Category: Batu Permata & Cincin


Batu Kura Kura


Rupa bentuknya yang seakan akan kulit kura kura maka batu ini diberikan nama sedemikian.Ianya berwarna coklat gelap dengan jaluran kuning.Ianya sejenis batu yang agak berat  kalau dibandingkan dengan batu biasa.Sesuai bagi mereka yang meminati koleksi batu.Maharnya RM200.00

Blog Dr Hisham


Assalamualaikum kepada para pengunjung blog Karimon,saya telah membuat satu pautan pada blogroll saya blog Dr Hisham iaitu Blog Batu Permata dan Fosil,jika yang berminat untuk mengetahui dan melihat beberapa jenis batu permata dan geliga sila ke blog tersebut.blog tersebut  masih baru dalam pembinaannya dan masih banyak yang perlu diisikan insyaallah dari masa kesemasa blog tersebut akan di update oleh Dr Hisham..

Batu Permata dan Fosil koleksi
Dr Hisham

Tiger Iron


Keistimewaan yang terdapat pada jenis batu ini adalah ianya terdiri daripada 3 jenis campuran iaitu Jasper,Hematite dan Tiger’s Eye.Diantara khasiatnya adalah  seperti berikut,jasper yang bercampur dengan hematite dikatakan baik untuk memperolehi emosi yang stabil,mengeluarkan energi berlebihan dari kepala dan menggalakan kejelasan minda,menghindari bahaya,membantu mereka yng keletihan dan stress,ia bertindak terhadap pengaliran darah,mengimbangi darah merah dan putih,mengeluarkan toxic,menguatkan sendi,menguatkan otot,membantu pada assimilasi vitamin B dan membantu pengeluaran steroid asli.


Ini adalah koleksi cincin bertuah TS beliau berhajat hendak menghadiahkannya kepada sesiapa yang sering bertandang ke rumahnya.

Batu Permata


Diatas keizinan Puan Sofajane dan permintaan Pakciklii mka disini saya serta gambar batu permata tersebut.2 diantaranya sudah dikenal pasti oleh Puan Sofajane cuma 2 yang lain beliau kurang pasti iaitu yang berwarna oren dan yang seperti aked bertompok coklat.@ lagi ialah geliga kelapa dan satu lagi geliga ros.Mungkin sesiapa yang arif hal batu boleh membantu beliau.Yang berwarna oren dijumpai diakar pokok senduduk yang mempunyai sarang semut.


Mungkin pengunjung blog ini merasa hairan mengapa saya membuka topik ini walhal kisah Hang Tuah ni sejak dari kecil lagi kita dah dengar ceritanya bahkan menonton ceritanya.Apakah Hang Tuah benar2 wujud ? Adakah Hang Tuah dah meninggal,jika sudah mana kuburnya? Jika Hang Tuah seorang yang begitu terkenal sudah tentu sedikit sebanyak kita mengetahui juga keluarga beliau,apakah Hang Tuah tak pernah berkahwin ? Jika pernah siapa isterinya,jika ada anak siapa anaknya.Takkkan seorang yang terkenal seperti beliau kita sampai tak tahu anak dan isterinya.Jika ada dan  mahu dirahsiakan mengapa perlu berahsia? Ada 3 versi tentang HangTuah 1.Mengatakan ianya seorang Cina 2.Mengatakan ianya seorang keturunan bugis bernama Daeng Mempawah 3.Mengatakan beliau keturunan Melayu Deli bernama Megat Rajuna Ali.Jadi silakan beri pendapat anda dan kongsi bersama kami.Memang tidak dapat dinafikan beliau adalah seorang yang agak misteri juga,apakah identiti Hang Tuah yang sebenarnya?

Teras Kayu


Permintaan terhadap teras kayu kini nampaknya semakin diminati oleh ramai orang,ada yang membelinya dalam bentuk cincin,gelang,tasbih dan loket.Soalannya sejauh manakah kepercayaan terhadap khasiat atau kuasa yang terdapat pada teras kayu itu.Adakah kita membeli kerana kita mendengar cerita orang ? Dan mengapakah teras kayu itu dikatakan mempunyai kuasa,seperti kuasa untuk pembisa,penawar,pendinding dan lain2.Sebagai contoh atas alasan apakah kayu penunduk atau kayu tas dapat menundukkan binatang buas dan manusia.Kuasa apakah yang terkandung atau terdapat pada teras kayu atau sesuatu kayu.Dalam bahasa yang mudah apakah kekuatan kayu itu dan apakah yang dinamakan kuasa itu.

Semuga mendapat respon dari para pembaca blog karimon.


