Pada hari ini jam 8 pagi saya telah menghadirkan diri untuk mengikuti seminar amalan tarikat yang berlangsung di Dewan Annexe Pejabat DUN diShah Alam Selangor.Diantara pencermah jemputan ialah Y Bhf Prof Dr Muhammad Uthman ElMuhammady yang menyampaikan ceramah tentang Tasauf dan Tarikat menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Mantan Mufti Negeri Sembilan Y Bhg Dato Hj Mohd Murtadza yang juga pemimpin Tarikat Ahmadiah dan beliau juga kalau tak silap saya adalah Khalifah Tarikat Ahmadiah di Nusantara ini beliau memberi ceramah mengenai Manual Amalan Msyarakat Negara Zikir.Disamping itu ada juga forum tentang amalan2 Tarikat di Malaysia yang dibentangkan oleh 2 panel lain.Kehadiran saya diditu setidaknya menambahkan pengetahuan mengenai tarikat dan amalannya.Buat pertama kalinya saya bertemu dengan Khalifah tarikat Ahmadiah iatu Hj Murtadza cucu kepada Syeikh Muhammad Linggi.Kuat juga aura Sheikh kita ni.Seorang yang simple dan memberi ceramah dengan baik dan tak kering gusi juga kami dengan lawak jenaka beliau.
Archives
- September 2021 (1)
- November 2017 (5)
- September 2017 (7)
- January 2014 (3)
- July 2013 (1)
- April 2013 (3)
- March 2013 (3)
- January 2013 (4)
- December 2012 (1)
- November 2012 (1)
- October 2012 (3)
- September 2012 (1)
- August 2012 (2)
- July 2012 (3)
- June 2012 (5)
- May 2012 (10)
- April 2012 (10)
- March 2012 (8)
- February 2012 (4)
- January 2012 (10)
- December 2011 (5)
- November 2011 (13)
- October 2011 (8)
- August 2011 (10)
- July 2011 (3)
- June 2011 (4)
- April 2011 (9)
- March 2011 (15)
- February 2011 (5)
- January 2011 (6)
- December 2010 (12)
- November 2010 (17)
- October 2010 (22)
- September 2010 (16)
- August 2010 (8)
- July 2010 (51)
- June 2010 (9)
- May 2010 (35)
- April 2010 (6)
- March 2010 (1)
- February 2010 (29)
- January 2010 (15)
- December 2009 (6)
- November 2009 (5)
- October 2009 (5)
- August 2009 (2)
- July 2009 (17)
- June 2009 (4)
- May 2009 (13)
- April 2009 (12)
- March 2009 (22)
- February 2009 (52)
- January 2009 (33)
- December 2008 (65)
-
Recent Posts
Recent Comments
karimon on Buku Pawang lukman hussain on Badi Kuning Mohamad Fitri on Buku Mistik Teras & K… Akhmad on Keturunan Al Hassan Yang … Taufik on Kayu Penunduk/Kayu Tas Bang Iyek on Keturunan Al Hassan Yang … Yanda on Batu Petir Azizi bin Aziz on Buntat Lokan & Telor Ayam… Sharom on Buah Lantong atau Labu Hu… Syed Muhammad Aizil… on Keturunan Al Hassan Yang … amir on Sejadah Rohani komunitaspemikirkrit… on Keturunan Al Hassan Yang … komunitaspemikirkrit… on Keturunan Al Hassan Yang … jailani matdoan on Keturunan Al Hassan Yang … jailani matdoan on Keturunan Al Hassan Yang … Categories
- Antik Dan Artifak (5)
- Barang Mistik (189)
- Barang Untuk DiMaharkan (15)
- Batu Permata & Cincin (62)
- Berguru (1)
- Berita/Info (93)
- Buku Mistik teras & Kayu (2)
- Buku Mistikal Mistik (6)
- Duit Lama (21)
- Dunia Dalaman Permata (10)
- Keris dan Senjata (26)
- Metafizik (16)
- Perbincangan & Rawatan Sakit Misteri (4)
- Perbincangan & Rawatan Sakit Misteri 2 (1)
- Rahsia Bangsa Melayu (2)
- Sejarah & Info Islam (10)
- Seni Silat Warisan Melayu (1)
- Tarikat & Tasauf (1)
- Teras Kayu (56)
- Tumbuhan Herba & Mistik (45)
- Uncategorized (8)
- Wali songo (3)
- XPDC Gunung Ledang 2 (19)
- XPDC Pulau Besar (26)
Tulisan Terbaik
Top Rated
Asalamualaikum
Ada baik jika Wak Karimon memuat kan sedikit intipati kertas kerja Seminar Tarikat Di Atas. Kerana banyak pelayar weblog yang ingin mengetahuinya. Sebagai seorang bloger kadangkali kita perlu mengetahui apakah sajian yang dikehendaki khalayak. Pendek kata kita sebagai umat Nabi Saw perlulah menyampaikan amanah kebenaran itu dengan bijaksana, jika tidak bagaimana untuk kita menghayati Sifat sidiq, amanah, tabliq dan Fathonah itu. Benda didalam weblog kita tidak lebih sekadar benda untuk menenangkan jiwa, agar jiwa raga itu seimbang untuk membina pendirian. Setiap usaha kita walau pun main main tetapi menuntut kesungguhan. Mungkin hasi tulisan kita tidak ada nilainya dari segi wang ringgit, namun percayalah ianya abadi sehingga ke anak cucu, sekurangnya menjadi kenangan yang mengusik jiwa. Wasalam.
Asalamualaikum
Tarikat Ahmadiah
Tarikat ini telah d asaskan oleh sayyid ahmad idris seorag ulamak terkenal zaman dahulu…Ianya mewujudkan 3 perkara iaitu zikir ,selawat azamiah , istigfar kabil…Utk memperolehi keberkahan .rasullollah s.a.w. telah menganjurkan membaca wirid mengiringi selawat ini dan istigfar…sesungguhnya wirid ,zikir ,selawat dan istigtar ini adalah kunci kunci langit dan bumi dan mendatangkan pahala yg amat besar…wiridx2 yg d amalkan oleh tarikat ini adalah saperti berikut ; subhanallah 100 kali , alhamdulillah 100 kali ,lailaaillallah 100 kali ,allah u akbar 100 kali….kemudiannya berselawat azamiah dan istigfar kabil…D amalkan waktu pagi dan petang….d melaka ,tarikat ini d amalkan d kawasan sg udang ,masjid tanah air limau dan d pernu….Bekas mfti negeri sembilan adalah pengikut kuat tarikat ini dan salah silahnya dgn syeikh mohd syed linggi…sekian
Alhamdulilah. setidak nya ada gak bahan tariqah yg di ketengahkan selain barang2 ciptaan Allah.kalau kita kaji ada firman ALLAh yg mengatakan “kami muliakan bani adam”. tapi ada gak org yg cari akan alami barang2 ciptaan.lebih lagi yg berkhadam.ENTAHLAH.dari khasiat alami barang ni semua,ada baik barang peninggalan para ‘alim ulamak atau yg di kenali para wali wali ALLAh seperti aurad,hizib,ratib dan zikir.lagi ampuh.yg dah ada baiah tu ingat sikit hadis nabi yg’masuk surga smua atas rahmat ALLAh bukan lantaran beramal.tu syirik khaffi. Pandang segala-gala amalan yg di amalkan hanya anugrah,rahmat,hidayah,taufik dan pertolongan ALLAh. inilah jln tauhid –
Asalamualaikum
LMU MENGENAL “DIRI”
PENGENALAN
Kebanyakkan manusia pada hari ini menganggap bahawa “Hidup” itu hanyalah makan, bergerak, mencari kemewahan, bekerja dan lain lain lagi, mereka mengangap bahawa jasad kasar mereka itu hidup dengan sendiri nya yang membolehkan mereka melakukan kerja kerja harian mereka itu, tapi pernah kah mereka terfikir bahawa jasad mereka itu sebenar nya ialah benda mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan sendiri nya tanpa ada sesuatu yang menghidupkan nya?
Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada erti nya. Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggalakan jasad.
Dimanakah letaknya yang di panggil hidup itu? Yang mana dengan adanya yang hidup itu lah jasad kita ini hidup dan sebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri, dan dia lah yang di panggil “DIRI” sebenar “DIRI” dan menghidupkan jasad kita ini. Tapi pernah kah kita terfikir tentang “DIRI” itu atau cuba mencari dan mengenal nya.
Tentu nya soal yang akan timbul ialah dari mana “DIRI” itu, dimana letaknya “DIRI” itu, terdiri dari apakah “DIRI” itu, dan kemanakah perginya “DIRI” itu apabila jasad mati atau dengan lain perkataan “DIRI” meninggalkan jasad??? dan yang penting sekali bolehkah kita mengenal “DIRI” sebenar “DIRI” kita itu.
BARANG SIAPA MENGENAL “DIRI” NESCAYA KENAL LAH IA AKAN TUHAN NYA
Benarkah bila kita mengenal “DIRI” maka kita akan mengenal Tuhan ??
Kita semua tahu bahawa ujud nya roh! Tak ada sesiapa yang dapat menafikan kenyataan ini, Kerana semasa Tuhan bertanya kepada sekelian Roh ” siapa kah Tuhan kamu ” dengan sepontan sekelian Roh menjawab ” bahkan ” yang membawa makna mereka telah pun mengenal Tuhan yang esa.:
Kisah Roh memasukki jasad Adam
Setelah jasad Adam terbaring maka Tuhan telah memerintahkan Roh memasukki ke jasad Adam, tetapi sebelum itu Roh telah bertanya ” dimanakah harus aku masukki, ya ALLAH ” dan ALLAH pun menjawab ” masuk lah mana mana yang kamu senangi ” Maka masuk lah Roh melalui hidung dan dengan itu maka bernafaslah kita melalui hidung.
Ini menunjukkan bahawa sesudah Roh memasukki badan, maka barulah bermulanya kehidupan kepada jasad dan terbukti di sini bahawa Roh lah yang dikatakan penghidup kepada jasad, dan mati pada jasad ialah apabila Roh keluar apabila sampai ajal nya.
Jasad kasar kita ini terdiri dari 2 yaitu:
1. Dihidupkan
Apakah maksud dihidupkan dan bahagian mana? Yang dihidupkan ialah Jasad kasar kita ini, ia nya di hidupkan oleh “”Roh”” yang berada di dalam Jasad. “Roh” memasukki jasad semasa kita 100 hari dalam rahim ibu kita. “Aku tiupkan sebagian dari roh ku” kata firman Allah. Sejak itu lah kita hidup di dalam rahim ibu kita dan kemudian di lahirkan kedunia dan terus menjalankan kehidupan dari bayi hingga lah akhir hayat.
2. Menghidupkan
Yang menghidupkan ialah roh, yang datangnya (diciptakan) dari Allah, yang memasuki jasad dan terus hidup, tugas roh ialah menghidupkan jasad tetapi sayang nya jasad tidak langsung terfikir bahawa roh lah yang hidup sebenar benar hidup dan menghidupkan jasad yang bila mana roh meninggalkan nya maka matilah dia di panggil orang dan di tanam atau di bakar.
MATI IALAH APABILA ROH MENINGGALKAN JASAD
Jadi siapakan yang berkepentingan disini, tentunya jasad kerana tanpa roh maka jasad tidak bermaana langsung.
Jasad perlukan roh untuk hidup tapi kenapa roh tidak dipedulikan semasa hidup nya
Perlukah roh di kenali?
Sebelum mengenal Roh haruslah kita mengenal “DIRI”
“BARANG SIAPA MENGENAL “DIRI” MAKA KENALLAH DIA AKAN TUHAN NYA”
APA KAH “DIRI” ITU”
Untuk pengetahuan semua bahawa “DIRI” itu mendatang kemudian setelah roh memasukki jasad, bagaimana ini berlaku?
Apabila Roh berada di dalam Jasad maka perkembangan cahaya Roh itu yang memenuhi dalaman Jasad keseluruhan nya, ini telah menyebabkan ujudnya “Diri” yang berupa saperti jasad nya memenuhi ruang dalaman jasad nya..
