Berguna sebagai pendinding, hindar makhluk halus dan pukulan berat.
125 Comments:
1 Trackback or Pingback for this entry:
-
[…] File Name : Batu petir – karimon’s blog | misteri mistikal Source : karimon.wordpress.com Download : Batu petir – karimon’s blog | misteri mistikal […]
saya juga punya batu seumpama dan sebiji macam gambar diatas. Guru saya kata namanya batu keramat. Katanya boleh buat kebal, pukulan berat, rawat penyakit berkaitan dengan makhluk halus dengan hanya meminum air rendaman.
saya juga ada batu dapat dari seorang bomoh borneo. Katanya batu lintar tapi berbeda dengan gambar di atas. Batu lintar asli katanya ada cebisan logam. kalo direndam dalam air seolah2 bergerak sedikit dan melagar gelas berisi air.
aku punya batu petir seperti gambar di atas apa kamu minat???,,hub di no ini alex,082395388764
Kalau benar asli ku sanggup beli
Salam Sejahtera Buat Penatap Karimon’s Blog yang Setia..(termasuk la saya sebab banyak Info dapat dikongsi bersama buat kebaikan bersama demi kerana ALLAH)
Ciri-ciri Batu Petir atau Batu Lintar ni, Batu Tersebut Memang menyerupai seperti Dipaparan, iaitu bentuk sempurna, Kebanyakan batu petir ni berwarna hitam, campuran batu tersebut mengandungi logam sedikit.Ada kalanya batu tersebut dijumpai dalam keadaan pecah disebabkan panahan terkena pokok yang keras.
Batu Petir terbahagi dalam Dua keadaan, Pertama: Batu petir Ketika Hujan dan Batu Petir Ketika waktu Sebelum Hujan iaitu wak tu kering. Ada juga yang mengatakan ada jantan betina. iaitu warna putih dan warna hitam. Ada kenyataan dari sahabat mengatakan Batu Petir dari jenis ketika hujan adalah jenis yang baik, kerana ianya bersifat sejuk(Pendapat saya ..sama je Panas weh). Tapi batu ni susah nak jumpa, sebab kalau lambat, Malaikat yang melontarnya akan mengambil batu tersebut untuk lontaran seterusnya..pada yang jumpa, ianya adalah Kehendak Allah buat manusia memikirkan akan KEKUASAAN ALLAH.(renungkanlah dari mana datangnya batu di langit dan kat mana pulak malaikat kutip batu tu? tak ke kat area Neraka juga??? Kan dalam Al-Quran ada menyebut: Bahan Bakar Api Neraka adalah batu-batu serta manusia itu sendiri???)Kalau batu meteorite, dah hancur bumi ni.
Nakkan kepastian akan ketulinan batu petir tersebut, Batu tersebut memiliki bau seakan besi terbakar hangit. Saya pernah mendapatkan sebutir batu petir dari seorang sahabat, ketika mendapatkannya, semasa perjalanan balik kerumah, sekeliling saya berbau seperti terbakar.(mungkin banyak Syaitan keliling saya kut ketika itu …wallahu) saya ingatkan pada ketika itu mungkin bau asap kereta kut aahh buat tak tau je la??..tetapi keesokannya ketika saya mencanai batu tersebut untuk dijadikan permata cincin, bau tersebut benar-benar keluar dari asahan batu petir tersebut.(Bukan senang nak canai batu Petir sampai Berkilat cam cermin)
Dari Ciri Perubatan Pula, Saya Bersetuju dengan Komen Saudara Karimon. Dari Segi Pemakaian pula. Segala Pergerakkan pemakai akan cepat pantas…macam sifat Batu tersebut. Tetapi Batu Petir yang Berkhasiat…si Pemakai akan merasakan tangan berat, lenguh-Lenguh serta rasa terasa di jari pemakai, kekadang macam ada rasa cas letrik kinetik. Jikalau dah serasi dengan si pemakai, ianya akan terasa kosong dijari jika tidak memakainya walaupun sehari.(Macam ada kurangnya hari si pemakai) Khasiat yang lain…Pakai dulu baru TAU) tetapi memang best pakai kalau ada…rasa lah akan pengalamannya. Kalau pegang barang mistik yang ada setan atau jin yang banyak songeh, gerenti lari..lagi satu kalau pakai jikalau ada berbau seperti terbakar…faham-fahamlah akan apa yang ada disekeliling si pemakai…selamat mencuba..
Maafkan saya Jika catatan tersasar dari yang benar…Wallahu
Untuk peminat batu petir, boleh kunjungi blog saya untuk melihat2 jika berkenan. http://barang-bertuah-mistik-antik.blogspot.com/
Terima kasih atas segala ilmu2 yg diberikan saudara2. Amat menarik sekali. Saya pun ada sebiji, bukan sebiji tapi serpihan yg diberi oleh rakan saya. Mengikut pendapat org2 yg saya tanya, mmg panas. Tapi saya tak rasa la pulak. Mungkin orang2 yg berilmu sahaja yg rasanya. Pernah cuba utk dicanai agar boleh share dgn kawan2, tapi org tua yg nak canai tu tak bagi sebab ada kalimah Allah terbentuk kat batu tu (mmg ada tapi kecil sangat, tak berapa perasan) Jadi x jadi dan masih ada dlm simpanan.
Yang menariknya ada kawan lain yg juga seorang bomoh talipon saya bercerita yg dia dah 3 mlm jumaat mimpi jumpa orang tua yg suruh dia mintak batu tu dari saya. Tapi saya syg la jugak nak bagi sebab guna utk pendinding rumah, dengan izin Allah.
Lagi satu, mengikut pendapat sesetengah org simpan batu tu dlm kain kuning klu nak bagi sejuk sebab warna kuning tu pakaian dia. Betul ke? Nak bertanya pendapat kawan kawan.
Lain orang mungkin lain pula pengalaman dan caranya dalam memperolehi sesuatu barang yang mistik.Tentang mimpi bomoh tersebut berhati hati jugalah tentang mimpi itu sama ada benar atau tidak.Kalau sekadar dia saja yang bermimpi dan saudara pula tidak tentu ada pula yang tidak kena.
hmmm… hati2 dengan bomoh ni.. macam ada makna tersirat 🙂 simpan ja batu tu bro kalo masih sayang. Kalo hati dah ringan nak pindah milik barulah dipindah milik.
Aduh ada gak ya nasihat yang serupa saya berikan pada saudara kita dulu.Benar seperti kata saudara kolektor tu hati2 lah nanti terlepas pula barang yang baik itu.
Assalamualaikum tuan karimon yang dihormati, para sahabat2 sekalian dengan iringan doa moga kalian semua dirahmatiNya..
Tuan karimon, bagaimanakah cara untuk mengetahui tahap ketulenan ori batu petir ni tuan?..terima kasih…. 😉
Abang saya menggunakan batu petir ini untuk rawatan mistik (pesakit yang terkena gangguan halus)…Alhamdulillah.. dengan izin Allah, pesakit-pesakit yang terkena gangguan halus tersebut sembuh… Ianya adalah sebagai lantaran dan ikhtiar… Sekiranya ada di kalangan para sahabat punya masalah sebegini, insyaallah kami sedia membantu, dengan izinnya jua… Maklumat lanjut http://nagacimande.wordpress.com
Assalamualaikum Para Penatap Karimon’s Blog,
Batu Petir, Lintar api atau Lintar air, ia memiliki Ion Positif dimana ia akan Menolak unsur Negatif pada pemakai maupun menolak Sihir Makhluk Halus dari segi MISTIK, Kebenarannya Terbukti jika Batu tersebut adalah dari yang Asli, Bukan Susah untuk mengenali Batu Petir Yang asli Akan tetapi batu Petir Asli Selalunya Dibuat untuk menguji kepaduan kandungan Emas.(Tu pasal Siapa Yang ada Batu petir pakai Cincin Ikat Perak dan tak pakai Emas.
Batu Petir Tidak Panas jika memegangnya sebab ada kandungan Besi Kecuali, Aura pana akan dirasai jika yang memegangnya ada Unsur Negatif dalam Badan ataupun sekelilingnya ada unsur Negatif.
