Kini terdapat beberapa blog yang membicarakan tentang bujang kalak.Namanya pula sering menjadi sebutan kini dan menjadi buruan beberapa peminat teras kayu kerana bujang kalak dipercayai mempunyai keampuhannya yang tersendiri.Ada diantara mereka yang mengatakan atau mendakwa  ianya penolak ilmu hitam,pembisa,penguat dam pelbagai lagi.Namanya juga ada pelbagai ada yang mengelarnya bujang kalak,bujang galak,nibung tunggal dan ucang kalak namun ianya adalah satu barang yang serupa.Di blog rahsia alam ada dipamerkan gambar bujang kalak tersebut yang masih belum diproses menjadi batu permata dan disana juga terdapat beberapa info yang berguna sebagai panduan kita.Salah satu lagi kayu yang dikatakan mempunyai kekuatan ialah Bujang Semalam.Arwah datuk saudara saya dulu ada memiliki kayu tersebut,kerja seharian beliau ialah menjaga lembu dan sering membawa kayu bujang semalam bersama beliau panjangnya adalah anggara 3 kaki,entah macam mana pada satu ketika lembu peliharaannya itu cuba menanduk beliau dan beliau memukul lembu tersebut dengan kayu bujang semalam.Apa yang terjadi ialah lembu tersebut mengelupur mati walhal bahagian yang dipukul adalah badan lembu tersebut dan kayu itu hanyalah sebesar ibu jari kaki orang dewasa.Bagi pengunjung blog ini yang mungkin mengetahui akan kayu bujang semalam itu harap dapat berkongsi sama maklumat dengan saya atau adakah mungkin juga bujang semalam itu adalah kayu bujang kalak ?