Pada jam 8 malam bertempat di Tesco Banting yang dikatakan ada pameran barang mistik saya telah kesana tetapi hampa kerana tiada pameran pun yang terdapat pada waktu itu.Saya kira bukan hanya saya seorang mungkin terdapat lebih dari saya seorang kerana saya datang kesana bertiga dan sempat juga saya berkenalan dengan seorang peminat barang mistik yang datang berempat.Apabila sampai disana agak letih juga mencari dimanakah lokasi pameran tersebut,Saya telah menanya pada kaunter guard dan mereka sendiri tidak tahu menahu akan pameran tersebut.Yang mengetahui akan pameran itu adalah Kakak yang menjual jamu bersebelahan tangga,beliau mengatakan semuanya dah balik pun,emmm belum jam 9 dah balik kerana maklumat yang disampaikan jam 9 baru tutup pameran.Entah apa yang terjadi pada hari itu menjadi tanda tanya saya.Mungkin juga jumlah pengunjung yang kurang dengan erti kata sambutan yang kurang memuaskan.Tempat lokasi pameran itu ditingkat atas mungkin menjadi penyebab juga kerana diatas tiada satu pun lot kedai hanya terdapat ruang yang begitu kosong dan agak samar keadaannya.Papan tanda mengenai pameran tersebut atau pandu arah pun tidak kelihatan.Tetapi walau bagaimana pun usaha untuk mengadakan pameran itu harus saya puji walaupun matlamatnya tak kesampaian,mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang hanya pihak yang menganjur saja yang tahu.Saya syorkan jangan putus asa lain kali cuba adakan semula dan sila gunakan blog saya ini untuk promosi pihak penganjur.Ini hanyalah pendapat serta pandangan peribadi saya yang datang pada jam 8 malam,mungkin pada siang harinya sambutan mengalakkan.Jika begitu maka saya mohon kemaafan diatas pandangan saya itu.