Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya,

Kini terdapat beberapa blog yang mempamerkan teras raja penunduk,Dari nama yang diberikan iaitu “Raja Penunduk”menunjukkan ianya mungkin mengatasi jenis kayu penunduk biasa yang sering kita dengar iaitu kayu penunduk dan jenis2 kayu Tas maalumlah nama pun Raja Penunduk dan tentu sukar untuk mendapatkannya.Kalau tidak silap maklumat yang saya terima raja penunduk ini ialah Raja Kayu Putih dan ianya jenis yang sukar dicari bukan seperti raja kayu merah yang kini agak mudah dicari sedangkan kaum orang asli sendiri belum tentu dapat menemukan jenis raja kayu putih ini.Jadi barang siapa yang berhajat akan kayu jenis ini hendaklah berhati hati jangan sampai tertipu pula.