Sireh Merah adalah dikira sebagai salah satu jenis tumbuhan atau herba yang sukar ditemui dan sering dikaitkan juga dengan nilai mistiknya selain dari nilai perubatan.Ada yang mengatakan ianya boleh dibuat ibu duit dan ada yang mengatakan ianya boleh dibuat minyak pengasih.
0.000000
0.000000
Like this:
2 bloggers like this post.
Perihal karimon
Mungkin saja minat yang mendalam terhadap budaya timur dari sudut sejarah,kebudayaan dan kepercayaan membuat saya terasa teruja untuk membaca pekara pekara yang berkaitan dengan adat budaya,sejarah silam,mistik dan spiritual.Tidak terlepas pandang banyak juga buku buku yang berkaitan dengan semua pekara itu saya beli dan miliki,termasuk juga apa yang berkaitan pekara holistic.Disamping buku, segala bentuk artikel yang ada kaitan dengan pekara tersebut akan saya baca dan kumpulkan.
Asalamualaikum
Diantara jampi serapah yang saya perlu tuntuti ketika melayakkan diri sebagai Dukun Asmara adalah ‘Ilmu sepalit gila’. Ilmu ini memerlukan sireh merah. Ilmu sepalit gila ini adalah ilmu ibu pengaseh. Jika mereka yang telah menemui sireh merah ni dan ingin menjadikannya ilmu ibu pengaseh, jampi serapahnya dan pengunaannya adalah seperti berikut. Setelah memperbaharui syuhadah dan mengucapkan selawat dan salam, ambillah sehelai sreh merah dengan menyeru semangatnya ‘hai sireh sidahati’ dan mengambil pinang yang telah diracik dengan berseru ‘pinang seganda racun’ dan mengambil kapur serta berseru ‘kapur sepalit gila’ dan seterusnya berseru ‘ gila mabuklah ……………kepada aku berkat memakai ilmu sepalit gila”. Tapi supaya ilmu ini mustajab kena bayar mengkerasnya RM 1.25 kepada Dukun Asmara. Selamat mencuba.
Wasalam.
Waalaikumsalam pakcikli00 yang dihormati, para sahabat yang dikasihi sekalian moga ceria, bahgia, dan sentiasa dirahmatiNya..
Wahhhh…terima kasih untuk info tuan..hehehehe saya cuma tahu yang mana sirih nie bagus khasiatnya untuk antioksidan, antideabetik, antikanker, antiseptik & antiflamasi..wahhhh boleh jadi ibu pengasih jugak yer tuan?..sungguh menakjubkan, terima kasih tuan untuk info tersebut..
wassalam…
Assalamualaikum PakcikLioo
Doa saya semoga Pakcik Sihat dan bergumbira disamping keluarga tercinta.
PakcikLi00 – dapatkah pakcik menghuraikan lebih lanjut tentang perihal duit pengkeras yang selalu dikenakan dalam kaedah ilmu nusantara….kekadang tu pengekrasnya nak beli gula2 hack sebiji pun tak cukup…dan ada kekadang cam tak logic seperti suku sen…harap pakcik dapat ulas
Terima kasih
Reblogged this on KUkial_Jr@com.
Waalaikumusalam
Tuan Alamtunggal dan Tuan oSMo yang dihormati, jampi serapah diatas saya perturunkan sekadar untuk merakamkan warisan budaya Melayu silam sebagai koleksi pengetahuan untuk menghayati budaya bangsa kita. Setiap amalan orang dahulukala ada jampi serapahnya yang kemudiannya mungkin telah diganti dengan lafaz Bismillah setelah menganut ugama Islam. Persoalannya dapatkah ibu segala pengaseh me ngatasi lafaz Bismillahirahmanirahim ia itu sifat tuhan yang menguasai sekalian alam ?.
Bab pengkeras ni boleh kita lihat dari berbagai sudut. Pokoknya lain dulu lain sekarang. Dulu kerana jiwa sekarang kerana raga. Mengkeras itu kadangkala sekadar syarat, sebab itu jika tuan datang kerumah para sahabat jangan sekadar membawa pengkeras, bawa jugalah buah tangan dan hati untuk pemanis muka tuan rumah seisi keluarga. Orang berbudi kita berbahasa. Orang dulu bertimbang rasa. Budaya orang dulu benda mengenderai jiwa, berbeza kini jiwa mengenderai benda yang merupakan punca kepada keletihan dan kesakitan jiwa. Akhirnya pengkeras syarat untuk menuntut ilmu, maka yang penting jiwanya bukan bendanya, bukan ke begitu Tuan oSMo ?.
Wasalam.
salam
sori ganggu tuan2
hj ahmad laksamana hj omar (pengarang kitab hakikat insan)
dah buat kitab tafsir al quran
sangat baik. Al fathu nawa blogspot.
Assalammualaikum tuan pakcikli00 yang dihormati disegani dengan diiringi doa moga tuan senantiasa dirahmatiNya, ceria, bahgia serta dipermudahkan segala urusan tuan pakcikli00…
Wahhhh…dahsyat aura pakcikli00..hehehehe mcm dapat baca gerak ati ambo jer..hehehehe..mmg btul kata tuan, sya mmg sokong 315% ….sesungguhnya niat yang ikhlas lahir dari hati yang luhur tanpa sebalik jua maka faktur utama ke arah jiwa yang luhur..maka terbitlah rasa insaf serta yakin akan kebesaran Allah swt…kerna setiap sesuatu itu adalah dengan izin Allah swt jua..di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih buat pakcikli00 dan tak kurang jua buat para sahabat seperti tuan karimon, tuan waliqudus, tuan tok syeikh, tuan alam tunggal, tuan paduka, tuan neo, tuan saiful, tuan haji awang, tuan serban hijau serta lelainnya yang saya anggap guru..terima buat anda sekalian…dan kesempatan ini jua saya memohon agar dihalalkan dunia akhirat terhadap apa yang dipelajari dari setiap komen2 tuan2 menerusi blog tuan karimon ini yang amat bermanfaat serta bermaklumat…
Tanpa kalian semua, sayang andai segala ilmu pengetahuan ini luput or lupus ditelan zaman…wallahu..subhaanallah..terima kasih semua…
wassalamm…. ;D
Waalaikumusalam
Serangkap pantun sireh pinang khusus buat Tuan oSMo nan seorang;
Pulau Pinang laut keliling
anak Hindu menjual tuak
sireh pinang boleh dikirim
hati yang rindu siapa nak bawak ?
