Buku Mistik Teras & Kayu
Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog.Insyaallah buku Mistik Teras & Kayu telah siap dicetak dan akan di hantarkan kepada saya pada hari Rabu 22hb Februari.Buku setebal 375ms ini dijual dengan harga RM45.00 tidak termasuk pos.Harga termasuk pos bagi semenanjung adalah RM52.00 dan RM57.00 Sabah & Sarawak.Buku ini adalah sekadar kemampuan saya mengumpulkan maklumat mengenai kepercayaan terhadap teras & kayu.Saya paparkan isi kandungan buku ini buat tatapan pengunjung blog.
1.Muqadimah -1
2.Pengenalan -4
3.Alam Tumbuhan -16
4.Sejarah Teras Kayu -21
5.Kajian Terhadap Kayu -24
6.Mengapa Teras dan Kayu -33
7.Hasil Kayu dan Teras -44
8.Fosil Kayu -53
9.Teras dan Kayu Kemuning -57
10.Jenis jenis Penunduk dan Tas -67
11.Teras Kelor/Gamunggal -77
12.Pohon Palma -93
13.Buluh dan Rotan -110
14.Lain lain Pohon dan Teras -149
15.Jenis Cenuai -300
16.Info Kayu dan Tanaman -328
17.Produk Kayu dan Teras -354
18.Pohon Ganjil -355
19.Lampiran -356
20.Penutup -359
21.Sumber Rujukan -361
Pengunjung boleh membuat pembelian buku ini melalui saya dengan menghubungi saya di no 013 3601760.Boleh juga membuat tempahan/pembelian melalui saudara Waliqudus tuan punya blog Rahsia Alam di no 019 3387074.
Posted on 20 Februari 2012, in Berita/Info. Bookmark the permalink. 52 Komen.
assalamualaikum saudara2ku sekalian dgn doa mudahan dirahmati Allah swt.amin
Alhamdulillah.muncul jua.sekian lama menunggu.tahniah kpd wak karimon diatas kejayaan menghasilkan buku yg ambi percaya sgt berilmiah,bermutu dan bermanfaat untuk semua khusus peminat teras dan kayu.ambo doakan buku ini mencapai kejayaan dan ambo senantiasa dibelakang support wak.
meh pakat beli belako deh.aiii waliqudus dealer utama tu.hehehe.bang,blm sempat cari periuk tanah lagi le.tunggu dkt2 tuan haji awang nk dtg ambo cari.kita kasi pecahhhhhh
wassalam
Bissmillahirrohmanirrohim…
Assalamualaikum tuan waliqudus yang dihormati, tuan karimon pengasas blog, para sahabat2 sekalian moga ceria, bahgia, sihat dan senantiasa dirahmati Allah swt…
Alhamdulillah! Tahniah tuan waliqudus…akhirnya Teras & Kayu keluar jua..sekian lama menunggu!…wahhhh ambo nak dua tuan karimon…ambo booking dua..hehehehehe
Untuk semua para sahabat dan peminat blog mari kita sama2 menyokong usaha yang bermanfaat ini dan para peminat teras dan kayu akan dapat menambahkan lagi ilmu terhadap teras dan kayu nih..ambo doakan moga usaha ini akan suksess!
Terbaaaeeekkk…terima kasih tuan karimon & tuan waliqudus…
assalamualaikum tuan osmo
hai takkan merajuk kut.lama hilangnya.ckp.nk.kurangkan je.ni takde terua ni.kami rindu 315% demo tu.kembalilah.kami rindu mabuk kepayang dah ni
ASHM gelaran untuk selama-lama
wak dpt WKSDP pun sama
tuan osmo jgn rajuk lama-lama
nanti ambo merajuk sama
Wa’alaikumsalam tuan saiful, tuan karimon, tuan paduka, tuan pakcikli00, tuan alam tunggal, tok syeikh, para sahabat2 sekaliannya disini, ambo doakan moga tuan2 sekalian sentiasa ceria, bahgia, sihat walafiat, dipermudahkan segala urusan, dan dicucuri rahmat dari Allah swt..aminn
uikz..ambo baru keluar dari hutan bro…ish ish ish…ambo tidak ler merajuk bro, cuma slow slow jer bro..hehehehehe…alhamdulillah, berkat tips serta petua penggunaan teras yang direndam atas syor tuan waliqudus amat mujarab berkat izin dari Allah swt..terima kasih tuan waliqudus yang sudi serta telah calling ambo, hehehehee..bro ambo bru pulih dari demam bro..
terima kasih yang tidak terhingga juga buat tuan karimon yang telah msg ambo walaupun ambo di kawasan belantara yang signalnya amatlah sedikit jer..dan kekadang hilang2 signalnya..terima kasih tuan karimon..
wahhhhh…banyak gak yang ambo ketinggalan nih..nanti yer bro..ambo ketchup sket sket yer bro..
thanxz bro..
wahhhhh…alhamdulillah! pakcikli00 dapat geliga lipan tuh bro..tahniah buat pakciklii00..siap teras gemunggal lagi tuh pakciklii00 dapat dari bro..cayalah bro! tumbs up!
Assalamualaikom wtw kpd Yang Mulia Tuan Osmo,
semoga senantiasa di rahmati Allah, Amin,
Tuan Osmo, Tuan Saiful ni orang nya penuh misteri. Apa tidak nya dia nak buat surpriselah, nak buat saya menitis ayor mato lah, ni nak pecah periok tanah lah pulok he he he……
One thing kita mesti sokong penjualan buku Mistik, Teras dan Kayu kerana (saya pinjam kata2 Tuan Saiful) kita percaya ia nya sangat berilmiah, bermutu dan bermanafaat khusus nya kapada peminat teras dan kayu. WASSALLAM.
bukan kasi pecahhh periuk tuan haji.kasi pecah rumah waliqudus dgn berjoget.psl dia rebus kasi minum tu akar kayu powerrrrrrrrrr ranger punya.heheh
Wa’alaikumsalam wbh ya tuan haji awang yang dihormat..para sahabat2 sekalian muga seeheart, cherrya, dan senantiasa dirahmatiNya…
hehehehe..mmg MISTERI tuan haji awang…ambo biaso biaso jer..tapi part tuan saiful nih bukan sekadar misteri jer tuan haji awang..penuh mistik lagi gitu..hehehehehe..bro jangan marah bro..ambo ngecek tuan haji awang yang handsome..
yup..buku2 ilmiah sebegini mmg terhad dan sukar ditemui..kita patut sokong dan ianya khazanah kita..
alhamdulillah..tak lama lagi tuh keluarlah ia..yeaaahhhhh
SAlam Sejahtera para sahabat yang dimuliakan Allah..