Maka ujudlah “Diri” sebenar “Diri” dan “DIRI” ini lah yang harus di kenal.
(kenal lah diri maka kenal tuhan)
BAGAIMANA MENGENAL “DIRI” SEBENAR “DIRI”
Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal “DIRI” ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah guru guru mengajar kepada murid murid nya. Semua perguruan ini betul dan cara apa sekali pun di gunakan, tujuan nya satu ya itu untuk mengenal “DIRI” sebenar “DIRI” .
Untuk mengenal “DIRI” ini ada 3 cara:
1. Terbuka dengan sendiri nya
2. Ushakan sendiri untuk membukanya
3. Dibukan oleh guru. (guru guru yang berpengalaman)
Apakah yang di maksudkan “dibuka”
Di buka maksudnya ialah membukakan jalan jalan pancaran cahaya “DIRI” itu hingga keluar dari jasad dan terpancarlah cahaya “DIRI” itu keluar dari jasad melalui jalan jalan nya dan dengan rasa yang bergetar getar pada jalan keluar nya, rasa ini dapat dirasakan dengan nyata oleh murid murid yang mempelajari ilmu ini.
Ini lah rahsia hidup kita dan “DIRI” ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, “DIRI” ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita, kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.
Kenal kah “DIRI” tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.
Banyak lag persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal “DIRI” kita yang sebenar benar “DIRI” ini, kita harus belajar dari “DIRI” ini:
Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana
Dia lah sebaik baik Guru
Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian
Kesimpulan nya kenali lah “DIRI” kita ini yang dia lah sebenar benar “DIRI” dan kemukakan lah dia dalam segala urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi, kerana dia kekal kerana di kekalkan.
Ilmu Mengenal “DIRI” ialah satu ilmu pengetahuan yang harus di ketahui oleh semua orang kerana tiap tiap maanusia membawanya di dalam jasad kasar mereka, harus kah penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa mengenali dan merasakan nya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan kita?????
wasalam.
‘Mengenal diri’ adalah ilmu yang amnya dipelajari oleh ahli sufi(tariket).Cara mengenal diri bergantung bagaimana mereka mempelajarinya.
Setiap sesiapa yang mahu mempelajari tareket mestilah berguru dengan guru yang mursyhid.
Jangan sesekali mempelajari dengan hanya menggunakan buku yang boleh didapati dipasaran.BELAJAR TANPA GURU SESAK.
Ahli sufi ini kadang2 amat sukar untuk dikenali kerana mereka terlalu low profile ibarat harimau menyembunyikan kuku.Disebabkan inilah kita mesti mencari yang benar2 guru supaya jangan tersesat.
Bila sudah tersesat payah untuk balik ke pangkal jalan.Oleh itu PENTING untuk saya tekan disini carilah ILMU DENGAN ILMU baru kamu boleh mendapat ILMU.
saya tertarik dgn hujah saudara.ingin saya tambah sedikit tentang mengenal diri.saya jumpa ramai guru yg mengajar mengenal allah.akan tetapi jarang saya jumpa guru mengajar mengenal muhammad rasulallah saw.sabda nya anna naminallah wal muk mini na minan ni.bermaksud hanya aku dari allah yg lain dari ku.ketahui lah wahai saudara2 ku sesunggug nya muhammad rasulallah ada di alam nyata ini,akan tetapi orang jarang nak kenal dia malah semua nak mengenal allah sbt saja.mana munkin cucu yg nak berbin kan pada datuknya? sedangkan abah lah yg berbin kan datuknya.ketahui lah setiap kalam suci al quran di perintah kan suruh muhammad yg berkata mengapa ramai antara kita tak mahu ambil kisah tentang muhammad saw? pirman allah dlm hadith qudsi al insan nu sir ri wa ana sir hu.bermaksud insan itu berahsiadgn aku dan aku lah rahsia nya.kerana insan itu lah aku letak kan rahsia aku.lebih mendalam lagi insan itu lah penanggung kenyataan aku.jadi kenapa kita tidak ambil aatibar agar kita bertanya mengenal insan.tanpa kita mengenal siapa itu insan yg memikul rahsia allah nescaya kita tidak kenal dgn sebenar kenal.kerana dia lah akan membawa kita mengenal allah.pirman allah lagi wapi an pusikum apala tubsurun.tidak kah kamu lihat dlm diri kamu itu? mari lah kita berkongsi pendapat tentang bab mengenal allah.saya tegaskan di sini tanpa kita mengenal muhammad kita tidak akan mengenal allah.kerana dia lah saja yg mengenal allah dan dia lah yg akan membimbing kita kepada mengenal allah.sabda rasulallah saw barang siapa dengki akan ahli rumah ku maka di bangkit kan oleh allah pada hari kiamat kemudian dari kaum yahudi. firman allah kun in kun tum tuhibbu nallah pat ta biu ni yuh bib kumullah.kalau kau nak di kasihkan allah ikut aku nescaya allah akan kasih kan kamu.adakah kita nak ikut pegang jubahnya?renong lah sejenak wahai saudara2 ku.sekian secara ringkas wassalamualaikum warahmatullah wabarokatuh amin.
Salam. tompang lalu.
Untuk lain perkataan untuk kenal Allah mesti terlebih dahulu kenal rasullullah.. Untuk mencintai Allah mesti terlebih dahulu mencintai Rasullullah. Untuk mencintai rasullullah mesti terlebih dahulu mencintai Sahabat2nya. Mencintai mereka yang menuruti mereka itu dan mereka yang menuruti mereka itu dan mereka yang menuruti mereka itu hingga kepada guru mursyid kita… ini lah yang di panggil sanad salasilah yang sah.. wallau aklamu bissawab.
Assalamualaikum Pakchikli,
Saya ingin bertanya satu saolan,Mengapa kain kafan bagi lelaki dan perempuan tidak sama lapisan,Syariat meletakan 3 lapisan untuk lelaki manakala perempuan 5 lapisan,bolehkan Pakchikli terangkan apakah hakikat sebenarnya disebalik lapisan2 itu.Terima kasih.
Asalamuakum
Kalau sudah ada ilmu buat apa cari ilmu ?.
Wasalam.
ILMU TU TAKAN HABIS SO CARILAH ILMU ALLAH S.W.T HINGGA MATI,, JADI TAK SEPATUTNYE TIMBUL PERSOALAN “Kalau sudah ada ilmu buat apa cari ilmu” ?.
sy bukn cri ilmu,sy menuntut ilmu..sabda rasulallah saw tuntu lah ilmu walau smpai ke negeri china sklipun,dia tidak suruh mncri ilmu..sdkit pntun,pucuk paku rmpun paku,letak mari dalam dulang tuntut lah aku knl lah aku,aku berada di tengah terng..fikir lah. .
Asalamualaikum
Ilmu
Ilmu (bahasa Inggeris:Knowledge) merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia.
Biasanya, ilmu adalah hasil daripada kajian terhadap sesuatu perkara. Dalam hal ini, ilmu sendiri juga boleh menjadi sasaran kajian dan menghasilkan apa yang dikenali sebagai “ilmu mengenai ilmu”, yakni epistemologi.Dalam hal ini, kajian mengenai ilmu lebih dikenali sebagai sains maklumat dalam dunia kepustakawanan.
Ilmu merupakan pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian ataupun memerlukan kefahaman.Ilmu adalah berbeza dengan maklumat iaitu sesuatu maklumat tidak bererti atau bermakna sekiranya ia tidak dapat dijadikan makna atau mendatangkan makna kepada seseorang contohnya data-data dari komputer (binary code) tidak bermakna sekiranya tidak dirangkumkan untuk dijadikan perisian yang berguna kepada manusia dan ianya hanya akan kekal sebagai data.
Ciri-ciri ilmu
Ilmu adalah sebahagian daripada aspek kognitif yang terdapat dalam diri manusia. Maka dengan itu, ilmu adalah berkaitan dengan aspek kognitif manusia yang lain seperti pengetahuan, pengalaman, dan juga perasaan. Tetapi pada masa yang sama, ilmu adalah berbeza dengan perkara-perkara ini dan ciri-cirinya adalah seperti berikut:
* Ilmu boleh dipertuturkan
Ciri ini membezakan ilmu dengan perasaan dan pengalaman. Contohnya, sesetengah “pengalaman diri” seperti mimpi adalah sukar dipertuturkan melalui bahasa. Tetapi bagi ilmu, ia haruslah sesuatu yang dapat dipertuturkan melalui bahasa.
* Ilmu mempunyai nilai kebenaran
Sesuatu yang digelar sebagai ilmu biasanya dianggap benar. Ciri ini membezakan pengucapan ilmu dengan pengucapan sasastera yang biasanya mengandungi unsur-unsur tahayul.
* Ilmu adalah objektif
Ciri ini bermaksud bahawa ilmu adalah sesuatu yang tidak dapat diubah menurut keinginan ataupun kesukaan seseorang individu.
* Ilmu diperolehi melalui kajian
Ilmu adalah hasil daripada kajian. Ia bukanlah sesuatu rekaan. Ilmu mengenai cara memeroleh ilmu itu dikenali sebagai perkaedahan penyelidikan ilmiah
* Ilmu Sentiasa berkembang
Ilmu adalah sentiasa berada dalam proses pertambahan, pemantapan dan penyempurnaan.
Penjenisan ilmu
Ilmu boleh dibahagikan kepada beberapa jenis menurut kriteria yang tertentu. Pada masa kini, ilmu lazimnya dibahagi kepada 3 kategori yang besar yakni:
* Sains Fizikal
o Fizik
o Kimia
o Biologi
o Perubatan
o Farmasi
o Kejuruteraan
o Matematik
o Astronomi
o Lain-lain lagi
* Sains Sosial
o Sosiologi
o Antropologi
o Geografi Manusia
o Sejarah
o Politik
o Perundangan
o lain-lain
* Sains Kemanusiaan
o Bahasa
o Falsafah
o Seni
o kesusasteraan
o lain-lain
Penjenisan ilmu dengan cara ini adalah diterima oleh masyarakat umum. Dalam penjenisan ini, sains tabii mewakili bidang ilmiah yang mengkaji benda-benda fizikal semula jadi, yakni benda-benda yang bukan dicipta oleh manusia. Manakala sains sosial pula merupakan bidang ilmiah yang mengkaji masyarakat manusia yang merupakan sesuatu yang terbina oleh manusia sendiri tetapi pada masa yang sama juga merupakan sesuatu yang objektif kepada manusia. Manakala sains kemanusiaan pula, adalah mengkaji perkara-perkara yang dicipta oleh kreativiti manusia semata-mata.
Pengkelompokan ilmu kepada 3 kelompok seperti apa yang dilakukan di atas , merupakan klasifikasi ilmu yang dibuat oleh Universiti Harvard pada tahun 1928. Di samping klasifikasi ilmu ini, terdapat juga sarjana yang membuat klasifikasi ilmu dengan cara sendiri, contohnya Philip Phoenix telah membahagikan ilmu kepada 6 pola yakni:
1. Simbolik
Contoh: Matematik, Bahasa
2. Empiriks
Contoh: Fizik, Kimia, Biologi
3. Estetik
Contoh: Seni, Muzik
4. Etik
Contoh: Moral
5. Sinetik
Contoh: Pengetahuan Individu
6. Sinoptik
Contoh: Sejarah, Agama, Falsafah
wasalam
Salam…tompang kongsi.. tu semua yang tuan cakap tu ada lah ilmu dunia yang tidak memberikan sebarang manfaat untuk akhirat.. hanya buat cari makan mengisi temolok. Dalam satu hadis; nabi berlindung dengan Allah dari ilmu seperti ini.. “Allahhumma inni naauzubika minal ‘ilmi la yanfaq” Ak berlindung dengan allah dari ilmu yang tidak memberikan Manfaat. tiap2 ilmu ini akan ada yang terkini dari yang dah terkini itu dan yang terbaru akan membatalkan yang dahulu..jadi ilmu ini banyak Dusta.. maka yang dusta tidak memberi manfaat untuk akhirat mu. dalam semua bidang ilmu yang tuan katakan itu tertakluk kepada kesalahan itu. Yang dikatakan ilmu itu pada hakikatnya ada lah SIFAT TUHAN. “ILMU”. Maka hanya TUHAN lah yang BERILMU SEBENARNYA. wallahu aklamu bissawab.
