Kiriman Komen-Metafizik
Posted by karimon
Komen oleh pengunjung blog mengenai metafizik yang dipindahkan ke entri baru dari entri 2012
Kiriman olih Najmistik pada 18hb Januari 2012
SELAMAT TAHUN BARU 2012 KEPADA SEMUA AHLI-AHLI YANG ADA DI DALAM KARIMON BLOG INI. SAYA PASTI RAMAI YANG TELAH BERADA DI SINI SEMENJAK KEWUJUDANNYA PADA HARI PERTAMA LAGI. TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG SENTIASA MENGIKUTI/MEMBERIKAN KOMEN/BERKONGSI PENGALAMAN DAN INFORMASI SELAMA ANDA BERADA DI SINI.
BAGI MEMPERERATKAN LAGI HUBUNGAN ANDA DENGAN KARIMON, KAMI AKAN MENUBUHKAN “KARIMON MYSTIC CLUB” DAN IANYA AKAN DIUMUMKAN KEPADA ANDA DALAM JANGKAMASA TERDEKAT INI.
BAGI MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI KELAB INI, SILA EMAILKAN NAMA, KAD PENGENALAN, ALAMAT DAN NO TELEFON KPD najz.enterprise@gmail.com
HADIAH MISTERI BAGI 20 PESERTA PERTAMA YANG MENDAFTAR !!!!!
SOKONGAN ANDA AMAT KAMI HARGAI DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH.
waliqudus | 19 Januari 2012
Salam Sejahtera para sahabat yang dirahmati Allah…
Tuan Najz yang dirahmati Allah..bab penubuhan tu bagus..dialu-alukan, tetapi adalah lebih afdal jika tuan dapat menitipkan serba sedikit detail pengisian kelab yang ingin ditubuhkan. Bukannya senang untuk dimajukan. Unjuran bagus, perlaksanaannya pula bagaimana, dari sudut perundangan pula perlu dititik-beratkan. Pada pandangan saya, dikhuatiri nanti ada pihak-pihak yang memandangnya nanti seperti satu Cult, kalau takat pandangan tu kira boleh ditelapkan..bagaimana jika dihukumkan pula. Pandangan dan pendapat manusia ni kan berbeza-beda. Perlu diperhalusi sebelum ianya dilaksanakan. Pandangan dan pendapat dari para sahabat yang meminati Karimon’s Blog yang lain juga saya rasa perlu diambil berat, kerana dikhuatiri akan sesuatu yang tidak diingini berlaku apabila penubuhan Kelab telah dilaksanakan, maka, dikhuatiri juga Karimon’s Blog akan lenyap jika pengisiannya tidak menepati Sistem perundangan Negara Kita. Tata-cara perlulah seiringan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia juga.
Nak daftarkan Kelab Mistik ni tidak semudah mendaftarkan Kelab Basikal atau Kelab Kereta, Pendaftaran dan Penubuhan Kelab Malam adalah lebih senang dari daftar dan tubuh Kelab Perkongsian Ilmu Allah dan Mistikalnya.
Karimon’s Mystical Club akan menjadi terkenal jika ianya menepati tata-cara sistem perundangan yang telah ditetapkan…Banyak pendedahan dan interview akan dibuat dikaca TV atau media massa. Yang paling best kut di Interview oleh Professor Fadillah Kamsah atau rancangan Pedoman, rancangan Tanyalah Ustaz, rancangan manisnya hempedu ini, dan berbagai lagilah…masak Wak kita nak berjawab tu..Rancangan Seekers pula akan menjemput individu dari Club Karimon untuk diuji keberkesanannya dalam acara “mari menjemput dan Separing dengan Jin dari Alam Sebelah pula, dan Rancangan terbaru seperti “Money Drop” akan dibuat. Kalau Rancangan Mistiknya pula “Cut-Off or Not” Lets Axe Drop on your Head’ and “Let Pours Asids On Your Ribs”…The Mythtical Powers of Yellow Iron and Moringga Wood”…Maksudnya..Kita kena fikir negatif dan positifnya sebelum melakukan apa-apa jua yang bersangkutan dengan bab Akal manusia yang tidak sama pemikiran dan pemahamannya….Wallahu..itu pendapat dan lawak dari Aku…
paduka | 20 Januari 2012
Assalamualaikum Tuan waliqudus,ni yang buat aku sayang kat hang ni,komen macam ni lah yang bro kita suka,kerana soalan yang hang kemukakan itu top rated.aku pun tidak dapat sepenuhnya gambaran secara jelas kelab mistik wak ini tetapi ada jugak wak beri satu gambaran tentang kelab ini.Nama aja kelab mistik tetapi pengisian kelab itu bukan lah seperti nak cerita hal hantu tetapi mencari realiti ya ke hantu tu ada,apa sebenar itu hantu,kot2 kita ni yang hantu.Sejak kebelakangan ni wak banyak membaca buku tentang metafizik dan berkawan dengan puak2 yang mempunyai pengetahuan tentang metafizik.Wak ada kata kat aku,kau,waliqudus,TS,ciklii,kung fu,chi kung dan perguruan persilatan semuanya sebenarnya terlibat secara langsong dengan metafizik tetapi ramai yang tak tahu apa tu ilmu metafizik,ni aku pastekan definasi metafizik.
Metafizik merupakan salah satu dari cabang utama ilmu falsafah. Ia membincangkan mengenai hakikat realiti, kuwujudan dan dunia yang sebenarnya [1] yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan. Konsep ini mendapat namanya dari perkataan Greek μετά (metá) (bermaksud “selepas”) dan φυσικά (physiká) (bermaksud “yang mengenai alam”), “yang mengenai alam” merujuk kepada karya purba mengenai alam oleh Aristotle. Metafizik menumpukan pada persoalan seperti:
Apakah sifat realiti?
Di manakah tempat manusia di dunia?
Adakah warna objektif atau subjektif?
Adakah dunia wujud di luar minda?
Apakah sifat objek, peristiwa, tempat?