Kini di blog terdapat banyak teras kayu yang menjadi batu.Soalannya sejauh manakah boleh dipercayai ianya benar2 teras kayu yang menjadi batu.Dan dikatakan pula ianya dari sekian2 jenis teras kayu,apakah bukti atau fakta yang boleh dikemukakan ianya benar2 teras yang dimaksudkan.Adakah ujian makmal dilakukan untuk mengesahkan ianya petrified wood atau kayu menjadi batu dan dari jenis kayu apakah yang bertukar menjadi batu itu.Kerana untuk menjadi batu ianya memerlukan jutaan tahun prosesnya.Dan ada yang mengatakan diperolehi dari alam ghaib walaupun dari alam ghaib tetapi dapatkah disahkan ianya jenis teras yang dimaksudkan.Sila berkongsi pendapat dengan saya dalam hal ini.

Tas & Penunduk


Salam kepada pengunjung Blog Karimon,soalan ini suka saya tujukan kepada saudara Waliqudus untuk memberikan maklumat kepada kita mengenai kayu Tas dan Penunduk dalam erti yang sebenar dan dalam kategori yang betul.Sering terdapat kekeliruan tentang kegunaan tas dan penunduk.Pada mana satukah yang boleh digunakan perkataan tas dan penunduk.Sebagai contoh kayu penunduk kuning,adakah perkataan penunduk atau tas boleh kita gunakan pada kayu kuning itu dan ini juga serupa dengan tas merah dan lain2.Sering disebut:-

Tas kuning apakah perkataan yang betul diawalnya tas atau penununduk begitulah seterusnya pada yang merah,yang putih dan lain2.Apakah perbezaan perkataan Tas dan Penunduk?Diminta saudara Waliqudus menyenaraikan jenis2 kayu dengan ayat sebutan yang betul agar kita mempunyai satu standard sebutan yang boleh diguna pakai untuk semua.Sebab ada waktunya orang menyebut penunduk kuning dan ada kalanya Tas kuning.Jadi bantuan saudara Waliqudus dapat mengelakkan kekeliruan ini.Wassalam

Nasihat Tok Ayah


Secara peribadi saya kenal Tok Ayah Mahmud dan pernah berbual dengan beliau,beliau adalah seorang guru ugama yang agak terkenal dan mempunyai ramai murid sama ada didalam negeri mahu pun diluar negara.Terdapat beberapa kata nasihat beliau yang saya rasa patut saya kongsi bersama2

1.Cara perubatan yang tak menggunakan dadah seperti akar kayu dan homeopati ini adalah lebih baik. Perubatan yang menggunakan dadah boleh merosakkan saraf kita. Itu yang menyebabkan payah masuk zikir jika saraf sudah rosak!

2.Di dalam tubuh badan manusia ada 56 ribu titik darah. Untuk menyuci satu titik darah tidak terpakai, perlu berselawat sebanyak 100 kali. Bermakna untuk memproses setiap titik darah tersebut perlu berselawat sebanyak 5.6 juta.

3.Cara‐cara memohon guru mursyid.

a. Selalu buat sembahyang hajat.

b. Banyakkan membaca (Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin), istighfar dan selawat.

c. Berdoa ‐ “Ya Allah dengan berkat Rasulullah s.a.w. dan berkat para waliMu yang besarbesar. Pertemukan aku dengan orang yang Kau kasih untuk membimbing hambaMu yang dhaif, zalim dan jahil lagi banyak dosa ini semata‐mata dengan rahmatMu sahaja. Ya Allah!”.

4.Fahaman agama ini luas. Ada fahaman syariat, ada fahaman toriqat, ada fahaman hakikat dan

ada fahaman makrifat. Untuk berjalan pertama‐tama sekali kena kasih dengan syariat, kena

kasih pada Rasulullah s.a.w

5. Perkara kerohanian tidak boleh difahami dengan akal, nafsu dan ilmu. Jika boleh dengan ilmu,sudah tentulah Imam Ghazali tidak mengaji dengan Yusuf Nasaji dan Syeikh Abdul Wahab Sya’rani tidak mengaji dengan Ali Khawas. Cukuplah mereka ini menjadi contoh.

6. Belajar kereta perlu ada guru, nak kenal Allah tak perlu guru. Ini awal‐awal lagi syaitan tipu.

7. Nabi Yunus a.s., duduk dalam perut ikan tapi, tak jadi tahi, sebab baginda membaca (“La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”). Oleh itu supaya kita, tidak menjadi tahi dunia, maka banyakkanlah membaca “La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”.

8. Cara pembersihan (jiwa) dengan cara bersedikit-sedikit (ikut kemampuan) iaitu dengan selawat, istighfar dan zikir. Membaca surah Alam Nasyroh jikalau datang perasaan jemu dan membaca surah Qulhuallah hu Ahad jikalau berasa celaru dan serabut.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 261 other followers