SENI URUT TERAPI SIFULI
Assalamualikum semua,diatas permintaan Pakcikliio iaitu otai kita yang kini sudi kembali ke blog ini maka saya membuat satu entri baru mengenai sejenis terapi baru yang beliau ingin perkenalkan dan termasuk juga buku mengenai terapi itu.Semuga sahaja kita semua mendapat manfaat dari sesuatu yang baru.Dibawah ini saya copy dan paste sedikit sebanyak mengenai terapi itu.
Seni urut terapi Sifuli adalah warisan terapi kesihatan tradisional alamiah. Warisan terapi alamiah ini adalah berdasarkan kesempurnaan kepercayaan keujudan tuhan semesta alam yang mencipta alam semesta untuk keperluan kesihatan hidup manusia mencegah penyakit rohani dan jasmani.
Manusia adalah makhluk sebaik kejadian yang dicipta tuhan untuk menyatakan kesempurnaan keujudan tuhan semesta alam yang mencipta alam semesta. Kesempurnaan nama, sifat, perbuatan dan zat tuhan yang mencipta alam semesta hanya dapat dihayati manusia dengan kesihatan rohani, jasmani, jiwa dan raganya.
Kitab suci al Quran adalah panduan hidup manusia untuk membina kesihatan hidupnya yang mencegah penyakit rohani dan jasmani. Al Quran adalah kitab suci yang diwahyukan tuhan kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw adalah Rasulullah yang bersifat bijaksana menyampaikan amanah kebenaran yang terkandung didalam al Quran kepada umatnya untuk membina kesihatan hidup yang mencegah penyakit rohani dan jasmani.
Keujudan alam semesta yang dicipta tuhan semesta alam adalah bermula dengan pergerakkan tenaga empat unsur alam benda iaitu tanah, air, angin dan api yang membina bahan makanan, minuman, udara dan haba untuk keperluan tenaga alam raga manusia iaitu darah, urat, nafas dan haba. Pergerakan tenaga raga pula adalah untuk keperluan tenaga jiwa iaitu perasaan, kesedaran, pengertian dan kefahaman. Pergerakan tenaga jiwa pula adalah untuk membina pendirian kehidupan jasmani yang terdiri daripada parasrupa, gerakgeri, tingkahlaku dan budibahasa. Pendirian kehidupan jasmani manusia membina kehidupan rohani untuk menyembah nama, sifat, perbuatan tuhannya yang maha Esa.
Posted on 20 Januari 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 44 Komen.
menarik ni
yup..memang menarik pun..jom bro..mari kito ikuti perkembangannya..hehehehe
Waalaikumusalam
Tuan Rahim dan Tuan Saiful yang saya hormati. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kaseh kepada tuan Rahim kerana bermurah hati mengirimkan intri khusus SENI URUT TERAPI SIFULI. Insyaallah saya akan mengirimkan penerangan mengenai kaedah seni Urut terapi Sifuli dari masa kesemasa untuk tatapan kita bersama dan berusaha menjawab segala pertanyaan yang mampu saya jawab dan disini tidak kurang juga pelayar Karimon,s webblog yang arif lagi bijaksana untuk membantu saya menjawab soalan yang agak sulit dari khalayak. Di bawah ini saya sambung sedikit lagi mengenai pengetahuan Seni Urut Terapi.
SENI URUT TERAPI ADALAH AMALAN HIDUP MANUSIA SEMULAJADI.
Seni Urut Terapi Sifuli adalah berasaskan kepada amalan kehidupan manusia semulajadi iaitu mengurut tubuh badan yang wajib dilakukan setiap hari untuk mencuci kekotoran terutama ketika mandi wajib atau sunat dan bersuci. Diantara punca utama penyakit adalah akibat daipada kelalaian manusia menunaikan tanggungjawab mengurut tubuh badan dengan sempurna ketika mandi dan bersuci. Kekotoran yang terdapat pada tubuh badan akan membiakkan segala kuman dan menjadi sarang kepada hantu syaitan yang membina penyakit zahir dan batin.
Urutan amalan kehidupan manusia setiap hari adalah terdiri daripada urut zahir dan urut batin. Amalan urut zahir adalah seperti mengosok tubuh badan setiap hari dengan sempurna ketika mandi wajib dan sunat serta bersuci. Kesempurnaan urutan zahir adalah terdiri daripada mencuci kekotoran darah daging, melembutkan urat saraf, melegakan pernafasan dan menjana tenaga tubuh badan untuk membina kesihatan yang mencegah penyakit.