Matlamat wak menubuhkan kelab ini lebih kepada menjurus kepada ilmiah,sains dan logik dengan erti kata mencari apa yang tersembunyi pada kejadian alam ini,membezakan mana yang betul mana yang tahyul.Ilmu metafizik sebenarnya ilmu yang bolih dipelajari di pusat pengajian tinggi jadi soal haram tidak timbul,yang jahil sahaja yang dok kata itu haram lah ini haram lah.Aku rasa wak tahu apa yang dia buat dan kalau setakat orang2 yang hang katakan itu nak nak interview dia,eemmm…..hang pernah tak dengar cerita seorang ustaz dari jabatan ugama buat counseling pada wak ? bab ni hang kena tanya wak,yang aku tahu wak kata kat ustaz tu bak sini RM20 nak buat tambang bas balik dari ustaz tu.Apa2 pun kita tunggu wak kita beri komen dan hang bukannya tak tahu ada masanya dia malas nak cakap banyak melainkan jika dia rasa perlu saja dan dia lebih banyak buat tak tahu dari mengatakan tahu.
waliqudus | 20 Januari 2012
Salam Sejahtera para sahabat yang dirahmati dan dikasihi Allah..
Alhamdulillah, terima kasih sahabat Paduka yang telah menerangkan sedikit dan sebanyak mengenai pengisiannya..Tepat sekali, itulah dia Tenaga Meta-Fizik..ianya diibaratkan Angin…tidak dapat dilihat..tetapi dapat dirasai. Ungkapan ayat metafizik ni selalunya bersangkutan dengan orang-orang yang telah dinobatkan dengan sarjana-sarjana kertas yang dilakarkan diatasnya dengan “Certified By” ataupun yang dikatakan “Kelayakkan”. kebanyakkan dari kita..terutamanya saya lah, tidak lah memiliki sijil yang dikatakan berkelayakkan melalui pembelajaran yang dikatakan “DiIktiraf”…… pembelajaran yang dilalui adalah dari Usaha, Pengalaman serta dari kajian terhad dan tidak pula setanding dengan yang sedia ada.
Ilmu Tenaga Metafizik ni bukan semuanya yang faham, kerana ianya bertaut dengan Ilmu Ketuhanan. Apabila bersangkutan dengannya..bab hukum-menghukum pasti timbul bagi yang tidak memahaminya. melainkan jika ada ahli kelab yang dikatakan “Diiktiraf” serta mampu membuat hujahan yang berilmiah serta dapat mengimbanginya seiring dengan Ilmu Ketuhanan. Tenaga Metafizik ni bukan sahaja terdapat pada kayu/batu serta logam-logam…yang tidak dapat diungkaikan dan bukan semuanya tahu bahawa tenaga meta fizik ini penjana tenaganya adalah dari Manusia itu sendiri.. Tenaga positif dan negatif, tenaga pembalik, tenaga pemancar malah tenaga hembusan dari angin kentut yang mampu menyemarakan api pun tidak banyak yang mampu berfikir. Tenaga dari Kayu/batu serta logam tidak akan dapat dimanfaatkan jika tiada manusia itu sendiri yang mengaktifkannya..ibaratnya nasi yang diberi pada orang yang hidup dan nasi yang diberi pada orang yang telah mati..mana lebih bermanfaat….wallahu..aku nak terangkan dalam bentuk tulisan..aku tak pandai…tetapi kalau bermujakarah dan mentekedarah..bab tu kira ok…hehehe
paduka | 20 Januari 2012
alam tuan wali yang disayangi dan disanjungi,hang pun wak kata akan masuk kelab ini.tugas hang membuat kertas kerja bab perkayuan,aku bab ilmu batin bukan tenaga batin keluar api macam star war tapi tenaga batin yang itu lah….jangan hang buat tak tau plak.hang ada tongkat Ali tak.ni pun aku dah perhatikan yang hang mula memberi penerangan yang MANTAP bib.Sebenarnya hang bukannya tak tahu bab metafizik ni hang saja aja buat tak tau,belasah hang nanti baru tau.Pandai saiful ampu hang ada dia bawak balik buah tangan tersenyum lebar.
saleh | 20 Januari 2012
Salam,sesuatu yang menarik dimana saudara karimon bercadang menubuhkan kelab ini.Saya rasa saudara karimon pun sudah tentu fikirkan masak2 apa yang beliau mahu lakukan.Apa yang saya perhatikan banyak salah faham dan pengertian mengenai ilmu metafizik ini.Ilmu metafizik ada satu kajian antara palsu dan realiti juga bukan hanya satu cabang ilmu mistik.Dari penerangan paduka apa yang saya fahami wak berhajat menubuhkan kelab itu lebih kepada ilmu pengetahuan bukan occult atau satu kelab yang mana pesertanya perlu diuji kekebalannya.Mungkin wak merasakan sudah tiba masanya pada tahun 2012 ini minda kita semua berubah dan memahami apakah yang sebenarnya dunia mistik ini menurut ugama dan sains.
saiful | 20 Januari 2012
assalamualaikum abg rahim,tuan waliqudus,tuan paduka dan saudara2ku sekalian
rasanya mungkin benar kata tuan waliqudus dan tuan paduka.cadangan ambo bab nama kelab sahaja.mungkin blh dicari yg lebih tepat dgn metafizik dan sebagainya.pendapat ini dr segi penerimaan umum.bila diterima umum,maka bab metafizik etc ni kita dpt perjelaskan dgn baik disamping menyampaikan dakwah.mungkin abg rahim boleh buka entri batu utk cadangan nama kelab tersebut.
kerna kelab mistik karimon dgn kelab metafizik karimon pasti memberi tanggapan yg berbeza bg setiap org dan umumnya.
maaf kalau salah kata.ambo bg idea sahaja.kito minum doluuuu (kopi rumah tuan waliqudus sedap dan asyik bangettt donk )
paduka | 20 Januari 2012
Lupa plak jangan hang rasa terhina kerana tiada sijil certified by…….. yang penting Allah swt dah certified hang.Allah swt anugerahkan pada hang ilmu pengetahuan tentang kayu dan menjadi tugas hang menyampaikan ilmu itu kepada kami yang fakir hina ini.Aku bukan ampu hang macam saiful tu aku jek sikit aja.
saiful | 20 Januari 2012
bab cert tu no problah.sama mcm org yg lepasan spm keje dah 10tahun dgn bdk baru graduate ada cert.kalau mintak kerja 1 jawatan.sure yg spm tu majikan ambil.sbb pengalaman.pengalaman itu ibarat emas yg tiada tanding nilainya.kerana itu apa yg dicerita berdasarkan pengalaman lebih tinggi nilainya.
tuan paduka,betulkah ambo goreng ni?salah tlg betulkan.ambo dok reti belah mano ni.hehe
wassalam
najzmistik | 20 Januari 2012
Tuan Waliqudus,
Terima kasih dengan komen dan idea yang bernas. Saya lebih menjurus kepada membantu Karimon sahaja sebab apabila membaca komen dari saudara Paduka, saya sendiri tak tahu apa nama kelab yang ingin Karimon berikan tapi Saudara Paduka dah tahu dulu.