Wasalam.
Asalamualaikum
Sesungguhnya terlalu banyak spesis sireh yang terdapat di negara kita dan sireh merupakan tanaman tradisional yang mempunyai berbagai kegunaan kerana mengandungi khasiat perubatan zahir dan batin. Selain daripada itu sireh merupakan sebagai mata wang untuk import eksport barang dagangan diantara dunia manusia dengan alam bunian atau ghaib. Disinila rahsianya Tuan Rahim kita menjadikan sireh merah sebagai ibu duit. Bila sireh digandingkan dengan pinang pula hantarannya boleh menjadi tukaran untuk memperolehi seorang puteri samada bunian atau manusia. Rahsia inilah perlu Tuan Rahim rahsiakan dari mereka yang lemah imannya. Bagaimana pun sempena intri sireh merah ini saya perturunkan maklumat penting mengenai sireh untuk manafaat kita semua;
Ada beberapa jenis sireh yang dikenal di dalam masyarakat. Misalnya, sireh jawa (daun lebih lembut, kurang tajam, hijau rumput), sirih belanda (daun besar, hijau tuam rasa dan bau tajam dan pedas), sireh cengkeh (kecil, daun kuning, rasa seperti cengkeh), sireh kuning, dan sireh hitam.
Sireh sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat. Di antaranya, minyak atsiri, hidroksikavicol, kavicol, kavibetol, allylpyrokatekol, cyneole, caryophyllene, cadinene, estragol, terpennena, seskuiterpena, fenil propana, tanin, diastase, gula, dan pati.
Efek zat aktif yang dikandung seluruh bahagian tanaman sireh adalah merangsang syaraf pusat, merangsang daya pikir, meningkatkan gerakan peristaltik, merangsang kejang, meredakan sifat mendengkur. Daun sirih memiliki efek mencegah ejakulasi prematur, mematikan jamur Candida albicans, anti kejang, analgesik, anestetik, pereda kejang pada otot polos, penekan pengendali gerak, mengurangi sekresi cairan pada liang vagina, penekan kekebalan tubuh, pelindung hati, dan antidiare.
Tanaman sireh juga diketahui bisa mengatasi batuk, bronchitis, menghilangkan bau badan, mengobati luka bakar, mimisan, bisul, mata gatal dan merah, koreng dan gatal-gatal, menghentikan pendarahan gusi, sariawan, menghilangkan bau mulut, jerawat, keputihan, dan mengurangi produksi air susu ibu yang berlebihan.
Untuk obat batuk, sebanyak 15 lembar daun sireh direbus dengan tiga gelas air hingga tersisa 3/4-nya, minum dengan madu. Obat bronchitis, sebanyak tujuh lembar daun sirih dan gula batu satu potong direbus dengan dua gelas air hingga tersisa satu gelas, minum sehari 3 X 1/3 gelas. Menghilangkan bau badan, lima lembar daun sireh direbus dengan dua gelas air hingga menjadi satu gelas, minum siang hari.
Obat luka bakar, daun segar diperas airnya, ditambah sedikit madu, bubuhkan di tempat yang luka bakar. Mimisan, daun agak muda satu lembar dilumatkan, digulung untuk menyumbat hidung berdarah. Bisul, daun sireh secukupnya dicuci bersih, digiling menjadi halus, dioleskan pada bisul dan sekelilingnya, dibalut. Sehari diganti dua kali.
Mengatasi mata gatal dan merah, lima sampai enam lembar daun direbus dengan satu gelas air sampai mendidih. Setelah dingin untuk cuci mata dengan memakai gelas air sampai mendidih. Setelah dingin untuk cuci mata dengan memakai gelas cuci mata. Sehari tiga kali sampai sembuh.
Untuk koreng dan gatal-gatal, sebanyak 20 lembar direbus, saat hangat dipakai untuk cuci. Menghentikan pendarahan gusi, daun empat lembar direbus dengan dua gelas air, dipakai untuk kumur. Obat sariawan, daun sirih segar sebanyak satu sampai dua lembar dibersihkan, dikunyah sampai lumat, ampasnya dibuang.
Untuk menghilangkan bau mulut, sebanyak dua sampai empat lembar daun diremas, lalu diseduh, dipakai untuk kumur. Obat jerawat, tujuh sampai 10 lembar daun sirih ditumbuk sampai halus, kemudian diseduh dengan dua gelas air panas. Airnya dipakai untuk mencuci muka yang berjerawat. Sehari dilakukan dua sampai tiga kali.
Obat keputihan, sebanyak 10 lembar daun direbus dengan 2,5 liter air, hangat-hangat dipakai untuk mencuci liang kemaluan. Untuk mengurangi produksi ASI yang berlebihan, beberapa lembar daun sirih diolesi minyak kelapa, hangatkan di atas api hingga menjadi layu, hangat-hangat tempelkan di seputar payudara yang bengkak.
Ianya juga Sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia Barat. Sirih yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat jenis, iaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang. Spesis sirih terdapat berbagai-bagai nama tersendiri dalam bahasa Indonesia seperti Sirih carang, Be, Bed, Siyeh, Sih, Camai, Sirih kerekap, Serasa, Cabe, Jambi, Kengyek dan Kerak.