Amalan urutan batin pula adalah amalan kewajipan suami isteri yang saling menguruti ketika menikmati santapan nafkah batin. Kesempurnaan urutan ketika memberi santapan nafkah batin adalah terdiri daripada membelai perasaan, memupuk kesedaran, melakukan persenyawaan dan mengalami persetubuhan.
Amalan urutan zahir dan batin adalah saling melengkapi. Kesempurnaan urutan batin hanya dapat dinikmati oleh pasangan suami isteri yang telah melakukan urutan zahir terlebih dahulu untuk membersihkan darah daging, melembutkan urat saraf, melegakan pernafasan dan menjana tenaga tubuh badan. Sebab itulah pasangan suami isteri disunatkan terlebih dahulu bersuci sebelum melakui urutan batin. Akhirnya pasangan suami isteri yang telah berahi atau melakukan persenyawaan atau mengalami persetubuhan adalah diwajibkan pula mandi wajib untuk melakukan urutan zahir.
Asalamualaikum Cikllio,kalau tak silap saya Tuan juga ada mengarang buku mengenai terapi sifuli ini agaknya bila mahu dikeluarkan.Agak suspen juga bila membaca kaedah amalan urut sifuli ini.Apakah sifuli ini juga membawa erti Guru Cikliio sendiri.
Assalamualaikum pakcikli00 yang dihormati moga sentiasa dirahmatiNya..
aa..pakcikli00 ambo pun nak tahu jugak tuan…terima kasih…
Waalaikumusalam Tuan Paduka !
Buat pengetahuan tuan saya telah pun mempelupuri Seni Urut Sifuli ini sejak tahun 1980an lagi. Buat permulaannya saya telah mempelupori urut kaki jalanan di Kuala Lumpor dan Ipoh. Kemudian merebak keseluruh negara seperti Pahang, Sabah, Singgapura dan selainnya. Saya juga telah menyediakan Kursus Urut Terapi di Jabatan belia, Persatuan Orang Cacat Pengelihatan dan sebagainya. Kini bila terlalu ramai mereka yang telah mempelajari Seni Urut Sifuli tibalah masanya ditubuhkan persatuan untuk menyatukan mereka yang berselerak diseluruh negara. Sebagai Guru dan pengasas Seni Urut tersebut maka bolehlah saya disebut guru tapi memadailah saya dikenali sebagai Sifuli sahaja. Buku yang saya karang lebih merupakan sebuah Kitab dan kitab ini cuma saya syarahkan kepada mereka yang mengikuti kursus Seni Urut Terapi Sifuli. Buat masa ini tidak ada lagi murid saya yang boleh mensyarahkan atau mengupas isi kandungan kita itu kepada pendengar. Kitab tersebut tidak boleh saya terbitkan kerana ianya mengandungi bab rohani, jasmani, jiwa, raga, zahir dan batin yang mengandungi rahia yan tersirat dan tersurat. Kitab tersebut perlu dicernakan lagi terlebih dahulu sebelum di sebarkan kepada orang ramai supaya tidak mendatangkan fitnah.
Wasalam
PUNCA PENYAKIT ROHANI JASMANI JIWA DAN RAGA MANUSIA
Punca utama penyakit rohani dan jasmani manusia adalah kesan daripada alam budaya kehidupan moden yang mencemar alam semesta. Alam kehidupan manusia mencemari alam manusia adalah bermula dengan mencemari unsur alam benda yang terdiri daripada unsur tanah, air, angin dan api.
Pergerakan tenaga alam semesta adaah bermula dengan tenaga unsur tanah, air, angin dan api yang menjadi asas kepada pembinaan bahan makanan, minuman, udara dan haba yang diperlukan oleh alam raga manusia yang terdiri daripada darah, urat, nafas dan haba.
Pencemaran unsur tanah yang mencemari pula makanan yang diperolehi daripadanya seterusnya akan membina kekotoran darah daging manusia. Kekotoran darah daging adalah menjadi punca utama penyakit kerana kekotoran tersebut membiakkan segala kuman dan menjadi sarang hantu syaitan di tubuh badan manusia iaitu kekotoran adalah melemahkan tenaga tubuh badan untuk membina kesihatan yang mencegah penyakit.
Kesan kekotoran darah daging yang melemahkan tenaga raga manusia itu melemahkan pula tenaga jiwanya iaitu perasaan untuk memperolehi dan membina pengetahuan hidup manusia. Kelalaian perasaan membina penyakit jiwa manusia yang bermula tidak boleh bertimbang rasa di antara satu sama lain samada dengan manusia atau makhluk yang lain (tidak mesra alam).
