Selalunya apabila disebut batu buluh maka kebanyakan peminat barang mistik akan mengenalinya tetapi bagi sesetengah mereka yang mendalami kajian tentang batu buluh ini maka nama seperti Tabasheer,Bambu Sugar Cane adalah sesuatu yang pelik dan nama lain yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional seperti Mali Mali Rotan Jer yang membawa maksud Darah Naga Rotan dan juga ada yang meyebutnya garam buluh asering juga digunakan oleh pengamal perubatan.Sejarah mengenai pengunaan batu buluh ini dapat dikesan sehingga pada zama Ibnu Sina seorang tokokh perubtan islam dan Marco Polo seorang pengembara yang berpeluang bersama dengan The Great khan untuk menakluki sebuah daerah di Jepun iaitu Chipangu.Dalam misi menyerang beliau mendapati sebilangan manusia telah membentuk tembuk dan enggan menyerah kalah dan akhirnya kesemua mereka telah ditawan dan dijatuhkan hukuman bunuh tetapi sebanyak lapan orang yang ditawan olih The Great Khan gagal dipancung bahkan tidak luka pun olih senjata tajam.Beliau mendapat tahu bahawa mereka bolih dibunuh menggunakan kayu lalu dipukul sehingga mati.

Selepas kematian mereka maka didapati mereka telah menanam batu buluh tersebut didalam badan mereka.Selepas peristiwa  itu batu buluh tersebut atau tabasheer menjadi sangat berharga.Dari sudut perubatan pula tabasheer ini berguna untuk mengubatai penyakit yang berkaitan denagn mata,demam,sakit dalam perut,jangkitan paru paru dan penawar sengatan berbisa.