Nama saintifiknya adalah Piper betel Linn dalam keluarga Piperaceae. Nama betel adalah dari bahasa Portugis – betle, berasal sebelumnya dari bahasa Malayalam di negeri Malabar yang disebut vettila. Dalam bahasa Hindi lebih dikenali pan atau paan dan dalam bahasa Sunskrit pula disebut sebagai tambula. Manakala dalam bahasa Sinhala Sri Lanka disebut bulat. Bahasa Thai pula disebut sebagai plu.
Sifat tabii sireh adalah sejenis pepohon yang menjalar dan memanjat pada batang pokok sekelilingnya atau kayu junjung. Bentuk daunnya agak bujur [bujur sirih]. Daun-daun sirih yang subur berukuran antara 8sm. – 12sm. lebar dan 10sm. – 15sm. panjang. Sireh sesuai hidup dengan ditanam di atas tanah gembur yang tidak terlalu lembab dan memerlukan cuaca tropika untuk membiak subur dengan air yang mencukupi.
Sireh Cina mempunyai rasa yang lebih lembut daripada sirih Melayu. Sireh Udang pula mempunyai urat daun di belakangnya yang berwarna merah dan gagangnya juga berwarna merah. Sirih Melayu adalah yang digemari dikalangan pengamal makan sirih dan juga kegunaan di dalam adat resam, dimana sirih ini berdaun lebar dan warnanya hijau pekat. Sementara Sirih Keling pula bersaiz sederhana dan berwarna kehijauan kusam, rasanya yang lebih pedas serta agak keras daunya ketika dimakan.
Rasa sireh adalah disebabkan oleh minyak ruapan yang mengandungi fenol dan bahan-bahan terpene yang menyebabkannya pedas. Bahan-bahan yang terdapat dalam daun sirih ialah kalsium nitrat, sedikit gula dan tannin.
Faktor-faktor yang menentukan keenakan sireh adalah jenis sireh itu, umurnya dan cahaya matahari serta keadaan daun-daunnya di bahagian atas tumbuhan itu. Daun sirih untuk dimakan adalah daun-daun melintang di bahagian atas dahan-dahan sisi dan yang terbaik adalah yang terbesar sekali. Sirih hutan tidak boleh dimakan, selain daunnya yang keras rasanya juga tidak enak. Ia tumbuh dipohon pokok yang terdapat di hutan hujan tropika.
Daun-daun bawahnya yang cacat (bersaiz kecil) dibuat ubat dan penawar oleh Dukun Melayu. Sireh bertemu urat adalah yang menjadi pilihan kepada Mak Bidan dalam ilmu perubatan tradisional. Pada masa kini, kegunaan sirih masih lagi penting dalam masyarakat Melayu walaupun bilangan orang yang memakannya mula berkurangan.
Lagi kegunaan sireh
Ari-ari Pedih – Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.
Asma – Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.
- Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.
Barah – Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.
Batuk Lelah – Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.
Bau Badan – Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.
Bau Mayat – Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
Bayi Selsema – Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.
Berak Darah – Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang
Demam – Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.
Demam Panas – Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
Gatal Vagina – Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Gegata – Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.
Hidung Berdarah – Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.
Kencing – Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.
Keputihan – Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.
– Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.
Kutu Babi – Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang untuk dicabut.
Lompangan (ulcer) – Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.
Muntah – Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya
Payu Dara – Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.
Pedih Perut – Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.
Penyakit Kelamin – Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.
– Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.
Ruam Peluh – Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.
Sakit Gigi – Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.
Sakit Hati – Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.
Sakit Jantung – Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.
Sakit Kepala – Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).
Sakit Mata – Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.
Zahir Batin – Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sirih bertemu urat, minyak lenga (minyak bijan) dan digiling lumat-lumat serta disimpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh maka sapukan pada alat kelamin lelaki, maka nikmat untuk perempuan.
– Temu hitam dihiris dan dijemur kering, akar legundi, akar maja digiling halus dijadikan tepung maka makan dengan sirih pinang selama tiga hari berturut-turut. Memperbanyakkan air mani dan meningkatkan kenikmatan bersetubuh.
– Sirih bertemu urat tujuh helai, makan tujuh pagi. Jangan setubuh dengan perempuan selama memakannya. Sirih tersebut hendaklah dituliskan rajah seperti berikut; |rafal3.jpg (12995 bytes)|. Menguatkan alat kelamin lelaki ketika bersetubuh.
– Akar telang putih dan akar jeruju makan dengan sirih pinang. Amalkan untuk beberapa hari. Membesar dan menguatkan alat kelamin lelaki.
– Akar rembega dimakan dengan sirih pinang, perahkan ludahnya kedalam lubang alat kelamin lelaki. Ia menjadi bertambah kuat dan besar.
Wasalam
Waalaikumusalam Pakcikliio,maklumat yang pakcikliio berikan tentang sireh itu amat berguna bagi generasi yang kebanyakannya telah pun lupa akan khasiat dan fadilat sireh.Semuga info itu berfaedah untuk kita semua.Apakah benar sireh merah dapat dibuat sebagai ibu duit atau sebagai pertukaran dengan makhluk halus ? Setakat ini tiada satu testimoni yang ada pada saya atau saya dengari/ketahui.Ada sesuatu yang menarik sewaktu mengambilnya di Lata Kijang.Setelah berehat dari kepenatan mendaki bukit disana dan bersiap untuk turun saya sekadar menyatakan didalam hati kalau lah ada rezeki minta2 dapatlah sesuatu yang lain untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.Semasa melalui lorong untuk pulang saya ternampak disebelah kiri saya daun berwarna merah berbentuk sireh lalu berkata kepada teman saya “itu sireh merah” beliau mengambilnya dan membawa pulang dan disahkan oleh ahli keluarga beliau bahawa yang dijumpa itu adalah sireh merah.Ada beberapa kejadian yang aneh yang dilalui oleh ahli keluarga teman saya termasuk beliau juga setelah mendapat sireh merah dan sejenis cenuai.Ada kejadian yang menakutkan dan ada kejadian yang dianggap satu rahmat bagi ahli keluarga itu.
