Archive for December, 2008


Maklumat/Info


Assalamualaikum,

Walaupun blog ini baru sahaja diterbitkan namun kelihatannya mendapat perhatian daripada beberapa orang yang mempunyai minat terhadap barangan mistik.Ada yang sekadar melawatnya untuk melihat beberapa barang yang dipamerkan dan ada juga yang sudi meninggalkan komen serta menanyakan prihal barang barang tersebut.Memang menjadi harapan saya agar ada yang sudi berkongsi maklumat tentang barang barang yang dipamerkan.Setiap dari barang ini mempunyai cerita atau maklumatnya yang tersendiri dan pelbagai versi cerita yang bolih kita kongsi bersama.Jika ada diantara saudara yang sudi ingin berkongsi maklumat bersama saya maka saya  dengan rendah hati  mengucapkan ribuan terima kasih saya pada saudara.

Setiap kejadian alam ada keunikan,kelebihan dan keistimewaan tersendiri yang tuhan jadikan sama ada dari dasar lautan atau pun didaratan.Begitulah juga penciptaan nya yang nyata atau pun yang ghaib.Maka disinilah titik pemulaan dimana manusia mengkaji akan keunikan,keistimewaan juga kekuatan yang ada pada kejadian dan kehidupan didunia ini. Bagi barang atau benda yang nyata ianya mudah untuk dikaji dan diselidiki tetapi bagi barang yang memiliki unsur unsur mistik memerlukan pengkajian yang lebih teliti  dan ada kalanya tidak dapat diterima oleh akal fikiran manusia.Mungkin juga pengkajian dari sudut saintifik tidak dapat membuktikan akan kebenaran atas apa yang dikaji.Fenomena sebegini memang kerap terjadi dimana ujudnya kontroversi pencanggahan pendapat diantara realiti dan mistik.Mungkin segelintir daripada kita akan menganggap semua ini adalah pekara karut dan tahyul dan membuang masa sahaja.Pekara pekara yang ajaib,mistik atau paranormal adalah sesuatu yang sukar diberikan suatu definasi yang tepat.Dalam dunia yang serba moden dan canggih ini kepercayaan terhadap pekara yang bersangkut paut dengan mistik sudah dianggap kuno dan ketinggalan zaman,namun masih terdapat beberapa individu yang mempunyai kepercayaan yang kuat bahawa mistik ini tetap ada dan wujud di sekeliling kita.Maka dengan itu tidak hairanlah ada dikalangan mereka yang berusaha mencari benda benda atau barangan mistik diatas keyakinan mereka ianya benar benar wujud. Apabila kita membicarakan sesuatu pekara yang ghaib atau mistik sudah tentu adanya banyak persoalan yang bakal timbul.Mungkin bagi sesetengah orang ianya adalah cerita karut atau tahyul sahaja yang tidak dapat diterima oleh akal.Ada yang hanya mempercayainya tetapi tidak pernah mengalaminya kerana mereka berpegang kepada beberapa ayat Al Quran serta pendapat ulama yang mengatakan memang ada makhlok lain selain daripada manusia yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Kepercayaan tentang batu batu mustika ini telah wujud sejak ratusan tahun dahulu.Dokumentasi awal yang membicarakan prihal batu mustika ini boleh didapati didalam buku Sri Garuda Purana(text Hindu) yang menjadi bahan rujukan tentang hal hal yang berkaitan dengan beberapa jenis batu permata yang semula jadi yang merujukkan sebagai mutiara vedic yang dipercayai adalah merujuk kepada batu mustika. Disebelah pihak barat pula karya yang awal yang membicarakan tentang batu mustika ini adalah hasil daripada penulisan seorang ahli sains Albertus Seba(1665-1736) yang telah membuat dokumentasi tentang batu mutiara ini didalam bukunya yang bertajuk “Cabinet of Natural Curiosities”Text penulisan beliau membicarakan beberapa jenis batu mustika lengkap dengan lakaran batu mustika tersebut.

Hanya terdapat segelintir manusia yang mengetahui akan rahsia keajaiban dan keunikan barang barang mistik yang ada didunia ini.Jika manusia mengetahui akan rahsia alam maka mereka yang mengetahui mendapat imbuhan daripadanya.Kebanyakan rahsia rahsia ini tidak diketahui oleh orang awam bahkan setengahnya dirahsiakan dari pengetahuan umum.

Haiwan dan tumbuhan mempunyai alam mereka yang tersendiri sebagaimana kita manusia mempunyai alam kehidupan kita sendiri dari sudut adat resam,social budaya yang mungkin lebih  tepat “cycle of life”iaitu kitaran hidup.Mungkin ini adalah anugerah tuhan kepada alam haiwan dan tumbuhan dan manusia sendiri mendapat manfaat darinya bagi mereka yang mengetahui rahsia alam.

 

Wassalam

 

 

Azimat


Yang dikatakan betinap1040472.Dipercayai barang ini adalah dizaman majapahit dahulu iaitu pada masa kerajaan hindu majapahit

Belum Ada Nama


Sesiapa yang mengetahui apakah benda ini ? Tembaga yang meyerupai telor ayam dan terdapat beberapa tulisan jawi dan didalam nya dipercayai mengandungi batu beli.Berbunyi apabila digoncang dan tiada cara membukanya dengan cara tertib.p1040136Secara tepatnya gelaran bagi barng ini agak kabur ada yang mengatakan ianya telor kuningan ada yang mengatakan ianya Telor Nogo Ilham Pamungkas


p1040119Sesiapa yang mengetahui apakah bendanya ?

Kayu Hujan Panas


Kayu Hujan Panas dikatakan mempunyai 2 jenis iaitu jantan dan betina.hujan-panas

Semar


Kalau dilihat rupa bentuk semar ianya menyerupai patung wayang kulit.Sering digunakan sebagai azimat pengasih.Ada terdapat ilmu semar yang dikatakan ilmu pengasih yang cukup mantap.


p1040665Sebilah lembing kecil daripada besi lama yang diperolihi daripada keraton


Sebilah lembing kecil daripada besi lama yang diperolihi daripada keraton


Sebilah lembing kecil daripada besi lama yang diperolihi daripada keraton


Sebilah lembing kecil daripada besi lama yang diperolihi daripada keraton