tok Wali Kudus cuma Tok Wali belum sempat jumpa.Asal Kelantan dan anak angkat Tok Guru Hamzah masa umur 9 tahun di Kg.Kedai Baru berhampiran Istana Air Mata. Pernah juga berguru dengan Ustaz Ahmad dari ABJAD di Gombak.
    Belajar Silat Gayong masa bersekolah kat Ipoh dgn Cikgu Mohd Amin Hamzah.
    Saya belajar ilmu tauhid dan kebatinan di Felda Trolak Selatan, murid kepada Waliyullah di Sungkai Allayarham Pak Long Hasan (Zikir Nafas dll). Doa Warisan Sunan Kalijaga di Rawang, Perubatan Tradisional & Urut di Selayang (Pawang Omar Sabar). Mungkin sangkaan TS, saya orang Perak. Pernah org tua saya bertugas di Balai Polis Slim River selama 13 tahun.

    Nak tanya TS dan para sahabat, siapakah makhluk bunian sebenarnya . Adakah manusia atau Jin Alam Tinggi atau campuran keduanya? Kadang ada cerita yang tak sedap didengar dari mulut Ustaz2 yang tak ikut jalan ni.

  114. Walaikummusallam pendekar !!!Bunian dalam Al Quran di panggil JIN ISLAM.Ikut kata 2 guru saya mereka semua Islam, cuma ada baik dan ada nakal sedikit..Kehidupan mereka macam kita cuma ada perbezaan dari segi pengangkutan.Mereka ini berjenis jenis dan kasta.Yang bertaraf tinggi memang bolih terbang.Hanya sedikit specis kampung yang tak bolih terbang tetapi bolih hilang kan diri dalam waktu cepat. Yang peringkat rendah memang suka mengusik manusia kalau kita ganggu mereka..seperti kencing dan berak kat rumah mereka,ambil ternakan mereka tanpa izin(kijang,rusa dan ayam hutan).Setahu saya dari pengalaman saya yang sedikit ini,BUNIAN PERINGKAT TINGGI ini,jarang sangat mengganggu manusia..mereka ini bertaraf KHAWAS TU KHAWAS,KHAWAS,ULAMA,RAJA,PUTERI DAN PANGLIMA..paling lekeh…bolih kita kata kan berdarah bangsawan.Tempat tinggal mereka ini di gunong,pulau dan lautan…Mereka ini memang banyak membantu manusia kerana MUNGKIN ADA KETURUNAN KITA BERKAHWIN DENGAN MEREKA..Walau pun bagitu ilmu mereka di bawah kita,kerana WALAU MACAM MANA ALIM PUN MEREKA SIFAT UJUD DAN TAKBUR Tidak dapat dipisah kan dari mereka.Asal usul kita 4 (tanah,air,api,angin)..BUNIAN hanya 3 (api,air,angin) jadi mereka tiada jasad yang hakiki !!!Memang mereka kuat dan banyak ilmu, tetapi tiada kesabaran.Kita bolih berkawan dengan mereka TETAPI BERHATI HATI !!Memang lah Pendekar,jika kita tidak tahu bertanya lah kepada yang tahu !!!Kalau ULAMA mengata kan mereka(BUNIAN) UJUD,siapalah kita nak menafi kan !!!Bagi saya, saya tidak akan mengganggu/bermusoh dengan mereka,tetapi jika mereka mengganggu anak ubat saya,memang saya belasah lah kalau DEGIL TAK NAK KELUAR !!Tapi kalau BUNIAN kita senang berkominikasi, biasa nya memang tidak mengganggu kalau manusia tidak mengusik mereka….Ini berdasar pengalaman saya yang sedikit !!!UNTUK NAK PENGALAMAN YANG LEBIH KENA TANYA TOK WALI, kerana beliau dan WAK KARIMON ,memang sangat MAHIR dengan BAB BUNIAN ni….WASALLAM.

  115. Untuk Areedeep !!Anda kena amalkan dalam berubat…ambil yang rendah dulu..bebudak kena gangguan >bebudak kena sawan >>orang dewasa kena sampok>>>>orang kena sihir..tapi ni kes berat ni.Pada permulaan BUDAK KENA SAMPOK DAN KENA SAWAN,…Lepas tu UP GRED lagi…laaa kan saya kata, masa saya mula berubat dulu,saya ubat kan bebudak jer !!!lepas tu tambah…tambah…tambah, hingga lah bolih ubat kan hampir semua penyakit misteri !!!Saya percaya jika ada kemahuan dan minat, sesiapa pun bolih jadi PERAWAT YANG BAIK. Cuma jangan TAKBUR,UJUD,BERTIMBANG RASA,JANGAN AMBIL KESEMPATAN…(RABA RABA SANA SINI)…CABUL LAH TU…NAMA mesti kena jaga baik jangan ada fitnah(meraba pesakit)…kalau ini tak di jaga tak PAYAH LAH JADI TUKANG UBAT , BUAT MALU JER…Baru ni berlaku di KEDAH !!!

  116. neo iskandar

    assalamualaikum ..,,

    kepada ardeep , asas dalam dunia perubatan sudah ada pada anda samada dr segi kebatinan , urutan , bacaan hafazan ayat suci AL-QURAAN serta ayat ruqiah harus dipraktikkan .

    hanya dalam konteks menyelami dalam teknik praktikal harus diperbaiki . tiada keraguan dalam pembelajaran . ttp harus mengenal siapakah guru yg mursyhid .

    tok wali mempunyai suatu ilmu yg sangat rare . kami pun dia xnak ajar . ilmu asah kayu jd biji tasbeh . tok wali yg otai pun ambik masa sebulan nak siapkan . ni kan kami bukan kaki seni , yg ada kaki cenuai , kaki besi , kaki emas yg xjd n dot com dot my yg lain .

    manakala tok sheikh pula mempunyai ilmu yg rare yg xnak ajar kami . iaitu ilmu sms xtolak kredit . ada je info berkenaan pesakit , penyakit n cara perubatan . n sms yg dihantar memberikan impak dalam diri tok sheikh dalam mengendalikan pusat rawatan tujuh puteri .

    manakala saudara karimon pula ada ilmu rare dalam ilmu besi , tarekat , n sebagainya . kesemua ilmu yg ada hanya akan dikongsikan kepada mereka yg benar² boleh membawa ilmu tersebut samada dalam konteks muzakarah atau sebagainya . saya berpeluang mendapat suatu ilmu zikir darah , daging n kulit . tq kepada saudara karimon yg sudi memberikan ilmu tersebut saya n menumpang di rumah saudara semasa saya berada di kl minggu lepas . sekalung tq diucapkan .

    jika salah informasi ku pohon sepuluh jari kemaafan . tq n wassalam .

  117. Alaaaaa, TS dah mula merendah diri…..saya baru cadang nak ziarah TS . Masing-masing ada kelebihan dan pengalaman, yang kurang hanya saya. Saya lebih tumpu bab agama bila jumpa guru2. Bila diberi ilmu saya amalkan je tanpa banyak soal, saya amal bertahun2 tanpa jemu kerana saya yakin setiap amalan pasti ada kelebihannya. Jadi bila dah muncul satu-satu pengalaman kerohanian ni, saya akan mencarilah jawapannya. Memang guru saya pun pesan camtu……..dalam blog ni saya jumpa jawapannya. Saya bersyukur banyak2 dapat berkenalan dan bertanya pada TS,dan para otai sekalian.
    Entah bila lagi saya dapat bertemu dengan guru-guru saya, masing2 sibuk dengan urusan masing2, ye lah mereka orang berilmu dan anak murid pun ramai sedangkan saya disuruh datang seorang diri kalau ada urusan seperti ini. Apa yang TS dan para otai bicarakan disini cukup menarik dan akan menimbulkan minat pada sesiapa yang kurang mengetahui berkenaan ilmu kebatinan. Malah akan menjawab segala fitnah yang selama ini menebal dikalangan umat Islam sendiri yang memandang remeh Ilmu Kebatinan Islam dan Tradisional Warisan Ulama kita.
    Blog ini telah menaikkan martabat dan sekaligus telah menarik kembali minat golongan muda untuk mendalami Ilmu Warisan Islam dan Ilmu Warisan Bangsa Melayu peninggalan Ulama Silam.Tahniah Wak Karimon dan para pengkomen tetap blog ini terutama Tok Syeikh, Waliqudus, Neo,dan Pakcikli.

    • Salam Sejahtera saudara Pendekar yang dirahmati Allah…

      sesuatu ilmu itu dipelajari semuanya adalah dari asas Ilmu Tauhid, kami ni semuanya baru nak merangkak dan kekadang tersembam ke lantai cium simen…tiada yang punya bagi kami akan IlmuNya..kekadang topik yang diunjurkan dan diperdebatkan hanyalah sekadar peringatan buat kami yang kekadang jauh tersasar dari titik dasarnya, agar kami kembali mentauhidkan Allah semata-mata dimana kami ni hanyalah Hamba yang tiada berupaya. Hanya DiaLah segalanya…Ilmu yang ada pun belum cukup dan sekadar untuk pelepas bagi diri sendiri. Atas Dasar Inilah yang membuatkan Pengasas Blog Karimon membuat unjuran Subjek yang meruntunkan Ilmu Pengetahuan bagi kita semua kembali kearah yang dituntut oleh Agama..walaupun ianya hanyalah bermula dengan subjek yang dikatakan Karut-Marut mengenai sesuatu yang dikategorikan sebagai Mistik…Sedangkan nama Harut dan Marut disebut didalam Al-Quran dalam Bab Sihir..

      Ilmu Sihir ni memang ada dan Sihir dipatahkan dengan Ilmu Tauhid (Banyak Pecahannya)..ini kerana apabila dah banyak sangat percanggahannya.maka Kalimah Laa’illa’ Hail’lallah mengembalikan kita kepada Tauhid Allah…itu sebab ada ramai yang Abid berkata..kembali-kembali kamu kepada Allah jika kamu Tersasar dari kebenaranNya…Astargfirullah’hal’azim…

      Wassalam..Maafkan saya dan betulkan saya jika tersasar dari catatan ini..

  118. neo iskandar

    assalamualaikum ..,,

    kepada tok wali yg on da way ke rumah tok sheikh , knp la last² minute lori boleh rosak . kena la bawak kereta jer . kalu x boleh angkut semua pokok kat rumah tok sheikh . kan ada banyak pokok rare yg ditanam di sana . nasib baik rumah tok wali tanah xbanyak . kalu banyak boleh bt taman herba . uhuhuhuh … boleh tanam memacam hasil bumi . uhuhuhuhu …!!!

    terlebih dahulu diucapkan selamat datang ke alam besi kerana tok wali sekarang dah minat dlm dunia besi . boleh join saudara karimon dalam pembentangan kertas kerja . uhuhuhu ..!!

    saudara karimon sekarang kini menyendiri ke kuantan . pegi bersuluk ker atau nak menyertai kursus asas perawat ISLAM anjuran ridam di cherating pada 27hb nie . uhuhuh ..!! mungkin akan berjumpa ramai kenalan di sana dalam perkongsian ilmu . insyaALLAH . mana la tau ada yg sangkut di sana . uhuhuhuh …!! jgn mare yer . mungkin tok wali n tok sheikh boleh practice sparring silat pengantin . huhuhuh …!!

    kepada saudara pendekar , otaimer di sini yg sebenar adalah tok wali , tok sheikh n saudara karimon . saya hanya menggunakan ilmu hentam sajalah semasa menulis . di mana ilmu biasa lebih rendah tarafnya daripada ilmu sms xtolak kredit dr tok sheikh . mereka adalah anjakan paradigma dalam mencari ilmu . n mereka xlokek dalam mencari ilmu . ttp di blog ini hanya sekadar kiasan . jika hendak penuh pi la berguru .

    kadang kala ada juga berkunjung ke rumah tok sheikh . bersifat tgk n lihat bagaimana org lama yg kaya dgn ilmu n pengalaman menyelesaikan apa jua prob berlandaskan akal . kebanyakan yg hadir adalah sebagai pesakit terkena buatan org / salah diri sendiri , inginkan penyeri pd diri n perniagaan n masalah rumahtangga n percintaan .

    berdasarkan perbualan dgn tok sheikh , kebanyakan yg datang luar dr melaka adalah kes berkena terkena buatan org n sebagainya . ttp jika dr melaka banyak yg terdiri daripada masalah rumah tangga n percintaan . wallahulam .

    munkin saudara karimon boleh memuatkan topik ilmu pengikat kasih sayang n ilmu pembenci yg tegar dalam masyarakat kita hari ini .

    jika salah informasi ku pohon sepuluh jari kemaafan . tq n wassalam .

    • Salam Pakcik Neo….

      Bab Besi ni biarlah kita belajar dengan Saudara Pengasas ajer..Tetapi besi yang ada dalam Simpanan saya ..Bukanlah untuk ditatap semua..ianya adalah barang Turunan dari Bapak yang saya Kasihi. Beliau amat berpengetahuan dalam Konteks bab Ilmu perubatan dan Ilmu ketuhanan..Alhamdulillah..

      • neo iskandar

        assalamualaikum ..,,

        semasa berkunjung ke rumah tokwali tiada penceritaan ttg keris .tpbila dah sampai kat restoran …?? dibakar2 akan kerismiliknya . takut saya n saudara karimon kidnap keris tok wali kot . hanya sekadar menatapkeindahan sudah pun memadai bagi kami .

        next time turun kl ,nak tgk keris tokwali . sekarang ada keje di melaka n akan turun ke klesok . kita jumpa nanti bila berkesempatamn k .

        tq n wassalam.

  119. Asalammualaikum Semua !!Dalam 2 tahun kebelakangan ini, saya paling banyak berubat kan masaalah rumah tangga dan sihir.Dalam masaalah rumah tangga ini kebanyakan nya dalam bab SIHIR PENCERAIAN, anda bolih rujuk kepada tanda tanda nya yang telah saya tulis kan di atas.Sihir ini memang bolih mencerai berai kan pasangan suami isteri.Cara nya di sihir kan suami/isteri supaya membenci pasangan,lepas bercerai pasangan yang berpisah itu akan di sihir pula dengan sihir pengasih,dan mereka pun berkawin…YANG BERKAWIN INI HABIS LAH CERITA, MEMASING DAPAT SUAMI DAN ISTERI BARU.Masaalah nya yang kena cerai,SIHIR NYA masih ada lagi dan kalau tak berubat akan bermasaalah.PERLU SAYA INGAT KAN !!!Sihir Perceraian ini juga di panggil SIHIR PEMBENCI/PELALAU (DI MELAKA).Walaupun dah bercerai yang KASIHAN nya ,bekas pasangan ini akan DI BENCI OLIH SEMUA ORANG, KALAU TIDAK BERUBAT.Ini lah masaalah nya apabila bekas pasangan ini nak mencari teman/isteri/suami yang lain akan terhalang !!!.Banyak yang saya ubat kan dari GULONGAN PROFESIONAL.seperti doktor,guru,jurutera…bolih dikatakan kerja yang bagus bagus, tetapi bila baru nak kawan kawan dah putus tanpa sebab !!!OLIH ITU GULONGGAN INI JANGAN LAH TAK PERCAYA SIHIR ITU TIADA DAN TAK KENA KONON NYA !!!!kalau kita kembali kepada AL HADITH…NABI SAW PUN KENA SIHIR !!!KITA INI SIAPA ???INI BERMAKNA NABI SAW DAH TUNJUK KAN CARA NAK BERUBAT KENA SIHIR, JADI JIKA TERKENA,BERUBAT LAH DENGAN CARA ISLAM, BUKAN KAH KITA ORANG ISLAM KENAPA PULA NAK BERUBAT SIHIR KEPADA YANG BUKAN ISLAM !!!Sihir tidak bolih di ubat dengan sihir…tak jalan bib..kalau baik pun sekejap jer.Sihir hanya bolih di ubat dengan MUKJIZAT…DIMANA KAH KITA NAK CARI MUKJIZAT….AL QURAN ITU LAH MUKJIZAT DARI ALLAH YANG DITURUN KAN DARI LIDAH RASUL SAW KEPADA KITA.Jadi kenapalah nak cari yang lain dari itu.Lepas itu mencari BOMOH YANG AMBIL KESEMPATAN,ahaa kena lah sembelih atau kena cabul kehormatan !!!Kekadang walaupun sakit kita kena bawa MUHRIM ATAU KAWAN, jangan lah malu nak bawa MUHRIM atau KAWAN nanti kita yang tertawan…bahaya tu, perhatikan cara perubatan.Saya tegas kan DALAM RAWATAN ISLAM MEMANG TIADA SILAP MATA !!!KONON NYA DALAM TELOR ADA JARUM YANG DATANG NYA DARI BADAN PESAKIT.KALAU LAH ADA DALAM BADAN PESAKIT ITU JARUM, BANYAK LAK TU, DAH LAMA TINGGAL NAMA JER….ARUAH…FIKIR FIKIR KAN BIB…JANGAN LAH KITA TERTIPU DENGAN MAINAN SILAP MATA !!!SAYA TAK NAK CERITA LEBIH LEBIH KERANA ANDA ADA AKAL FIKIRAN DAN FIKIR LAH BAIK BAIK, KALAU PERLU MUNAJAT PADA ALLAH MOHON PETUNJUK !!!WASALLAM.

  120. Salam Sejahtera para Sahabat Semua..

    InsyaAllah…kepada yang inginkan mendapat Ilmu Pengetahuan mengenai Kefahaman tentang Perubatan Islam..apa lagi..Tok Sheikh dah Jemput tu…Kalau sesiapa yang nak datang tu..kalau tetiba ajer ada Angin Ribut dan Pintu gate Besi Rumah Tok Sheikh terbuka sendiri..Paham-paham la..banyak Bunian kat Luau tu..Kalau Pakcik Neo datang lagi dasat..Kopiah Tok Sheikh yang terbang pulak..keh..keh..kalau pengasas yang datang pulak..jawab la pulak tok sheikh..abih pintu besi kawan tu pun dia nak leburkan buat keris..hehehe..kalau tok wali lak yang datang..berjawab lagi la Tok Sheikh..kalau Boleh, cenuai/buluh perindu dan berbagai lagi khazanah tok sheikh kena sapu ngan aku..kah..kah..kah..tetapi..orang tua ni tak lokek Ilmu dan harta dunia..Alhamdulillah..kepada sesiapa yang nak gi expedisi panjat Gunung Ledang ngan Tok Sheikh kene Buat appointment dulu..pemilihan akan dibuat oleh Tok Sheikh dan Mak Sheikh..InsyaAllah dalam Bulan 5 ni dah nak pegi..so sesiapa nak pegi..telipon Tok Sheikh..kalau nak tau no telipon dia..kene la melayari Blog Rawatan 7 Puteri…Tok Sheikh ..apa lagi..bagi la no Tipon..kalau tak pun suruh Pengasas Buat satu lagi Unjuran mengenai..”Expedisi Ke Gunung Ledang anjuran Karimon’s Blog dan Pusat Rawatan 7 Puteri dimana Tok Sheikh sebagai Tok Batinnya..kah..kah..kah..buatlah..kut mana tau ada yang nak ikut..sesambil tu kita buatlah pembelajaran sambil menikmati Keindahan Khazanah Bumi Kita…banyak boleh dipelajari tu..lepas tu kita buat pula Expedisi ke Pulau Besar pula..InsyaAllah…ramai yang nak ikut tu…

    Hanya sekadar Unjuran sahaja..wassalam

  121. Walaikum musalam Tok Wali dan Semua !!Malam tadi (malam jumaat).Baru nak tidur pukul 2.30 pagi,lepas buat home work, mata saya baru nak lena lepas baca RUQYAH PENDINDING,terdengar suara orang perempuan menangis,sayup jer bunyi lalu aku pergi keluar,nampak saorang perempuan menangis,seorang puteri cantik sekali..lalu ku tanya kenapa kamu menangis.. ??kata nya “adik 2 orang dah kena pindah jauh”.kata saya “adik mana pula” kata nya “adik 2 orang,orang dah ambil”.Saya pun pelik dengar kata nya ???.Saya pun tanya “kamu ini siapa,kenapa ada dalam kawasan rumah saya !!”. Jawap Puteri itu,”Kami ini bernama PUTERI BULOH PERINDU”. Saya pun terfikir,” kenapa lak Puteri Buloh Perindu aku menangis dan kata adik nya telah pergi jauh “!!Saya pun tersentak lori sampah ambil sampah !!!laaa rupa nya aku bermimpi !!!lihat jam baru pukul 3.30 pagi..lepas tu baru lah teringat kan TOK WALI dah KIDNAP 2 batang pokok Buloh Perindu aku !!!LAAAA…RUPA RUPA NYA AKU BERMIMPI, TAPI TAK KISAH AKU PERCAYA TOK WALI JAGA BETUL BETUL…TAK DER HAL PUNYA !!!!kalau buloh itu segar dan hidup, itu tanda nya dia SYOK LAH KAT TOK WALI !!!kah..kah…kah….HANYA MIMPI..DAN MAINAN TIDOR TOK WALI ..WASALLAM.