Assalamualaikum tuan karimon serta para sahabat2 sekalian moga anda semua dirahmatiNya…
aa..ambo stuju bebeno tuh tuan karimon..terima kasih untuk info tuan karimon tempuh hari..ambo mendengarnya pun teraso debarannya juga…huhhhhh serammmm…tapi sejak tu tuan karimon..ambo eran jugak nih..kekadang terkojut jugak mlm jumaat ni tadi atap rumah ambo pulak berbunyi tuan…hishh…geram pun ado jugak..berdebar pun ado jugak..tapi ambo buat tak tau jer…subhanallah..wallahu..
Salam Osmo itulah yang dinamakan dugaan
kalau sekali jer takpo,.nih dua kali…trangat jugak bulu roma ambo ya tuan karimon…
apo bila dah ambo naik marah..kali ketiganya tiada lagi..hehehehehe…alhamdulillah…
osmo.ore kelate cakap kucing kerong tu main atas bumbung.hehe
Assalamualaikum…
PakCik Lioo yang sentiasa di ingati selalu… Ayang ingin bertanya…
Ubat untuk apakah yang menggunakan akar mak tanah, akar ciak, akar lebam dan akar hempedu bumi. Harap sudi-sudikan laa PakCik Lioo yang di sayangi berkongsi ilmu dengan para sahabat handai sekalian.
Ucapan jutaan terima kasih di hulurkan atas segala ilmu dan panduan yang diberikan untuk tatapan semua.
Wasalam…
Asalamualaikum
Tuan Rahim jika saya nyatakan kepada Tuan mengenai hakikat sireh merah ini mungkin ibarat mengajar itik berenang, saya berangapan tuan kura kura dalam perahu. Sireh merah itu namanya. Jika tuan ingin menjiwai sireh tersebut, masukkanlah kedalam mulut setelah menyeru nama tuhannya dan pejamkanlah matamu sehingga terbuka mata yang batin serta mengunyahnya pelahan lahan. Setelah tuan mengenal rahsia dirinya mohonlah kepada tuhanNya untuk menyembah sesuatu.
Bagaimana pun perlulah kita menyedari bahawa sejarah membuktikan bahawa emas yang telah digali dari diri manusia itu adalah lebih banyak yang telah berjaya digali dari perut bumi.
Wasalam.
Assalamualaikum Ciklii,satu2nya yang aku minati bila baca komen ciklii ialah pantun2 yang diselitkan.Orang lama ni memang kaya dengan adat resam budaya melayu.Bab tuan karimon kita ni memang dari dulu aku perhatikan dia ni tak suka sangat nak beri komen,,kalau dia beri komen pun ringkas sahaja.Dia ni lebih suka kalau kita berdepan dengan dia kalau nak bercerita dan memang banyak juga yang dia tahu tapi banyak senyapnya.
Waalaikumusalam
Tuan Paduka yang budiman, kalau ada sireh tentu ada pinangnya, maka teringat saya pantun pinang didalam filem 6 jahanam seperti berikut;
Buah kelapa buah pinang
buah keranji dalam perahu
hanya hamba terkenang kenang
orang benci hamba tak tahu
Wasalam
Assalamualaikum pakcikli00 yang dihormati moga dirahmatiNya..
Wahhh terima kasih tuan, terima kasih untuk info tuan..insyaAllah nanti saya dan tuan saiful akan mencubanya…hehehehehe
assalamualaikum abg rahim,pakvikli,osmo dan saudara2ku sekalian dgn doa dirahmati Allah jua dunia Akhirat.amin
Alhamdulillah.byk khasiat dan ilmu dp dipelajari.benarlah kata org kembalinya pakcikli menceriakan kami semua.
sireh merah sungguh misteri
byk khasiat yg yersembunyi
kembalinya yg dihormati pakcili
berkongsi ilmu untuk kami
utk abg rahin
sireh merah sudah dijumpai
dijumpai dgn niat yg hakiki
insyallah 5hb ambo kembali lagi
kita minum sampai pagi
wassalam
;D
Waalaikumsalam tuan saiful yang dihormati, para sahabat2 tuan karimon, tuan waliqudus, tok syeikh, pakcikli00, tuan paduka, tuan neo, tuan alam tunggal moga senantiasa ceria, bahgia, dipermudahkan segala urusan dan dirahmatiNya..
Yup bro!..ambo sokong kenyataan tuan tuh..hehehehehe..hidup pakcikli00!!!..pakcikli00 jangan lupa pm sya yer untuk maharnya buku tuan tu nanti yer…terima kasih pakcikli00 moga urusan tuan dipermudahkannya, insyaAllah..
wahhh..patun bro..pantun bro..canteqq…
Wa’alaikum salam ya tuan saiful serta para sahabat2 sekalian moga dirahmatiNya dunia jua akhirat…aminnn
Hehehee..benor kata tuan saiful, dengan kembalinya pakciklii00 mmg ternyata menyerikan mengindahkan dgan perhiasan maklumat yang bermanfaat dari pakcikli00 terima kasih pakcikli00 moga tuan sentiada dirahamati jua diberkati segala usaha tuan berkat izin Allah swt..aminnnn
bro..kenaper rasa sirih merah nih semacam jer bro..ambo tengah menghayati sebagaimana yang disarankan oleh pakcikli00 kita nih…melayang layang jugak rasonya dah nih..heheheheheh
Assalamualaikom WTW, Yang Mulia :-
Tuan Pengasas, PakcikliOO, Tuan Waliqudus, Tuan Osmo, Tuan Saipul serta Tuan2 & Puan2 yg di rahmati Allah sekalian,
Saya juga ada pokok sireh merah yg saya beli dari pasar minggu yg khas berjual buah2, sayur2 dan bunga2 tak kira lah lokal atau import. Kata puan yg berjual itu suami nya mencari sireh merah ini jauh kedalam hutan berdekatan dgn wasai (ayer terjun) dan beliau juga mengatakan ia nya adalah ubat kanser, darah tinggi… Saya beli kerana saya pandai2 kategorikan sebagai bunga kerana hobi saya juga tanam bunga. Sekarang saya dah tahu tentang kegunaan nya yg sebenar, saya akan pelihara dgn baik “bunga” saya itu. Patut lah masa hari raya kemarin banyak saudara dan sahabat nak minta. Saya kata tunggu lah dia betul2 “lebat”. Tk Tuan Pengasas, Tuan PakcikLiOO, Tuan Waliqudus, Tuan Osmo, Tuan Saipul atas info nya. NB Saya ada lagi 3 jenis pokok sirih yg saya pandai2 kategorikan sebagai bunga.
