Cenuai air sejenis cenuai yang sukar untuk didapati dan mempunyai nilai perubatan dan pengasihan.Juga dipanggil Cenuai Pemanggil.TS lebih arif untuk memberi komen tentang hal ini.Silakan Pak Syeikh
0.000000
0.000000
Like this:
One blogger likes this post.
Perihal karimon
Mungkin saja minat yang mendalam terhadap budaya timur dari sudut sejarah,kebudayaan dan kepercayaan membuat saya terasa teruja untuk membaca pekara pekara yang berkaitan dengan adat budaya,sejarah silam,mistik dan spiritual.Tidak terlepas pandang banyak juga buku buku yang berkaitan dengan semua pekara itu saya beli dan miliki,termasuk juga apa yang berkaitan pekara holistic.Disamping buku, segala bentuk artikel yang ada kaitan dengan pekara tersebut akan saya baca dan kumpulkan.
Assalamualaikum tuan karimon pengasas blog yang dihormati, para sahabat yang sekalian dengan iringan doa moga kalian semua sihat, ceria, bahgia, dan senantiasa dirahmati Allah swt..
Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah buat tuan karimon kerna telah berjaya mendaki gunung ledang dan berjaya membawa pulang cenuai pemanggil tersebut..wahhhh..canteeeq…
assalamualaikum saudara2ku sekalian
wak.dalam semua 33 jenis cenuai,cenuai apa paling power.cenuai apa plg susah nk cari.cenuai apa paling susah nk diproses?
wassalam
assalamulaikum,salah satu cunuai yg paling susah untuk di temui,dan ahirnya wak kita,tuan karimon berjaya mendapatkannya,tahniah…
habis lah kena geledah kereta ambo esok.wak,jgn bawak pi melaka esok.
Asallammualaikum Semua Rakan 2 !!!!…Cenuai Air ialah cenuai yang tumboh dalam air berseh tanpa sedikit pun tercemar.Jika tercemar sedikit air nya, cenuai tidak akan tumboh.Sangat TIDAK BENAR , jika ada yang kata, cenuai air tumboh di tasek,kolam dan sungai.Bertahun tahun saya mengkaji dan mengolah minyak cenuai, saya sangat faham akan sifat sifat cenuai, khusus nya cenuai air.
Cenuai Air tumboh di sungai kecil/anak air yang berbatu dan sangat jernih air nya.Cenuai ini lah paling sukar di dapati dan paling sukar untuk mengambil nya. cenuai paling ‘power’. dalam senarai akar cenuai.Cenuai paling unik, kerana tumboh dalam air berbatu batan.
Cenuai Air tidak tumboh di kawasan bawah air terjun.Ia nya tumboh di kawasan atas air terjun atau jeram.
Nilai Perubatan nya sangat tinggi kerana bolih mengubati segala penyakit yang TANPA SIHIR.Untuk penyakit Barah, saya belum cuba lagi, tetapi untuk penyakit dalaman, insyaalah sembuh !!!!………
Siapa nak cenuai air…..tak usah minta pada wak karimon….dia tak ada, kerana dia tak ambil pun cenuai tu……….dia relak dan hisap rokok suria nya….sambil memegang camera untuk ambil gambar……………hahahahahaha………
salam pak tua
nak tahu jek tinggi ke tak.tunggu sabtu ni bila ambo ziarah abg syeikh hensem kacak abadi ni.kalau balik dpt 1 brg hadiah.blm cukup tinggi lg le.kena usaha lagi.kalau balik bwk 20 brg.haa yg tu tinggi.nanti pak tua blh cuba.hehehe
tapi walau lautan bara sekalipun.walau bergegar gunung berapi dan runtuh langit ke 7.abang syeikh tetap hensem di mata ambo.
dah2,balik ke topik asal cenuai air.marah wak nanti.jauh larinya.
jangan tak jek bro..kena tinggi sket lagi..hehehehehhe…ambo tetap menyokong penoh tuan saiful..hehehehehe
ambo doakan sabtu nih lawatan bro ke sana dipermudahkanNya..jangan lupa yer bro..sampaikan salam ambo istimewa serta khas buat tuan tok syeikh yang disayangi di sana kelak yer..tq bro..
demo kena sokong ambo,tuan osmo!!! pasal apa barang ambo dpt nanti ambo pos ko demo sikit.hihi
Asalamualaikum
Ada orang yang menyatakan cenuai air ini amat ampuh untuk memikat matair tanpa memerlukan taliair dan bilair.