    • Salam Sejahtera Tok Sheikh yang dirahmati Allah..

      Salah satu Batang Pokok Buluh Perindu yang diberi tidak mempunyai Batang-batang halus seperti yang sedia ada pada Pokok Buluh Perindu tersebut..pada hujungnya hanya terdapat 3 helai daunnya sahaja..Alhamdulillah..dalam Rumpunan tersebut itulah rajanya..dan ianya telah diadun menjadi Minyak Raja Perindu…tu pasal Puterinya Menangis..sebab rajanya ada kat saya..tak lama lagi Rumpun yang Puteri tu akan datang ke Ampang tak lama lagi..lama-lama Aku yang dirindui pulak..kah..kah..kah..

      wassalam…ini bukan cobaan…ini betul-betul…

  122. Assalamualaikum semua….saya ingin bertanya adakah ada ilmu mengenai nama2 besi di dalam badan?Apakah gunanya?Macamana nak mengamalnya?Sekian…

  123. neo iskandar

    assalamualaikum..,,

    ya mmg ada dalam bentuk ilmu sedemikian .tpkenalah berguru . sila rujuk dgn saudara karimon kerana dia adalah pandai besi . pernah secara xsengaja diberi pengetahuan oleh seorg tua di melaka suatu ketika dahulu .n beliau juga memberikan bentuk amalan serta pantang larang juga .ttp ilmu ini sangat rare n susah nakkeluar pabila ajal menjelang tiba .so fikir2 kan .

    saya ada bt catitan ttp utksekadar mengetahui sahaja .bukan utkdijadikan amalan .ttp sebagai rujukan semata2 .

    tq n wassalam.

  124. Salam semua, bagi yang masih tertanya-tanya apa itu Titik Sembilan, disini saya bagi penjelasan serba sedikit, semuga anda mendapat sedikit sebanyak pengetahuan akan rahsia diri anda.

    “Untuk meng-aktivkan kekuatan itu, Allah memberi tahu kita, “Aku meng-aktivkan kekuatanmu dari 99 asma’ul-husna yang Aku tempelkan pada kedua tanganmu.”

    Menggosok memnimbulkan api dari dua batang kayu. Menggosok menimbulkan energy. Dengan menggosok kedua tangan selama wudu, air mencegah energy dari merembes keluar; itu membekukannya. Itulah sebabnya Silah al-mumin al-wudu (senjata kaum beriman adalah wudhu.) Segera setelah kamu menggosok, itu menimbul kan energy dan dengan menggosok di bawah pancuran air itu akan menahan energy di dalam tubuh untuk dilepaskan kemudian. Ketika kita menggosok kedua tangan, kita mempersiapkan energy untuk disimpan dan ditabung untuk digunakan melawan musuh (kemudian).

    Ketika kita mau menyembuhkan kita tidak menggunakan air, Menggunakan air sewaktu wudu, kita mengumpulkan dan menyimpan energy. Dalam penyembuhan, kita menggosok tanpa air dan membuka tangan untuk melepas kan energy itu. Bagaimana kod itu di-aktivkan ? Jika kamu melihat pada tangan kanan mu padanya terdapat angka Arabic 18 dan pada tangan kiri terdapat angka Arabic 81. 18 plus 81 menjadi 99 asma ‘ul-husna Allah, setiap angka terdiri dari satu (1) dan lapan (8). Satu plus lapan (18), dan lapan plus satu (81) bersama menjadi 99. Tambahkan komponen 99 kesemuanya (18 = 1+8 and 8+1 = 81) dan kamu mendapatkan 9 lagi.

    Ini menjelaskan arti dari titik sembilan dari diri, yang mewakili sembilan awliya yang bertanggung jawab terhadap diri. Ketika kamu menggosok-gosokkan jari tangan kamu meng-aktivkan 99 asma ‘ul-husna Allah, yang pada gilirannya meng-aktivkan titik sembilan itu yang berada di dalam tubuhmu. Dengan contoh kita dapat mengatakan apabila titik sembilan di-aktivkan, penerima itu kini dalam posisi “menyala”, energy masuk ke dalam tubuh. Demikian juga, tangan itu adalah lingkaran, dan ketika kita menggosok-kan mereka dan membuka mereka (kedua tangan kita itu), mereka mulai bertindak sebagai lingkaran satu terhadap lainnya, mengambil energy apapun yang mereka terima dan mengelolanya.

    Itulah sebabnya dalam ilmu bela diri mereka menggunakan kedua tangan, namun mereka tidak mengerti mengapa itu (kedua tangan) merupakan energy; mereka tidak mengerti tentang 99 asma ‘ul-husna dan bagaimana mereka dilindungi melalui oleh Asma itu. Mereka tidak tahu, meskipun demikian, Allah memberikan kepada siapapun yang Dia suka. Dia membiarkan mereka itu menggunakan kekuatan itu; mereka tahu terdapat kekuatan disitu, tetapi tidak tahu mengapa. Mereka membuat gerakan cepat dan menggunakan itu untuk membela diri mereka dan melindungi orang lain dan untuk mengalahkan musuh.”

    Semuga anda semua mendapat menafaat dan dapat menimbulkan minat anda untuk mempelajari ilmu para wali ini, guna untuk mendapat kebaikan dunia dan kebaikan akhirat.Bagi yang berhajat untuk berubat dengan kaedah ini, insyaAllah dengan izinnya saya boleh membantu. Hubungi saya 016-6353 601 (Ampang).

  125. Assalamualaikum saudaraku sekalian…saya pernah mendengar ilmu isim al adzhim iaitu kah, ha, ya, ain shod untuk jari tangan kanan bermula dari jari kelingking.Dan ha, mim, ain, syin ,kaf jari sebelah kiri. Ada tak sesapa tahu rahsia ilmu ini, ianya bnyk diguna dlm ilmu persilatan

  126. Jabat 14, anda mengingatkan pada guru saya yang telah lama tidak saya tenui Ustaz Ahmad Che Din.
    Kawan kita tanya ilmu nama-nama besi dalam badan, yang anta sebut ilmu pelebur besi hehe. Kepada saudara-saudara yang meminati ilmu kebatinan dan bercita-cita untuk mempelajarinya, sebaiknya anda melengkapkan diri dengan amalan-amalan sunnah sepertimana warisan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Lengkapkan diri anda dengan ilmu Tauhid, Feqah dan Tasauf dan perbanyakkan amal dengan ikhlas dan berguru lah dengan guru mursyid yang akan membimbing anda mengenal Tuhan.
    Bila anda sudah kenal diri dan kenal Tuhan dan Dia juga sudah mengasihi anda maka ketika itu apa yang anda minta, Dia akan beri. Anda hanya perlu sebut nama-namaNya sahaja, begitu lah Asif Barkhiya membawa Istana Balkis dengan namaNya Yang Agung, juga Nabi Allah Ibrahim menyebut namaNya ketika di lontar kedlm api.

    • Apa yang Arsaf Barkhiya katakan ialah “MIN FADLI ROBBI ALLAH HU LAILAHAILLAH HUWAL HAYYUM QAYYUM.”Maka berada depan matalah istana balqis.Maaf kalau tersalah cuma untuk maklumat kita

  127. Dalam kajian saya mengenai Ismulah Al A`dzham, huruf-huruf ini tidak termasuk dalam Nama-Nama Allah. Memang saya ada jumpa amalan ini kalau tak silap saya dalam amalan Suurah Yaasin untuk pengubatan. Di Darul Syifa` juga ada pengamalan huruf-huruf ini dalam perubatan ( 10 ayat-ayat asas). Anta nak tau rahsia ilmu kenalah berguru sheikh. Yang boleh citer kat sini sikit-sikit je…tu pun bukan semuanya faham.

  128. Amalan yang paling mudah dengan nama-nama Allah Yang Agung ini adalah amalan “BASMALAH”. Sesungguhnya Allah SWT ada 3,000 nama yang mana 1,000 nama didalam pengetahuan para Malaikat, 1,000 dalam pengetahuan Nabi dan Rasul dan 1,000 lagi dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil. Sebanyak 2,999 terkandung dalam ALLAH, AR-RAHMAN dan AR_RAHIM.

    Kita kan disuruh memulai sesuatu pekerjaan dengan BASMALAH iaitu Bismillahirrahmanirrahim. Seluruh isi al-Quran terkandung dalam ayat ni sheikh.

  129. Asalam mualai kum semua !!!Dalam kita berbicara ILMU KEBATINAN, Kekadang kita lupa dalam masaalah HADITH dan KITAB.Kitab yang di turun kan ada 4 KITAB..iaitu Zabur.Taurat,Injil dan Al Quran.Kitab yang lain sebenar nya ada di turunkan seperti SUHUF IBRAHIM.Pada Pendapat Asura !!!Ugama yang seperti Hindu,Toa,Zoroster,Buddha dan Kung Fu Ze tiada kaitan dengan ALLAH…Itu pendapat yang tidak berapa TEPAT, kerana Dalam Hadith Nabi SAW, Ada di riwayat kan jumlah NABI AS, ada 124,000 orang…Jadi kalau pengikut ugama seperti Hindu,Buddha,Kung Fu Ze dan Zoroster tidak menyeleweng dari yang ASAL NYA..MEREKA TIDAK SESAT !!Dalam Surah Al Fatihah ayat 5,6,7 bebunyi begini .”Tunjuk kan kami jalan yang lurus,Bukan jalan orang yang kau murkai,Dan juga sesat”.
    Jalan yang lurus..ialah ISLAM lah,Jalan orang yang di murkai ialah..orang YAHUDI.Dan jalan orang yang sesat ialah Nasrani,Hindu,Buddha dan lain lagi…Saya menulis ini buka lah pendapat saya ASURA..tetapi saya ambil dari kata kata USTAZ saya, yang berdasar kan NAS…iaitu Al Quran dan As Sunnah…Perlu juga kita ingat pada zaman AL QURAN BELUM DITURUN KAN,..BABI DAN ARAK …HALAL,tetapi bila AL QURAN di turun kan,baru lah benda benda ini HARAM…Ini juga bermakna kitab sebelum AL QURAN TIDAK LENGKAP DAN AL QURAN JUGA MERANGKUMI SEMUA KITAB KITAB YANG ALLAH TURUNKAN !!!BACA LAH DALAM INJIL..AKAN DATANG SEORANG NABI BERNAMA “AHMAD” DAN IKUT LAH DIA…Bagitu juga dalam KITAB TUA HINDU…”SEMBAH LAH TUHAN YANG SATU”.DI DALAM UGAMA BUDDHA JUGA BEGITU..”SELEPAS AKU, AKAN DATANG LAGI BUDDHA YANG TERAKHIR,PENUTUP SEKELIAN BUDDHA, DAN IKUT LAH DIA”…Sebenar nya kalau kita cari memang banyak NAS yang mengata kan Nabi itu banyak.Zaman dulu sebelum Nabi saw,memang ada MANUSIA SUCI(NABI) yang menyeru kepada penyembahan TUHAN YANG SATU….dalam bahasa lama melayu juga ada sebutan SANG HYANG ESA, dalam bahasa melayu sekarang ialah TUHAN YANG SATU !!!Jadi pendapat yang mengatakan ugama selain dari ISLAM itu bukan ISLAM pada salah,TETAPI PENGIKUT MEREKA LAH KHUSUS NYA RAHIB RAHIB DAN PENDETA MEREKA LAH YANG MENYELEWENG KAN AJARAN YANG SEBENAR !!!!Baru baru ini saya dengar ceramah KETUA MUBALIGH HINDU DAN KETUA PADRI KERISTIAN MEMELOK ISLAM dan berkata sebagaimana yang saya tulis diatas.Orang yang cerdik pandai dalam ugama mereka mengkaji ugama kita bib!!!.Itu lah bila mereka kaji ugama kita, pada akhirnya mereka pelok ISLAM…Tetapi ada juga dari cerdik pandai mereka yang mengkaji bagaimana nak menghancur kan ISLAM….Haa itu lah di banyak kan hiburan,film film lucah,cerita cerita lucah yang tidak bermoral…supaya orang islam yang lemah iman LALAI DARI ALLAH DAN SENANG LAH MEREKA MURTAD KAN !!!kalau yang kuat pegangan ugama memang susah mereka nak MEMURTADKAN….Tetapi ini hanya pendapat saya yang tiada ilmu, kalau anda tidak bolih Terima anda bolih tolak….ianya bukan AL QURAN ATAU HADITH SHAHIH YANG WAJIB DI IKUTI !!!WASALLAM.

  130. Asalammualaikum Semua !!!hai..hai.. Tok Wali ke Gunong Ledang pun belum sampai masa lagi dah nak ke PULAU BESAR pula.Memang dalam rancangan saya ke Pulau Besar saya akan pergi pada 9,10,11 julai 2010.Bercerita tentang Pulau Besar ini memang seronok juga !!!Di Pulau Besar memang bayak makam dari KETURUNAN saya.Di sana ada makam Sultan Ariffin Saiyid Ismail,Maulana Ishaq,Tok Putih,Tok Janggut Acheh,Patih Yunus,Raden Abu Bakar,Raden Abu Syahid dan banyak lagi.Yang perempuan nya makam Syarifah Siti Fatimah,Syarifah Siti Rodziah,Syarifah Siti Mainmunah dan banyak lagi…Semua mereka itu nenek moyang saya,tok wali,karimon…cuma saya masih rahsia kan dari mereka..bab susur galor nya(tok wali dan karimon ).Sebenar nya saya malas nak bercerita bab nasab ini…tetapi bila ada orang mempertikaikan bab nasab saya, saya akan tulis kan seperti ini:

    1. Nabi Mohamad saw
    2. Saidah Siti Fatimah Azzahra RA BERKAWIN Imam ALI KAW
    3. Imam Al Hassan Al Sibti ra
    4. Imam Al Hassan Al Musanna ra
    5. Imam Saiyid Abdullah Al Mahdi ra
    6. Al Saiyid Musa Al Mahdi ra
    7. Al Saiyid Abdullah ra
    8. Al Saiyid Musa ra
    9. Al Saiyid Daud ra
    10.Al Saiyid Al Imam Muhamad ra
    11.Al Saiyid Al Imam Yahya Al Zahid ra
    12.Al Saiyid Al Imam Abdullah ra
    13.Al Saiyid Abi Sholih Musa Al Jankardusti ra
    14.Al Saiyid Muhyiddin Abdul Qadir Al Jailani ra
    15.Al Saiyid Sholeh ra
    16.Al Saiyid Abdul Jabbar ra
    18.Al Saiyid Abdul Qadir ra
    19.Al Syeikh Sultan Al Ariffin Saiyid Ismail Pulau Besar ra
    20.Al Saiyid Ahmad Salim/ Tok Putih ra
    21.Al Saiyid Ahmad Khamil/Tok Panglima Hitam Daik ra
    22.Al Saiyid Ahmaad Khamal Zaharudiin/Tok Panglima Lidah Hitam ra
    23.Al Saiyid Ahmad Maulana Ismail/Tok Janggut Acheh ra
    24.Al Saiyid Umar Saad/ Tok Si Aji ra
    25.Al Saiyid Ahmad Hitam ra
    26.Al Saiyid Ahmad Chik ra
    27.Al Saiyid Ahmad Said ra
    28.Al Saiyid Abdul Jalil ra
    29.Saiyid Mohamad Din …ana yang fakir ini.
    Ini lah nasab saya terus ke RASULLAH SAW dan memang keturunan saya khusus nya MOYANG saya mensyarah kan kepada DATUK saya,dan Datuk saya mensyarah kan kepada saya…Keturunan kami memang terus ke rasululah saw…melalui nasab SYEIKH MUHYIDDIN ABDUL QODIR JAILANI…”BUKAN MENGIKUT NASAB ZIKIR”..Keturunan kami memang tahu di mana MAKAM NENEK MOYANG KAMI……WASSALLAM.

  131. abg khairulzuan

    0138071726

  132. Assalamualaikum wbt…

    Berita mengejutkan, berita yg ku terima pagi ni. Pendekar idola ku seorang muslim rupanya.Mungkin aku juga ada talian saudara dengan pendekar ini kah..kah..kah.. perasan la pulak. Tok Sheikh kena selidik betul-betul , aku ni bersaudara dengan Wong Fei Hong ke atau dgn Laksamana Cheng Ho…heh..hehe.. gurau Tok Sheikh, seronok bila tau legenda ni seorang muslim.

    Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

    Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

    Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

    Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

    Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

    Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

    Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

    Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

    Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

    Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

    Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

  133. Walaikum musalam Pendekar !!!Saya juga terkejut tetapi tak hairan kerana pemerintah Cina memang banyak menyorok kan fakta sebenar !!.Laksamana Cheng Ho merantau ke Nusantara khusus nya ketanah Melaka tentulah lah handal bib !!!.Armada Ma Hu yang menolong Raden Wijaya mendirikan KERAJAAN MOJOPAHIT,perajurit atau Panglima nya mesti lah ada tak mahu pulang ke Negeri Tiongkok.Dan kawin dengan PUTERI JAWA, mesti ramai juga bib.Seorang dari SUNAN di Jawa bernama Too Li Sing adalah seorang dari kumpulan WALI SONGHO…Dan di gelar SUNAN TELISING di Jawa Barat, seorang Panglima Perang Banten….
    Orang Cina sudah lama memelok Islam..1000 tahun yang silam…orang Melayu hanya 500 tahun lebih kurang…jadi Orang Cina Islam memanggil kita MUALAF….kah..kah..kah..jangan marah bib..tapi itu adalah kebenaran.Mereka memelok Islam pada zaman Saiddina Saad bin Abi Waqqas…iaitu…sahabat nabi saw….Kita pada ZAMAN ENTAH BERANTAH….Islam datang ke Alam Melayu di bawa olih Datuk ku Saiyid Husin Jamadil Kubra pada tahun 1400 m, bermula di PERLAK/PASAI….
    Seorang dari anak tiri PRABU BRAMA KUMBARA/ SULTAN ABDULLAH IMAN..CERIBON..iaitu Raden Pintar pergi belajar ke CINA/TIBET..dari hal persilatan dan perubatan, dan balik ke Jawa menjadi seorang Panglima Perang Banten….Kalau lah Persilatan Cina ITU TIDAK HANDAL,mana mungkin Sultan Abdullah menyuroh anak tiri nya belajar hingga ke Cina.Jangan marah bib !!!PERSILATAN MELAYU JUGA HANDAL, tetapi bila di gabung kan semua persilatan..AKAN MELAHIRKAN SATU TEKNIK YANG PALING AMPOH….Dan harus kita ingat dari RADEN PINTAR LAH ILMU JURUS KIPAS NANDUNG di perkenalkan, walaupun Pengasas nya PRABU BRAMA KUMBARA….wasallam.

    • muhammad thahir

      Assalamu alaikum Tok Syeikh…. saya Muhammad Thahir, asal Indonesia. Saat ini ada di Miri Sarawak. Bolehkah saya berjumpa dengan encik, sekiranya ada jodoh, saya nak menuntut ilmu laduni dari Encik.

      Salam,
      Muhammad Thahir
      email: mdtaher@ymail.com
      Mobile: 0109725662

  134. Assalamualaikum Tok Sheikh dan para pembaca yg dihormati….

    Kenapa Rasulullah berkata, “Tuntutlah ilmu walau ke Negeri China” Adakah kerana jarak jauhnya atau kerana kehebatan ilmunya yang telah Allah SWT wariskan kepada umat Muhammad sebelah sana?
    Saya membaca sejarah perkembangan Ilmu Reiki yg bermula dari Negeri Jepun dan sekarang ni berkembang keseluruh dunia.