Penyakit jasmani manusia kesan daripada kekotoran yang dialami alam raga yang dituruti kelalaian perasaan jiwa adalah dusta yang dinyatakan oleh parasrupa. Oleh itu penyakit rohaninya adalah mendustai nama tuhannya dan kehidupannya adalah menyembah alam benda.
Pencemaran unsur air yang mencemari bahan minuman yang diperolehi daripadanya seterusnya akan menegangkan urat saraf tubuh badan manusia. Ketegangan urat saraf menghalang kelancaran pergerakan darah dalam tubuh badan dan pergerakan anggota tubuh badan. Kelancaran pergerakan darah sangat perlu untuk membersihkan kekotoran dan pencernaan serta membekalkan zat makanan, minuman, udara dan haba.
Kesan ketegangan urat saraf yang melemahkan tenaga raga ini pula akan melemahkan tenaga jiwanya iaitu kesedaran untuk mengingati ilmu pengetahuan. Lupa adalah penyakit jiwa manusia yang biasanya disebut tak sedar diri, mabuk, gila dan sebagainya.
Penyakit jasmani manusia kesan daripada ketegangan urat saraf yang dituruti dengan lupa ingatan adalah sifat keji yang dinyatakan oleh gerakgerinya. Oleh itu penyakit rohaninya pula adalah mencela sifat tuhannya dan kehidupannya adalah menyembah makhluk.
Pencemaran unsur angin yang mencemari pernafasan pula akan melemaskan tubuh badan manusia untuk menjana tenaga kehidupannya.
Kesan kelemasan pernafasan yang melemahkan tenaga raga akan melemahkan pula tenaga jiwanya iaitu pemikiran yang mengimabangi ilmu pengetahuan untuk membina pengertian. Kejahilan adalah penyakit jiwa manusia yang sering disebut bodoh atau bingung.
Penyakit jasmani manusia kesan daripada kelemasan pernafasan yang dituruti dengan kejahilan jiwa adalah kejahatan amal perbuatan yang dinyatakan oleh tingkahlakunya. Penyakit rohaninya pula adalah menyembah hantu syaitan.
Pencemaran unsur api yang mencemari haba tenaga tubuh badan manusia melemahkan kecergasan tubuh badan untuk membina kesihatan yang menyembuhkan segala penyakit.
Kelemahan tenaga raga manusia adalah melemahkan tenaga jiwanya iaitu kefahaman untuk mengalami kehidupan. Penyakit kefahaman adalah kesesatan.
Penyakit jasmani manusia kesan daripada kesesatan adalah kebatilan yang dinyatakan oleh budibahasanya. Penyalkit rohaninya pula adalah menyembah hawa nafsu
Wasalam..
Salam Sejahtera Pakcikli yang dirahmati Allah..
Penerangan yang begitu mantap cikli…Alhamdulillah..Tajuk: Penyakit Rohani, Jasmani serta Jiwa Raga….Kalau lah penerangan yang begitu terang masih tidak difahami…alamatnya..berpenyakit la tu…Komen ni yang best cikli..
Kalau lah depa dapat memanfaatkan apa yang cikli komenkan, bab Meta-Fizik tu lebih senang untuk depa selami..had yang ni “AKU MINTAK”..cikli dapat menerangkannya lagi serta ditautkan dengan Ilmu Meta-Fizik…Kalau Roh/Jasad/ Jiwa dan Raga tidak diperbaiki, macam mana depa nak memahami Tenaga Dalaman yang boleh memperbaiki Jasad Tubuh Badan. Bila sehat tubuh badan..Minda pun Bertambah terang..saya faham..tetapi tidak saya miliki pengetahuan macam mana nak terangkan dalam bentuk penulisan..Terima Kasih Sahabat…
Waalaikumusalam
Terima kaseh Tuan Waliqudus sahabat yang saya hormati. Sebagaiman yang tuan maklumi ilmu yang ingin kita tuntut tidak lebih dari syariat, hakikat, tauhid dan makrifat. Apa yang perlu kita ketahui dan kita kenali pula tidak lebih dari alam benda, alam raga, alam jiwa, diri dan tuhan. Metafizik adalah bidang ilmu untuk mencerna perkara tersebut, bukankah begitu. Akhirnya apa yang kita ingin kenali ialah nama, sifat, afaal dan zatNya. Dan itulah yang tuan sering ucapkan berserta sahabat sekalian di halaman ini. Terima Kaseh.