Wasalam
Waalaikumusalam,ha ha ha ha bab ni saya tak tahu nak komen Pakciklii.
Asalamualaikum
Beberapa bulan yang sudah saya telah berkesempatan berkunjung ke kampong orang asli di Teronoh Perak ia itu kerumah Tok Batin Arif untuk memperolehi maklumat mengenai herba.
Bercerita mengenai minyak cenuai, menurut Tok Batin Arif mereka sangat yakin ‘kekuatan’ yang ada pada minyak tersebut. minyak berkenaan dikatakan akan bertambah setiap kali bulan mengambang. Banyak juga pengetahuan mengenai rahsia minyak cenuai yang saya perolehi dari orang Asli. Minyak cenuai dipercayai boleh meningkatkan kuasa, pengaruh dan kasih sayang.
Namun bergantung kepada si pemakai, jika dia tidak ikhlas, hal itu tidak akan berlaku,kata Tok Batin Arif yang berasal dari suku kaum Semai dan menetap di Tronoh, Perak.
Suku kaum Temiar, Semai, Jahai, Semai dan Temuan antara yang mahir menghasilkan minyak cenuai atau dipanggil minyak pengasih itu. Persoalannya apakah untuk memperolehi minyak cenuai yang asli perlu diperolehi dari orang Asli ?. persolan ini mungkin terjawab jika kita telah menemui pakar minyak cenuai orang Asli.
Wasalam.
Assalamualaikum pakcikli
betul pakcikli.bertambah ampuh jika ditambah dgn syahadah,selawat,ayat quran dan zikir.apa dia ayat,ambo rasa pakcikli tahu.boleh share ke pakcikli?atau ada ayat lain yg menurut pengetahuan dan ilmu pakcikli?
wassalam
Asalamualaikum
Tuan Saiful dan Tuan oSMo, di bawah ini saya titipkan ayat pengaseh yang sesuai di baca ketika memakai minyak cenuai;
Kaseh sayang sayangkan bulan
bulan mengalir bertemu temu
kaseh sayang ku bawa berjalan
bulan mengalir kita bertemu ………(sebutkan namanya)
Sangat mujarab dibaca ketika bulan mengambang. Zaman dulu dulu pria menemui kekasehnya ketika bulan mengambang kerana ketika itu kaum hawa sedang dilamun berahi. Tapi zaman sekarang pria bertemu kekaseh ketika cukup bulan (dapat gaji). Begitulah perbezaan orang dahulu dengan sekarang memuja bulan. Jika dipelajari terlalu banyak petua memakai minyak cenuai supaya mujarab dan mengancam. Pendek kata macam macam.
Wasalam.
assalammualaikum,,,memang benar apa yg di katakan oleh pakcikli kita ni,org asli memang pandai dan mengetahui serta arif mengenai minyak cenuai ni,saya berkesempatan juga belajar serba sedikit mengolah minyak cenuai samaada cara elok(putih)mahupun yg tak elok(hitam)dari suku kaum org asli di lata kinjang dan org asli di batu 19(arwah buyung)jalan nak ke cameron highland,yg penting hendaklah yakin berserta niat yg baik apabila menggunakannya.
Wa’alaikumsalam tuan muhamad farid yang dihormati, para sahabat sekalian moga dirahmatiNya..
terima kasih untuk info dari tuan, keikhlasan jua keyakinan mmg faktor penting juga komponen utama dalam proses pemakaiannya…
Waalaikumusalam Farid,dan benar kata kamu dan Pakciklii,cerita cenuai ini memang sesuatu yang agak komplek dan boleh dikatakan pelbagai cerita akan dapat kita dengari tentang cenuai termasuklah kaedah pembuatannya.Kalau kita bertemu dengan 3 orang tak kiralah orang asli atau pun orang kita melayu maka kita akan dapati 3 cerita yang berbeza.Namun tujuan dan maksudnya adalah satu iaitu membuat minyak cenuai bagi tujuan pengasihan.Di sini pula terdapat 2 cara lain sama ada cara orang islam melayu ataupun orang asli nak dijadikan minyak itu unsur hitam atau putih erti kata yang baik atau yang jahat.Pengetahuan tentang ilmu mengenali cenuai atau membuat minyaknya bukan saja terbatas kepada orang asli bahkan orang melayu pun mengetahui akan ilmu itu.Teknik mengolah membuat minyak cenuai memang sering dirahsia dari pengetahuan umum,kalau tahu pun hanya sedikit sahaja yang didedahkan.Selain dari sukar mendapatkannya sukar juga membuat minyaknya.Ianya bukan hanya melibatkan pada jampi mentera tetapi teknik2 atau cara yang lain juga perlu diambil perhatian.Ada masanya untuk mengolah minyak cenuai memakan masa selama 40 hari.Persoalan yang timbul mengapa sesetengah orang memakai minyak cenuai ianya mujarab dan ada yang tidak mujarab.Ianya boleh saja berlaku dalam 2 hal.Pertama pembuat cenuai itu sendiri dan kedua pemakai minyak cenuai itu sendiri.