Saya hanya membantu sikit2 sahaja sebab saya bukan ilmuwan dan arif tentang apa yg dibicarakan di sini sebab saya bukan dari bidang ini.
Saya yakin Karimon telah ada individu2 yang beliau sendiri akan jadikan “tulang belakang” untuk merealisasikan impian beliau ini.
Apapun Tuan Waliqudus dan semua yg sentiasa mengikuti perkembangan , tunggu sahaja maklumbalas dari Karimon, saya rasa lebih baik dia yang berikan komen.
Sekian.
paduka | 20 Januari 2012
Salam kepada para pengunjung blog karimon.semalam aku ada hubungi wak mengenai kelab yang beliau berhajat mahu tubuhkan.Kini gambaran jelas telah pun aku dapati,cuba kita tanya diri kita sendiri mengapa wak tidak banyak memberi komen beliau tentang idea penubuhan kelab ini.Kita lupa yang wak pernah berkerja sebagai seorang researcher.Beliau biarkan kita semua memberi pendapat kita dan memerhatikan setiap hujah kita.dari situ beliau melakukan analisa beliau sendiri.Nama kelab mistik itu pun sebenarnya bukan ada perkataan mistik,tetapi buat sementara ianya diguna pakai secara umum dalam pembahasan kita semua.aku dah tahu pun nama sebenar kelab itu.Perkataan kelab pun sebenarnya tidak ada.
Kadang2 aku pelik jugak “Metafizik” perkataan ini seolah2 satu phobia atau disalah fahami atau ditakuti.Mungkin terbayang diminda kita ianya satu ilmu mistik,satu ilmu sihir atau satu ajaran baru.Perkataan mistik pun banyak orang yang kurang mengerti definasi yang sebenarnya.Teori quantum,teori black hole,space and time adalah termasuk dalam metafizik.Einstein,Newton,Ibn Arabi,Ibn Taimiyah dan beberapa nama lagi adalah pengkaji atau ahli fikir dalam metafizik.Metafizik bukan satu ugama atau ajaran yang baru ianya telah lama bertapak sejak ribuan tahun yang lalu.Apa2 pun tunggu wak beri komen
waliqudus | 20 Januari 2012
Salam Sejahtera para sahabat yang dirahmati Allah..
Meta Fizik adalah satu aliran Pengetahuan mengenai Tenaga Semulajadi (Universal Energy) atau juga Universal Wave Vibration ..Getaran yang terhasil dari gelombang semulajadi..Gelombang ni kalau nak diukur, memerlukan peralatan yang canggih dan ada juga alatan cara kuno…tetapi peralatan yang paling canggih adalah Sensor dari tubuh badan manusia itu sendiri…Tubuh manusia memiliki berbagai fungsi…masakan jasad boleh mikraj ke Arash..bermakna, dengan kaedah Body Tweeking..tubuh badan mampu bertahan dalam satu-satu tekanan, bermaksud Tubuh manusia mampu bertahan dengan penggunaan bahan-bahan semulajadi yang berada disekeliling kita dengan iringan cetusan asas tenaga dalaman…cumanya tiada kajian terperinci mengenainya dibuat. Para saintis hanya mengkaji bab-bab tertentu bagi pengisian hawa nafsu serta menafikan kewujudan Ilmu Islam, Segala Ilmu yang asalnya dari Islam telah diterbalikkan serta dikatakan bahawa Ilmu tersebut diasaskan oleh mereka-mereka yang memanipulasikan Fakta kebenaran.
Tugas Para saintis sebenarnya adalah untuk Menafikan..manakala Ilmuan dari kalangan orang-orang Islam telah diterbalikkan dengan penafian yang nyata…Malang sekali Sensor-Sensor dari dalam Manusia itu telah dipadamkan dengan Sensasi-Sensasi Sexy Nafsu yang diasaskan oleh Puak-puak penidak Nikmat Allah. Pengiktirafan hanya untuk mereka-mereka yang menyokong tindak-tanduk pihak yang bertujuan untuk Iktikad Penghapusan ummat..
Cuba kita renungkan, Bagaimana Tentera yang seramai 300 orang mampu mengalahkan tentera yang seramai 100,000 orang..300 orang yang memiliki tenaga metafizik mampu menghasilkan 70,000 kali-ganda temporary sub- Energy Human Clone… (Tah la..ayat tu aku main balun ajer)..dari manakah ianya, bagaimanakah ianya di Aktifkan..melalui ilmu yang sebagaimana…dan berbagai lagi jika nak diolah dan dikaji..Jika kita mengatakan Ilmu Allah itu Luas Tiada Batas…dimanakah pula batasnya Ilmu Makrifatullahu Ta’ala itu????? Tiada salah dan dosanya jika kita berfikir sejenak…Allahu lebih menyayangi orang-orang yang mahu berfikir..walaupun sedetik….wallahu
waliqudus | 20 Januari 2012
Salam Sejahtera saudara Najz yang dikasihi Allah..
Alhamdulillah, terima kasih atas penerangan tuan, walau pun bukan Ilmuan yang arif..tetapi besar sungguh nilainya atas bantuan yang dihulurkan, apalah ilmuan jika tiada saluran bantuan bagi menjayakan impian untuk mencurahkan pengetahuan…Wak masih berada di Johor, beliau pergi menziarahi para sahabat serta Ilmuan dari sana dan maklumat serta maklum balas mengenai perbahasan mengenainya akan di selitkan didalam Entri terbaru dari Karimon’s Blog..InsyaAllah..Moda Allah permudahkan Wak Rahim dalam misinya…
Komen oleh Padaka pada 18hb Januari 2012
Waaalikumusalam Tuan saiful yang disanjungi serta dihurmati dan disayangi,sokongan tuan hamba terhadap idea pak karimon begitu membakar jiwa dan kalbu.Cuba kita tanyakan diri kita sendiri,berapa banyakkah individu yang sanggup melakukan seperti apa yang pak karimon lakukan ? Motif serta tujuan pak karimon aku amat ketahui dan tidak ramai yang ketahui,beliau mahu kita berpayung dibawah satu naungan yang akrab,yang diberikan pengetahuan yang benar serta luas mengenai ilmu metafizik.bukan sekadar satu cerita yang karut marut tanpa satu penjelasan yang logik.Ilmu metafizik juga adalah satu cabang ilmu sains yang berbentuk rohani.