Andai para-sahabat yang membaca Komentar dari Dalam Karimon’s Blog ingin membuat tempahan secara terus dari Blog ini, saya Unjurkan tempahan secara terus kepada Tuan Pengasas iaitu Saudara Rahim. Blog Rahsia Alam akan mengedarkan melalui sahabat dari Blog Rahsia Alam Harga Buku dan Kos Pos adalah sama..cumanya jika buku ditempah dari Blog Rahsia Alam…ada iringan teras kayu…..hehehe…
Asalamualaikum
Alhamdulillah Tuan Waliqudus dengan iringan teras kayu tersebut, itu pasal selain daripada Waliqudus tuan dikenali juga sebagai SUCI DALAM DEBU kerana sering berada dalam habuk debu kayu ketika membuat tasbih dan cincin kayu.
Wasalam
Salam. Saya tempah senaskah.
Asalamualaikum
Tuan Saiful,
Kayu satu nak berantu
kayu dua jika baru nak bersua
kayu tiga baru nak belaga
kayu empat baru nak mendapat
Tok Syeikh kita nak cari benih kayu mahkota dewa untuk orang dah tua !.
Wasalam.
Asalamualaikum
Saya mengucapkan taniah kepada Tuan Rahim kerana telah berjaya menebitkan Buku Mistik Teras & Kayu. Sementara menunggu Buku Mistik Teras & Kayu yang dipesan tiba di sini saya titipkan cerita mengenai pencari teras kayu yang jujur dan ikhlas untuk tatapan kita bersama.
Pencari Teras Kayu Jujur dan Ikhlas
Suatu hari, ketika pencari teras kayu yang jujur dan ikhlas sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai, dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai. Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu. Tiba-tiba muncul seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari teras kayu.
“Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?” Si pencari teras kayu pun memberitahu tentang perkara yang berlaku. Pari-pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa sebilah kapak emas.
“Adakah ini kapak milik tuan hamba?” Tanya pari-pari tersebut.
“Bukan. . .”, jawab si pencari teras kayu ringkas. Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak perak.
“Yang ini tuan hamba punya?” Tanya pari-pari lagi.
“Bukan yang ini”, jawab si pencari teras kayu. Sekali lagi pari-pari tersebut turun ke dalam sungai. Kali ini membawa kapak diperbuat dari gangsa.
” Err.. mungkin yang ini?” Duga si pari-pari.
“hamba yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini”, jawab si pencari teras kayu jujur.
Akhirnya pari-pari turun lagi ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari teras kayu.
“Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi”.
Gembira dengan sifat kejujuran si pencari teras kayu, maka pari-pari memberi keempat-empat kapak kepada si pencari teras kayu. Si pencari teras kayu pulang ke rumah dengan begitu gembira sekali. Selang beberapa tahun, si pencari teras kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan. Si isteri tersadung kaki pada batu, lalu terjatuh ke dalam sungai dan tidak timbul-timbul. Maka meratap menangis si pencari teras kayu atas kehilangan isteri tercinta. Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si pencari teras kayu. Dengan nada sedih dia menceritakan kejadian yang berlaku. Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersama-samanya seorang gadis berupa Siti Nurhaliza.
” lnikah isteri tuan hamba? ” Tanya pari-pari menduga.
” Yes… yes”, jawab si pencari teras kayu. Pari-pari begitu marah.
“Penipu, pembohonggg, nah terima baaa. . .”
Belum sempat pari-pari habis menyumpah, si pencari teras kayu berkata.
” Maafkan hamba wahai pari-pari! Bukan niat hamba untuk berbohong. Ini hanya salah faham. Jikalau hamba berkata ‘TIDAK’, tentu tuan hamba akan muncul pula dengan Maya Karin dan selepas itu Misha Omar. Akhirnya, jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata ‘YA’, tentu tuan hamba akan memberi keempat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari teras kayu yang miskin. Mana larat nak maintain semua tu ………. boleh tercabut kepala lutut. Sebab itulah hamba kata YA” Terang si pencari teras kayu ikhlas.
Wasalam
Bukan Benih kayu Mahkota Dewa, Pak Cik Lioo, tapi Pokok Dewa atau Setawar Darah atau Belinjau Cina…….untuk mengubat canser dan ghaut…….
Mafa lah pada 25/02/12 dan 26/02/12…saya tidak dapat serta kerana saya ada acara lain.Lagi pun benda ni tergempar, saya tak bolih buat apa apa, kerana segala aktiviti saya, saya dah rancang 3 bulan yang lepas………………….sorry yer !!!!……
Ala hang ni TS takkan tak dapat datang plak jumpa kawan2 hang.takkan kot kalau aku mati hang kata hang tak dapat datang sebab dah rancang aktiviti hang 3 bulan lepas dan mati aku tergempak.Melaka bukan jauh ke KL pun.lainlah aku kat Perlis ni.Fikir2lah sendiri akan setia seorang kawan
Waaliaikumsalam,malam tadi aku jumpa wak kat uptown jam 1.30 pagi,borak2 sampai jam 3 pagi.siap dapat buku dan tandatangan sekali.sekarang tengah deal minta orang ganti aku pergi ke langkawi.kalau aku datang ini kali kedua aku bersama wak perasmian buku dia..sofajane aku pernah jumpalah ciklii dia tu isteri orang,kita tak ada peluang,orang lain dah sunting dia.
Asalamualaikum
Tuan Paduka, saya ada kirimkan hadiah khusus untuk tuan jika tuan hadir ke majlis pelancaran buku tersebut. Untuk Saiful pun ada. Tapi jika tuan tuan tidak hadir hadiah tersebut saya minta serahkan kepada orang lain yang hadir kemajlis tersebut menurut ranking. Saiful pun dapat hadiah tersebut kerana setelah Tok Syeikh kita menolak undangan ke majlis tersebut. Hadiah tersebut bernilai RM 500 hingga RM 1000 dipasaran mistik. Kalau jumpa Sofajane dah berdua atau berbadan dua pun apa salahnya sekadar bertemu, wajah yang indah ditatap saja hati yang satu digadai jangan. Dan kita pun dah dipunyai orang.