Batu Petir sememangnya ada Banyak Gred, ada juga yang tak jadi apa-apa…Gred Batu Petir Yang Baik, Jika di canai, ia akan menjadi Berkilat dan akan mampu melihat bayang sendiri jika melihatnya, Batu Petir Yang memiliki Gred Terbaik padanya memiliki Ciri Besi yang dicanai memiliki warna-warna pelangi berona halus pada Permukaan. Bukan Senang Mencanai Batu Petir Yang Bergred Terbaik. So..Berhati-hati memilih Batu Petir….
apala mu ni punyo bebal…nak tau asli,mu time org kena rasuk yg amat dasyat dan kuat jin yg kat dlm org yg kena rasuk tu,mu suruhla org kena rasuk tu pegang batu mu,kalau dia tak leh pegang..maksudnya brg mu ori la sebal
Betul Kata najib. Batu petir asli, itu lah satu-satunya cara paling mudah nak cuba try test uji orang histeria. Jangan plak uji “batu pelir” masa ubat orang histeria.
saya ada seketul batu petir,kwn saya yng memberi kepada saya…tiap2 rakan sekerja meminjamnya,mereka berkata ia amat keras dan berguna,mereka hendak separuh dari apa yng saya ada? saya meyimpan ia di dlm dompet kerana tidak hlng dgn mudah insyak allah
Assalamualaikum..di sini saya ada jgak menyimpan sebiji batu petir berwarna hitam gelap dan mengerutu..saya dah simpan hampir 8 tahun.batu petir tu sebesar ibu jari tangan.saya x ikat pada cincin..ianyer d simpan dlm beg saya dan d balut ngn kain kuning.sbnrnyer saya x tahu ape yang patut buat pada batu tu..ianyer terus saya simpan..tapi saya x rasa ape2 pada diri saya..boleh kah sape2 yang blh bgitahu permulaan yang tepat untuk saya lakukan..saya ongin tahu
assalamualaikum para sahabat.. saya ingin tahu jawapan yang saya tanyer pada18 february 2012..sampai sekarang saya menunggu..apakah harus saya lakukan ngn batu petir tersebut… ingin tahu mohd zulkifly shah alam..
Assalamualaikum saudara Zul,batu petir mempunyai khasiat yang tertentu dan saya rasa banyak komen2 telah pun diberikan didalam entri batu petir,tidak ada penjagaan khusus sebenarnya dan tidak perlulah bungkus didalam kain kuning.Saudara boleh buat permata cincin jika saudara berminat memakainya dijari kalau tidak simpanlah dirumah sahaja.
Sya ada batu petir sma sepeti dlm gambar..dia pajang dan tajam di hujungnya..warna hitam..batu itu haruah bapak sya yg punya..tapi yg pelek batu itu paday tarik haba di sekelinling kta..dia tak ada bau yang kawan kta katakqn..batu itu pakai bapqk saya hurut badan memang luar biasa..
asalamualaikum,para sahabat sekalian,sama2 la kita bersyukur pada allah atas nikmat pemberiannya,smoga kita jadi umatnya yg soleh dan solehan,dan bersatulah kita stas nama allah dan islam serta, perpegang teguhlah kepada sunnah nabi muhammad serta jadikan alquan itu panduan dunia dan akhirat.sye ada sebutir batu itu,harp,d halaman ini, kita dapat mengeratkan hubungan siraturahim sesama ummah.assalamualaikum
Salam saudara karimon..
Nak tanya ttg mahar BATU PETIR ni..Bape maharnya??
Batu petir jika dibuat cincin :-
-kalau dulu kita takut melihat wajah musuh kita,kini berlaku sebaliknya.
-kalau dulu kita takut ke tempat puaka,kini tidak berlaku lagi.
-kalau dulu kita gelabah bila nak berucap,kini tadak lagi.
-kalau dulu kita kurang berkeyakinan,semuanya itu akan hilang.
-kalau dulu kita seorang yang baik,kini kita cepat marah/bengis(kena sabar)
-kalau dulu kita lemah-lemah badan,kini tadak lagi(rendam batu dari 10pm-minum air selepas solat
Subuh/malam Jumaat)
-batu petir boleh digunakan untuk proses perubatan secara jauh/juga tuju-tuju musuh secara jauh.
-Jika anda pemilik batu petir anda pasti akan diuji,tidak sah jika tidak ada ujian,seperti
mengasah pisau jika tidak diuji,macammana nak tahu ketajamannya.
-Jika tiada ujian buang saja batu tersebut,itu bukan batu petir mungkin batu pelir.
Ujiannya sperti begini :-
-jika anda pembuncing motosikal,1 atau 2 kali anda mendapat kemalangan,tetapi jangan risau,anda
tidak tercedera.
-akan berlaku pertengkaran mulut yang tidak disangka dan kadang-kadang boleh membawa kepada
pergaduhan,jangan risau musuh akan terbungkam tiba-tiba,kemudian bermaafan semula.
-jika dulu rakan-taulan kurang beri perhatian kini telah berubah.
-jangan sesekali menampar,jika cincin ada dijari walaupun bergurau,kerana jika sudah sebati ada
bisa dijari anda,jika terkena dan ada kesan lebam atau demam pada mangsa tamparan,segera
rendamkan batu dan beri mangsa minum sebahagian air disapu pada bahagian tamparan.
Ini adalah sebahagian dari ujian dan khasiat batu petir.Jika anda tidak mampu letakkan kembali ditempat anda jumpa,’katakan padanya’aku belum bersedia,jika engkau ingin hadir,hadirlah ditika
huru-hara sedang dan akan berlaku(paham maksud).jangan risau jika rezki anda batu petir ini akan hadir tiba ketikanya.Jangan diwar-warkan pada orang,khuatir jika dicuri.Batu petir tidak ada jantan dan betina,ia mengikut kejadian penggunanya iaitu malaikat.Cuma satu warna hitam legam,memang lumrah apa jua objek yang dibakar pasti bertukar warna menjadi hitam,walaupun ia pecah dan masuk kedalam air.Sifatnya keras,panas,baran dan berang,pantas ada kesan logam di-luar dan dalam batu.AMARAN KERAS;Jangan diguna untuk menikam nombor ekor,padah yang akan menanti.
Kepada pemilik diucapkan TAHNIAH kerana memilki batu tersebut,gunakan ia untuk menegakkan keadilan,untuk agama,bangsa dan negara.Jika anda terpanggil,pergilah berjuang.Jangan takbur
kerana takbur melemahkan ilmu di dada,sentiasa ikhlas kerana ikhlas itu baja ilmu.
WallahHualam.
info dn pesanan yg amat berguna dr sedara amin..
Asalamualaikum
Menurut apa yang saya ketahui batu petir terdiri daripada dua jenis ia itu yang berwarna hitam dan putih. Batu petir berwarna putih adalah menjadi pilihan berbanding dengan yang berwarna hitam. jika batu petir berwarna putih serasi dengan pemiliknya ia akan bertukar kepada warna coklat. Saya ada memiliki sebutir batu petir berwarna putih yan telah diukir menjadi batu cincin. Pada zaman dahulu batu ini digantung pada lehir salah seekor sekawan kerbau supaya kumpulan kerbau itu tidak disambar petir.
Sehari sebelum saya dihadiahkan batu petir ini saya telah dipanah petir ketika menggunakan komputer melayari internet, peliknya komputer saya tidak mengalami kerosakan sebagaimana sebelumnya. Munggkin kebetulan sahaja. tapi mana ada benda saja saja. Tapi biarkanlah apa saja.
Wasalam.
bertuah sungguh sedara dapat memiliki batu petir..sy sendri masih tercari2 tp apakan daya xbertemu lg blum rezki agaknye..
Asalamualaikum
Tuan espada, semua benda misteri yang saya miliki kebanyakannya adalah merupakan
hadiah dari mereka yang tertentu. Menurut mereka batu petir berwarna hitam telah hilang tenaganya kerana telah memusnahkan sesarannya dan terbakar. Manakala yang berwarna putih maseh lagi suci murni. Masalah yang saya alami batu ini agak sukar dijinak atau dikendalikan kerana kuasanya yang luar biasa.
Selain daripada batu petir hadiah yang paling saya sayangi adalah kain cindai. Kain cindai adalah berasal dari jalinan akar kayu menyerupai kain yang tidak boleh musnah jika dibakar. Kain cindai biasanya dibuat pakaian pahlawan dahulukala. Kulit tubuh badan juga kalis api jika disentuhi kain cindai ini.
Samoga tuan memperolehi batu petir yang di idam idamkan itu dan bersabarlah menunggu.
