Duit jenis ini dicari dan diburu kerana ada pihak yang mempercayai ianya untuk mendatangkan rezeki,selain dinamakan duit yasin tujuh ianya juga dikenali dengan nama duit khidir kerana terdapat ukiran khidir pada duit itu.Lambang yang terdapat disimbolikkan sebagai seseorang membawa sesuatu yang diistilahkan sebagai membawa rezeki kepada pemiliknya.Guru atau tukang yang dikatakan dapat mengujudkan rezeki(duit)perlu tahu simbol yang terdapat pada setiap siling yang digunakan bagi tujuan tersebut.Begitulah juga pada satu ketika dahulu duit kertas RM10 kerbau membajak sawah digunakan untuk tujuan tarik rezeki.Kerbau disimbolkan sebagai satu usaha,najis dari kerbau yang sedang membajak menyuburkan sawah,padi dari sebutir menghasilkan setangkai padi dan bayangkan kalau seluruh sawah ditaburkan padi maka hasilnya menghasilkan tangkai2 padi yang banyak.

About these ads