Tapi sayang seribu kali sayang kerana sehingga ke saat ini Wak maseh lagi tidak mengundang saya ke majlis tersebut walau pun telah hampir patah galah saya menjoloknya di Karimon’s weblog.
Wasalam
Salam Sejahtera Cikli yang dirahmati Allah..
Kalau dah Ahli tu tak payah dijemput..Automatik ianya telah terpapar sebagai Ahli tegar. Siang tadi Wak sempat berkunjung keteratak Rahsia Alam dengan buku-buku yang telah ditempah oleh Para Sahabat Blog Rahsia Alam. Tapi rasanya masih tidak mencukupi dengan tempahan tersebut,..Silap aribulan, Buku yang wak hadiahkan kat aku pun abih…Walau macam mana pun..segala penat lelah Wak berbaloi dengan terbitnya buku tersebut dimana 4 tahun dulu dia hanya menceritakannya ajer…la ni dah disingkapkan melalui Buku Mistik Teras dan Kayu…Alhamdulillah..
assalamualaikum wak hensem,pakcikli paling hensem,waliqudus hensem,ASH,paduka hensem,osmo ehnsem,tuan haji awang kacak bergaya dan saudaraku sekalian mudahan dirahmati Allah dunia Akhirat.amin
terima kasih tidak terhingga pakcikli kerana ingatkan ambo dan sudi bg hadiah.kalau ada nafas ambo dtg.pasal wak karimon tu boss ambo dh.hehe.ambo dtg awal ke rumah wak sekitar jam 5pm insyallah sampai pasal jam 4pm ambo gantikan wak jemput tuan haji awang kacak di lrt bkt.jalil bersama hajahnya.
lama dh teringin nk jumpa pakcikli ni.wak byk cerita jgk.tu ingat balik kg ntg kl.nk ikut cameroon hland.blh sggah ziarah pakcikli.mudahan kita bertemu sabtu nanti pakcikli.ASH tak jd dtg ni sedih ambo.psl tak dpt le nak merasa sambal tempoyak mak syeikh yg ku angaukan itu.huhu
apapun ambo doakan majlis berjalan lancar dan selamat juga meriah.amin
kepada wak.kalau ada perlu apa pertolongan.oyak jah ko ambo.ambo,john dan rizal standby.cuma jgn suruh ambo dukung tuang haji sdh.hehe
tuan waliqudus.periuk tanah bila mau pakai.blm pi cari lg ni.hihi
Waalikumusalam Pakciklii,tuan paduka pada malam kelmarin jam 1.30 pagi tiba2 saja kol saya nak jumpa,beliau dalam perjalanan balik ke Perlis dari Johor.Beliau akan cuba datang kalau dapat mencari seseorang mengantikannya bertugas di Langkawi.Apa2 pun kita sama2lah berdoa agar beliau dapat bersama kita.
Assalamualaikum,memang benar apa yang dikatakan oleh saudara waliqudus mengenai buku mistik teras dan kayu itu.4 tahun lamanya juga saya cuba mengumpul maklumat mengenai beberapa jenis kayu yang dipercayai mempunyai khasiat tertentu.Tidak dapat dinafikan dipasaran ada dijual buku mengenai herba tetapi rasanya tiada buku yang menceritakan mengenai khasiat mistik sesuatu kayu.Perlulah diingat buku ini adalah sekadar pengetahuan am untuk kita mengetahui khasiat beberapa jenis kayu yang dipercayai sejak dahulu lagi oleh nenek moyang kita.Selepas buku mistik teras kayu ini insyaallah saya akan menerbitkan pula sebuah buku mengenai teras kayu antara mitos dan realiti,dengan erti kata lain akan terdapat susulan yang kedua.Selepas buku ini insyaallah akan diterbitkan buku mengenai sejarah Pulau Besar yang diberi tajuk Wali Lanang.
Didalam buku Mistik Teras dan Kayu saya cuba membawa pembaca untuk lebih mengenali dan memahami rahsia2 yang terdapat pada alam tumbuhan.Kita mungkin pernah mendengar minyak cenuai dan minyak buluh perindu tetapi berapa ramaikah diantara kita yang benar2 mengerti atau mengetahui dari mana sumber kedua2 minyak itu.Semuga buku ini dapat memberi sedikit manfaat untuk para pembaca.Jika terdapat kelemahan pada buku ini saya mohon maaf sebesar2nya.
kami tegar dan teguh menyokong serta mangundi wak!!
Assalamualaikum semuanya.aku kagum baca komen dari saudara saiful kita dan aku kira itu bukan ampu atau jek.Itu sokongan seorang sahabat kepada sahabatnya.hang pa semua kalau mendengar betapa pahit dan susahnya wak nak buat buku2 ni baru hang pa akan tahu hargai setiap penulisannya.Yang kita dapat adalah hasil yang sudah siap sebuah buku,tapi sebelum ianya menjadi sebuah buku,kita semua tidak tahu.Bercerita memang mudah tetapi membuatkannya satu bentuk penulisan itulah yang sukar.Wak membuat satu bentuk buku yang kurang orang berani lakukan sebab ianya berkaitan dengan mistik,pasarannya menghadapi satu risiko,tapi itulah ilmu yang dia tinggalkan untuk kita semua..sebagai sahabat kita patut memberi sokongannya kepada beliau.Insyaallah kita akan berkumpul pada esok harinya saling berjabat tangan mengeratkan silaturahim.Apakah kita akan mengatakan aku tiada masa untuk sahabat aku? aku plak sekarang dok tunggu jawapan dari mamat sorang ni untuk ganti aku di langkawi,sepatutnya aku kena pergi memantau kerja audit disana.doakan mamat ni mahu gantikan aku.
assalamulaikum tuan paduka mudahan dirahmati Allah dan digantu tempatnya ke langkawi itu.aminnnn
ambo sgt faham akan susah payah dan jerih perih wak menghasilkan buku ini.bila masa nk menulis.bila masa nak melayan tetamu.bila masa nk melayan adik2 storm rider ni (john,rizal & ambo).lagipun apa yg dihasilkan oleh wak adalah berat.bukan ringan2 seperti cerpen mahupun novel yg mana boleh digoreng2 dan dikarang2 sesuka hati.dan hasilkan adalah sbg peninggalan utk generasi muda spt kami.maka andakata wak sdh tiada utk bercerita maka buku2 ini lah yg menjadi panglipularanya.
bagi ambo.wak karimon adalah sahabat dan saudara ambo.dia lah ayah ambo.dialah abg ambo.dialah guru ambo.dialah juga boss ambo.begitu jualah apa yg dirasakan oleh budak storm rider lagi 2 org tu.hehe
kalau jek jek ni favaourite ambo ASH sorang je.hehehe
wassalam
Assalamualaikum….
