Diatas permintaan saudara Ali serta sokongan Paduka dan TS maka saya wujudkan satu lagi entri diblog saya,walaupun kita semua tahu saudara Pakciklii kita juga mempunyai blog yang ada kaitan dengan herba namun saya mahukan sedikit kelainan pada tajuk perbincangan serta pendapat dalam entri ini.Disamping kita membincangkan mengenai nilai perubatannya ,kita juga tururt bincangkan apakah nilai mistik yang dipercayai oleh masyarakat kita, tak kira apa pun bangsa.Saya memberi contoh pokok bambu atau Neem sering digunakan oleh orang untuk rawatan demam campak dari sudut perubatan dengan mengunakan daunnya,tetapi daunnya juga mempunyai nilai mistik iaitu penolak unsur negatif,sebab itu sering digantungkan di pintu rumah dan terasnya juga mempunyai nilai mistik iaitu ditakuti oleh makhluk halus.Jadi biarlah diblog ini kita tidak lari juga dari sudut mistiknya.Pendapat dari Waliqudus dan TS dan teman2 yang lain yang mengetahui rahsia perubatan dan mistik sesuatu tumbuhan dapat dikongsikan bersama pengunjung blog ini.

About these ads