Wasalam.
Alhamdulillah.. salam sejahtera para sahabat yang dirahmati Allah..
Begitulah hendaknya sahabat yang saya hormati, Seni urutan Sifuli ini jika sahabat tidak menerangkan seperti yang dipaparkan, mungkin orang-orang lain tidak mengetahuinya..apakah itu Seni urutan Sifuli dan apakah relevennya dengan Ilmu Meta-Fizik. dengan penerangan tersebut, ianya amat mudah sekali untuk para sahabat memahaminya dan secara tidak langsung, ianya membuka minda dan minat bagaimana ianya diamalkan/lakukan dan apa pula keperluan yang perlu bagi memulakannya. Pendekatan sebegini yang didahagakan oleh para sahabat yang ingin mencari Ilmu dalaman serta fahaman mengenainya…kalaulah ramai yang diluar sana faham dengan seni dalaman ini…maka apa yang diunjurkan oleh pengasas kita dalam bab cabang Ilmu Meta-Fizik ni…ahhh..mudah rupanya…InsyaAllah
Asalamualaikum
ISLAM DAN SENI URUT TERAPI
Sebelum saya memberi komentar mengenai berbagai jenis seni urut yang diwarisi oleh berbagai bangsa berasaskan kepercayaan atau ugama nenek moyang mereka anuti untuk membina kesihatan jiwa dan raga serta kesejahteraan kehidupan rohani dan jasmani, terlebih dahulu izinkan saya menerangkan bagaimana seni urut terapi yang berdasarkan kepada Islam.
Rengkasnya perkataan urut itu bolehlah difahami sebagai perbuatan yang dilakukan berturutan atau berulangkali. oleh itu jika kita perhatikan banyak diantara amalan dalam ajaran Ugama Islam yang perlu dilakukan berturutan seperti menjirus air ketika bersuci dan mandi yang sunat dilakukan berulangkali dan begitu juga pergerakan tubuh badan yang perlu dilakukan ketika solat sekurangnya untuk memberseh darah daging, melembutkan urat saraf, melegakan pernafasan dan meransang tenaga tubuh badan untuk membina kesihatan menyembuhkan penyakit.
Jika kita lihat sepintas lalu diantara amalan rukun Islam itu adalah bermula mengucap dua kalimah syuhadah iaitu untuk menetapkan pendirian zahir dan batin kehidupan terlebih dahulu. Solat lima waktu sehari semalam pula wajib dimulai dengan bersuci iaitu membersehkan diri zahir dan batin daripada segala kekotoran. kemudian diantara perbuatan solat itu adalah untuk melembutkan urat saraf bermula dengan membaca ayat suci untuk melembutkan urat saraf lidah yang mungkin boleh melembutkan urat saraf hati kerana pangkal lidah itu adalah hati. Oleh itu setiap kerja buat itu biarlah tentu hujung pangkalnya. Maksuhnya bacaan ayat suci dilidah itu biarlah sehingga pangkalnya ia itu hati. Begitu jugalah pergerakan sekalian anggota tubuh badan ketika melaksanakan solat sekurangnya biarlah boleh melembutkan urat saraf dan melancarkan pergerakan darah. jika solat yang kita lakukan sekadar ikut ikutan bukan urut urutan maka celakalah mereka yang melakukannya.
Begitu jugalah dengan amalan berpuasa untuk menahan diri daripada godaan hantu syaitan. Terdapas hadis Nabi saw yang bermaksud rumah penyakit itu perut. Perut orang mukmin itu satu pertiga makanannya, satu pertiga minumannya dan satu pertiga lagi ruangnya untuk bernafas. Diantara tujuan berpuasa adalah untuk membina kembali ruang bernafas di perut manusia kerana telah dipenuhi makanan dan minuman. Mereka yang tidak boleh bernafas dengan sempurna sering disebut sebagai separuh nyawa kerana nafas itu adalah nyawa. Hantu syaitan sangat suka menggoda mereka yang ingin putus nyawa kerana mereka yang sebegini sanggat mudah diperdaya. Sebab itu banyak orang menyebut bahawa hantu syaitan itu dirantai ketika bulan puasa (Ramadan) dari menggangui manusia. Tapi apa yang kita perlu ingati bahawa hantu syaitan itu hanya dirantai di hati perut mereka yang berpuasa dengan sempurna, bukan di semua hati perut umat Islam di bulan puasa.
