Ini adalah petikan dari kenyataan saudara waliquddus mengenai bertap/sanngul bunian.

“Mengenai Bertap atau Sangul atau Cindai Bunian ini, saya Baru lepas Melihat dari seorang sahabat, ianya dipanggil Bertap atau Bertat Cindai Sanggul Bunian, Bertat yang saya Lihat memiliki Pusar dan Pusat kerana didatangkan dari Induk Sanggul yang Beranak. KhasiatNya diperkatakan sebagai Pelaris, Pemanis, Penarik dan berbagai pendapat mengenainya, Bertat ini juga Hidup, jika tersalah penjagaan akan membuatkan ianya mati..So hati-hati bila memilikinya. Jaga-Jaga dengan Bertat atau Bertap yang berwarna Hitam kerana memiliki unsur Hitam Juga, Bertat-atau bertap yang memiliki Khasiat yang baik adalah dari Jenis Cindai Perang keemasan atau Putih berkilat keseluruhan atau pun memiliki 3 warna dalam satu..Wallahu..”

Dahulunya bertap ini amat popular sebagai medium yang sering digunakan seperti yang dinyatakan oleh beliau dan pernah atikel mengenainya dikeluarkan disebuag majallah.Selepas itu kurang kedengaran lagi mengenainya dan kini timbul kembali.Ianya adalah sesuatu yang agak sukar untuk diperolehi maka sesiapa yang mendapatnya adalah dikira beruntung dan seperti yang dikatakan oleh saudara waliqudus maka hendaklah tahu menjaganya.Setahu saya tidak ramai pengumpul atau peminat barang mistik yang memilikinya mungkin disebakan pengunaannya agak terhad iaitu dari segi pelaris.pemanis,penarik dan pengasih.Setahu saya hanya beberapa helai rambutnya digunakan untuk dijadikan atau dicampur sebagai bahan pengasih,pemanis.Apakah saudara waliqudus berminat untuk memaharkan nya dan apakah rakan diblog yang lain turut mempunyainya?