Metafizik

Assalamualaikum para pengunjung blog karimon,disebabkan komen2 mengenai Metafizik mendapat sambutan dari pengunjung maka saya dan disyorkan oleh Saudara Waliqudus untuk membuka satu entri baru bagi tujuan mengemaskan komen2 yang bakal diterima.

Perihal karimon

Mungkin saja minat yang mendalam terhadap budaya timur dari sudut sejarah,kebudayaan dan kepercayaan membuat saya terasa teruja untuk membaca pekara pekara yang berkaitan dengan adat budaya,sejarah silam,mistik dan spiritual.Tidak terlepas pandang banyak juga buku buku yang berkaitan dengan semua pekara itu saya beli dan miliki,termasuk juga apa yang berkaitan pekara holistic.Disamping buku, segala bentuk artikel yang ada kaitan dengan pekara tersebut akan saya baca dan kumpulkan.

Posted on 20 Januari 2012, in Metafizik. Bookmark the permalink. 31 Komen.

  1. Salam Sejahterapara sahabat yang dirahmati Allah…

    Metafizik…kenapa para saintis mengkajinya dan mereka cuba menjejaki asal datangnya tenaga tersebut. Program penjelajahan angkasa oleh Nasa pada asasnya dipertontonkan kepada mata dunia dengan tiket “mencari sumber baru”, menjejaki hidupan planet lain, selain hidupan yang berada di planet bumi dan sebagainya. Itu adalah Alasan bagi mereka, sedangkan mereka telah menjumpai berbagai dan ianya tidak didedahkan…isunya adalah untuk mengekang akan kebangkitan Ummat. ada beberapa saintis yang telah dipadamkan memori mereka kerana maklumat yang diperolehi dan dikaji, telah tertulis didalam Qalam Al-Quran…

    Para saintis dari dahulu sehingga kini cuba membuat penjenamaan atas nama Meta Fizik dimana dalam pemahaman Ummat Islam erti kata meta fizik pada asasnya ianya adalah Dzat.
    Apakah itu Dzat??…bab ni kena bagi paduka jawab la nih….hehehe

    • Salam waliqudus ada satu zat yang paduka tau terutamanya malam semalam,tu sebab dia sibuk menanyakan tuan ada tak hidangkan rebusan air akar kayu pada siful

      • Salam Sejahtera Tuan Pengasas yang dirahmati Allah..

        Bab Zat yang lagi satu tu, ianya tidak dihidangkan kerana dikhuatiri Saudara Saiful kita bertambah zatnya pula, zat dia yang sedia ada pun dah 3 kali ganda dari saya tuan pengasas…Air rebusan yang ampuh akan dihidangkan jika para sahabat datang bertandang..gabungannya pula dari akar Derhaka Mertua, Tua Galak, Teras Tongkat Ali, Tongkat Ali Merah, Rancang Besi, Rancang Tembaga dan Ubi Jaga…..ditambah pula dengan Madu Tualang Asli…itu pun jika Sahabat Kebatinan Kita Tuan Paduka yang datang..tetapi Jika Dukun Asmara kita yang datang bertandang pula..Maka di khuatiri Tuan paduka kita tidak keruan pula..Ini kerana Ilmu Keasmaraan Tok Dukun Asmara sememangnya kami tunggu-tunggu untuk diperturunkan olehnya…hehehe…bahagian ni Dukun Asmara memiliki kelebihan dalam pengetahuan mengenainya.

      • ;)

    • assalamualaikum tuan waliqudus

      ada ke teras kayu bisa menguranglan zat2 ambo kasi jd slim melim mcm tuan waliqudus? (tuan paduka.ini kategori ampu atau jek? )

      • uikz..hehehehehe ;) klu mcm tuh..ambo nak jugak secawan dari tuan waliqudus..hehehehe ;)

    • Terima kasih untuk info tuan waliqudus yang amat bermanfaat..izinkan ambo mencatitnya.. ;)

  2. silakan tuan paduka.

    tuan waliqudus,kopi 2 jug tu kopi biasa atau kopi tongkat ali?hehe

    ttg metafizik yg tuan waliqudus cerita itu ada benarnya.kerana apa yg ditemui,penemuan baru semua tertulis di dalam quran.