    Ilmu Penyembuhan Tapak Tangan yg dijumpai oleh seorang Doktor Perubatan yang mendapatnya dari pendeta Agama Zen dari kitab-kitab lama dan beliau mengamalkannya selama 21 hari dgn bertapa disebuah gua .Hari ke 21, beliau rasa jemu kerana tak dapat apa-apa dan sudah tidak makan selama 21 hari, beliau bangun dan ingin menamatkan pertapaannya ….tiba-tiba datang segumpal cahaya putih memasuki dirinya. Hanya begitu sahaja.

    Beliau keluar dari gua dan terjatuh lalu luka.Tiba2 tangan beliau bergerak kearah luka dan menempel kesitu. Luka itu sembuh tiba2. Sampai kebawah gunung, ada gerai makan yg sememangnya tersedia untuk para pengamal ilmu kebatinan yg dtg bertapa disitu. Tuan punya kedai melarang beliau memakan nasi kerana perut yg kosong selama 21 hari tak boleh menerima makanan berat seperti nasi. Beliau tak peduli dan memesan nasi juga untuk menguji ilmu ini. Pelayan membawa makanan nampak seperti kesakitan, rupa2nya sakit gigi lalu tiba2 tangannya menempel di pipi pelayan itu dan sakit giginya hilang tiba-tiba.

    Dipendekkan cerita, dikliniknya beliau mempraktik Ilmu ini yg dinamakan sempena namanya iaitu REIKI. Beliau asalnya mencari kaedah yg mudah dan kos yang murah kerna rata-rata penduduk sekitarnya adalah petani yg miskin.Kaedah perubatan moden yg diamalkan dulu tidak banyak membantu malah menjadi beban kerana kos yg tinggi terpaksa ditanggung untuk membeli ubatan dan alat moden namun kemiskinan pesakitnya membuatnya mencari alternatif lain.

    Kebanyakan penyakit medic dan non-medic berjaya dipulihkan dgn kaedah ini iaitu kaedah aura penyembuhan tapak tangan REIKI yg kini dikembang di Universiti Hawai dan lain-lain tempat.Di Malaysia juga Ilmu ini semakin berkembang dan dipelajari oleh oleh para ahli perubatan moden dan alternatif.

    Sedangkan di TIbet ilmu ini sudah lama di amalkan oleh sami-sami di sana. Di India ilmu penyembuhan Tapak Tangan ini di ungguli oleh SAI BABA. Di Indonesia, saya diberitahu para pendakwah Kristian menggunakan kaedah penyembuhan tapak tangan ini untuk menunjukkan kesaktian ilmunya dan seterusnya memujuk mereka menganut Kristian.

    Para pengamal Tariqat di Pakistan adalah mereka yang di anugerahi ILMU ini oleh ALLAH Azzawajalla dan mereka telah bentangkan kaedah dan pendekatan ILMU ini di Universiti Harvard pada tahun 1977. Mungkin kerana kehebatan ilmu ini yang menggunakan kaedah AURA , para cendikiawan BARAT mencari alternatif agar ilmu ini turut sama dipelajari oleh bukan ISLAM dan mereka menjumpai REIKI. Ilmu yg putus salasilahnya dgn Rasulullah apatah lagi kalau di ajar oleh orang kafir yang memang tiada sambungan langsung kepada Rasulullah dikategorikan sesat dan menyeleweng dan SIHIR menurut guruku Ustaz Ahmad Che Din dari SILAT ABJAD dari Sheikh Mahmud Nasri dari Tok Kenali.

    Di Malaysia, setau saya Dr.Suraya dari Melaka mengamalkan ilmu penyembuhan tapak tangan ini ( Spiritual Healing) dan beliau juga mengamalkan alopati dan homeopati di MELAKA. Beliau juga salah seorang panel yg mewujudkan Jurusan Perubatan Islam peringkat Diploma dan Degree di UIA. Di Indonessia, Haji Bambang telah mengasaskan Yayasan Nur Syifa` dgn membuka pusat rawatan dan telah merintis banyak kaedah penyembuhan penyakit hanya berasaskan 2 tapak tangan sahaja .

    Di Ampang, ada seorang anak muda bangka telah mengasaskan PERUBATAN ISLAM NUR SYIFA’ yang menggunakan kaedah penyembuhan tapak tangan warisan para Wali-wali SONGO yang di namakan TITIK SEMBILAN. BELIAU JUGA TURUT MENGAJAR DAN MENGIJAZAHKAN ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN WARISAN SUNAN KALIJAGA KEPADA YANG BENAR-BENAR BERMINAT YG MENEPATI SYARAT-SYARAT TERTENTU. Ishhh…..teman le tu….heheh.

    Tok Sheikh, Ilmu Kipas Nandung ni cukup dikenali oleh pendekar Silat Gayung kerana dengannya Bruce Lee tumbang di tangan Allahyarham Dato’ Meor Rahman ketika mereka bertarung atas desakan Bruce Lee ketika Dato’ singgah di Airport Hong Kong.

    Sekian. Tak cukup masa …heheh.

  135. Walaikummusalam Pendekar !!!Memang lah ilmu kebatinan yang tidak bersanad terus ke RASULLULAH SAW dikira ilmu tidak bagus !!!Ini di sebab kan kita sebagai ORANG ISLAM,mestilah belajar ilmu islam itu sendiri.Kenapa kita nak belajar ilmu yang lain dari islam ???sedangkan ilmu islam itu sendiri ada !!!Saya teringat kan semasa saya di dalam tentera dulu !!!Dalam tentera satu ilmu pertahanan diri yang di nama kan TTS..iaitu tempor tanpa senjata.Saya tidak berminat nak belajar dan tak terkilan pun,kerana tak belajar ilmu ini.Ini di sebab kan ilmu ini di ambil dari Tee Kwan Do..Prinsip saya memang begitu bib, selagi ada ilmu islam,saya akan belajar ilmu islam.Pada saya ilmu persilatan Melayu lah yang paling bagus dan baik kerana ianya di cipta olih pakar ulama silat dari zaman dahulu.Tetapi sungguh pun bagitu saya tidak perkecilkan seni bela diri kaum lain.Ulama kita dahulu mesti ada 3 ilmu islam iaitu ilmu persilatan,ilmu sufi dan ilmu perubatan.Persilatan di gunakan untuk berjihat,ilmu sufi mendekat kan diri kepada ALLAH dan ilmu perubatan untuk mengubat diri dendiri jika cedera atau sakit .Tidak kah itu sudah lengkap melengkapi ???.Apa kah lagi yang hendak kita cari di dunia fana ini ???.Itu saja dari saya FIKIR FIKIR KAN BERSAMA !!!!wasallam.

    • assalamualaikum TS aku mahu tanya ni sikit ada ke perbezaan diantara ilmu kebatinan dan ilmu hikmah,jika ada apa perbezaannya.Wassalam

  136. Assalamualaikum wbt….

    Ya Tok Sheikh, Islam tu sendiri sudah lengkap dan syumul. Dan Al-Quran itu sendiri adalah mukjizat dan terpelihara hingga hari Kiamat. Namun ramai dari kalangan orang Islam sendiri tidak berminat untuk mendalami AL-Quran serta mencari dan mengkaji ilmu-ilmu yg tersirat didalamnya. Bahkan ustaz-ustaz keluaran Universiti sendiri pun tidak mengkaji ilmu yg tersirat ini malah mereka mengambil pula ilmu dari barat , contohnya telepati dan menerapkannya kedalam ajaran Islam walhal orang barat menceduk ilmu ini ….dari ISLAM sendiri lalu memodifiedkannya dengan membuang konsep ketuhanan.

    Kita dah kembali kezaman jahiliah sepertimana zaman Rasulullah, bayi dibunuh, arak, judi dan zina berleluasa. Puncanya kerana kita dah diasuh semenjak kecil mempelajari ilmu dan budaya Yahudi yg diterapkan kedalam kehidupan kita setelah zaman MERDEKA. Kata Tok Ayah Sheikh Mahmud, punca bohsia la ni adalah sebab kita dari bayi dan disuntik dengan pelbagai suntikan yg kandungannya adalah bahan2 dari lembu dan kuda dan la ni babi.

    Bab Ilmu Silat dan Perubatan, saya juga tidak memperkecilkan ilmu2 ini dari kaum lain kerana segala ilmu adalah dari ALLAH AZZAWAJALLA. Tiada manusia yg mampu berfikir sendiri untuk mencipta ILMU TANPA PETUNJUK DAN HIDAYAHNYA sekali pun si kafir. AR-Rahman, namaNya yg menggambarkan Sifatnya yg memberi Rahmat keseluruh alam termasuk yg derhaka terhadapNya. dan Ar-Rahim hanya khusus untuk kaum mukmin di Akhirat nanti. Namun yang terbaik hanya ISLAM.

    Saya turunkan disini pesan Guru saya Ustaz Hj.Ahmad Che Din berkenaan tanda orang yg beramal dan amalan yg berada dalam kesesatan Aqidah, Syariat dan Akhlak.

    TANDA SESUATU AMALAN DAN ORANG YANG BERAMAL BERADA DALAM SESAT AQIDAH, SYARIAT DAN AKHLAK DIATAS NAMA MURTAD, MUNAFIK, ZALIM, FASIK ITU IALAH ILMU DAN AMAL YANG :-

    1. Ada perjanjian yg disertakan dgn sumpah bagi mewajibkan diri sesorang itu beramal dgn segala yg baik (wajib,sunat,harus) dan meninggalkan segala yg jahat (haram dan makruh)

    a. Mereka memansuhkan sama sekali 3 hukum syarak dgn sengaja iaitu :
    - Hukum sunat
    - Hukum Makruh
    - Hukum Harus

    b. Memberatkan ke atas diri 2 hukum syarak dgn sengaja iaitu :
    - Hukum Wajib
    - Hukum Haram

    c. Menaikkan taraf :
    - Hukum sunat menjadi wajib
    - Hukum harus yg hampir kepada sunat menjadi wajib
    - Hukum makruh menjadi haram
    - Hukum harus yg hampir kepada makruh menjadi haram.

    d. Mubai`ah pula kepada orang yang fasik, munafik, zalim dalam ilmu dan amal.

    e. Tidak mengikut kaedah mubai1ah yang betul dalam Qowaid Syar`iyah dalam bab syariat dan sufi (akhlak)

    2. (a) Patuh pada perjanjian yg sama dgn hukum syarak (wajib, sunat, haram, makruh dan harus ) bagi mendapat sesuatu yg menyalahi adat.

    (b) Patuh pd perjanjian yg harus pada hokum syarak bagi mendapat sesuatu yang menyalahi adat.

    (c Patuh pada perjanjian yg haram dalam hokum syarak.

    *Mendatangkan hukum syarak syarak yg baru dgn memansuhkan hokum syarak yg asal kerana patuh , taat dan ikut telunjuk khadam yg menjadi sahabat dalam semua kerja buatnya (menukar ubudiahnya dalam ilmu dan amalnya daripada Ubudiah kepada Allah ke Ubudiah kepada khadam yg menjadi sahabatnya).

    3. Jenis-jenis latihan yg ada sifat marah atau dimarahi bagi menzahirkan perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan.

    • Menzahirkan rupa Tanasikhul Arwah iaitu penjelmaan rohani daripada jin kedalam diri sama ada secara tersembunyi atau nyata yang disangka Nabi atau Wali atau Malaikat.

    4. Mengiktiqad segala wirid, jampi dan doa boleh menghasilkan sesuatu yang dihajati (berada dalam syak, zhan dan waham). Terjebak dalam iktiqad Jabariah, Qadariah dan Muktazilah.

    5. Tidak tahu asal usulnya, paling kurang sampai kepada ulama-ulama muktabar yang dipercayai ilmu dan amalnya. Mengambil ilmu dan amal dengan cara :

    (a) Meniru ilmu dan amal tiada berguru.
    (b) Mengambil daripada dalam mimpi.
    (c) Mengambil daripada dalam buku.

    6. Mengambil daripada mereka yang terputus salasilah dengan guru yang atasnya atau orang jahil, zalim, munafik, fasik atau daripada orang-orang kafir, paderi, rahib dan sami-sami.

    Sekian, semuga menjadi panduan bagi mereka-mereka yg mempelajari ilmu kebatinan agar jangan tergelincir dalam kesesatan ini.

    Wassalam.

  137. Assalamualaikum wbt…

    Ada 2 perguruan Silat yg ku jumpai sama kaedah pembelajaran dan amalannya dengan kaedah Silat Batin Warisan Sunan Kalijaga amalanku. Maka ku bentangkan disini sebagai penerangan asas kaedah ILMU PERSILATAN & PERUBATAN WARISAN WALIULLAH INI.

    Bismillahirrahmanirrahim

    Meneroka Rahsia Diri melalui ILMU,TEKNIK PERNAFASAN & TAFAKUR.”

    “Membina kekuatan jiwa,mental dan penyembuhan penyakit zahir dan batin”

    Firman Allah s.w.t
    “Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya)…”(al-Baqarah:152)

    Tenaga zikir adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya yang hebat yang datang dari alam Lahut.Energi zikir akan menyucikan segala kekotoran pada qalbi sehingga qalbinya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini disebabkan kekotorannya.Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya pada qalbi dan seterusnya mengeluarkan segala tenaga yang rendah pada jiwanya (mazmumah).Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikir tajam dan kreatif.

    Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan yang betul, atau disebut oleh ahli Tasawuf sebagai zikir nafas, akan memberikan kesan yang lebih hebat.Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati (membakar mazhumah).

    Pernafasan yang betul akan memaksimumkan penyerapan oksigen yang amat penting dalam kehidupan dan kesihatan manusia.Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang terdedah kepada pelbagai penyakit.

    Zikir Nafas juga dapat merawat gangguan halus sama ada dari sihir atau pun, jin ialah dengan mengeluarkan penyakit dari diri serta memastikan pesakit mempunyai sistem pertahanan yang kuat agar segala iblis atau sihir tidak dapat menembusinya semula setelah ia sembuh.

    Rawatan energi zikir juga akan menumpukan pengumpulan tenaga zikir pada qalbi (jantung) untuk mengeluarkan syaitan dari dalam darah.Apabila tenaga zikir terkumpul di jantung, maka ia akan menghantar tenaga itu keseluruh badan melalui sistem peredaran darah, seterusnya menghancurkan segala tenaga yang rendah (jin dan syaitan) tidak kira di mana ia berada dalam tubuh pesakit.

    (Zikir Nafas)

    Setiap kita yang hidup mesti mempunyai nafas, melihat, mendengar, merasa dan ini semua termasuk di dalam sifat al hayat. Kita boleh hidup tanpa mata, telinga, tangan dan anggota tubuh yang lain tetapi kita tidak boleh hidup tampa nafas. Kita boleh berjalan, berkata-kata dan melakukan apa saja, ini semua berlaku kerana qudrat dan iradat Allah. Dan nafas berada didalam qudrat dan iradat Allah.

    Di mana permulaan dan letaknya nafas ini?

    Untuk mengetahuinya kita harus kembali pada asal kejadian kita iaitu di antara pertalian ibu dan anaknya. Mula terjadi benih diperut ibu ialah di bahgian PUSAT. Di situlah mulahnya nafas dan dari situ mulalah benih itu membesar menjadi anggota tubuh yang sempurna.

    Dimanakah letaknya rahsia diri kita yang sebenarnya?

    Letaknya rahsia diri kita ialah di atas PUSAT( jaraknya dua jari diatas pusat). Kerana di situlah mulanya kejadian kita. Dan situlah letaknya pengenalan kita pada Allah. Untuk mencapai kemakam tersebut ada 3 tahap atau latihan yang perlu kita lakukan.

    -Menfanakan diri (mematikan diri)
    -Mengqasadkan diri dalam afal Allah (perbuatan Allah)
    -Mengqasadkan diri dalam ilmu Allah (pengetahuan Allah)
    Pengetahuan Allah amat luas dan tidak terbatas.

    Kalau Dia tidak berpengetahuan, munkinkah terjadi segala sesuatu ini? Tentu tidak akan terjadi. Mustahil kalau Allah itu bodoh.Adapun pengetahuan manusia makhluk tetap terbatas. Sedang Allah Yang Maha Ada, justeru Dialah yang mencipta akal dan pengetahuan.

    Dan kunci/pokoknya amalan ini ialah: Lahaulawala quwwata illabillahi aliyyil azhim

    Tahap 1

    Mematikan diri dengan cara mengumpulkan segala nafas kita di bahgian qalbi (maqamnya alam malakut) lalu ditarik ke atas di bahgian umbun-umbun kepala (maqamnya alam jabarut) sambil tarik nafas dan bila sudah sampai kebahgian umbun-umbun kepala lalu tahan nafas untuk seketika. Selepas itu turunkan/lepaskan nafas hingga kebahgian 2 jari di atas PUSAT (maqamnya alam lahut) lalu tahan nafas untuk seketika. Kosongkan fikiran dan tumpukan pada point iaitu 2 jari di atas PUSAT. Rasakan pada waktu itu kewujudan kita telah tiada yang ada hanya Allah. Selepas itu ambil nafas seperti biasa seketika dan lakukan lagi latihan 1.

    Tahap 2

    Mengqasadkan diri kita pada pergerakan Allah iatu segala gerakan yang berlaku pada diri kita bukan lagi gerakan kita tetapi adalah gerakan Allah. Kembali pada pokoknya Lahalauwala quwata illabillahi aliyil azhim. Bahawasanya apa saja gerakan yang berlaku pada diri kita bukan lagi gerakan kita tapi adalah qudrat dan iradat Allah.

    Misalnya: Kita lakukan latihan 1 dan bila sampai saja di point (PUSAT) kita bermohan pada Allah agar memberi kita pergerakan . Dan selepas itu serahkan segala-galanya pada gerakan Allah jangan difikirkan apakah gerakan yang hendak kita lakukan. Pergerakan ini boleh digunakan dalam membantu mereka yang dalam kesusahan seperti scan tubuh pesakit.Kosongkan fikiran kita dan biarkan tubuh kita beregrak dengan sendirinya. Waktu itu bukan kita lagi yang mengawal tubuh kita tetapi adalah dari gerakan qudrat iradat Allah.Setiap apapun yang disaksikan oleh mata hendaklah ditanggapi oleh hati bahwa itu adalah af’al Allah (perbuatan) dari pada Allah s.w.t.

    Tahap 3

    Mengqasadkan diri kita di dalam ilmu Allah iatu segala apa yang akan berlaku semuanya adalah di dalam ilmu dan ketentuan Allah. (LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL-ALIYYIL AZHIM) Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan(daya dan kekuatan) Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
    Hadis Rasulullah s.a.w

    LA TATAHARRAKU DZARRATUN ILLA BI IDZNILLAHI.
    Tidak bergerak satu zarrah juapun melainkan atas izin Allah.

    Untuk mencapai tahap yang sempurna harus perbanyakanlah kita beribadah kepada Allah kerana semakin kita dekat dan mesra dengan Allah semakin tinggi dan menyerlah apa yang kita tuntut ini.

    Di dalam mengamalkan amalan ini janganlah ada sifat sombong, riak, takbur, hasad dengki di dalam diri kita kerana sekiranya ada salah satu dari sifat-sifat ini di dalam diri kita maka amalan ini tidak akan menjadi kerana ilmu ini juga berada di dalam qudrat iradat Allah. Serahkan segala-galanya pada urusan Allah kerana kita adalah manusia yang lemah yang tiada daya dan kekuatan.

    Sekian. Wassalam

  138. salam… salam… salam…
    hati berhati-hati…
    bersama berkasihsayang… meraikan cinta… menyebarkan salam…

  139. assalamualaikum..

    saya salah seorang pelajar.

    saya mempunyai satu soalan..
    APAKAH YANG DIERTIKAN DENGAN (KEBATINAN 19) DAN FUNGSINYA?

  140. ismet shahrir abdillah

    ‘aku tidak melihat pada Rupamu…Amalanmu..,dan aku hanya melihat pada Bathinmu..’hatimu’..,dan aku jadikan Manusia dan Jin itu hanyalah tujuannya untuk Menyembahkan aku..,maka Sembahlah engkau dengan aku..sampai engkau ” YAKIN ” ” Keikhlasan.., Kemanisan..& Keimanan..”

  141. Assalamua’laikum

    Seronok baca tentang ilmu2 rahsia, saya dapat rasakan semua yang berada dalam blog ini memiliki keistimewaan tertentu yang memang menarik untuk dikongsi bersama..ilmu-ilmu kebatinan ini memang menarik tapi kalo ler dapat menyelami ilmu tentang ketuhanan secara mendalam mak oii memang best..bukan sekadar dapat merasakan rindu dan kasih NYA tapi melihat alam jauh dari yang mampu dilihat dek mata..bukan sekadar alam jin..tapi alam rahsia yang rahsia dan penuh rahsia..boleh ler kongsi-kongsikan jika diijinkan oleh pihak atasan..