Terimakasih kerana memberi hujah yang cukup panjang lebar saya faham maksud anda.
Yang saya maksudkan ilmi disini ialah’mengenal diri’.Dimana kita mempelajari tentang MUHAMAD,HAK DAN ZAT ALLH.
Itulah ILMU yang saya maksudkan tapi terimakasih kerana menghuraikannya untuk saya.
kah…kah…kah….saya tak nak ulas dah berbuih mulut beri tahu, baca lah komen dan tulisan saya ???
Salam Tok Sheikh dan Para Sahabat yang dirahmati Allah…
Tok Sheikh Makan sabun ker???..kenapa Mulut Berbuih…Minum Shampoo la Tok..Boleh buat Bubble….kah…kah…kah…
Kepada yang nak Mengenal Diri….Kenal lah Hati Masing-masing Dahulu…dah Kenal Hati barulah Kenal Diri..Dah Kenal Diri..takde dah diri tu..Bila dah tau…berdiri tegak lah…Berukuk Tunduklah..Bersujud merendahlah…Bila tinggi-tinggi..tanpa Pohonan yang Kuat..maka jatuh berdebab macam nangka nanti..so cari lah guru-guru yang mengaji dan yang terima gaji..takdak gaji..tak yah mengaji…nanti kata mana ditauliahkan..so rujuklah pada yang bersanad…nanti belajar buat penat…tersesat…nanti hangat-hangat…makan pengat…sejuk gak..harap mula-mula ajer..pas tu….takder gak…buat lah bersedang-sedang..jangan kurang.dan jangan terlebih..diantarannya ajer..kalau kurang..tak puas..kalau terlebih…tumpah pulak..buat ajer yang diperintah..tinggalkan ajer yang dilarang…kan senang..hati senang Hidup Tenan..mati sejahtera..amalan Dirahmati pula..dah kira ALHAMDULILLAH…Kalau blajar biar Alif sampai yaa..jangan Alif, baa, taa, ajer nanti tata-titi-tutu..sapai kat situ jer..
Kalau Betul nak blajar..Tanya Pada Pakcikli dan Tok Sheikh…Kalau pengasas Bersuara nanti..Ribut Semua…Belum lagi si Neo..kaum pakai hembus ajer….hem…hem..hembussss……
Ilmu ni ada berbagai Ilmu…Contoh..kayu yang berwarna Hitam..banyak yang berwarna hitam..tetapi jenisnya lain-lain..So..kalau memilih Ilmu…Belajarlah Ilmu yang dituntut…kalau tersilap Ilmu yang dituntut..terkentut-kentut nanti…Wassalam..
Maafkan saya Tok Sheikh dan Pakcikli…Ana tegeliat sket..pasai penin buat tasbih kayu…nak buat tasbih..jadi guli kayu la plak…Nak buat tasbih..nak buat tasbih…
salam. tompang sikit.
Kalau nak belajar kena cari Guru yang mursyid..Ini bukan ilmu yang di ajarkan di sekolah2, pondok2, universiti2, .. Kalau tauliah tu.. yang memberikan tauliah pon tak tahu ilmu ini cam mana nak di iktiraf ilmu nya.. yang terpenting tauliah tu bukan surat yang di pamirkan tapi sanad salasilah dari guru yang mursyid jugak. wallahu aklamu bissawab.
Asalamualakum
sesungguhnya sehingga ke saat ini saya maseh gementar berbicara diruangan weblog ini kerana ianya dibarisi dengan nama nama yang hebat seperti Tok Syeikh, Waliqudus, Tok Serban Hijau, Jiwa Tempur, Kaimun (yang terkarim) Neo (kuasa baru) dan kini ditambahi pula saudara Rahimirahman. Jika dibandingkan nama nama ini dengan pakcikli ibarat langgit dengan bumi, apatah lagi pakcikli hanyalah seorang Dukun Asmara.
Pakcik bertambah gementar lagi bila ilmu yang ingin dibicarakan mengenai Muhamad, hak dan zat Allah, sesungguhnya saudara Rahimirahman ini lebih hebat sikit dari jiwa tempur (maaf, kalau cakap hebat banyak nanti kecil hti pula anakanda Jiwa Tempur).
Sebenarnya ilmu yang pakcikli miliki tidak sampai setitis daripada ilmu kalian yang melautan. Amalan yang pakcik warisi hanyalah sekadar menyebut nama tuhan yang maha pengaseh dan penyayang untuk memperolehi kesejahteraan. Sebab itulah setiap kali komentar pakcikli bermula dengan salam samoga kita beroleh kesejahteraannya. Lantaran komentar kalian yang tidak didahului salam sudah cukup menyatakan betapa tingginya ilmu yang tuan tuan miliki.
Ada pepatah yang menyatakan, syariat tanpa hakikat adalah hampa dan hakikat tanpa syariat adalah batal. Dan saya tegaskan sekali lagi rukun ugama itu terdiri daripada syariat, hakikat, tauhid dan makrifat. Jika kita memahami rukun ugama tidak timbullah masalah, penyakit sesat, penyakit amal, penyakit diri, penyakit tuhan dan seumpamanya sebagai madah berhelah untuk tidak mahu mengalah.
Jika kita memahami syariat, hakikat, tarikat dan makrifat, kita maseh lagi memerlukan syariat untuk mengucap dan menyebut nama benda seperti kayu, batu dan besi yang dimiliki oleh Waliqudus yang menyatakan kebesaran nama makhluk tuhan yang mencipta alam semesta. oleh itu mereka yang singgah ke weblog ini tidak pantaslah meninggalkan syariat agar memahami segala benda yang di sebut dan ditulis, apatah lagi mereka yang baru tersesat ke weblog ini. Walau pun tahun ini tahun Harimau adalah tidak pantas kita menyamakan atau mengibaratkan ahli sufi itu dengan harimau kerana maksud sufi itu bukan harimau tapi hari hari dia mau macam Tok Waliqudus. Apakah orang yang diberikan nama nama hebat seperti yang dibariskan diatas bukan ahli sufi kerana mereka tidak seperti harimau. Sesungguhnya mereka lebih hebat dari harimau jika kita mengenali mereka.
Kita memerlukan hakikat untuk mengetahui jiwa kita samada seperti kehidupan tumbuh tumbuhan, haiwan, syaitan atau tuhan. Kerana itulah kita dinasihatkan jangan terlalu asyik dengan sesuatu benda seperti kayu, batu dan besi kerana dikhuatiri kehidupan kita menjadi kayu, batu dan besi.
Kita memerlukan tauhid agar setiap amalah kita adalah menurut perintah Allah swt, bukan di kerana oleh kerana, sehingga merana.
Akirnya kita memerlukan makrifat untuk mengenali barisan pemberi komentar yang hebat di weblog ini yang sehinggaka ada yang sudah sampai berbuih mulutnya kerana tidak menyampaikan nasihat dengan hati. wasalam.
Asalamualaikum
Sekadar catatan mengenai syariat, hakikat, tarikat dan makrifat buat teman.
“Hakikat tidak akan muncul sewajarnya jika Syariat dan Thorikat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya.”
Fakir Suluk mulakan bicara dengan Taufiq yang diberikan oleh Allah Taala Yang Ampunya Pengetahuan.
Adapun perkataan Syariat, Thoriqat, Hakikat dan Makrifat walaupun ianya berlainan pada sebutan tetapi dari segi tujuannya adalah satu jua iaitu sekelian itu “Syariat”. Berlainan pada lafaz atau sebutan-sebutan ini adalah kerana berlainan hantaran jua seperti yang akan dibincangkan dalam bab ini Insya Allah. Kata Sheikh Al-Islam Sulaiman bin Shodiq dalam kitabnya Mizaan Al-‘Aqala’ bahawa tiap-tiap satu daripada perkara-perkara tersebut ada dua hantaran maknanya iaitu;
* Makna Lughowi (dari segi bahasa) dan
* Makna Istilah (dari segi syarak)
Adapun tiap-tiap satu daripada empat perkara itu atas sekira-kira makna lughowi(bahasa) iaitu;
* Syariat adalah kenyataan
* Thoriqat adalah jalan
* Hakikat adalah sebenar
* Makrifat adalah mengenal.
1. Penerangan Mengenai Syariat.
Adapun makna istilah atau pengertian mengikut syarak bagi syariat ialah;
“Undang-undang Tuhan yang dihantarkan untuk kebaikan hamba daripada sekira-kira suruh dan tegah dan harus”.
* Maka “suruh” itu dua bahagi iaitu, pertamanya wajib dan keduanya sunat.
* dan “tegah” itu dua bahagi juga iaitu haram dan makruh
* dan “harus” itu satu jua
dimana berjumlah semuanya lima perkara iaitu;
* Wajib
* Sunat
* Haram
* Makruh dan
* Harus.
Adapun erti wajib itu ialah sesuatu yang diberi pahala pada mengerjakannya dan berdosa apabila meninggalkan ia. Sunat itu pula ialah sesuatu yang diberi pahala pada mengerjakannya dan tiada berdosa apabila meninggalkan ia. Adapun haram itu ialah berdosa pada mengerjakannya dan diberi pahala pada meninggalkan ia dan makruh itu tiada berdosa mengerjakan ia dan diberi pahala apabila meninggalkan ia dan harus itu bersamaan jua sama ada mengerjakan ia atau meninggalkan ia iaitu tidak diberi pahala atau dosa..
Inilah yang dinamakan Syariat atau Syarak.
Maka tiap-tiap yang keluar daripada perbuatan kita atau perkataan kita atau niat kita semuanya yang mencakupi zahir dan batin tidak terlepas malah akan terkena dengan salah satu daripada tiga perkara itu iaitu;
* adakalanya kebajikan atau
* tidak kebajikan atau
* tidak kebajikan dan tidak kejahatan.
Maka tiga perkara ini merupakan penimbang syariat; di mana tak dapat tidak(mesti) akan terkena pada tiap-tiap seseorang. Maka yakinilah bahawasanya thoriqat, hakikat dan makrifat ketiga-tiganya itu adalah syariat juga; tiada keluar sekali-kali daripada nama syariat. Ia hanyalah bersalahan pada nama dan sebutan jua dan sebab yang demikian itu adalah kerana Thoriqat itu maknanya pada istilah atau syarak ialah “WASILAH” dan erti wasilah itu ialah tiap-tiap sesuatu yang boleh menyampaikan dan menghasilkan kehendak seperti kapal atau kereta dan lain-lain di mana sekelian itu merupakan “WASILAH” atau “THORIQAT” yang menyampaikan kepada tempat yang diqasadkan.
2. Penerangan Mengenai Thoriqat
Adalah tujuan kehendak “SYARIAT” itu dua perkara sahaja iaitu;
* Pertamanya “Takliyah” dan
* Keduanya “Tahliyah”.
Adapun erti Takliyah itu ialah “membersihkan dan menyucikan daripada segala kejahatan zhohir dan batin” dan erti Tahliyah itu ialah menghiasi dan bersepakai dengan kelakuan dan perangai yang baik zhohir dan batin.
Maka kejahatan yang sehabis-habis jahat dan keji itu ialah lupa atau lalai kepada Allah Taala dan kebajikan serta kelakuan perangai yang sehabis-habis baik itu ialah “Dawaamul Hudur” ertinya sentiasa ingat akan Allah Taala.
Firman Allah Taala;
“Kemana sahaja mereka memalingkan muka mereka, di situ ada Wajah Allah”. (Al-Quran).
Maka dua perkara inilah yang dituntut pada syarak kepada seorang hamba untuk/supaya mencarikan jalan thoriqat yang boleh menjauhkan kejahatan itu dan menyampaikan kepada sehabis-habis kebajikan itu dengan apa-apa jalan(thoriqat) yang ada. Maka jalan yang ada itu tersangatlah banyak sehinggakan ada antara ulama yang mengatakan;
“Bermula jalan yang boleh menyampaikan kepada Allah itu amat banyak dengan sebilang-bilang nafas sekelian makhluk”.
