Category: Teras Kayu


Kayu Dalaman Kaabah


Alhamdulillah pada bulan Ramadhan yang mulia saya telah diberitahu mengenai terdapatnya beberapa keratan kayu dalaman(alang) yang mahu dimaharkan oleh pemiliknya tetapi yang ada hanya sedikit sahaja.Mengenai ketulenannya alhamdulillah ianya didapati dari satu sumber yang boleh dipercayai.Pada bulan Syawal alhamdulillah saya berpeluang memegangnya dan dihadiahkan sedikit oleh pemiliknya yang baru.Walaupun sedikit saya merasa bersyukur kerana mempunyai sedikit cebisan dari Kaabah.Usah dikaji nilai mistiknya yang perlu dirasai adalah nilai kayu dari dalaman Kaabah,kiblat umat islam.

Prin Tanchu


Kayu jenis ini pula dikenali dengan nama Pring/Prin Tanchu juga adalah sejenis kayu yang agak langka di Indonesi dan kurang  juga ketahui oleh kebanyakan orang.Kayu jenis ini adalah jenis tongkat Pangeran Cakrabuana.

Petikan komen dari FB

Alam Tunggal NurPutih sib baiktak picachu – Tuan Rahim – bahasa dr kaum apakah nama ini ya

Karimon Mystic Series Ada juga digelar Pring Tanchu jenis kayu dari tongkat Pangeran Carkrabuana,anak kepada Prabu siliwangi.Anak jenis ini juga dikatakan mempunyai manfaatnya yang tertentu diatas izin Allah swt.Untuk makluman pembaca kayu2 jenis ini atau yang sejenis dengannya memang banyak yang terdapat di merata tempat,tetapi soalannya adakah ianya sama dari sudut mistiknya jika ianya terdapat disuatu tempat yang khusus.Kalau tak silap saya saudara alam tunggal ada menceritakan tentang sejenis nibong yang didapati dari sebuah perkuburan seorang alim.Jika di rasai akan energinya maka energi yang dirasai lebih adalah yang didapati dari sesuatu tempat yang khusus itu bukannya diambil dari hutan2 biasa.Inilah yang dikatakan sesuatu yang memiliki nilai mistik.Begitu juga 2 jenis nibong satu yang dipanah petir dan satu lagi nibong biasa,manakah yang dikatakan mempunyai nilai mistik yang lebih ? Sudah tentu jawapannya adalah nibong yang dipanah petir.

Karimon Mystic Series Maaf tersalah taip bukan anak jenis ini tetapi Kayu jenis ini juga dikatakan………..

Alam Tunggal NurPutih woh ya – hehehe nanti saya pas sikit – dah ada dah – dan mata grinder mini abg pun dah ada

Alam Tunggal NurPutih emm kira kayu nie macamkayu Wali kunkun – dr tongkat Wali Sunan Kalijaga

Karimon Mystic Series Yup betul,kamu mengikuti perkembangan teras dan kayu.Kalau tak silap saya kayu nagasari pula adalah jenis kayu tongkat Sunan Gunung Jati iaitu ipar Pengeran Cakra buana.Kayu jenis nagasari yang terbaik juga adalah dari daerah Gunung Sembong dimana terdapat makam sunan gunung jati.

Karimon Mystic Series Alhamdulillah,saya pun memang mahu ke Kedah kerana ingin berjumpa abang shah digunung jerai.dalam perjalanan ke sana saya akan singgah di rumah alam tunggal.Untuk itu sedikit kayu pring tanchu dan kabuah untuk saudara dan anggap itu hadiah dari abah suhaimi.Jangan sampai storm rider tahu sebab saban hari dok asyik tanya saya tentang 2 kayu itu “bila bang nak potong beri kami sikit”

Alam Tunggal NurPutih hahah dah post kat sini alamat – panas ler hati strom rider team membacanya nanti hehehe

Karimon Mystic Series ‎2 jenis kayu ini tak sama sepertimana kayu yang lain.walau satu lori pun ada kayu yang sama diberikan tidak akan sama dengan yang saya dapati dari abah suhaimi.Sekarang mungkin saudara alam tunggal faham apa yang dimaksudkan dengan kayu yang mempunyai nilai mistik yang sebenarnya.kerana pengalaman akan mengajar kita erti satu kebenaran.saudara pun sudah merasai 2 jenis nibong yang berbeza tempat dari mana aianya diperolehi.