Begitu jugalah amalan menunaikan zakat dan fitrah untuk membersehkan harta samoga manusia tidak menyembah harta benda. Dan selayaknyalah mereka yang telah memberseh darah dagingnya, melembutkan urat saraf, melegakan pernafasan dan bertenaga pergi haji untuk menunaikan hajatnya menjadi tetamu Allah swt. Bagaimanakah mereka yang kotor zahir dan batinnya bertemu dengan Rabul Alamin ?.
Wasalam.
URUT TERAPI TRADISIONAL ALAMIAH BUKAN ISLAM
Kaedah terapi tradisional Alamiah bukan Islam yang popular hingga ke hari ini adalah seperti yang diwarisi bangsa Cina, Jepun dan Thailand. Menurut kepercayaan warisan bangsa ini keujudan alam semesta adalah bermula dengan pergerakan lima unsur iaitu tanah air kayu logam dan api yang membina tenaga jiwa dan raga untuk membina pendirian yang menyembah tuhannya.
Kaedah urut terapi mereka untuk meransang tenaga tubuh badan manusia (di sebut qi atau chi) adalah berpandukan kepada tiori akuapunture. Akuapuntur adalah gugusan titik titik pusat tenaga yang terdapat pada tubuh badan manusia. Garisan diantara titik titik ini pula membentuk garisan salur tenaga yang menguasai organ tubuh badan yang tertentu. Bagaimana pun keujudan titik dan garisan akuapunture ini pada tubuh badan manusia adalah sekadar tiori sahaja seperti keujudan garisan bujur dan lintang dipermukaan dunia yang diujudkan sekadar menurut bayangan atau andaian sahaja untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.. Oleh itu urutan tradisional yang menggunakan kaedah ini disebut juga sebagai urutan akuapunture. Banyak juga urutan moden yang mengguna pakai kaedah ini. Urutan Akuapunture adalah meransang titik dan salur tenaga pada tubuh badan manusia untuk membina kesihatan yang menyembuhkan penyakit.
assalamualaikum abg rahim,pakciklioo,tuan waliqudus kopi super sedap,tuan paduka dan saudaraku sekalian
penerangan yg menarik dan padat dgn ilmiah drpd pakciklioo.pasti ada seterusnya ni.
wassalam
Waalaikumusalam
Tuan saiful, pertama ingin saya ingatkan, jangan suka minum kopi nanti mudah ketengah ketepi. Kata mereka kopi Janda lagi sedap, lemak, manis dan menarik, tapi yang menarik tangannya bukan pipi atau kopinya.
Maka sesungguhnya setiap komentar di Karimon’s Blog menarik belaka, Pakcikli00 hanya sekadar di pinggiran sahaja, ibarat melukut ditepi gantang, masuk tak bertambah keluar tak luak,
Wasalam.
assalamualaikum pakcikli yg dihormati mudahan dirahmati Allah swt.amin
takpe andaikata pakcikli melukut ditepian gantang,maka ambo akan turut sama bermain di gantang jua.hehe.jika pakcikli dipinggiran,ambo ditepi pinggir
setiap komen ada ilmu dan gayanya yg tersendiri.pakcikli punya ada menariknya dari sudut ilmu dan bahasanya.
tapi yg pertama kali menarik minat ambo dgn seni ni psl nama dia dkt2 nama ambo pakcikli.hehe
ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa.niat dihati hanyalah bergurau senda jua merapatkan persaudaraan
wassalam
Salam Sejahtera pakcikli yang dirahmati Allah..
Buku seni-urut ni dah ada kan???
Waalaikumusalam
Tuan Waliqudus, setiap buku yang saya tulis maseh belum saya terbitkan untuk mendapatkan ISBN kerana menerbitkan buku memerlukan modal yang besar dan sukar untuk mendapatkan pulangannya dengan segera. Oleh itu buku yang saya tulis mengenai Seni Urut Terapi maseh sekadar untuk peringkat rujukan sendiri dan keperluan murid yang mengikuti kursusnya. Dalam usaha saya mendirikan bidang Seni Urut Terapi Sifuli ini memerlukan masa, tenaga dan pebelanjaan yang besar seperti melakukan kajian, ujian, bahan seperti ubatan, peralatan dan sebagainya. Usaha saya yang paling mencabar adalah mennyediakan kitab Seni Urut Sifuli kerana memerlukan pemahaman ilmu ugama dan sainstifik serta metafizik seperti yang tuan tuan semua miliki, Satu lagi masalahnya jika buku yang kita tulis melibatkan pengetahuan ugama dan perkara diluar batas pengetahuan orang awam maka alamat kena haram dan mengalami berbagai tindakanlah nanti. Sebagai contoh buku Permata yang Hilang dan Hakikat Insan walau pun ada bersifat akademik tapi tetap diharamkan, kecuali jika ditulis dalam bahasa Inggeris dan sebagainya, itu sebab kita ketandusan buku ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu.