Dan lagi firman Allah Taala dalam Surah Al-Imran : 31 yg bermaksud :
Katakanlah Ya Muhamad kepada umat engkau, jika ada kamu kasih akan Allah, maka ikutilah aku(Rasulullah SAW.) supaya kasih pula Allah Taala akan kamu.
Dari maksud Firman Allah ini membuktikan segala amalan dan perbuatan yang telah baginda lakukan dan tinggalkan atau yang baginda “syariatkan” adalah merupakan “Thoriqat” untuk mencapai keredhoaan Allah Taala. Dan untuk memperihalkan segala amalan baginda itu, semuanya telah umum kenyataannya dari hadis-hadis dan riwayat hidup baginda serta dari kitab-kitab fekah yang diasaskan oleh empat mazhab yang memang diakui kebenarannya..
Dalam hal ini, eloklah kita lihat penegasan mengikut pandangan hakikat dari hambanya yang telah Washil ilaLah(sampai kepada Allah). Telah menyebut oleh Al-Arif Al-Rabbani Kamil Mukamil Wali Qutub Sheikh Abi Madyan r.a. dalam kitabnya “Kanzul Manan” sebagaimana berikut;
“Diharamkan mereka itu sampai kepada Allah kerana meninggalkan mengikut”Thoriqat Muhammadiyah” (iaitu amalan dan perbuatan Rasulullah SAW. di samping suruhan dan tegahannya) dan berjalan mereka itu dengan keinginan mereka”.
Maka segala jalan yang ditentukan oleh syarak yang di bawa oleh Rasulullah SAW. itu tiada keluar daripada pekerjaan yang disuruh ertinya mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah. Maka setengah daripada jalan itu ialah dengan membanyakkan sembahyang sunat dan puasa dan zikirullah dan membanyakkan membaca dan mengkaji Al-Quran, memperdalami ilmu agama, berbuat kebajikan kepada golongan fakir dan lain-lain lagi daripada yang disuruh dan menjauhkan apa yang ditegah.
Dengan demikian, mengerjakan apa-apa yang tersebut itu dikatakan “Thoriqat” dan orang yang menjalankannya dan mengerjakan yang demikian itu dinamakan dia “Ahli Thoriqat”. Maka difaham daripadanya, jelaslah dan nyatalah bahawasanya thoriqat itu ialah syariat juga dan tiada keluar sekali daripada nama syariat di mana ianya telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam firmanNya dalam Surah Al-Hasyr: 07 yang bermaksud;
“Dan apa-apa yang telah mendatang ia akan kamu oleh Rasulullah itu maka ambil oleh kamu dan apa-apa yang menegah ia akan kamu, maka berhentilah oleh kamu jangan dikerjakan”.
Itulah sebenar-benar Thoriqat; iaitu Syariat dalam erti kata melaksanakan dan menjunjung akan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang ditegah. Bukanlah ditentukan dengan kehendak dengan thoriqat itu semata-mata atau khusus dengan “Thoriqat Naqsyambandiyah” atau “Thoriqat Khulwati” atau :”Thoriqat Ahmadiyah” atau lain-lain lagi.
Adapun yang dimasyhur dengan thoriqat-thoriqat tersebut adalah semata-mata disandarkan kepada orang yang mula mengasaskan dan mengerjakan pekerjaan itu hingga masyhur namanya dan dikatakanlah thoriqat itu Thoriqat fulan-fulan. Ini adalah “salah satu cara atau jalan” untuk sampai kepada Allah di samping banyak lagi jalan-jalan lain yang ada mengikut sebilangan nafas yang ada pada makhluk ini. Perlu ditegaskan bukan kita menafikan akan kebenaran Thoriqat khususiah ini, tetapi kita ingin menjelaskan bahawa itu adalah salah satu jalan dari jalan-jalan lain yang ada. Bukanlah semestinya dengan jalan yang ini sahaja dan janganlah dinafikan jalan yang lain kerana menafikan jalan yang lain samalah seperti menafikan anugerah Rahmat Allah yang lain.
Janganlah terkeliru dengan istilah Thoriqat ini sehingga ada yang sanggup menidakkan atau mempelekehkan orang-orang yang tidak ikut dalam Jamaah Thoriqat Khususiah yang tertentu dengan tuduhan-tuduhan liar sebagai orang yang “suka makan kulit sahaja” atau “orang yang tidak mengamalkan ilmunya” atau “golongan syariat yang jahil tentang thoriqat dan makrifat” atau “orang yang tidak mengikut jalan yang sebenar” atau tuduhan-tuduhan lain hanya kerana mereka tidak ikut berthoriqat secara khususiyah mengikut mana-mana nama thoriqat seperti di atas. Tujuan mereka adalah sama sahaja iaitu untuk sampai kepada Allah dan berbeza mungkin pada jalan-jalannya sahaja.
Jangan….jangan sekali dipersempitkan keluasan Allah dan dikurangkan Kekayaan Allah Yang Maha Meliputi di atas setiap penzhohiran yang ada. “Kemana sahaja mereka memalingkan muka mereka, di situ ada Wajah Allah”. (Al-Quran). Jangan pula kita lupa kepada pandangan hakikat dan orang-orang yang bermakrifat bahawa untuk “sampai kepada Allah” itu adalah dengan limpah rahmatNya jua
Telah diceritakan daripada seorang lelaki berkata kepada Sheikh(Guru)nya. Katanya; Wiridkan olehmu kepadaku suatu wirid. Mendengar pertanyaan lelaki itu, maka marahlah Sheikhnya kerana bodohnya permintaan tersebut. Katanya(sheikh); Adakah aku Rasul yang mewajibkan segala yang wajib dan segala fardu itu telah maklum dan segala maksiat itu telah masyhur.
* Maka peliharakan bagi segala fardu dan
* tinggalkan segala maksiat itu dan
* peliharalah olehmu akan hatimu daripada berkehendak kepada dunia dan kasih kepada perempuan dan
* lemahkan kepada syahwat. dan
* redholah engkau pada bahagian Allah bagimu yang keredhoaan.(dari amal dan ibadatmu). Maka jadikan olehmu bagi Allah syukur dan
* apabila datang bagimu kedukaan maka jadikan olehmu sabar. [Petikan dari Kitab Hikam Ibni Athoillah]
Tersebut dalam Kitab Ilmu Tahqiq atau Ilmu Haqiqat atau dinamakan juga Ilmu Martabat Tujuh “Manhalus Shofi Fi Bayaani Rumuzi Ahli Suffi” sebagaimana berikut;
“Ketahuilah olehmu bahawasanya setengah daripada yang tak dapat tidak(wajib) bagi orang yang “murid” yang hendak berjalan kepada Allah Taala; mengikut jalan(thoriqat) segala Ahlillah iaitu bahawa hendaklah
* melazimkan dirinya tetap dengan beradab atas Syariat Nabi kita Muhammad SAW.
* yakni dengan memelihara segala perkara yang disuruhnya dan yang ditegahnya kemudian
* masuklah ia pada thoriqat Nabi kita Muhammad SAW.
* yakni mengikut jalan yang dikerjakan oleh Nabi kita pada segala amal atas sekuasanya.
Maka sesungguhnya tiadalah Maqam yang terlebih tinggi daripada Maqam mengikut Nabi SAW. daripada segala perbuatannya(Nabi) dan tegahnya dan kelakuannya dan perangainya. Maka tiada dapat ia sampai kepada Allah Taala melainkan dengan mengikut Nabi kita Muhammad SAW. kerana bagindalah Arif yang sebenarnya yang terlebih mengetahui dengan barang yang terlebih afdhal dan terlebih kasih bagi Allah dan dengan sesuatu yang menghampirkan dirinya kepada Allah dan kepada redhoNya”.
3. Penerangan Mengenai Hakikat
Adapun maknanya pada istilah ialah yang bermaksud;
“Hakikat sesuatu yakni “yang sebenar-benar bagi sesuatu” ialah barang(sesuatu) yang tiada boleh ada sesuatu itu melainkan dengan “suatu yang lain”. Maka suatu yang lain itulah “Hakikatnya”.
Maka inilah sehabis-habis mudah dan seterang-terang contoh. Bandingannya amatlah banyak seperti kita kata hakikat kain baju dan benang itu semuanya kapas kerana jika tiada kapas tiada boleh didapati segala perkara tersebut. Maka dikatakan kapas itu hakikat bagi benang dan kain baju. Demikian jugalah dikatakan hakikat pegawai-pegawai pekerjaan kesemua itu ialah Sultan atau kerajaan.kerana tiada boleh berdiri pegawai-pegawai tersebut jika tiada Sultan atau kerajaan. Maka demikanlah juga makhluk atau Alam ini , hakikatnya adalah Allah Taala kerana jika tiada Wujud Allah Taala tentu sekali tiadalah wujud Alam ini. Maka apa-apa yang ada pada makluk dan apa-apa yang terbit dari makhluk itu semuanya Allah Taala yang menjadikannya seperti firman Allah yang bermaksud;
“Dan bermula Allah itulah yang menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuatkan” (Surah As-Shofat: 96).
Dan Firman Allah Taala dalam surah Al Anfal: 17 yg bermaksud :
“Dan tiada engkau melempar ya Muhammad tatkala engkau melempar tetapi Allah Taala jua yg melempar”
Maka zhohir ayat ini menunjukkan bahawasanya hakikat bagi kita dan perbuatan kita ialah Allah
Taala, bukan dari kita kerana makhluk tiada kuasa sekali-kali. “Kemana sahaja mereka memalingkan muka mereka, di situ ada Wajah Allah”. (Al-Quran). Inilah yang dituntut supaya mengenal Allah Taala. Maka hendaklah beriman dan percaya dan mengi’tiqadkan bahawa sekelian perkara ini adalah perbuatan Allah Taala, cuma zhohirnya sahaja disandarkan pada makhluk ini sebagai kenyataan Kehambaan dan Ketuhanan.
Untuk mencapai hakikat dan mengenal Allah Taala ini, maka ianya juga termasuk dalam suruh Syariat dengan tuntutan supaya mempelajari Ilmu Tauhid atau Ilmu Usuluddin atau Ilmu Sifat 20 atau Ilmu Kalam kerana mana mungkin diketahui hakikat Allah Taala dan percaya, beriman dan beri’tiqad dengan i’tiqad yang sebenarnya dengan tiada Ilmu mengenai Ketuhanan. Jadi, dengan kata lain tidak akan mengenal Hakikat itu melainkan dengan Ilmu Tauhid iaitu Ilmu untuk mengenal Allah sebagaimana maksud sabda Nabi SAW. yang bermaksud;
“Awal-awal agama itu ialah mengenal Allah”
Maka tegasnya; mencari ilmu mengenal Allah itulah suruh “syariat” untuk mengenal hakikat sesuatu dan usaha untuk mencari dan mempelajari serta mengamalkan ilmu tersebut itulah wasilah atau jalan atau “thoriqat” untuk mencapai tujuan tersebut. Demikian juga halnya kewajiban untuk mempelajari Ilmu Tasauf itu adalah juga tuntutan “syariat” supaya boleh dikenal dan dibeza mana yang Haq dan mana yang batil dalam erti kata yang mencakupi mengenal kejahatan-kejahatan dan tipu-daya nafsu(sifat-sifat mazmumah) dan sifat-sifat terpuji(mahmudah) yang membawa kepada maksud “mengenal diri”.
4. Penerangan Mengenai Makrifat.
Adapun makna makrifat pada istilah atau syarak ialah;
“Ibarat daripada mengenalkan sesuatu itu akan sesuatu yang dengan ia(mengenal) itu memberi akan tiap-tiap ampunya hak itu haknya” dalam bahasa mudahnya;
“Boleh membezakan antara yang haq(benar) dengan yang batil”.
