Secara peribadi saya kenal Tok Ayah Mahmud dan pernah berbual dengan beliau,beliau adalah seorang guru ugama yang agak terkenal dan mempunyai ramai murid sama ada didalam negeri mahu pun diluar negara.Terdapat beberapa kata nasihat beliau yang saya rasa patut saya kongsi bersama2

1.Cara perubatan yang tak menggunakan dadah seperti akar kayu dan homeopati ini adalah lebih baik. Perubatan yang menggunakan dadah boleh merosakkan saraf kita. Itu yang menyebabkan payah masuk zikir jika saraf sudah rosak!

2.Di dalam tubuh badan manusia ada 56 ribu titik darah. Untuk menyuci satu titik darah tidak terpakai, perlu berselawat sebanyak 100 kali. Bermakna untuk memproses setiap titik darah tersebut perlu berselawat sebanyak 5.6 juta.

3.Cara‐cara memohon guru mursyid.

a. Selalu buat sembahyang hajat.

b. Banyakkan membaca (Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin), istighfar dan selawat.

c. Berdoa ‐ “Ya Allah dengan berkat Rasulullah s.a.w. dan berkat para waliMu yang besarbesar. Pertemukan aku dengan orang yang Kau kasih untuk membimbing hambaMu yang dhaif, zalim dan jahil lagi banyak dosa ini semata‐mata dengan rahmatMu sahaja. Ya Allah!”.

4.Fahaman agama ini luas. Ada fahaman syariat, ada fahaman toriqat, ada fahaman hakikat dan

ada fahaman makrifat. Untuk berjalan pertama‐tama sekali kena kasih dengan syariat, kena

kasih pada Rasulullah s.a.w

5. Perkara kerohanian tidak boleh difahami dengan akal, nafsu dan ilmu. Jika boleh dengan ilmu,sudah tentulah Imam Ghazali tidak mengaji dengan Yusuf Nasaji dan Syeikh Abdul Wahab Sya’rani tidak mengaji dengan Ali Khawas. Cukuplah mereka ini menjadi contoh.

6. Belajar kereta perlu ada guru, nak kenal Allah tak perlu guru. Ini awal‐awal lagi syaitan tipu.

7. Nabi Yunus a.s., duduk dalam perut ikan tapi, tak jadi tahi, sebab baginda membaca (“La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”). Oleh itu supaya kita, tidak menjadi tahi dunia, maka banyakkanlah membaca “La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”.

8. Cara pembersihan (jiwa) dengan cara bersedikit-sedikit (ikut kemampuan) iaitu dengan selawat, istighfar dan zikir. Membaca surah Alam Nasyroh jikalau datang perasaan jemu dan membaca surah Qulhuallah hu Ahad jikalau berasa celaru dan serabut.

About these ads