Archive for November, 2009


Raja Kayu


Misteri raja kayu ini sebenarnya amat kurang juga yang mengetahuinya.dari sudut perubatan ianya berguna untuk yang mengalamiĀ  gatal kulit atau pun alergi,caranya ialah ambil pucuk Raja Kayu ditumbuk lumat dan dilumurkan kepada tempat yang gatal.bagi penyakit lumpuh pula ambil teras Raja Kayu dan dicampur dengan akar tongkat ali yang telah dijemur kering.Rebuslah kedua bahan tersebut dan minumlah 2 kali sehari dan insyaallah pulih(ini adalah jalan ikhtiar kita).Sering kali juga orang mengunakan abuk teras raja kayu untuk diusapkan pada kulit sebagai bahan perubatan tetapi banyak yang tidak tahu bahawa ianya juga baik untuk ketahanan kulit bagi mengelak kecederaan yang serius.Bagi yang sering terasa kena tindih diwaktu tidor ambil teras raja kayu dan bacakan selawat,fatiha dan ayat kursi dan letakkan teras itu diatas dada insyaallah terhindar dari kejadian tindih.Teras raja kayu merah dan putih bolih digunakan untuk tujuan ini.Ini hanyalah sebahagian dari khasiat yang dikurniakan oleh Allah bagi manfaat kita semua yang mengetahui akan rahsia alam.

Raja Kayu Putih


Saya telah berbincang dengan saudara waliqudus dan mendapatkan pendapat beberapa orang lain mengenai kayu yang dikatakan Raja Penunduk yang dipamerkan diblog Alamallah milik saudara waliqudus.Yang dipamerkan adalah Raja Kayu Putih bukan Raja penunduk namun begitu disebabkan namanya Raja Kayu Putih dan sesuatu yang sukar untuk mendapatnya maka ciri2 sifat sebagai penunduk mungkin terdapat pada Raja Kayu Putih ini.Dan lain2 khasiatnya telah pun saya nyatakan didalam komen saya sepertimana informasi mengenainya yang diberikan oleh teman saya waktu dahulu mengenai Raja Kayu Putih ini.

Rantai Babi


Salam sejahtera kepada pengunjung blog saya.Diantara barangan mistik yang sering diburu dan dicari oleh peminat barang mistik ialah Rantai Babi atau ada yang mengelarnya Rantai Bumi.Sepanjang penglibatan saya dalam halĀ  mistik ini pelbagai cerita yang saya dengar tentang rantai babi ini termasuklah akan rupa bentuknya.Saya sendiri telah melihat 3 jenis yang dikatakan rantai babi.Ada yang seperti rantai yang berantai 3 gelung berwarna perang,ada yang seperti akar berwarna agak coklat dan ada yang seperti akar juga dan berketul ketul.Jadi mana satukah yang dikatakan rantai babi yang sebenarnya ? Apakah ciri2nya dan rupa bentuknya yang sebenar Dari mana asal usulnya ? Mungkin ada dikalangan pengunjung blog ini yang pernah melihat akan rupa bentuk rantai babi yang lain dari apa yang pernah saya lihat,jika ada sila berikan pendapat anda.Mungkin saudara Neo,saudara Waliqudus,saudara Joe Labu,saudara Peter dan saudara kolektor mempunyai info yang berguna untuk dikongsi bersama sama saya dan pengunjung blog ini.Jika ada mohon kerjasama berkongsi pengetahuan.

Salam dari saya

karimon


Pada jam 8 malam bertempat di Tesco Banting yang dikatakan ada pameran barang mistik saya telah kesana tetapi hampa kerana tiada pameran pun yang terdapat pada waktu itu.Saya kira bukan hanya saya seorang mungkin terdapat lebih dari saya seorang kerana saya datang kesana bertiga dan sempat juga saya berkenalan dengan seorang peminat barang mistik yang datang berempat.Apabila sampai disana agak letih juga mencari dimanakah lokasi pameran tersebut,Saya telah menanya pada kaunter guard dan mereka sendiri tidak tahu menahu akan pameran tersebut.Yang mengetahui akan pameran itu adalah Kakak yang menjual jamu bersebelahan tangga,beliau mengatakan semuanya dah balik pun,emmm belum jam 9 dah balik kerana maklumat yang disampaikan jam 9 baru tutup pameran.Entah apa yang terjadi pada hari itu menjadi tanda tanya saya.Mungkin juga jumlah pengunjung yang kurang dengan erti kata sambutan yang kurang memuaskan.Tempat lokasi pameran itu ditingkat atas mungkin menjadi penyebab juga kerana diatas tiada satu pun lot kedai hanya terdapat ruang yang begitu kosong dan agak samar keadaannya.Papan tanda mengenai pameran tersebut atau pandu arah pun tidak kelihatan.Tetapi walau bagaimana pun usaha untuk mengadakan pameran itu harus saya puji walaupun matlamatnya tak kesampaian,mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang hanya pihak yang menganjur saja yang tahu.Saya syorkan jangan putus asa lain kali cuba adakan semula dan sila gunakan blog saya ini untuk promosi pihak penganjur.Ini hanyalah pendapat serta pandangan peribadi saya yang datang pada jam 8 malam,mungkin pada siang harinya sambutan mengalakkan.Jika begitu maka saya mohon kemaafan diatas pandangan saya itu.

Teras Raja Penunduk


Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya,

Kini terdapat beberapa blog yang mempamerkan teras raja penunduk,Dari nama yang diberikan iaitu “Raja Penunduk”menunjukkan ianya mungkin mengatasi jenis kayu penunduk biasa yang sering kita dengar iaitu kayu penunduk dan jenis2 kayu Tas maalumlah nama pun Raja Penunduk dan tentu sukar untuk mendapatkannya.Kalau tidak silap maklumat yang saya terima raja penunduk ini ialah Raja Kayu Putih dan ianya jenis yang sukar dicari bukan seperti raja kayu merah yang kini agak mudah dicari sedangkan kaum orang asli sendiri belum tentu dapat menemukan jenis raja kayu putih ini.Jadi barang siapa yang berhajat akan kayu jenis ini hendaklah berhati hati jangan sampai tertipu pula.