  142. Walaikum salam !!!Untuk mencari ilmu ketuhanan bukan senang.Cari lah guru yang Murshid yang dapat membimbing nya.Untuk mencari ilmu ketuhanan,ilmu syariat mesti lah cukup !!!.Kekadang ada yang pandai berkata kata,tapi pelaksanaan syariat nya tiada.Imam Malik pernah berkata “Jika kamu lihat sesaorang itu bolih terbang,perhatikan syariat nya samada betul atau salah “.Ilmu mengenal Jin ini adalah ilmu paling bawah dalam tingkatan ilmu Tasauf ALLAH SWT.Dan ilmu ilmu ini bukan bolih di cerita kan sahaja,mesti mengadap guru !!!.

    • Salam…

      Berliku-liku…kalau tak benar-benar…kelaut peginya..berbahas tentang agama yang mendalam..kena berguru dan berhadapan bertentang mata…Ilmu Agama kena seiring, tak boleh pakai Short-cut..kena ikut alirannya..kalau syarat yang 13 tak benar-benar…tak jadi..nak cerita dalam Karimon’s blog tentang agama, nanti karang berperang sesama kita la pula disebabkan tak sependapat..kalau nak pelajaran bab Ilmu perubatan dan Batin..Jumpa T.S atau Ridam…kalau nak bab Tarikat dan Hakikat..jumpa Pakcikli…kalau nak bab tambah lagi..jumpa Wak Karimon..hehehehe

  143. assalamu’alaikum tok sheikh, saya di Sarawak..Kuching..memang nak p cari guru..tapi nak cari yang betul2 guru nie sukar beno nak dapat..ada kenalan Tok ker yang kat Kuching nie…yang dapat membimbing anak2 muda seperti saya nie..tak der ler muda sangat 35 tahun ajer..ramai yang nak berguru..bukan untuk mendapatkan kelebihan tapi nak dapatkan ketenangan..keberkatan..kerahmatan…NYA

  144. assalamu’alaikum
    Saya juga mengikuti perkembangan dalam blog Darul Saka..ada apa2 komen dari blog nie tentang Darul Saka..saya dapati apa yang diperkatakan oleh Tok Berlagak pengasas Darul Saka..memang benar tak der yang bercanggah..tahap beliau adalah atas usaha beliau dalam ilmu ketuhanan..

  145. Salaam
    I’m a South Afrivan Malay, living in Cape Town & wants to know the difference between Bodi suci and Kebatinan. The mantra calls names of Sheik Subandari, Sheik Maddi ect. Are they the founders of this ilmu?
    Can one practice this ilmu without a teacher?
    The knowledge I got so far is from the internet.

    Trammakasie

    • Salam to you and selamat aidil fitri,I am not familiar with Budi Suci by which i mean Im not involved in it but i do have a few information about it from a few friends who is involved in it.Budi Suci is a name of a martial art group and they do practice the so call mantra or kabatinan(actual translation for it is the practice of inner self that involved some paranormal activities,or a simple plain understanding is a practice of an art be it black or white magic as they call it)Budi Suci and kebatinan are two different issues or subject.You can practice any form of martial art without ilmu kebatinan and you can practice ilmu kebatinan without martial art.I am not sure whether sheikh subandari and sheikh maaddi are te founder of this ilmu there a few version about the origin of budi suci,some said it is originated from the word buddha Suci and later to budi suci Wallahualam.The topic about can some one practice ilmu without a teacher or a master was quite debated in my blog,and as a conclusion it all depend on what type of ilmu can be practice without a teacher and to what level of understanding does a disciple or a student or an outsider had in any particular ilmu.Who is going to monitor your progress or level in one ilmu that you practice.Take an example if you study the al quran without a teacher.how would you know that the pronunciation is correct if no one is to guide you.So my advice is in this form of ilmu it is better to have a teacher to guide you.Wassalam

  146. salam..

    tok syeikh, saya ada hajat dan ingin berjumpa. bagaimanakan boleh kita bertemu.

    AbdulSH

  147. Waalaikummusalam AbdulSH !!!.hand phone saya 014 7201103/017 2095292, alamat saya no 127,jalan sb 7,taman seri bertam melaka…apa masaalah perubatan pun bolih,juga bab nasab….tapi yang saya Tak Akan layan bab TARIK HARTA …..

    • Salam..

      Bab tarik-tarik ni T.S buat jugak, tapi bukan tarik harta karun, dia wat tarik asap rokok..tapi wak karimon yang paling terer bab tarik ni..dia tarik dan simpan kayu cenuai yang T.S simpan..pas tu dia antar kat aku..keh…keh..keh

      wassalam

      • Asslaamualaikum abang Wali

        Saya ader dapat akar cenuai raja Betina Pulau Besar…hahahaha tukang jaga dia kata …abang kena kasi commision sikit kat TS baru bleh dapat …dapat aper tak tau ler hehehehe….

      • Assalamualaikum Bang Wali

        Saya ader dapat akar raja chenuai Betina pulau besar…penjaga dia pesan…abang kena kasi commision kat TS baru bleh dapat….dapat aper tak tau ler hehehehe….

        Wassalam

  148. Asaalammualaikum Alam Tunggal !!! .Bab komisen tu kalau nak beri pun bolih,tak beri pun bolih,,,kalau nak beri tu,berlebih lebih ler !!!.Cenuai Pulau memang ada se pasang kat saya….jika nak guna,kena pakai sepasang……setakat Tunggal jer….tak bolih pakai…haaaa….haaaa…

    • Salam sejahtera kengkawan yang dirahmati Allah..

      Kata T.S, cenuai kat dia ada 28 jenis..tetapi..tetapi…Segala Jenis dah ada kat saya, sampailah yang tak berjenis..Alhamdulillah..secanggih mana pun T.S tu, bab cenuai ni…Paduka yang paling kesian…masih berduka dek minyak cenuai wak karimon….tetapi untuk paduka, saya ada simpan untuk dia sket…tapi dia malas nak datang umah saya..so..kena peram lagi la jawabnya..

      dalam banyak jenis cenuai malam..aka..buluh perindu malam..yang bestnya adalah yang jenis mati beragan

      ..tak kesah lah jenis cenuai mana pun wahai para sahabat…yang paling pentingnya adalah bagaimanakah si-pembuatnya, dalam cara memohonnya dari yang Maha Esa…sejauh manakah Kasih si-pemohonnya Se-redha manakah ianya..kekadang tu,apa yang diberitahu oleh Wak Karimon kita..kalau kita sendiri tidak berkasih sayang dan redha diantara kita dan NYa….menjadikah ianya???wallahu..renung-renungkan lah..

  149. Heee…heeeeee…heeeeeee.

  150. Assalamualaikum wbt

    Para sahabat dan saudara-saudari yang di hormati,saya telah menyiapkan blog perubatan saya sendiri yang telah saya muatkan artikel-artikel perubatan, pendapat-pendapat, pengalaman-pengalaman saya serta serba sedikit ilmu mengenai ilmu kebatinan dan perubatan Islam.

    Bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari juga berhajat untuk berubat dengan kaedah yang pernah di ajar oleh Rasulullah dan diikuti oleh para sahabat dan ulama-ulama silam, sila layari http://warisansunankalijaga.blogspot.com.

    Tujuan saya hanya untuk menegakkan ilmu Allah yg semakin dilupakan disamping menonjolkan kehebatan ilmu Allah yang tiada batasan dan kemampuan yang mampu mengatasi apa jua penyakit kronik dan misteri. Bukan sekadar cakap, malah akan dibuktikan, cuma ilmu ini bukan untuk dipertontonkan atau dibuat pertunjukkan.

    Khusus untuk penyakit kronik dan misteri, yang masih tidak mampu di ubati dimana-mana dan yang memerlukan perbelanjaan tinggi bagi menampung kos pembedahan. Beralih kepada PERUBATAN ISLAM NUR SYIFA. Hindari dari bergantung kepada ubatan kimia, hindari pembedahan yang tidak perlu dan bagi penyakit gangguan sihir, saya menerima cabaran untuk membantu anda membanteras bomoh-bomoh durjana.Hubungi saya sebelum terlambat 016-6353 601 dan 016-2660 761.

    Sekian, wassalam.

  151. salam semua,

    boleh ker bagi pandangan tuan-tuan dan guru-guru budiman tentang blog darulsaka..kerana saya berpendapat masing-masing mempunyai kepakaran masing-masing dalam bab perubatan nie..

  152. Walaikummusalam !!!.No Komen !!!!.

  153. Salam sejahtera Tuan Pendekar yang dirahmati Allah..

    Aiiikkk…ari tu jie kata tuan pendekar orang Bangla..betul ke??

  154. Kat saya pulak Tuan Pendekar kata dia …orang Arab tapi tinggal kat Jawa…baru sebulan naik tongkang….heeee…heee….Mana yang betul agak nya….dia kawin dengan Puteri Jawa kacuk Jawa/Arab….ni Wak Karimon kena terang kan satu persatu….

  155. Yang Wali Kudus pula, Wak Karimon beritahu saya…Wali Kudus juga dari Tanah Jawa…turun dari Gunong Kudus..sebab itu lah dapat gelaran dari Wak Karimon..iaitu Wali Kudus…tapi apa pun,baik Wali Kudus atau Pendekar adalah sama sama dari Tanah Jawa,mereka itu adek beradek,sepusat sepusing,bapa tak sama,emak asing asing !!!.
    Apa yang saya cakap ni, adalah dari percakapan Wak Karimon kepada saya….Saya sebenar nya tak tau apa !!!!…heee…heee….heeee…

    • Hampehhhh…Tuan Pendekar..kenapa aku itam..ko putih????kata T.S kiter adek pisau badik, Dia dulu keje ngan Tuan Pendekar jadi tukang panjat Pokok Asam Jawa kot..tu sebab dia tau?? Wak karimon kan ader skali..T.S Panjat Pokok kait Buat asam Jawa..Wak Karimon pula jadi tukang kutip buahnya..maklumlah..T.S tu sebenarnya berangan nak jadi Orang Jawa..tetapi dah nama Sheikh naik..kan dia Arab Kontot..mana ada orang Baghdad tinggi cam dia??..takkan nak bubuh namer Wak Sheikh kot..maner kene??yang melekat hanya Wak Karimon..tetapi kena halau la Plak dari Tanah sana, sebab Bawak Lari janda mana tah pegi ke Lombok..ada ke janda jawa bawak lari ke balik ke jawa…kene perambat la jawabnya…nak bawak lari, bawak la ke Paris ke?ke london ke? dak pun ke Puchong..gerenti Lesung Batu naik Kepala..hehehehhe

    • Ya lah tu buah lantong dapat sikit saya kena,tersilap keturunan saya kena,hilang nagasari,dewaderu dan teras kemuning saya terkena,berapa banyak lagi lah nak terkena ni.Tapi insyaallah putera kayu dan putera cenuai bakal terkena juga.

  156. Dan kita ni nasib baik lah Malaysia terima…kalau tidak…Tuan Pendekar,kenalah balik Pantai Malabar,tempat moyang nya,Wali Kudus kena balik kat Gunong Kudus,Jawa…Wak Karimon,kena hantar kat Pulau Kerimun dan aku pula kena hantar kat Bagdad..yang dah punah ranah dek serangan USA….silap silap,hari hari makan peluru,sarapan pagi peluru,makan tengahari peluru dan makan malam peluru….kalau lagi nasib tak baik ,tinggal nama jer,kerana dah pindah alam,Alam Barzah..sebab itulah kita kena syukur bebanyak,di sini aman temteram….!!!!.
    Bukan macam Paduka,beliau orang asal Tanah Melayu ni !!!,jadi kita(saya,Karimon,Wali Kudus dan Pendekar)…kena lah hormat kat beliau…..tapi kalau nama Paduka ni dalam bahasa sangkrit…ialah KASUT….heeee…heee…heeee,bahasa sangkrit ini bahasa lama bagi Nenek Moyang ,Pendekar Azamatkhan Al Husain….

  157. Nasib baik jie pandai cakap loghat klate..at least Tuan pendekar leh la buat-buat stail macam kak jie ..tak pe la kami-kami je yang tau Tuan Pendekar mana mali…tapi pelik la,..orang ala tak la putih cam Tuan Pendekar…Kak Jie ajar pakai Fair and Lubly kot…syhhhhhh…jangan cakap kuat-kuat..nanti orang tau!!!hehehehe

    Tuan..Saya Gurau ajer..jangan antar Khadam dah la..heheheh

  158. Betul Ajas !!!.Kalau nak berguru,cari lah guru yang betul betul berilmu.Kami ni ada sedikit ilmu jer untuk lepas kan diri…yang ada pun ilmu kayu kaya kayan…Wali Kudus,ilmu besi..Wak Karimon..nak buat pisau dapor,dan saya…ilmu mengubat orang ketawa sengsorang…Ilmu Keras.. bab keras mengeras…. pak ciklioo…dan ilmu silat jurus tapak seribu, Pendekar….tapi ilmu nak 3 dalam 1,memang Wak Karimon paling handal……Kalau Paduka tu,memang dia paling handal….sebab batu jalan pun,dia doakan…bolih terbang !!!.

    • salam,

      handal2 rupanya tok2 guru kat blog nie..boleh ler angkat saya jadi anak murid..hehehe

      • Memang saudara ajas tok guru kat blog ni semuanya handal belaka yang paling canggih kehandalan mereka ialah mengena dan merampok.saya rampok dari tok waliqudus saya pula kena rampok kat orang bertam hulu.Buah lantong dapat banyak dia kata dapat sikit nak kena tindih dengan buah lantong baru dia kata dapat banyak.Beginilah kitaran hidup guru2 di blog ni.Beginilah adat kami senantiasa usik mengusik kalau orang tak faham akan anggap kami bergaduh.Bukan soal handal atau tidak tapi sekadar membantu memberi maklumat sekadar yang tahu saja.Kalau nak jadi anak murid saudara berguru dengan Pendekar sufi dan TS bab perubatan kalau nak belajar kayu berguru dengan waliqudus.

  159. Assalamualaikum wbt

    Tuan Waliqudus, aku putih sebab ada darah Cina dari datuk sebelah mak.Entah-entah Wong Fei Hung punya anak cucu heheh. Gee tu pulak ada darah hero-hero Tamil, kalau tgk abang2 dia cam ko lah suramnya heheh. Tapi sejak menikah ngan aku, DNA dah bercampur kulit dia bertukar menjadi cerah, tu lah rahsianya , takde kena mengena dgn Fair n Lubly pong heheh.

    Orang Baghdad tinggi-tinggi ye….camna anak turunannya ada terbantut pembesaran keh keh keh. Mana Paduka ye, sibuk beraya lagi ke? Wak Karimun dah bersuara, lain macam bunyinya hehe, mencari idea kot heheh.

    • Waalaikumusalam,aku ada la cuma sibuk sikit bos ada dekat aku aja cam mana nak komen.wak karimon macam tu lah air pasang dia pun pasang air surut dia pun surut,nak tengok dia komen bukannya senang bro,dia lebih senang tengok kita komen,ni mana datang cerita keturunan ni dan ada ke patut aku di katakan kasut tapi ya kot,kita ni ingat nama tu sedap jadi kita dok bantai bubuh aja,macam nama laila wati bunyinya sedap tapi kalau tau maknanya jadi tak sedap.

  160. Walaikummusalam !!!.Memang betul orang Bagdad,tinggi tinggi tapi ada juga kemetut…ada sepupu saya dari Madinah datang ke Melaka..laa dia cuma tinggi 5 kaki 6 inci jer…tinggi lagi anak saya, yang nombor 2 tu…arab original tu….Saya ni dah Arab kacuk,kacuk Bugis laa,kacuk Pasai laa dan kacuk Campa.Dah nama pun itik kacuk….heeee…tapi kehansomenya,masih ada, kalau tak hansome…manis nya ada !!!!.
    Memang Paduka,nama Paduka ialah “kasut”, nak sedap sikit pakai bahasa arab,khaus…tapi makna nya kasut juga….laila wati tu…adoh adoh…..
    Pendekar !!!…hero Tamil,tu walaupun suram…hidung nya bolih sangkut beret….jangan pandang sebelah mata,kena pandang 2 belah mata…baru lah sangkut habis…..kahhhh…kahhh…kahhhh…

  161. salam,

    pernah dengar kaum hin? kaum yang pernah mendudki bumi sebelum kaum jin..setakat nie belum ada kaedah perubatan alternatif dapat scan dia orang..dia orang bukan jin..tapi hin..rupa paras manusia..berbulu dan bersayap..umur panjang..setakat nie yang didedahkan 4 juta tahun..

    • Salam Sejahtera saudara Ajas yang dirahmati Allah..

      Sejarah manusia pun bawah 15,000 tahun ajer yang dapat di singkap oleh sainstis..dalam Al-Quran tiada menyebut Hinn..tapi Jinn dan An-Nas..Kenapa pada zaman Triassic atau Jurassic tiada perkembangan bab Manusia.??..kalau lepas 4 juta tahun..berkemungkinan yang dikatakan oleh Charles Darwin bahawa evolusi manusia dari kera yang dikaitkan..ada juga Makhluk Mitos berupa Gargan,..bukankah ada zaman yang dikatakan The Black Edge??Pada zaman tersebut banyak perlakuan Syirik berlaku seperti Sihir..disinilah timbulnya para sihir.. Pada Zaman Nabi Musa AS, malah pada zaman Nabi Sulaiman AS..kalau nak diikutkan berapa lamakah pula waktu diantara Zaman Rasullullah dan Zaman Nabi Sulaiman dan Nabi Musa???…sedangkan zaman kita la ni pun berbaza hanya 1,500 tahun dengan zaman Nabi Agung kita Muhammad Rasullullah..wallahu…

  162. Walaikummusalam !!!.Makhluk ” al Hin” ada tercatit dalam Al Quran.Di Barat dia nya di kenali dengan nama “Poppy”.Dan dalam buku karangan Ustaz Amaludin Darus (al marhum),beliau menulis dengan nama “Man”. Beliau menulis dalam buku nya yang bertajuk..”Pintu langit telah di buka “!!!.Semasa saya menuntut dan belajar di Johor dahulu,Ustaz saya memanggil dengan nama “Adam dahulu kala”.Mereka ini satu gulongan Manusia pertama di cipta olih Allah swt.Rupa nya seperti manusia,berbulu putih tetapi bersayap.
    Pada bulan Ramadan yang baru lepas,seorang guru saya berjumpa makhlok ini.Ustaz Syakirin berdailog dengan makhlok ini dan juga berjumpa dalam mimpi makhlok ini.Bila saya buka buku Variasari keluaran tahun 1996,ada di catat olih seorang saintis Sweden.Saintis ini berjumpa Fosil,makhlok ini dan memang bersayap.Seperti kata makhlok itu kepada Ustaz Syakirin…banyak rahsia Allah swt,kamu tidak tahu…..selepok kena Ustaz Syakirin…adoh hai…Guru ku ini, walau pun masih muda tapi sangat berpengalaman dalam Alam Mistik dan Perubatan, pun kena juga dengan makhlok yang berumur 4 juta 1300 tahun.
    Seperti yang di syarah kan olih seorang guru saya Ustaz Latif bin Embung di Johor Baru pada tahun 1984 dulu,makhlok Adam Dahulu kala ini bersayap dan bolih terbang laju tetapi di bawah kelajuan malaikat.Kelajuan malaikat ialah sama kelajuan cahaya….kerana mungkin,malaikat memiliki sayap yang besar dan banyak….contoh nya Ketua Malaikat,Jibril as memiliki sayap sebanyak 600 sayap…sahingga kan Nabi saw,terpegun melihat Jibril as…tapi kata Jibril As pada Rasulullah saw..Wahai Mohamad,aku ni masih kecil lagi jika di banding dengan Malaikat Pemikul Arasy Allah swt.Dan di beritakan,antara Malaikat Terkanan Allah swt,Malikat Israfil as,lah yang paling besar,kedua malaikat Izrail as ,ketiga ,malaikat Mikail dan baru lah keempat, Ketua Malaikat..Jibril as……Walau pun begitu,saya pernah cari dan jumpa kelajuan Jin adalah 70 batu sesaat,roh manusia 100 batu sesaat dan Al Hin ini saya belum dapat tahu lagi…..
    Jangan lah kita pelik dan kagum,jika di izin kan Allah swt,sangat banyak lagi rahsia Allah swt yang dapat kita tahu.