Hang pun kalau tak silap aku hang pernah berjumpa dengan pak karimon dan hang sendirilah yang dapat menilai akan dirinya.hang nilai dari kacamata diri hang bukan dari kacamata orang lain.Jangan kita anggap ilmu metafizik atau ilmu mistik hanyalah satu perbualan kosong dikedai2 kopi atau ditepi2 jalan.Ilmu itu sebenarnya ilmu yang menguji akan akal fikiran kita diantara logik,mitos,karut atau realiti.Jangan kita hanya bersembang kosong dikedai kopi atau sekadar di internet.Metafizik adalah satu sains bukan satu lagenda atau cerita khayalan.
kita perlu membuka minda kita seluas2nya demi mencapai ketinggian martabat diri kita bangsa kita yang setanding dengan bangsa asing.Jangan kita sekadar berbual kosong di facebook atau diinternet tanpa arah dan tujuan kemana ke mahu mengarahkan minda kita.kita melalui tahun demi tahun bertukar ganti akhirnya dimana kesudahan diri kita,Curahkan ilmu pengetahuan,pendapat,kongsikan idea2 pada satu kesatuan yang berbentuk ilmiah,bahaskan ilmu2 ini pada landasan yang benar lagi professional.Tabik untuk mereka yang mahu mengubah minda mereka.
Tuan Waliqudus,
Wak masih di Johor? Musykil saya.
Salam..saudara Najz…
Saudara Saiful ada berkata pada saya yang Wak Rahim ni ada Ilmu Lipat Bumi…tak tau la..samaada Ilmu Lipat Bumi ka atau kita yang kena Lipat dengan Wak nihhh….hehehe..saya baru lepas berhubung dengan Wak sebelum Solat Jumaat tadi…tetapi..itu lah kenyataan yang saya dengari dari Beliau..Wak Mungkin Balik kesini pada Hari Rabu atau Selasa…kut mana la tau malam kang tiba-tiba dia ada di Puchong pulak…memang lipat lepat la kita…huhuhu.
hehe.manalah tahu di johor tu wak bertapa dpt ilmu lipat bumi tu.kita tunggu kalau hari ni dia call dr johor.esok dari uganda dan lusa dr united kingdom.hehe
wassalam
Salam Sejahtera sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..
Tuan Saiful, jika sebegitulah Ilmunya, maka ilmu lipat bumi tidak releven lagi..itu Ilmu lipat jin namernya..sebabnya tuan, jika Jin tersebut tidak mahu menerbangkan Wak Karimon kita kemana jua hendaknya, maka dilipatnya Jin tersebut…hehehehe
uikz…heheheheh
adakah jin tersebut dalam kategori jin air asia atau jin mas?
Jintan manis daaaa
Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog karimon,alhamdulillah saya sendiri tidak menyangka bahawa tajuk metafizik ini berjaya menarik perhatian beberapa orang pengunjung bukan sahaja di blog ini bahkan di ruangan facebook.Cuma kedapatan masih ada perasaan takut atau pun malu untuk membincang perkara ini di facebook.Seperti kata Paduka apakah perkataan metafizik itu digeruni atau sesuatu yang ganjil sehingga ada sesetengah pengunjung blog di sini mahu pun di FB begitu takut atau tidak tahu untuk menyoal didalam bidang ini.Mungkin juga fahaman atau pengertian tentang ilmu metafizik ini begitu asing atau kurang difahami.Tidak perlulah saya copy n paste pengertian metafizik sekali lagi kerana ianya telah pun dilakukan di sini dan di FB.
Kalau di FB ramai diantaranya terlibat secara langsong dengan metafizik tanpa mereka sedari Club Mistik item,Alam Tunggal,Posideon,dan TS, semuanya berligar pada metafizik.Cuma apa yang dibicarakan didalam kontek metafizik lebih berbentuk ilmiah yang akan dicuba kaitkan dengan logik akal dan ugama serta teori2 sains.Apakah kita mahu membekukan minda dan daya fikiran kita tanpa ada perasaan berani menceburi sesuatu yang baharu yang lebih bersifat ilmuwan.Metafizik bukanlah satu ilmu atau perguruan yang baharu,ianya telah wujud sejak terciptanya alam ini.Nama2 seperti Socrates,Aristotle,Ibn Arabi.Ibh Taimiyah,Newton,Einstein,Syahid Sayyid Muhammad Husayn dan lain2 lagi mereka2 ini adalah para pemikir,ahli ugama dan saintis semuanya mempunyai pengetahuan yang luas dibidang metafizik.menyebut tentang Syahid Sayyid Muhammad Husayn saya pernah membaca karya beliau yang berjudul “Satu Kajian Metafizik; Tuhan Menurut al-Qur’an” tajuk Asal: God in The Quran.,buku itu membicarakan tentang pengetahuan saintifik tentang alam,ilmu pengetahuan bentuk dan nombor dan pelbagai tajuk2 lagi.
Saya pernah membaca di FB mengenai semangat atau kemarahan orang melayu bila Prof Khoo Kay Kim mengatakan Hang Tuah tidak wujud,kita melenting marahkannya.Tetapi cuba kita tanyakan diri kita sendiri apakah kita ini pakar sejarah sebagaimana beliau ? Kita boleh marahkan beliau tetapi biarlah kemarahan kita itu mempunyai bukti dan dalil yang kukuh dan soal kembali mengapa beliau berani mengatakan Hnag Tuah tak wujud,beliau tahu beliau akan bermain dengan sentimen orang Melayu.Apa yang ingin saya sampaikan ialah kita perlu melawan beliau dengan ilmu kita bukan tenaga kita.Seorang anak muda Cina pernah berkata kepada saya “Uncle knowledge is power” Cabang ilmu itu luas termasuklah juga cabang ilmu metafizik yang merangkumi sains,ugama dan mistik.Kita berbual perkara tanpa ada asas metafizik adalah ibarat melalak bukit.Bila ditanya mana datang kekuatan barang mistik kita jawap khadam itu sahaja yang kita tahu menjawap pada hal ada unsur atau elemen yang lain yang perlu kita kaji.
