Archive for July, 2009


Permata Kayu Menang


Salah satu lagi jenis kayu yang kurang dikenali oleh orang ramai.kayu menang ini dikatakan sesuai untuk membuatkan sipemakai berada dalam keadaan yang sentiasa menang.Ciri kayu ini sendiri mempunyai sifatnya yang semula jadi iaitu ianya seolaholah menewaskan jenis tumbuhan disekelilingnya.Mungkin ini disebabkan oleh sifat survivalnya yang nutrient disekelilingnya.Diatas sebab ini maka manusia mengambil ikhtibar diatas kelebihan kayu ini untuk dijadikan bahan permata.

k.menang


lr slh jbAgak lama saya mendengar tentang kayu larak salah dan khasiatnya baru kini saya berjaya mendapatkan sebiji permatanya pemberian teman saya,setelah saya melayari beberapa site di internet maka saya dapat mengumpul sedikit maklumat mengenainya.Memang agak sukar mendapatkan maklumat yang lengkap mengenainya tetapi memang terdapat disetengah blog yang mengakui akan kelebihan kayu larak salah ini.Permata yang saya dapat ini adalah cantuman larak salah jantan dan betina dan diantara khasiatnya adalah mengaburkan pandangan musuh dan mematahkan balik ilmu dan niat jahat seseorang.


Sering juga kita mendengar tentang ular cintamani yang dikatakan mempunyai khasiat yang amat ampuh untuk tujuan pengasihan dan pelaris,cerita mengenai ular tersebut yang beri makan oleh burung turut menguatkan lagi kepercayaan bahawa minyak yang diproses menjadi salah satu pilihan untuk tujuan pengasih dan pelaris,manakan tidak ular diberi makan oleh burung.Berbalik kepada permata cintamani laut ini yang diperbuat dari kayu ular cintamani laut ianya dipercayai mempunyai kesan yang serupa iaitu sebagai medium untuk pengasih dan pelaris.kalau dilihat dari batang kayunya maka tidak dapat dinafikan ianya adalah cantik hitam berkilat dan mempunyai lorekan jalur yang berpusar yang menarik dilihat tambahan pula ianya agak sukar untuk diperolehi.Inilah salah satu anugerah alam laut pada kita dan untuk kita manfaatkan bagi yang mengetahui rahsianya.cintamani


Satu ketika raja kayu dan kayu tas amat popular dikalangan peminat barang mistik.Raja kayu dan tas banyak dijual oleh orang namun lama kelamaan ianya tengelam oleh keasyikan memburu atau memiliki kayu kokka.Namun ianya kini kembali dicari oleh mereka yang mengetahui akan khasiatnya dari sudut perubatan dan nilai mistiknya yang tersendiri.Dalam proses pencarian itu banyak juga yang tertipu dengan ciri raja kayu yang sebenar.Selain dari kayu raja kayu itu tersendiri yang amat dicari ialah teras raja kayu yang dikatakan mempunyai kemampuan yang lebih dari kayu raja kayu.Diantara khasiatnya adalah sebagai pendinding diri,bisa bisa tulang dan mengubati gout.Ada juga saya dengar serbuk raja kayu digunakan didalam minyak urut bagi tujuan  meningkatkan kemujaraban minyak tersebut.Gambar yang dipaparkan ada permata cincin teras raja kayu.Ianya ingin dimaharkan oleh teman saya bagi yang berminat untuk memilikinya sebanyak RM80.00 sebijit.r kayu


Besi jenis ini adalah dari cairan besi gunung berapi yang dipercayai mempunyai khasiat dari sudut perubatan yang dipercayai untuk rawatan histeria.Disamping itu ianya dipercayai dapat menghindari dari gangguan makhluk halus,menolak unsur negatif dan sebagai pendinding diri.Tidaklah begitu dikenali sangat jika dibandingkan dengan besi leleh,besi kursani,besi kuning dan lain lain namun ianya tetap mempunyai khasiat dan keistimewaannya yang tersendiri.P1060418 (2)


Sering juga dicari oleh peminat barang mistik sebagai azimat yang dibuatkan cincin,selain dari warnanya yang kelihatan seperti emas ianya juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri sebagai pendinding/pelindung diri disamping kepercayaan sebagai salah satu bahan untuk terapi iaitu melancarkan perjalanan darah.Selalunya terdapat besi kursani hitam dan putih.Kursani ini ada setengahnya memanggil kursani kuning.P1060470 (2)Untuk dimaharkan oleh teman saya dengan maharnya RM150.00 sebiji.