Hebatnya kawan-kawan dapat berkumpul dan berkongsi ilmu… Jelesnya saya… Maaf la kawan-kawan saya tak dapat hadir pada 25 dan 26 ni. Kerana saya berada di luar kawasan nun jauh disana yang tidak mempunyai kemudahan signal telekomunikasi hanya public phone aja yang sampai… hanya sekali sekala bila berpeluang ke pejabat utama baru laa dapat saya melayari blog Tuan Karimon ini. Jika saya hilang seketika itu bermaknya saya bertugas luar kawasan. Harap ampun dan maaf kawan-kawan sekalian kerana tidak dapat bersama nanti… Tuan paduka silap orang tu… Saya tak pernah berjumpa Tuan kerana saya bertugas luar kawasan, kiranya agak sukar untuk saya ke Kuala Lumpur mahupun Perlis… Maaf… Kawan-kawan Sekalian bergembira laa dapar berkumpul bersama saya doakan dari kejauhan semoga semuanya berjalan dengan lancar… Amin…
Asalamualaikum
Aku dah agak dah, Tuan Paduka tentu tersilap orang, nasib baik, kaseh bukan mainan sayang bukan gurauan Tuan Paduka !.
Tanjung Katung airnya biru
tempat orang mengelar ikan
jikalau sekampung lagi dirindu
inikan pula di luar kawasan
Wasalam
Asalamualaikum
Alhamdulillah dengan izinNya kesampaianlah niat saya untuk menyertai pelancaran buku sahabat saya Tuan Rahim pada 25hb Febuari 2012. Cuma saya terkilan tidak dapat bertemu dengan Tuan Paduka dan Tuan Alam tunggal serta Puan Nurhaslinda. saya telah berkesempatan ke Melaka pula ke esukan harinya untuk menziarahi sahabat saya Tok Syeikh serta menyampaikan hadiah kepadanya. Semua para sahabat yang saya ketemuai telah saya berikan hadiah rasanya, cuma kepada Tuan Paduka, Tuan Alam Tunggal dan Puan Nurhaslinda. Pada mereka yang tidak sudi menemui saya di Majlis pelancaran buku Mistik Teras & Kayu, di suatu masa jika kau telah mengenali siapakah Dukun Asmara, kau akan merasa betapa pedihnya hati kerana cinta.
Sekembalinya saya dari Negeri Hang Tuah, teringat saya ungkapan kata bendahara Melaka di zamannya ia itu; ‘JIKA BOLEH SEMUA HATI ORANG MELAKA HAMBA NAK JAGA.
Kepada semua saya memohon ampun dan maaf sepanjang pertemuan kita jika ada salah dan silap.
Wasalam.
Assalamualaikom wtw dan Salam Sejahtera,
Yang Mulia Tuan Pengasas, Tuan Waliqudus, Tuan PakcikliOO, Tuan Paduka, Puan Sofajane, Tuan Saleh, Tuan Saiful, Tuan Osmo serta saudara dan saudari sekalian,
Saya sangat2 menghargai di atas sokongan drpd Tuan PakcikliOO terhadap pelancaran buku Tuan Pengasas yg kedua, ia itu dengan memberikan 2 botol minyak urut wanura terapi, satu 130ml dan satu lagi 30ml + 1 “tukul sakti” (apa kah nama nya TP) yg mana jika di calculate mungkin menjangkau ribuan RM$. Yg beliau terkilan kerana otai2 dan sahabat2 yg tidak dapat hadir itu sama lah juga dgn saya. Akan tetapi mungkin ada perkara2 yg mereka tidak dapat elakkan yg menghendaki kehadiran mereka kalau tidak masakan mereka tidak dapat hadir pada masa pembukaan itu. Saya pada mlm itu memang ada sedikit demam dan pening saya kuatkan juga untok hadir semata mata untok berjumpa otai dan sahabat2 sekalian dgn di temani olih isteri saya. Alhamdulillah setelah urutan Tuan PakcikliOO itu dgn izizn Allah demam saya beransur sembuh – peluh saya mencurah2 keluar begitu juga pening saya jauh berkurangan. Mudah2an Allah akan memberikan pahala yg setimpal kapada Tuan PakcikliOO dan keluarga.
Saya bersetuju sangat dgn komen Tuan Paduka berkenaan kewibawaan Tuan Karimon semakin meningkat. Saya bukan lah saorang pakar buku tapi saorang yg suka membaca buku. Kedua dua buku Tuan Karimon akan bertambah berseri lagi jika ada INDEX di belakang. Sa orang penuntut dan/atau sa org pembaca kalau dia mencari sesuatu perkara dia akan melihat pada ISI KANDUNGAN BUKU, tidak dapat atau tidak berjumpa, dia akan lari kapada INDEX. Sesungguh nya dari INDEX sa org pembaca akan dapat zoom terus kapa apa yg di cari nya. Walaubagaimana pun ia nya tidak lah mencacatkan sesebuah buku.
Semua otai2 yg di appresiasi di belakang sekali buku beliau ia itu saperti Tuan Waliqudus, PakcikliOO, Tok Syeikh memang saya bersetuju lah tu. Semoga dgn ada nya buku ini maka akan bertambah lah pengetahuan kita semua berkenaan dgn teras dan kayu.
Dengan pelancaran buku ini saperti kata tuan Osmo maka bertambah lah lagi pengetauan kita mengenai dgn teras dan kayu dan mengikut Tuan Saiful pulak bukan lah senang untok mengarang sebuah buku ilmiah kerana ia nya bukan saperti cerpen atau novel. Yah sudah tentu memang banyak cabaran dan rintangan harus di lalui.
Saya sangat berbangga dgn kelahiran buku Tuan Pengasas ini dan berdoa agar cita2 beliau untok menambahkan lagi buku beliau di masa hadapan di perkenankan Allah. Dengan yg demikian maka dapat lah kita, anak2 dan cucu2 kita berbangga bahawa Tuan Pengasas (Tuan Karimon) dan juga beberapa orang penulis melayu telah berani kehadapan menghasilkan buku2 mengenai dengan khazanah melayu spt perhutanan, pertukangan, pertanian, perikanan dll. yg sebelum ini banyak di hasilkan olih bangsa lain.
