Pokok Mambu/Neem
Dalam Perubatan Tradisional,ada satu lagi jenis pokok yang sangat berkhasiat.Pokok ini ialah Pokok Mambu.
POKOK MAMBU.
Nama biasa.Mambu,Neem,Nim,Margosah,Sedu,Sadao,Dao,Repe,Imba,Mamba dan Mimba Intara.
Nama Saintifik ; Azadirachpa Indica.
Negara AsalĀ ; India tetapi bolih di dapati di Seluroh Asia Tenggara,Sri Langka,Burma dan Selatan Cina.
Khasiat Perubatan.
Pokok Mambu adalah pokok Herba tertua sekali dalam dunia.Telah di jadikan ubat sejak 4000 tahun dahulu.Perubatan yang paling lama menggunakan pokok ini ialah Perubatan Ayurveda.Pokok Mambu bolih hidup pada semua kaadaan tanah dan hidup lama.Pokok Mambu bolih hidup selama 200 tahun.Berhampiran rumah saya ada sebatang pokok yang besar nya 3 pemelok,saya pun tak tau berapa umur nya !!!.Di Afrika,pokok ini di kenali dengan nama Pokok 40 penyakit,kerana bolih mengubat 40 penyakit.Pokok Mambu bolih mengubati penyakit cacing,anti kulat,anti virus,anti barah,ubat kencing manis,anti kuman,anti kesuburan…perancang keluarga,anti serangga,ubat tahan sakit,penyakit kulit…campak,cacar,kayap dan gatal,ubat jerawat,menurun kan suhu badan,ubat kudis dan menambah subur immiun diri.Kepada binatang…seperti ayam,bolih mengubati penyakit sampar ayam.
Asap daun nya bolih membunoh nyamok atau serangga.Ubat serangga dari pokok ini SELAMAT tanpa dadah tetapi jangan di minum !!!.
Sunggoh pun bagitu,anda di nasihat kan MERUJUK PADA PAKAR TRADISIONAL DAHULU JIKA MAHU MENGUNAKAN NYA KERANA POKOK INI ADA BAHAN TOKSIK DAN BERACUN.Memang pokok ini bolih di makan pucuk nya tetapi ada penyakit yang sangat merbahaya jika termakan daun pokok ini.Pesakit lemah jantung dan tekanan darah rendah,tidak bolih mengambil pada dos yang berlebihan.
NASIHAT SAYA ;; Jika mahu berubat mengguna kan Pokok Mambu,cari lah PAKAR TRADISIONAL.Dan jika anda ambil sendiri,bawa lah kepada Pakar Tradisional.Dengan itu pokok ini bolih di tawar kan supaya ianya benar benar menjadi PENAWAR.Tanpa doa doa tertentu,pokok ini KURANG BERKHASIAT.Bukan pokok ini sahaja tetapi melibat kan semua Pokok lain.Pokok Perubatan bukan lah di ambil,dengan MERENTAP sahaja tanpa minta izin dan doa,ianya ada cara dan aturan nya.Jika tidak khasiat nya lari sebanyak 50%.Ada orang tanya saya,kenapa orang kafir,bolih ambil dan gunakan tanpa doa !!!.Jawapan saya,orang kafir juga berdoa dengan membaca Mentera !!,mentera itu doa lah bib !!!tapi doa kepada siapa ???aku tak tau !!!.kalau anda kurang percaya,tanya lah pada senseh atau sami hindu.Aku ni bib,semua nya aku kawan kerana sebagai Perawat Islam,semua Perubatan aku kena belajar !!!.
Olih itu jangan lah pandai pandai,ambil jer pokok dan terus buat ubat,jika ubat luar..tak per bib,jika ubat makan…haa masaalah.Banyak sekali Pokok Ubat Herba kita yang beracun dan bertoksid, sebagai contoh pokok Jarak Pagar…ubat buasir,Pokok Terap/Ipoh,Pokok Mambu,Pokok Lemega…ubat sakit gigi,Pokok Gajus,Pokok Mangga,Pokok Ubi Gajah dan lain lagi !!!.
Komen Oleh TS
Posted on 6 September 2010, in Tumbuhan Herba & Mistik. Bookmark the permalink. 15 Komen.


Salam TS,selain dari daunnya untuk perubatan,terasnya juga berguna untuk menghindari dari makhluk halus dan yang paling baik ialah dibahagian akarnya.
Salam sejahtera para sahabat semua..