    • Saya pernah membaca artikel tulisan Almarhum Ustaz Amaludin Darus mengenai makhlok yang bernama “Man” ini tetapi tak tau lah pula kalau ada kaitan dengan saudara Waliqudus.Dan juga saya pernah terbaca satu artikel yang bertajuk “Adam bukanlah manusia pertama didunia”.Jadi apa yang di tanya oleh saudara Ajas itu memang satu yang menarik dan jawapan TS boleh di pertimbangkan.

    • Salam T.S..

      Mintak rujukkan dalam Surah yang mana???Terima Kasih..

  163. salam…
    rahsia perbendaharaan allah….
    akan diceritakan hanya pada kekasih pilihan nya….
    maka jadikanlah diri kita sebagai kekasih pilihan nya…

  164. Walaikummusalam Wali Kudus !!!!.Ayat Al Quran itu ialah :
    1. Surah Al Ankabuut…ayat 17..berbunyi “Perhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaan nya kemudian mengulangi nya(kembali).
    2. Surah Al An’am …ayat 6…berbunyi “Apakah mereka tidak perhati kan berapa banyak generasi yang telah kami musnahkan sebelum mereka,pada hal(generasi itu)kami teguhkan kedudukan mereka di mukabumi,iaitu keteguhan yang belum kami berikan kepada mu,dan kami curahkan keatas mereka hujan yang lebat dan kami jadikan sungai sungai yang mengalir ke bawah mereka,kemudian kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri,dan kami ciptakan sebelum mereka generasi yang lain”.

    Dalam ayat di atas jelas,Allah berfirman dan beritahu kita, sebelum Nabi Adam as, ada manusia yang telah Allah swt ciptakan.Kalau Allah swt tak beritahu kat kita,manalah kita nak tau,kalau setakat ilmu kita yang sedikit ini.Para saintis Barattidak dapat merujuk kepada Al Quran,tetapi seorang saintis USA,yang fasih berbahasa Arab memang mengakui,kejadian Jin,malaikat dan Adam dahulu kala (man) ini.Kita sangat berbangga orang orang seperti Ustaz Amaludin Bin Darus dan lain lain lagi,yang sentiasa mengkaji Al Quran serta menulis,mentafsir dan memberitahu kepada kita.Saya sendiri pada 26 tahun dahulu,bila ayat Al An’am ini di syarah kan kepada saya,saya kurang percaya tetapi bila saya baca banyak buku karangan saintis islam barulah saya percaya.Padahal 26 tahun dahulu,telah saya tahu dan pelajari nya. !!!!.Saya bersetuju sangat dengan saranan Karimon supaya banyak membaca dan belajar,mudah mudahan akan mendapat manafaat lagi untuk diri kita,ugama dam negara.

    • Salam Sejahtera T.S yang dirahmati Allah..

      Al-Ankabut Ayat 17:”Sesungguhnya yang kamu sembah selain Allah hanyalah berhala-berhala dan kamu membuat pembohongan. Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezeki kepadamu. Maka mintalah rezeki dari Allah dan Sembahlah Dia dan bersyukurlah kepadaNya, hanya kepadaNya kamu akan dikembalikan”.

      Menurut Ayat dari Surah An-nam:…Adakah maksud “generasi” itu adalah ciptaan sebelum Nabi Allah Adam atau pun seperti yang terjadi kepada generasi seperti Kaum Ad dan Generasi kaum Tsamud..Wallahu..Menarik juga tentang Makhluk-Makhluk yang diciptakan sebelum Nabi Allah Adam..

      ok..T.S..teruskan…

  165. Salam,

    hehehe seronok baca tulisan tok2 guru..semua..saya dapat perihal hin nie dari blog darul manzil..poppi sebahagian dari puak kaum hin..ada banyak lagi menurut mahkluk tersebut..mungkin tok2 guru boleh berbual dengan dia sendiri..panggil aje namanya..beri salam kot..Mizari..bukan islam tapi sembah ALLAH tuhan yang satu..

  166. Walaikummusalam Wali Kudus !!!.Saya sebenar nya,tersilap tekan button…sorry lah..Surah Al Ankabuut,juz 20 ayat…19.
    Menceritakan tentang Adam dahulu kala ini dan kejadian Jin serta malaikat,saya teringat lagi satu syarahan dari Ustaz Ismail Kamus.Beliau juga bersyarah tentang ada nya makhlok Al Hin ini.Sebenar nya “Al Hin” ini di beri gelaran olih Ulama Arab,orang Barat memanggil “Poppy”atau “alien”, Ulama kita/Melayu pula lebih memaggil “Adam dahulu kala” atau “manusia sebelum Adam as”.Dalam satu lagi ceramah Ustaz Ismail Khamus,beliau ada menceritakan ..Kenapa kah Bumi tidak mahu di ambil olih Jibril as,semasa nak di jadikan Tuboh Nabi Adam as.Bumi menangis dan meraung ,tak mahu…kenapa ya ???.Soalan ini tiada SIAPA yang jawap……Jawapan nya !!!.Bumi tau,jika dia di jadikan tuboh Nabi Adam as,dan jika buat maksiat….bumi akan di humban ke dalam api neraka.Bumi dah tau,kerana waktu itu,ada makhlok Adam dahulu kala/Al Hin..yang menderhaka,buat maksiat dan buat kerosakan di bumi dan di hancurkan olih Allah swt,melalui malaikat Allah,yang di ketuai olih Iblis/Azazil laknatullah.Sewaktu itu,Iblis adalah Ketua malaikat,sebelum beliau DERHAKA PADA ALLAH.Dan jawatan itu sehingga sekarang di ambil alih Malaikat Jibril as.Bumi tak mahu menjadi tuboh Adam as,kerana takut di humban ke neraka.Dan Malaikat Izrail lah yang berjaya mengambil Bumi/tanah,walaupun tanpa kerelaan Bumi.
    Para saintis Barat dapat mengali dalam bumi dan menemui Fosil, Al Hin ini.Dan di temui Al Hin..tanpam,berbulu putih dan bersayap.Jadi tidak menghairan kan kita jika film barat,menayang kan cerita fiksyen sains,yang seakan rupa bentuk Al Hin ini.Cuma mereka tidak mengaku dan percaya,mereka menyadur dari cerita sains dalam kitab suci kita.
    Didalam buku ” PERANG UFO DAN DAJAL”,juga di ceritakan serba sedikit kejadian Jin dan Malaikat.Di cerita kan UFO mencolik,merogol dan menbodohkan manusia di Brazil dan Barat.Dan jika di Nusantara ini apa beza nya dengan Makhlok Bunian,yang menyorokkan manusia,merogol dan memberi makan kotor kepada manusia yang di sorok atau di sembunyi kan.Peristiwa ini saya sendiri banyak mengalami nya…di sogok kan pada saya perempuan cantik,ajak kawin,harta bertimbun dan wang berjuta….tapi Al hamdulliah,dengan Pertolongan Allah swt, saya tidak terlior dan terjebak dalam perangkap mereka/Bunian.Sebab iyu saya selalu ingat kan pada sahabat semua,jangan kita tertarik pada wang,harta dan perempuan mereka.Kerana pada akhir nya kita dan anak cucu kita yang menerima padah nya.
    Sebab itu lah Ulama berkata..”Sebaik baik Jin,se jahat jahat manusia”.Perangai Jin/Bunian yang paling Terkenal ialah Kuat Menipu dan Kuat Pembohong…..Di gambar kan harta bertimbun,wang berjuta dan wanita cantik…tetapi sebenar nya …”kosong”.
    Jadi cari lah harta kekayaan,dari titik peloh kita sendiri…samada bekerja,berniaga,bertani atau menyapu sampah…asalkan halal dan di redai olih Allak swt.

    • Salam T.S yang aku sayangi dan Dirahmati Allah..

      Benar T.S..memang ada Makhlok yang dijadikan sebelum Nabi Allah adam..Bukankah ada ayat yang menyatakan (Saya tak check Lagi Surah Apa..Cuma ada teringatkan)Sewaktu Allahu’Subhanahuwataala mahu menjadikan Adam..Para Malaikat ada Bertanyakan Kepada Allah..Mengapa Allah mahu menjadikan Manusia sedangkan Makhluk-Makhluk sebelumnya(adam) hanya melakukan kerosakkan dan kebinasaan dimuka bumi..(ayat lebih kurang la..: merujuk kembali yang Makhluk itu bukanlah dari spesis Manusia..tetapi hanya disebut Makhluk…Bukankah Segala Ilmu itu telah di ajarkan Kepada Adam oleh Allah dan mampu menjawab tentang apa yang tidak dikenal oleh para Malaikat yang menanyanya..sedangkan Makhluk yang dijadikan sebelum adam telah dikurniakan dengan ilmu yang menjadikan makhluk tersebut melampaui batas..lalu dibinasakan oleh Allah terhadap mereka..dan Allah telah menjadikan adam itu semulia-mulia ciptaan sehinggakan Malaikat diperintahkan oleh Allah agar sujud kepadanya..yang kita ni pulak nak pi jumpa ngan Makhluk yang tak best dari kita nak wat aper???mintak jumpa ngan Ya Rasullullah kan lebih baik…wallahu..

  167. Bagi saya Ajas,lebih baik dan afdal,saya bersembang dan bercakap( berzikir dan berdoa) kepada Allah swt,Tuhan ku yang maha tunggal.Al Hin juga berperangai seperti Jin juga.Pada saya buang masa nak jumpa mereka,adalah lebih baik ,aku zikir juta juta kepada Allah swt,dan minta pada Allah swt,ilham kan darihal Perubatan dan cara rawatan pada pesakit saya…..cukup lah Guru saya yang bermimpi jumpa Al Hin itu…..

  168. Salam TS

    hehehe itu memang benar..saja ajer..nak dapatkan info lebih cikit..bab level TS nie tentu senang nak jumpa dia orang..maaf kalo tak senang dengan cadangan..lagipun saya rasakan dari pertuturan dia dengan pengasas Darul Manzil macam manusia mcm level2 tok2 tak leh scan dia orang..mcm cakap besar ajer..hehehe

  169. Walaaikummusalam Ajas !!!.Sebenar nya Ustaz Syakirin,bukan tak boleh nak scan makhlok ini pada asal nya,bolih !!!.Bagitu juga dengan saya..insyallah…tetapi kita ni manusia,ada alpa/lalai…untuk proses scan,memerlukan jiwa tenang,berseh dari hadas besar dan kecil dan wangi…Ini asas,tetapi kekadang kita ni tergesa gesa…lupa semua itu.Pernah terjadi pada saya,tanpa wuduk,bila saya scan,tubuh saya ringan dan terangkat keatas 2 kaki…terkejut aku,dan terus aku melompat,ambil wuduk !!!.Kelebihan berwuduk,apa makhlok pun tak bolih buat apa !!!.Selepas scan, jika kerasukan ada yang perlu berkasar dan ada yang perlu berlembut…ikut kaadaan Jin itu….dan ada yang perlu di pasong/di kurong.
    Jika kerasukan ada makhlok yang masuk dalam badan pesakit..makhlok itu ialah Jin dan Roh.Dan jika Al Hin ini merasuk dan masuk dalam tubuh malaikat…ianya adalah Jin atau camporan Jin.Contoh …hanya Jin yang bolih merasuk.Dan hanya Jin dan Malaikat sahaja bersayap……mana ada Manusia bersayap.Dan cara dia bercakap besar dengan Ustaz,sememang nya dia adalah camporan Jin,kerana kebanyakan Jin ,bila merasuk,cakap nya memang besar dan konon nak menakutkan kita….pegiii lah !!!.Bagi saya Makhlok ini mungkin dah di jumpai olih Pengamal Perubatan yang lain,cuma mungkin pengamal perubatan tidak perasan,semasa proses scan.Dan lagi mungkin tiada rekod yang di catitkan olih Perubatan Tradisional yang lain,Di Ridam memang di rekod kan,bagitu juga di Perubatan Islam 7 Puteri.Saya menulis nya untuk pengalaman saya dan anak cucu saya,jika mereka juga berminat menjadi Perawat Islam.Memang ada buku rekod pengalaman saya,yang telah saya tulis,bermuka surat 300 pages,kertas kajang….nanti lah jika ada masa saya nak buku kan,seperti buku Nasab saya.Memang dalam perubatan Tradisional,yang tak masuk akal kita pun,kita bolih berjumpa !!!.Bermacam specis Jin yang merasuk.ada jin toncet,jin ular,jin tak der kepak,jin botak,jin biru,jin hitam,jin beruk dan memacam lagi…anak jin,mak jin,datuk jin dan nenek jin…semua nya menjadi musoh bagi kita !!!!!.Ada cantik,ada hodoh,ada tua dan ada muda !!!.Kalau kita yang suka merasuk orang tu…adik beradek jin lah !!!!…heeee…heee…heeeee…..

  170. Salam,

    tahun 2006 – 2009 pernah saya ikut arwah abang angkat buat kerja2 mcm yang tok2 buat..saya ikut ajer!!!..tengok pa dia orang buat..nak tahu punye pasal..bab sebelum sy yg kena ubat..bila dia orang ajak join sy pun join..arwah dulu banyak guna asma allah..bak kata TS memang banyak rupa paras yang dijumpa dalam waktu pengobatan terhadap pesakit..kawasan rumah pesakit..cuma bila arwah dah tak ada..tu ler p cari mereka yang boleh bimbing..kena ada guru..dulu arwah lah guru..sekarang??? tu ler minta tok2 sekelian jadi guru..tapi da yg nak..hehehehe

  171. Walaikummusalam Ajas !!!.Untuk mencari guru kita kenalah ada pengorbanan…iaitu dari segi wang petrol,masa dan kesunggohan dan paling penting minat dan sabar.Saya sebenar nya berilmu sedikit jer,tapi jika anda mahu dan berminat,tiada masaalah…ilmu yang sedikit ini bolih di kembang kan.Saya berpegang kepada prinsip guru guru saya…ilmu itu kita yang cari,bukan ilmu itu mencari kita,kecuali jika ada nenek moyang bertaraf wali.Kesunggohan dalam mencari ilmu itulah yang memberi kita manafaat dan berkah.Saya memang ada anak murid 5 orang,tapi yang betul betul aktif, hanya lah seorang,itu pun pada bab yang ringan.Guru Guru saya tak lah jauh dari saya…dekat Bachok dan Kemaman…paling dekat di Port Dickson( dah meninggal dunia).
    Jika anda sanggup dan berminat,anda bolih jumpa saya di Melaka !!!,pada bila bila masa dan paling baik,semasa saya merawat pesakit …iaitu dari jam 2.00 hingga 12.00 tengah malam.Di masa ini anda bolih buat praktikal sekali…Ilmu Perubatan Islam bukan bolih setakat hafal di mulut sahaja tetapi yang penting sekali Praktikal nya dan cara mengubat.

  172. Salam,

    saya akan berjumpa dengan TS bila saya ada kesempatan klak..tak pun kita jumpa secara roh..hehehe..time nie saya di Sarawak.. TS..tapi saya yakin saya akan dapat berjumpa dengan TS..saya yakin..insya allah..

  173. penemuan kesan reaktor nuklear berusia lbk 2 juta tahun tu betul ker..
    banyak kat internet sekarang.
    diorang kate nabi adam tu adam yang ke seribu

  174. Walaalaikummusalam Ajas !!!.Tak kisah lah jika Allah swt izin kan,bila bila pun kita bolih bertemu.Di Serawak anda tinggal di mana,saya pernah tinggal di sana pada tahun 1988-1991,di Kuching…tempat di Serawak yang saya belum pergi banyak juga…saya cuma pergi di Kuching,Sri Aman,Sibu,Serekei dan Miri….Syok juga duduk Serawak,tapi di Semanjung lagi seronok…hari hari bila petang,tenguk kapal terbang naik,kerana rindu nak balik Semenanjung….kalau musim raya ni,kueh apa pun tak laku,,,kecuali cake kukus,minum pula air bergas….adoooh…lepas tu sakit perut !!!heee…heeee…di perli dek orang Serawak…kenak kau, orang semenanjung,sik minum aii gas….mana nak tahan nya,,kejap coke lah,kejap sarsi lah,kejap oren lah dan kejap marinda lah….perut pun,bruuut…nak berak lah tu !!!!….saya 3 tahun beraya di Serawak, dan budaya beraya di Serawak sangat berbeza dengan Semenanjung…itu lah dia,lain padang lain belalang…makanan pun banyak yang berbeza…tapi paling saya syok makan,mee kolok Satuk,nak cari kat Senanjung,mana nak dapat !!!!.

  175. Laaa..ambil colok,nak buat mee buat apa ???.ambil colok,bakar bolih lah panggil Jin Toncet…bagi harta..kalau tak dapat harta,dapat juga…dapat permata manik…heee…heeee…Jin Toncet ini rupa nya pendek pendek jerr,jadi kalau yang tinggi nya pendek pendek…adek beradek,jin toncet lahh….tak percaya tanya Wak Karimon.Dengar khabar beliau ni memang nak cari Jin Toncet…dan dah memang pun beliau ni,baik sangat dengan Jin Toncet,,kerana banyak seluar Jeans yang dia pakai….kesian jin toncet,dah tak der seluar…nak pakai…habis Wak Karimon sapuuuu berseh..Kah…kahhh..kahhh….sebab itu lah Dr Hisyam tak bawa,batu permata Tabasheer nya pada Hari Terbuka rumah nya…..takutttt kenaaaa sapuuuuuu……jangan marah Dr Hisyam,jika ada kelapangan,insyallah…lepas Depavalee,bulan November…saya akan ke Perlis atau Gunong Jerai !!!!!.

  176. Bab Nabi Adam as yang ke 1000,saya tak tau…mungkin betul atau mungkin tidak !!!.Jika rektor Nukliar ini juga,mengikut kajian saintis Islam dan Barat…ada kemungkinan ada !!!.Kit tenguk contuh !!.Pada zaman Nabi Sulaiman as,Jin yang paling bijak dan canggih ialah Jin Ifrit….bolih mengangkat Singahsana Puteri Balqis,sangat cepat ( antara bangun dan duduk) tetapi kalah dengan Asif Bashirah,yang bolih membawa singahsana Puteri Balqis…sekelip mata…Persoalan nya…dimana kah anak cucu dan keturunan Jin Ifrit ini,jika kita kaji…jin berumur sangat panjang….saya pernah berjumpa dan bercakap dengan Jin Ifrit yang berumur 2000 tahun,paling tua yang saya jumpa…..yang lagi tua,saya belum jumpa !!!.Jika 2000 tahun,iaitu zaman Nabi Isa as… dan memang pun Ifrit itu berugama Nasrani.Pernah seorang Ulama jumpa…cucu Iblis !!!!.Jadi jika pada zaman Nabi Sulaiman mereka sudah ada teknologi canggih dan ilmu canggih….saya tidak fikir,zaman sekarang….mereka ketinggalan dalam teknologi canggih.,,Saya baru habis baca buku tentang hal UFO…dalam kajian saintis barat,UFO di temui banyak di tempat dimana,ada banyak gempa bumi…bukan gunong berapi…dan sebelum gempa bumi,di temui UFO.Kajian saintis,mengatakan tempat dimana banyak gempa bumi,kaadaan struktur tanah nya tidak setabil…longgar…dan tempat inilah…paling kuat daya tarikan graviti.Jadi sebelum terjadi gempa bumi…UFO menyedut,kuasa tarikan graviti untuk kapal angkasa mereka…setelah habis graviti di sedut,mereka terbang..dan lepas itu terjadi gempa bumi yang kuat !!!.Memang banyak kajian,berlaku bagitu…..Di Malaysia..UFO..yang di temui bersaiz kecil,orang nya setakat 3 kaki sahaja,dan jarang di temui…kajian saintis,mengatakan Bumi Malaysia..kaadaan struktur tanah nya sangat setabil,kuasa tarikan graviti kurang kuat…jadi yang menyedut tarikan graviti pun,dari yang berkapasiti UFO,kecil….Dan pada saya,memang mereka ada teknoloji Neukliar…dan mungkin dah sangat maju dari kita !!!!.

  177. Salam,

    mistisfiles.blogspot.com adalah antara blog yang menarik untuk tok2 baca..banyak perkara yang dah mereka kaji..dari segi penerangan bab2 cukup menarik..bagi saya ianya pembacaan ilmiah yang cukup padat..hanya terpulang kepada kita untuk mengkaji kesahihannya..