Zaman kini semakin berubah dan mencabar,apakah kita masih mahu duduk ditakuk yang lama ? dan berpuas hati ini apa yang kita ada sahaja tanpa merasa perlu menambah pengetahuan kita.Dahulu saya pernah berbual dengan beberapa orang teman yang kurang faham akan Metafizik tetapi setelah mereka sendiri mencuba mendalaminya akhirnya inilah ucapan mereka “Wah banyak ya rupanya cabang metafizik ni tak puas nak baca dan kaji”Sebelum saya mentup kalam saya ini ingin saya titipkan satu sms yang saya terima mengenai metafizik ini “Kita kena murnikan mistik didalam metafizik dan berteraskan teologi yang berasaskan aqidah yang tepat/haq tanpa merendahkan persoalan syariat dan tasauf…”
Salam Pak Tuan Karimon dari waris Syed Abdul Kadir juga… adat salam penjuritan
Waalaikumusalam sangkasturi
waalaikumusalam tuan pengasas
ambo sgt bersetuju dgn apa yg diutarakan.
jadi selain no.6 mendengar ambo tambah no 7 membaca.apa abg buat ambo teguh berdiri dibelakang menyokong kecuali satu je.hehe
terima kasih utk ilmu yg dicurahkan.
wassalam
Asalamualaikum
Diantara persoalan yang saya sempat tatapi mengenai penubuhan kelab di atas adalah masalah kelayakan iaitu Certified by…. ijazah atau sijil. kita jangan mudah lupa banyak diantara kalangan ilmuan zaman lampau tidak memilikinya termasuklah para nabi dan rasul, malahan junjungan besar Nabi muhammad saw bukan sekadar tidak memiliki sijil malahan tidak tahu membaca dan menulis. pokoknya yang penting tubuhkanlah kelab tersebut terlebih dahulu !.
Wasalam.
assalamualaikum
ambo sokong jugak pakciklioo!!!
Wassalam ya tuan saiful..ambo sokong jugok nih bro..hehehehe
Waalaikumusalam Pakcikliio,sokongan dan semangat yang diberikan akan dimanfaatkan sebaik mungkin agar generasi muda kita lebih memahami metafizk didalam pelbagai cabang ilmu.Bahkan cadangan pakcikliio nak adakah terapi sifuli itu bagi saya mempunyai kaedah atau falsafah nya tersendiri..Terima kaseh sekali lagi.Wassalam
Terbaaeeekkk..
dah dpt kumpul dh ni.ada beberapa je lg peserta favourite yg blm muncul ni.tok syeikh (busy dgn facebook ni ),alam tunggal (sama juga),pendekar sufi,sofea jane,baiduri, dan lain2.
bila kita dengar “” kelab ”……mungkin menimbulkan berbagai andaian…
bila kita dengar ” persaudaraan ”….mungkin kita nampak banyak kebaikan…
banyak yang masih menunggu…..???
melihat apa maksud…apa tujuan….apa ajenda….???
tungguuuuuuuuuuuuu……
Asalamualaikum
paktua yang dihormati, pada pandangan saya setiap pertubuhan samada kelab, persatuan dan sebagainya perlulah didaftarkan samoga ia mudah digerakan dan mudah mendapat bantuan daripada berbagai pihak termasuk kerajaan, samada atas tajuk persaudaraan dan sebagainnya itu mungkin mengenai nama kelab tersebut. Menerusi kelab mungkin kita boleh menganjurkan seminar malahan konvensyen metafizik dan sudah tentu paktua tidak keberatan membentangkan sebuah dua kertas kerja di konvensyen itu kelak Insyaallah. Untuk menubuhkan kelab atau persatuan Tuan Rahim cuma perlu memohon menerusi online dengan menyertakan bayaran sebanyak RM 30 dan menyertakan ahli dari sekurangnya tujuh negeri jika ingin menubuhkan pertubuhan tersebut dipringkat kebangsaan, kemudian tunggu kelulusannya dalam tempuh lima hari berkerja, tapi Tuan Paduka mungkin inginkan pertubuhan ini diperingkat antarabangsa.
Wasalam.
Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya amat gembira atas cadangan Karimon untuk menubuhkan klub metafizik ini. Metafizik ini merangkumi macam macam cabang. Sama seperti kata ‘occultisme’, kata ‘metafizik’ ini sering disalah tafsirkan sebagai ilmu sihir, ilmu santet, ilmu kuno dan macam macam lagi. Pecahan dari kata ‘metafizik’ ini adalah ‘meta’ dan ‘fizik’. Kalau dari segi dasar, makna ‘metafizik’ adalah ilmu yang melebihi ilmu fizik ( beyond physics). Seringkali ilmu ini dihuraikan di dalam kitab kitab Greek setelah ilmu sains dibincangkan.
Lalu apa itu ilmu yang melebihi fizik? Ya, ianya pasti ilmu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita ataupun pancaindera kita. Ilmu metafizik ini boleh dikatakan sebagai ilmu ghaib tetapi bezanya ilmu laduni dengan metafizik ialah ilmu laduni itu anugerah Tuhan kepada segelintir manusia yang Dia kehendaki sedangkan ilmu metafizik ini adalah hasil pengajian ilmiah dan diskusi antara ilmuwan dan juga para pengamal ilmu ghaib.
Apakah Islam menganjurkan kita mempelajari metafizik? Sudah tentu. Kita harus kembali kepada sejarah kegemilangan Islam kita sendiri. Banyak di antara ilmuwan Islam mengkaji tentang metafizik. Di antara mereka yang terkenal adalah Ikhwan Al Safa di mana ilmuwan ilmuwan dari macam macam bidang datang berkumpul di zaman Fatimid untuk menerbitkan 52 jilid kitab tentang alam ini yang merangkumi secara zahir dan BATIN. Islam di zaman kita pula ini sudah semakin rigid atau dogmatic sehinggakan ia sudah hilang kerohaniannya kerana sering kita berbolak balik dan berperang atas nama fiqh dan hukum,Pasti tuan tuan tidak pernah dengar akan ilmuwan ini kerana Ulama kita sudah tidak hiraukan mereka lagi.
Seorang lagi yang mengkaji metafizik adalah Maslama ibn Ahmad al-Majriti. Kita sering mengenal dia sebagai ahli mathematician tetapi dia pernah menulis kitab berjudul Ghayat Al Hakim atau Picatrix: The Aim of the Sage yang membincangkan hal hal mengenai wafaq, maunah, keramah dan juga ketuhanan. Begitu juga ilmuwan seperti Al-Biruni, Abu Masyar an lain lain lagi yang sudah semakin lama luput dari ingatan kita dan ulama ulama Islam kita.