Contohnya seperti mencari jalan untuk kenal Raja apabila sudah mengenalinya maka mana-mana sifat yang patut dengan Raja itu dipegang atau dii’tiqad akan sifat-sifatnya. Demikian jugalah hamba dengan Tuhannya; mana-mana Sifat Kamalat(Kesempurnaan) yang patut dengan Tuhan itu maka itulah yang di’itiqadkan pada HakNya dan mana-mana yang tiada patut akan dinafikan daripadaNya.
Maka dengan kerana inilah diwajibkan atas kita mengenal dengan sebenar-benar mengenal. Maka ini pun termasuklah juga ke dalam suruhan “syariat” dengan wasilah(thoriqat) menuntut Ilmu Tauhid dan Ilmu Tasauf yang akan membawa kepada hakikat untuk mengenal(makrifat) Tuhan dan mengenal diri. Sabda Nabi SAW. yang bermaksud;
“Barangsiapa mengenal(makrifat) dirinya, maka mengenallah ia akan TuhanNya dan barangsiapa mengenal TuhanNya, maka binasalah dirinya”.
Tersebut dalam Kitab “Kasful Asror”;
* Adapun yang dinamai “syariat” itu ialah engkau sembah(ta’bud) akan Allah Taala dan engkau kerjakan segala suruh syarak dan menjauhi segala yang ditegah.
* Adapaun yang dinamai “thoriqat” itu ialah engkau sahaja(tuju) akan Allah Taala dengan Ilmu dan Amal dan engkau amalkan barang yang engkau ketahui.
* Adapun yang dinamai “hakikat” itu seperti engkau pandang(musyahadah) Allah Taala dengan cahaya yang dipertaruhkan Allah sama tengah hatimu.
* Adapun “makrifat” itu lengkap meliputi pada sekelian badan.(ilmu, amal zhohir dan batin serta hal-ahwalnya).
Tersebut dalam bicara Kitab Hikam Ibni Athoillah As-Kanddari bahawa tidak akan ada Warid tanpa Wirid. Yang dimaksudkan dengan wirid ialah apa sahaja amalan zhohir atau batin yang dilakukan secara Istiqamah dan terhasilah Warid Ilahiyyah iaitu pembukaan dan pencampakan Nur Ketuhanan yang membukakan sesuatu yang sebelum ini tertutup atau terhijab. Dengan terbukanya sesuatu rahsia di Alam Ghaib ini, maka terserlah bahagian-bahagian hakikat atau makrifat mengikut kadar yang diizinkan. (Kita akan bincangkan hal yang berkaitan dengan Wirid dan Warid ini dalam bab yang lain kerana ianya memerlukan penjelasan yang agak panjang . Untuk bayangannya ada sila lihat di bawah Tajuk Makrifatullah). Apa yang penting ialah diketahui di sini bahawa wirid-wirid yang dimaksudkan itu ialah amalan-amalan syariat yang mengikut thoriq yang disyariatkan oleh Rasulullah SAW.
Maka jelaslah pada kita sekarang bahawa Thoriqat, Hakikat dan Makrifat adalah Syariat jua, tiada lainnya. Sebab itulah dikatakan;
Bermula syariat dengan tiada hakikat itu “hampa” dan hakikat dengan tiada syariat itu “batal”.
5. Rumusan dan Penutup
Jika kita buat kajian behawasanya Allah Taala membangkitkan Rasul-Rasul daripada Nabi Adam a.s. hingga Nabi Muhammad SAW. tiada terdengar akan ajaran Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi itu melainkan hanya SYARIAT jua seperti Syariat Nabi Muhammad mengubah akan Syariat Nabi-Nabi yang terdahulu. Tiada pernah terdengar lagi pada sebutan atau tiada pernah terbaca dalam mana-mana Kitab yang yang mengatakan;
Thoriqat, Hakikat, Makrifat Nabi “Anu-anu” mengubahkan akan Thoriqat, Hakikat, Makrifat Nabi “Anu-anu”.
Maka oleh sebab tiada sempurna faham itulah menyebabkan jadi kesamaran pada fahaman masing-masing kerana tiada mengetahui maksud pada istilah masing-masing.
Dan contoh atau bandingan yang terlebih terang lagi ialah seperti satu pemerintahan. Maka sebuah pemerintahan tidak akan ada jika tiada “Fardu Jami’un” iaitu Raja atau Sultan atau Kerajaan. Ini adalah kerana tujuan satu-satu pemerintahan itu ialah “Fardu Jami’un” dan inilah yang mendatangkan kemajuan dan terpeliharanya daripada kejatuhan atau kemunduran. Maka jalan untuk memelihara kestabilan dan hendak mendatangkan kebajikan dan menolak kejahatan ialah dengan mengadakan undang-undang negeri itu. Maka dalam undang-undang itu terkandung di dalamnya akan perkara-perkara tersebut yang terdiri daripada perkara-perkara yang ditegah dan perkara-perkara yang disuruh dan daripada perkara yang tiada ditegah dan perkara yang tidak disuruh. Maka undang-undang inilah syariat negeri/negara tersebut.
Demikian juga syariat pada agama adalah seperti yang tersebut itu, di mana undang-undang Tuhan adalah bertujuan untuk membaikkan hamba-hambaNya dengan sekira-kira suruh dan tegah dan yang tiada disuruh dan yang tiada ditegah. Menjalankan atau melaksanakan undang-undang itu “Thoriqat” iaitu wasilah yang bertujuan untuk menyampaikan kepada apa yang dimaksudkan iaitu mendatangkan kebajikan dan menolak kejahatan. Maka menjalankan undang-undang itu adalah meliputi perkara yang disuruh dan pegawai-pegawai yang menjalankan undang-undang itu dinamakan Ahli Thoriqat dan Hakikat undang-undang itu Raja atau Kerajaan. “Kemana sahaja mereka memalingkan muka mereka, di situ ada Wajah Allah”.(Al-Quran). Ini adalah kerana tidak boleh ada undang-undang itu melainkan dengan adanya Raja atau undang-undang itu.
Maka disuruh ambil tahu akan demikian itu(undang-undang/syariat) dan makrifat itu juga disuruh ambil ketahui dan kenal betul-betul akan tiap-tiap sesuatu daripada Raja atau Kerajaan dan pegawai-pegawai lainnya dengan maqam dan martabat yang patut dengan masing-masing. “Kemana sahaja mereka memalingkan muka mereka, di situ ada Wajah Allah”.(Al-Quran).Maka inilah yang dikatakan Makrifat (ertinya pengenalan). Maka semua itu terkandung dalam undang-undang. Dengan sebab itulah dikatakan Thoriqat, Hakikat dan Makrifat itu undang-undang atau Syariat. (Sheikh Al-Islam Sulaiman bin Shodiq dalam kitabnya Mizaan Al-‘Aqala’ )
Dengan ini, jelaslah pada kita bahawa dengan menjunjung dan melaksanakan syariat Allah melalui pelbagai amalan yang telah difardukan dan yang disunatkan oleh Allah dan Rasul itulah juga Thoriqat, Hakikat dan Makrifat.
Sesiapapun tidak boleh menyangkal akan kebenaran kenyataan ini jika benar-benar memahami maksud Hadis Qudsi seperti di bawah kerana ianya menghimpun akan semua perkara yang kita bincangkan di atas. Perhatikanlah!!! Renungkan!!! dan kajilah maksud-maksudnya yang merangkaikan makna Syariat, Thoriqat, Hakikat dan Makrifat.
Dari Abi Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW. bersabda(dengan maksud);
Sesungguhnya Allah Taala berfirman:; Barangsiapa yang menyakiti WaliKu, maka sesungguhnya Aku memaklumkan perang kepadanya dan tiada mendekati hambaKu dengan sesuatu(amalan) yang lebih aku sukai dari (mengerjakan) apa yang yang telah Aku fardukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaku dengan (melakukan) segala yang sunat hingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah
* Aku yang (menjadi) pendengarannya yang ia dengar dengan dia dan
* Penglihatannya yang ia melihat dengan dia, dan
* Tangannya yang ia tamparkan dengan dia dan
* Kakinya yang ia berjalan dengan dia;
* dan demi jika ia meminta kepadaKu, nescaya Aku berikan kepada dia
* dan demi jika ia meminta perlindungan kepadaKu, nescaya Aku melindunginya. (Riwayat oleh Bukhori)
[Tanbih]Yang paling utama dalam mendekati dan memahami sesuatu perkara itu ialah dengan adanya Ilmu sebab ibadah(pelaksanaan syariat, thoriqat dan hakikat) itu akan sia-sia jika tanpa ilmu. Dan hendaklah diketahui bahawa untuk Ilmu dan Ibadat itulah maka terjadi semua apa-apa yang engkau lihat dan dengar itu; hanya untuk Ilmu. Dan kerana untuk Ilmu dan Ibadat juga maka kitab-kitab suci itu diturunkan oleh Allah Taala dan semua Rasul-Rasul diutus hanya untuk Ilmu dan Ibadat.
Imam Shafie r.a berkata;
“Jika tidak ada Wali-wali itu para Ulama, maka tidaklah bagi Allah seorang Wali dalam permukaan bumi”.
Kita akan bicarakan nanti Insya Allah….. mengenai Ilmu dan Ibadat ini sebagai lanjutan untuk mentahqiqkan lagi kefahaman dan keyakinan bahawa;
“Bermula jalan yang boleh menyampaikan kepada Allah itu amat banyak dengan sebilang-bilang nafas sekelian makhluk”.
Janganlah dipersempitkan keluasan dan Kekayaan Allah Taala dan janganlah diperkecilkan Keagungan dan Kemuliaan Allah, dan janganlah dikurangkan Kesempurnaan Allah dan janganlah diperlecehkan KeAgungan dan Keindahan Syariat Allah kerana sesungguhnya Allah menjadikan segala Asya’ ini dengan Sifat Jamal dan JalalNya.
“Hakikat tidak akan muncul sewajarnya jika Syariat dan Thoriqat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya.”
Semoga Allah membimbing dan menunjuki kita semua ke arah “jalan yang benar”
Allahu A’lam.
Salam.. Hebat syarahan Tuan..
tompang lalu sikit.. Dan Jalan jalan(Tharikat) itu jika tidak sah sanad salasilah nya maka sia-sialah amalannya. kerana barang siapa belajar tanpa guru yakni guru mursyid( guru yang sanad salasilah ilmunya bersambung tidak terputus dengan Rasullah s.a.w.) maka batallah ilmu dan amalannya..Sebagai contoh jika belajar mengucap syahadah kepada Iblis maka batallah Syahadah yang di ucapkannya itu. wallahu aklamu bissawab.
Saya suka dengan cara pakcikli yang terlalu merendah diri,saya tahu pakcikli seoarang yang hebat juga dengan yang lain2nya bila saya mambaca komen2 anda semua semalam.
Sebelum ini saya tidak tahu yang blog sebegini wujud kerana jarang mereka yang mempelajari tarikat mahu bersoal jawab mengenai pekara ini diruang terbuka.
Asalam mualaikum pakciklioo dan yang lain 2 !!!! Pakciklioo jangan lambung tinggi tinggi, nanti kami lupa diri,mana anak mana bini, habis semua cabut lari….. pakciklioo memang tinggi ilmu, kalau dibanding dengan kami,saya hanya lah sebutir debu,dipadang yang luas tidak bertemu….kalau nak banding dengan tok wali, ibarat gunong dengan guli,ilmu sebesar biji cili,ibarat setitik dalam laut parsi….Apa di harap apa di cari,pada kami yang hina ini,umpama seruas lidi di belantara luas ini,hanya yang tinggal lidah dengan gigi…..ditolak kami ketepi, dihembus kami pergi,diajak bicara kami lari,kerana diri tak sama tinggi….Diajak bicara banyak merapu,diajak berbual banyak tak tentu,diminta ajar tidak berilmu,di minta pendapat nanti jemu,macam tikus baiki labu, nasib kau lah labu …..kah..kah..kah…..wasallam.
Asalamualaikum
yang saya muliakam
Tok Syeikh
Tok Waliqudus
wak Karimun alKarimullah
Saudara Neo Iskandar alZulkarnain
Panglima Jiwa Tempur
tuan tuan dan pengunjung yang dihormati sekalian.