Wasalam
Salam. Tuan,bagaimna cara nak dapat kain cindai? Saya pernah melihat keajaiban kain itu…
kebanyakan batu2 petir yg igin dimaharkan dlm blog tertentu berwarna hitam jd pd pendapat sy batu petir dlm simpanan tuan merupakan antara yg jarang di temui dn ampuh dr segi khasiatnye..mmg sy tgh bersabar dlm pencarian batu petir ni smp kn ada kilat menyambar sy pg tgk mana tau ada batu petir kat area tu hahahahaha…
assalamualaikum
saya rahmat dari makassar indonesia, bagaimana dengan batu petir yang berwarna coklat dan mohon dijelaskan gunanya.terima kasih
batu petir saya peningalan kakek yang konon ceritanya di dapat dalam kayu dan sekarang say yang memengangnya.terima kasih
mohon bantuan penjelasan teman2 dan tuan karimon.
wassalam
Terima kasih di atas info yang bermanfaat dari tuan amin..moga kita semua mendapat barokah jua karomah dari khazanah Allah swt berkat izin dariNya jua.. 😉
salam semua….bab batu petir ni dh jenuh saya search dlm internet dn buku…tp yg bnyk dijumpai di luar negara adalah berlainan dgn yg dijumpai di nusantara kita ni, di luar negara, batu ptir dipanggil fulgurite..tp bentuknya seperti tube/straw, tk sprti batu petir yg biasa dijumpai di nusantara ni yg berbentuk solid dn besar, persoalannya adakah batu petir ni ikut kawasan…di asia bentuknya lain..di eropah bentuknya lain…atau adakah batu petir yg kita kenali di negara ini adalah meteor….mintak pandangan…trima kasih
Salam juga kepada saudara Ahmad Zaki,bagus soalan saudara itu,pada mulanya saya pun seperti saudara juga hairan + pelik dengan batu petir ni.Kalau ikutkan akal kilat atau petir hanyalah satu pancaran cahaya yang mempunyai arus elektrik yang boleh mencapai suhu sehingga 2000-2500celcius.Suhu yang begitu tinggi sudah tentu dapat mencairkan sesuatu yang tersentuh dengannnya atau dalam hal ini terkena panahan kilat.Yang terkena panahannya dibumi ini atau tanah atau batu akan cair dan membentuk fulgurite yang terhasil akibat tindak balas suhu yang mencairkan pasir atau tanah atau batu terutamanya yang mengandungi silika.Bagi saya fulgurite adalah by product atau produk yang dihasilkan oleh panahan kilat atau petir itu dan ianya bukan batu petir.Kalau kita kembali pada beberapa hadis dan quran kita akan terjumpa bahawa syaitan akan dipanah kerana cuba mencuri rahsia dilangit dan panahan ini termasuk daripada tahi bintang atau meteor.Saya lebih senang mengistilahkan batu petir sebagai batu meteor atau meteor rock dan mungkin ada juga yang terdiri dari iron meteor yang lebih mengandungi unsur besi dari meteor rock.Maka yang dijumpai oleh kebanyakan orang ialah batu meteor yang kebetulan dijumpai oleh mereka semasa berlakunya kilat dan mungkin juga semasa itu juga ianya sedang memanah iblis dan syaitan,Ini hanya teori saya kerana fenomena begini sukar dijelaskan oleh akal fikiran.Yang peliknya kawasan yang dipanah petir mereka menjumpai batu yang menyerupai batu meteor bukan mirip kepada fulgurite, kalau kawasan yang dipanah petir terdapat fulgurite sudah tentu mereka turut juga menjumpainya.Tetapi semua orang yang mempunyai batu petir yang saya temui memiliki batu petir ciri meteor bukan fulgurite.Entahlah mungkin teman2 yang lain mempunyai teori mereka tersendiri yang dapat membantu.
Bg sy ia terhasil melalui tindak balas cas positif dan negatif yang bertembung diantara langit dan bumi.. bahannya dari bumi(tanah,debu dll) dan langit(jirim habuk/hablur hampagas angkasa, debu tahi bintang, dll). Arang dapur gas pernah lihat? mcm tu lah kejadiannya tapi beribu2 kali ganda kepanasan dan arang nya berganda2 kerasnya. kadangkala panahan petir mengenai batu bukit,lalu terpercik, org lihat,die amik, jadi la batu petir jugak. smemangnya atmosfera bumi,rahmat besar yg mampu menghadirkan pelbagai keajaiban ciptaan Allah swt. Apapun,segalanya adalah diluar batas akal juga.. sekadar teori smata2.
Walaalakum musalam !!! Bagi saya pula,batu petir datang dari dalam tanah,bukan dari langit !!!.Semasa saya kecil,waktu itu musim hujan dan petir kuat !!!.Aku nak cari lembu aku,dari jauh aku lihat kilat yang terang sangat,di ikuti dengan petir yang sangat kuat,tempat aku di panggil petir tunggal !!!.Saya pun terkejut…dari jauh saya nampak di dalam tanah berombak ombak,dan satu cahaya menghentam pokok kelapa,…berjerunyai pokok itu tapi tak tumbang dan berasap !!!.Ibu ku melaung memanggil aku,aku menyahut…dia marah kat aku kerana masa ribut petir,aku keluar rumah !!!.Saya tanya ibu saya,yang saya nampak apa yang berlaku,kata nya itu lah Petir Tunggal,dan kalau kena orang PADAM…Nasib aku memang baik kerana petir memanah dari jauh,kalau dekat…aduhai….ibu ku suroh aku cari Batu Petir dan dapat,berwarna hitam berkilat berbentuk lonjong,sebesar penumbok kita !!!.Menurut ibu ku,batu petir keluar dari dalam tanah jika kawasan itu KERAS kata nya !!!Wallah hu,kata nya memang Malaikat menembak Syaitan….Saya fikir ada lojik juga,batu petir jika di gosok akan mengeluarkan haba,dan kilat mengeluar kan cas letrik sekuat 30 juta mega volt,kekadang lebih…cas di atas akan turun kebumi dan menarik benda benda bersifat logam pengalir !!!.Pernah satu ketika di JB,seorang isteri yang baru kawin,mati di panah petir,beliau waktu itu memakai Rantai Leher Emas besar jari kita !!!rantai nya hancur..cair,dan badan simalang hanggus hitam !!!.Bila kilat,cas di atas akan turun ke bumi…benda pengalir di dalam bumi mencari cas letrik….sebenar nya dalam bumi,banyak sekali menyimpan unsur unsur logam pengalir…bumi pula sebagai tempat simpanan cas letrik.Sebab itu lah segala cas berlebihan akan di hantar ke bumi.Saya ceritakan ini atas pengalaman saya sebagai Ahli Sains pulak….saja jer cerita bab ini,aku pun takut nak keluar masa petir…dah pobia dah….nasib baik umur,Allah swt beri pinjam lagi !!!!.kat tak….innalilalah…ke batu 2 !!!.
Satu pendapat yang bagus dari TS kalau nak katakan kilat itu sesuatu yang padu bukan pancaran cahaya sudah tentu batu petir tu sepanjang kilat atau petir,Jadi teori TS batu petir sebenarnya keluar dari tanah dan bukan dari langit bersama kilat mungkin ada kebenarannya dengan erti kata yang lain batu petir bukan datang bersama kilat atau petir.
Saya pun tak banyak tahu tentang khasiat batu petir ni,Emak aku suroh masukan dalam tempayan beras,kata nya ini petua supaya beras jangan putus…wallah hu….tapi tak der pula ujian yang orang tuju ker atau apa !!!.Zaman dulu dulu,batu petir ni,berlambak…buat sepak sepak jer masa aku kecik kecik !!!.Sekarang pula dah jadi KOMERSIAL….jangan mendatang kan sial sudah,…he..he…he…
rupe2nye batu petir bentuk yg slalu kita jmpe ni mmg tlh digunakan dr zaman dulu kala lg di setiap pelusuk dunia…tp kebanyakan mereka mengatakan bhwa ianya mitos sesuatu puak/kaum…cara penggunaannya lebih kurang same dgn kita…untuk menolak semangat jahat dn sebagainya…tp tk diberitahu pulak dr species meteor ape…sya tengok gambar meteor tektite yg bulat…dh macm badar besi je…berikut adalah link untuk bacaan selanjutnya:
http://www.jjkent.com/articles/history-myths-thunder-stones.htm
Textite itu sendirinya para saintis sendiri pening kepala nak uraikan yang dikemukakan kebanyakannya ada teori sematamata.Berapa banyak lah pula orang kita secara individu memiliki pengerahuan tentang batu petir ni terutamanya kalau nak dinilaikan dari sudut saintifik.Kalau tak silap saya saudara waliqudus dulu pernah memiliki batu petir yang mempunyai tarika magnet yang berkemungkinan kandungan batu petir itu mempunyai unsur logam yang banyak.Benar saudara Zaki kepercayaan tentang batu petir ini bukan hanya terbatas pada kaum Melayu atau ditimur sahaja bahkan bangsa serta kaum lain juga turut mempercayainya.Kadang2 kita ni cepat sangat melenting apabila mendengar sesuatu cerita yang kita rasa tak boleh diterima oleh akal maka kita akan katakan ianya adalah cerita mitos tetapi bagi para pengkaji mereka suka mengkaji sama ada mitos itu ada kebenarannya atau pun tidak.
salam,
dulu2 masa kecik2 pernah gak tengok kesan panahan kilat,
dan memang ada dua jenis panahan iaitu dipanggil litar batu/api dan litar air.
litar batu coraknya lebih menumpu kesan pada tempat panahan dan litar air lebih mencapah.
dan kata orang2 tua litar batu/api boleh dijumpai batunya manakala litar air jarang skali kedapatan batu nya.