Dalam hal pembuat minyak cenuai itu sendiri banyak faktor yang terlibat,apakah pembuat itu mengikuti segala petua2nya dan pantang larangnya dari pemulaan mengambil sehinggalah kepada mengolahnya.Bagi sipemakai pula,apakah beliau hanya menyerahkan kejayaan sekadar mengunakan minyak itu tanpa perlu berusaha.Psikologi juga memainkan peranan yang penting dalam pengunaan minyak itu.jika ada rasa was2 atau sangsi keberhasilannya mungkin tiada.Apabila ada keyakinan secara otomatik aura/semangat/energi didalam diri menghasilkan sesuatu yang positif.Seringkali juga mata memainkan peranan terhadap minyak cenuai itu,dari mata turun ke hati untuk menghasilkan keyakinan atau pun tidak.Seperti juga meminta,kalau sekadar meminta dengan sambil lewa permintaannya mungkin tidak akan berhasil,tetapi kalau diminta secara serius dan bersungguh2 sambil berusaha untuk mendapatkannya keberhasilannya mungkin akan lebih.Salah satu lagi keberhasilan minyak cenuai itu ialah kesabaran untuk melihat ianya berhasil,melainkan kalau unsur hitam digunakan maka bantuan dari unsur hitam itu mempercepatkan hasilnya tetapi dengan harga yang mana kita mampu membayarnya akibat dari perbuatan kita.Adalah lebih baik dan ampuh kalau kita meletakkan segala usaha kita itu ke atas Allah swt dengan menyakini usaha kita diberkati Allah swt dan kita menyerahkan kepada Allah swt menentukan apa yang terbaik untuk kita.
asalmualaikum tuan karimon yg di hormati,benar apa yg di katakan oleh tuan,seperti dalam cerita p.ramli laksamana do re mi..jika kamu minta baik,baik lah jadinya…jika kamu minta tak baik,tak baik lah jadinya…tepuk dada tanya selera…mohonlah pada Allah swt dalam apa jua urusan…
betul tu wak.tu pasal sahabat kita sampai.burung dan rama2 ikut.nasib baik bukan awek mahupun isteri org.pegang niat sbg satu medium usaha dan ingat ia anugerah drpd Allah.saksikan cenuai itu dari sudut kebesaran Allah menciptakan ia sbg pengasihan.maka selepas pakai serahkan kpd Allah swt jua.Dia kasi,kasilah.alhamdulilah.tak kasi pun,xpelah.alhamdulilah juga.
Apa yang di kata kan olih Pakciklioo…memang benar.Akar Cenuai ialah kurnian Allah swt.Akar ini ciptaan Allah.Tentu lah ada cara yang bolih kita gunakan untuk manusia islam.Al Quran mempunyai rangkaian ayat syifa, samada mistik,kronik dan pengaseh serta pembenci……bagi orang asli, cara pemujaan jin dan bagi orang islam pula, cara memuja Allah, dengan mengrukyah kan ayat suci al quran.
Cara pembuatan minyak ini saya olah menurut al quran iaitu suci dan berseh dari najis….di camporkan dengan bahan yang suci, malah bolih di makan.