Mistik Kayu dan Teras


Dikalangan masyarakat kita ada yang mempunyai kepercayaan terdapat beberapa jenis kayu tertentu yang memiliki nilai mistik dan berkhasiat.Kayu tersebut adalah kayu yang secara misterinya mengandungi daya kekuatan energi alamiah atau ada juga yang mengelarnya mempunyai kekuatan energi Bion.Pengetahuan tentang kayu sememang berlaku sejak zaman datuk nenek kita lagi,mereka manfaatkan sebagai salah satu sarana mencapai suatu cita-cita dalam kehidupan yang nyata dan kegunaannya adalah bagi tujuan yang tertentu selain daripada kegunaan untuk perubatan,makanan dan kegunaan yang lainnya.

Pengetahuan tentang khasiat dan fadilat teras kayu bermula pada zaman Nabi Adam a.s lagi. Allah telah mengurniakan pengetahuan tentang kayu sebagai penawar kepada Nabi Adam a.s. sedangkan malaikat tidak mengetahuinya. Ini menunjukkan banyak kelebihan yang Allah berikan kepada bangsa manusia. Kini sering terdapat beberapa individu tertentu yang mencari beberapa jenis teras yang mereka percayai mempunyai khasiat atau nilai mistik yang tertentu.
Terdapat teras dan kayu yang mempunyai fadilat semulajadi diluar jangkaan fikiran kita. Ada teras yang menjadi penawar racun dan bisa, memberi kesan kepada tubuh badan kita dari kekuatan urat dan kulit dan yang boleh memudaratkan lawan. Setiap teras dipercayai mempunyai 41 jenis fadilat dan sebahagian kecil sahaja yang diketahui oleh manusia.
Kalau kita perhatikan kebanyakan senjata dulu seperti keris, pisau, badik lembing ulu dan sarungnya diperbuat daripada teras-teras kayu yang bermutu dan terpilih.kenapa pula begitu ? Ini disebabkan  teras teras yang  menjadi pilihan pendekar adalah teras yang dipercayai boleh dijadikan penawar seperti kemuning hitam, kemuning kuning, penawar hitam, guni hitam, abanuh dan lain-lain lagi. Kerana  apabila tercedera pendekar tadi dapat mengubatinya dengan cepat dan pantas.
Selain teras yang boleh menjadi penawar ada juga teras dan kayu yang berbisa dan tidak boleh diguna sebarangan seperti kayu rengat, sulur bertam,ibol,nibong,bujang kalak dan lain-lain.Terdapat juga jenis jenis kayu yang lain yang ditakuti oleh binatang berbisa atau binatang buas dan terdapat juga yang ditakuti oleh makhluk halus dan yang dapat menghindari dari unsur negatif seperti sihir dan santau.
Banyak cara yang digunakan oleh orang-orang dulu untuk mendapatkan maafaat kayu dan  teras. Ada yang buat senjata,tongkat, tasbih, mata cincin, ikat pinggang, minum air rebusan teras dan lain-lain.Apakah benar ada sesuatu energi pada kayu dan teras ini ? Satu kajian telah dilakukan oleh Drs Budi Hardono dan membuat ulasan atau analisa berikut hasil daripada kajian beliau
Kajian Terhadap Kayu

Pemancar Energi Metafisika

Seorang pemerhati kayu, Drs. Budi Hardono pada tahun 1987 – 1989 mengadakan penelitian terhadap kayu-kayu yang memiliki keistimewaan itu kemudian diyakini “bertuah”. Hasil penelitian dan kajian beliau yang dilakukan pada tahun 1987-1989 di Fakulti MIPA Universiti GajahMada Indonesia dengan mengunakan Chronometer alat pengukur energi buatan Amerika menunjukkan, energi yang terdapat pada “Kayu Langka”, besarnya atau kekuatannya adalah dua kali jika dibanding energi yang terdapat pada keris atau barang pusaka. Jika keris atau pusaka menunjukkan level 50, kayu-kayu “bertuah” menunjukkan level 100.Ertinya, media kayu lebih praktis dijadikan “pegangan” atau pemancar energi metafisika karena tidak ada pantangan tertentu saat membawanya.