    wassalam

  3. Assalamualaikum saudara2 sej\kelian dalam kesibukan saya kesana sini saya akan cuba mengluangkan waktu menjawap beberapa pertanyaan didalam blog ini.Siang tadi saya berada di Lata Kijang untuk mencari sesuatu yang dianggap mistik dan mitos.Seperti yang diberitahu olih paduka perkataan kelab tidak digunakan tetapi buat sementara waktu didalam komen2 kita ianya diguna pakai secara umum sahaja.Yang diguna pakai adalah Grup Metafizik Karimon atau Persaudaraan Metafizik Karimon,logonya kini dalam proses pembuatan graphic design dan yang terdapat pada logo itu adalah 4 huruf utama sahaja sebagai simbol.Tentang nama kelab itu silakan beri maklum balas saudara2 semua kerana logo itu pun akan siap selepas Tahun Baru Cina.Seperti Tuan Waliqudus nyatakan tiada sangkut paut dengan polotik dan terbuka untuk semua bangsa,ugama dan dari negara mana pun..
    Siang tadi semasa saya berada di Lata Kijang saudara Pendekar Sufi ada menalipon saya menanyakan tentang hal kelab ini dan beliau nampaknya turut berminat menyertai kita semua kerana secara tidak langsong beliau juga adalah pengamal metafizik.Dalam urusan pendaftaran saya tidak mahu membuatnya terlalu rumit,mudah dan ringkas.Dari pendaftaran itu juga saya akan membuat kajian dari sudut demography.Kelab ini simple saja iaitu agendanya ialah menlestarikan atau memberi/berkongsi/membincangkan pengetahuan yang luas mengenai ilmu atau falsafah metafizik.Ianya ilmu logik.ugama,mistik dan sains.Tiba masanya kita membincangkan sesuatu itu dalam bentuk yang lebih ilmiah dari hanya bersandarkan kepada mistik saja.

    • Alhamdulillah tuan pendekar sufi yg dihormati juga akan bersama kita.mudahan persaudaraan dlm kelab ini akn lebih erat dan meriah.amin

      • Assalamualaikum wbt.Satu approach yang menarik didalam kaedah mempelbagaikan jurusan ilmu pengetahuan diantara kita semua.Ilmu sesungguhnya tiada batasan,serta menjadi kewajipan kita untuk menuntutnya.Silakan Pak Karimon merujuk kepada email kerana maklumat saya telah pun saya sertakan untuk menjadi ahlinya.Semuga sukses didalam niat melestarikan cabang ilmu.

      • Alhamdulillah..aminnn moga semakin erat persahabatan antara kita semua ke arah kebaikan bersama insyaAllah..mari kita manfaatkan segala ilmu metafizik ini..hmmm bila boleh buat pembayaran tersebut tuan karimon?..sya dah lama ready n set standby dah nie..hehehehe..semangat nih.. :D

  4. Waalaikumusalam

    Sebelum ini kumpulan yang berhubungan dengan ungkapan Metal telah mendapat berbagai tangapan negatif daripada masyarakat kita. Oleh itu saya menyarankan adalah lebih baik kita berhati menamakan kumpulan Kelab Metafizik dan Logonya. Kini pihak ROS (Pendaftar Pertubuhan) pun tidak lagi menerima logo dalam bentuk harimau, Mahkota, Bunga Padi dan banyak lagi. bagaimana pun ini bukan lah masalah pokok untuk kita menubuhkan badan tersebut.

    wasalam.

    • Assalamualaikum Cikliio,apa yang cikliio kata itu ada benarnya,nak salahkan pihak ROS pun tak boleh kerana banyak pihak yang menyalah gunakan matlamat penubuhan kelab itu.Mungkin inilah yang membuat wak kita berhati2 dalam penubuhan kelab itu sehinggakan pada logonya dan namanya pun wak ambil kira.Tapi insyaallah wak kita akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikannya.Yang kita perlu lakukan ialah terus memberikan sokongan padu kepada nya.Yang aku sibuk2 ni pun kerana aku sendiri merasakan satu keseronokan tentang metafizik ni.
      Ni aku nak tanya hang ciklii mana kah kaedah urutan yang pada fikiran hang terbaik.masa ni kita dok tahu macam2 kaedah urut yang ada,shiatsu,jepun,thai dan entah apa lagi.Semuga hang sudi menjawap.