Wasalam.
assalamualikum
betul tu pakcikli.kalau buku bab ilmu yg nyata lagi benar akan kedalamannya,yg tu payah nk lepas.hehe.kena plk kalau jenis buku yg memberi kejutan kpd kehidupan normal masyarakat
apapun doa ambo semoga segala urusan pakcikli dipermudahkan dan.erjalan lancar.amin
Salam Sejahtera sahabat yang dirahmati Allah..
Saya sedia maklum sahabat..InsyaAllah, apabila ianya telah dipermudahkan, diharap kita semua mendapat manfaat darinya…ketabahan pakcikli dalam memperjuangkan apa jua ilmu seni sentiasa mendapat tempat dihati kami dan kami menyokong penuh segala daya usaha Cikli…Alhamdulillah…
assalamualaikum
ambo sebagai pengikut setia tuan waliqudus turut sama menyokong pakcikli!!!
Assalammualaikum & Salam sejahtera para sahabat yang dihormati terutamanya tuan pengasas blog, tuan karimon, tuan waliqudus, tuan paduka, tok syeikh, pakcikli00, tuan alam tunggal, tuan neo, tuan saiful dengan iringan doa moga ceria, bahgia hendaknya serta dirahmati Allah swt…
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini juga, dalam menyokong tuan waliqudus terdahap cadangan beliau yang ingin membuka kelas asas ilmu perkayuan…wlaupun mini workshop tuan, tetapi didalamnya terkandung ilmu pengetahuan yang amat bermanfaat serta sayang jika hilang ditelan zaman, tahniah tuan waliqudus di atas hasrat mulia tuan waliqudus..tumbs up! awesome!…i like!…hidup tuan waliqudus!…
wassalam…
…bak kata tuan saiful kita yang senantiasa menyokong usaha para sahabat termasuk pengasas blog ini, tuan karimon pernah menyatakan pendapatnya, di mana pengetahuan serta pengalaman itulah antara faktor utama juga penting..tanpa pengalaman…ilmu pengetahuan cuma sekadar teori sahaja..maka kedua-duanya komponen yang saling berkaitan dan osmosys; The tendency of molecules of a solvent to pass through a semipermeable membrane from a less concentrated solution into a more concentrat…or The process of gradual or unconscious assimilation of ideas, knowledge, etc…dengan kata lain keseimbangan di antaranya…
ampun serta maaf dipohon andai ada kesilapan info dari saya yer para sahabat yang dihormati, juga mohon diperbetulkan oleh kalian semua..
wassalam…
Asalamualaikum
Tuan Waliqudus, Tuan Saiful, Tuan oSMo, dibawah ini saya perturunkan diantara bab didalami buku Seni Urut Sifuli yang saya tulis;
Pendahuluan
Dasar Seni Urut Terapi Sifuli
Surah pembukaan
Tuhan semesta alam
Alam semesta
Alam benda
Manusia
Alam raga
Alam jiwa
Alam jasmani
Alam rohani
Tubuh badan manusia
Hantu syaitan
Penyakit manusia
Penyakit raga
Penyakit jiwa
Penyakit jasmani
Penyakit rohani
Kesihatan manusia
Kesihatan raga
Kesihatan jiwa
Kesihatan jasmani
Kesihatan rohani
Kesihatan dan ugama
Kesihatan dan Islam
Al Quran pendirian hidup
Surah pilihan
Nabi Muhammad saw
Terapi orang beriman
Warisan Sifuli Terapi
Terapi wuduk
Urut terapi semulajadi
Urut tenaga batin
Kesan lemah tenaga batin
Urutan tradisional
Urutan warisan Cina
Urutan warisan Firaun
Urut Sifuli Terapi
Doa Sifulii Terapi
Minyak Sifuli Terapi
Urut mencuci badan
Urut guna sikat
Kaedah urut terapi
Kesan urut terapi
Ubatan
Sunat makruh halal haram
Madu lebah
Amalan kesihatan
Terapi alamiah
Terapi moden
Wassalam.
