Category: Barang Mistik


Kemian


2 jenis kemian yang dikatakan mempunyai fungsi yang berlainan.Yang berwarna cerah dikatakan kemian bukit dan berguna jika sesat didalam hutan dengan cara membakarnya.Sementara yang berwarna gelap di gelar kemian laut dan berguna jika sesat dilaut dengan cara membakarnya.Sama ada terdapat kebenaran didalam cerita ini belum lah diketahui dengan pasti.Kem Bukit (3) Kem Laut (3)


Leklai jenis ini mungkin dikenali dengan nama Siam atau Thai dengan nama chii-phra-kaaw berwarna putih berkilat,menurut kepercayaan lek lai jenis ini mendatang kejayaan,panjang usia dan perlindungan dari senjata tajam.Ada satu jenis lagi lek lai yang menyerupai lek lai jenis ini iaitu dinamakan lek lai Nergn Luang dan ada yang mengelarnya jenis Leklai Ler-si tua mia jenis betina.

lek 2

Lada Hitam


Satu lagi barang yang dianggap ganjil dan kurang diketahui oleh orang ramai.Lada hitam ini didakwa pemiliknya dapatnya dari alam ghaib.Khasiatnya setakat ini kurang diketahui tetapi dikatakan dicari oleh golongan VIP.lada hitam


Minyak yang berwarna merah ini dikatakan darah kijang putih.Ianya berbau wangi dan ciri2nya kelihatan seperti darah.Diberitahu bahawa diantara fadilatnya adalah untuk pengasihan dan pelarisan.Sesuatu yang agak rare dan kurang diketahui dan ada juga yang mengatakan berasal dari alam ghaib.darah kijang

Minyak Amber


Dahulunya pernah saya membuat posting tentang minyak amber tetapi kali ini saya membuat posting sejenis lagi minyak amber yang agak serupa cuma cirinya iaitu minyaknya lebih pekat dan bau wangiannya yang agak berbeza.Beberapa testimoni yang saya dapat dari pemakai minyak ini adalah ianya berkhasiat untuk pecah2 ditumit kaki,lenguh2 tangan,terapi manamberdian dan ada juga yang mendakwa berguna sebagai rawatan awal terhadap gangguan makhlok halus.

Fosil Kabuah


Didapati dari hutan Sancang atau leuweung Sancang di Kabupaten Garut,yang ada kaitannya dengan peristiwa Moksa Prabu Siliwangi.Hutan Sancang menurut cerita diketahui sebagai hutan larangan.Kayu kabuah ini dipercayai bertukar menjadi batu(fosil) adalah kerana kesan dari tempat pertapaan Sunan Kalijaga,Apabila saya amati dari segi fizikal kayu kabuah dengan fosil yang didakwa sebagai kabuah,terlihat persamaan dari sudut tekstur dan warna kayu.kabua 1Wallahualam

Batu Caringin


 

Batu Caringin ini adalah bekas batu yang diduduki oleh seorang ahli paranormal dan juga dikatakan guru kepada beberapa ahli komando Siliwangi.


 

Satu ketika dahulu sejadah hitam di cari bagi sesuatu tujuan mistik.Terdapat banyak sejadah hitam yang palsu yang dijual oleh individu yang tidak bertanggungjawap dan ada masanya mereka mendakwa mendapat sejadah hitam dari alam ghaib.


 

Foto yang dipamerkan adalah cebisan sejadah di Masjid Jin.

Biji Nangka


Biji nangka ini yang menjadi batu  ditemui didalam buah nangka.Tidak diketahui sangat akan khasiat kegunaannya,cuma menurut beberapa individu ianya mungkin mempunyai nilai perubatan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 257 other followers