Sewaktu kecil dahulu, saya dihinggapi dengan penyakit Plentong aka..Chicken Pox..daunnya digantung dipintu rumah bagi kaum india..panggilannya juga daun bambu atau Semambu oleh orang-orang kampung…setahu saya juga, asal penyakit plentong ni datangnya dari india dan asal usul pokok ni juga daripada negara india..macam pokok kelor juga..bab mengubati penyakit plentong ni kaum indialah yang handal sebab kalau kita masyarakat melayu mengambil masa 2 minggu untuk sembuh, manakala kaum india hanya mengambil masa paling cepat 3 hari..maklumlah ada pantangnya juga seperti tidak boleh memasang dengan menggunakan asas minyak didalam sesebuah rumah jika ada anggota keluarga yang dihinggapi oleh penyakit tersebut..Gabungan yang paling rapat dengan daun semambu ini adalah Kelapa hijau dan kelapa gading..Air kelapa digunakan untuk mengeluarkan kudis-kudis penyakit plentong hingga ke akar umbinya dari pada badan dan tempekkan daun Mambu yang dilecekkan hingga lumat ditampal pada permukaan kulit badan ada juga tempelan daun mambu yang lumat dicampurkan dengan bedak sejuk..wallahu
wassalam
Masa saya sakit plentong dulu..inilah ramuannya..Alhamdulillah..wokey woo…
Plentong ,boleh menyebab kan kematian jika tak kena ubat….nasib baik umur panjang…hehhh…he…he….
Sebelum berbuka tadi,aku cari Pokok Mambu ini,aku cari yang paling besar dan jumpa.Besar nya 4 pemelok kita…hoooiyuuu.Cari akar nya ada sebatang akar tertimbul,besar paha….nanti lah lepas hari raya,bolih buat operasi….Pokok Mambu ini yang paling besar di kawasan saya !!!.Kalau Wali Kudus nak….bolih….tapi kayu gaharu,kemuning emas dan batu batu tu bawa mai laaa….hang pun ada hutang kat aku !!!he….he….he……
salam…..
kenapa pokok ini banyak ditanam di kuil hindu….
dirumah rumah hindu pun banyak tang tanam ini pokok mambuu…
dirumah melayu hanya ada pokok mangga dan rambutan aje…
pernah terjadi hantu keling mengganggu sipolan yang ambil daun mambuu kat kuil hindu…
Salam sejahtera saudara Ali yang dirahmati Allah.
Pokok ni sememangnya dah sinonim dengan Masyarakat kaum India. Banyak yang diguna pakai oleh kaum india disebabkan oleh Fadilat Alaminya..selain perubatan, ianya juga dipercayai oleh kaum mereka untuk memagarkan rumah mereka dari ancaman Sihir dan juga dikatakan sebagai Pembias dari Malapetaka..Boleh dikatakan kebanyakkan mereka mengguna pakai daun mambu dalam pelbagai kegunaan sebagaimana kita kaum melayu yang sukakan belacan..boleh dikatakan dalam setiap rumah orang melayu mesti ada belacan..so..boleh dikatakan juga, setiap rumah kaum India, pasti ada Daun Semambu.. cuma bahagian mistik yang ada pada belacan adalah..jika terlampau banyak sangat makan belacan…penyakit resdung pasti mengundang tiba..belacan juga boleh dibuat sebagai salah satu bahan untuk bahan letupan..kalau tak percaya..gunakan detonator cucukkan kedalam belacan..fire-up tengok…cuma daun mambu je tak boleh wat bahan letupan..itulah dia Mistik Belacan namernya..tang ni T.S memang terer..Selamat ari rayer..
Ini adalah disebabkan kepercayaan masyarakat India terhadap pokok tersebut yang memang telah terbukti akan khasiatnya mungkin kalau tak disebabkan khasiat pokok tersebut dan dengan izin Allah swt Waliqudus tak dapat beri komen dalam blog ini.Kena ganggu hantu tu mungkin disebabkan tak minta izin kat sami disitu pokok tu kan ada tuannya atau yang empunya.Kaum India ada hari atau waktu tertentu mengambil daunnya dan selepas mengambilnya dicampakkan atau ditinggalkan duit siling dipangkal pokok itu mungkin ini petua mereka.
Salam Wak Karimon..
Waktu dulu-dulu masa ambil daun ni, memang la tak kena kacau atau disampuk dek jin pokok semambu sebab masa tu..aku pun dah macam jin jugak..keh..keh..keh..member katanyer,,….masa tu la…la ni, jin pun lari bila tengok aku..peh..peh..peh..