Perlu diingatkan bahawa tujuan ilmuwan ini mengkaji ilmu metafizik ini bukanlan untuk terus percaya tentang benda benda tahyul atau kurafat. Pengkaji pengkaji yang disebutkan atas ini semuanya mendasarkan pengajian mereka dengan hukum Islam dan puncak segala ilmu metafizik ini adalah untuk mengenal Tuhan. Tuhan telah menganugerahkan hikmahnya di seluruh alam ini tetapi di sebalik tabir alam ini adalah bukan lain daripada kuasa Dia. Maka dari itu tidaklah hairan kalau ilmuwan ilmuwan yang disebut atas ini juga adalah dari kaum Sufi yang membincangkan hal ketuhanan dalam kitab kitab metafizik mereka.
Dari itu saya sokong penubuhan klub ini agar kita lebih cenderung kepada pengajian ilmiah dan bukan kepercayaan kuno atau kurafat. Moga-moga kita bisa mengikut langkat Ikhwan Al Safa atau dalam bahasa Ingeris, Brethren of Purity.
Alhamdulillah
Salam,
Sekadar berkongsi. Tak salah kan? Hihihi3 
Apa2 pun saya rasa kita tubuhkan lah dulu kelab matematik ni, ehhh… silap mystic/metafizik ni… Kerana dikhuatiri andai terlalu banyak sgt berfikir kdg2 membuatkan satu2 perkara yg baik itu tertunda atau terlepas begitu sahaja ditelan masa.
Tentang hukum pembuktian jika ada yg menyoal tentang hal2 metafizik or mystic ni, kena la kita yg hebat2 ni ramai2 tunjukkan (Aku bleh lari sebab aku tak pandai, hihihi) Jgn bila sampai pd hukum pembuktian semua pakat2 lari sebab tk bleh nk buktikan mcm mana metafizik/mystic ni
Wassalam.
Salam Sejahtera Imam Perang..
Hang pi Perang kat mana pulak nih..lama tak dengaq crita??..Bab pembuktian ni boleh dipernyatakan..tetapi telah aku bagi tau..kalau kita dok buat magik kat depan depa pun..tetap akan berkata-kata….Sedangkan angin kentut yang dok keluaq pun depa tak leh nak buktikan….bau siapa kentut pun ada yang tak mengaku..inikan pula bab Tenaga Alam semula-jadi??tak payah la..kayu munggai yang boleh tenggelam pun depa tengok dah kira Hairan…macam mana
Salam,saya setuju apa yang tuan imam perang katakan.banyak fikir itu dan ini jadi serabut nanti,namun begitu kena hati2 jugak terima kasih kerana menyokong.
hehe.bang payah2 kita rekrut sorg ustaz power masuk club kita.hehehe
assalamualaikum
ilmu konspirasi, sufi, mistik & metafizik, antara blog2 menarik : umat-akhir.blogspot.com , mistisfiles.blogspot.com , abatasa2.blogspot.com
bagus la kalau kita kongsi2 ilmu mcm ni
Salam Tuan Karimon dan Tuan Empunya Teras Kayu Waliqudus,
Tuan Karimon, ya mmg betul apa yg dinyatakan oleh tuan… mmg kita kena berhati2 dlm menyampaikan pembuktian metafizik ni, bukan setakat hipotesis/teori shj. Kadang2 bila nk tubuhkan society ni mcm2 halangan yg ada, kdg2 suruh pi brdaftar dgn itu lah… ini lah.
Waliqudus, Aku baru balik Burmese Banks daaaa… mengail ikan kt sana. Ya mmg betoi apa hang ckp, bila tgk kayu munggai tenggelam pun org bleh heran. Tambah la pulak nk crita kuasa magnet yg tk nampak tp mampu mengerakkan besi pd org ramai pun kita tk expert… ni kan pulak hal2 metafizik. Diharap dlm penubuhan society ni mampu menampilkan ramai lg penghurai2/cendekiakawan/bijak pandai hal metafizik yg bertauliah, sikit sebanyak org yg baghal mcm aku ni bleh belajar. Hihihi3.
Tahniah kepada saudara2 ku sekelian tentang cadangan menubuhkan metafizik society. Benda yang yang baik jangan ditangguh. Saya mencadangkan satu pertemuan diadakan dengan kadar segera. Bermuzakarah bersama2 ahli yang untuk menyediakan terms and conditions. Berikut adalah cadangan yang saya ingin uculkan:-
1) Tidak cepat meletakkan/menjatuhkan hukuman pada ahli tanpa diselidiki.
2)Tidak perlu mendabik dada dengan ilmu. Kerana ilmu yang disampaikan kepada individual adalah berbeza-beza.Dengar & Tafakuri ilmu yang hendak disampaikan sebelum memberi komen atau pertanyaan.
3)Membawa manusia ke liqo Allah. Yakni mendekatkan hati kepada Al-Haq. Paparkan kebenaran berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
4) Sentiasa memulangkan amanah kepada yang Empunya Amanah.
Assalamualaikum saudara Luqman,satu cadangan yang baik dari saudara dan 4 cadangan itu pernah saya berbual dengan wak karimon.Antara ahli kita bersifat muzakarah/berbincang.tidak menghukum seseorang diatas fahaman mereka,tiada diskrimasi dalam lumpulan,bebas menberi pendapat masing2.Wak pernah berkata kat aku dulu telah tiba masanya kita membawa anak2 muda ke arah fahaman yang betul yang berlandaskan hukum ugama ,logik,sains dan akal.Wak juga ada kata kat aku kalau terdapat bahasa kesat/kasar,memalukan orang,mengeluarkan pendapat yang sensitif dalam ugama apa pun,bersifat perkauman dia akan delete atau tapis komen2 itu.Tidak ada yang mulia atau tinggi ilmu diantara kita kita semua adalah didalam satu kesatuan kita adalah ibarat adik beradik walaupun dari lain fahaman ugama dan bangsa.Kita semua adalah hamba Allah swt
assalamualaikum pengasas abg rahim, luqman hakim,tuan paduka,waliqudus,hj.awang,tok syeikh dan saudara2ku yg lain dgn doa semoga dirahmati Allah swt senantiasa.amin
ambo sebagai pengikut setia tuan paduka,bersetuju aje dgn apa jua kata tuan paduka.
akhir2 ini jika diperhatikan drpd apa yg dipost di blog ni menampakkan perkembangan positif yg sgt2 memberangsangkan.jelas kelihatan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun diselit dgn gurau senda dan madah tiada helah.juga jelas terpapar satu ukhwah dan persaudaraan yg kukuh dan erat walaupun ada y blm pernah bersua muka.mudahan perkembangan dan persaudaraan ini kekal hingga akhir hayat.amin ya rabbal alamin
apapun paduka,bila mau pekena kopi akar kayu waliqudussss?