MANA NK CARI MENDE NI???
di namaku ada 🙂 clik
Salam perkenalan..kepada anda pengemar batu meteor..silakan layari website kami : http://www.meteorgallery.com.Kepada anda yang pernah atau akan berkunjung ke Negeri Kedah, silalah singgah di Meteor Gallery kami yang terletak di The Carnival Water Theme Park, Jln. Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah.Koleksi terbesar batu meteor yang terdapat di galeri kami adalah seberat 476kg. berasal dari Argentina..Sila hubungi no. hp berikut utk maklumat lanjut : 013-4221656 (Nor Bahiran) atau 012-2195898 (Dato’ JJ)
aku pn ade batu petir yg dah di jadikan cincin..cincin ni aku dapat dari ayah aku…dia pn dapat dari seorang teman.katanya batu ni berasal dari tanah yang di genggam oleh malaikat untuk dibaling pada syaitan bersama petir..tanah yg di genggam telah bertukar menjadi batu yang sgt keras sehingga tidak dapat di cairkan oleh haba yang terhasil dari kilat..klu nk tau cuba la panaskan batu tersebut dengan suhu yg sama di hasilkan oleh petir..jika hancur..mngkin itu bkn batu asli..ataupn cerita yang aku dapat ni x betul..WallaHualam
salam pada rakan2…seronok rase dpt baca tentang pengalaman saudara2 semua..saya juga mempunyai pengalaman apabila memakai batu petir..apa yang diceritakan oleh saudara amin ada benarnya sbb saya mengalaminya..banyak persoalan telah terjawab…pada saudara amin..dan tak lupa pada saudara2 yang lain..tak lupa juga..pada saudara2 yang berminat ingin memiliki batu petir atau ingin bekerjasama dgn saya dan abg angkat saya,saudara2 yang mempunyai batu petir yang nak dicanai saya dan abg angkat boleh membantu saudara2..semua.pada saudara2 yang ingin memiliki batu petir sila bawa bingkai..yang petak,bulat,loket, harga bingkai carilah yang murah atau yang nak mahal terpulanglah pada saudara2 semua.bingkai stainless steel,tembaga,perak,suasa.emas x boleh.pada yang berminat boleh email dan boleh membuat temu janji.alamat email..arerull31@yahoo.com apa sahaja yang ada dilangit dan dibumi semua haknya dan kehendaknya..allah itu maha kaya..maha pengasih maha penyayang lagi maha mengetahui..pada umat2nya.(setiap manusia)..allah ciptakan batu..dia berikan manusia akal fikiran…terpulang pada manusia itu sendiri jika mahu mengkaji..memikirkan..dan ingin mengetahui.isi kandungnya.diharap sesiapa yang memilikinya janganlah kita takabur dan syirik..banyak pengalaman yang saya alami..yang sukar saya ceritakan..disini..kerana saya rasakan kurang sesuai…pada saudara2 sekalian tahniah buat saudara karimon..terima kasih dgn topix anda..salam buat saudara2 semua.jikalau ada salah dan silap saya seribu kemaafan…wallahualam.
Batu petir la ni banyak sungguh orang dok nak cari,yang kesiannya ada yang terkena batu sungai,jadi hang pa semua kena hati2 bila nak beli dan rujuk dulu pada mereka yang pakar.terdapat 3 jenis mungkin lebih batu petir ni,jangan plak asalkan hitam hang pa anggap itu batu petir,silap hari bulan hang pa kena batu sungai gombak.
kalu x silap. peluru,belayung,belerang,kalu tersilap minta teguran..kalu ada lg yang tertinggal alhamdulilah dpt dikongsikan sekadar ilmu pengetahuan.
batu lintar jika di pakai kena dgn cara pnggunaan ia dapat menahan segala serangan dan seseorang boleh menjadi kebal ……. tapi kita kena ingat setiap kejadian adalah kehendak ALLAH swt. jadi beriman lah kepada ALLAH swt…
assllm, saya berkesan dengan cerita tentang batu petir,memang semua mukjizat itu allah yg menentukan,hanya pemakai batu petir
yg harus membawakan diri dengan syariat agama,insyallah semua itu kehendak nya.saya tergama dengan kata2 tentang batu petir bahwa orang yang memakai pasti ada merasakan sesuatu dan pada yang pemakai batu petir iya pasti di datangakn suatu mimpi yang pemakai batu pertir harus di ingat2 itu isyallah pertanda saudara akan di beri suatu hidayah yang di gunakan dalam jalan kebenaran
,sifat batu petir,,,batu petir ini kalau sesuai pada pemakai di akan suatu ada tanda reflek berhadapan dengan sesiapa yang hidup dalam alam ini.saya perna mengalami memakai batu petir sampai sekarang ini dan batu petir yang saya pakai warna hitam saya pakai di buat cicin.batu petir di buat cicin warna nya hitam mengkilat,itu pun di asah dengan suatu cara yang paham mengasah batu petir tersebut.segala sesuatu itu memang kehendak allah taala yang memberi manfaat buat kita gunakan dengan cara jalan tauhid.saya pernah di datangi suatu mimpi tentang batu petir yang sampai sekarang ini saya pakai.suatu malam saya lagi duduk di atas kursi goyang maklum lah di rumah kampung tempat nya memang sunyi di kaki gunung, di depan teras waktu itu malam sangat sunyi saya lagi duduk sendirian di teras rumah,cahaya lampu tidak begitu nyaman bagi saya di karenakan rumah panggung yang saya tingal pakai lampu obor.saya duduk memandang kedapan sambilan menatap sesuatu yang datang dari kejahuan dan saya menatap nya dari kejahuan siapa yang datang bertamu kerumah saya tengah malam dan itu pun sudah terlalu dekat saya melihat dengan jelas orang pakai baju jubah putih berjenggot dua orang yang datang sambil mengucapkan sesuatu tali persaudaraan,orang jubah putih berjenggot ini menyampaikan salam kepada saya asallmualaikum?,dan saya menjawab walaeikum sallam.kedua tamu yang datang orang pakai jubah putih berjenggot membawak batu warna merah dan warna hijau itu pun satu orang satu batu yang dilmilki orang jubah putih berjenggot,dia langsung melihat saya tidak ada berbicara tentang yang lain, orang jubah putih berjenggot menatap batu petir saya yang saya pakai di jar, lalu di bukak nya di jari saya yg sedang saya pakai dan di bukak nya pulak batu cicin berwarna merah yang dia pakai di jari nya, lalu orang jubah putih berjenggot melagakan batu petir saya dan batu cicin nya berwarna merah dengan cara di lengket kan dan tak beberapa lama batu cicin orang jubah putih berjenggot pecah belebur dan saya pun jadi kaget tak perna saya duga dan juga tak perna saya alami baru lah ini,dan datang lagi ke 2 orang tua berjubah putih berjenggot lalu mengambil batu petir saya untuk di lagakan nya pulak dengan batu cicin yang di pakai nya warna hijau,itu dengan cara seperti orang tua jubah putih berjenggot yg pertama,batu cicin orang tua jubah putih berjenggot yang ke dua pun pecah lebur,dan orang tua jubah putih berjenggot pun menjadi heran begitu juga dengan saya, bersamaan menatap saya dengan tatap yg sangat memberi senyuman yang tak perna saya hilangkan sampai sekarang ini dan batu petir saya di kembalikan nya lagi,lalu orang tua jubah putih berjenggot menyampaikan salam kepada saya,orang tua jubah putih berjenggot mengucapkan asallam mualaeikum dan saya menjawab nya walaikumsallm,lalu dia pergi dalam kesunyian malam gelam gulita.sampai sekarang batu petir yang saya pakai di jari, memancarkan suatu gaya tarik kan yang saya rasakan di jari tempat batu cicin yang saya pasang di kadang jari saya berat dan berdeyut macam tarikan suatu magnet memang pegal saya rasakan tapi saya insyallah sudah biasa kerana batu petir yang saya pakai sudah begitu lama di kadang kala pernah saya lupa memakai nya dan seperti nya batu prtir ini ada merberi suatu petanda bahwa batu petir yg
saya pakai mengingat kan nya kembali agar di sarungkan lagi ke jari saya,itu pun sering saya alami di karenakan batu petir yang saya punya memang serasi dengan pebawakan siapa2 saja yg memakai batu petir.allah taala meciptakan sesuatu zat yg ada power bernilai seni alam bagi yang pemakai batu petir,sesuatu benda hidup,benda mati itu hanya allah taala yg berkehendak karena semua adallah ciptaan nya.terima kasih sahabat2 yg memiliki batu petir kita harus serasi dan memiliki sifat sabar dan tolong menolong sesama karena kita hidup ini sementara ilmu yg kita miliki seharus nya di bagi2 kan kepada orang yang bisa membawakan atau dalam diri manusia yg bertuah. wasslllm…….