Salam,saya pernah dengar wak ada cerita pada saya,sireh merah ini boleh dibuat juga sireh perangsang.Tetapi ada jampi menteranya.
Salam Sejahtera Para Sahabat yang dirahmati Allah..
Sireh dan Pinang..Kalau tak dijamah tiada apa pun yang merangsang…Benar kata Cikli..olahan penyataan Sireh Merah adalah dengan menjamahnya…bab Manteranya pula…Berbahteralah ke rumah Wak Rahim, InsyaAllah…wak tak kedekut Ilmu…tapi, Ilmu wak rahim yang paling ampuh..adalah, dia buat-buat tak tahu…tetapi, kalau sahabat semua nak tahu bila dia tahu sesuatu, Wajahnya akan menunduk…kalau sesuatu yang dia tak tahu..Matanya akan membulat sehingga cermin matanya terjatuh…Kalau dia buka cermin matanya untuk melihat sesuatu, bermakna…dia nak ambil tahu…kalau dia buat sesuatu dalam keadaan matanya yang kuyu..tu sebab dia dah tahu hakikat sebenarnya akan sesuatu itu….katanya pula, tiadalah sesuatu yang aku tahu, melainkan binasanya ia sehingga sampai waktu..
salam….
menurut ahli nya sirih memang ada berbagai jenis sirih…dan banyak faedah nya….
menurut ahli nya semua kejadian ada asal jadi nya…
dikatakan jika kita tahu asal jadi nya sirih, kita sebut asalnya maka mujarab nya cepat terlaksana…
”’ hai sirih aku tahu asal kau jadi…..
………xxx….asal kau jadi…” sebutkan hajat yang dikehendaki……..?????
kalau tak tahu asal nya….???
memadailah dengan rendam 3 helai daun sirih dalam air panas dan tunggu hingga suam suam…
dibuat minum 1 minggu sekali…..
baik untuk melancarkan perjalanan darah…
kabor kabor ah yop….
apa asal nya……????
Assalamualaikom wahai Pak Tua,
Besar harapan saya Pak Tua akan dapat menjawap pantun saya :-
Mengambil sirih di ladang Pak Rifin
Singgah sebentar ka rumah Pa Salih
Wahai Pak Tua jangan lah bagi kami suspense
Bagi tau saja lah dari mana asal nya sirih
Sirih puan bercambul lima
Di makan bersama dgn Che Nyonya
Wahai Pak Tuan yg bijak laksana
Beri tahu lah kami akan jawapan nya.
jawap pak tua jgn tak jawap hux3
Waaalikumusalam Tuan Haji Awang,Pak Tua ni seorang yang mempunyai pengetahuan yang baik didalam hal ehwal mistik juga tetapi beliau ibarat harimau yang sembunyikan kuku nya.
mualaikumsalam tuan haji dan sahabat semua…
sekadar berpantun apa salah nya.
walau hati gundah gulana.
kesana kemari mencanang berita
mencari sirih apakah asal nya
namun belum dapat hendak dikata.
makan sirih bersama sirosli.
terasa pedas bagai di dera..
kita pakat tanya tuan pakcikli
bukankah beliau dukun asmara.
maaf ya tuan…..
silakan tuan pakcikli………
Waalaikumusalam
pak tua yang dikasehi,
Pasal sireh susah nak cakap
kerana keliru yang mana satu
asal sireh adalah kerakap
yang melata di atas batu
Bagai kerakap di atas batu
hidup segan mati tak mahu
penyeri adat orang Melayu
sireh pinang diguna selalu
Wasalam
salam…..ada pertanyaan untuk tuan :-
1. adakah sireh ini senang dijumpai seperti sireh biasa.
2. org yang macam mane yang boleh menjumpai sireh ini dan bagaimane?
Assalamualaikum saudara Zul.bila ada rezeki memang mudah menjumpainya,kerana sireh merah kurang dikenali akan khasiatnya oleh kebanyakan orang maka ianya kurang diambil perhatian atau ditanam sepertimana sireh biasa.Kini ada beberapa orang telah mencuba untuk menanamnya termasuk Tuan Haji Awang dari Brunei,TS di Melaka dan besan TS di Tapah dan mungkin Wannura pun ada menanamnya.Tentang orang yang macam mana boleh menjumpainya semuanya bergantung pada rezeki.Kebanyakan sireh merah mungkin banyak terdapat di hutan2.Bab tumbuhan herba ini Pakcikliio dan isterinya lebih mahir dari saya untuk menjawapnya.
Wooooi…..mana ada saya tanam sireh merah………..sireh melayu,keling dan cina adalah…….Tuan Karimon ni pandai sangat buwa mulut….dan tak sayang ke mulut !!!!!hua hua hua hua…………..
Ha ha ha ha ha apa yang woooi tu,janganlah kedekut plak berdosa nanti.
wak.ilmu kebas sireh merah wak blm ajar ambo lagi.apakata kita praktukal di rumah tok syeikh?
Bab itu kena kita pergi ke Melaka
assalamualaikum. .
macam mana sy nk dapatkn minyak yg seperti dikatakan itu?
