Category: Duit Lama


Duit Wali 7


Gelaran bagi duit ini agak ganjil dan kenapa ianya digelar duit wali 7 ? Satu ketika dahulu duit ini di cari kerana ada pihak yang percaya duit ini boleh mendatangkan rezeki dengan cara ghaib,boleh di buat sebagai medium untuk nombor dan ada juga mengunakannya sebagai azimat pemurah rezeki atau pelaris.

Duit Yasin 7


Duit Yasin 7 dari jenis yang berlainan


Duit jenis ini dicari dan diburu kerana ada pihak yang mempercayai ianya untuk mendatangkan rezeki,selain dinamakan duit yasin tujuh ianya juga dikenali dengan nama duit khidir kerana terdapat ukiran khidir pada duit itu.Lambang yang terdapat disimbolikkan sebagai seseorang membawa sesuatu yang diistilahkan sebagai membawa rezeki kepada pemiliknya.Guru atau tukang yang dikatakan dapat mengujudkan rezeki(duit)perlu tahu simbol yang terdapat pada setiap siling yang digunakan bagi tujuan tersebut.Begitulah juga pada satu ketika dahulu duit kertas RM10 kerbau membajak sawah digunakan untuk tujuan tarik rezeki.Kerbau disimbolkan sebagai satu usaha,najis dari kerbau yang sedang membajak menyuburkan sawah,padi dari sebutir menghasilkan setangkai padi dan bayangkan kalau seluruh sawah ditaburkan padi maka hasilnya menghasilkan tangkai2 padi yang banyak.

Duit Yasin 5


Duit Yasin 5 juga dahulunya dikatakan mempunyai nilai mistiknya yang tersendiri.

Duit Yasin 1


Salah satu jenis duit Yasin 1 setakat ini yang saya ketahui adalah 2 jenis duit yasin

1

Yasin 3


Gambar yang dipaparkan adalah siling Yasin 3.

Duit Yasin 1


Diatas permintaan saudara Jieman yang pernah mengutarakan kepada saya mengenai duit yasin maka disini saya cuba penuhi permintaan beliau dan mungkin ada juga pihak lain yang berminat untuk mengetahui prihal duit Yasin ini dan ada yang mengetahui mengenainya yang sudi berkongsi pendapat dengan kami semua.Satu ketika dahulu bahkan kini ada beberapa jenis duit yasin atau sejenis dengannya dicari untuk sesuatu tujuan.

Untuk kali ini saya pamerkan duit Yasin 1

Siling 1/2 sen


Siling 1/2 pada zaman penjajah dahulu.


Satu lagi duit siling 3/4 sen yang hanya mempunyai nilai antik


Jarang juga dah orang yang ada menyimpan duit lama begini.Dahulunya duit ini ada nilai tapi sekarang hanya bernilai dari sudut antik saja.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 248 other followers