Mistikal Mistik

 

Menyingkap rahsia barangan mistik

 

Kita sering dengar ada segelintir manusia yang suka mencari barang barang mistik dan sanggup membelinya dan memilikinya dan ada yang sanggup membayarnya dengan harga ratusan ribu ringgit bahkan ada juga kedengaran jika barang itu betul betul power harga juta pun sanggup dibeli.Apakah yang membuat barang itu bernilai,apa keistimewaannya,mana datang power atau kekuatannya,mengapa ianya menjadi buruan,apa kegunaannya,apakah yang sebenarnya barang itu iaitu komposisinya,mengapa ada sesetengah daripada kita mempercayainya,adakah hanya kita disini sahaja yang mempercayai hal hal demikian,apa yang dikatakan barang mistik itu,apakah makhluk halus dan apakah peranan mereka,apa pula disudut sains,apakah sejarah dan budayanya.Mungkin saudara ada jawapannya dan mungkin tidak.