  5. Assalamualaikum,terutamanya tuan punya blog serta sahabat2 semua.satu usaha yang murni dan yang berlainan yang ingin diketengahkan oleh tuan karimon.saya melihatnya sebagai satu usaha yang perlu kita semua sokong.Amat kurang kita mengetahui tentang metafizik walaupun kita semua diselubungi oleh metafizik.Sesuatu topik yang menarik yang perlu dibincangkan oleh kita semua.Kepercayaan ini bukan hanya terbatas pada soal fizik dan sains sahaja bahkan sampai kepada soal ugama,amalan kebudayaan dan dunia msitik atau paranormal.Rasanya tiada lagi wujud kelab msitik dinegara ini setahu saya.Teruskan usaha murni tuan2 semua.

  6. Waalaikumusalam

    Tuan Paduka, saya menyarankan Kelab Metafizik ini didaftarkan terlebih dahulu kerana adalah menjadi satu kesalahan yang boleh didenda dan dipenjara mana mana pertubuhan yang mencetak dan menyebarkan nama dan logonya tanpa didaftarkan terlebih dahulu dengan ROS dan mendapat kelulusannya.

    Tentang urutan pula sudah tentulah urutan tradisional lebih aula atau utama berbanding dengan urutan moden kerana urutan tradisinal berdasarkan kepercayaan (ugama) urutan moden pula sekadar menurut kajian (sains) iaitu pemikiran manusia yang bertaraf makhluk bukan menurut wahyu.

    Urutan tradisional yang terbaik dan sempurna pula sudah tentulah urutan yang berdasarkan amalan ugama Islam. Bukankah ajaran ugama Islam itu lebih sempurna berbanding ugama yang dibawa Rasul dan nabi sebelumnya, apatah lagi urutan berdasarkan ugama bumi (bukan langgit) yang bukan dibawa oleh Rasul dan Nabi. Tuan Paduka ni sudah gaharu cendana pula.

    Wasalam.

    • Assalammualaikum & Salam sejahtera buat para sahabat yang dihormati moga dirahmati Allah sentiasa hendaknya…

      Yeaaaaa tuan pakciklii dah muncul akhirnya…yeaaaa…apa khabo pakciklii00?.. :D

  7. Assalam semua…. manarik sggh sabjek ini… ;-)

    • ya.buah fikiran tuan serban hijau juga diperlu dan dialu-alukan.silakan tuan

  8. tuan saiful ;-) sya x layak lg nk bg apa2 pandangan ;-) maklum la br 1/2 jagong hu3…biar la abg2 yg lbh tua beri pandangan lg bernas & bermanfaat…

    • 1/2 jagung dah kira okay tu tuan serban hijau kalau nk dibandingkan dgn saya yg baru benih jagung ni.blm dibawa ke tanah lg

  9. Asalamualaikum

    Tuan Saiful, oSMo, Serban_hijau, giman dan lain lain, bila Tuan Saiful dan Tuan Serban_hijau sebut perkataan jagung dan tanah, aya teringat perkataan ‘tanah air’ ia itu benting terakhir yang dipertahankan oleh pewira Melayu zaman dahulukala. Kini Tanah air kita sudah dijajah, tanah kita telah dilombong, gunung ganang kita telah diletupkan setiap hari, air sungai kita telah berwarna kuning dan mengalir lesu. Bila tanah air kita lelah dijajah dan dimusnahkan, udara kita berjerbu. maka tak usahlah kita sibuk memilih makanan yang tidak tercemar konon, jika kita setiap saat menghirup udara yang tercemar. Sesungguhnya udara yang tercemar itu lebih merbahaya dari makan minum yang tercemar. Apabila udara tercemar maka haba juga akan tercemar, maka hangat pijarlah kita setiap hari menetap dibumi bertuah ini, jika dahulu budaya hidup kita sekadar berkipas dan berkirap kini memerlukan pendingin udara, esuk lusa entah memerlukan cool room pulak. Tapi di bandar dengar ceritanya PA sering bertukar jadi AP ia itu alat pemanas, ye ke ?.

