Archive for December, 2009


Buah Cenuai


Saya mendapat buah cenuai ini dari pemberian seorang sahabat saya dari Kedah.Menurutnya ianya boleh digunakan bagi tujuan perubatan dan pengasihan.

Advertisements

Karimon Blog


Assalamualikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya,alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah swt telah memurahkan rezeki saya dengan kejayaan saya membuat blog ini dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari pengunjung blog saya dari pelbagai bangsa yang turut sudi melayari blog saya ini.Sedar tak sedar rupa dah setahun blog ini saya buat.Pada mulanya saya sekadar mahu wujudkan blog ini untuk keseronokan diri saya saja dan untuk beberapa orang teman yang mengenali diri saya.Di luar jangkaan saya ianya mendapat sambutan yang agak baik dan setakat ini statistik menunjukkan seramai 128,232 orang telah melayari blog saya.Saya juga dapat menimba pelbagai jenis ilmu pengetahuan melalui pengkongsian maklumat dengan pengunjung blog saya dan yang paling mengembiralkan saya ialah saya mendapat ramai kenalan baru,ada yang saya sendiri pergi melawat mereka dan ada yang saya tak sedar duduk berhampiran dengan saya.Saudara Neo Iskandar adalah orang pertama saya temui kerana saya lihat banyak komen2 dari beliau termasuk yang panas2 juga.Saya juga sebenarnya tidak terlepas dari kritikan beliau.Kerana itulah saya hendak sangat bertemu dengan beliau.Dan setelah bertemu kami menjadi sahabat yang baik dan beliau kini masih aktif memberi komen beliau dan beberapa cadangan yang baik bagi meningkatkan lagi prestasi blog saya.Inilah adat berkawan dan bersahabat saling bantu membantu.Saudara Waliqudus dengan lawak jenakanya turut juga saya bertemu sendiri dan banyak saya menimba ilmu dari beliau megenai teras2 kayu.Selalunya kami akan bertemu di ofis beliau yang telah tersedia pelayan untuk mengambil pesanan atau order minuman atau makanan.Saudara saya Wak Lan dan Hasyim dari blog Nagacimande adalah juga tempat saya merujuk beberapa pekara yang saya kurang faham dan saya telah berkunjung kerumah beliau sebanyak dua kali di Batu Pahat.Pada kunjungan kali kedua sebelum saya datang setiausaha Wak Lan(isteri beliau)telah menjawap panggilan talipon saya bagi menyampaikan hajat saya mahu kerumah beliau.Saya tanpa segan silu menyuruh isterinya masak yang best best kerana saya nak makan dirumah Wak Lan.Mungkin bagi setengah orang saya ini bersifat kurang ajar pula menyuruh isteri Wak Lan masak kerana saya nak makan.Tetapi pertama kali kerumah Wak Lan saya terasa saya bukan ditempat yang asing,Wak Lan sekeluarga bersama Hasyim melayan saya seperti saudara mereka sendiri.Bagi saya inilah rupanya yang dikatakan ikatan  silaturahim.Dan pasal makan itu memang lah best kerana isteri Wak Lan masak 2 jenis asam pedas dan isteri Wak lan juga adalah seorang isteri yang peramah dan baik itu sebabnya saya tak segan silu meminta beliau masak untuk saya ibarat abang mengunjungi adik2nya.

Ada beberapa orang lagi yang mempunyai blog mereka yang tersendiri turut saya kenali sama ada melaui talipon,email dan bertemu saudara eidam dari Kelantan,saudara Idham dari Ulu Langat,Pak Tam dari Manjung,saudara Radzami dari Mentakab,saudara Kolektor,saudara Peter,saudara Waled yang saya bertemu di Tesco banting, saudara Faizuree dan lain2 semua mereka ini adalah bagi saya kenalan baru yang saya hurmati.Saudara Eidam seorang anak muda yang bagi saya pandai beradat dengan bahasakan diri saya Kanda karimon,saudara  Idham juga adalah seorang yang senang diajak berbual dan berbincang.Inilah yang saya maksudkan kurniaan rezeki Allah swt kepada saya mempunyai saudara kenalan yang baru.