assalamulaikum..saya bersyukur dapat berkongsi dgn sahabat-sahbat semua dlm blog ni..saya bebaru ni ada membeli batu meteor utk di buat cincin…sy pernah mengujinya sebelum membeli dan tanpa asas ilmu yg kuat saya beli juga..cuma persoalan yg saya nak tanya sahabat semua adakah batu meteor juga diklasifikasikan juga sbg batu lintar atau batu petir?kedua batu saya bewarna hijau hitam berceloreng ..adakah ia dianggap batu meteor..tp ujian powernya sudah di rasai sikit..saya rasa lengoh di tapak tgn dan pinggang.. minta jawapan dari sahabat semua yg arif
batu_ anugerah =jawapan:mula mula memang begitu..kalu saudara boley bersabar ..insyaallah..lama kelamaan keadaan pulih seperti sediakala..atau boley rujuk dgn cerita..dr saudara amin dan rakan rakan yg lain..
Trima kasih saudara-saudaraku ternyata batu petir ada gunanya ya, saya koleksi dari yang dibuat cincin sampai yang masih utuh, bisa dilihat di fb saya, tri ya kawan kawan.
Trima kasih saudara-saudaraku ternyata batu petir ada gunanya, saya koleksi dari tahun 1993 sampai sekarang tapi tidak tahu gunanya, bisa dilihat di fb saya.
Sy punya batu petir sebesar kampak. Yg berminat hubungi email sy. samsul_umar11@yahoo.com
kalau batu 2 simpan jew dlm poket….xbuat cincin….ape pula khasiatnye…….tlng bg jwapan tuan karimon
Batu Petir ? diantara batu petir yang dijumpai berupa seperti beliong adalah mungkin ianya senjata kuno zaman dahulu.Bukan semua batu petir itu hangit kerana ianya juga bergantung pada struktur komposisi batu petir itu,itu sebabnya terdapat pelbagai warna yang didakwa sebagai batu petir.Untuk mengetahui khasiat batu petir rasanya banyak yang telah diberikan oleh beberapa penginjung diblog ini.Jika ianya benar2 batu petir kalau dismpan didalam poket sekalipun khasiatnya tetap utuh seperti mana yang didakwa oleh kebanyakan orang.
tp hairanye bila digosok di kertas pasir xda pula bau hangit….
terima kasih byk2 atas apa yg tuan karimon bg tahu…….sye cume nk tahu lbh lanjut tentang batu petir….
salam en karimon saya nak tanye satu soalan ade ke cara untuk menjaga batu petir?? sbb saya terbaca perlu direndam setiap malam jumaat.. saya mewarisi batu petir milik pakcik saya..
Salam saudara ponorogo,ada berbagai cara untuk menjaga batu petir yang diamalkan oleh orang2 tertentu.Secara merendam didalam air juga salah satu kaedah iaitu kononnya untuk meredamkan kepanasan batu petir itu.Bergantung kepada sesuatu tujuan batu petir ada juga dibungkus dengan kain hitam,kuning dan putih,ini dilakukan sebagai simbolik kepada tujuan batu petir itu digunakan.Sama ada ianya untuk perubatan atau sebagai salah satu senjata.
Assalamualaikum tuan karimon yang dihormati dengan iringan doa moga tuan sentiasa dirahmati Allah swt…
Tuan karimon, izinkan saya bertanya ya tuan…sebagaimana yang kita biasa lihat dan jumpai batu petir nih ada yang bewarna hitam, kelabu, dan putih…bagaimana pula dengan batu petir yang bewarna hijau tuan?..bagaimana pula untuk kita mengetahui samada batu petir itu adalah batu petir?…adakah terdapat beberapa kaedah serta tahap pengujian untuk kita mengetahui ianya batu petir yang ori tuan?..terima kasih 😉
Waalikumusalam Osmo,kini terdapat pelbagai jenis batu petir dalam aneka warna.mungkin saja yang berwarna hijau itu ada.Saya sendiri kadang kala keliru juga tentang warna batu petir ini,untuk menguji sama ada ianya batu petir atau pun tidak ada beberapa kaedah yang pernah diterangkan didalam blog ini dan yang terbaru ialah meletakkan batu petir itu ditepi pipi kita diantara penyambung tulang pipi.Kalau terasa sengal atau kebas maka ianya dikatakan batu petir.Sama ada kaedah ini boleh diguna pakai bagi mengesahkan ketulenan batu petir itu hendaklah saudara mencubanya,tidak salah mencuba untuk mengetahui apakah hasil dari ujian itu.Dulu saya ada batu petir yang berwarna hitam sebesar satu ruas jari kelinking.Kawan saya memegangnya dan terus beliau mahu saya maharkannya,oleh kerana kesungguhannya mahu memiliki batu petir itu maka saya maharkan padanya.Saya tanya apakah yang kamu rasa semasa memegangnya,jawapannya panas.Saya mencuba memegangnya dan tepat sekali memang terasa panas,bukan panas hawa tangan kita tetapi panas yang terbit dari batu petir itu.Apakah ini juga salah satu dari ujian terhadap batu petir ? sama2lah kita mencuba pelbagai kaedah bentuk ujian itu.
Terima kasih di atas pencerapannya tuan karimon, insyaAllah..saya akan mencubanya tuan… 😉
salam, sy ingin bertanya tuan… sy mempunyai sedikit sebanyak batu permata atau besi, tuan boleh lihat melalui ni.. http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=4678998756348241262#editor/target=post;postID=5073064258664816702
1)yg kuning segi empat besi dan lekat pada magnet(adakah besi kuning sari?)
2) cincin permata itam juga besi tp tdk lekat magnet(bile dekatkan pd magnet ia akan berputar)
3)cincin segi empat panjang yg hitam tidak lekat magnet manakala yg hijau kekuningan itu lekat pd magnet(batu apekah itu?)
4) yg besar tu batu apa??
blh tolong bagitau batu permata ape semua nie, sy dapat dari abg sy…tq
maaf,,cuba yang ini
http://rahsiatersimpan.blogspot.com/2012/05/batu-dan-besi.html
1)yg kuning segi empat besi dan lekat pada magnet(adakah besi kuning sari?)
2) cincin permata itam juga besi tp tdk lekat magnet(bile dekatkan pd magnet ia akan berputar)
3)cincin segi empat panjang yg hitam tidak lekat magnet manakala yg hijau kekuningan itu lekat pd magnet(batu apekah itu?)
4) yg besar tu batu apa??
blh tolong bagitau batu permata ape semua nie, sy dapat dari abg sy…tq
Salam saudara ashraff,
1.Kalau kuning sari biasanya tak melekat pada magnet tetapi bukan mustahil juga boleh melekat jika padanya banyak kandungan besi(ferum)
2.Dari sudut sains apabila sesuatu tempat yang mempunyai polar yang bersamaan ianya akan membias iaitu bertindak balas dengan cara seperti yang saudara nyatakan,ada juga batu jenis hitam yang menyerupai hematite iaitu magnesteen.
3.Warna yang terdapat pada sesuatu besi atau batu adalah disebabkan oleh bahan kimia atau mineral yang terjadi semasa pembentukan batu tersebut.Kalau kita lihat permata yang digelar batu badar atau badar besi ianya terdapat didalam pelbagai jenis warna.Batu yang besar itu saya tidak dapat melihat didalam blog saudara.
salam, saya mempunyai cincin batu petir. bila sya memakainya kulit pada jari yang pakai tu melecur. memang begitukah sifat batu petir?
