Archive for August, 2009


Bujang Kalak


Kini sering terdengar beberapa individu yang mencari teras bujang kalak yang dikatakan mempunyai khasiat yang ampuh dan tak kurang juga yang mendakwa ianya mengatasi kelebihan yang ada pada teras kelor dan setigi,teras bujang kalak ini sememang adalah jenis teras yang kurang dikenali umum.Terdapat juga pendapat yang mengatakan teras bujang kalak ini adalah teras ibor bukan ibol.dari pengalaman saya sendiri memang saya akui agak sukar mendapatkan teras bujang kalak ini dan sering juga terdapat orang yang tertipu kalau tidak mahir membezakan teras bujang kalak dengan ibol dan nibong.Bisa yang ada pada teras bujang kalak ini dikatakan melebihi bisa nibong dan ibol,namun begitu sudi kiranya sesiapa yang mempunyai info tentang teras bujang kalak ini dapat berkongsi maklumat dengan saya serta pengunjung blog ini.

Advertisements

Teras & Kayu


Sering kita dengar orang mendakwa kayu kayu sekian teras teras sekian mempunyai kekuatan mistik atau power.Apakah ianya benar atau hanya cerita semata mata ? Apakah pernah kita sendiri mengalami atau merasai kekuatan mistik atau power tersebut.Mungkin ada dikalangan pengunjung blog ini yang pernah mempunyai pengalaman tertentu yang dapat dikongsi bersama atau mempunyai maklumat tentang kayu atau teras yang unik tersebut.pandapat anda semua amat saya hargai.