Buku Mistik Teras & Kayu


Assalamualaikum para pengunjung blog karimon,saya membuka entri ini agar sesiapa yang ingin mengetahui tentang buku ini bolehlah membuat pertanyaan atau komen didalam entri ini.

Perihal karimon

Mungkin saja minat yang mendalam terhadap budaya timur dari sudut sejarah,kebudayaan dan kepercayaan membuat saya terasa teruja untuk membaca pekara pekara yang berkaitan dengan adat budaya,sejarah silam,mistik dan spiritual.Tidak terlepas pandang banyak juga buku buku yang berkaitan dengan semua pekara itu saya beli dan miliki,termasuk juga apa yang berkaitan pekara holistic.Disamping buku, segala bentuk artikel yang ada kaitan dengan pekara tersebut akan saya baca dan kumpulkan.

Posted on 28 Februari 2012, in Buku Mistik teras & Kayu. Bookmark the permalink. 15 Komen.

  1. Hj Mohd Ghazali Abdullah

    assalamaualaikum Pak Karimon, saya ingin membeli buku ini dan bagaimana untuk mendapatkannya. Boleh hubungi saya guantanamerah@hotmail.com atau tel 0122627329.

  2. Salam Sejahtera saudara saleh yang dirahmati Allah..

    Spesis Cenuai yang dipaparkan adalah sebahagiannya sahaja, manakala kesinambungan buku Mistik Teras dan Kayu akan ada terbitan susulan…Bila masanya pula terbitan tersebut..Jawapannya adalah dari Tuan Pengasas Sendiri.

  3. Benar !!!..Spesis Akar,Pokok dan Bunga Cenuai tidak di tuliskan semua nya.Ini memang betul, kerana…tak lah sesatu ilmu itu nak di turunkan habis !!!!!.Di samping itu cara buat,olahan,rukyat ayat dan cara pakai dan jaga…mana lah bolih di beri tahu !!!!!…..setiap benda di dunia ini ada rahsia tersendiri !!!!…Kena lah pandai mencari nya !!!!……….tak kan lah semua nak bersuap !!!!!.Buku hanya lah panduan………….Seperti saya juga, saya mencari guru untuk menbuat minyak cenuai, sangat sukar.Ilmu mengolah minyak cenuai itu saya gabung kan dari 7 orang guru saya…termasuk ‘POYANG ASLI’……baru lah minyak cenuai buatan saya, menjadi ‘power’…….Itu pun dah ada individu yang mengata kan ‘resepi minyak cenuai’ itu….buatan nya !!!!!!……………..

    • Salam Sejahtera para sahabat yang dirahmati Allah..

      T.S, sedangkan teras kemboja pun salah satu dari teras Pengasih..tetapi siapa la pulak yang perasan dan nak ambil teras yang pokoknya belambak tumbuh kat Kubur…Bab resepi ni T.S, (Ibaratul Misal)Megi mee tu satu resepi, tetapi olahan individu lain-lain jadinya kan?..sama jugak lah dengan resepi cenuai…olahan Wak lain, olahan saya lain, olahan T.S pun lain..malahan, pantang larangnya pun lain-lain..Kalau Resepi T.S, masa memakai cenuai tak boleh tengok cermin kan..tetapi cenuai orang lain ada juga yang kena pakai cermin..salah satu darinya adalah cermin mata..Wak Pakai selamber ajer..siap dapat 6 pulak tuh…tu pasal nak tolak lagi dua.

      Bab resepi, guru dan pantang larang ni ada berbagai yang disyaratkan oleh manusia, sedangkan Syarat Allah langsung tiada dipandang remeh. Segalam(Segala Dalam Alam Berkalam) Makhluk Allah Berzikir, Bersyahadah dan Berselawat atas Rasullullah..masakan pula ada jenis Rukhyah Cenuai menggunakan nama Padiapa Gopalasamy..macam-macam kalau nak dikirakan dalam pembuatan dan pengolahan.

      Pada saya T.S, biarlah sesiapa jua yang mengatakan Resepi cenuai tu depa yang punya, tetapi memungkinkan depa juga lupa yang Ilmu Cenuai ni tiada siapa yang bernama manusia ni yang punya ilmu tersebut…yang mutlaknya ianya adalah Milik Ar-Rohim..selebihnya…aku tak tahu…Wallahu

    • Proses pembuatan cenuai adalah sesuatu yang komplek,apabila cenuai dipetik dan disimpan ianya terpisah dari induknya(pokok) maka ianya akan menjadi istilah “sleeping beauty”.Orang yang mengolah cenuai ini perlu mempunyai kemahiran untuk membangkitkan sleeping beauty itu supaya ia segar kembali.Kalau sesiapa yang pernah menonton cerita snow white and the 7 dwarf,contoh atau umpamanya ada seperti didalam cerita itu dimana snow white tertidor kerana disihir maka datang seorang putera Raja menciumnya lalu bangunlah snow white itu.Putera Raja didalam cerita itu bolehlah diumpama kan TS atau kini gelaran barunya ASH,tugas orang seperti TS aka ASH ialah membangkitkan cenuai itu dengan ciumannya.