    Pasal Sarawak yang TS tanya..saya di kuching area matang..dekat dengan gunung Serapi..memang keadaan beraya kat Sarawak berlainan..kek lapis jadi hidangan..air gas dah mula kurang sekarang..tapi tetap air dalam tin dan botol..mariahnya lain dari semenanjung..bak kata saya lain tempat lain adatnya..dan lain pula resamnya..

  178. Salam

    maaf tok2 sekelian..ada lagi pertanyaan yang nak saya tanya..ada tak tok2 sekelian simpan atau amal yasin 40, yasin 70 , yasin 100 dan yasin 1000?

    kalo ada boleh disharekan ker? atau nak kena ada ijazah dulu baru leh amal..kalo tak perlu ijzah leh tak buat fotostat or simpan dalam blog nie untuk rakan2 blog amalkan..

    penting sebagai amalan seumur idup..bagi sesiapa yang nak..bertambah pahala tok2 sekelian..

    TQ

    • Salam bab ni saya serahkan kepada Tok Sheikh sebab saudara nyatakan Tok2 maka ada seorang Tok saja diblog ini.Maka Tok itu kena jawap.

      • اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
        Salam sejahtera saudara2, pakcik2 yang dirahmati ALLAH sekalian,

        saya stuju bebeno tu tok2, pakcik2…izinkan saya bertanya dan ingin tahu jugak berkenaan amalan yasin 40, yasin 70, yasin 100 dan yasin 1000 tu apakah khasiatnya…heehhehee…terima kasih…

  179. Walaikummusalam Ajas !!!!.Jika kita mengamal kan sesatu ayat Al Quran atau Serapah yang bertujuan untuk perubatan…mesti ada ijazah,kerana ilmu itu kita tahu diambil dari siapa !!!.Jika membaca ayat Al Quran untuk bacaan biasa..tidak perlu ijazah.Untuk perubatan,adalah berbeza sedikit dengan amalan biasa/harian dari segi pengamalan nya.

    • Salam,

      perihal budak yang kena ganggu dek jin kat trengganu nie..nak tanya warga bijakpandai dalam blok nie..sebab dari scan tahap rendah dan tak bertaraf dari member2 gua..ini kerja golongan dewa-dewa..jin lah tu..cuma high class..Betul ke?

  180. bujang si gandam

    Salam T.S

    Bolehkah Tok syeikh jelas kepada hamba yang daif ini mengenai khadam ayat yang selalu diamalkan oleh perawat adakah ianya salah disegi ugama atau tidak atau boleh diamalkan.Penjelasan dan penerangan dari Tok Syeikh diucapkan ribuan terima kaseh Wassalam.

  181. Waalaikum musalam Bujang !!!.Bab ini kena berguru…dia nya banyak cerita dan cabang….silap silap sesat jalan !!!!.

    • Assalamualaikum TS TS Ts,hang kena virus ke komputer hang kena virus? wak karimon kata hang dok gi merisik2 untuk diri hang betul ke

  182. apa citer dengan perubatan yang ada kat trengganu?..mana mereka yang bijak pandai ni..bukan pa..nie deal dengan ilmu dewa kena ler ikut level kot..baru dapat atuq..bak kata saya..jgn ler tak terima pandangan ahli perubatan berasaskan tariqat..kena buka minda sikit..ada yang tak terima kaedah tariqat..itu ajer..saya nie free fall..cuma bab bomoh hitam ajer saya tak sentuh..

    • Ala ajas yang bijak pandai tu semuanya bijak pandai bercakap aja,bila tanya napa tak tolong mungkin depa jawap nak low profile tak mau menunjuk2

  183. Waalaikummusalam Ajas !!!.
    Antara penipuan dari Jin ialah dia akan memberi harta,berupa permata dan wang.Dan dalam masa yang sama,dia akan minta imbalan nya.Sebab itu saya selalu ingat kan jangan kita tergoda dengan hadiah dari mereka.Kalau kita kenal siapa yang memberi,ok lah…kalau tak kenal…sangat buruk akibat nya !!!.Memang ada harta permata dari Alam Ghaib yang kita dapat sebagai hadiah…tapi pasti kan ianya datang dari siapa !!!!.Sebelum budak tu hilang lagi…saya dah bincang dengan Mak Syeikh….dan pendapat Mak Syeikh sangat tepat,iaitu budak itu akan hilang lagi !!!.Kali ini memang sangat sukar tapi maseh ada harapan,jika harta yang di berikan di pulangkan balik !!!!.

    • Tadi di TV3 – rancangan Ilmu Alam Ghaib ada memaparkan kisah adik balqis….dah diusahakan dgn perubatan Islam….dalam segment tu ader keluar satu bungkusan hitam…dalamnya ader botol 20Ml macam botol minyak wangi tepi jalan bertutup aluminium…dalamnya ader beras…garam dan lada hitam…brg dari Jin yang menganggu…tapi nengok macam botol alam nie jer…buatan org ker apa…? Dalam Metro paper cakap sampai skg…adik balqis hilang lagi….paling lama hilang…kesian betul…

  184. Asalamualaikum

    Disini saya lampirkan berita mengenai Balqis yang dikutip daripada dada akhbar. Mungkin berita mengenai Balqis ini boleh menambah pengetahuan kita mengenai alam mistik dan misteri. Bagaimana pun Tuan Rahim bolehlah melupuskan komentar ini jika himpunan berita ini terlalu panjang atau tidak sesuai dimuatkan diweblog ini.

    Ghaib kala senja

    BESUT: Kejadiannya memang aneh dan mungkin ada menganggapnya tidak logik, namun hakikatnya ia benar-benar berlaku sehingga menggemparkan penduduk setempat dan turut menarik perhatian pemimpin masyarakat.

    TAK SEDAR…Siti Balqis ditemani ibunya menceritakan kejadian pelik dialaminya.

    Sejak kira-kira dua bulan lalu, seorang gadis berusia 22 tahun, Siti Balqis Mohd Nor dari Kampung Gong Nangka, Apal di sini, ghaib secara misteri hampir setiap kali tiba waktu senja atau pada tengah malam sebelum dia ditemui semula di lokasi yang sukar dijelaskan kehadirannya.

    Antara lokasi itu di tanah perkuburan, di atas pokok, di atas siling dalam rumahnya dan dalam kejadian terbaru kelmarin, Siti Balqis ditemui dalam mesin pembancuh simen berhampiran rumahnya.

    Biarpun dikawal rapi keluarganya, gadis itu tetap ghaib apabila individu yang mengawalnya leka atau terlepas pandang beberapa detik saja.

    Kejadian misteri itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali yang meminta penduduk mengawal sekitar rumah keluarga Siti Balqis setiap malam, namun usaha itu tetap gagal.

    Ramlan berkata, dia simpati dengan keluarga terbabit kerana sudah banyak mengeluarkan wang untuk khidmat bomoh.

    “Saya sendiri sudah membantu mencari bomoh, tapi keadaannya tetap serupa apabila gadis terbabit tiba-tiba ghaib terutama pada waktu senja dan tengah malam,” katanya.

    Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, pelbagai usaha dilakukan keluarganya dan jiran untuk menghalang anak sulung daripada empat beradik itu ghaib, tetapi apabila tiba waktunya dia tetap hilang.

    “Kejadian menimpa anak saya memang aneh. Sejak dua bulan lalu hampir setiap malam dia ghaib dari rumah menyebabkan kami sekeluarga terpaksa berjaga malam,” katanya.

    Norizan berkata, apabila ditemui semula, Siti Balqis kebiasaannya berada di lokasi tidak jauh dari rumahnya seperti di atas siling rumah, atas pokok manggis dan terbaru dalam mesin pembancuh simen.

    “Pernah sekali dia temui semula di tanah perkuburan Islam kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya sambil memaklumkan keluarganya sudah mendapatkan khidmat bomoh dari Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk mengatasi masalah itu, tetapi masih gagal.

    Siti Balqis ketika ditanya mengenai kejadian aneh dialaminya berkata, dia sendiri sukar memberi penjelasan dan tidak tahu apa sebenarnya berlaku ke atasnya.

    “Setiap kali kejadian berlaku saya tidak sedarkan diri. Apabila sedar, saya dapati diri saya berada di tempat lain, sama ada di atas pokok atau kawasan perkuburan.

    “Saya dapat melihat orang mencari saya, tapi saya tak berupaya memanggil mereka. Ketika saya berada di kubur dalam kejadian Ramadan lalu, saya mendengar pelbagai bunyi termasuk suara orang mengaji al-Quran dan menangis,” katanya.

    Harian Metro

    5 Oktober 2010

    Gadis ‘ghaib’ SMS dari kubur

    JERTIH: “Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini.” Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.

    Siti Balqis, 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.

    “Namun saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu. Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui semalam.

    Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran.

    Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya.

    “Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ,” katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan.

    Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.

    Kisah Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang sukarela membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat beradik itu dikatakn ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam mesin pembancuh simen dan atas kubur.

    Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya.

    Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya.

    Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.

    Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan tahajud.

    Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat secara positif dari sudut agama.

    Muhammad Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan diganggu syaitan.

    Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula berkata apa yang dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.

    Katanyam keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus.

    “Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah orang Islam,” katanya.

    Berita Harian

    6 Oktober 2010

    ‘Cari pakar bantu Siti Balqis’

    Terengganu prihatin gangguan misteri gadis

    KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri bersedia memberi bantuan termasuk menyediakan beberapa pakar perubatan Islam untuk merawat gangguan misteri dialami, Siti Balqis Mohd Nor, 22, dari Kampung Gong Nangka, Apal, Besut.

    Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, berkata keluarga gadis yang mengalami gangguan sejak dua bulan lalu perlu membuat permohonan secara rasmi.

    “Kita bersimpati dengan masalah dihadapi Siti Balqis dan kita mempunyai beberapa orang pengamal perubatan Islam, termasuk pegawai Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) yang dapat membantu.

    “Kita hanya mengetahui gangguan misteri dihadapi Siti Balqis menerusi pendedahan yang dibuat akhbar kumpulan The New Straits Times Press Berhad (NSTP) dan kita akan meminta kerjasama Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali, mengemukakan laporan lengkap,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan ke pejabat NSTP Terengganu di Jalan Pejabat di sini, kelmarin.

    Khazan yang juga ADUN Batu Rakit meluangkan masa kira-kira satu jam melawat pejabat NSTP dan mendengar penerangan mengenai pejabat baru NSTP.

    Hadir sama ialah Pengurus NSTP Cawangan, Mohd Karimi Ariffin; Ketua Biro Berita Harian Terengganu, Abdul Halim Yusof; Ketua Biro Harian Metro Wilayah Timur, Suffian Thauri Muhammed; Ketua Biro NST, Ridzwan Abdullah.

    Khazan berkata, orang ramai di eru jangan mudah percaya dengan perkara keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosak dan menyesatkan akidah.

    “Seperti yang terkandung dalam al-Quran, setiap penyakit ada penawar untuk sembuh dan kita minta ahli keluarga Siti Balqis menunaikan solat hajat, berdoa serta membaca surat Yassin,” katanya.

    Berita Harian Edisi Timur

    8 Oktober 2010

    Bomoh lemah bertentang mata

    JERTIH: Hasrat seorang bomoh mengubati gadis misteri, Siti Balqis Mohd Nor, 22, tidak kesampaian apabila lelaki itu tiba-tiba menjadi lemah selepas bertentang mata dengan gadis berkenaan ketika hendak memulakan upacara mengubat, malam kelmarin.

    Kedatangan lelaki berusia lingkungan 40-an yang mendakwa dirinya bomoh ke rumah keluarga Siti Balqis di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, adalah tanpa diundang dan memberitahu mahu mengubati penyakit misteri gadis terbabit yang kerap ghaib sejak dua bulan lalu.

    Ibu Siti, Norizan Said, 47, berkata bomoh itu bersama isteri tiba di rumahnya kira-kira jam 7 malam.

    Bagaimanapun, ketika hendak memulakan upacara pada jam 7.15 malam, bomoh berkenaan kelihatan lemah dan seluruh tubuhnya menggigil menyebabkan dia tidak dapat meneruskan niat mengubati Siti Balqis.

    Norizan berkata, bomoh itu memberitahunya dia tidak dapat bertentang mata dengan Siti Balqis kerana keadaan matanya kelihatan tajam dan menakutkan.

    Berikutan kegagalan itu, kata Norizan, bomoh berkenaan meminta izin meninggalkan rumahnya kerana tidak berupaya melawan jin yang didakwa mengawal ketat pergerakan Siti Balqis.

    “Saya dimaklumkan oleh bomoh itu bahawa dia bersama isterinya datang dengan motosikal dari Kampung Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan, bertujuan membantu mengubati Siti Balqis,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

    Menurutnya, bomoh itu datang mengubati anaknya secara sukarela selepas membaca laporan media yang menyiarkan kisah gadis berkenaan sejak Isnin lalu.

    Norizan berkata, selepas kecewa dengan kegagalan usahanya, bomoh itu dan isteri pulang selepas hampir sejam berada di rumahnya. Dia juga memberi sedikit wang sebagai ganjaran dan simpati terhadap bomoh berkenaan yang datang dari jauh dengan motosikal tetapi lelaki itu menolaknya dengan baik.

    Beliau berkata, selepas kepulangan lelaki itu, dua lagi bomoh dari Setiu datang ke rumah untuk menawarkan khidmat secara percuma tetapi tiada apa-apa yang berlaku terhadap bomoh terbabit.

    Malah, katanya, keadaan Siti Balqis selepas itu kelihatan normal dan tidak ghaib kecuali tidak dapat tidur sehingga pagi semalam.

    Norizan berkata, sejak kisah anak gadisnya disiarkan di akhbar, ramai bomoh tampil memberikan khidmat secara percuma dan dia sekeluarga berterima kasih atas bantuan itu.

    Harian Metro

    9 Oktober 2010

    Gadis ‘ghaib’ rakam gambar jin

    Penduduk serbu rumah gadis ghaib rakam gambar jin

    JERTIH: Rumah gadis yang mengalami gangguan misteri yang menyebabkannya sering ghaib di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, diserbu ratusan penduduk selepas dua lelaki datang menawarkan diri merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan makhluk halus malam kelmarin.

    Dalam kaedah rawatan tradisional jam 7.30 malam itu, dua lelaki menggunakan kaedah masing-masing bagi merawat Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang ghaib ‘dilarikan’ makhluk ketika senja dan dinihari, sejak dua bulan lalu.

    Dua lelaki itu yang menawarkan khidmat percuma selepas membaca kisah itu di akhbar sejak Selasa lalu, berpecah dua ketika sesi rawatan dengan seorang daripadanya berada di dalam rumah mengerjakan solat dan seorang lagi di luar rumah menggunakan jampi.

    Kira-kira 15 minit selepas rawatan, seorang lelaki yang berada di luar rumah mendakwa melihat satu lembaga yang didakwanya dapat ditangkap.

    Dia mendakwa dapat menangkap sembilan jin atau makhluk halus yang menyebabkan beratus-ratus penduduk menyerbu rumah gadis itu.

    Selepas menangkap sembilan makhluk itu, bomoh itu memasukkannya ke dalam bekas khas bertutup bagi mengelak makhluk berkenaan terlepas.

    Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.

    Usaha Berita Minggu mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap, dihanyutkan ke laut.

    Siti Balqis pula mengakui kini berasa lebih tenteram kerana dalam tempoh 48 jam lalu, beliau sudah tidak lagi ghaib.

    “Saya harap usaha murni semua pihak yang menghulurkan bantuan akan membuahkan hasil dan membolehkan saya kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

    Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali.

    Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, sejak kisah anaknya disiarkan, 17 bomoh menawarkan diri merawat Siti Balqis secara percuma tetapi kejadian malam tadi adalah kemuncaknya apabila bomoh berkenaan dapat menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

    Katanya, sejak kisah anaknya disiarkan media, keluarganya juga berasa lega kerana tidak perlu lagi menanggung perbelanjaan besar untuk mengupah bomoh sama ada berasaskan rawatan Islam atau kaedah tradisional kerana semuanya kini menawarkan khidmat merawat anaknya secara percuma.

    Berita Minggu

    10 Oktober 2010

    Tiga bomoh tangkap 12 lagi jin

    Siti Balqis ghaib 30 minit sebelum pasukan perubatan Islam (YIT) tiba di rumah

    JERTIH: Usaha tiga pengamal perubatan Islam daripada Yayasan Islam Terengganu (YIT) merawat gadis ghaib, Siti Balqis Mohd Nor, 22, malam kelmarin, dikatakan berjaya menangkap 12 lagi jin yang mengganggu gadis berkenaan, selepas dua bomoh yang enggan dikenali sebelum ini mendakwa berjaya menangkap sembilan jin.

    Pada awalnya, usaha pasukan perubatan berkenaan dianggotai Pengelola Khidmat Masyarakat YIT, Hassan Yusof, penolongnya, Fauzi Malik dan Pengurus Khidmat Masyarakat, Wan Adi Rahman Wan Abd Rahman untuk merawat Siti Balqis seperti tidak kesampaian berikutan gadis itu didapati ghaib kira-kira setengah jam sebelum ketibaan pasukan perubatan itu ke rumah keluarganya di Kampung Gong Nangka, di sini, kira-kira jam 8 malam.

    Ibu gadis berkenaan, Norizan Said, 47, berkata Siti Balqis tiba-tiba ghaib kira-kira jam 7.30 malam ketika mereka berkumpul menunggu ketibaan pasukan perubatan itu di rumah dan usaha mencarinya dilakukan di atas bumbung, dalam siling rumah, almari, rumah kosong, di bawah rumah dan di pokok manggis, tetapi gagal.

    Berikutan itu, katanya, orang ramai termasuk pasukan perubatan berkenaan membaca surah Yasin beramai-ramai, sebelum Norizan menerima SMS daripada Siti Balqis jam 11.30 malam berbunyi “tolong dah jauh ni” dan SMS kedua pada jam 12 tengah malam menyatakan “Umi cepat datang, kita dok (duduk) Bukit keluang,”.

    Selesai membaca surah Yasin, pasukan perubatan diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali bergegas ke Bukit Keluang, kira-kira 15 kilometer dari rumah mangsa, tetapi gagal menemuinya di kawasan pelancongan terkenal itu.

    Sebaliknya, Ramlan berkata, mereka terserempak dengan sembilan orang termasuk dua wanita yang kelihatan seperti sedang bertapa dalam gua berkenaan.

    Katanya, ketika gerakan mencari Siti Balqis dijalankan, beliau dimaklumkan gadis itu ada di atas pokok rambutan di belakang rumah keluarganya kira-kira jam 1.30 pagi dan pasukan perubatan yang dihantar khas oleh kerajaan negeri itu kembali semula ke rumah untuk menjalankan proses rawatan mengikut kaedah Islam.

    Pasukan perubatan itu memulakan usaha rawatan dan mendakwa berjaya mengeluarkan 12 jin yang kemudian dimasukkan ke dalam botol. Siti Balqis hanya sedarkan diri kira-kira jam 5 pagi tadi selepas menerima rawatan berkenaan.

    Berita Harian

    12 Oktober 2010

    Kisah Balqis ‘ghaib’ tarik tumpuan ramai

    BESUT 11 Okt. – Siti Balqis Mohd. Nor , 22, gadis misteri di Kampung Gong Nangka di sini yang kisah mengenai dirinya sering ghaib dan berada dalam situasi seumpama sebuah filem seram, dikatakan hilang lagi malam kelmarin.

    Dia diturunkan dari atas pokok dalam keadaan lesu dan bagi gadis itu dia ingin mengakhiri apa yang dilalui yang mungkin mencecah 100 kali dalam tempoh kira-kira dua bulan.

    “Mungkin sudah hampir 100 kali, saya tidak tahu siapa mengambil saya dan selalu tidak tahu di mana saya berada sebenarnya.

    “Tetapi dalam masa saya dikatakan hilang itu saya pernah terlihat makhluk semacam gorila berbadan besar.

    “Dia tidak menjawab salam saya ketika saya berada dalam keadaan sedar ketika itu,” ujarnya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

    Menurut Siti Balqis, rentetan awal kehilangannya walaupun berada di tengah-tengah keluarga bermula apabila kakinya berdarah dengan banyaknya tanpa sebab dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

    “Beberapa hari selepas itu, saya melalui pengalaman tiba-tiba ditarik dari lantai rumah ke bawah dan kemudian ditemui di sekitar kawasan pokok pisang,” ujarnya.