Bermula saya baiah Tarikat
dititip sang guru
degan Zikir 5,000
katanya zikir Qalbi
untuk membersih hati
Qalbi rumah nafsu Amarah supaya jangan marah
KALAU MARAH KENA JUAL – kATA ARWAH P RAMLEE
Tinggi tinggi si matahari
anak kerbau mati tertambat
jika tinggi ilmu dicari
terpaksalah saya kena melompat
Kepada Tok Syeikh saya memohon kemaafan jika tersilap garap,
janganlah sebab nyamuk seekor habis kelambu dibakar.
Saya cumalah seperti cerita Pak Pandir yang tidak sepertinya
seperti dibawah.
Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung.
Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk.
Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.
Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak.
Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa.
Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil.
Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu.
Bertanyalah si polis,
Polis: Awatnya tidoq bawah katil?
Pak Pandir: Saja….nak tipu nyamuk !.
Wasalam.
salam.. tompang lalu.
Apakah sudah diperiksa salasilah guru tersebut yang membaiahkan itu , sah atau tidak sanad salasilahnya, disini kena la ada ilmu mengenai syarat2 dan adab2 berkenaan sanad dan salasilah. tidak boleh main pak turut shaja. amal mesti demgan ilmu. Jika benar , alhamdulillah..jika tidak.. na’auzubillahi min zaalik.. wallahu aklamu bissawab.
Salam Sejahtera Buat Jiwa-jiwa sahabat yang tersemat Rahmat dengan Allah..
Titipan Ilmu yang tidak Menentu..bisa menjadi Haru Biru..berkata itu..berkata Begitu..tetapi Belum Tentu..Apakah ketentuan Hidup kamu dalam HIDUP..Lambungan Kata bukannya begitu..tinggi dijulang..terjatuh nanti… terkangkang..Ilmu diulang tiada ber-uang….amalan-amalat terasa kelat..jika ilmu yang Berulat..kulat-kulat susu rimau..hari-hari mau Solat…Solat kamu menghadap apa??..Sembah kamu Menyembah siapa??kumat kalimat sebutnya apa.. apa diingat dalam solat…belum tentu apanya…
Jangan selalu meninggikan orang..takut nanti kita keciciran..tah tahu apa yang diniatkan…jangan kata ilmu secetek bekas..nanti tiada berkekas..kalau nak lekas..nanti melepas…Tunggang tunggik menghadap dinding..hantuk kepala lantainya keras..hati belum tentunya lembut kiranya tiada yang bernas…Hempas pulas keras-keras..panjang lebar lantaran pena dan kertas..tiada terbatas ilmu dikerat…agar hati larat menahan karat yang berat…
Pandai-pandai la….
Wassalam..itu sahaja yang dapat dititipkan oleh sang kelembai yang pakai lebai yang duduk dibawah pokok rambai..sambil makan buah cermai…serta tengok cerpelai melerai sang tupai..Buat yang masih terkapai-kapai..ambik moto kapcai beli daun kucai yang nak dimasak dengan buah remunggai…ok..kepala tengah bersepai..itu sahaja Kutbah rayer cina…lai-lai tampelom…..masak cincai…cincai…hai gong xi fa cai…Hey ah cai…cat ali cat cat..ok..kata-kata ini adalah tajaan Cat Nippon..
Sekali-sekala kene la Merapu…wargh…wargh..wargh…
Asalamualaikum
TANDA TANDA UNTUK MENGENALI SAHABAT KU SEBAGAI SEORANG WALIQUDUS
Tanda-tanda wilayah (KEWALIAN)
Setiap perkara yang dijadikan oleh Allah s.w.t mempunyai tanda dan dalilnya. Ini kerana setiap perbuatan Allah s.w.t ada hikmahnya – Cuma tidak semua manusia dapat mencapainya. Ini kerana isti’dad (kesediaan) untuk menerima ilmu dan tajalli ini adalah menurut usaha masing-masing. Di sini diperturunkan beberapa tanda kewalian ( tahap terakhir jalan Sufi iaitu menjadi Kekasih Allah s.w.t). Antaranya:
1. Mempunyai lebih dari satu nama rahsia
2. Disahkan sebagai “gembala “ Allah s.w.t (tanda awal) – sebabnya , selepas ini mereka perlu mengembala manusia.
3. Terbuka langit ketika ditalqinkan (tanda awal)
4. Banyak kali berjumpa dengan Nabi Khidr a.s (selalunya dalam keadaan jaga) – riwayat tentang Nabi Khidr a.s sudah wafat ini tidak benar sebab mereka mengira Nabi Khidr a.s hidup di alam bumi ini sedang tempat hakikinya di tempat lain. Yang pasti mereka yang berkata demikian (walaupun bertaraf Imam )i.e berijtihad demikian kerana mereka sendiri tidak pernah berjumpa dengan Nabi Khidr a.s apalagi belajar dengannya.
5. Sudah berjumpa dengan semua 25 nabi a.s termasuk 313 nabi , ahli Badar dan ahli Uhud. Kadang-kadang khususan dengan 14 syahid Badar.
6. Dianugerahi oleh Allah s.w.t Selawat dan Istigfar sendiri
7. Dibimbing secara ladunni oleh Nabi tertentu juga para malaikat yang 4 ( Jibrail, Mikhail, Isrofil, Izroil (a.s) dan seorang sahabat yang 4 ( Saidina Abu Bakar, Umar , Utsman dan Ali r.anhum)
8. Kedudukan tertentu sebagai ahli Baits ( ini seperti sabda Rasulullah s.a.w terhadap Salman r.a ) – samada disahkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri atau Saidatina Fatimah r.a .
9. Pengesahan wilayah oleh gurunya dengan dihadiri para maliakat , wali qutb dan Rasulullah s.a.w sendiri beserta beberapa Nabi a.s lain (khasnya yang pernah mengajarnya secara ladunni).
10. Menyintai orang Arab – ini kerana seorang Sufi ini bila berjumpa para Nabi a.s dan para malaikat a.s semua mereka berjubah dan beserban –iaitu berpakaian seperti seorang Arab. Itu sebabnya, salah satu panggilan Nabi s.a.w ialah “ Ya Arabiyyun”.
11. Selalu duduk dalam sabar dan syukur ( tanda awal) . Contohnya tuduhan dan fitnah banyak berlaku . Nabi s.a.w sendiri dituduh orang gila. Nabi Sulaiman a.s dituduh seorang pengamal sihir. Oleh itu , dia yang duduk dalam sabar dan syukur ini tahu bagaimana dan untuk apa ayat “ Innahu min Sulaiman wainnahu Bismillah ArRahman ArRahim” digunakan.
Kesimpulannya
Sebarang tulisan dan huraian tentang Sufi dan amalan Sufi mestilah dilakukan oleh orang yang sudah mengalaminya. Menjadi satu kesalahan jika orang yang tidak bertarekat dan menjalani perjalanan Sufi menulis tentangnya sebab selok belok dan liku –liku perjalanannya agak rumit dan memerlukan banyak mujahadah serta tunjuk ajar daripada guru yang mursyid.
Seperti yang dihurai oleh seorang ahli Sufi mazhab Shafie , Ala adDawlah as Simnani ((1261-1336) dalam kitabnya Syaqaiq al Hada’iq) , jalan Sufi diumpamakan sebagai sebuah pohon :
Dosa dan taubat adalah akarnya, pembebasan diri ( dari kepentingan duniawi) dan pengasingan diri adalah kulitnya , pengakuan akan keEsaan Allah adalah buahnya , kesabaran , kesucian, ketelusan dan kesalihan adalah daunnya; doa (wirid) , malu, kasih sayang dan kesetiaan adalah bunganya ; kemiskinan , peleburan diri (fana’) , keberhasilan dan keselamatan adalah ranting- rantingnya.
Wasalam.
salam, Tompang lalu :
Teringat saya pada kata-kataSyeikh Abu Yazid Bushthami – Kalau melihat kamu akan seseorang yang boleh mencarik adat seperti berjalan di atas air, terbang di udara, ber jalan didalam air jangan kamu percaya akan kelakuannya itu sebagai karamah atau ia seorang wali melainkan di lihat duli pada ahwal ilmu dan amalnya. kerana jika berjalan atas air, labah2 pon boleh, beburung bole terbang di udara. dan ikan pon tidak mati dalam air.. itu hanya sifat kebinatangan yang lumrah.. Dan serendah2 darjat wali ada lah ahli mufariduun..Maka periksalah ada kah dia seorang yang telah mencapai tahap mufariduun. dalam hasia nabi s.a.w ada beritahu bagaimana rupa orang2 mufariduun ni.. wallahu aklamu bissawab.
letiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiih.
Sungguh panjang lebar pakcikli dan waliqudus menghuraikan tajuk ini.Saya suka membacanya untuk menambahkan ilmu.
Bila membaca hujah saudara berdua saya dapat merasakan yang anda berdua sudah KHATAM.
Boleh tak pakcikli atau waliqudus serta yg lain2nya menghuraikan pada saya tentang sebenar2nya sembahtyang?.
Apa yang dimaksudkan Syariat,tarekat,hakikat dan makrifat dalam kita mengerjakan sembahyang.
Salam Sejahtera Saudara SeIslamku yang dikasihi Allah..
Sembahyang itu adalah Perintah Allah…Buat apa kita nak pertikaikan…
Wassalam
Saya bukan mahu pertikaikan(tidak pernah terlintas dihati mahu pun fikiran saya).
Saya mahu mencari ilmu itu sahaja itu sahaja.Apatah lagi ilmu pengetahuan saya hanya sekelumit sahaja jika mahu dibandingkan dengan saudara2 sekalian.
Salam sejahtera buat saudaraku Pakcikli yang dirahmati Allah..
Makan Makjun Kuat cikli..baru tak penat dan letih….Nanti InsyaAllah..teman balik manjoi kita jumpa..InsyaAllah…
Leh main gitar kapok..Kita buat lagu..tajuk lagu…Ku Tiup Belon diharijadimu…Khas Buat Para Sahabat Semua..Keh..keh..keh…
Assalamualaikum semua…terima kasih buat sahabat yang memberi komen yang panjang lebar, penat juga jari jemari menaip.Emm apa hukum mengamal tariqat?Apakah perlu bertariqat?
Salam Sejahtera Pakcikli yang kami sayangi…Dikasihi dan Dirahmati Allah..
Pakcikli..apa ni..maner smua orang ni..Kita berdua jer yang terikat kat Komen ni>???..mana Tok Sheikh??..dan Para Ilmuan Smua???…Kembung Perut makan Limau ker??..
Emm..maklumlah saya yang kecil lagi hina memang tak nampak dgn mata kasar
Usah risau tuan waliqudus karimon buka blog ini dan membaca semua yang dikomen kerana karimon pun nak belajar gak dan tak mahu komen bab yang saya sendiri kurang pandai.
