Category: Berita/Info


Makam Tok Temong


Ini adalah makam Tok Temong yang berwajah baharu.TT 1 TT 2

Perlis Gem Hunt


 

Perlis Gem Hunt Sept 2013

13hb Sept(Jumaat)tiba di Perlis

Peserta digalakkan tiba sebelum jam 5 petang

14hb Sept(Sabtu)

Acara bermula selepas sarapan jam 8 pagi

Sehingga ke petang

15hb Sept(Ahad)

Acara bermula selepas sarapan jam 8 pagi

sehingga ke petang dan majlis penutup

Yuran sebanyak RM350.00

Deposit RM100.00 perlu dibayar sebelum 1hb Jun 2013

Yuran termasuk penginapan dan makan minum peserta.

Disamping acara Gem Hunt peserta juga berpeluang untuk melawat serta membeli belah di sempadan

Thailand iaitu Wang Kelian(tidak memerlukan passport) dan melawat beberapa tempat yang bersejarah

Termasuk Gua yang dipercayai di huni oleh Awang Kenik.Peserta akan membawa pulang fosil dan batu permata yang dijumpai semasa acara ini dijalankan.Ini adalah kali kedua acara sebegini dilakukan oleh Dr Hisham Hashim seorang pakar Batu permata dan Fosil.Jumlah peserta hanya di hadkan sebanyak 20 orang sahaja.Bagi yang ingin membawa isteri tetapi tidak terlibat dalam gem hunt yuran nya hanya RM100.00 sahaja.Sila lakukan tempahan kepada saya di no 013 3601760 atau Dr Hisham 019-5479157

 

Ceramah Batu Permata


Ceramah Batu Permata Fosil dan Kaitannya dengan Metafizik yang diadakan pada 6hb April 2013 di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya telah berjaya dilangsongkan.Walaupun jumlah kehadiran peserta adalah seramai 35 orang dari 100 yang dijangka hadir namun pada keseluruhannya ianya tetap dikira berjaya.Para peserta yang terdiri dari pelbagai kerjaya termasuk yang bergelar Datuk,Pengarah Jabatan Geologi,Pengarah syarikat,surirumah dan ahli akdemik turut hadir bersama.

Ada yang datang dari Johor,Pekan Pahang,Telok Intan Perak  dan Melaka.Keseluruhannya mereka berpuas hati dengan ceramah yang di kendalikan oleh Dr Hisham Hashim dan ada yang meminta agar ceramah seperti ini dapat diadakan lagi.Banyak ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh para peserta dan ada diantara mereka yang sibuk mengambil nota ceramah yang disampaikan oleh Dr Hisham.Pengetahuan mengenai aspek metafizik,perubatan  dan mistik turut dibincangkan disamping pengenalan jenis2 batu permata.

Insyaallah ceramah sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan semuga peluang ini diambil untuk menambah ilmu pengetahuan.pic 1 pic 2

Seminar Batu Permata


Salam,

Kandungan Ceramah Batu Permata, Fosil dan Kaitannya dengan Metafizik pada Sabtu, 6 April 2013.

8.30 – 9.00 pagi : Pendaftaran

9.00 pagi :
Pengenalan Jenis-Jenis Batu Permata
Klasifikasi Batu Permata
Taburan Geografi Batu Permata di Malaysia & Luar Negara.

10.30 – 11.00 pagi : REHAT

11.00 – 12.30 tengahari :
Batu Permata Dalam Aplikasi Metafizik
a) Perubatan
b) Kepercayaan Metafizik

12.30 – 1.00 petang
Pameran Koleksi Batu Permata

Di sessi pameran kelak kita akan berpeluang melihat koleksi Dr Hisham yang mungkin ramai diantara kita yang tidak pernah melihat dan mengetahui mengenainya,sebagai contoh batu meteor yang dijumpai di Mekah dan dibuat ujian oleh Prof Shahidan dari UKM dan mendapatinya ianya mempunyai energi yang kuat dan kalau tiada aral melintang Prof Shahidan juga akan turut hadir bersama2.

Masih terdapat beberapa tempat kosong dan bagi yang berminat sila hubungi

saya ditalian 013 3601760 atau 019 2377952.Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 sahaja.

Ceramah Batu Permata & Fosil


Assalamualaikum,satu ceramah akan diadakan pada

1.6hb (Sabtu) April 2013.

2.Waktu 9 pagi – 1 tengahari

3.Bertempat di Dewan Kuliah Anggerik Aras 2 Pengajian Melayu Universiti Malaya.

4.Peserta di hadkan kepada 100 orang sahaja dan yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00

5.Penceramah Dr Hisham b Hashim-pakar Batu Permata dan Fosil dan pengarang 2 buah buku mengenai Hikmah Batu dan Permata.Beliau juga adalah merupakan salah seorang yang diminta membantu pihak kerajaan Brunei didalam pengurusan pembelian dan pengumpulan Batu Permata dan Fosil.

6.Tajuk ceramah beliau akan berkisar kepada rahsia dan hikmah batu permata,pengenalan batu2 permata dan kaitan batu permata didalam metafizik.

7.Beliau akan juga membawa bersama beberapa jenis fosil dan batu permata yang unik(rare) bagi tatapan kita semua.

8.Bagi yang berminat menyertai Ceramah ini sila hubungi saya di talian 013-3601760 atau 019-2377952.

Rasanya ini adalah julung kalinya ceramah begini diadakan bagi mereka yang berminat dengan batu permata dan fosil.Jadi rebutlah peluang yang ada ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita mengenai batu permata dan fosil.

