Archive for July, 2009



Sering terdapat percanggahan pendapat antara kayu penunduk dengan kayu tas.Soalannya ADAKAH IANYA JENIS YANG SAMA ? Diminta pengunjung blog ini yang mempunyai pengetahuan dalam hal ini sudi memberi pendapat anda supaya kami semua faham dan tidak terkeliru.Apakah ciri ciri dan perbezaan keduanya jika ada dan bagaimana mengenalinya ?

Jaka Tingkir


Buluh tumpat iniĀ  dinamakan Jaka Tingkir ianya berbeza dari buluh tumpat biasa,Khasiat untuk buluh ini adalah bagi tujuan ketahanan kulit iaitu dipercayai membuat pemakainya menjadi kebal dalam masa yang terdesak.Termasuk dalam golongan yang sukar untuk didapati.Yang dipaparkan diblog ini hanya sebanyak itu yang tinggal.Ianya untuk dimaharkan oleh empunya barang.

Sabuk/Cemati Setigi


Agak unik juga bentuknya sabuk/cemati setigi ini,rasanya mungkin sesuai dimiliki sekadar koleksi atau bagi tujuan perubatan sahaja.P1060521 (2)


Khasiatnya dipercayai untuk menangkis dan pendinding ilmu hitam dan sihir.Sering juga dibuat permata cincin bagi tujuan tersebut.RS

Akar Senduduk Putih


Sering digunakan sebagai pelaris,pemanis dan meningkat karisma diri.Selalunya ianya dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk meningkatkan lagi khasiatnya iaitu minyak pelaris dan pengasih.Senduduk putih dikatakan berasal daripada alam ghaib namun terdapat juga senduduk putih yang terdapat dialam nyata ini tetapi dikatakan kurang berkesan.akar senduduk putih


Satu lagi keunikan kejadian alam dimana pucuk nibung bertukar menjadi batu.Untuk dimaharkan bagi yang berminat memilikinya.nibong batu


Satu lagi kejadian alam yang unik dan pelik serta berjaya dimanfaatkan oleh manusia.Digunakan sebagai pelaris dan pendinding dan ada juga digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat ibu duit.Untuk dimaharkan oleh teman saya bagi yang berminat.buluh bunting


Kayu Arang atau nama batoninya Diospyros mempunyai taburan yang meluas di seluruh kawasan tropika. Di Malaysia terdapat lebih 70 spesis Diospyros .Kayu arang juga dipanggil kayu si hangus, bedil lalat, letup api dan lain-lain lagi.Teras kayu arang yang hitam dikikis dan dicampur dengan minyak kelapa dijadikan ubat urut dan ubat sakit perut. Kulit kayu arang juga boleh digunakan sebagai ubat sakit pinggang.Disamping khasiat perubatan dikatakan ianya dapat menolak unsur nagatif dalam diri sipemakai dan sebagai pendinding diri.Batu Kayu Arang


Dikalangan masyarakat Jawa teras setigi amat popular kerana dikatakan mempunyai khasiat yang ampuh,mereka mengelarnya kayu langka iaitu sukar untuk mendapatkannya.Diantara khasiatnya adalah sebagai pendinding diri,ketahanan kulit,murah rezeki,wibawa diri dan kekuatan diri.setigi


Pokok inai adalah sejenis pokok yang terkenal dikalangan masyarakat melayu dan india kerana ciri perubatan dan kegunaan daunnya sebagai inai.Disamping itu terasnya dikatakan berguna untuk sifat pengasih.Agak sukar juga mendapatkan pokok inai yang mempunyai teras.teras inai