Pada 15hb Oktober 2009 pada topik Pendapat dan Perbincangan mengenai Bujang Kalak saya ada menyebut satu lagi jenis kayu yang dipanggil Bujang Semalam.Saya mendapat tahu hal kayu ini dari bapa saudara saya tentang khasiat kayu ini dan saya mencari jenis kayu ini.Pada 26hb Jan 2010 saya telah bertemu dengan kayu tersebut apabila saya ke Melaka menziarahi Tok Sheikh,tapi sayangnya Tok Sheikh hanya ada yang pendek sahaja dan menurut beliau sendiri kayu ini memang mempunyai khasiat tertentu dan deskripsi yang diberikan oleh Tok Sheikh dari mana kayu ini didapati adalah serupa dengan yang diberitahu kepada saya oleh bapa saudara saya termasuk khasiatnya.Untuk tatapan pengunjung saya pamerkan rupa bentuk kayu tersebut.Saya tak akan dapat berjumpa dengan kayu ini kalau saya tak berjumpa dengan Tok Sheikh,inilah faedah dan manfaat bila mempunyai ramai kenalan dan terima kasih pada Tok Sheikh kerana sudi menunjukkan kayu tersebut dan izinkan saya mengambil gambarnya.