Apakah pengajaran bagi kita semua dalam hal2 yang saya sebutkan tadi?Bagi saya sendiri ikatan silaturahim adalah satu anugerah  tuhan yang perlu kita pupuk dan lakukan,Wak Lan sekeluarga dan Hasyim telah menunjukkan dan mengajar kita hal itu,saudara Iskandar dan Waliqudus yang jauh muda dari saya melambangkan ilmu tak kira dari siapa yang perlu saya sendiri belajar biar pun mereka muda dari saya,saudara eidam mengajar kita dan saya akan bahasa yang beradat,saudara Idham mengajar saya dan kita pengkongsian ilmu,saudara kolektor,saudara peter walaupun dari bangsa dan ugama yang lain mengajar saya dan kita bahawa tiada batasan dari sudut mempelajari ilmu dan kesudian mereka memberi pendapat dan komen.Inilah juga yang dikatakan rezeki dari allah swt iaitu kemurahan rezeki mendapat ilmu pengetahuan.Mereka2 ini adalah orang yang tahu akan adat dan adap dan pandai merendah diri.inilah sifat2 yang dipuji oleh syarak.Mungkin saja ada orang menganggap catitan saya ini melalut dan mengarut tapi inilah pengalaman yang saya lalui sejak saya membuat blog ini kerana pengalaman itu mengajar saya sesuatu untuk diwarisi oleh anak cucu saya kelak.Bagi pengunjung blog teruskan memberi pendapat dan sokongan anda kerana kejayaan blog ini sebenarnya adalah hasil dari anda semua.Saya juga mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf  jika ada terkasar bahasa dan tahun 2010 pun telah hampir tiba serta selamat menyambut tahun baru bagi kalendar masehi dan selamat maal hijrah bagi kalendar islam.

MARJAN


Kalong yang diperbuat dari marjan,gayanya adalah khusus untuk kaum wanita,Sesetengah orang berpendapat marjan mempunyai nilai mistiknya yang tersendiri.


mohon saudara karimon bt tajuk dalam perkongsian bersama pengunjung blog barangan yg dipinta iaitu buntat lokan n telur ayam jantan .

sama² kita kupas misterinya . tq n wassalam .Ini ada permintaan saudara Neo Iskandar yang mengajak kita berkongsi maklumat /berbincang mengenai 2 barang iaitu buntat lokan dan Telor ayam jantan.jadi jika sesiapa pengunjung blog ini yang  tahu akan barang tersebut silalah berkongsi bersama2 kami.


Kejadian di Tesco Banting dulu telah mendapat perhatian saudara Neo Iskandar dan beliau telah memberi pendapat serta cadangan kepada saya agar membuat satu ruang arkib iaitu dimana jika sesiapa yang tahu atau ingin mengadakan pameran seperti di Tesco dahulu dapatlah menyalurkan maklumat di ruangan arkib ini agar pengunjung yang lain dapat sama2 memperolehi maklumat tentang sesuatu aktiviti.Sila gunakan ruangan ini untuk maklumat sedemikian.


Salam kepada semua pengunjung blog karimon.Sering terdapat beberapa kekeliruan dalam membuat posting/komen sesuatu barang.Ada yang menanyakan atau membuat komen tentang geliga lipan didalam teras kayu dan sebaliknya.Jadi ini semua membuat pengunjung blog ini menjadi keliru jika mahukan maklumat tentang sesuatu barang.Dengan ini saya minta jasa baik serta kerjasama semua agar membuat komen dalam kategori yang sepatutnya agar mudah orang lain membaca komen saudara pada topik yang berkaitan agar tidak menjadi keliru pembaca yang lain.