Ini adalah satu komen dari pengunjung blog ini untuk tatapan kita bersama dari

tanpanama@hotmail.com

rajin ko Neo komen blog ni…dpt upah ke tukang komen/komeng!jgn jd mcm nyor komeng udah le! hehe.gurau je,jgn mare ye!

Jawapan saya pada beliau

Sebenarnya komen yang saudara tanpa nama berikan ini agak keras juga. pada mulanya saya mahu sahaja delete atau tidak luluskan komen itu tapi terasa pula bersalah berbuat demikian.Untuk pengetahuan saudara tanpa nama setakat ini tak pernah saudara neo menerima upah dari saya.Ada waktunya komen saudara neo sendiri keras pada saya seperti katanya”sendiri mahu ingatlah bro”Ini membuat saya tertanya siapa beliau sebenarnya dan saya balas secara peribadi ke email beliau dan menanya siapa beliau dan beliau menanya apakah saya marah dengan komen beliau maka saya menjawap tidak bahkan silakan beri komen anda seikhlas dan sejujurnya kerana faedahnya bukan hanya untuk saya tetapi untuk pembaca blog ini juga.Suadra Peter pun harus saya ucapkan ribuan terima kasih kerana beliau sering memberi komen bahkan membantu saya dalam beberapa artikel yang saya sendiri sedang mencari.saya adakan blog ini sebenarnya bukan untuk menjual barang mistik yang ada didalam blog ini tetapi ada tujuan lain dan setengah dari pengunjung blog ini sudah pun tahu akan tujuan maksud saya.Tetapi atas rasa setiakawan dimana beberapa pengunjung blog dan sahabat minta saya tolong maharkan barang mereka maka saya lakukannya.Mungkin tidak lama lagi ramai pengunjung blog ini akan tahu maksud saya mengadakan blog ini.

Setelah saudara Neo mengetahui akan maksud saya adakan blog ini maka beliau dengan rela hati memberi komen beliau tanpa diberi upah tetapi membantu atas dasar satu ugama dan satu bangsa melayu dan rakyat malaysia termasuk saudara Peter yang mengetahui tujuan saya adakan blog ini yang turut membantu memberi komen.

Jadi sebelum kita komen tentang seseorang atau mengutuknya walaupun dilihat secara gurauan hendaklah kita mengetahui dahulu akan maksudnya beliau berbuat demikian kerana memfitnah dan buruk sangka bukan ajaran mana2 ugama sekalipun tanpa disedari kita mendapat satu dosa terhadap satu manusia dan yang sukar ialah memohon maaf pada orang yang tidak kita kenali kerana dosa itu akan kita bawa sampai ke mati.