Waalaikum salam !!! Tariqat adalah jalan kearah mendekat kan diri kepada ALLAH.Dalam Islam ada ilmu Fiqh,ilmu Tasauf,Ilmu AlQuran, ilmu Hadith dll.Ilmu Tariqat itu adalah ILMU TASAUF/ILMU KETUHANAN/ILMU TAUHID/ILMU KEBATINAN ISLAM.Ada juga orang kata ilmu ini ada yang sesat, memang ada kalau di ambil tanpa bersumber dari AL QURAN dan RASULULLAH SAW.Bukan ilmu Tariqat saja bolih sesat, ilmu Fiqh juga bolih sesat jika kita mengata kan SOLAT PAKAI NIAT,je !!tak yah solat !!Kalau apa jua ilmu islam mesti lah berlandas kan 2 sumber hukum iaitu AL QURAN DAN AS SUNNAH, selain itu pendapat ulama yang muktabar….tang ini kalau tidak bersumber 2 NAS tadi bolih tolak bib !!!!contoh ulama sekarang kata MEROKOK HARAM, ulama Salaf/dulu kata MAKRUH, saya pakai pendapat ulama dulu kerana, saya merokok….yang dah jelas haram itu(arak) tak di sibok kan !!! yang makroh pula nak di sibok kan…Membuka AURAT jelas HARAM, tapi kenapa tak sibok, dalam TV, hari hari kita tengok perempuan telanjang…cam no tu bib ??Banyak lagi kalau kita nak ceritakan SESAT dan SYIRIK.MINTALAH PADA ALLAH JANGAN SEKALI MINTA PADA YANG LAIN DARI ALLAH…..dewa tempor!!! kalau dah amalkan syariat seperti solat,puasa,zikir, buat baik..sedekah dll…dah tu tariqat la!!!!!semua nya ALLAH kira ibadah tetapi yang WAJIB kena buat !!! baru lah yang sunat, ALLAH kira…. tak caya tanya WAK KARIMON..entah hilang kemana agak nya ke PULAU ke ???kan ada 2, hai tak kan nak ikut satu bib !!!Kena ADIL baru dapat makan begedil, kalau tak nanti kena bedil, barulah terkebil kebil,macam cicak kena bedil,…kena tidur kat luar macam kancil,tak dapat nak mengentil,mata naik tumbuh bentil,lalu jatuh dari katil…bok!!!..rupa rupa nya KARIMON bermimpi, kerana tidor siang hari sesorang…kesian KARIMON !!!!WASALLAM.
Asalamualaikum
Dengan izin, jawapan Tok Syeikh sudah betul, cuma kita tokok tambah soalan hukum mengamalkan tarikat dan apa perlunya bertarikat supaya Jiwa Tempur puas hati bertempur.
1] ILMU FARDHU ‘AIN WAJIB DITUNTUT
Jumhurul Ulama sepakat menetapkan bahawa seluruh umat Islam [mukallaf] yang akil baligh dan berakal adalah wajib menuntut 3 jenis ilmu semasa hayatnya, yaitu:
1] ILMU USULUDDIN/TAWHID
2] ILMU FIQH/FEKAH/SYARIAT
3] ILMU TASAWWUF
Dalam praktiknya, kesempurnaan Islam dalam diri seseorang adalah apabila ia merangkumkan
ketiga-tiga Ilmu seperti diatas, misalnya, dalam ilmu Tawhid ia mengetahui dan berpegang teguh
kepada I’tikad/Aqidah yang Hak/benar terhadap Allah dan Rasul; andainya tidak maka ia akan jatuh Syirik.
Dalam ilmu Fiqh/Fekah/Syariat pula, ia akan mengetahui segala Hukum-hakam , peraturan,
kaedah, syarat dan rukun setiap ibadah; andainya tidak maka, terbatallah ibadah tersebut.
Dan dalam Ilmu Tasawwuf pula, ia akan mempelajari ilmu tatacara pembersihan hati dari
penyakit-penyakit Mazmumah/Rohani/batin [misalnya riak], kerana penyakit batin yang
bersarang didalam hati sanubari seseorang itulah yang menyebabkan tidak diterima Allah
akan amal-amal ibadahnya lantaran amal tersebut bercampur baur dengan riak, megah,
takabbur, angkuh, hasad dan sebagainya, walau ia seorang ‘Abid atau tokoh Ilmuan
sekali pun.
Justeru, mana mungkin ketiga-tiga Ilmu tersebut, yang saling lengkap-melengkapi, dipisah-pisahkan menurut selera dan nafsu kita masing-masing!
Majoriti umat Islam hanya cenderong untuk belajar Ilmu Fiqh dan Tawhid sahaja kerana mudah
untuk dipelajari sendirian melalui buku/kitab dalam jurusan tersebut. Kerana telah terbiasa dengan amalan-amalan mudah dalam kedua bidang tersebut, masyarakat Melayu terus membudayakan pembelajaran ilmu-ilmu tersebut turun temurun, dari satu generasi ke satu generasi. Ditambah
pula oleh momokan ‘tokoh-tokoh Ilmuan Agama’ yang melarang masyarakat mendekati Ilmu
Tarikat/Tasawwuf dengan alasan-alasan yang tidak berasas!
Paling bahaya, mereka terus menyangka, menerima dan menetapkan bahawa hanya kedua-dua
Ilmu itu sahaja yang wajib dipelajari/dituntut dan mereka telah pun layak bergelar orang Islam sejati.
Sebenarnya, pendirian ini telah tersasar amat jauh sekali!
Kerana, hanya segelintir, umat Islam yang cenderong mempelajari dan beramal dengan Ilmu
Tasawwuf, walau pun Ilmu Tasawwuf ini adalah termasuk dalam kategori Ilmu Fardhu ‘Ain
dalam Agama Islam.
Apakah sebabnya majoriti umat Islam sering merasa gusar, memandang sinis, membenci,
sekali-gus menjauhi Ilmu Tasawwuf?
2] DEFINISI ILMU TASAWWUF
Ilmu Tasawwuf mencakupi suatu bidang Ilmu yang amat luas berhubung dengan tatacara
mengendali diri manusia melalui penyucian diri dan penjernihan amalan-amalan serta ibadah,
sehingga menghasilkan keluhuran budi-pekerti dan akhlak terpuji dalam diri manusia, dan
mencapai kesucian hidup dalam konteks hubungan dengan manusia dan, paling utama ialah
interaksinya dan transaksinya dengan Penciptanya, yakni, ALLAH S.W.T.
Pada hakikatnya, Ilmu Tasawwuf itu amat mendokong dan menyempurnakan pengamalan
kedua-dua Ilmu Fiqh dan juga Ilmu Tawhid tersebut.
Barangkali khalayak juga kurang faham, kurang mengerti atau tidak mengetahui bahawa
Ilmu Tasawwuf adalah juga sinonim dengan apa yang dipanggil, Ilmu Tarikat-Sufiah,
Ilmu Hakikat, Ilmu Makrifat, Ilmu KeTuhanan dan sebagainya.
Sememang dizaman Rasulullah nama Tasawwuf belum pernah wujud, namun intipati ilmu
Tasawwuf telah pun diajar Rasulullah, bersumberkan al-Quran dan di amalkan oleh para
sahabat dan para SalafusSoleh, zaman berzaman sehingga kehari ini.
3] PERKATAAN TARIKAT DISEBUT DALAM AL- QURAN
Walau pun perkataan Tasawwuf belum wujud diawal penyebaran Agama Islam, namun
perkataanTARIKAT/TORIK ada disebut didalam al-Quran sebanyak 9 kali didalam
5 buah Surah, seperti berikut:
1] Surah an-Nisa – sebanyak 2 kali,
2] Surah Thoha – 3 kali,
3] Surah al-Qaf – 1 kali,
4] Surah al-Mukminun – 1 kali, dan
5] Surah al-Jinn – 2 kali.
4] DALIL-DALIL DAN NAS-NAS SOHIH ILMU TARIKAT-SUFIAH
Firman Allah, Quran Surah al-Jinn, ayat 16, bermaksud:
‘ Dan bahawasanya jika mereka tetap/teguh berjalan lurus diatas TARIKAT itu,
benar-benar kami akan limpahkan kepada mereka air Rahmat yang
melimpah-ruah [rezeki yang banyak]’
Rasulullah pula bersabda, bermaksud:
‘ Syariat itu adalah kata-kata ku, Tarikat itu adalah kelakuan ku, Hakikat itu adalah
ehwal ku, dan Makrifat itu adalah kepala harta ku.’
Penjelasan kata-kata seperti Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat itu adalah berkait
antara satu dengan yang lain, beza pada lafaznya tetapi yang satu menyempurnakan
yang lain.
Misalnya, Syariat itu pohonnya dan Hakikat itu adalah buahnya. Pohon dengan buah
tidak dibezakan kerana tidak ada orang bercucuk tanam untuk mendapatkan pohonnya
sahaja melainkan menuju buahnya. Dan buahnya itu [Tasawwuf] tidak akan keluar
sebelum adanya Syariat.
Berkata Imam Ahmad Hambal:
‘ Barangsiapa yang mempelajari Syariat Islam tanpa melakukan Tasawwuf,
maka ia menjadi Fasiq, dan barangsiapa yang melakukan Tasawwuf sebelum
ia mengerti Syariat Islam dengan benar, maka ia menjadi zindik. Barangsiapa
yang menyatukan kedua-duanya, itulah Islam sebenarnya.’
Pada hakikatnya, seorang Sufi sebelum ia menjadi Sufi, ia telah menjadi Faqih
terlebih dahulu, bahkan telah menjadi Imam dalam pelbagai Ilmu Fiqh dan Ilmu
Kalam. Akan tetapi Ilmu Tasawwuflah yang telah membuahkan pengetahuan
yang lebih halus dan jernih, dan Zauq yang mendalam kedalam jiwa mereka.
Lebih dari itu, deria perasaan mereka menjadi lebih sempurna dan oleh itu
dapat memantapkan seluruh amalan dan ibadah mereka dengan ikhlas
lagi khusyuk.
Apabila seorang Faqih itu tidak mempunyai Ilmu mengenai hal ehwal kaum Sufi
dan istilah-istilah mereka, maka ia adalah seorang Faqih yang kering.
Seorang Faqih apabila Ilmunya tidak digilap dengan Ilmu Tasawwuf yang benar,
maka Imannya tidak dimantapkan dengan Taqwa yang sungguh-sungguh;
kemudian dilatih dan dihalusi oleh sifat-sifat Wara’, maka ia lebih mudah
diperkotak-katikkan oleh hawa nafsunya sendiri.
Maka, adakah menghairankan jika terdapat dalam masyarakat Melayu,
tokoh Agama atau orang dewasa bergelar Datuk, datuk atau Pak Haji
terbabit dan disabitkan dengan jenayah maksiat?!
Berkata Ibni Khaldun:
‘ Asal utama dari ajaran Tarikat/Tasawwuf itu adalah tekun beribadah dan
berhubung langsung kepada Allah ; menjauhkan diri dari kemewahan duniawi;
tidak suka kepada apa yang diburu oleh ramai manusia seperti cenderong/asyik
kepada kesukaan harta-benda dan kemegahan; malah lebih senang bersunyi-sunyi
diri dalam melaksanakan ibadah kepada Allah.’
Penjelasan ini mencerminkan kesempurnaan dalam tatacara/kaedah perjalanan
serta amalan Ahli-ahli TarikatSufiah yang Hak. Tegasnya, Kaum Sufi ini hanyalah
mencontohi perjalanan Rasulullah serta para-para Sahabatnya; mereka bertaqwa,
beribadah dan berdoa semata-mata kerana Allah dan tidak sekali-kali meminta
sebarang ganjaran dan pembalasan.
Maka adalah suatu perkara yang amat menghairankan/aneh apabila Ahli-ahli
TarikatSufiah [SUFI] yang begitu patuh kepada Syariat dan Sunnah Rasulullah,
dan tidak pernah engkar mahu pun melanggar Hukum-hukum Syariat Allah,
telah dikecam hebat dan dituduh oleh Pihak Berwajib dan khalayak, sebagai
tidak berpegang kepada Syariat Islam.
5] IMAM-IMAM MAZHAB YANG EMPAT
FaktaSejarah menunjukkan bahawa keempat –empat Imam Mazhab Fiqh ada
belajar dan mengamalkan Ilmu TarikatTasawwuf dari tokoh-tokoh Sufi yang
tersohor dizaman itu, seperti berikut:
1] Imam Syafie’ dan Imam Ahmad Hambal berguru kepada Syaikh Maaruf Kharkhi;
2] Imam Abu Hanifah dan Imam Malik berguru kepada Imam Jaafar Siddiq.
Maka kita dapat merumuskan bahawa Ilmu Fiqh/Syariat dengan Ilmu TarikatTasawwuf
amat berkait rapat, bak isi dengan kuku, bak aur dengan tebing dan saling memerlukan
dan melengkapkan.
Jika tokoh besar seperti Imam-imam Mazhab Fiqh yang empat, menjadi rujukan,
ikon/ikutan billion Umat Islam dahulu dan sekarang, dan tokoh Hujjatul Islam, Imam
Al-Ghazali, pun belajar dan mengamalkan Ilmu TarikatTasawwuf, kami tidak
nampak dimana logiknya Umat Islam sekarang menjauhi Ilmu tersebut,
seperti menjauhi wabak penyakit kusta, atau selsema babi!