    Cerita bab jagung pula itu sebab saya suka buka gelanggang silat kerana silat itu warisan seni beladiri. Mereka yang ingin berjagung sepatutnya terlebih dahulu membela diri zahir dan batin kerana membela anak isteri memerlukan pemberian nafkah zahir dan batin, bukan ke begitu Tuan Saiful ?. Kemudian barulah kita boleh membela rumah tangga, kampong halaman dan akhirnya tanah air. Dan bab berjagung ni kena tanya Dukun Asmara.

    Wasalam

    • assalamualaikum

      benar tu pakcikli.ambo mana yg betul ambo sokong belaka.

      tapi soalan PA dan AP tu apa maksudnya pakcikli.tak tertangkap.yg tau PA itu personal accident atau personal assistant dan AP itu lesen import kereta.hehe

      maka mohon pakcikli share lagi bab jagung ni.psl dr jagung jika diolah maka akan terhasillah sebuah buku tebal.

      wassalam

      • Waalaikumusalam

        Tuan Saiful, tentang AP tu, jika kurang jelas tolong tanya Tuan Rahim atau Tuan Paduka. Cerita jagung ni, kata orang dulu dulu ‘berjagung jagung dahulu sebelum padi masak’ atau seperti maksud madah seloka dibawah ini;

        Kenyang cukup sekali makan
        lain cuma minum minuman
        jika kenyang dalam kehausan
        meranalah jiwa sakitlah badan

        Wasalam.

      • Assalammualaikum tuan pakcikli00 yang dihormati, para sahabat yang dikasihi moga senantiasa dirahmati Allah swt…

        perrhhhhhh….Tumbs! Up!..cayalah pakcikli00…sungguh dalam..hmmm tuan saiful..apo kato kita tunggu komen2 dari tuan rahim dan tuan paduka.. ;)

        heheheheh…terbaaeekkk!.. :D

      • assalamualaikum pakcikli

        maka akan ambo tanyakan akan abg rahim tatkala ketemunya nantu.insyallah.adakah ap ada kaitan dgn ilmu jurus 4 bidadarinya?hehe

    • Wsalam tuan pakcikli00 yang dihormati jua disegani serta para sahabat yang dikasihi moga kalian semua berada di dalam kandungan sihat, ceria, bahgia dan senantiasa dirahmati Allah swt….

      aa..ambo amat menyokong saranan jua pesanan di dalam nasihat tuan pakcikli00 dalam sungguh maksudnya…terima kasih untuk info tuan pakcikli00 ;)

      Terbaaeekk…saya mesti pilih!… :D

      • Asalamualaikum

        Tuan oSMo dan Tuan Saiful, jika tuan perhatikan Tuan Rahim jarang sekali memberi komentar mengenai komentar saya di halaman ini kerana saya juga dianggapnya boleh menjadi AP ia itu alat pemanas di Karimon’s Blog.

        Tuan harus mengerti Tuan Rahim orang tua yang seangkatan dengan Tuan Paduka, Tuan Waliqudus dan Tok Syeikh. Orang tua ni ibarat keladi, mangkin tua mangkin menjadi. Ibarat langkuas mangkin tua mangkin buas. Ibarat nenas mangkin tua mangkin ganas. Ibarat sabut mangkin tua mangkin berserabut. Seperti pantun dahulukala;

        Singapura dilanggar todak
        hendak berkubu sebatang pisang
        orang tua dapat budak
        macam ayam ditangkap musang.

        Wasalam.

      • assalamualaikum saudaraku sekalian

        alkisahnya ap itu adalah alat pemanas.baru ambo dpt tangkap.sudah terlintas difikiran walhasil ceritera abg rahim akan pakcikli yg dihormati.baru kini ambo sedari.apapun ambo tetap berdiri.menyokong dan menanti ilmu diberi.anda ada salah dan silap yg tak disedari.ambo susun 10 jari.mohon ampun maaf diberi.doa ambo buat pakcikli.mudahan Allah memberkati dan merahmati.amin

  10. Assalam pakcikli00 t.kaseh atas nasihat tuan byk isi tersirat ;-)

    • aa..dalam maksud yang tersirat tuh..hehehehe insyaAllah tuan pakcikli00 ;)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 160 other followers