Akhir sekali saya mohon jari sepuluh memuhun maaf jika ada salah silap semasa peresmian dan pertemuan pada mlm itu yg mana semua itu tidak lah saya senghajakan.
Assalamualaikum kepada saudara pengasas blog,Pakcikllio,Tuan Haji awang,saudara Osmo dan saudara saiful serta saudara waliqudus,tidak lupa juga Tok syeikh dan Pak Tua.Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada saudara karimon kerana berjaya menerbitkan buku beliau yang kedua.alhamdulillah saya diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk menatap buku saudara karimon.
Tidak dapat kita nafikan komen yang diberikan oleh Pakcikllio/Dukun asmara,Haji awang dan lain-lain teman tentang buku ini amat baik sekali,saya tertarik dengan komen Haji Awang iaitu “Saya sangat berbangga dgn kelahiran buku Tuan Pengasas ini dan berdoa agar cita2 beliau untok menambahkan lagi buku beliau di masa hadapan di perkenankan Allah. Dengan yg demikian maka dapat lah kita, anak2 dan cucu2 kita berbangga bahawa Tuan Pengasas (Tuan Karimon) dan juga beberapa orang penulis melayu telah berani kehadapan menghasilkan buku2 mengenai dengan khazanah melayu spt perhutanan, pertukangan, pertanian, perikanan dll. yg sebelum ini banyak di hasilkan olih bangsa lain.”
Buku-buku yang seperti inilah yang perlu banyak diterbitkan agar generasi muda akan datang dapat memahami kepercayaan dan budaya nenek moyang kita dahulu.Rumpun Melayu memang kaya dengan khazanahnya yang masih banyak yang belum diketahui oleh kita semua.
Semuga kita semua memperolehi manfaat dari buku saudara karimon….amin…..
sesungguhnya inilah khazanah dan pusaka ilmu yg wak karimon tinggalkan utk generasi akan datang.jika satu hari wak karimob sudah tiada,maka inilah pengganti dirinya.ada persoalan ttg kayu,buku ini akan menjawabnya bg pihak wak karimon.ia harta pusaka yg tiada nilai dan akan kekal selamanya.mungkin 30-50 tahun akan datang ia akan menjadi satu kitab lama ttg kayu dan teras yg sgt bernilai.jika dimasa itu ambo punya cucu.akan ambi tunjukkan padanya dan.berkata inilah kitab paling atuk sayang dan jadi rujukan atuk selama ini.inilah hasil drpd seorang sahabat,saudara,ayah,abang dan juga guru atuk satu ketika dahulu.
apapun,sama2 kita doakan wak karimon dipanjangkan dan diberkati umurnya.kerana masih ada 6 buku lg nk dikarangnya.hehehehe.aminnnnnnnnn
Asalamualaikum
TUAN paduka, selepas tuan jumpa wak di uptown komentar tuan nampak berubah walau pun maseh seindah dulu. Tuan Paduka, jika sudah tiada jodoh apa lagi nak dihebuh, tapi mungkin kita malu pada teman pada semua, ini cumalah petikan lirik lagu rindu serindunya seperti yang saya titip sepenuhnya di bawah ini;
Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu
Tidak mungkin kulupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu oh..oh..
Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu
Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua
( korus )
Rindu … rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh…oh
Pilu … pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli
Malu … semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu … semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci
Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Aku malu
Sila klik di sini >>> http://www.youtube.com/watch?v=KjviooYUVTY
Wasalam.
SAlam Paduka yang dikasihi Cikli..
Minyak dukun Asmara kalau hang sapu sendiri..power dia takat Proton saga ja..Tapi kalau Dukun Asmara yang sapu dan Lurutkan..gerenti Power macam Ferrari lo….Hang bayangkan la..Wak kena pecut sampai kepala terperosok kat dalam laci, aku lak, lipat siku lipat..T.S lak..macam Burung cenderawasih berak Kaporrrr….hehehe…Dukun asmara lak..Muker selamber jer…yang aku tak tahan lak..dia punya sengeh….
jangen le marah2 ASHM.nanti hilang manisnya.hensem tanpa manis umpama aur yg tiada tebing.
ia bukan soal teknikal.ia soal hati dan rasa.juga sikap dan rasa hormat.ambo perhatikan drpd kwn2 ambo sbnrnya tiadalah sbrg masalah ASHM tak pegi.tapi cara ASHM tu bagitahu tak jadi agak kelihatan ego dan tidak berlapik.biarlah ia lembut dan bisa membuatkan semua blh terima dgn senang.mungkin pd ambo biasa.tapi lain org lain rasa nya.tidak salah rasanya seorang yg digelar sahabat,saudara,guru hebat,otai dan salah seorang yg sgt kami hormati menyatakan maaf byk2 kerana tidak dpt bersama ke gunung senyum.mungkin lain hari kita blh set masa kesana bersama2.hal ini tak dpt dielakkan.kalau mampu,mmg sy nk bersama tuan2 semua kesana.apapun sy minta maaf byk2 kpd yg dh ambil cuti,yg berhempas pulas bodek bini dan sebagainya.bak kata seorang guru,makin rendah org itu meletakkan dirinya dlm pergaulan,maka makin tinggi ia disanjung ramai.
kan manis bunyinya tu umpama zahirnya manis ASHM.ampun dan maaf jika pendapat dan teguran ambo ni krg sopan.jgn plk diharamkan terus sambal tempoyak kak pah kpd ambo.nanti matinya ambo kempunankan sambal tempoyak kak pah.
maaf zahir dan batin.selamat hari raya ASHM!!
Sudah aku katakan aku,tidak berjanji pun sedaya upaya saya nak TEMAN KAN MEREKA !!!!.Apa kah tidak bolih pergi itu, menjadi kesalahan…Yang kamu Paduka, beriya iya benar …menghentam aku…adakah kamu yang nak pergi, atau saja gatal punggung ????….Sebenar nya itu HAK saya nak pergi atau tak nak pergi….Wak Karimon pun tak kata apa,kerana dia faham !!!!…………….
Paduka…jika kau pula ada hal dan tak dapat nak elakan ..adakah kamu juga bermati matian nak pergi ??????……
Dan kau pula Azmir !!!!..Adakah kau yang nak pergi ?????……Aku pun naik hairan bin ajaib…seolah olah nya aku ini penting sangat…….tak aku, tak bolih pergi…apa lah……kita dah dewasa bib…..tanpa sesiapa pun kita bolih laku kan sesatu dengan baik !!!!!……
Samada aku nak pergi atau tak nak pergi…Itu HAK AKU lah…apa lah yang nak di susahkan !!!!!…………………..
