Misteri raja kayu ini sebenarnya amat kurang juga yang mengetahuinya.dari sudut perubatan ianya berguna untuk yang mengalami  gatal kulit atau pun alergi,caranya ialah ambil pucuk Raja Kayu ditumbuk lumat dan dilumurkan kepada tempat yang gatal.bagi penyakit lumpuh pula ambil teras Raja Kayu dan dicampur dengan akar tongkat ali yang telah dijemur kering.Rebuslah kedua bahan tersebut dan minumlah 2 kali sehari dan insyaallah pulih(ini adalah jalan ikhtiar kita).Sering kali juga orang mengunakan abuk teras raja kayu untuk diusapkan pada kulit sebagai bahan perubatan tetapi banyak yang tidak tahu bahawa ianya juga baik untuk ketahanan kulit bagi mengelak kecederaan yang serius.Bagi yang sering terasa kena tindih diwaktu tidor ambil teras raja kayu dan bacakan selawat,fatiha dan ayat kursi dan letakkan teras itu diatas dada insyaallah terhindar dari kejadian tindih.Teras raja kayu merah dan putih bolih digunakan untuk tujuan ini.Ini hanyalah sebahagian dari khasiat yang dikurniakan oleh Allah bagi manfaat kita semua yang mengetahui akan rahsia alam.