Salam anuar bukan semua sifat batu petir begitu.
panas jugak batu petir tuan anuar yer… 😉
tuan buka link ni
http://rahsiatersimpan.blogspot.com/2012/05/blog-post.html
Benda yang besar itu rupanya seperti besi leleh atau lek lai
salam tuan, ini pula batu apa?
http://rahsiatersimpan.blogspot.com/2012/05/blog-post_15.html
bila baca komen2 tentang batu permata, ramai sgt org yg menjaga pantang larang batu2 permata ni, orang yg bg batu2 ni kat saya xde ckp plak ade pantang larangnya… yg dia bgtahu untuk perhiasan je…
Salam untuk saudara juga,yang digambar itu jenis lek lai atau batu leleh juga tapi dari jenis yang lain.Kalau sekadar batu biasa tak perlulah dijaga sangat pantang larangnya.cuma kalau batu itu dari jenis yang teristimewa mungkin juga perlu dijaga tapi terpulang pada diri masing,asalkan jangan berlebihan sudahlah.Ada juga pantang larang yang khusus untuk batu permata tetapi bukanlah yang ada kaitan dengan mistiknya.Ada yang mencuci batu permatanya mengunakan air beras,rendaman air garam.disapu dengan minyak tertentu dan pelbagai cara.Tujuannya untuk menjaga seri pada batu permata tersebut.
terima kasih tuan karimon,sebelum ni sy xtau ape2 pun pasal ni…org bg sy ambil je,xpun sy mintak… sy ade batu petir warna hitam cmpur2 besi,ade tompok2 kuning, lebih kurang batu yg besar tu la tp yg ni hitam gelap..ade yg rapuh ade yg betul2 batu hitam… mcm mana sy nak tahu samada ianya asli? nanti sy bg gambar….
salam tuan karimon, ini link gambar batu petir..
http://rahsiatersimpan.blogspot.com/2012/05/batu-petir.html
betul ke ni batu petir.?. org yg bg batu ni ckp ni batu petir…
satu lg tuan karimon, sy musykil la pasal nie,jika ape yg ditulis kat mane2 blog pasal batu petir nie ade pantang larangnya seperti xleh bwak ke tandas,,, tp pakcik yg bg kat sy ckp boleh…sy penah tya dia dsebbkan ape yg sy baca kat blog xleh bwak ke tandas… dia tanya sy, kat batu tu ade kalimah Allah ke?
sy ckp xde… jwabnya, dah tu ? nie yg sy musykil ntah yg mane satu betul….
Tentang gambar yang terdapat itu bagi saya ianya bukan batu petir ianya masih dikira besi leleh atau lek lai.Sebenarnya lek lai atau besi leleh terdapat dalam berbagai jenis dan begitu juga batu petir.Apa yang Pakcik itu cakap adalah betul cuma sesetangah orang tak galakkan bawa ke tandas adalah disebabkan tandas energi atau auranya adalah bersifat negatif.
Assalamualaikum…
Tuan Karimon, Saya ingin bertanya bolehkah perempuan memiliki dan memakai batu petir? Terasa teringin mendapatkannya bila membaca akan kelebihan batu petir. Bolehkah saya memilikinya…
Wasalam
Salam Sejahtera Puan Jane Yang Dirahmati Allah…
Boleh Memilikinya….Wak tak Kesah…
Salam Wak…Besi Tukul Thor nak buat mata cincin mana????
Salam…
Terima kasih Tuan Waliqudus atas maklumat tersebut…
Tapi saya tak berapa faham maksud Tuan memilikinya utk koleksi saja atau boleh dibuatkan loket utk dipakai…
Wasalam…
Salam Sejahtera Sofajane yang dirahmati Allah..
Boleh dipakai dalam bentuk loket atau cincin..tiada kesalahan..
Assalamualaikum tuan karimon, tuan waliqudus yang dihormati dan para sahabat2 moga dirahmati Allah swt, amin…
perhhhhh Besi Tukul Thor….perhhhh power tuh tuan waliqudus..kalau ado ambo mau jugok sikit pun jadilah..heheheheh 😉
rasonya idok ada masalah jika sofajane ingin memakainya…kerna isteri saya juga memakai batu petir… 😉
Assalamualaikum…
Terima kasih Tuan Osmo atas maklumat yang diberi… Jika Tuan sudi berkongsi pengalaman apa isteri Tuan rasa selepas memakai batu petir tersebut.
Sekian. Wasalam
assalamualaikum..
sy nk tanya …ni besi ape?
http://rahsiatersimpan.blogspot.com/2012/05/besi.html
x lekat pada magnet
Salam Sejahtera Saudara Karazt yang dirahmati Allah…
Kalau besi, Bertindak balas dengan Magnet…Kalau batu tu nampak macam besi..dipanggil batu besi…tapi apa yang dilihat, ianya lebih merujuk kepada Batu Lek lai. Lek Lai ada banyak jenis..yang paling popular…dipanggil Hematite..tapi hematite ada kontent besi…
Selamat Mencuci Karat pada Batu tersebut…gerenti nampak comei..
Waalaikumsalam,tetap besi leleh atau lek lai
byk nye jenis batu leleh… bentuk punya la byk tp jenis nye tetap same leleh..
maknenye semua ni batu besi leleh?
http://rahsiatersimpan.blogspot.com/2012/05/batu-besi.html
saya punya batu petir yg saya dapat dari sesepuh desa saya bentuk nya seperti kapak dan warna nya hijau tua batu petir yg saya miliki ini kalau di pegang terasa dingin banget apa bila di letakkan diatas korek gas maka korek gas nya itu akan terasa dingin sperti korek gas nya bocor
ASSALAMUALAIKUM :)..Mak aku cakap kalau kita nak tengok batu petir ni ori atau x kita tengok pada teras batu petir ni jika ada lingkaran warna putih dalam teras batu ni ialah batu petir ori betul ke??Dan aku ada jugak cuba testing batu petir ni pakai benang dan rambut lepas tu aku ikan kan pada batu petir ni dan bakar kan mengunakan petik api tapi yang aku lihat memang tak berkesan api membakar rambut dan benang yang aku test ni…SOALAN AKU batu petir yang aku simpan ni ori atau tidak??compuse ni -.-
bagaimana dengan soalan saya diatas??masih tidak terjawab 🙂
Salam untuk semua..sekadar berkongsi pendapat tentang batu petir…Menurut kakek saya batu petir ada 7 jenis..yang terbaik tidak akan pernah jatuh ke bumi..kalau ada yang bisa mendapatkanya hanyalah menerusi tapa brata…setiap jenis memiliki ciri2 tertentu and cara mengujinya cukup mudah..ambil logam seperti suasa, goreskan kebatu petir tersebut…goresan suasa tersebut akan melekat pada batu petir tersebut dan ianya tidak akan hilang walaupun digosok dgn kain atau tangan..setelah beberapa hari goresan itu akan hilang dengan sendirinya..Tentang penjagaannya ada yang dibacakan dengan ayat2 suci al-quran dan direndamkan kedalam air bunga melati atau air teh mengikut jenisnya untuk meredakan sifat2 panas yang ada dibatu tersebut..Batu petir yang baik akan terasa pahit kalau dirasa dengan lidah kita…Sekian serba sedikit pengetahuan yang saya miliki dan mohon kemaafan jika ada kesalahan dalam penjelasan tersebut.
Salam untuk Adiputra,terima kaseh diatas maklumat yang diberikan,bolehkah saudara berkongsi dengan kami jenis2 7 batu petir itu dan setiap satunya mungkin mempunyai fadilat atau khasiat yang khusus.
W’kum salam tuan karimon…kita sebagai insan kecil sememangnya punya cetek pengetahuan tentang kejadian tuhan…banyak lagi rashia tentang batu petir yang tidak kita ketahui…Baiklah..sepanjang yang saya tahu batu petir kelas pertama berwarna hitam dan akan bertukar warna menjadi berkilat, seperti warna kulit kumbang apabila terkena sinar matahari ianya seperti mengeluarkan minyak dipermukaannya tapi apabila keadaan cuaca menjadi sejuk contohnya apabila hujan, warna batu tu akan bertukar menjadi pudar, seperti warna arang, tidak berkilat, sejuk dan rasanya pahit. Batu seperti ini kata kakekku tidak akan pernah jatuh ketanah atau ke bumi…kalau ada pun mungkin terlekat di pohon apabila petir menyambar…jadi untuk mendapatkannya sulit sekali bisa dengan semedi dan memohon petunjuk dari Yang Maha Kuasa. Tentang kegunaannya banyak sekali…ianya adalah Pedinding Diri kelas atas, ditakuti jin dan syaitan dan barangsiapa yang terkena pukulan sipemilik batu ini, jika lawannya mempunyai ilmu aliran hitam atau sejenisnya maka dengan izin Allah semuanya akan musnah keluar dari tubuh mereka..cara penjagaannya seperti yang saya sebutkan diatas, Untuk jenis-jenis seterusnya ada yang berwarna kehijauan, kekuningan dan mungkin juga putih..dan saya percaya khasiat and cara penjagaannya agak sama cuma tahap kekuatannya berbeda. Perlu diingati hanya batu petir yang bisa meninggalkan bekas goresan logam-logam lain di permukannya. Selain itu hanya Allah yang maha mengetahuinya.
