Dahulu pernah saya membuat satu posting mengenai besi 13 dan baru2 ini ada  seorang teman ingin mengetahui tentang besi 13 lagi kerana mungkin beliau tidak puas hati dengan komen2 yang lepas.Untuk makluman pengunjung besi 13 adalah gabungan dari 13 jenis besi bukan sejenis besi yang bergelar besi 13.Setakat ini saya telah bertemu dengan 2 orang yang memiliki besi 13,seorang di Batang Kali dan seorang lagi dikenali dengan nama wak badar.Ada juga saya mencari kalau ada besi lain yang melebihi dari besi 13 ini dan selama pencarian saya tidak ada pun sesuatu yang boleh kita gelar besi 14,15 atau 16.Kerana menurut mereka yang arif tentang besi kategorinya hanya 13 dan dinamakan begitu adalah sebagai satu simbolik kepada keberkatan 13 negeri dan 13 jenis besi yang dikira sebagai jenis besi yang terbaik dan bahan dari pembuatan besi yang dikira unik kesan atau impak dari penggunaannya seperti barel senapang pecah,besi ceribon dan puting parang patah.

Kini ada beberapa teman saya yang telah pun memiliki besi 13 ini dan testimoni mereka ada terdapat didalam facebook saya dan ada juga yang sms saya menyatakan tentang pengalaman mereka memiliki besi 13 ini.Disini ingin saya nyatakan kepada mereka yang memiliki besi 13 ini bahawa setiap individu akan mempunyai rasa yang berlainan apabila memegang besi 13 ini.Besi 13 bukanlah sesuatu yang senang untuk dibuat,bermula dari pemilihan besi susunan besi dan gabugngan besi.Misalnya besi leleh sahaja adalah dari jenis yang terdapat di 3 buah negeri.Mentera pembangkit besi juga digunakan walaupun sumber besi itu dari sumber alami yang telah pun memiliki auranya atau energinya yang tersendiri.Namun kita semua perlu ingat ini semua bukan kerja kita tetapi kerja Allah swt belaka dan kita hanyalah meminjam sahaja.

About these ads