Memang betul Ali,masyarakat India paling banyak gunakan Pokok Mambu.Mereka membuat losyen muka,bedak sejuk,ubat sakit kulit dan lain lain lagi.Saya juga belajar dari masyarakat India,cara gunakan Pokok Mambu ini.Bapa saya dulu,zaman muda nya..penoreh getah di Long Chan Estate,Mandur nya seorang India dan memang pakar dalam Perubatan Ayurveda.Dari beliau, banyak di ajar kan tentang perubatan ini.Dalam Perubatan Ayurveda ,Pokok Mambu dah lama di gunakan untuk perubatan.Pokok ini adalah POKOK HERBA TERTUA DUNIA,dah di gunapakai 4000 tahun dahulu.
Anda jangan salah faham,Pokok Mangga dan rambutan,banyak khasiat nya.Pokok Mangga…daun mangga,kulit,batang,buah,bunga dan dahan banyak guna dan ada nilaian perubatan.Bagitu juga Pokok Rambutan…daun,batang,kulit dan kayu nya ada nilai perubatan.
Sebenar nya Pokok Buah…ciku,mangga,rambutan,betik,jambu air,jambu batu,belimbing dan lain lain ada nilai perubatan dan mistik …hanya kita jer yang tidak tahu atau tak nak ambil tahu !!!.Kita sebok dengan pokok kektus,,,orang tua kita dah kenal pokok kektus,pulohan dan ratusan tahun dulu…..pokok lidah jin,jin tanah dan lidah buaya tu….kektus laaaaa….kita sibok dengan Orkid,,,,anggerik hutan yang terkenal tu….orkid ler !!!.
Kita sebok dengan semburan pewangi….5 minit..chiiit…5 minit…chiiiit…..wangi jer….tapi lama lama kena kancer,…mamat kencer datang,kita bawa dia……sebenar nya pakai SETANGGI lagi bagus,tanpa kancer,tanpa achohol…..susah sikit ler,nak bakar !!!!.
Mana lah Jin tu tak lari,..dulu yang jaga Jin tu kecik jer,Anda pun kecik….sekarang ni,Jin tu kecik juga…tapi anda dah besar,laaa Jin tu pun takut sebab lebih besar dari dia,jin pula tak besar besar sebab dah tak der apa nak makan dan nak pakai sebab nya……. semua nya Manusia dah ambik….manusia sekarang lagi teruk dari perangai Jin !!!!heee…hee..heee….
Salam Tuan Karimon, Tok Syeikh, tuan-tuan sekelian,
Saya diberitahu satu lagi nama bagi pokok ni ialah pokok Laksamana sempena nama Laxmana dalam hikayat Hindu.Mengikut satu artikel dalam NST oleh seorang pakar alternatif medicine bangsa India, daun pokok ni digunakan untuk mencuci darah bagi mengeluarkan toksin. Caranya makan 10 helai sehari, dibuat ulam. Wallahualam.
Salam kepada saudara juga,memang betul nama lainnya adalah pokok Laksamana,didalam perubatan ayurveda memang ianya juga boleh di makan tetapi ianya perlu disaringkan.Kalau sesiapa pernah mendengar tentang akar putih atau nama bahasa sanskritnya ashwaganda atau juga dikenali dengan nama indian ginseng merupakan satu tumbuhan yang baik untuk masaalah kesihatan dan lemah tenaga batin,tetapi untuk mengunakannya sebagai bahan perubatan perlu disaringkan kerana masih terdapat sedikit racun didalamnya.Salah satu kaedah yang diajar kepada saya ialah dengan merebusnya mengunakan susu segar dan selepas merebusnya susu tersebut dibuang.Cara begini juga dapat meningkatkan khasiatnya lagi.Jadi dengan erti kata yang lain memang terdapat tumbuhan yang berkhasiat dalam bidang perubatan tetapi terdapat sesetengahnya mengandungi racun yang perlu ditawarkan terlebih dahulu.Pucuknya(pokok laksamana) boleh dibuat ulam tetapi jangan terlalu kerap.
Waalaikummusalam Tok dekar !!!.Memang betul tu !!!.Pucuk muda daun ini bolih di buat ulam,makan dengan sambal belacan.
Assalamuaalikum TS
Pucuk mempelam muda boleh buat ulam ker ? apa khasiatnya ya TS ?