Saya mengadakan kategori baru ini untuk kita bersama mengetahui apakan gambaran yang terdapat didalam sebiji batu permata.

Selalunya kita menikmati keindahan batu permata pada luarannya sahaja.Keindahan warnanya dan pancaran cahayanya tetapi pernahkah kita melihat apa yang berada didalam batu permata tersebut,bagaimanakah rupanya, warnanya dan apa didalamnya.Terbentuk atau terjadinya batu permata ini menjangkau ribuan tahun bahkan mungkin juga jutaan tahun.Kristal halus yang terapung dan terdapat juga buih halus yang bergerak apabila batu permata tersebut digerakkan. Gambar ini adalah dari buku Internal World Of Gemstones.Gambar ini di ambil mengunakan mikroskop yang berkuasa tinggi iaitu electron microprobe.Mungkin kita akan berkata bahawa dalamannya lebih indah dari luaran.Bukan semua batu permata yang sejenis  mempunyai gambaran yang serupa didalamnya.

 

Advertisements