Satu2nya kitab yang terakhir yang Allah swt turunkan kepada Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw dan inilah yang dikatakan mukjizat yang utama kepada seorang Nabi,walhal Nabi2 sebelum baginda pun Allah swt ada turunkan kitab tetapi kehebatan Alquran mengatasi semuanya itu sehingga dikatakan mukjizat yang paling utama dan besar.Kita disuruh membaca dan mengamalkan apa yang terkandung didalam Al Quran kerana iaanya adalah satu pedoman,petunjuk dan pengubat yang tersohor.Begitu banyak rahsia yang terkandung didalamnya,setiap huruf dan ayat mengandungi hikmah yang amat besar.Kebanyakan diantara kita hanya membacanya tanpa mengetahui isi maananya kalau nak faham maka kita merujuk kepada terjemahannya.Apakah rahsia alquran sebenarnya dan apakah faedahnya buat kita bagi tujuan dunia dan akhirat sehinggakan ada diantara kita yang mengunakan ayat2 alquran bagi pelbagai tujuan dunia dan akhirat.Apakah rahsianya dan dimana kah rahsianya.Mungkin ada diantara pengunjung yang sudi berkongsi pengetahuan mengenainya.Wassalam

About these ads