Asalamualaikum
Tuan Paduka, Tuan Saleh, Tuan Saiful, Tuan Azmir dan kepada tuan tuan yang berkenaan. Saya harap tuan tuan semua memahami walau pun Tok Syeikh maseh hansome tapi mungkin kini tidak segagah dulu. Dulu hutan dan lalang diredahinya, gunung didakinya, lurah dituruninya. Tapi kini bukit pun sudah tak larat di dakinya lagi, apatah lagi gunung senyum, nanti gunung yang tersenyum dan Tok Syeikh pula yang menanggis.
Dulu semasa saya urut Tok Syeikh kerana sakit lutut, disaksikan Wak dan Puan Azura, kak Fah cakap ” kini Tok Syeikh dah lemah semangat, mendaki gunung pada mula saja bukan main gelojoh, tapi sering tak kesampaian. Masa pergi mengambil cenuai air pun Wak kata Tok Syeikh tak kesampaian.
Maka kalian semua faham sajalah masalah kesihatan dan keuzuran yang sedang Tok Syeikh alami buat masa ini.
Ini bukan masalah pergi tak pergi tapi masalah ‘energy’.
Wasalam.
Assalamualaikum cikli
terima kasih atas deraan penuh nikmat dan sedap petang td.enaknya masih terasa hingga kini.kpd sesiapa yg blm pernah merasa jari jemari lembut gemalai dan keempukan tukili silalah mengadap pakcikli hensem.ambo jamin nikmatnya tidak terperi.
Apapun ambo panjatkan doa utk cikli mudahan dibwrkati,diredhai dan dirahmati Allah swt.dipermudahkan segala urusan.pertemuan petang ini sesungguhnya amat berbekas dihati ambo.terima kasih,cikli
bab ASHM @ TS itu,dalam sungguh makna bahasa cikli.jika tiada akal yg tinggi manakan bisa mengertikannya.hehehe
ASHM ada offer jika siapa bisa tahan urutan cikli tanpa raungan bakal diberi 3 jenis raja cenuai.adakah ambo layak cikli?hehe.ambo.nk claim ni
assalamualaikum
aisey.lupa le tuan waliqudus.kalau ingat nnti ambo.kena.bawa lori plk ke rteratak indera kasih sifuli ( suka2 je kasi nama.hehe).tapi rasanya ambo ada bbrapa kali post kt blog ni nak singgah ziarah cikli.
cikli,ambo,rijal dan john cadang nk ziarah cikli lg sekali.dan kalau diizinkan kami nak gotong royong tolong cikli bersihkan dan cantikkan lagi tempat cikli.psl hari tu cikli ada sebut takdan masa nak bersihkan.jd insyallah kami sukarela nak gotong royong.percuma saja.kalau nk urut pun urut lah john.dia kepingin dan kangen banget tu.hehe
wassalam
Waalaikumusalam
Pertamanya saya dan Wannura mengucapkan terima kaseh kepada Tuan Saiful dan Tuan Rizal serta keluarga kerana sudi menggunjungi teratak kami. Terima kaseh yang tidak terperi juga kepada Tuan Saiful kerana menghadiahkan saya Fosel Teras Gemunggal.
Sebagaimana Tuan Saiful maklumi Tuan Rizal telah bermalam di Ipoh bersama keluarganya dan datang kembali ke teratak saya ke esukan paginya hingga ke tengah hari. Maka sepatlah saya menunjukkan beratus jenis sample teras kayu yang telah disahkan oleh FRIM kepadanya (sila rujuk kepada Tuan Rizal mengenai perkara tersebut).
Mengenai teratak saya tu, keadaannya sememangnya di biarkan begitu sehingga menjadi semula jadi dan mesra alam. Sebenarnya tempat itu bermula daripada tanah paya yang telah ditebus guna dan dijadikan tempat ungas minum dan bermandi manda. Terlalu banyak masa, tenaga dan wang yang telah dicurahkan untuk membangunkan tempat tersebut. saya dan Wannura terpaksa sering mengginap disitu kerana untuk menjimatkan masa berulang alek. Bila dah jadi Dukun ini kita terpaksa menerima kunjungan dari orang ramai yang tak putus putus memohon dan berharapkan pertolongan dan kita tak boleh menolaknya. Disitulah saya membuat penyelidikan, mengukir dan menerima kunjungan mereka yang tertentu. Dulu lagi teruk, saya terpaksa tinggal di sebuah pulau bertahun lamanya. Insyaalah saya akan mencari kontrektor mengubah suai teratak tersebut pada pertengahan tahun ini. Jika kita bersehkan pun sekarang tak guna kerana daun daun sentisa berguguran dan banyak teras kayu yang berselerakan saya letakkan di persekitaran tersebut.
Terima kaseh dan jumpa lagi.
Wasalam.
assalamulalaikum pakcikli
ambo juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga utk apa yg cikli hadiahkan kpd ambo.nak dinyatakan disini byk sgt.sesungguhnya budi baik cikli dan kak nuara akan kami kenang sampai bila2.kami doakan segala urusan cikli dipermudahkan Allah SWT.amin
bab gotong royong tu,daun kayu tu mmg elok dibiarkan begitu.itu yg membuatkan persekitarannya bak kayangan.cantik dan mempersonakan.mungkin kami blh bantu yg lain.susun2 kayu cikli ke.urut cikli ke (kan dh belajar aritu.blh test.hehehe).tapi yg penting sekali urutan tu apa yg ambo dan rizal dapat,john nanti cikli kasi dua kali ganda.kami nk record video.hehehe
sebenarnya mlm tu ambo pun bermalam di simpang pulai.rumah sahabat lama.pasal sedap lps urut mata jadi mengantuk.zikri pun rasa2 nk demam kerna dia tak pernah berurut.hehehe.cuma pagi tu tak berkesempatan nk singgah lagi sekali.insyallah kalau masih ada nafas kami kesana lagi.tak blh biar lama2.nanti asyik nak dengar lagu rindu serindunya pula.
amanah minyak utk kak zura drpd kak nura sudah sy sampaikan kt wak siang tadi
mudahana berjumpa lagi.terima kasih cikli & kak nura
wassalam
Hanya Wali Kudus sahaja yang banyak membantu saya, kerana kami ‘buter tread’/tukar barang…….dan hasil dari hadiah kayu kayan Wali Kudus lah yang dapat saya jual kan untuk Air Rukyah yang saya buat kan nya.Air itu saya jual dengan harga RM 10.00……..Tiada kawan kawan yang ‘membantu saya’….selain dari ‘KAYU KAYU BUROK’…..Wali Kudus !!!!!!……………………jangan kita letak kan otak kita di kepala lutut..letak lah otak kita di tempat nya !!!!!…….