Wassalamcermah fosil


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog saya.Sempena 1 Syawal yang bakal menjelang tiba,saya dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada semua sahabat,teman dan semua kenalan saya serta kepada semua pengunjung blog ini.Kesempatan ini juga saya memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua jika ada terkasar bahasa dan perbuatan.Semuga kehadiran 1 syawal ini akan membawa berkat kepada kita semua dan semuga Allah swt akan menemukan kita sekali lagi pada 1 syawal pada tahun hadapan.

Buku Keluaran Najz Enterprise


Saya sering mendapat pertanyaan mengenai buku2 terbitan Najz Enterprise.Mungkin beberapa pengunjung terutama yang baru tidak mengetahui mengenai buku ini.Ada yang menanya di kedai buku mana buku ini boleh didapati dan apakah jenis2 buku yang diterbitkan oleh Najz Enterprise.Disini saya paparkan 2 jenis buku yang ada dalam terbitan Najz Enterprise.
1.Buku Mistikal Mistik yang mempunyai 320 muka surat berharga RM42.00 tidak termasuk pos.
2.Buku Mistik Teras dan Kayu yang mempunyai 375 muka suratberharga RM45.00 tidak termasuk pos.
Jika sesiapa yang berminat membeli 2 buku maka Najz Enterprise akan memberi tawaran RM80.00 termasuk pos untuk pembeli dari semenanjung dan RM85.00 untuk pembeli dari Sabah dan Sarawak termasuk pos.
Tempahan buku ini boleh dibuat melalui talipon kepada saya 013 3601760.

Kemeja T Karimon Metafizik


Kemeja T yang mempunyai logo Karimon Metafizik kini telah pun dibuka untuk tempahan dan sehingga kini sebanyak 30 helai telah pun ditempah oleh mereka yang berminat dan menyertai Karimon Metafizik.Harga bagi berlengan pendek adalah sebanyak RM20.00 dan berlengan panjang RM24.00.Untuk tempahan sila hubungi 0133601760

Tawaran Menyertai Expedisi


Assalamualaikum,Dr Hisham seorang ahli geologist akan mengadakan “Gem & Fosil Hunter” bertempat di Perlis pada bulan 6(tarikh akan ditentukan)selama 2 hari.Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM350.00 termasuk penginapan dan makan minum.Bagi yang berminat menyertai expedisi ini sila talipon atau sms pada talian 013 3601760.Jumlah peserta adalah terhad,kepada yang berminat untuk mengetahui serta menyertai expedisi ini sila buat tempahan awal.Jangan lepaskan peluang untuk memiliki batu dan fosil yang bernilai dalam expedisi ini yang pertama kali diadakan.


Populariti Wali 9 sering dihebohkan diblog,akhbar,buku2 bahkan di layar perak.Namun kurang orang mengetahui tentang kehebatan dan peranan wali 7 Bugis dalam misi dakwah mereka.Disini saya muatkan serba sedikit mengenai Wali 7 itu.

1)Syekh Yusuf (Toanta Salamaka), 2) Petta Lasinrang (Petta Lolo), 3). Arung Palakka (Petta to malampe’e gemmena), 4) KH. Harun, 5) Pettabarang, 6) Imam Lapeo, 7) Dt. Sangkala

Syekh Yusuf (Toanta Salamaka) Seorang Penyebar agama islam dari Tanah Mekkah sampai Banten, Petta Lasinrang Seorang Raja dari Tanah Pinrang yang arif nan bijaksanadan gencar menyebarkan agama islam. yang terpenting Beliau Pemberani, Arung Palakka. KH. Harun : Beliau berasal dari Kerajaan Tallo, Petta Barang atau Petta To Risappae konon beliau mallajang diatas kudanya dan penunggu kudanya hingga sekarang masih ada. beliau adalah keturunan raja Barru yang kuat akan agama, Imam Lapeo : seorang imam di Desa Lapeo yang sederhana dan menyebarkan agama Islam sampai ketanah Bugis. sering memperlihatkan mukjisat dari Sang Kuasa, Dt. Sangkala :Hingga saat ini belum ada info detail tentangnya. Merekalah ke tujuh wali yang diyakini oleh Masyarakat di Tanah Bugis .

Selain itu terdapat beberapa wali lagi yang di yakini oleh masyarakat Indonesia yakni Wali songo, dan Wali Pitu yang berada di Bali yakni 1) Mas Sepuh Raden Raden Amangkuningrat di Kabupaten Badung), 2)Chabib Umar Bin Maulana Yusuf Al Magribi di Tabanan, 3) Chabib Ali Bin abu Bakar Bin Umar Bin Abu Bakar Al Khamid di Klungkung, 4) Chabib Ali Zaebal Abidin Al Idrus di Karangasem, 5) Syech Maulana Yusuf Al Baghdi Al Magribi di Karangasem, 6) The Kwan Lie di Buleleng, dan 7) Chabib Ali Bin Umar Bin Abu Bakar Bafaqih di Jembrana. Seorang Raja Bone yang bisa membebaskan Masyarakat Bone dari penindasan kerajaan Gowa dan beliau di Juluki Sang Pembebas dengan gelar Pahlawan Kemanusiaan.

Mungkin menjadi pertanyaan, bahwa apakah masyarakat Tana Bugis telah memahaminya ? kalaupun belum, mungkin di sebabkan karena kurangnya publikasi akan wali pitue selama ini ataukan memang mereka baru tahu kalau memang kebudayaan kita juga memiliki Wali Pitue ?

(Sumber : http://portalbugis.wordpress.com)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 249 other followers