Latest Entries »

Balabak


Kayu Balabak dan minyak balabak amat terkenal di sebelah Borneo kerana mistiknya yang ada kaitan dengan pengasihan.Kayu balabak adalah sejenis kayu yang digunakan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan minyak balabak dan dikatakan kayu jenis ini terdapat di Pulau Bogi(Bongi)di negeri Sabah.Kayu ini dianggap kayu yang langka dan untuk mengambilnya memerlukan beberapa ritual tertentu.Sama ada apakah ini benar kayu Balabak ?balabak (3)

Kemian


2 jenis kemian yang dikatakan mempunyai fungsi yang berlainan.Yang berwarna cerah dikatakan kemian bukit dan berguna jika sesat didalam hutan dengan cara membakarnya.Sementara yang berwarna gelap di gelar kemian laut dan berguna jika sesat dilaut dengan cara membakarnya.Sama ada terdapat kebenaran didalam cerita ini belum lah diketahui dengan pasti.Kem Bukit (3) Kem Laut (3)


Leklai jenis ini mungkin dikenali dengan nama Siam atau Thai dengan nama chii-phra-kaaw berwarna putih berkilat,menurut kepercayaan lek lai jenis ini mendatang kejayaan,panjang usia dan perlindungan dari senjata tajam.Ada satu jenis lagi lek lai yang menyerupai lek lai jenis ini iaitu dinamakan lek lai Nergn Luang dan ada yang mengelarnya jenis Leklai Ler-si tua mia jenis betina.

lek 2

Makam Tok Temong


Ini adalah makam Tok Temong yang berwajah baharu.TT 1 TT 2

Perlis Gem Hunt


 

Perlis Gem Hunt Sept 2013

13hb Sept(Jumaat)tiba di Perlis

Peserta digalakkan tiba sebelum jam 5 petang

14hb Sept(Sabtu)

Acara bermula selepas sarapan jam 8 pagi

Sehingga ke petang

15hb Sept(Ahad)

Acara bermula selepas sarapan jam 8 pagi

sehingga ke petang dan majlis penutup

Yuran sebanyak RM350.00

Deposit RM100.00 perlu dibayar sebelum 1hb Jun 2013

Yuran termasuk penginapan dan makan minum peserta.

Disamping acara Gem Hunt peserta juga berpeluang untuk melawat serta membeli belah di sempadan

Thailand iaitu Wang Kelian(tidak memerlukan passport) dan melawat beberapa tempat yang bersejarah

Termasuk Gua yang dipercayai di huni oleh Awang Kenik.Peserta akan membawa pulang fosil dan batu permata yang dijumpai semasa acara ini dijalankan.Ini adalah kali kedua acara sebegini dilakukan oleh Dr Hisham Hashim seorang pakar Batu permata dan Fosil.Jumlah peserta hanya di hadkan sebanyak 20 orang sahaja.Bagi yang ingin membawa isteri tetapi tidak terlibat dalam gem hunt yuran nya hanya RM100.00 sahaja.Sila lakukan tempahan kepada saya di no 013 3601760 atau Dr Hisham 019-5479157

 

Lada Hitam


Satu lagi barang yang dianggap ganjil dan kurang diketahui oleh orang ramai.Lada hitam ini didakwa pemiliknya dapatnya dari alam ghaib.Khasiatnya setakat ini kurang diketahui tetapi dikatakan dicari oleh golongan VIP.lada hitam


Minyak yang berwarna merah ini dikatakan darah kijang putih.Ianya berbau wangi dan ciri2nya kelihatan seperti darah.Diberitahu bahawa diantara fadilatnya adalah untuk pengasihan dan pelarisan.Sesuatu yang agak rare dan kurang diketahui dan ada juga yang mengatakan berasal dari alam ghaib.darah kijang

Ceramah Batu Permata


Ceramah Batu Permata Fosil dan Kaitannya dengan Metafizik yang diadakan pada 6hb April 2013 di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya telah berjaya dilangsongkan.Walaupun jumlah kehadiran peserta adalah seramai 35 orang dari 100 yang dijangka hadir namun pada keseluruhannya ianya tetap dikira berjaya.Para peserta yang terdiri dari pelbagai kerjaya termasuk yang bergelar Datuk,Pengarah Jabatan Geologi,Pengarah syarikat,surirumah dan ahli akdemik turut hadir bersama.

Ada yang datang dari Johor,Pekan Pahang,Telok Intan Perak  dan Melaka.Keseluruhannya mereka berpuas hati dengan ceramah yang di kendalikan oleh Dr Hisham Hashim dan ada yang meminta agar ceramah seperti ini dapat diadakan lagi.Banyak ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh para peserta dan ada diantara mereka yang sibuk mengambil nota ceramah yang disampaikan oleh Dr Hisham.Pengetahuan mengenai aspek metafizik,perubatan  dan mistik turut dibincangkan disamping pengenalan jenis2 batu permata.

Insyaallah ceramah sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan semuga peluang ini diambil untuk menambah ilmu pengetahuan.pic 1 pic 2

Seminar Batu Permata


Salam,

Kandungan Ceramah Batu Permata, Fosil dan Kaitannya dengan Metafizik pada Sabtu, 6 April 2013.

8.30 – 9.00 pagi : Pendaftaran

9.00 pagi :
Pengenalan Jenis-Jenis Batu Permata
Klasifikasi Batu Permata
Taburan Geografi Batu Permata di Malaysia & Luar Negara.

10.30 – 11.00 pagi : REHAT

11.00 – 12.30 tengahari :
Batu Permata Dalam Aplikasi Metafizik
a) Perubatan
b) Kepercayaan Metafizik

12.30 – 1.00 petang
Pameran Koleksi Batu Permata

Di sessi pameran kelak kita akan berpeluang melihat koleksi Dr Hisham yang mungkin ramai diantara kita yang tidak pernah melihat dan mengetahui mengenainya,sebagai contoh batu meteor yang dijumpai di Mekah dan dibuat ujian oleh Prof Shahidan dari UKM dan mendapatinya ianya mempunyai energi yang kuat dan kalau tiada aral melintang Prof Shahidan juga akan turut hadir bersama2.

Masih terdapat beberapa tempat kosong dan bagi yang berminat sila hubungi

saya ditalian 013 3601760 atau 019 2377952.Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 sahaja.

Minyak Amber


Dahulunya pernah saya membuat posting tentang minyak amber tetapi kali ini saya membuat posting sejenis lagi minyak amber yang agak serupa cuma cirinya iaitu minyaknya lebih pekat dan bau wangiannya yang agak berbeza.Beberapa testimoni yang saya dapat dari pemakai minyak ini adalah ianya berkhasiat untuk pecah2 ditumit kaki,lenguh2 tangan,terapi manamberdian dan ada juga yang mendakwa berguna sebagai rawatan awal terhadap gangguan makhlok halus.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 290 other followers