    Kehidupan yang dilalui Siti Balqis menjadikan rumahnya tumpuan orang ramai setiap malam untuk bersama membantu mengawasi di samping melihat usaha-usaha yang dijalankan oleh bomoh dan pengamal perubatan Islam bagi menghindari fenomena itu.

    Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat turut menziarah bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi, Ramlan Ali dan Pengarah Yayasan Islam, Md. Kamaru Al-Amin Ismail kelmarin.

    Menurut Ramlan, bersama mereka adalah tiga orang ustaz untuk membantu mengatasi gangguan yang dipercayai dilakukan oleh makhluk halus itu.

    “Sebelum maghrib semalam, saya berada di rumahnya. Ada menerima mesej melalui khidmat pesanan ringkas kononnya dia ada di Bukit Keluarga.

    “Kita pergi beramai-ramai mencarinya sehingga pukul 3 pagi, ada orang jumpa dia berada di atas pokok rambutan berhampiran rumah,” ujarnya.

    Katanya, memang sukar untuk dipercayai apa yang dilalui oleh gadis ini sejak dua bulan lalu namun setiap kali dia ditemui, fizikalnya begitu keletihan, amat tidak bermaya dan menyedihkan.

    Gadis itu dilaporkan lenyap sekelip mata walaupun berada di tengah-tengah keluarga, dikatakan dikendong oleh ‘lembaga besar berwajah binatang’ ke pelbagai lokasi termasuk di tanah-tanah perkuburan.

    Ramlan turut menceritakan apa yang disaksikan sendiri ketika bersama ramai orang di rumah berkenaan tiga hari lalu.

    “Dia (Siti Balqis) masuk ke bilik air di ruang tamu dan semua orang memerhati pergerakannya. Dia keluar seketika dan masuk semula dan terus hilang.

    “Bilik air itu tidak mempunyai laluan lain untuk menyelinap keluar selain pintu depan. Kita cari dia di sekitar rumah dan dua jam kemudian, dia ditemui di tepi dapur,” ujarnya.

    Dalam pada itu, ibu gadis berkenaan, Norizan Said, 47, memberitahu, sejak kisah anaknya disiarkan seramai 17 bomoh datang menawarkan diri untuk merawat anaknya secara percuma.

    Malam kelmarin adalah kemuncak apabila dua bomoh tempatan dikatakan berjaya menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

    Bagaimanapun dua bomoh itu mengelak daripada ditemu bual dan sekadar memberitahu sembilan jin dan makhluk halus yang ditangkap itu akan dihanyutkan ke laut.

    Utusan Malaysia

    12 Oktober 2010

    Siti Balqis Ghaib Dibawa Lembaga Berbulu Tebal Berwajah Anjing

    Selepas gagal ‘mengghaibkan’ Siti Balqis Mohd Nor, 22, jin yang dikatakan mengawal gadis terbabit kini beralih mengganggu ketenteraman keluarganya di rumah mereka di Kampung Gong Nangka, dekat sini.

    Senja kelmarin, seberkas kunci rumah yang disimpan dalam beg tangan ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, dikatakan hilang sebelum ditemui diikat dalam kain berwarna merah di atas meja kecil di rumah itu kira-kira sejam kemudian.

    Siti Balqis menggemparkan negara apabila sejak dua bulan lalu, dia dikatakan sudah ghaib lebih 100 kali dibawa lembaga besar berbulu tebal dan berwajah anjing ke pelbagai tempat termasuk yang pelik seperti dalam mesin pembancuh simen, kubur, atas siling rumah, atas pokok dan rumah tinggal.

    Sejak dirawat tiga pengamal perubatan Islam dari Yayasan Islam Terengganu (YIT), Siti Balqis sudah menunjukkan pemulihan dan tidak lagi ghaib sejak Sabtu lalu.

    Beliau berkata, rumahnya kini terpaksa sentiasa ditutup kerana tidak mahu ada orang datang mengganggu keluarganya, terutama bomoh yang menawarkan khidmat merawat anak gadisnya itu.

    “Tindakan ini adalah atas permintaan pegawai agama YIT yang meminta kami supaya tidak lagi membenarkan pihak lain mengadakan upacara merawat untuk tempoh tertentu kerana mahu memastikan proses rawatan bersandarkan syariat Islam itu dapat dilaksanakan secara berkesan tanpa gangguan dan campur tangan elemen lain,” katanya.

    Ratusan pengunjung masih menunggu di sekitar rumah keluarga itu untuk mengetahui perkembangan terkini gadis ghaib itu.

    Bagaimanapun, orang ramai yang berkumpul berhampiran rumah itu akur dengan nasihat polis yang turut berada di kawasan itu dan meninggalkan rumah terbabit.

    Berita Harian

    13 Oktober 2010

    Keluarga Siti Balqis pula diganggu jin

    Seberkas kunci dalam beg dikatakan hilang ditemui berbalut kain merah di atas meja

    JERTIH: Selepas gagal ‘mengghaibkan’ Siti Balqis Mohd Nor, 22, jin yang dikatakan mengawal gadis terbabit kini beralih mengganggu ketenteraman keluarganya di rumah mereka di Kampung Gong Nangka, dekat sini.

    Senja kelmarin, seberkas kunci rumah yang disimpan dalam beg tangan ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, dikatakan hilang sebelum ditemui diikat dalam kain berwarna merah di atas meja kecil di rumah itu kira-kira sejam kemudian.

    “Saya memang tahu anak kunci berkenaan tidak berbalut tetapi terkejut apabila dijumpai dalam keadaan berbungkus dengan kain merah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

    Dalam gangguan kedua pada jam 12 malam, secara tiba-tiba seketul besi jatuh ke belakang Siti Balqis ketika gadis itu bersama ahli keluarga.

    Norizan berkata, sejak dirawat tiga pengamal perubatan Islam dari Yayasan Islam Terengganu (YIT), Siti Balqis sudah menunjukkan pemulihan dan tidak lagi ghaib sejak Sabtu lalu.

    Beliau berkata, rumahnya kini terpaksa sentiasa ditutup kerana tidak mahu ada orang datang mengganggu keluarganya, terutama bomoh yang menawarkan khidmat merawat anak gadisnya itu.

    “Tindakan ini adalah atas permintaan pegawai agama YIT yang meminta kami supaya tidak lagi membenarkan pihak lain mengadakan upacara merawat untuk tempoh tertentu kerana mahu memastikan proses rawatan bersandarkan syariat Islam itu dapat dilaksanakan secara berkesan tanpa gangguan dan campur tangan elemen lain,” katanya.

    Tinjauan Berita Harian ke kediaman keluarga itu malam kelmarin mendapati ratusan pengunjung masih menunggu di sekitar rumah keluarga itu untuk mengetahui perkembangan terkini gadis ghaib itu.

    Bagaimanapun, orang ramai yang berkumpul berhampiran rumah itu akur dengan nasihat polis yang turut berada di kawasan itu dan meninggalkan rumah terbabit.

    Siti Balqis menggemparkan negara apabila sejak dua bulan lalu, dia dikatakan sudah ghaib lebih 100 kali dibawa lembaga besar berbulu tebal dan berwajah anjing ke pelbagai tempat termasuk yang pelik seperti dalam mesin pembancuh simen, kubur, atas siling rumah, atas pokok dan rumah tinggal.

    Berita Harian

    14 Oktober 2010

    Siti Balqis – Gadis Misteri – terima 7 batu permata dari langit

    JERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata dipercayai delima, nilam dan zamrud tiba-tiba jatuh dari siling rumahnya, semalam.

    BUKTI…Norizan menunjukkan batu permata yang jatuh di rumahnya, semalam.

    Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika Siti Balqis dan ahli keluarganya berada di ruang tamu dan mereka terdengar bunyi benda jatuh dalam biliknya.

    Selepas membuat pemeriksaan, mereka menemui sebiji batu delima di atas katil.

    Manakala batu kedua pula jatuh jam 2.45 petang di ruang tamu, diikuti batu ketiga pada jam 3 petang.

    Kira-kira 20 minit kemudian, sebiji lagi batu delima jatuh di hadapan seorang jurukamera TV3 yang sedang minum bersama kru rancangan Misteri Nusantara di ruang tamu dan terpelanting pada kameranya.

    Dua biji batu lagi jatuh kira-kira jam 6 petang di ruang tamu dengan salah satu daripadanya berwarna biru dipercayai nilam. Kira-kira sejam kemudian, sebiji batu berwarna hijau dipercayai zamrud pula jatuh di ruang tamu.

    Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, dia menyifatkan penemuan batu terbabit sesuatu yang luar biasa dan mungkin ada hikmahnya.

    Katanya, semua batu berkenaan kini disimpan dalam bekas khas yang direndam dengan air Zam-Zam.

    Harian Metro

    14 Oktober 2010

    Wasalam

    • Assalamuaalikum pada Fighter Fighter Alam Ghaib….

      Apakah yang dapat kita ambil iktibar dari keratan akhbar tentang adik balqis di atas?

      Note : apa apa catatan saya ini bukanlah untuk merendah rendahkan sesiapa..tetapi sebagai cetusan pendapat saya yang hina ini.

      Pada pendapat saya yang dungu ini, fighter fighter kita TIDAK Mempunyai Intelligence yang cukup tentang apa yang mereka hadapi. Method berperang ada, tapi adakah yang diguna-pakai bersesuaian dengan keadaan/tempat/kekuatan musuh?. Sudahkah Fighter fighter selidik latar belakang musuh…lihat behaviour dan keadaan musuh..? Bagaimana dengan kekuatan Fighter fighter yang ada….tidak bersatu….mungkin musuh ini kekuatan tenteranya lebih besar dari fighter fighter sendiri …..adakah ini di-ketahui?

      Cuba nengok camne British hapuskan Komunis dalah Astro…last last – bab Intelligence Improvement juga yang berjaya…

      Any comment ?

      Wassalam

  185. Asalamualaikum

    Tuan Paduka,

    Kita sering mendengari ungkapan “Amal maaruf nahi mungkar” yang bermaksud kurang lebih bina kesihatan mencegah penyakit. Bila manusia lalai membina kesihatannya berbagai penyakitlah yang akan dialami samada rohani dan jasmani. Sejak lahir manusia itu diasuh untuk membina kesihatan seperti makan, tidur, berihat sehinggalah dikawinkan untuk memperolehi kesihatan batin.

    Sebenarnya pendidikan itu juga terapi dan boleh dikatakan setiap amal kebajikan itu terapi seperti berwuduk, mandi junub, solat dan sebagainya. Tanggung jawan utama hidupmanusia adalah membina kesihatannya.

    Cegah sebelum parah, sebab itu kita dinasihatkan supaya sering kesurau dan masjid untuk mencegah penyakit. Tapi kalau sudah parah sangat penyakitnya tak usahlah ke Masjid nanti hilang pula harta benda masjid.

    Bermula ilmu itu adab, oleh itu jika menurut adabnya orang sakit pergi jumpa dukun bukan, dukun jumpa pesakit. Seperti murid jumpa Tok Guru bukan, Tok Guru jumpa murid.

    Bila kita ditimpa musibah akibat kelalaian kita membina kesihatan, jangan pula kita cuba mempersalahkan orang lain dan menuduh atau memperlekehkan pihak tertentu tidak menolong, nanti bertambah parah penyakit tersebut. Bisanya mereka yang mengalami penyakit yang parah ini berpunca kerana tak suka mendengar nasihat supaya sihat, samada nasihat mak bapak, saudara mara, jiran tetangga dan seperti komentar para sahabat di Karimon’s Blog. Masa ketika segar bugar, jika nasihat sikit mula melenting, bila dah sakit baru nak meeting.

    Sebenarnya pemberi komentar tegar di Karimon’s Blog pun ada penyakit termaksuklah Tuan sekali, sebab itu macam macam barang yang ingin nak dicari. Cuma penyakit tersebut belum nampak parahnya. Bak kata pepatak ” luka ditangan nampak parahnya luka dihati siapa yang tahu”. Maka nasihat Ikhlas dari saya seorang sahabat berhati hatilah. Kalau dah separuh mati lebih baiklah mati sebelum jadi hantu.

    Wasalam.

    • Waalaikumusalam,memanglah ciklii aku kena cari barang2 kalau tak tak berasap dapor umah aku,aku pun tarik duit gak duit company aku cukup bulan.dalam dunia ni kalau tak mencari ianya tak datang bergolek cuma mungkin hang maksudkan barang2 pelik,kita idup pun di dunia ni tuhan suruh mencari,cari diri cari tuhan cari rezeki cari bini cari anak ilang dari umah pergi merempit paling tak sorok di jin.jadi soal mencari ni sampai matilah kita mencari akunak menaip ni pun kena mencari idea ibarat irama dan lagu idup kena mencari yang aku cari minyak cenuai tak lama lagi aku dapat dahhhhh…maka kenalah cari.cari apa kot2 la kena cari bini baru….

  186. Asalamualaikum

    Tuan Paduka, maafkan saya jika tuan terasa hati bila saya kata tuan puan ada penyakit. saya berangapan begitu kerana kelahiran kita ke dunia ibarat tercampak kedalam lumpur yang menyakitkan, masing masinglah kita berusaha keluar dari lumpur tersebut sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Bagaikan keadaan roh yang suci murni dimasukkan kedalam jasad yang gelap zulmat, jika kita tidak gilap alamat gelap zulmatlah ia hingga keakhirnya.

    Pada pendapat saya apa guna kita cari segala kerana semuanya telah tersedia belaka. kita sering mendengar banyak mereka kecundang kerana ingin mencari tuhan. Ada cerita seorang hartawan yang sehingga papa kedana mengembara untuk mencari tuhan, akhirnya alangkah terkejutnya ia apabila tuhan hanya berada didalam bilik rumahnya. Jika kita tak faham Allah itu meliputi sekurangnya kita perlu mengerti Allah itu lebih hampir dari urat amrih. Cukuplah kita melaksana segala tugas harian yang diamanahkan kepada kita. Janganlah kita merasa yang usaha kita terlalu memberi bekas, jika kita tiada sekali pun belum tentu dapur rumah kita tak berasap, jangan jangan kubur kita pula yang berasap.

    Tak usah di cari minyak cenuai, bawak duit RM 500, jumpa Tok Syeikh habis cerita. Kalau saya diupah RM 1000 pun untuk cari ramuan minyak cenuai mendaki Gunung Ledang saya tak sanggup, itu belum lagi kena sediakan belanja kawin untuk menikah kerabat Tok Syeik sebagai syarat untuk membuat minyak cenuai. Jadi kalau tak sakit pun gila jadinya dan gila tu pun adalah penyakit.

    Kalau dah dapat minyak cenuai nanti ajak Tuan Waliqudus pergi Janda Baik, tapi kalau nak janda Lawa jumpa Tuan Rahim, jangan susah susah pergi cari. Kalau Tuan Waliqudus dan Tuan Rahim tak mau tolong, layari weblog Dukun Asmara kerana intrinya buat musim ini mengenai rahsia bagaimana mengenal wanita zahir dan batin.

    Jika dah menikah baru nanti sila layari weblog alamat dibawah ini samada ingin beradu atau bersatu.

    http://pulaumistik.blogspot.com/search/label/Minyak%20Jantan%20Gagah%20Perkasa

    Kalau banyak duit pun minyak cenuai tak ada lambat juga jadinya, kerana pekara ini bukan sekadar perlu beras dan keras tapi perlu juga kena deras, jika tidak melepas lagi nanti.

    Wasalam

    • Waalaikumusalam Ciklii,alahai aku tak marah pun gan hang,sebab apa yang hang kata tu ada kebenarannya sebab apa hang tau,memang benar bila ada orang yang mencari ssuatu dan tak dapat silap hari bulan menyasau dia.Usaha dan ikhtiar di tangan manusia kabulnya ditangan Allah swt.kebanyakan silap manusia jugak bila dok beramal mengharapkan sesuatu imbuhan atau anugerah disini banyak yang fail mana dia Ya Allah kau lah tujuanku…….

  187. Asalamualaikum

    Tuan Alam Tunggal’

    Diantara sikap orang kita mengenai sesuatu semua nak cepat, nak mudah dan nak senang kerana sifat ketuanan tu maseh menebal lagi, jika kita belajar bersifat hamba pekara begini taklah seribut begini. Lagi satu sikap kita tak sedar diri, suruh ikut macam Cinalah, macam Jepunlah, macam British dan macam macam. Sepatutnya menurut budaya kita bila mengalami musibah sebegini perlu kembali kepada Allah dan Rasul, ikut macam Nabi saw !.

    Lagi satu, tuan tentu maseh ingat, saya cadangkan Minyak Cenuai dicampur dengan teras kayu Saga pun Tok Syeikh marah. Maksudnya apa benda pun jika dicampur macam macam, akhirnya sudah tentu jadi lain macam. Tuan tenguk orang Melayu kena Angin Akmal, belum habis berubat dengan Dukun yang pertama dah cari dukun yang lain, itulah kerjanya bertukar dukun sehingga papa kedana baru berhenti.

    Pengelaman saya jika kereta saya terbabas dalam kampong jika orang ramai saya tak akan cuba betulkan. saya tunggu orang tiada baru buat kerja, jika tidak ada kereta tersebut boleh lepas satu jam jadi dua tiga jam, macam macam cerita.

    Wasalam.

  188. askum, saya ingin bertanya kepada yang ariif2 disini…. adakah wujudnya perguruan adam hawa? saya lama mencari tetapi tidak bertemu…. jika ada yang tahu besarlah hati saya… ini kerana setiap pengetahuan ada ilmunya ada langkah2nya,,, igin kenal diri mesti dengan ilmunya… salam saudara islam dari Sabah

  189. pucuk paku ulam paku
    paku datang dari seberang,
    jangan susah cari aku,
    aku ada tempat terang,,,

    awalluddin makrifat tul llah…. awal awal agama mengenal allah…

  190. kenal diri kamu rata rata… baru kamu kenal sa tuhan yang amat nyata…. ku jadikan manusia itu dengan rahsia ku….

  191. kenal diri kamu rata rata… baru kamu kenal se tuhan yang amat nyata….. ku jadikan manusia itu dengan rahsia ku…

    • Trimaakasih untuk balqisnilam seolah-olah kmu tahu akan perguruan adam hawa ini… adakah masih ada? atau sekadar dongengan..? jika tahu bukan eloknya di bicarakan….

  192. terasa menitis air mata membaca pa yang balqisnilam coretkan..menyusup raga kalbu..sayup2 begenang air mata

  193. wahai saudara ku ajas dan sang pencari….. awal mula pertama mula trajali adam dan hawa.. coretan ku bukan dongengan atau pun seolah olah… pandang satu kepada ramai pandang ramai kepada satu…. bukan sandiwara untuk ku pentaskan dan di bicara kan ini adalah kenyataan… kita bawa amanah allah dan kita kembalikan amanah kepada nya dengan cukup sempurna tanpa cacat cela.. ku jadikan manusia itu dengan rahsia ku….

  194. ku kenal tuhan ku dengan tuhan ku…. beza beza kan la…kerana aku orang muslim..

  195. Asalamualaikum

    Duhai tuan Sang Pencari sesungguhnya Pakcikli pun sedang menajar bab Adam dan Hawa ni di halaman weblog Dukun Asmara dan kini di lawati tidak kurang dari 5 000 kunjungan sehari.

    Dan sesungguhnya benarlah kata Sang Baiqis itu bahawa kenal tuhan dengan tuhan, tak usahlah diubah ubah lagi, kerana kenal orang pun kena dengan orang.

    Tapi,
    Anak punai anak merbah
    terbang tinggi buat sarang
    anak sungai lagi berubah
    ini pula hati orang

    Terima kaseh wasalam.