Pak Syeikh Mana lah pula….Sunan Gunong Jati beriparkan Pengeran Cakra Buana/Sultan Abdullah Imam…..laaaa mana dapat ni ?????……Sunan Gunong Jati kawin dengan anak Pengeran Cakra Buana/Sultan Abdullah Imam……Pengeran Cakra Buana jua abang kandung , Bonda Sunan Gunong Jati iaitu Nyai Dewi Rara Santang/Syarifah Madain……..cuba cete tu betul….kang…….

Pak Syeikh Sultan Abdullah Iman……hihihih…………

Karimon Mystic Series O gitu terima kasih kerana membetulkannya

Pak Syeikh haaaa tu lah, asyik nak percaya kat kayu jer !!!! huahuahuahua…nama datuk sendiri pun dah lupa……….

Pak Syeikh Tang Prabu Siliwangi ni….saya ada muskil sikit……..sebab Prabu Siliwangi adalah…seorang Prabu yang kuat mengamal kan Adat Hindu……….

Pak Syeikh Setahu saya…beliau banyak amalan, dan kurang menggunakan khasiat kayu kayan………….Beramal , memang baginda seorang yang kuat dalam kebatinan………wallahu…..

imon Mystic Series Prabu Siliwangi pada mulanya islam tetapi murtad dan anaknya tidak mahu mengikut bapanya,paneran cakrabuana adalah murid kepada sheikh kahfi.bagi megelakkan konflik anak beranak prabu siliwangi menjauhkan diri dan lari ke hutan sancang dengan beberapa pengikutnya dan dikatakan ghaib

Pak Syeikh Prabu Siliwangi….banyak Ilmu Kebatinan beliau, di warisi olih Sunan Gunong Jati…..juga cucu nya….Sunan Gunong Jati pula banyak mengislamkan Ilmu Ilmu Kebatinan , Prabu Siliwangi……..jadi sebenar nya….Sunan Gunong Jati lah yang paling banyak mengamal kan Ilmu Keturunan dari Prabu Siliwangi………

Pak Syeikh Setahu saya, Prabu Siliwangi…tidak pernah pelok Islam……..

Pak Syeikh Tetapi beliau tidak memusohi Islam….sementelah pula 2 anak nya, memelok Islam iaitu Pengeran Cakrabuana dan Nyai Dewi Rara Santang………

Karimon Mystic Series Wallahualam banyak versi cerita mengenai kisah Prabu Siliwangi ini.

Pak Syeikh Bukan banyak Versi….tapi ini melibatkan Keturunan Saya…jadi saya kena lah betul kan……

Karimon Mystic Series Benar beliau tidak memusuhi islam,menurut versi cerita yang saya terima,pada mulanya beliau pelok islam tetapi kemudian murtad,jadi bagi mengelak konflik dengan anaknya beliau membawa diri atau menghilangkan diri

Mohd Saiful Adderly haippp abang.itu melanggar amanah tu.saksi ramai tatkala abah suhaimi cakap potong bahagikan kpd the storm rider.report kanggg.hahaha

Pak Syeikh Prabu Siliwangi lari ke hutan kerana berperang dengan cucu nya, Sunan Gunong Jati…….

Mohd Saiful Adderly sama juga kayu yg dihadiahkan oleh wak karimon berbanding diberikan oleh makcik bedah binti hamran.pasti beza akan energinya.mana.ni kabauh ni.blm dicanai kaaaaaa jd mata cincin.

Karimon Mystic Series Kebanyakan yang kita tahu adalah cerita yang ditinggalkan oleh orang2 dahulu,maka terpulanglah kepada kita untuk menilai,mengkaji dan mebuat analisa sendiri.