Yang TIDAK BOLIH, cara pemujaan jin atau PENUNGGU BUSUT….Tetapi jika kita gunakan cara Islam……………………LAGI POWER !!!…….
kalau dilihat kpd gambar ni.rasanya mungkin byk kali dah ambo bertemu cenuai ni waktu kecik2 main dlm hutan.tapi mungkin dipijak begitu saja kerana tak kenal.2..3 tahun lpa juga mungkin sama.ni penting sebarang ilmu dipelajari.so skrg kalau terjumpa maka alhamdulillah.ilmu…ilmu…ilmu…
asalammualaaikum tuan saiful,untuk pengetahuan tuan cenuai air ini tidak akan tumbuh di kawasan2 di bawah hutan2,ia akan tumbuh di kawasan atas2 pergunungan yg beriklim sejuk di dalam air yg berarus dan salah satu sifat cenuai ini ia tidak suka menonjolkan diri di mata manusia dan tumbuh cara terselindung dari pandangan org.
assalamualaikum tuan farid mudahan dirahmati Allah hendaknya
oo okay.terima kasih tuan farid.ni tuan farid yg selalu teman wak kan?menantu abang syeikh.tapi kot masa panjat gunung pengakap dulu kalau ia muncul pun ambo tak perasan juga tuan farid.pasal tak kenal.hehe
wassalam
Cuba lah ambil Saiful…..Pokok Kelayau pun….hampir sama juga…heheheheh…………..kot pokok kelayau, maka jadilah Pokok Cenuai Kelayau………
wahai abang syeikh ku hensem gagah perkasa.usahkan cenuai ini,dilawakkan dgn kelayau.kelayau pun ambo tak kenal.hahaha.banyak kena belajar ni.belajar dgn wak pun sekarang baru sampai bab 2 mukasurat 12 yakni cara2 menyedut sebatang surya dgn sekali sedut sahaja terus hbs.
Kalau bagitu Saiful atau yang lain lain nya…buat baik lah dengan Wak Karimon/Tuan Rahim…Beliau ni ada sedozen Ibu ibu minyak cenuai.Dari cenuai gunong,pulau dan darat…..cuma nasihat saya, bila dah dapat minyak cenuai, jangan jadi buaya darat……nanti akan jadi sesat barat……hahahahahah…………
assalamualaikum abang syeikh yg gagah perkasa.
udah ambo perolehi akan minyak tersebut drpd abg rahim.sampai ada sahabat ambo diikuti burung dan rama2 tatkala memakainya.ambo pulak lain hasilnya.semenjak pakai cenuai abg rahim ni rasa semangat je nak jek abg syeikh ni.kenapa ek?
minta jauh le jadi buaya darat jadian.hehe
Memang lah betul…cara mengolah minyak cenuai ada rahsia tersendiri.Dan tidak akan di perturunkan habis……………kang minyak cenuai pula , yang makan tuan…..setiap minyak cenuai pasti ada kelemahan nya…kelemahan ini lah yang akan di simpan olih guru yang membuat nya……hahahahahahahah…………………
Asalamualaikum
Selain dari pada mendapat maklumat mengenai minyak cenuai dari pada kaum orang Asli saya juga mendapatkan maklumat mengenai minyak cenuai dari ilmuan Islam yang diantaranya adalah seperti Imam Ibnu Qayyim yang pernah menulis seperti berikut dibawah ini;
“Sesungguhnya Allah swt telah memperlihatkan kepada para hambaNya di dunia ini akan beberapa kesan yang berupa ciri-ciri syurga, Sebagai contohnya bau-bauan yang wangi dan sedap, kedinginan, pemandangan yang indah, buah-buahan yang baik-baik, segala nikmat kesukaan dan kesenangan.”
Disini bagaimana dikaitkan syurga, satu nikmat dan anugerah Allah s.w.t kepada hambaNya yang paling bernilai dan tinggi pemberianNya kepada mereka yang bertakwa dengan sifat wangi.
Abu Sufyan dan Jabir r.a memberitakan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Allah s.w.t berfirman kepada Syurga, Wangilah untuk penghuni engkau!, lalu Syurga pun bertambah mewangi. Maka demikianlah bahawa hawa dingin(serta keenakan baunya) yang dirasai manusia (di dunia) dikala dinihari. Iaitu sebagaimana juga Allah menjadikan api di dunia dan kepedihannya, juga kegelisahan dan dukacitanya sebagai peringatan tentang api di Akhirat.”(Hadis Riwayat Abu Nu’aim)
Wangi-wangian juga adalah merupakan kegemaran Rasulullah SAW,di mana beliau pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah menyukai setiap yang berbau harum (wangi) dan suka pada pakaian yang bagus-bagus”(Hadis Riwayat Ad-Dailami)
Rasulullah SAW sangat berminat dan memakai wangi-wangian, sebaliknya membenci bau-bauan yang busuk dan keji. Keadaan ini dirakamkan oleh sahabat Nabi SAW, iaitu Anas bin Malik r.a,
Sesungguhnya Nabi SAW tidaklah beliau menolak (apabila diberikan) wangi-wangian)
Dan pada dasar inilah dikaitkan ayat-ayat Al-Quran yang tertentu dan doa-doa khusus yang di asma’kan keatas barangan yang bersifat wangi itu dengan kegunaan pengasih. Dan atas dasar itulah ujudnya amalan-amalan tersebut. Mungkin ianya ilham-ilham semata-mata.