Assalammualaikum tuan pakcikli00 yang dihormati dengan diiringi doa moga tuan ceria, bahgia, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa dirahmatiNya…
Wahhhhh…berapakah mahar sebuah buku terbitan tuan pakcikli00???…sya mesti pilih..
dari tajuk serta topik yang pakcikli00 paparkan mmg bermanfaat serta awesome! I like!…
Pack padat serta berinfos…wahhhh! idok sabor ambo menantikan saat kuar buku nih tuan pakcikli00…
tuan saiful tak booking skali?…heheheheh
Assalamualaikum pakcikli00 & para sahabat yang dihormati moga dipermudahkan segala urusan kalian…
Izinkan sya mencelah yer pakcikli00, hehehehe hmm kalau dah keluar buku tuan nanti jangan lupa maklumkan kami yer pakcikli00 dan nyatakan maharnya sekali, saya booking satu pakcikli00
wassalam…
Sama2 bro..dan terima kasih kembali…
moga bermanfaat buat tuan..
ya…btul2 tuh..saya juga turut menyokong usaha pakcikli00.. hidup pakcikli00
Salam Sejahtera para sahabat yang dirahmati Allah..
Tengok tu Cikli..sebenarnya ada ramai peminat-peminat Ilmu yang dikongsikan oleh cikli..belum siap lagi pun dah ada orang menunggu..
Tuan Osmo yang dirahmati Allah…Terima Kasih atas Hadiah yang tuan nyatakan “yang tidak seberapa” tetapi bagi saya..Besar sungguh Rahmatnya…Alhamdulillah..Terima Kasih Sahabat..
Hang jangan jeles Saiful…hehehe..dah dapat kayu..dah dapat kayu…
assalamualaikum
jeles apa tuan waliqudus?ambo pun dpt juga dr osmo.hehehe
tapi bln sampai ni,osmo.camno?notis pun takde dlm posbox ambo
tak sabar ni
Assalammualaikum & Salam sejahtera para sahabat yang dikasihi, dihormati dengan diiringi doa moga kalian semua ceria, bahgia, dipermudahkan segala usaha serta senantia berada di dalam kandungan yang dirahmati Allah swt…
Yup btol btol btol..saya menyokong 250% terhadap saranan tuan waliqudus, dan seandainya tuan waliqudus ada buku, mmg saya akan booking jugak..mcm buku yang telah dikeluarkan oleh tuan pengasas blog, tuan karimon kita..idok sabor nak tunggu Jilid Ke-2 pula dari tuan karimon..heheheheh
Uikz…malunyerrrr…seribu penghargaan buat tuan waliqudus, dan terima kasih jua buat jasa baik tuan waliqudus yang banyak memberi tunjuk ajar pada saya yang kailnya cuma sejengkal jer hehehehehe…bagi saya pemberian kecil itu tidak cukup..dan sesengguhnya saya doakan andai tidak kemampuan dari saya, maka sesungguhnya..dengan izin Allah akan membalas setiap satu daripada jasa tuan waliqudus dengan seribu kebaikan baik dunia jua akhirat…tidak lupa juga buat para sahabat yang lainnya seperti tuan karimon, tuan paduka, tuan alam tunggal, tuan tok syeikh, tuan pakcikli00, tuan neo, tuan saiful serta ramai lagi yang tidak dapat dinyatakan…terima kasih di atas tunjuk ajar serta info-info yang amat bermanfaat dari kalian semua…
Maka dengan itu, marilah kita semua bersatu..tak dapat bergabung tenaga walau berjauhan bergabung sokongan, nasihat, dan semangat setia kawan adalah faktor utama berjayanya tiap sesuatu usaha sesungguhnya…
Terima kasih semua…moga segala usaha yang dicurahkan bermanfaat buat kita semua, baik dunia jua akhirat…insyaAllah! Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari saya, dan seribu kebaikan serta kesempurnaan itu datang serta lahirnya dari Allah swt…subhanallah!
Wassalam…
Uikz…wahhhh…insyaAllah! tuan saiful..on da’ way tu kot..hehehehehehe..ilek bro..
maaf bro, idok ler besar cuma biasa biasa jer bro..
alhamdulillah.dh dpt notice td.esok ambo pi ambik.terima.kasih byk2 tuan osmo
aa lah bro…database pos laju menyatakan.. Unable To Deliver The Item Due To Addressee Not Available At Time Of Delivery …pada jam10.43am tadi..takpe bro, sabo yer…tuan waliqudus pada jam9.52am…heheheheh terima kasih tuan waliqudus…
Sama2 bro..dan terima kasih kembali buat tuan..
moga bermanfaat buat tuan saiful…
esok juga ambo pegi ambik di bangi.hehe.tak sabo2 dah ni
moga dipermudahkan segala urusan tuan saiful…hmmm malam nih tentu dapat mimpinya..