Karimon Mystic Series Amboi nak repot kat abah dia

Mohd Saiful Adderly tasbih nagasari abah tu power bang.cirebon tuuuu

Pak Syeikh Sewaktu itu…Kerajaan Ceribon telah di serah kan kepada Sunan Gunong Jati olih bapa mentua sekaligus bapa saudara nya….Prabu Siliwangi TIDAK MAHU MASUK ISLAM…lalu SGJ…Terus menyerang Kerajaan Pakuan Pejajaran………..dan Prabu kalah perang !!!!………fakta ini di keluarkan olih Kabupaten Suryalaya……dan jika kita ikut tahun nya…sangat tepat…….

Karimon Mystic Series Ya mungkin juga apa yang dikeluarkan olih kabupaten itu ada benarnya.

Karimon Mystic Series Abang suhaimi kata dia kana cuba dapatkan tasbih itu untuk kita

Mohd Saiful Adderly kena repot tu langgar amanah.hahaha.saksi cukup 4 tuh.sorg takleh pakai.bias.haha.punya lah syok.dok terbayang sarung cincin kayu kabauh lps abh suhaimi ckp mcm tu.rasa nk melompat je.mana abah niiii

Mohd Saiful Adderly uikh?tasbih nagasari cirebon ke bang?aritu pegang tasbih dia,terasa tu energi.rasa nk berzikir je.

Karimon Mystic Series Ya tasbih dari cxeribon tu.dia kata kan cuba minta kawan dia buatkan untuk kita.kabuah kayu pengerun.sebenarnya banyak tentang kayu kabuah tidak diceritakan oleh orang kerana ditakuti orang akan mengatakan mengarut,tetapi banyak yang tak tahu ianya hanyalah simbolik sahaja.

Mohd Saiful Adderly ya ya.saya ingat dh.patut seronok lain mcm lps telek tasbih dia aritu.bgs hadiahkan tasbih ni.kita pakai,dia dpt share akhirat.

Mohd Saiful Adderly tapi mcm lama juga tu.nagasari cirebon takleh potongkan?hanya blh ambil kayu yg luruh ke tanah sahaja oleh pewaria

Karimon Mystic Series Jangan salah faham pula mungkin bukan semua biji tasbih dari makam yang jatuh itu tetapi dicampur dengan nagasari dari ceribon biasa dan ini sedikit sebanyak memberi satu gabungan aura.

Mohd Saiful Adderly tak kisah lah.asal ada sebiji dr cirebon pun okay.akan dimanfaatkan sebaik mungkin.nanti seksok dpt tawasul drpd kitaorg.hehehe

Pak Syeikh benar…rasa nya kabuah ini pokok…sebab dalam buku yang kita photo stad dahulu…ada tulis juga darihal kayu ini……jangan lupa beri sikit kat saya…hihihihihi…..

Karimon Mystic Series ok minta pun sikit jadi sikitlah dapatnya

Pak Syeikh OK…..Tapi ada Pokok Cenuai baru yang saya dapat…kat Pulau……..kalau mahu………….kita butter tread…..hahahahaha……

Pak Syeikh Dan ada ……batu petir …Putih,Merah dan panca warna…..kat saya….huahuahuahua……..nak kalo….kita butter tread…….

Mohd Saiful Adderly abang salah faham tu.saya minta sikit ditinggalkan utk abang.yg banyak kasi kitaorang.hahaha

Karimon Mystic Series Ha ha ha ha itu bukan trade dah itu black mail namanya

Mohd Saiful Adderly kasi yg muda byk.lama sikit boleh simpan.hehehe

Peminat Parang Dan Tongkat Assalamualaikom Tuan Karimon dan Tuan MSA kalau buat majlis potong memotong atau sunat menyunat atau khatan mengkhatan kayu kabuah dan tasbeh nagasari dari cirebon tu jgn lupa saya dan Tuan Osmo, bak kata pepatah melayu kita kalau melihat bulan di langit jgn lupa pungguk di bumi (betul kah pepatah aku nih hex3). Tuan Osmo mesti sokong nih.

Pak Syeikh Ada satu lagi perpatah….’Gajah depan mata tak nampak,Kuman seberang lautan nampak’…….jadi maksud perpatah itu ialah’Di beri kan kat orang yang dekat dahulu…..orang seberang lautan……yang kecil kecil jer ‘……….hahahahahaha……..