wassalam
Assalammualaikum & Salam sejahtera buat para sahabat2, tuan pengasas blog tuan karimon, tuan waliqudus, tuan paduka, tuan saiful, tok syeikh, pakciklii, tuan haji awang, tuan luqman hakim dan lelainnya dengan iringan doa moga kalian semua bahgia, ceria, serta dirahmatiNya…
Alhamdulillah! Dari pelbagai komen menerusi blog tuan karimon, banyak info2 yang positif serta cadangan dan pandangan yang amat bermanfaat..sya amat menyokong usaha2 ini, sebagaimana yang telah disarankan oleh para sahabat serta tuan luqman kita…ada benar kata beliau, janganlah kita terlalu cepat menjatuhkan hukumnya tanpa selidiki tiap sesuatu itu dengan terlebih dahulu usulnya..terima kasih tuan luqman…
Moga segala usaha yang dicurahkan melalui pertemuan dan society mistik ini akan menambahkan lagi ukhwah antara kita walaupun tidak pernah sesekali bersua muka bak kata tuan saiful…insyaAllah..sya rasakan aura yang positif mampu tuan karimon kita laksanakan dengan wujudnya Kelab Mistik ini…tahniah buat tuan karimon…tumbs up!…i like
Moga keberkatan dan karomah dari Allah swt mengizinkan kita semua dalam usaha ini..insyaAllah…
wassalamm…
bab bertemu/bermuzakarah/ berbincang/ elok benar lah tu…
sempena cuti maulid nabi ini cantik jika diaturkan pertemuan dan perjumpaan…
mungkin ada cadagan untuk di anjurkan…..
silakan ya tuan….
Salam Pak Tua,pada cuti Maulud ni saya tidak ada sebab ada orang nak tarik saya pergi jauh ni.
Assalamualaikum tuan karimon yang dihormati moga dirahmati Allah swt,
Tuan karimon, hehehehe sya boleh ikut tak tuan? hehehehehe
silap silap tuan saiful pun nak ikut jugak nih nanti tuan karimon..hehehehehehe
mcmana tak ikut.ambo skrg dah jadi bodyguard wak karimon.hehe
heheheheh…terbaaeekkkkk bro..
Salam tuan karimon yang dihormati moga dirahmati Allah swt,
Tuan karimon, apakah khosiatnya batu teras nibung merah tuan?…biasa jumpa putih, hitam, coklat..tapi bru tau ada yang warna merah…wahhhhhh
Salam tak dapat nak jawap dah PA2 saya semua dah tolong jawapkan.Jawapan yang mereka berikan dah pun mantap dan dah jadi 251%
teras nibung merah khasiatnya adalah sbg pembisa dan penawar ilmu kebal.
osmo.hehehe,demo ada projek dgn wak karimon ya?hihi.shhhyyy,jgn bising2 wak ckp.haha
lagi satu khasiat nibung merah adalah dia juga ditakuti makhluk halus.
Assalammualaikum & Salam sejahtera para sahabat yang dihormati dengan iringan doa moga kalian semua senantiasa dirahmatiNya dan ceria, bahgia, serta dipermudahkan segala urusan kalian…
Hehehehehe…terima kasih tuan karimon, dan para sahabat2 untuk infos2 yang telah diberikan..heheheh ambo stuju tuh tuan karimon..dah jadi 251% dah dengan penjelasan2 yang telah mereka berikan..
Assalammualaikum & Salam sejahtera para sahabat yang dihormati moga dirahmati Allah sentiasa,
Hmmmm…projek?..mono ado projek bro..projek lamo dah lopass..dah sampai pun buku siap tandatangan tuan karimon lagi tuh..heheheheh terima kasih tuan karimon..tapi kalau saudara saiful ada projek…jangan lupo ambo nak ikut projek jugok wokeh..hehehehhehe..
Ooooo..gitu..nibung merah kata sahabat sewaktu jalan2 lepas solat jemat, terserempak ngan teras batu nibong merah..besar lima sen jer..susah nak dapat katanya..klu mcm tuh benarlah katanya, yang nibong merah nih biso bro..jangan dipukul pada orang tak tentu pasai katanya.hehehehhehe wallahu..terima kasih untuk info bro..cayalah bro..tumbs up!…
Dan katanya lagi, ada juga teras nibong jadi batu nih yang ada tiga warna, hah! yang tuh susah nak dapat dan lagi tinggi khosiatnya..kata beliau..
Hmmm…ambo masih lagi musykil lagi nih bro…pm ambo nanti yer..projek apa tu bro!..gue pingin bangat nak tau jugok nih bro..hehehehehe..
wassalam..
SAlam Sejahtera para sahabat yang dirahmati Allah..
Makhluk Halus…mmm…Apa jua jenis Nibung jika pengolahannya tidak betul, jangankan kata makhluk halus..makhluk kasar pun tak takut..pokok nibung jika diolahkan berbagai-bagai ianya boleh jadikan sebagai kegunaan harian..Untuk Perubatan, Makhluk Halus yang dimaksudkan adalah Bakteria-Bakteria yang halus yang telah menyerang sebahagian dari tubuh manusia..(Katakan Bahagian tersebut adalah bahagian Kaki yang Membengkak..Bakteria-bakteria tadi menyerang bahagian tubuh tersebut kerana terdapat dedahan lalu ianya menyerang dan secara tidak langsung bahagian tersebut ada enzim-enzim yang menjadi makanan kepada bakteria2 tersebut. Pokok nibung pula ada mengandungi Makhluk halus (dalam Olahan) Bakteria-bakteria bagi melawan makhluk halus yang menghinggapi tubuh badan manusia. Bagi mentautkan apakah itu Meta-Fizik dalam perubatan..Bakteria yang tidak jelas pada penglihatan manusia maupun dalam penglihatan 200x penglihatan Micro..ianya bertindak balas dengan meneutralkan keadaan kebengkakan pada tubuh badan lalu menyembuhkannya….dalam pengiraan Neukleus, atom-atom yang bertindak balas..Atom Negative dan Positive.
Pada ungkaian diatas mungkin para sahabat tidak faham..malah saya sendiri pun tak begitu arif, kerana dikhuatiri orang-orang lain mahu melihat kenyataannya…Melalui pendekatakan yang dikenali sebagai meta-fizik..dengan peralatan khas diperlukan bagi memperlihatkan bukti tindak-balas dari atom-atom tersebut.