Persoalannya disini adalah. Bolehkah amalan-amalan tersebut? Dan sejauh manakah umat akhir ini mengerti sempadan-sempadan ikhtiar yang dibolehkan. Dan sejauh mana ‘kita’ dapat melihat sesuatu amalan itu terselit atau tidak haluan yang menjurus kepada syirik?
Kesimpulannya disini. Sesuatu yang bersifat wangi dan cantik itu bisa saja menjadi daya penarik(pengasih) kepada seseorang. Dan dalam hal ini, manusia ini terdiri dari 2 sifat. Rohani dan Jasmani. Maka tarikan untuk Jasmaninya(secara zahirnya adalah sesuatu yang bersifat nyata, boleh disentuh, boleh dirasa, boleh dilihat, boleh di hidu. Seperti bunga-bungaan dan wangi-wangian.) Dan tarikan untuk rohaninya adalah yang bersifat rohani juga. Ayat-ayat Al-Quran, zikir-zikir, dan doa-doa yang tertentu. Yang diamalkan secara istiqomah(oleh individu pemakai) atau bilangan tertentu yang diasma’kan oleh pembuat minyak pengasih tersebut. Dan gabungan kedua unsur ini menjadikan ianya daya penarik(pengasih) yang sangat berkesan.
Aku tidak menidakkan kemungkinan sifat-sifat bunga ros itu dimenafaatkan dan dima’rifatkan kepada kesukaan manusia kepada sesuatu yang cantik dan menarik. Tapi percayalah, sesuatu yang didoakan, atau diasma’kan dengan zikir-zikir tertentu. Jika dijual beli (yakni mengambil mahar melebihi dari keperluan materialnya ‘kos’) pasti akan hilang keberkatannya.
Wasalam.
salam sejahtera….
jika minyak cenuai telah di simpan lebih dari 15 tahun atau sangat lama…..
adakah power nya bolih hilang…??? bagaimana mahu menilai quality nya…
atau bagaimana kita nak tahu bahawa minyak itu telah lupus atau masih bolih digunakan…..???
# ada lah dulu orang bagi sebotol…..dah terlalu lama simpan….????
Asalamualaikum
Selain daripada minyak cenuai tradisional kini terdapat minyak cenuai moden yang menggunakan bahan kimia sintetik pheromone. Ianya telah banyak digunapakai oleh orang barat dalam merialisasikan hajat mereka untuk memikat dan menggoda pasangan lelaki atau wanita idaman mereka.
Minyak cenuai pengasih moden ini mengandungi sejenis bahan kimia sintetik yang dipanggil Pheromone yang mampu mencetus dan meransang deria otak untuk terpikat kepada si pemakai tanpa disedari oleh penghidunya. Terdapat berbagai jenis wangian pemikat di pasaran ketika ini dimana setiap daripadanya mempunyai formula dan wangian tersendiri. Terpulanglah kepada pengguna untuk memilih yang mana serasi. Keberkesannya sangat bergantung kepada gabungan bau badan si pemakai dengan bau pheromone tersebut.
Minyak wangi ini sering dikaitkan dengan minyak pengasih atau cenuai. Apa yang membezakannya ialah minyak wangi ini menggunakan teknologi moden.
Wasalam.
Minyak Cenuai…..paling lama pun 1 tahun sekali….kena rukyah kan ayat ayat shifa’…..jika tidak ,khasiat nya akan kurang 1/3…..jika 2 tahun tanpa rukyah, akan hilang khasiat nya , 1/2….dan jika 3 tahun tanpa rukyah….akan hilang 100 %, khasiat nya……..jika dah bertahun tahun…melebihi 3 tahun, tanpa rukyah…..sudah hilang khasiat nya !!!!……
Darihal menguji nya….jika minyak buatan saya,wali Kudus dan Karimon…..Memang bolih di uji….kena jumpa kami bertiga laaaaa…….kurang kurang nya, bawa teh tarek dan rokok suria……hahahahahah………atau belanja makan nasi ayam !!!!!
rokok surya ya.wak dan waliqudus selalu dpt.tapi tak ori.hihi.kena cari kedai ori plk.ASH tak dpt surya dpt brg lain.bila.nk beli skyline ASH?baju dh ada.hehe
Kalau di kalimantan… Minyak cenuai yg asli… Tiap purnama boleh penuh sndrii…..