Assalamualaikom WTW, Yang Mulia Tuan Pengasas, Tuan Waliqudus, Tuan PacikliOO, Tuan Tok Syiekh, Tuan Pak Tua, Tuan Salih, Tuan Zul serta Tuan2 & Puan2 sekalian,
Saya sambung sedikit bagaimana saya dapat sireh merah yg saya ceritakan di atas. Ok pertama sekali saya beli kat TAMU (pasar Jumaat dan Ahad berjual product hutan tidak kira lokal atau export) melalui sa org penjual perempuan yg mengatakan suami nya mendapatkan sireh merah itu jauh kedalam hutan berdekatan dengan sebuah WASAI (ayer terjun kecil). Ia nya saya pelihara tumbuh jadi dan rendang. Satu lagi hobby saya ia lah mengumpul STAMP BRUNEI. Cita2 saya hendak kumpul dari awal sekali hingga sampai the latest dan begitu juga SAMPUL SURAT HARI PERTAMA. Saya pernah ka KL hanya untok melihat satu stamp exhibition di PJ dan dapat lah saya beli beberapa keping STAMP BRUNEI yang saya mampu.
Pada masa saya memelihara pokok SIRIH MERAH itu saya sedang asyik fokus untok membeli secara lelong menerusi EBAY satu STAMP BRUNEI yang saya hajati dan keputusan nya hanya di ketahwi dlm sebulan. So dlm sebulan itu saya tak jengok2 bunga2 peliharaan saya. Isteri saya arahkan pembantu rumah untok menyiram pokok2 bunga saya. Selalu nya saya yg siram jarang sekali isteri atau pembantu. Setelah selesai lelong di EBAY sebulan saya pun jenguk bunga2 saya dan saya dapati POKOK SIREH MERAH saya tidak ada di dalam pasu. Pembantu kata ada kucing tidur di rimbunan pokok SIREH MERAH itu. Ada kah pembantu rumah berkata benar, Wallahuaklam.
Hendak di panjangkan cerita, saya cuba lah cari di TAMU selama 4 Jumaat dan 4 Ahad tak jumpa2. So saya berserah sahaja lah pada yg esa. Tup2 biras saya dari KB (bukan Kota Baru tapi Kuala Belait – Tuan Waliqudus tau tempat nya) bawakan saya satu rangkai untok saya tanam dan Alhamdulillah dah jadi lah nampak nya.
Saya menceritakan ini ada lah baru saya terclick apa yg Tuan Pengasas kata “bila ada rezeki memang mudah kita memileki nya.”
Nak tanya sikit kapada Yangg Mulia PacikliOO dan Yang Mulia Pak Tua, ada kah lagi yang tertinggal mantra ILMU PENGASEH MENGGUNAKAN SIREH MERAH :-
” Hai sireh sidahati
Pinang seganda racun
Kapur sepalit gila
Aku tau asal mu jadi dari kerakap melata di batu,
Gila mabuk lah kau wahai ……..
Berkat Laila Ha Hillallah, Muhammad Da Rasulallah.”
Mohon pencerahan dan pengkeras nya.
NB – Yang Mulia Tuan Osmo dan Tuan Saipul jgn di cuba nanti susah nak buka hux3. Sebab itu menuntut ilmu mesti lah berguru. Tapi bukan saya. Serious saya hanya tumpang belajar.
salam sejahtera…
maaf tuan haji…
jampi serapah tersebut dari pakcikli…
saya tidak tahu menahu tentang mentera tersebut…
maaf kerana tidak dapat mengesahkan nya…
saya pun tak berani amalkan tampa kebenaran…
Assalammualaikum tuan haji awang yang dihormati serta para sahabat yang dihormati moga kalian semua dirahmatiNya…
Hehehehehe…dun wori tuan haji awang, bab yang mcm nih idok sya brani cuba..POWER tuh tuan haji..lebih2 lagi kalau datangnya dari pakcikli00, mmg ternyata POWER..tapi tak tahu ler kalau kot kot tuan saiful ada mencubanya…heheheheh..wallahu..
Terima kasih untuk info tuan haji awang, moga dipermudahkan segala urusan tuan..aminnn
assalamualaikum yb.haji awang dan saudaraku sekalian.
ambo tak kira dh.hj.awang dh kira guru dh.nanti ketemu bln 3 di kl kena turunkan ilmu tuan haji tu.ambo tuntut nanti.maharnya tomyam campur ya tuan haji?hehe
Waaikumusalam
Tuan Haji Awang yang dikasehi, sesungguhnya sireh menyatakan lambang, syarat dan isyarat zahir dan batin, soal rasa dan hati, kaseh dan sayang malahan soal hidup dan mati. Sebab itulah terdapat sireh berwarna hijau, kuning dan merah seperti warna lampu isyarat di simpang jalan . Diberi nama sireh Melayu, cina dan keling untuk menyatakan loghat. Sireh sebagai pemanis pembuka mulut, penyeri wajah, pandang tak jemu, menjana tenaga zahir dan batin dan pendek kata seribu satu macam.
Bentuk sireh seperti hati sudah cukup menyatakan sudah cukup menyatakan rahsia cintanya. Jika tak percaya tanyala pada mentari, lihatlah pada bulan dan bisikkanlah pada bintang, jawapannya pasti sama ia itu I Love You. Rasa sireh yang pedas sudah tentu menghangatkan perasaan yang dingin. Air sireh yang merah bila dikunyah, cukup menyatakan rasa ghairah dan macam macam lagi sifatnya yang mengancam. Itu belum lagi mengenai rahsia getah, urat, tampuk, batang bunga dan buahnya.
Ayat ayat yang saya sebut dalam jampi serapah Doa Sepalit Gila diatas adalah kod rahsia menyeru semangat daun sireh tersebut.
Keikhlas mereka yang menurunkan ilmu ini juga penting, sebagaiu hamba Allah yang pada hakikatnya tidak pernah mendakwa dakwi sesuatu, maka saya sebagai Dukun Asmara yang diutuskan Allah swt sementara di dunia yang fana ini sekadar menyampaikan ilmu Allah swt kepada makhlukNya tidak mengharapkan apa apa jika ada pun sekadar syarat jua. Jika Tuan sayangkan hamba cuma hadiahkan pahala bacaan surah al Fatehan dan Qulhuallah kepada saya dan selawat seta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw kekaseh Nya.