Peminat Parang Dan Tongkat Kecil pun tak apa TS janji ada bak kata pepatah kecil jgn di sangka anak besar jgn di sangkan ayah. Macam saya ni lah katakan bukan ayah lagi tapi dah jadi datuk dah hax4

Pak Syeikh hahahahahaha………

Mohd Saiful Adderly kurang faham lah tuan haji.mtk tlg jelaskan atau ulang.hehehehehehe

Peminat Parang Dan Tongkat Kat mana Tuan MSA tak faham tu?

 

 

Kabuah


Kayu Kabuah adalah sejenis kayu yang agak dikenali di Indonesia dan jenis yang terbaik adalah datangnya dari hutan Sancang.Kayu ini adalah pemberian Abah Suhaimi dari Singapura.Disebabkan jenis kayu dari hutan Sancang ini adalah sesuatu yang langka maka hanya sedikit sahaja yang diberikan oleh beliau kepada saya.Menurut ceritanya kayu kabuah adalah dari jenis tongkat yang digunakan oleh Prabu Siliwangi.Diantara khasiat kayu ini menurut mitos ceritanya ada untuk pengerun.

Komen dari FB

Peminat Parang Dan Tongkat : Apa khasiat nya ni Tuan, ada kah di dlm buku tuan yg di lancarkan baru2 ini. Saya kalau membaca buku lompat sana lompat sini. Kecawali saya menunggu sesuatu spt menunggu giliran di panggil di spital baru saya baca in detail. Atau tidur kat rumah ibu mertua – rajin lah saya baca buku tu.

Alam Tunggal NurPutih perkataan Minang ka?

Karimon Mystic Series .Kayu kabuah ini yang lebih pakar menceritakannya adalah abang suhaimi atau abah suhaimi gelaran storm rider.Kayu yang dikatakan jenis tongkat Prabu Siliwangi seorang Raja di tanah Jawa.Sifatnya dikatakan lebih mejurus kepada pengerun dan diperolehi dari hutan Sancang.Nanti saya PM abah suhaimi suruh dikomen tentang kayu ini.

Karimon Mystic Series. Cerita tentang kayu kabuah ini memang menarik kerana ianya ada kaitan dengan Prabu siliwangi dan pengikutnya.

Pak Syeikh .Kadang kala…..saya sendiri keliru….benar kah kayu ini atau kayu itu….datang dari Wali Songho…..dengan tahun yang sangat jauh…benar kah kayu itu…ada !!!!…..sedangkan Besi Keris pun…dah hampir uzur, jika ikut tahun nya…ini kan pula kayu…….jika lihat pada ribuan pengikut dan anak cucu nya di Nusantara….BENAR KAH KAYU ITU DARI PRABU SILIWANGI !!!!….Jika Benar…OK Sangat lah………saya takut kayu yang sama jenis pokok nya !!!!!………….

Pak Syeikh .Kerana bukan apa…..Banyak sangat yang ‘terkena’…..made from Indonesia ini………kayu,besi dan teras………BARU !!!!…..

Karimon Mystic Series Memang banyak yang tertipu,itu sebabnya kita kena cari dari mana sumber yang kita dapat dan adakah sumber itu dari sumber yang dipercayai.Barang yang baik tidak akan ada sampai berlori2 atau bergudang ianya mungkin hanya secebis sahaja.saya pernah dapat nagasari hanya sebesar duit siling 5sen yang dibahagi 4.bayangkan kecilnya yang didapat dan apakah yang baik mudah diberikan kepada seseorang?

Pak Syeikh Jika dari Pokok yang SAMA….OK saya memang percaya !!!!……

Pak Syeikh Betul….jika betul kayu nya…memang dah tinggal sikit jer……

Mohd Saiful Adderly abah ada cerita aritu.tapi nama pelik2 keluar poning eden terua lupo.tunggu abah dtg cerita

Pak Syeikh tapi kat saya…..jangan lupa pulak……..untuk koleksi….hahahaha…..