Ribuan terima kaseh untuk saudara adiputra di atas maklumat yang disampaikan dan saya akui ada diantara maklumat itu adalah baru saya ketahui.
saya ade batu petir warisan tok, bagi yang berminat bisa call saya, batu petir itu sudah lama sangat rencananya nak saye jual je, uangnya buat bayar hutang. Bagi siapa yang berminat bisa hubungi saya di 0819891289, atau bisa lihat langsung ketempat saya di TANJUNG BALAI KARIMUN /INDONESIA
WASSALAM, TERIMA KASIH
Salam saudara semua. Indah ciptaan Allah. Batu petir yg ada pada sya, ada 2 ketul. Saya dapat dr seorg sahabat dr JB, ditukar dgn Mani Gajah milik saya. Apa yg menariknya, salah satu tu sebijik mcm batu sungai, warna pn sama rupa pun sama. mmg org tgk pun x terniat la nk ambik. tetapi boleh tarik magnet. subhanallah. Katanya ini Batu Petir Pasir. Wallahualam. 1st time saya dgr batu Petir Pasir. Slalu kita dgr Batu Petir Api @ Air .Yg pasti, khasiatnya, subhanallah saya letak kt kpala masa pening, hilang terus pening. Sesiapa yg berminat utk dapatkan batu petir asli (mcm2 jenis) dalam bentuk raw @ besar blom d canai, sila lah ke blog saudara Peridin dr JB, http://perigemindpower.blogspot.com/
Beliau adalah pengumpul batu petir berasal dr Sabah yg kini menetap d JB, menggunakan keupayaan Kuasa Minda tanpa penglibatan Pihak Pihak Jin Ataupun Syaitan di dalam urusan beliau.
hampir terlupa. seorg hamba Allah pernah memberitahu sy bagaimana untuk uji keaslian btu petri ni. Sama mcm saudara adiputra terangkan. cara pengujiannya ialah gores batu petir tersebut dgn emas @ perak. Goresan dr 2 medium tersebut akan melekat & tidak akan tanggal, berbeza jika kita gunakan besi atau bahan2 lain yg pasti akan hilang jika dilap @ d gosok.
trima kasih saudara adim,krn mwar2kn blog sy.dh byk kali sy gunakn tuk prubatn insyallah mujarab.ada 2bji lg pd sy adikbradik btu petir pasir spt btu yg dbeli saudara adim.
batu petir putih dn merah kcoklatn masih dlm simpanan.siapa yg nak bole nego…tuan
sila lah dtg ke blog sy.byk gak jenis-jenis batu petir ni.batupetir.mywapblog.com
Batu petir dan batu lintar adalah berbeza. Batu petir ia berwarna putih dan agak besar saiznya. Batu lintar berwarna litam pekat dan seperti gambar yang dipaparkan. Saiznya pula adalah lebih kecil. Sekiranya yang asli ia dijumpai mesti terbelah dua dan di dalamnya ada seolah sebutir peluru tapi saiznya kecil kira-kira 2 cm panjangnya, berwarna kuning berkilauan dan dipercayai sejenis logam emas. Bapak saya ada batu lintar itu. Sayapun tak tau dari mana dia dapat, yang saya tahu batu lintar ini dijumpai di padang pasir. Dia kata banyak khasiatnya. Batu ini sangat keras sehinggakan tidak mampu dipotong menggunakan mesin pemotong, tetapi bapak saya mampu memotongnya dengan mudah seolah2 sedang memotong ketulan tanah liat yang masih basah. Sayapun tak tau ayat apa yang dia guna. Batu ini dipotong kecil2 lalu dijadikan batu cincin dan diberikan kpd semua anak2nya. Cuma satu pesan bapak…..JANGAN TAKABBUR…DAN JANGAN SYIRIK…Saya tanya khasiat lain….bapak hanya tersenyum tanpa menjawab pertanyaan saya….sehingga sekarang saya masih pakai cincin batu lintar itu….
salam saudara..baiklah.. bapak anda hebat…
asalamulaikum kepada semua pengunjung blog ini.terutama tuan karimon.saya juga memiliki yg di katakan batu petir ini.1 berbentuk seperti taring kira2 pnjng 2 inci brwrna hitam.dn satu lagi berbentuk seperti mata kapak berwarna hitam juga dn ianya brlubang sdikit dn di dlm lubang itu berwrna putih.mgikut cerita dri arwah ayah saya dulu,kedua batu ini di jumpai serentak oleh ayah saya dlm sepohon kayu durian yg di panah petir.saya juga tdk brapa mdgr lgi cerita lanjut tentng batu petir ini dri arwah saya ketika itu krna masa itu saya masih lg remaja.tetapi sya pernah mlihat ayah saya mengubati org mgunakan batu petir ini dgn merendamkan batu ini dlm air dn memandiknnya.dgn sedikit ayat yg saya kurang pasti..sekarang saya sudah pun hmpir 4thun mewarisi batu petir ini.saya jahitkan kedua2nya dlm satu kain berbentuk tali pinggang.dn kadang2 saya pakai jugak dgn mgikat di piinggang.tapi sejujurnya setakat ini saya belum merasakan apa2 yg aneh atau kelainan yg ada pda batu ini.mgkin saya belum dpt mdalaminya lg.jauh dri sudut hati saya,saya juga merasakan batu ini adalah batu petir yg ori,kerna ia di dapatkan oleh ayah saya sendiri.seandainya ada sesiapa di blog ini yg lebih arif tentang ini,juga untuk tuan karimon,saya benar2 bermohon agar tuan2 yg arif lagi tentang batu ini dpt mengesahkan batu ini yang tulin atau ia adalah batu lain dgn menatap gambarnya yang akan saya simpan di email saya nanti..dgn pertanyaan adakah yg arif tentang ketulinan batu petir ini sudi menolong menghuraikan ketidak pastiaan saya pada batu petir yang saya miliki ini?wasallam semoga kita semua beroleh rahmat dri nya..aminn..
Aku ada 4 bradik.Abah aku ada simpan dan sudah mewariskan ‘4 jenis brg2 istimewa’ kpd semua anak2nya.Aku yg sulung dpt batu litar.adik yg ke-2 dpt parang besi waja,adik yg ke-3 dpt teras kayu dan yg bongsu dpt sepasang kayu tas.Aku cuma nak kongsi pengalaman memakai batu litar.Mula2 pakai tu aku rasa lain macam.Panas.Jd pemarah.Kalau buat2 pukul kawan (walaupun niat bgurau)pasti tinggal kesan 5 jari/lebam di kulit.Hampir2 gadoh arrr..Pastu kelebihan dia-Aku rasa confident drpd biasa.Aku dpt bckp di mikrofon dpn ramai.Kalau ada sesaper yg ada niat x baik pd aku,aku rasa mcm dpt signal.Ni aku taknak riak la.Yg paling best dlm 2-3 thn ni aku dpt baca fikiran orang.Konon2 psikik kot.(Tapi aku rahsiakan drpd pengetahuan sesiapa).Kena jaga aib dia.KEKADANG,aku akan rasa ‘kehilangan’ kalau tertinggal batu litar aku di rumah.Seumpama kekasih yg merindui kekasih hatinya.Ada 1 hari tu aku sanggop buat U-Turn di slekoh tajam semata2 utk mengambil batu itu!!!Cuba bayangkan!Bukan kerana terlalu taksub cuma aku terlalu sayangkan hadiah pemberian abah kesayangan.Cuma skang yg x brapa dpt dihandle ialah panas baran aku.Abah pesan baca surah Al-Fatihah utk meredakan kepanasan itu.Jangan riak/takbur.Jgn mensyirikkan Allah s.w.t. Jgn buat jahat kat org nanti memakan diri.Yang paling penting skali,jaga solat 5 waktu.Bersyukur dgn apa yg ‘dihadiahkan’ Allah kpd kami 4 bradik.
Salam sahabat, sekadar berkongsi pengalaman. batu petir saya tak ada, tapi batu tahi bintang/meteor saya ada, dan batu tahi bintang itu saya beli dalam bentuk siap dicanai dan diikat jadi sebentuk cincin. Cuma apabila memakai batu itu badan saya menjadi panas serta merta selama 1 hari 1 malam. Bila tiba waktu malam saya terpaksa minum banyak air masak. selama tiga hari saya sendawa dan buang angin. lazimnya waktu malam paling teruk. Alhamdulillah sekarang badan saya dah ringan, dan hati saya dah tenteram. gerak rasa saya juga semakin peka… tak jumpa batu petir, batu tahi bintang pun jadilah…
Salam.