Wasalam.
Asalamualaikum
Jika menurut sejarahnya sireh merah adalah sireh Cina, Sireh hijau sireh Melayu dan sireh kuning Sireh India. Sireh Merah adalah dibawa oleh Puteri Hang Li Po dari Negeri Cina isteri kelima kepada Sultan Mansur Syah (1456 – 1477), sultan Melaka yang memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477. Beliau merupakan puteri kepada Maharaja Yongle, ] maharaja Wangsa Ming di China. Pohon sireh merah t6ersebut adalah dibawa dari negeri Cina dan ditanam didalam pasu sebagai bahan yang digunakan dalam adat istiadat peminangan dan perkahwinan diantara Puteri Hang Li Po dengan Sultan Melaka.
Menurut Sejarah Melayu, karya Tun Seri Lanang daripada abad ke-17, apabila Sultan Mansur Shah hendak menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar Tun Perpatih Putih sebagai utusannya, dengan sepucuk surat untuk Maharaja Yongle. Tun Perpatih berjaya menarik hati Maharaja China dengan kemasyhuran dan ketersergaman Kesultanan Melaka sehingga Maharaja tersebut menghadiahi puterinya, Hang Li Po, untuk dijadikan isteri Sultan.
Puteri Hang Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan dan selepas memeluk agama Islam, berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Selepas perkahwinan mereka, Sultan Mansur Syah membina sebuah istana untuk Puteri Hang Li Po, dengan pengiring-pengiringnya diberikan tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina. Di Bukit Cina inilah sireh merah yang dibawa dari Negeri Cina telah ditanam sebagai sireh Cina. Pengiring-pengiring Puteri Hang Li Po kemudian berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan Mansur Syah. Puteri Hang Li Po kemudian dikenali sebagai Hang Li Po selepas dianugerahkan dengan gelaran “Hang” oleh Sultan Mansur Syah. Sireh Merah yang dibawa dari Negeri Cina ini tidak banyak dikembang biakkan kerana Masyarakat Cina tidak banyak memakan sireh atau menyirih seperti orang India dan Melayu.
Perkahwinan Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamai baginda sebagai Paduka Mimat.
Bukit Cina akhirnya menjadi sebuah kawasan perkuburan untuk orang Cina tempatan. Perkuburan Bukit Cina dan Perigi Hang Li Poh masih ada di Melaka hingga ke hari ini. Sireh Cina hanya sesuai tumbuh diatas bukit. Oleh itu sireh merah lebih mudah terdapat ditanah bukit terutama yang ada sungai iaitu air terjun.
Wasalam.
Waalaikomsalam Warahmatollah Hi Wabarakatuh.
Yang Mulia Tuan PacikliOO dan Tuan Pak Tua yang saya hormati semoga Tuan dan Keluarga akan senantiasa di Rahmati Allah, di murahkan rezeki, di tetapkan iman dan di permudahkan segala urusan … AMIN.
Berbanyak banyak terima kaseh saya ucapkan kpd Tuan PacikliOO tentang penerangan yg tuan berikan.tentang pengkeras nya dengan menghadiahkan Surah Alfath dan Surah Alikhlas kpd Tuan dan juga berselawat keatas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW Insyallah akan saya laksanakan, Saya juga minta izin untok menggunakan ilmu ini jika ada “keperluan”.
Terima kaseh juga kapada Tuan Pengasas (saya ini org tua baru belajar, salah silap tolong tunjukkan), Tuan Pacik Tua, Tuan Waliqudus, Tuan Toksyiekh, Tuan Zul, Tuan Saleh dan Tuan Osmo dan sahabat2 yg lain nya. Semoga kita menjauhi larangan Nya dan mengamalkan suruhan Nya.
WASALLAM.
Assalammualaikum tuan haji awang yang dihormati serta para sahabat2 dengan diiringi doa moga sihat, ceria, bahgia, dan senantiasa dirahmatiNya…
Tuan haji, info terkini berkenaan pekan serikin yang tuan tanyakan terdahulu, aa mmg benar kata rakan tuan, memang wujudnya jam disana, pada hari sabtu memang busy day, dan pada hari sabtu ia dibuka dari pagi hingga ke petang, manaka pada hari ahad pula ia hanya dibuka setengah hari sahaja.
Tuan haji, untuk pengetahuan tuan, jalannya banyak berubah, tidak seperti 6 tahun yang lalu, sebagai pernah saya ketika itu ke sana jalannya berdebu tatkala hari panas, becak tatkala hari hujan, sekarang dah berturap sehingga ke pekan serikin, bau.
Terdapat pelbagai barangan yang dijual serta terdapat juga antara barang2 mistik di sana, cuma tinggal lagi rezki masing2 andai berjumpa dengan apa yang dihajati di hati…
Tuan haji awang, antara masa yang paling sesuai ke sana adalah antara jam7am bertolak dari bandaraya kuching, dan akan sampai ke sana dalam jam8lebih mcm gitu…dan jika jam9am ke atas, keadaan memang dah mula jam dan sesak dan part yang sukar tuh..parking full dan keadaan inilah yang mengakibatkan jam teruk kerana jalan berturap disana tidak besar…
wassalam…
Yang Mulia Tuan Osmo & Tuan Saipul yg saya hormati semoga kalian di rahmati Allah selalu,
Tuan Osmo – saya ucapkan tk di atas info nya yg mana segala maklumat yg tuan coretkan itu akan saya simpan buat ingatan. Akan tetapi dlm 2 – 3 bulan ini belum lah lagi saya kesana. Tengok keadaan “awang metussin” dulu (org Brunei panggil wang = usin – wang metussin). Pasal “jam” itu lah saya nak bermalam di Sarikin itu tuan – datang sehari sebelum SABTU dan balik hari Isnin ka Kucing baru ronda2 di sana. Tapi kalau tak ada penginapan apa juga bleh buat.