Jika bukan kayu kayan …HADIAH dari Wali Kudus…..Aku rasa, aku pun parah juga……….
- Statement yang akhirnya terkeluar juga dari Pak Sheikh di mana dapat dinilai. Jadi selama ini Pak Sheikh pun berkawan dengan kami di sini hanya untuk SUKA-SUKA, kerana kami tidak memberikan apa2 pulangan kepada Pak Sheikh selain dari Waliqudus.
Jadi selama ini Pak Sheikh hanya mencari kawan yang hanya boleh memberikan keuntungan kepada pak Sheikh sahaja.
- Kesian…Wak Wak sedarlah Wak Karimon!! Keikhlasan Wak selama ini tidak dihargai..
Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada
yang lebih keras dari batu…
lebih tajam dari tusukan jarum….
lebih pahit daripada jadam…
dan
lebih panas daripada bara!!!!
Assalamuaalikum tuan Saiful
Suka tu jangan galak sokmo…duka pun jangan perpanjangan hehehe….cewahhh memandai ja ambo nie….( sebenonya salah taip – nak cakap duka lara hehehe)
tuan saiful….
ada berani kaaa….???
mari lah semenyeh…..????
sana tesco semenyeh punya depan….
rumah saya di sana….
haippp apa tak berani pula.mmg berhajat dan bertekad dihati mau pekena kopi red guara pak tua itu.tapi ambo di kampung ni.esok pagi gerak naik kl.pasti dtg punya.rindu dh dgn pak tua ni semenjak kali pertama bertemu.makan tak lena.tidur tak basah.mandi pun tak kenyang.hehe
Asalamualaikum
Masalah yang digeruni dan menyeramkan para pendaki gunung senyum bukan sekadar gunung tersebut sentiasa tersenyum semasa didaki malah terdapat pula gua JEBAK PUYUH di lurahnya yang boleh membuat mereka lemah semangat menangis selepas menerima senyuman jika terjebak dan tersepit.
Di bawah ini saya titipkan mengenai maklumat Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).
Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Antara gua menarik di sini ialah Gua Terang Bulan Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN. Terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum ini. Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda. Namun, tidak ada seorangpun yang tahu mengenainya sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum.
Gunung Senyum terletak berhampiran Sungai Pahang dan boleh didatangi melalui jalan darat daripada Temerloh atau Jerantut. Jika melalui pekan Kuala Krau, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Pahang menggunakan perkhidmatan bot yang diusahakan oleh penduduk tempatan.
Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) negeri Pahang telah menjadikan puncak gunung Senyum sebagai pusat origin koordinat bagi negeri ini kerana terletak di tengah negeri Pahang.
Wasalam
Asalamualaikum
Saya sangat berdukacita pertengkaran di weblog ini bukan sekadar menimbulkan kemarahan malahan boleh memutuskab siratulrahim apabila Tok Syeikh tidak lagi membenari kita berziarah ke rumahnya. Jika Tok Syeikh, Kak Fah dan keluarganya berkecil hati dengan komentar saya untuk meredakan ketegangan suasana pertengkaran tersebut saya memohon ampun dan maaf.
Selain daripada itu tidak apa yang mampu saya ucapkan selain menitipkan nasihat Nabi Muhammad shollallohu ‘alaihi wa salam mengenai kemarahan dan kesan akibatnya kemarahan, kerana cukuplah Allah dan RasulNya kita jadikan panduan jika kita kebuntuan.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, “Berilah saya nasihat.” Beliau shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jangan marah.” Lelaki itu terus mengulang-ulang permintaannya dan beliau tetap menjawab, “Jangan marah.” (HR. Bukhari). Imam Nawawi rohimahulloh mengatakan, “Makna jangan marah yaitu janganlah kamu tumpahkan kemarahanmu. Larangan ini bukan tertuju kepada rasa marah itu sendiri. Karena pada hakikatnya marah adalah tabi’at manusia, yang tidak mungkin bisa dihilangkan dari perasaan manusia.”
Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam juga pernah menasihatkan, “Apabila salah seorang dari kalian marah dalam kondisi berdiri maka hendaknya dia duduk. Kalau marahnya belum juga hilang maka hendaknya dia berbaring.” (HR. Ahmad, Shohih)
Dahulu ada juga seorang lelaki yang datang menemui Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam dan mengatakan, “Wahai Rosululloh, ajarkanlah kepada saya sebuah ilmu yang bisa mendekatkan saya ke surga dan menjauhkan dari neraka.” Maka beliau shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jangan tumpahkan kemarahanmu. Niscaya surga akan kau dapatkan.” (HR. Thobrani, Shohih)
Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rohimahulloh juga mengatakan, “Bukanlah maksud beliau adalah melarang memiliki rasa marah. Karena rasa marah itu bagian dari tabi’at manusia yang pasti ada. Akan tetapi maksudnya ialah kuasailah dirimu ketika muncul rasa marah. Supaya kemarahanmu itu tidak menimbulkan dampak yang tidak baik. Sesungguhnya kemarahan adalah bara api yang dilemparkan oleh syaithan ke dalam lubuk hati bani Adam. Oleh sebab itulah anda bisa melihat kalau orang sedang marah maka kedua matanya pun menjadi merah dan urat lehernya menonjol dan menegang. Bahkan terkadang rambutnya ikut rontok dan berjatuhan akibat luapan marah. Dan berbagai hal lain yang tidak terpuji timbul di belakangnya. Sehingga terkadang pelakunya merasa sangat menyesal atas perbuatan yang telah dia lakukan.”
