Category: Batu Permata & Cincin


Ilmu Hikmat


Assalamualaikum para pembaca yang saya hurmati,ingin saya mengajak saudara/i turut serta didalam perbincangan mengenai ilmu hikmat.Pada masa kini terdapat pelbagai jenis ilmu iaitu pengasih,kebal,penglimun,jurus(pukulan batin)dan pelbagai jenis ilmu lagi.Soalannya adakah ilmu sebegini ada diwaktu atau zaman Rasulullah ? Kalau ada ilmu kebal pada masa itu mengapakah ianya tidak dipraktikkan.Banyak terdapat pejuang islam yang gugur/mati syahid kerana luka.Tidak pernah pula kita mendengar parang terbang atau pedang terbang yang membunuh musuh2 islam,atau jurus2 pukulan jarak jauh dipraktikkan.Apakah ilmu ini hanya wujud selepas wafatnya Rasulullah ? Sudi kira berkongsi pendapat saudara/i semuga kita semua mendapat informasi yang berguna.

Permata Aked


Sukar untuk meletakkan satu nama yang khusus bagi permata ini,daripada ciri2nya ianya sejenis aked yang mempunyai beberapa jenis unsur logam didalamnya.Untuk dimaharkan juga bagi mereka yang berminat dengan jenis batu permata.


Permata nibung yang menjadi batu(fosil/petrified wood)proses yang mengambil satu masa yang lama untuk menjadi batu dari kayu ke batu.Khasiatnya dikatakan lebih dari khasiat teras nibung biasa.Untuk dimaharkan oleh pemiliknya.


Milik seorang sahabat dan beliau berhajat untuk memaharkannya kepada sesiapa yang berminat memilikinya.


Ini adalah batu yang diperolehi dari sebuah daerah di Mesir yang digelar Jabal Muqatam iaitu sebuah tempat yang mempunyai sejarah dan keistimewaannya yang tersendiri.Bagi yang berminat untuk mengetahui sejarahnya sila buat carian di internet.Batu ini adalah pemberian Dr Hisham.

Wafaq


Satu lagi pekara yang tidak dapat dipisahkan dari alam mistik ialah wafaq.Ianya adalah satu lakaran atau simbol yang boleh sahaja dalam pelbagai bentuk,nombor,abjad arab,Jawa,siam bahkan hindu.Di nusantara ini kepercayaan kepada wafaq tidak dapat dipisahkan kerana ianya juga adalah sebahagian daripada kategori azimat dan dalam hal ini ada yang menghukumnya haram dan harus.Dari mana datangnya sumber kekuatan wafaq itu adakah dari abjad atau gambar yang tertera atau dari jampi mentera.Macam mana simbol nombor atau huruf dalam membangkitkan kekuatan atau keampuhannya.Sila tuan2 perhatikan rajah2 ini yang dikatakan mempunyai fungsinya yang tersendiri.Apakah benar pengaruh abjad atau nombor memang ada energinya.Sila berikan pendapat tuan/puan semua.

1      21  63  7

21 7  1  21

9      19  91  9

12 4  6   8

Rajah nombor ini berasal dari India dan dikatakan digunakan untuk membungkam pergerakan musuh atau objek.

H B B N N

R H B N R

B R H B N

N B H R B

Abjad/huruf ini pula dikatakan dapat mengikat kasih sayang antara dua insan.

Segitiga Bermuda


Assalamualaikum,diatas permintaan adik saya beliau ingin mengetahui prihal segitiga bermuda(Bermuda Triangle) apakah ianya tempat atau pusat pemerintahan Jin dan beliau ada juga menanya apakah benar piring terbang itu kenderaan jin.Memang banyak maklumat yang boleh didapati daripada sumber internet mengenai Segitiga Bermuda tetapi bagaimana pula pendapat pengunjung blog terhadap pendapat tersebut.Sila kongsikan bersama2.

Kemian


Didalam budaya Melayu terutamanya yang melibatkan ilmu dan praktik Pawang,Bomoh atau Dukun dalam perubatan atau sesuatu ritual penggunaan kemian tidak dapat dipisahkan,ianya seolah olah satu kemestian didalam beberapa hal tertentu.Pembakaran kemian seolah olah memainkan satu peranan yang penting dalam beberapa acara atau ritual.Sejauh manakah faktor penyumbang kemian ini kepada satu2 upacara tersebut dan mengapa kemian menjadi satu bahan khas untuk itu.Kemian itu sendirinya terdapat pelbagai jenis seperti kemian merah,kemian jin,kemian bunian,kemian mesh,kemian kelulut,kemian madu,kemian putih,kemian hitam dan lain2.Apakah setiap daripada kemian ini mempunyai fungsi yang sama atau berlainan ? Disamping itu terdapat juga pendapat pro dan kontra mengenai pengunaan kemian ini,ada yang mengatakan ianya makanan jin,pemanggil jin dan lain2 lagi.Apakah benar pendapat itu.Diharap pengunjung yang tahu mengenai maklumat kemian ini sudi kiranya berkongsi dengan kami semua.

Silat Gerak


Terdapat banyak perguruan silat yang mengajar para pesilat bersilat dengan gerak yang sendiri iaitu berbentuk doa atau mentera/ayat2.Dengan membaca beberapa potong ayat maka seseorang itu boleh bersilat dengan menyeru  nama pendekar atau nama sesuatu silat.Soalannya

1.Dari mana datangnya gerak silat itu adakah roh orang itu bersilat atau ada unsur lain yang mengerakkan orang itu bersilat.

2.Jika orang itu bersilat dan menyeru nama silat Lincah misalnya apakah benar gerak silat nya ada lah silat lincah atau menyeru nama seorang pendekar/panglima apakah benar2 gerak silatnya silat pendekar/panglima itu.

Semuga pengunjung blog ini sudi berkongsi pendapat didalam hal ini.

Bulan Muharram


Bulan Muharram adalah satu bulan yang menjadi pilihan ahli paranormal atau pengamal ilmu batin untuk beramal dan menajamkan ilmu2 mereka dan bulan ini juga menjadi bulan pilihan bagi mencuci atau membersihkan keris atau senjata.Apakah keistimewaannya bulan Muharram ini selain dari permulaan kalendar islam berbanding dengan bulan2 yang lain.Sejak bila amalan kepercayaan pilihan bulan Muharram ini bermula dan mengapa bulan Muharram ini menjadi pilihan berbanding bulan yang lainnya.Pendapat tuan2 semua amat saya hargai.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 260 other followers