Assalamualaikum,kepada semua para sahabat yang saya kenali dan kepada pengunjung blog karimon.Satu ketika dahulu pernah saya nyatakan diantara faedah yang saya dapati daripada blog saya ini adalah ilmu pengetahuan yang dikongsi bersama dan yang paling utama mendapat ramai kenalan.Pengunjung baru seperti saudara Osmo dari Sarawak,saudara Saiful dari KL dan Tuan Haji Awang dari negara jiran kita Brunei yang tak putus2 senantiasa saja memberi komen didalam blog ini.Kalau dilihatkan dari komen2 mereka kita seolah2 merasakan bahawa mereka ini sememang telah pun mengenali diantara satu sama lain,senda gurau mereka dengan Waliqudus,Pakcikliio dan TS membuat kita tertanya2 apakah mereka ini saling mengenali secara perbadi,jawapannya tidak,Saiful sendiri tidak pernah mengenali Osmo yang berada di Sarawak dan hanya menyapa didalam blog ini ataupun di Facebook,Tuan Haji Awang pula di Brunei dan hanya menyapa di blog ini.Tetapi apabila Saiful kembali dari Vietnam beliau membeli cenderahati untuk dibagikan kepada Osmo yang akan diposkan oleh saya,Ikatan persahabatan sebeginilah yang selalu saya harapkan dari semua pengunjung blog ini.

Tuan Haji Awang berhajat datang ke KL dan tanpa berbelah bagi Waliqudus dan saudara Saiful mengajak beliau ke rumah bahkan mahu bertemu dengan Tuan Haji Awang.Ibarat menyambut saudara yang dikenali.Apabila Tuan Haji Awang mahu ke Sarawak iaitu Serikin saudara Osmo menawarkan diri mengiringi dan menyambut beliau.Saya sendiri ke Sarawak telah dijemput oleh Osmo di airport dan malamnya belanja saya makan bersama isterinya dan esoknya ke Serikin dengan saya.Apabila saya mahu pulang dijemputnya saya di hotel jam 5 pagi untuk dihantar ke airport.Dan yang saya kagum beliau menunggu sehingga saya hilang dari penglihatannya semasa daftar di imigresen pada hal beliau boleh saja terus pulang apabila hantar saya di airport.

Tali persahabatan yang sebeginilah yang amat saya harapkan dari semua teman2 saya.Gelak ketawa saya,waliqudus dan Pakcikliio pada malam kami dilipat2 oleh beliau akan senantiasa saya ingati,itulah pertama kali kami bertemu dengan Pakciklio.Bila kenangkan kembali bagaimana Waliqudus dan Pakciklio sering berdebat berkelahi dalam blog ini satu ketika dahulu seolah2 tidak pernah berlaku apabila mereka bertemu sesama sendiri.

Apakah yang paling bernilai saya dapat dari blog ini.Yang saya dapat ialah bertemu dan berkawan dengan tuan2 semua.Ini termasuklah mereka yang ada di uptown Puchong seperti saudara Izat,Rizal,Zul,Solehan ,Wak Lan dan beberapa orang lagi yang diperkenalkan oleh saudara saiful seperti John dan saudara Rizal dari Kg Medan.TS dan menantunya Farid saya bertemu di Melaka,saudara Alam Tunggal di Pulau Besar,geng2 Poseideon di Kedah dan adik angkat saya Hashim yang berada di Sabah termasuk saudara Rahim Zakaria.Ibarat kata2 Inggeris you all are the best things that happened in my life.Semuga persahabatan kita semua kekal sehingga akhir hayat kita.Akhir kata”Friends are never earn they are gift from loving God”

About these ads