Petua membendung Kemarahan
Syaikh Wahiid Baali hafizhohulloh menyebutkan beberapa petua untuk membendung marah. Diantaranya ialah:
1. Membaca ta’awudz yaitu, “A’udzubillahi minasy syaithanir rajiim”.
2. Mengingat besarnya pahala orang yang bisa menahan luapan marahnya.
3. Duduk atau berbaring.
4. Memikirkan betapa jelek penampilannya apabila sedang dalam keadaan marah.
5. Mengingat agungnya balasan bagi orang yang mau memaafkan kesalahan orang lain.
6. Meninggalkan berbagai bentuk celaan, makian, tuduhan, laknat dan cercaan karena itu semua termasuk perangai orang-orang bodoh.
Syaikh As Sa’di rohimahulloh mengatakan, “Sebaik-baik orang ialah yang keinginannya tunduk mengikuti ajaran Rasul shollallohu ‘alaihi wa sallam, yang menjadikan murka dan pembelaannya dilakukan demi mempertahankan kebenaran dari rongrongan kebatilan. Sedangkan sejelek-jelek orang ialah yang suka melampiaskan hawa nafsu dan kemarahannya. Laa haula wa laa quwwata illa billaah” (lihat Durrah Salafiyah).
Wasalam.
assalamualaikum ASHM,wak,pakcikli dan saudaraku sekalian
ambo memohon sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya teguran dan nasihat ambo tempoh hari melukakan hati ASHM atau menaikkan kemarahan ASHM serta ahli keluarga.sesungguhnya tiada niat dihati mahu mencetuskan pertengkaran mahupun perbalahan dlm saf persaudaraan kita semua.niat ambo cuma sekadar nasihat dan padangan drpd seorg hamba yg daif.ambo sekali lagi mohon ampun dan maaf kpd ASHM,Kak Pah dan anak2.harapan ambo agar dimaafkan.
p/s : akan dikenang sambal tempoyak itu sampai bila2 andaikata ia berterusan.
wassalam
To Sheikh dah tak bagi kita ke rumah dia, tapi adakah Tok Sheikh terangkan apakah yang sebenar-benarnya berlaku , kenapa orang jadi marah dengan Tok Sheikh?
Jika keluarga Tok Sheikh nak berkecil hati atas sebab apa? Sebab orang tak suka dengan cara Tok Sheikh, jangan pulak Tok Sheikh putar belitkan cerita pada keluarga Tok Sheikh, sudah pasti mereka akan menyokong Tok Sheikh dan berkecil hati, seolah-olah kesalahan itu di bahu Paduka atau nama2 lain yang tidak sempat Tok Sheikh nak nyatakan di sini.
Keluarga Tok Sheikh baca ke post2 Tok Sheikh yang ada perkataan BODOH, BUKAN GRUP MELAKA dsb…mereka teliti ke betul-betul semua post, mereka tau ke cerita dari A – Z?
Jika KEEGOAAN Tok Sheikh dikalangan sahabat pun amat jelas inikan pula dikalangan keluarga sendiri.
berkawan ibarat mcm gasing…
bila sronok trs brpusing…
klu bosan dh jd asing…
pe nk buat masalah masing2….
klu brkwn jgn byk alasan…
sbb mnusie ni lain2 peranan…
ade bz smpai xdpt bls psanan…
ade yg free smpai rse x terlayan…
klu jiwe kcau jgn la mrahkan kwn..
krana lbh baik dbuat teman…
cerita stuasi yg mlanda perasaan…
x leh tlg tp mgkin dpt kurangkan beban…
sama ada kwn online atau kwn realiti..
dua2 wjud diatas bumi…
x knl or x jmpe tp saling memahami…
pokok pangkalnye jge dri hiasi pribadi…
kne ade sifat hormat mghormati …
harus juga saling ingat mngingati…
tersalah bicara mntak dmaafi…
hal yg kecil jgnlah berkelahi …
siapa engkau dan siapa aku…
saling menghakimi itu x perlu…
tiap org, lain tingkahlaku…
just back off klu x sebulu…
kwn blh mnjadi lwn…
tp tlg cbe elakkan…
hati yg ikhlas jdikan pnduan…
moga persahabatn trus bpnjangan…
Sekuntum Mawar Merah ( bukan berdarah ) Sebuah Puisi
Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi oh di bulan Februari
Kemesraanmu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara
Cinta yang menyala padam tiba-tiba
Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar merah berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi
Apakah dosaku dan apakah salahku
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Api yang menyala padam tiba-tiba
Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Di bulan Februari
Sila klik di sini >> http://www.youtube.com/watch?v=T-mSceBCSXs&feature=related
Assalamualaikum Pakcikli dan kepada semua sahabat sahabat Blog Karimon.
Pertama sekali detik kami sampai ke teratak/bengkel Pakcikli. .. tertanya pula saya dalam hati betui ka ni dunia Asmara ka dunia lain ni.. tempatnya memang klasic purbakala macam macam ada.. teras kayu yg beribu tahun berselerakan.. tapi bila dah kena penungkul Pakcikli,mandi wap dan mandi bunga.. demam pun buleh baikk oo.. jadi saya dan keluarga dgn penuh rendah diri mengucapkan syukur kerana diberi peluang berjumpa insan seperti Pakcikli & CikWannura sekaligus dpt mengeratkan siraturrahim. kami juga ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kpd Pakcikli bukan hanya hadiah yg diterima tapi layanan yg bab kata org sungguh terasa sampaikan ke jantung. bab kayu teras yg Pakciklii tunjukkan memang tak terkira.. siap ada chop Frim.. memang tak buleh di nafikan. .kami doakan Pakcikli Dan Wannura panjang umur dan di murah rezeki sebab macam saya, saiful dan John budak mentah lagi masih perlu tunjuk ajar dan guidelines dari org lama macam Pakcilio,Abg Rahim,Waliqudus,paduka dan TokSyekh.. Kami Memerlukan anda! saya sudahi dgn ampun dan maaf sekira terlebih kurang komentar ini..
“buang yg keroh ambil yang jernih”
wassalam
suara hati…
bila jari jemari menari-nari
membicarakan kata hati
dlm ungkapan tanpa suara
dlm ketawa tanpa wajah
senyum terukir di bibir
suara hati…..
adalah luahan prasaan
ada suka duka
mgkn x dpt diluah scara zahir
pun tetap trsirat makna yg sama
suara hati……
yg mohon dimengerti…
* terima kasih pakciklioo, indah sungguh lagu itu….. apa yg hamba catatkan hanya ungkapan hati melihat sang sahabat bertelingkah sesama sendiri…
salam kepada saudara karimon ,
tahniah akan penerbitan terbaharu edisi ke 2 . semoga ada lagi projek bersangkutan informasi sedemikian . wassalam .