Karimon Mystic Series Amboi sempat juga bodek tu.kalau gitu sebesar batang mancis diberi ok tak

Mohd Saiful Adderly saya terima seadanya seandainya sebesar btg mancis jua akan ikhlasnya abg.hahaha

Pak Syeikh Yer laa…kot kayu yang bagus…siapa yang tak nak…hahaha……..

Karimon Mystic Series Insyaallah kayunya jenis baik abang suhaimi pun dapat sikit maka dapat pada saya pun sikit.yang dalam gambar tu sebelum dipotong.abang suhaimi ni jenis suka ke gunung jati terutama gunung sembong

Pak Syeikh Betul tu….AS pun orang yang faham darihal kayu…kita memang bolih percaya kat dia…….

Peminat Parang Dan Tongkat Anakda ATNP apa yg anakda maksudkan dgn ” perkataan Minang ka? ” Bolih elaborate anakda.

Alam Tunggal NurPutih Anakanda mencari makna Kabuah – banyak resultnya dr perkataan Minang

Peminat Parang Dan Tongkat Oh gitu.

Peminat Parang Dan Tongkat Dlm perkataan Minang apa erti nya anakda?

 

 

 

 

Kayu Santubung


Kayu ini adalah pemberian Abg Suhaimi kepada saya sewaktu beliau berkunjung kesini.Inilah pertama kali saya mendengar akan nama kayu ini dan khasiatnya tiada diketahui.Jadi sesiapa yang mengetahui akan khasiat ini diharap dapat berkongsi bersama.

Pitunduk


2 jenis kayu ini digelar pitunduk dan menurut orang yang memberi saya kayu ini ianya bertujuan untuk menundukkan anak yang degil dengan cara merendamkan kedua kayu ini didalam air dan dibacakan selawat lalu diberi minum.Mungkin saudara waliqudus dapat memberi pendapatnya didalam hal ini kerana rupa kayu ini mirip kayu milik saudara waliqudus.


Diantara kayu yang agak terkenal di Sabah ialah kayu sakang seribu yang dikatakan berkhasiat sebagai penawar bisa.Walau bagaimana pun kayu yang saya paparkan di blog ini dikatakan masih ditahap gred 2.Diantara petua yang diberikan kepada saya  untuk memantapkan lagi kayu ini ialah dengan cara meletakkannya didalam bekas berisi beras.

Bujang Kalak


Bujang Kalak atau Pucang Kalak satu nama yang menjadi misteri dalam bidang koleksi teras kayu.Ada yang mengatakan ianya hanyalah mitos dan ada yang mengatakan ianya benar2 wujud.Pada minggu yang lepas saya telah dihadiahkan oleh seorang teman dari seberang apa yang didakwanya sebagai Bujang Kalak.Ianya hanyalah sebesar duit 5 sen dan tebalnya hanyalah sekadar 5mm sahaja.Apabila ditanya mengapa kecil sahaja yang diberikan pada saya,jawapnya ianya barang langka yang amat sukar didapati.Apabila memegangnya terasa akan auranya dan terasa berat tangan dan ada diantara teman saya apabila memegangnya tangannya terasa kebas dan berat.Apakah ianya benar2 Bujang Kalak ?


Sesuatu yang agak baru dikenali oleh saya di semenanjung ini dan mungkin bagi masyarakat di Borneo ianya bukanlah sesuatu yang asing atau ganjil bagi yang mengetahuinya.Kayu ini dinamakan kayu penunduk dayak.Kegunaannya adalah bagi menawarkan atau melindungi diri dari sengatan binatang yang berbisa semasa berada di hutan.Cara pengunaannya pula ialah dengan meminum air rendaman kayu ini sebelum memasuki hutan.

Kayu Apa


Kayu apa ini mempunyai ceritanya yang agak menarik dan rasanya elok sangat kalau saudara waliqudus yang memberi komen mengenai khasiatnya kerana ianya adalah milik saudara waliqudus.

Teras Gading


Salah satu lagi spesies kayu yang kurang dikenali.Adakah ianya termasuk dalam spesies keluarga kemuning ? Dikatakan oleh orang tua2 dahulu diantara fadilatnya adalah sebagai kewibawaan, kepahlawanan sesuai dengan namanya gading iaitu teras Raja2

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 248 other followers