Salam Sejahtera para sahabat yang dirahmati Allah…
Petanda fadilat yang lupus atau hilang kekuatannya adalah dari haruman cenuai tersebut yang baunya telah tiada..cenuai yang baik adalah haruman yang mampu menyelubungi keseluruhan tubuh badan pemakainya walaupun hanya secalit dipalitkan ditelapak tangan atau dimana-mana bahagian badan. T.S Pernah mengajar saya dan wak.., bau cenuai ni mesti tembus badan jika olahannya betul…lagi satu, jika minyak cenuai didedahkan pada bulan penuh, diisyaratkan agar pengolah minyak ni berkeadaan Bersih dan berwudhu, Solat Hajat..dan dedahan pada cahaya bulan adalah waktu Embun Jantan turun. Pada waktu tersebut, minyak tidak boleh ditinggalkan sendirian, pengolahnya juga mesti turut serta berembun….tanda-tanda ianya telah cukup harakatnya adalah dengan bau yang semerbak datang dari semua arah. Penjelasan yang selebihnya…..hangpa kena lah buat sendiri agar hangpa tau..apa yang datang..heeheheh huaaaaa warghhhh….kalau jin yang datang..jawabnya hangpa kena steady lah…kalau jiran hangpa yang keluar..jawablah…kalau…….yang datang…hangpa kena hadap lah..
Apa yang Wali Kudus cerita kan memang benar…di bawah sinaran bulan purnama, wajib di embun kan…tak tau lah aku, embun jantan jer, atau embun betina…..kalu embun jantan…tak berapa umpphh….kot……kena cari embun betina…..baru lah berseri seri pemakai nya…heheheheheheh…………….Dan satu lagi jika kawasan rumah tidak ‘berpagar’…memang ‘si polan’ tu datang, siap dengan kekek kekek suara dan jurai rambut sekali.Benda ni bukan penjaga cenuai tapi nak rembet minyak cenuai !!!!…..Sebab itu kena ada pagar makrifat dahulu atau kena jaga…………..Si Farid dah kena dahhhh……beliau lari dan baca ayat kursi….hingga pagi……adek nya baca surah yasin………kawasan rumah mereka kat Tapah, ada benda tu……apa lagi……datang lah si polan ,berambut panjang itu !!!!……………….
Antara tanda tanda, minyak atau cenuai kita ada ‘power’, ialah bolih menarik apa sahaja, yang mistik…Bunian,Jin,Syaitan, pontianak dan langsuir………..kerana itu adalah tanda ‘kepoweran’, cenuai…………jika jin tahap tinggi ini juga bolih di tarek nya…..apa lagi , manusia yang kurang berilmu dan ‘kosong dada nya’……Wallah hu…..itu kata guru guru saya !!!!…………….Tetapi semua itu dengan izin Allah SWT…..kerana tiada yang TERLEBIH POWER KECUALI ALLAH !!!!……………
Assalamu’laikum w.b.t ila yaumil qiamah saudara2 sekelian.
Pakcikli menyebut “Ibu segala cenuai ialah hati mau baik be !!!!!.” Titik be/ba tu yang kena cari..
Asalamualaikum
Tuan Luqmn Hakim, mungkin titik di belakang BA Bismillah yang tuan maksudkan, iaitu bermula hakikat kaseh sayang Allah swt kerana terlalu cinta pada diri Nya.
Wasalam
Assalamualaikum pakcikli00 yang dihormati..para sahabat2 sekalian moga ceria, dan senantiasa dirahmatiNya..
Hehehehehe…ambo mmg tau..tok syeikh yang hendsome mmg baik hati orangnya..kan kan kan tok syeikh..hehehehehe terima kasih tok syeikh…
Minyak Cenuai Asli…yang penoh pada bulan purnama…ada khadam nya !!!!..Yang kita mahu ialah YANG ALAMI…..tiada khadam dan tiada jin……….kena ingat, cara olahan minyak cenuai ada 2..iaitu 1.cara rukyah ayat ayat shifaq….2.Cara Pemujaan Jin/Jembalang Tanah………………mana yang anda mahu, terpulang kepada anda !!!!!…..
Adakah TS menjual minyak cenuai? Berapakah pula maharnya?