Disisi lain Fakultas Kedokteran Hewan UGM juga telah meneliti kayu “bertuah” untuk kepentingan pengobatan. Hasil penelitian tersebut ditemukan banyak kandungan kayu ”bertuah” yang bermanfaat bagi kesehatan.Kayu memiliki kekuatan pemancar. Misalnya, anda punya niat selamat dari kejahatan maka kayu itu berperan sebagai pemancar yang frekuensinya tidak terukur dan ini sudah dibuktikan secara ilmiah.

Kayu memancarkan energi, nur atau cahaya. Cahaya memiliki frekuensi sangat tinggi dan gelombang-gemombang molekul ion yang jika dipicu dengan doa dari jalur agama mahupun “amalan” dari jalur ilmu, frekuensinya menjadi lebih kuat dan tinggi dan menimbulkan aura. Nur atau cahaya rumusnya 328 tahun cahaya sehinggakan secara logiknya  manusia tidak dapat menjangkau.Energi yang terdapat pada kayu “bertuah” itu terlalu halus dan relatif dan secara kimia dapat dikesan melalui beberapa ujian. Ketika masih hidup, kayu “bertuah” mengandung zat-zat netrogenium yang sangat tinggi.

Yang dimaksud dengan kayu bertuah adalah kayu yang secara kodrati mengandung daya kekuatan alamiah energi Prana ( Energi Bion ) dalam potensi supernatural yang berpengaruh kepada kehidupan.

Tuhan tidak akan pernah menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Setiap ciptaan memiliki manfaat. Dalam “bekerja” Tuhan melalui ciptaan-Nya. Misalnya, Tuhan menawarkan racun melalui ciptaan-Nya bernama kayu Setigi, dan mengobati malaria melalui pohon Kina, dan sebagainya. Sebahagian dari nikmat Tuhan adalah diciptakannya tumbuh-tumbuhan yang memiliki khasiat luar biasa.

Dan bukan suatu kerayasa manusia . yang semata-mata bersumber pada Allah Yang Maha Kuasa , yang menurunkan anugrahnya melalui hasil ciptaanNya , Supaya ,manusia sebagai mahluk yang berakal dapat mengakui atas kebesaran dan pertolonganNya .

Pengetahuan tentang kayu bertuah ini sudah dikenal sejak zaman dahulu oleh nenek moyang kita . Yang dimanfaatkan sebagai salah satu sarana mencapai suatu cita-cita dalam kehidupan yang nyata.Seringkali orang tua-tua sebut…pokok sakit biasa ada teras!

Huraian (dalam bahasa mudah):

Apabila sesebatang pohon/pokok tersebut sakit…maka dia akan “push” atau “call into” segala kekuatan/power/getah/pertahanannya untuk melindungi (protect) dirinya daripada ancaman kesakitan tersebut yang biasanya berulangkali berlaku. Ancaman tersebut seperti dibakar oleh api, ditakir oleh senjata besi atau ditenggelami air. Pokok kelor/gemunggar yang berteras di pinggir bandar Tanah Merah adalah salah satu contoh…iaitu umbinya sentiasa dibakar dengan sampah oleh tuan tanah. Ada juga pokok lako/lakor yang berteras pada bahagian yang ditenggelami air sahaja, dan pada bahagian lain tidak berteras. Selain itu, ada pengusaha ladang gaharu yang “memanaskan” tanaman gaharu secara berkala dalam jarak tertentu untuk “push” gaharu mereka lebih cepat berteras, selain teknik cucuk ubat yang dipelopori pengusaha dari Siam.

Selain itu, keadaan tanah juga mempengaruhi kualiti kehidupan pokok-pokok tersebut. Pokok-pokok yang habitatnya payah mendapat sumber galian atau air akan lebih mudah berteras, tatkala ia “push” segala kekuatannya untuk mendapat bekalan penunjang kehidupan. Maka, mengikut petua orang tua-tua pokok-pokok ubat yang tumbuh di pulau kecil (atau pantai) dikelilingi oleh lautan masin yang luas adalah lebih berkhasiat, selain faktor siapa golongan makhluk Allah swt yang awal yang berani meneroka untuk hidup pulau-pulau terpencil begitu.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 248 other followers