PERBEZAAN URUT TERAPI TRADISIONAL ALAMIAH ISLAM DENGAN BUKAN ISLAM
Perbezaan urut terapi tradisional alamiah Islam dengan bukan Islam adalah bermula dengan perbezaan kepercayaan mengenai keujudan tuhan semesta alam yang mencipta alam semesta untuk keperluan kesihatan hidup manusia mencegah penyakit. Sebagai contoh jika penganut ugama Islam percaya keujudan alam semesta bermula dengan pergerakan empat unsur yang terdiri tanah , air, angin dan api, terdapat pula kebanyakan bangsa lain percaya keujudan alam semesta bermula dengan lima unsur yang terdiri daripada tanah, air, kayu, logam dan api.
Setiap amalan manusia termasuklah amalan mengurut adalah bermula dengan niat. Niat orang Islam dengan bukan Islam mengurut sudah tentulah berbeza kerana menurut kepercayaan ketuhanan mereka yang berbeza. Malahan niat mengurut di kalangan orang-orang Islam itu pun berbeza kerana walaupun di mulut mereka menyebut niatnya kerana Allah swt tetapi pada pendiriannya adalah sama ada menyembah benda, sifat makhluk, hantu syaitan atau hawa nafsu.
Bacaan ayat suci bukan Islam dengan orang Islam ketika mengurut juga berbeza kerana di kalangan umat Islam pun berbeza, ada yang sekadar beranggapan al Quran itu adalah sekadar ayat suci yang dicetak di atas kertas atau berbagai benda yang boleh terbakar dan ada pula yang berkefahaman al Quran itu ayat suci yang diwahyu kepada Nabi Muhammad saw yang tidak tahu menulis dan membaca seperti yang tertulis di hati orang yang beriman yang tidak boleh musnah dan terbakar.
Begitu jugalah perbezaan yang saya lihat pendinding diri mereka yang belajar mengurut dari orang yang bukan Islam memadai sekadar dengan mendinding anggota tangan mereka dengan sarung tangan bukan berlindung dengan nama Allah SWT dari syaitan yang direjam seperti orang Islam. Dan sebagai contoh yang lain mereka sering mengurut anggota kaki yang sebelah kiri terlebih dahulu. Bila saya menyarankan kepada mereka bahawa kaedah Islam mengurut anggota tubuh badan bermula dari anggota sebelah kanan seperti yang dilakukan ketika berwuduk maka berbagai alasanlah mereka beri untuk mempertahankan kebenaran guru mereka yang melebihi dan mengatasi sunah Rasulullah saw selayaknya. Jika ingin saya nyatakan perbezaan urutan Islam dengan bukan Islam bagaikan perbezaan di antara langit dengan bumi maka cukuplah sekadar setakat ini dahulu.
Wasalam
Assalamualaikom Tuan Osmo dan Tuan Saiful,
Apa yang sedang di rundingkan tu, bolih saya tumpang sekaki? Maaf ter busybody lah pulak. Hu x3
Wa’alaikumsalam ya tuan haji awang yang dihormati dan para sahabat sekalian, moga kalian semua dirahmatiNya..
Hehehehehe…rundingan apa tu tuan haji awang?…yang mana satu yang tuan haji maksudkan tuh..heheheheheheh
insyaAllah tiada masalah bagi saya dan tuan saiful..kerna part belajor nih nak kena ambik barokah juga karomahnya juga dari ijin Allah swt….tidak salah andai dikongsi selagi membawa manfaat buat semua…heheheheheh tak gitu tuan saiful?
Assalamualaikom kpd Tuan PakcikliOO,
Bolih saya booking 2 buku tuan itu? Insyallah saya senantiasa mendokan semoga impian Tuan hendak membuat buku SENI URUT TERAPI SIFULLI akan menjadi kenyataan. Amin.
yaaaa…ambo sokong & stuju bebeno nih…haaa pakcikli00 dah ado peminat nih..jangan lupo ngan ambo jugok yer tuan pakciklii00
ambo nak jugak buku tuan tuh..berapakah maharnya dan berapakah muko suratnyer tuan?…;) ko bak mli bub..
yup…