Sebelum itu saya mohon izin berkongsi idea dan pengalaman tentang batu petir.Batu petir adalah senjata yang digunakan oleh malaikat untuk merejam makhluk yang ingkar dan buat onar.
1.Batu petir ada 2 warna iaitu hitam (gelap berkilat) dan putih. Hitam itu bermakna batu itu telah berjaya mengenai sasaran yang direjam oleh malaikat. Manakala yang putih itu tak sempat mengenai sasaran. Kedua2 batu ini mempunyai kelebihan sendiri.
2.Malaikat yang melontar / merejam menggunakan batu tersebut mengamalkan zikir tertentu. Zikir tersebut merupakan kunci pada keajaiban batu tersebut.Oleh itu,pemilik batu tersebut perlu tahu dan mengamalkan zikirnya supaya keajaiban pada batu tersebut terus kekal malah bertambah.Di samping itu,zikir tersebut akan mengubah persepsi pemilik supaya tidak tersalah tanggapan terhadap batu tersebut.Batu petir tidak memiliki apa2 kekuatan melainkan dengan izin Allah.
Zikir itu membentuk jiwa pemilik ke arah penggantungan kepada Allah semata-mata.
3. Menurut pengalaman saya,banyak kelebihannya batu petir yang dikurniakan Allah. Antaranya,pergerakan pantas dan pernah berlaku pemegang batu petir berjalan di atas air . Ada juga kejadian pemilik berlari di atas rimbunan rumput atau semak. Ianya juga teruji berguna untuk pergerakan luar biasa seperti melompat dari tempat yang tinggi. Ia juga senjata fakir yang semula jadi (hati2 dengannya,jangan salah guna).
4. Pernah pertukaran milik satu batu petir diiringi oleh hujan lebat,angin kencang dan petir luar biasa. Terlihat juga satu lembaga hitam kelihatan lari semasa batu petir masuk ke ruang rumah. Semasa masuk ke halaman rumah,ada satu pokok rambutan yang condong di kawasan orang lain menghalang laluan masuk pemilik baru batu petir tetiba patah.Mahu tidak mahu penanam pokok tersebut akur dengan kejadian kerana sebelum itu pemilik batu petir tersebut sudah minta izin untuk menebangnya tapi tak dibenarkan.
Kepada mereka yang memilik batu petir saya cadangkan agar selalu mensyukurinya.Bukan mudah untuk mendapatkannya. Amalkan zikirnya. Biasanya,zikir tersebut diajarkan kepada kita melalui cara ghaib setelah mendapat batu petir tersebut. Allahu alam..
salam, boleh kongsi amalan zikir untuk bangkitkan keajaiban batu petir tu?
email saya : azari84@yahoo.com
bisa di sebutkan zikir x ,,,?
Saya mau nanya , saya punya batu cincin bewarna hitam ada goresan seperti perak, apakah itu batu petir yah ?
Salam persaudaraan. Ada tanda2 keaslian batu petir ni. Pertama,jika ada org berniat tidak baik kepada kita maka ribut dan petir akan ada tetiba saja. Kedua,pergerakan pemiliknya sangat cepat. ketiga,org yang berniat tidak baik kepada kita akan dapat hasilnya berdasarkan niatnya. ke 4, semasa proses tukar milik pasti ada petir atau ribut luar biasa. Ke 5,pemilik batu petir klu kempunan minta ternakan seseorang maka ternakan itu tidak akan lama. Ke 6,akan datang petunjuk kepada kita dan Insya Allah akan diberi amalan zikirnya (bergantung kepada keberuntungan individu). dan banyak lagi yang tidak mampu dihuraikan di sini. Apa yang pasti batu petir adalah senjata yang digunakan oleh malaikat untuk memusnahkan iblis. Batu petir mungkin ada persamaan fungsi seperti kisah dalam surah Al Fill. Allahu alam…
Bagaimane nak guna batu petir tuk rawat org yg terkena buatan bomoh asli yg guna patung n dijaga oleh rimau saka.?mohon bantuan
bagus lah kepada semua. itu semua adalah khazanah alam bangsa kita. pelihara lah . syabas kepada semua yang beriman
klo ciri-ciri yg lebih lengkapnya ada tak,soalnya sya banyak koleksi batu yg hitam
benar apa yg dikongsikan oleh adiputra kerana melalui pengalaman sy memang begitulah test aslinya, jika yg hitam biasanya bila dicanai kilat mcm kaca seperti permata baiduri hitam dan akan nampak urat atau jalur putih memanjang. hati2 bagi yg ingin mencari bt ptir sbab sekilas pandang ia xda beza dgn batu hitam yg lain. di masa kini terkadang2 org yg menjualnya pun tidak tahu jenisnya tapi memandai-mandai mcm tahu asal saje dpt wang. jika nak mahir mengenal betul2 carilah dari mula material itu di jumpai. kalu ada pakai je lah xyah taksub sgt dgn khasiat2nya jika kita tidak ahli dlm hal mistik ni. kerana yang penting adalah bila kita pakai dan jika ada pun kelebihannya maka kesyukuran kepada Allah jualah di atas nikmat benda bertuah ini.
Dimaharkan Batu Petir Asli berukuran Besar dan berbentuk Kapak
Minat atau hanya ingin lihat call +6281212638626
assalamualaikum…..sya pun ada batu petir tpi brwarna putih
tapi sya kurang paham kegunaan nya
mhon bantuan nya
Saye punya juge batu gigi petir warna putih, temu dekat pokok kelapa yg ditembak , diatas kat buah, dh mati pokok tu, pas ditebang temu tu batu , kate kakek awak tu batu gigi petir,! Boleh taw apo ke khasiat batu tu? 😀
Sya.. Ade stu cincin… Ayh wariskan… Tpi xtahu batu ape.. So.. Please spe2 conctact whatapps sya 0194079518.. Nk tnye psl btu tu
mmng bnr batu petir tu warnanya hitam tapi tk bisa mengkilat bro. batu petir bawakan nya pemanas bagi yg memakai dan jg klau ad siapa aj yg memakai batupetir trsbt pasti dikawasan tmpt tinggalkerap kali petir tunggal muncul dn jg bnyk pohon disambar petir dn juga kalau mau memotongnya aj pakai syarat yaitu menggunakan tahi ayam punai dn ditaruh diatas bantal br bs dipotong, tdk bs dipotong pakai grinda atpemotong yg lain
assmllkum..
bang aku pnya jga batu peti warna hitam bgaris wrna kuning kehijau’an di tengah2 na..tapi sudah di bikin cicin…apa masih gk hilang kekuatan yg di dalam batu itu…soal nya blom di cek lgi…ap msih ap da hlang…mhon ptunjung dri abang…wasallam…
Salam buat yg punya blog..temanku punya batu macam gambar diatas batu itu didapat lewat mimpi tapi batunya agak besar seperti pepaya yang didapatnya lewat mimpi…dalam mimpinya dia ketemu dgn 3 orang yang dua berjubah hitam yg satu berjubah putih dan yg menuntunya ketempat batu itu adalah yg berjubah putih,,setelah mengikuti petunjuk mimpi batu itu benar ada dan mengambilnya menggunakan kata arab yaitu AINUN sambil disiram air dan batunya keluar sendiri dari dalam tanah…pertanyaanya batu apakah itu dapatkah batu itu dibuat cincin..mohon pencerarahan..
adakah batu petir hanya bentuknya seperti ini… kerana batu petir saya bentuk nya seperti batu2 biasa . saya jumpa batu itu semasa saya membelah batang pokok durian . dijumpai ditengah batang dan amat susah utk dikeluarkan . warna nya hitam dengan sedikit jalur coklat membawa keemasan. saya masih tidak pasti jadi saya simpan ke hari ini . saya pelik kerana batu itu terdapat didalam batang pokok durian . boleh terangkan. apakah batu itu batu petir atau sebaliknya?minta pengesahan . jasa baik pertolongan anda semua amatlah saya hargai .
Macam mana nak gunakan batu petir untuk tujuan perubatan ?
Sy mimiliki batu hitam legam mengkilat, ade garis lintang putih sudah di ikat suasa berbentuk liontin… Batu ni dh lama disimpan alm.pk cik saye jumpe dalam beg bekas.. Kate nye batu litar,sy rase mcm tu jg.. Skrg saye buat pakai rase cpt naik darah pdhl masalah sepele je.. Apakah ie nye asli batu litar..!?? Mohon penerangan nye sufu..
Dear.. Tanjung balai karimun,riau