Pendekatan Shifa..atau dengan membaca sesuatu ayat pada permukaan tempat yang sakit pula..Yang dikatakan Meta-Fizik adalah, Bunyi tinggi atau rendah, tonasi dari Suara yang membaca Ayat-Ayat tertentu, menghasilkan Getaran (Wave Vibration)..penyembuhan dari penggunaan vibration wave adalah nyata dan bukan dari illusi..Sebutan-sebutan ayat dari dalam Al-Quran menghasilkan Getaran Penyembuhan jika tahu diolahkan..bagaimana ianya disebutkan, kelajuan getaran tersebut, resonance, Decay, Suspresion, kekuatan bunyi dalam kiraan Desibel yang disuarakan pada permukaan sesuatu, ..semuanya diambil kira…Para Sainstis telah mengkaji Sebutan-sebutan dari dalam Ayat-Ayat Al-quran dari dahulu lagi tetapi banyak yang melalui jalan Buntu…Tetapi jika para sahabat ingin mengetahui Mengapa ianya tidak Menjadi…Sebutan Ayat-Ayat dalam Al-Quran hanya akan bertindak balas Pada Sesuatu jika HATI yang Membacanya..Wave Vibration dari HATI adalah Mutlak..Kerana dari Hati ianya dapat mengumpulkan keseluruhan Tenaga dan dari tenaga itulah jika dinyatakan dalam olahan Pembacaan Ayat-Ayat Al-quran..Penyembuhan Shifa melalui Pembacaan Ayat-Ayat suci dapat dinyatakan. Malah ianya boleh diaplikasikan dalam apa jua bentuk kejadian..itu pun jika tahu dan faham la…Kekuatan yang dikatakan Vibration Wave dari dalam Hati..Tiada peralatan yang canggih manapun untuk mengukur kekuatannya…
Jika kita mengkaji sesuatu yang bersangkutan dengan Meta-Fizik…Kajilah tenaga dalaman terlebih dahulu..bagaimanakah jika kita nak mengkaji Cosmos Energy yang bersangkutan dengan Batu/Kayu/Besi Logam dan sebagainya jika Human Internal Energy tidak dikaji dahulu..kerana titik permulaan sesuatu itu adalah dari yang mengkajinya sendiri…Ibarat misalnya..Awalluddin Makrifatullah…Awal Agama Mengenal Allah..Jika Masih tidak Mengenal maka Tulah..Jika Tertulah..Hati Masih dijajah…Jika telah mengenal Allah….Bertahta Lah Jiwa Yang Memerintah…Allahu…Wallahu…
ambo setuju!!!
Assalammualaikum para sahabat yang dihormati, tuan waliqudus, tuan karimon, tuan saiful, tok syeikh, tuan paduka, tuan serban hijau, tuan neo moga dirahmati Allah swt..
Wahhhhh…panjangg..padat..terima kasih tuan waliqudus…yesss CosmoS EnergY …ambo stuju and sokong 250% tuan waliqudus..
Asalamualaikum
Tuan Waliqudus, tuan tuan dan puan puan yang dihormati sekalian, benarlah seperti yang diucapkan tuan Waliqudus diatas awal ugama itu mengenal Allah, tak kenal maka tak cinta, kerana cinta itulah yang boleh mengimbangi kaseh sayang untuk mengalami kesejahteraan iaitu maksud salam yang dilafazkan terlebih dahulu setiap kali pertemuan bukankah begitu Tuan Waliqudus ?. Maafkanlah hamba kerana sebagai seorang Dukun Asmara, acap sekali mengucapkan ungkapan kaseh sayang cinta dan sejahtera kerana beranggapan itulah aspek aspek kesihatan rohani yang dituntuti.
Tiada kata seindah bahasa, tiada gambar seindah perasaan untuk menyatakan kebesaran dan kesempurnaan keujudan Allah swt. Tiada tuhan melainkan Allah kerana hakikat sesuatu itu hanyalah Allah. Pendek kata seribu itu cuma semacam, jika tak percaya tanyalah yang arif Tuan Rahim kita. Yang menyusahkan bila dah jadi
macam macam. ‘Awalluddin Makrifatullah’ ungkapan ini memerlukan pengertian mengenai maksud makrifat dan ugama. Rukun makrifat itu terdiri daripada 4 tahap keyakinan yang terdiri dari ilmul yakin. ainul yakin hakul yakin dan kamalul yakin. Rukun Ugama itu pula terdiri dari 4 tahap ia itu syariat, hakikat tauhid dan makrifat. keujudan Allah swt itu pun terdiri daripada 4 tahap ia itu nama, sifat, afaal dan zat. oleh itu setiap perkara itu ada rukunnya. Maka marilah kita sempurnakannya menurut rukunnya. Kesempurnaan (kamal) makrifat itu bermula dari ilmu yakin. Kesempurnaan ugama itu bermula dengan syariat. kesempurnaan mengenal tuhan itu bermula dengan namaNya. tapi janganlah mengenal tuhan sekadar menyebut namaNya, Makrifat pula sekadar ilmu dan ugama pula sekdar syariat. biarlah setiap benda itu ada kulit, isi, pohon untuk menyatakan buahnya. Ampun maaf cakapnya Tuan saiful, bayangkanlah jika buah tiada batang.
Segalanya bermula dari rasa, jika tak rasa tak tahu. Kalau dah tahu kena ingat. Bila dah tahu dan ingat barulah terdiri untuk menyatakan sesuatu. Kesimpulannya setiap benda itu ada nama, sifat diri dan zatNya, hata kayu nibung sekali pun, tapi jangan lupa hakikat sesuatu itu hanyalah Allah belaka.
Terima kaseh, wasalam.
assalamualaikum pakcikliioo dan para saudaraku sekalian mudahan dibawah lindungan Allah swt hendaknya.amin
benar sebagaimana kata pakcikli.mahu mengenal Allah maka mengenal diri dahulu.kerana itu dikatakan barang siapa mengenal diri,maka dia mengenal Allah.siapa yg mengenal Allah,maka binasalah sekalian jasad.sebagaimana perumpamaan Allah bagaikan manis dan diri bagaikan gula.mau merasa manis harus makan gulanya.bagaimana mahu mengenal diri maka dihayati lah kisah nabi musa as dgn bukit thursina.
jika mana yg kurang mohon pakcikli tambahkan.mana yg terlebih mohon dikurangkan.mana yg salah mohon pakcikli betulkan dan maaf ambo mohon
wassalam