  4. Salam,seperti yang diberitahukan oleh TS dan Waliqudus bukanlah semua spesies cenuai terdapat didalam buku itu,masih banyak lagi jenis2 cenuai yang belum dipaparkan dan ada juga beberapa rahsia lain lagi yang tidak dipaparkan juga.

  5. Selepas buku ini ada lagi buku yang insyaallah bakal diterbitkan,buku kedua ini lebih banyak membicarakan antara mitos dan logik teras kayu.juga akan terdapat beberapa jenis teras kayu yang lainnya.

  6. Saya hanya mencium keharuman,satu orang saja ..Wak…….Anda dapat cium keharuman nya….4 orang….Ini bermakna kekuatan Ilmu Cenuai anda…..lebih kuat dari sesiapa di Malaysia ini, dan menyamai kekuatan Minyak Cenuai…Saleh Yaakub……
    Wali Kudus pun ‘terror’, kerana dapat memetik 2 kumtum bunga cenuai hidup….walaupun tidak dapat menjaga 2 sekali gus……dapat juga !!!!……Jadi kekuatan Ilmu Cenuai ..Wak Karimon dan Wali Kudus….memang ampoh !!!!………………huahuahuahauha…..

  7. Asalamualaikum

    Kepada mereka yang berminat mengenai teras dan kayu malahan tumbuh tumbuh adalah saya nasihatkan memiliki buku Misti Teras & Kayu. Ilmu pengetahuan yang kita perolehi dari buku ini bukanlah empat lima puluh ringgit nilainya, kerana itulah saya sanggup berbelanja hingga ke ribuan ringgit untuk menyambut dan meraikan kehadiran buku ini.

    Sesungguhnya terlalu banyak rahsia mengenai teras dan kayu ini, perkara ini cuma saya fahami setelah berkhidmat beberapa ketika di Fakulti Sains Hayat Universiti Kebangsaan Malaysia yang melibatkan Jabatan Genetik dan Botani. Serta setelah saya menggunakan teras kayu dan herba dibidang terapi selama berpuluh tahun.

    Walau pun saya tidaklah boleh mendabek dada mengenai kepakaran dibidang teras dan kayu tapi telah ribuan orang yang saya hempuk dengan teras kayu sepanjang perkhidmatan saya sebagai seorang terapis. Untuk membuka pintu hati mereka sehingga berzikir hu hu hu atau ha ha ha iaitu zikir peringkat nafas atau nyawa,

    Dalam pengajian saya menuntut ilmu teras dan kayu maseh ada lagi adap kita dengan tuhan, dengan guru, dengan yang tua, dengan diri sendiri, jangan sampai seperti kacang lupakan kulit kerana bermula ilmu itu adalah adap.

    ‘ Tidak hilang bisa ular yang melit akar ‘

    Wasalam

  8. Asalamualaikum

    Semasa pelancaran Buku Mistik Teras & Kayu ini saya telah pun mengeluarkan tiga ratus botol Minyak Pati Teras Kayu Wannura Edisi Terhad sempena pelancaran buku tersebut berharga RM 20 (30ml). 50 botol telah saya berikan kepada Nazkarimon untuk diberi percuma kepada mereka yang menghadiri majlis pelancaran buku Mistik Teras & kayu sebagai cendera hati. 50 botol lagi telah saya edarkan percuma kepada sahabat, rakan dan tolan. Baki 200 botol lagi mungkin dijual dengan potongan harga menurut keadaan. Keberkesanan minyak tersebut memberseh kekotoran darah daging, melembutkan urat saraf, melegakan pernafasan dan meransangkan tenaga adalah tidak boleh dinafikan kepada mereka yang menggunakannya dengan betul. Begitu juga saya telah menghadiahkan kepada para sahabat teras kayu tukuli.

    Sebagai sokongan saya yang berterusan kepada penerbitan Buku Mistik Teras & Kayu yang telah diusahakan Tuan Rahim kini saya bercadang memberi sebotol Minyak Pengaseh Dukun Asmara yang berharga RM 500 hanya dengan harga RM 50 kepada mereka yang membeli Buku Mistik Teras & Kayu. Tawaran ini hanya terhad kepada 100 orang sahaja. Kepakaran Dukun Asmara membuat ramuan Minyak Urut dan Pengaseh hanyalah boleh diketahui kepada mereka yang telah menggunakannya menurut peraturannya. Begitu jugalah dengan keberkesanan pukulan teras kayu Tukuli dan Urutan Sifuli.

    Bagaimana pun cadangan ini belum muktamad kerana maseh lagi dalam proses rundingan dengan Tuan Rahim serta pandangan dari sahabat di Karimon’s Blog.

    Wasalam

  9. dari mana nk dpatkn naskah buku ini?saya tringin untuk memilki nya.

  10. Assalamualaikum wahai rakan yg budiman saya ingin bertaya berkaitan dengan pokok buluh yang lgsung tidak lobang di bahagian dlm nya tidak seperti buluh2 yg lain.apa rahsia di sebalik buluh tersebut?kepada sesiapa yang arif tentang perkara ini saya harap anda dapat terangkan dengan saya.

  11. Syed Faisa Bin Syed Mustapha

    aslkum Wak Karimon saya teringin untuk membeli buku ini dan bagaimana cara untuk mendapatkannya. Boleh hubungi saya ibnu_syed@yaho.com.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 174 other followers