Tuan Saipol apa oleh2 dari Vietnam, ada jumpa barang mistique tak? Kawan2 yg pernah pergi kesana yg murah kata mereka ia lah telekong, baju2 berjenama (ada org kata buatan Thailand tapi yg saya pernah pergi ka Thailand kalau baju jenama ARROW lengan pjg saya tak jumpa kat gerai, buah naga, baju & seluar main golf ada di gerai tapi saya tak main golf), jewellery box untok hadiah drpd keluarga pengantin kpd para jemputan – di sana banyak berjual sepupu saya pernah beli. Mat motor ramai kot.
Saya ka KL bulan Feb ini tuan, Saya maseh ingat janji tuan pada saya kalau silat langkah seribu saya tak jln tuan hendak dokong saya. Saya kira berat saya dgn Tuan Karimon – saya pernah lihat gambar beliau nampak nya saya lagi berat berjuta juta lemon hux4. Insyallah jika di izinkan Allah kita jumpa kat KL. Insyallah kalau ada masa kita ronda2 kat KL tapi kalau tuan bertugas pada masa tu tak apa lah. Walau macamana di KL kita bincang over coffee – kopi goji dari Kelantan ada kat Brunei.
WASSALLAM.
assalamuaalaikum tuan haji.ada juga brg mistik di sana.tapi lbh kpd brg2 buddha.yg kelakar ambo terpandang satu taring.cantik.maka.ambo oegang belek2.tanya amoi tu apa ni dlm bahasa omputih.dia jawab dgn pelat animal pig.sampi ulang 3x baru perasan itu taring babi.cesss.
tasbih byk juga.tasbih buddha lah.mcm2 kaler ada.terperasan juga mcm satu tu kayu nibung.tapi masalah komunikasi ni payah nk.tanya psl.nibung dlm bahasa omputih pun ambo tak tahu.keh keh keh
mat moto mmg byk.hcm ada 9 juta penduduk.motor ada 3 juta.psl.yg pakai kete hanya org kaya sbb cukai mahal.lesen mahal dan perlu renew setiap 6bln.motor sekali seumur hidup sahaja.mmg crowded dgn motor.tapi yg ajaib pyh no accident walhal.krg traffic light disana.bygkan ambo tahan teksi di seberang jalan yg sgt jem dgn motor dan kereta,teksi tu blh selamba u turn.hehe
bab dukung jgn risau.body ambo pun 7x bsr drpd wak karimon.hehe.kalau tak larat ambo pakai ilmu silat langkah seribu moden.guna kereta sorong.hehe.psl nk jumpa or ronda2,tuan haji beritahu sahaja.ambo anytime.on.jika tiada appointment.ambo ni keje sendiri je.tidak terikat dgn boss.kecuali dipanggil oleh wak karimon utk jd bodyguard dia.maka bertugas lah ambo.nanti kita pekena kopi sampai pagi,haji!!!.hehe
wassalam
Assalammualaikum tuan saiful yang dihormati serta para sahabat moga kalian sihat, ceria, bahgia, dan senantiasa dirahmati Allah swt..
Wahhhh…seronoknya membaca pengalaman tuan saiful…best….takpe tuan haji, tuan saiful 7x tuh..no wori grenti boleh punya..hehehehehe…perhhhh taring yang tu pun ada jual jugak bro? wahhh dahsyat..takpe bro, sabo jer lah…
hmmm…tapi dalam gambo fb tuan, teras cincin tuh..memang best n power tuh..3 campuran teras…dahsyat….
cincin tu ambo ikut cakap wak karimon je.hehehe.otai advise,ambo ikut.
Assalamualaikum tuan saiful yang dihormati, para sahabat2 moga sihat, ceria, bahgia, dan senantiasa dirahmatiNya…
Oic..gitu…dun wori bro..kalau dah tok guru kita yang advice..mmg yang terbaeqq ler tuu…cayalah bro..canteq…
ambo pun baru perasan wife dan wifi tu.haha
Assalammualaikum tuan pakcikli00 yang dihormati serta para sahabat moga kalian semua dirahmatiNya…
Sya doakan moga segala urusan tuan pakcikli00 dipermudahkanNya InsyaAllah tuan…aminnn
assalamualaikum pakcikli
hai.teringin bebenor ambo nk bertemu mata dgn pakcikli jgk.blm ada rezeki.kalau ambo ada kl hari tu ambo dh ikut abg rahim sekali.cuti sekejap jd bodyguard dia.hehe.insyallah lain waktu,pakcikli
Assalammualaikum tuan saiful yang dihormati serta para sahabat2 moga kalian semua dirahmatiNya…
Haaaaa…lamo jugak tuan menyepi ya tuan saiful..hehehehehe..tuan nak jumpa pakcikli00?..bagus bagus tuh bro…sampaikan salam ambo pada beliau andai tuan ketemu dengan beliau ok bro…
waalaikumusalam tuan osmo
ambo baru pulang dr vietnam.line takde.hari last baru tahu rupanya hotel ada wifi.cesss!
insyallah kalau ada nafas pasti bertemu pakcikli kita ni.bab kirim salam rasanya pakcikli dh baca dh ni.hehe
Assalammualaikum tuan saiful yang dihormati serta para sahabat moga kalian semua dirahmatiNya..
Wahhhh…cian tuan saiful, hari terakhir baru tau ada wife…hehehehehe..takpe bro! sesabo banyak2 k bro..alhamdulillah, tuan telah selamat pergi dan selamat pulang..welcome home bro..
uikz..sori bro..sesalah taip ler ambo..hehehehehe jangan mareh yer tuan saiful..corrections… ‘wife’ to ‘wifi’…hehehehehehe..susah kalau dua org yang menaip nih…