  196. berpegang lah kamu dengan tali allah… tali yang tak putus putus… jadikan la diri kita ne bagaikan tong yang penuh berisi…. bukan tong kosong di ketuk kuat berbunyi.. tapi isi nya kosong…. mengaji sedikit mengkaji biar lebih…. byk berfikir lebih baik dari berkata kata isinya kosong….bagaikan hampas… bukan bermakna kita pandai berhujah dalam aspek ketuhanan kita dah handal… itu bukan kayu pengukurnya… itu sahaja nak menunujuk konon kononya orang tengok kita hebat…. tapi belum sampai ke mana pun… bukan di blog ini kita nak jadi jaguh… kita pintas hujah org lain… kecik jangan di sangka anak… besar jangan di sangka bapak…kita kena pijak di bumi nyata… allah yang hantar kita… allah juga yang menjemput kita…

  197. paciklioo…. itu bukan kata kata balqis… ku kenal tuhan ku dgn tuhan ku.. itu sabda nabi muhamad s.a.w dalam kitab kasyapbull asralll….. harap maklum ye pakcik,,

  198. Asalamualaikum

    Bukanhamba nak tunjuk hebat
    hamba sekadar memberi ubat
    jika dihati penuh kecewa
    ini lah doa penambat jiwa

    Klik di sini > http://doaayatdanzikir.wordpress.com/2010/12/13/doa-penambat-jiwa/

    Wasalam.

  199. pacikli kena ubat hati dah rohani pakcikli00…kita tak kecewa,,,, kita gembira…. barang siapa mengenal diri….maka segala ilmu dan amalah di terima… tanpa was was…

    • Innalilahi wainna ilaihi rajiuunn….. saya dapat tahu tentang ilmu adam hawa selpas arwah pakcik sya meninggal.. ikut cerita beliu beroleh ketika belajar di intitut pertanian bogor indonesia,,, walhal pada masa itu,, beliu ketika di sabah merupakan salah seorg ank murid kanan juga guru kepada nasrul haq, tetapi selepas menyambung pelajaran ke bogor.. beliu telah menemui perguruan adam hawa ini… dan meningalkan segala ilmu nasrul haq, dan byak lg yg dipelajarinya… betul ke ada perguruan ni lg? ataupun cume cerita???? saya harap dapat mendalaminya…. melalui berguru bukan kerana mencari kehebatan cuma mencari kersdhaan allah… wallahuallm,… jika salah mohon diperbetulkan

  200. Asalamualaikum

    Sifat mereka yang tercela itu adalah mereka yang mudah mencela nama, sifat, afaal dan diri makhluk yang dipta aLLAH sWT. Sesungguhnya orang yang paling kecewa itu adalah mereka yang menyatakan ucapan tidak kecewa untuk menutup kekecewaannya.

    Wasalam.

  201. Nagacimandeh permainan Banten kan?

  202. Azhar Al Qadri ,,,anda kena baca dan banyak buat kajian…kerana Bab Nasab Semua Al Azmatkhan Khan ,Al Jailani dan AL Mulrawi dah lama saya tulis dalam blog ini. Saya malas nak tulis lagi.

  203. Putera Sulaimanis

    Apa pendpt tuan sekalian ttg diri seseorg yg dkatakn ade pendamping dr kalangn wali dsebabkn keturunn yg dia miliki spt keturunan raja or wali.?adakh mustahil.?mcm mana nk tau ianya bkn jelmaan makhluk iblis dan sekutunya.?minta penjelasan..

    Tq..

  204. Assalamu Alaikom Warahmatu Allahi Wabarakatu.Tok Sheikh Dan Tuan2 yang arif.
    Sila beri pendapat berkenaan dengan dampingan yang tak di-undang yang berlaku pada saya di-Pulau Besar Melacca
    lebeh kurang 37 tahun yang lalu dan maseh lagi melekat,tapi tidak di-gunakan kerana kurang arif dan perasaan prasangka.mengaharapkan penjelasan.Wassalam.Terima kaseh

  205. salam,

    tumpang lalu…..

  206. Mantap ulasannya tOK sheikh hebat mung aku tabik getar

  207. Assalam… syae nk tanya apa yang dimaksudkan dgn zas dengan Ayatul Qursi… t.ksh

  208. laksmana melayu

    semua ilmu sama…ilmu bnyk tapi harus diingat tujuan satu..tak payah laa ckp ilmu ni bagus ilmu tu bagus…klu pengetahuan tinggi menggunung,ckp ada api kluar kat mulut pun tarak guna…amal yg penting..lu org ada ilmu kebal ka,jurus ka,tapi tidur buat apa,??lama2 ilmu pun tidur….criter panjang lebar tapi pengisian takder makne nyer zero beb..harus diingat!!!!!..

  209. Salam semua,

    ilmu kebatinan banyak yang sesat, bahkan apabila di sebut ilmu kebatinan atau ajaran batiniyah adalah sesat. Syeikh Samsuddin as-Sumatrani ulama Pasai di dalam kitabnya berjudul ‘al-Muhimmah’ yang masih berupa manuskrip menyenaraikan 40 ajaran kebatian atau batiniyah yang sesat di zamannya yang di bawa oleh mereka yang terdiri dari
    1. Haji Iman kepada muridnya Tun Makat Karimullah,
    2. kemudian dari Padang Negeri Bantan yang dibawa oleh Sri Butan,
    3. Qari Jan Acheh bernama Talagh,
    4. murid Sang Dipati bernama Pun Supakah

    kesemua mereka ini lagi zindiq lagi dhalalah. Ajaran mereka mirip kepada ilmu tasawuf haqiqat seperti berikut

    “Inilah perkataan dari Padang Negeri Bantan dibawa oleh Sri Butan diperlihat dari kaya ia langar di bawa gajah yang dibatalkan dan dikufurkan oleh Shaikh Syamsuddin ker[a]na Allah Subhanahu wa Ta’ala mustahil dakhil kharij seperti kata orang fasiq dan dhalalah dan zindiq itu
    1. setengah mengatakan insan Allah
    2. setengah mengatakan ajsam Allah
    3. setengah mengatakan misal Allah
    4. setengah mengatakan roh Allah
    5. setengah mengatakan wahdiyah Allah maka tertambatlah ‘itiqadnya dari sana.
    6. setengah mengatakan ahadiyah Allah, maka tertambatlah ‘itiqadnya dari sana ker[a]na ahadiyah zat Allah dan wahdah thabit sifat Allah, wahdiyah thabit asma’ alam arwah, alam misal, alam ajsam, alam insanأنية الخلوق ومن شك فيها فقد كفر ”

    Kata Syeikh Syamsusddin s-Sumaterani

    “Maka jadi kafirlah mereka itu setengah mengatakan seperti Qari Jan Acheh bernama Talagh mengatakan ilmul yakin, ‘ainul yakin, haqul yakin, kamalul yakin.
    1. Adapun ilmul yakin itu syariat dan
    2. ‘Ainul yakin itu tariqat,
    3. Haqul yaqin itu haqiqat,
    4. Kamalul yakin makrifat dinamai akan dia itu agama. Jikalau dihantarkan i‘itiqad[nya] padanya salah suatu daripada [yang] empat itu tiada dapat dinamai akan dia melainkan sesat dan menyembah bayang-bayang jirim dan berhala besar. ”

    Wallahu ‘alam
    al-kelangi

  210. assalamualaikum w w,ini cerita hal bertembung ngan jin ifrit badan saya dipusing bagai gasing oleh jin ifrit,bab bertembung dengan iblis tangan kanan saya ditarik iblis se akan rasa hendak tercabut ditarik iblis laknattullah,tapi ingat yang berkuasa hanya allah subhanahuataala .ini di sebut pengalaman hidup di alam ghaib

  211. assalamualaikum w w.saya ada berjumpa wali allah ,serta mendapat maklumat dari wali allah ini ,jin ifrit berdiri ditengah laut selat melaka ,serta air laut selat melaka setakat lutut jin ifrit cuma , bila wali allah ini berdiri di kawasan berhampiran air laut selat melak setakat buku lali wali allah ini cuma,faham fahamkan lah

  212. assalamualaikum w w,kita bicara hal penyakit ,dalam pandangan makrifat ,kesakitan yang warna merah itu sakit zahir ubat jumpa dokter hospital.penyakit yang warna putih ubatnya mintak ampun pada allah taala di atas segala dosa yang di buat ,sekiranya dosa kepada maghluq mintak maaf pada maghluq tersebut serta mintak relanya ,sekiranya sakit ber warna hitam sila siap sedia perang dengan iblis dan setan serta perang dengan gengnya sekali atau suku sakatnya

  213. assalamualaikum w w,kita bicara hal ilmu ,frman tuhan, tidak aku jadikan alam ini dan isinya ya muhammad s a w,melainkan karena engkau ,pengrtianya kejadian seluruh alam ini ,bermula dengan kejadian nur muhammad s a w,seterusnya kejadian 4 unsur alam air,angin,api,tanah dan sekalian para malaikat dan ruh,surga dan neraka ,seterusnya dan seterusnya

  214. tauhid itu mesti mati dan tiada hukum jasad,’aqal ,’alam,ruh…kemudian jadi cahaya ahmadi…kemudian jadi hukum ruh bermula dari gudang simpanan,kemudian jadi qalam aku dan qalam-qalam,kemudian jadi malaikat,kemudian jadi jasad dan ‘aqal,kemudian jadi hukum jasad mengikut zaman ‘alam dunia bemula drpd Nabi Adam kemudian hukum jasad berubah mengikut zaman Nabi2 seterus sehingga zaman khataman nubuwwah baginda Nabi muhammad saw, dimansuhkan hukum jasad nabi2 dulu…kemudian hukum jasad diperbaru dan dikuatkuasa mengikut zaman khalifah2 baginda nabi saw sehingga kpd khalifah zaman ini.

  215. assamualaikum w w.nabi adam dinikahkan allah subhanahuataala di dalam surga ,dengan mas kawinnya bershalawat ke atas junjungan mulia nabi kita nabi muhammad s a w,

  216. as salam..
    Al Quran dan hadith cukup lengkap dah yop..
    tak payah la amik kisah2 dari sumber lain g belum pasti kesahihannya..
    kaji Al Quran biar perabis

  217. ASSALAMUALAIKUM W W,NABI ADAM NIKAH DENGAN SITI HAWA DI DALAM SURGA DENGAN MAS KAWINYA BERSALAWAT, KE ATAS JUNJUNGAN NABI MULIA NABI MUHAMMAD S A W,BERSAKSIKAN PARA MALAIKAT YANG EMPAT.

  218. ASSALAMUALAIKUM W W,ITU SISEBUT NIKAH BATIN ,NIKAH YANG SEBENAR NIKAH DI SISI ALLAH SUBHANAHUATAALA, JURUNIKAHNYA ALLAH SUBHANAHUATAALA SENDIRI,ADA YANG FAHAM LAGI MENGERTI

  219. ASSALAMUALAIKUM W W,SEBAIK BAIK PENDAMPING ORANG ISLAM YANG BER IMAN ,HANYA ALLAH SUBHANAHUATAALA,DENGAN KETAATAN YANG TIADA RUSAK DAN SUMBING ,MENINGGALKAN ,YANG DILARANG TUHAN /ALLAH TAALA ,SERTA MENGERJAKAN YANG SI SURUH TUHAN KITA, MENGERJAKAN NYA ,DENGAN SEDAYA UPAYA BENAR DAN IKHLAS KARENA ALLAH JUA INILAH SEBAIK BAIK PENDAMPING NAMANYA ,MATI CEPAT ATAU MATI LAMBAT TIADA SEBARANG RASA KAWATIR/TAKUT

  220. ASSALAMUALAIKUM W W,BILA KITA TAAT DENGAN ALLAH TAALA DAN RASULNYA NABI MUHAMMAD S A W,MAKA BARISAN JIHAD FISABILILLAH KITA SAMA DENGAN BARISAN JUHAD PARA NABI DAN RASUL ,PARA MALAIKAT ,WALI WALI ALLAH ,PARA SYUHADA,PARA SALIHIN ,ALIM ULAMA,SERTA KELUARGANYA YANG DIHADAPAN KITA

  221. assalamualaikum w w,tersangat kurang bilangan umat islam yang mendengar 4 displin ilmu dalam agama islam ,yang merupakan lautan ilmu pada 4 tingkat ilmu ini,ada banyak yang tenggelam dalam lautan ilmu syariat,tenggelam dalam lautan ilmu tariqat tersangat kurang,yang tenggelam dalam lautan ilmu haqiqat susah dicari,yang tenggelam dalam ilmu makrifat apa lagi ,ilmu makrifat ini yang dapat membezakan ,apa itu sihir dan kiramat apa itu nafi dan isbat ,bila manusia tak sampai kepada ilmu makrifat ,maka lautan kilafiah sangat banyak dan dalam dari kakangan umat islam,contohnya umat islam terbagi kepada 73 golongan,pendapat yang kurang kedengaran 1 golongan tidak akan keluar dari neraka selepas masuk kedalamnya,pendapat yang banyak dari kalangan alim ulama ,yang akan masuk kedalam syurga hanya satu golongan,dari 73 golongan tersebut,maksudnya 1 golongan yang masuk surga ini ,tidak ditanya melainkan di persilakan masuk kedalam syurga yang mereka inginkan,inilah golongan yang beruntung mereka redha pada tuhan ,serta tuhan pun redha kepada mereka

  222. gerakan yg di asas dan di ijtihad oleh muhyidin muhammad Ilyas as-siddiq r.a yg berjumpa dan diarahkan oleh baginda nabi saw.Gerakan ini hmpir 100 tahun…pada hari ini gerakan ini hampir keseluruhan rosak tauhid dan fahaman ketuhanan,dan mereka menyampaikan tauhid dan fahaman yg batil itu kpd org ramai

  223. assalamualaikum w w,hamba allah yang arif billah ini,yang makrifatullah,yang mengetahui hal ke adaan ruh,sesuai dengan firman tuhan,mereka bertanya kepadamu berkenaan ,ruh,katakanlah ,ruh itu urusan ,tuhanku,kamu tidak diberi pengetahuan,berkenaan ruh,melainkan sedikit saja,manusia yang diberi rezeki ,pengetahuan berkenaan ,ruh,ini,dapat mengetahui ,manusia yang masih ,hidup ini,sama ada berada dalam surga/neraka,atau dilangit ,keberapa ,saya dah hampir hidup 50 tahun di dunia ini,dengan izin allah subhanahuataala jua,dapat berjumpa dengan hamba allah yang makrifat,ini banyak gerak dan diamnya mengikut ilham dari tuhan,itu yang saya tahu

  224. salam tok syeikh,saya salah seorang yang berminat untuk memplajari nasrul haq,,,
    boleh tok stiekh rekomen area pandan indah

  225. اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
    Salam wahai saudara2, pakcik2 yang dirahmati Allah,

    Wahhhh…sesungguhnya amat menarik di blog nie, fuhhhh idok ler tau yang ilmu kebatinan nie ada titik satu, dua, tiga, siap ada pecahan plak tu…terima kasih untuk segala info yang diberikan menerusi blog ini…

    • Saya tertarik tp ade perkara yg saya rase mcm xsetuju kat sini..tp xpelah bagus jugak..ada name2 wali atau guru kebatinan tu org yg samekan..salah satu guru kat sini mesti tau..mak bapak sy penah cakap kalau org tu boleh jawab..bergurulah dgn org tu..ada tak siape2 boleh jawab..Apa itu Islam?saya nak teori dan praktikal..

      • salam sejahtera…
        islam itu ugama yang suci lagi menyucikan….
        cuba kita lihat ” rukun islam ”….
        pertama mengucap dua kalimah sahadat…
        kita mengaku hanya allahlah tuhan kita….
        ini bermaana suci hati dari syirik….
        kedua sembahyang pula kita memuji allah dan memohon pada allah…
        ini bermaana suci kita dari mengharap pada yang lain….
        ketiga puasa menahan diri dari yang membatalkan…..
        ini bermaana suci kita dari nafsu nafsu keinginan yang melalaikan…
        keempat zakat menyerahkan hasil kepada yang berhak…
        ini bermaana suci kita dari sifat sifat majmumah agar tiada tamak dan haloba…
        kelima haji ketanah suci mekah…
        ini bermaana hamba yang suci hanya layak ketanah yang suci….

        itu lah islam ugama yang suci….
        allah tidak terima hamba nya yang tidak suci…
        islam ugama disisi allah….
        islamkan lam diri kita….
        hanya yang suci layak bersama yang maha suci….

  226. c&p dr laman fb,
    #######

    salam dan selamat sejahtera,
    membaca masukan-masukan di laman ini berkenaan ketuhanan dan kemakrifatan dan saya tertarik untuk merujuk kpd komen seorang ustaz 90% hanya teori, sekadar 5% tentang cara dan teknik,

    teknik / kaedah / cara / jalan untuk komunikasi / interaksi / hubung / rasa kpd gerak kudratullah

    secara umum dgn menafikan / meninggalkan dahulu perbincanganan penglibatan qarin / khadam / jin, maka beberapa keilmuan yg terkenal diamalkan sebahagian masyarakat di nusantara malaysia ini adalah seperti;

    1. keilmuan budi suci sejati
    2. ilmu gayung makrifat
    3. ilmu gayung fatani
    4. ilmu nasrul haq
    5. gerak tapak suci
    6. gerak fakir
    7. gerak BBM
    8. pessad
    9. tapediri
    10. titik 9
    11. dll

    sebahagiannya hanya menekankan tentang tenaga dan beladiri shj, sebahagiannya melanjutkan lagi kpd kerohanian dan ketuhanan dgn bergabung dan berwasilah tareqat ahli Allah

    apapun jua pengamalnya masih ada dan mereka ini mungkin sebahagian drp ‘kekuatan’ ketumbukan pembela agama dlm menharungi akhir zaman

    waullahu a’lam

  227. salam, apa khabar semua para sahabat dan guru guru sekalian, lama dah tak masuk membaca tulisan kalian. bila saya baca balik tentang perkara dan soalan yang saya pernah ajukan kepada kalian saya dapati soalan demikian cumalah asas sahaja dengan arti lain ingin tahu.Bila saya baca ulasan dan pandangan kalian saya dapati ilmu itu sendiri terlampau luas untuk dihuraikan secara tulisan. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru guru yang ada pada blog ini kerana berjaya menghurai dan menerangkan perkara ini secara bertulis dengan cukup jelas dan senang untuk difahami.

    Berbalik kepada ilmu kebatinan, adalah amat sukar bagi menghuraikannya kepada yang tidak memahaminya. Dulu masa saya masih anak-anak pemahaman saya tentang kebatinan adalah lebih kepada mantera dan jampi sarapah, namun bila meningkat dewasa sedikit pemahaman tentangnya bertamabah dari hanya dua tadi kepada tiga iaitu bacaan ayat ayat arab (syair), zikir dan ayat ayat alquran. Kini bila telah meningkat tua, ia ditambah lagi dengan amalan amalan asma, teknik-teknik huruf, wafaq, kaedah roh dan kaedah lapisan / demensi.

    Terus terang saya tidak diajar secara formal tentang perkara-perkara ini tetapi ia berkembang mengikut pengalaman peribadi melalui sakit, melalui pertanyaan, melalui solat melalui selawat dan amalan ringkas selepas solat. Adakala ia datang secara ilham adakala secara berguru melalui kuliah-kuliah agama, perdebatan ulama-ulama dalam penulisan buku atau dalam internet dan melalui pengalaman guru-guru dalam blog ini dan blog blog lain yang boleh dijadikan salah satu pengajaran dan pelajaran yang amat berguna.

    Sehingga kini, saya cuma dapat menyimpulkan bahawa semua ilmu kebatinan itu sendiri bersifat subjektif. Ini adalah kerana sesetangah dari kita berbeza kepakaran seperti mana pada ulasan-ulasan guru guru pada blog ini. Semakin jauh kita mendalami ilmu-ilmu demkian semakin terasa tiada apa-apa kerana semuanya berlaku dengan iziin Allah.

    Wallahualam

    .

  228. 01.19 am .makluk waras sedang di buai mimpi.saya ta dapat lena kerna cabaran selepas magrib tadi.syukur saya dapat sabar munkin umur yang membuat saya sabar saya sudah menjangkau 66 tahun tak berapa hari lagi.selepas syolat isyak saya termenung dan kerkenang pd 50 tahun yang lalu sewaktu saya pelajari ilmu kipas nandung dari seorang
    petualang yang berani yang saya panggil pak Ramli berasal dari Sg Manek Perak.saya ambil computer dan buat pertama kali menaip kipas nandung,terperanjat juga membacanya ada bermacam gaya d siar.dan sangat lain dari apa yang saya belajar.setahu kipas nandung adalah ilmu tetak bayang (tangan di jadi kipas dan menetak bayang sesaorang dengan amalan (A,lam………………………………………………………………)y telah sebati dengan jiwa raganya maaf dan mengkagumkan rupa rupanya ada banyak aliran.udah 0145. pagi amal lah dengan mendahului Allah Nabi kita tak derhaka pada ibu bapa.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 174 other followers