6] TOKOH HUJJATUL ISLAM – IMAM AL-GHAZALI
Didalam kitab Bidayat al-Hidayah, Imam al-Ghazali berkata;
‘ Sepatutnya orang yang mengajar ilmu itu menegah murid-muridnya daripada
dilalaikan oleh pelajaran ilmu Fardhu Kifayah, sebelum mereka selesai mempelajari
Ilmu-ilmu Fardhu ‘Ain yang tiga perkara; yakni, Ilmu Tawhid [Usuluddin], Ilmu Syariat
[Fiqh], dan Ilmu Tasawwuf [Tarikat].’
Tegasnya lagi:
‘ Bahawa kaum Sufi itulah [Ahli Tasawwuf] yang benar-benar telah menempuh jalan
yang telah dirintis oleh Nabi Besar Muhammad S.A.W. dan yang dikehendaki oleh
Allah S.W.T.’
Didalam kitab Ihya ‘ulum al-din, beliau menegaskan lagi:
‘ Barangsiapa yang tiada baginya bahagian untuk mengetahui Ilmu TarikatTasawwuf,
dikhawatiri ia akan menemui seburuk-buruk kematian, dan sekurang-kurang bahagian daripadanya ialah mengakui [membenarkan] dan bersangka baik dengan Ahli-ahlinya.’
Kenyataannya adalah, Ilmu TarikatTasawwuf itu dapat menghidupkan hati yang mati
dan mematikan Nafsu syahwat yang rendah [haiwaniah dan dikutuk Allah] dalam diri seseorang;
dapat memperlihatkan aib diri sendiri yang sering menghijab dan mendindingi seseorang dari
Allah, dan akan terus jauh dariNya. Ilmu, selain TarikatTasawwuf, sering mengakibatkan hati
menjadi keras dan sering pula menghiasi aib seseorang [sehingga dirasakan sebagai
kelebihan pula], dan menjadikan pengamalnya bersifat megah, sombong, bongkak dan
angkuh, yakni, ciri-ciri sifat Mazmumah yang amat disukai nafsu tetapi amat dibenci oleh Allah!
Didalam kitabnya berjodol ‘Al-Munqiz minad dholal’ [Pembebasan dari Kesesatan], Imam
Al-Ghazali membuat penjelasan panjang-lebar dan pengakuan seperti berikut:
‘ Aku amat tertarik kepada kehidupanTarikatSufiah [kesufian] atau jalan
Kerohanian/kebatinan. Nyata sekali jalan ini tidak dapat ditempuh, kecuali dengan ilmu
dan amal kedua-duanya. Menempuh Tarikat/Jalan ini bererti menghadapi pelbagai
tanjakan-tanjakan batin, dan menunjukkan amal itu lebih banyak kepada pembersihan diri.
Hal ini perlu untuk mengosongkan batin manusia, dan kemudian mengisinya dengan
ZIKIR kepada Allah Ta’ala. Bagiku, ilmu itu lebih mudah dari amal, maka, segeralah
aku mulai mempelajari ilmu Sufi serta membaca kitab-kitabnya, antara lain adalah
karya-karya Abu Thalib al-Makki, al-Haris al-Muhasibi, Al-Junaid, al-Syibli, dan Abu
Yazid al-Busthami. Dengan demikian, dapatlah aku memahami tujuan mereka.
Maka aku ketahuilah, yang lebih dalam lagi hanya dapat dicapai dengan deria
Perasaan, Zauq, pengalaman dan perkembangan kerohanian/kebatinan.
Amatlah jauh perbezaan antara mengetahui erti sihat atau kenyang dengan mengalami
Sendiri rasa sihat dan kenyang itu. Mengalami keadaan mabuk lebih jelas daripada
hanya mendengar keterangan tentang ertinya. Walhal, yang mengalaminya mungkin
belum mendengar sesuatu keterangan tentang perkara tersebut. Doktor yang sedang
sakit amat arif tentang erti kesihatan. Tetapi ia sendiri sedang tidak sihat. Mengetahui
ertinya dan syarat-syaratnya Zuhud tentu tidak sama dengan memiliki sifat Zuhud.
Yang penting bagi mereka adalah pengalaman, bukan perkataan [actions and not
mere words]. Maka, apa yang dapat dicapai dengan ilmu telah ku capai. Selanjutnya
haruslah dengan Zauq dan menjalani kaedah Suluk/Khalwat. Aku yakin benar-benar,
kaum TarikatSufiah itulah yang betul-betul menempuh jalan yang dikehendaki
oleh Allah Ta’ala. Merekalah golongan yang paling utama cara-cara hidupnya;
paling tepat tindak-lakunya dan paling tinggi budi pekertinya.
Bahkan, andaikata semua para ‘uqala, Hukama, para ahli Hukum dan Ilmu;
para Ulama yang tahu rahsia Syara’; semua itu dihimpunkan untuk mencipta
cara yang lebih utama daripada cara Sufi itu, tiadalah akan memberi hasil;
sebab, segala gerak-gerik mereka [kaum Sufiah], baik zahir mahu pun batin,
adalah diterangi Sinar dari Cahaya Kenabian.
Didunia ini tidak ada cahaya yang lebih terang daripadanya.’
Tegasnya, Ilmu TarikatTasawwuf adalah pusaka keagamaan dalam Islam dan menjadi
sebahagian dari Syariat Islam yang terpenting dan WAJIB dianuti dan dihayati oleh umat
yang mengaku berAgama Islam dan berTuhankan Allah S.W.T!
7] APAKAH BAHAYANYA JIKA KITA TIDAK MENEMPUH/BERTARIKAT KE-ALLAH?
Terdapat terlalu banyak bahaya dan risiko bagi seseorang yang tidak/belum menjalani
Tarikat ke-Allah S.W.T. Antara faktor-faktor yang amat kritis/trajis dan terpenting adalah
seperti berikut:
I] Tidak dapat mengenal sebenar DIRInya.
Ii] Tidak dapat mengenal Tuhan sebenarnya.
Iii] Tidak dapat mencapai khusyuk didalam Solat, sebab tidak kenal yang menyembah,
masakan boleh kenal yang disembah.
Iv] Berpenyakit Rohani [jiwa]; merasa resah gelisah, tidak keruan/tenteram,mudah
cemas,jiwa kosong, hidup tak bahagia,tiada ketenangan,walau kedudukan tinggi dan
harta bertimbun.
V] Amalan dan hidup tak mendapat Barokah Allah [berkat].
Vi] Dikhawatiri mati dalam ‘SU’UL KHATIMAH.’
VII] Tidak menurut SUNNAH dan jejak langkah Rasulullah S.A.W.
VIII] Dan lain-lain.
8] PENDIRIAN ULAMA SUFI MUKTABAR
Perhatikan Firman Allah, Quran Surah al-Ahzab, ayat 72, bermaksud:
‘ Sesungguhnya Kami telah mengemukakan AMANAT kepada langit , bumi dan
gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul AMANAT itu, dan mereka
khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah AMANAT itu oleh manusia.
Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.’
Pada hakikatnya, AMANAT tersebut adalah RAHSIA besar yang dipertaruhkan oleh Allah
kedalam dada manusia, sehingga manusia yang berjaya memelihara, memahami dan
mencapai maksud sebenarnya, dinobatkan Allah kepersada Khalifah dan kewalian,
seperti Firman Allah Quran, Surah al-Baqarah, ayat 30, bermaksud:
‘ Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah dimuka bumi.’
Hanya melalui pemahaman dan pengamalan Ilmu TarikatSufiah sahaja, rahsia dari segala
rahsia dapat dirongkai/leraikan, melalui fasa-fasa Mujahadah sehingga kematlamat akhirnya,
seperti diisyaratkan oleh Firman-firmanNya, antaranya, bermaksud:
‘ Ingatlah, bagi Allah adalah Dzat Yang Maha Mengetahui semua makhluk dan semua urusan
[memerintah]. Maha Suci Allah Tuhan semesta alam.’ Al-A’raf:54.
Lagi Firman Allah, bermaksud:
‘ Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhati
kan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok [akhirat] dan bertaqwalah kepada Allah,
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.’ Al- Hasyr:18.
Lagi Firman Allah, bermaksud:
‘ Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah Wasilah/Tarikat/Jalan
yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah pada Jalan/TarikatNya, supaya kamu
mendapat keberuntungan.’ Al-Maidah:35.
Dan FirmanNya lagi Quran, Surah Al-Ankabut, ayat 69, bermaksud:
‘ Barangsiapa yang berjuang dipihak Kami, pasti akan Kami pimpin ia keJALAN Kami.’
Dan lagi FirmanNya, bermaksud:
‘ Dan berjihadlah kamu pada Jalan/Tarikat Allah dengan Jihad yang sebenar-benarnya.’
Dan lagi FirmanNya, bermaksud:
‘ Tunjukilah aku keJalan yang lurus/benar.’
Lagi Firman Allah, bermaksud:
‘ Disisi Allah adalah tangga-tangga kenaikan [mi’raj].’
Lagi Firman Allah, bermaksud:
‘ Mengangkat Allah Ta’ala akan orang-orang beriman dan yang diberi ilmu akan beberapa
pangkat yang tinggi.’
Lagi Firman Allah, bermaksud:
‘ Kedudukan mereka itu bertingkat-tingkat disisi Allah.’
Dan lagi Firman Allah, bermaksud:
‘ Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara
main-main sahaja dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami.’
Penegasan dari Dalil-dalil diatas menjadi Hujjah dan paksi, kenapa berTarikat ke-Allah adalah
WAJIB hukumnya, dari kacamata dan pendirian Ulama TarikatTasawwuf muktabar, dari dahulu
sehingga kini dan selamanya!
Jika diperhalusi, jelas amalan-amalan ilmu TarikatTasawwuf terdapat pada asal Syara’, baik
dari yang terpancar dari sumber al-Quran, al-Hadith, al-atsar atau al-Ijma’.
Ianya jelas akan membawa umat kesuatu tujuan pengamalan Syariat Islam yang sebenarnya,
sesuai dengan yang dikehendaki Allah dan RasulNya!
Dalam erti-kata lain, Tasawwuf itu sah berasal dari ajaran Islam dan tidak diragukan
kebenarannya, dan selayaknya digiat terus pengamalan dan perkembangannya!
9] SERUAN DAN PESANAN
Duhai Sahabat!
Ketahuilah bahawa tujuan/matlamat akhir menguasai Ilmu Tarikat/Tasawwuf itu adalah
untuk kembali kehadrat Allah, bertemu dengan Allah, hingga mendapat redho Allah!
Perhatikan Firman Allah, bermaksud:
‘ Barangsiapa buta didunia akan buta juga diakhirat, bahkan lebih sesat lagi.’
Dari itu bukalah mata, minda dan hati anda bagi menyahut cabaran amat getir ini,
sebelum anda dipanggil pulang untuk bertemu denganNya tanpa persediaan
secukupnya! Berdoalah! Berserahlah!
Carilah seorang tokoh yang ahli dalam bidang itu, walau beliau tak dikenali ramai, namun
mempunyai kepakaran dan Silsilah penerimaan Ilmu, terus keRasulullah.
Jangan merujuk/belajar dari tokoh-tokoh Ilmuan yang glamor kerana yang akan anda
perolehi diakhir nanti hanyalah glamor juga! Kecuali itu yang anda cari!
Rumah siap pahat berbunyi,
Kail sejengkal lautan ingin diuji,
Rosak jam jangan dihantar ke tukang besi,
Rosak labu kerana tikus mudah dipercayai!
wasalam.
Benar Pakciklii kalau sekadar menunai syariat tanpa hakikat maka hampa jadinya dan jika menunaikan hakikat tanpa syariat batal jadinya,kedua2nya ada seiring dan sejalan,ibarat api dan cahaya.Kefahaman yang salah mengenai tarikat dan tasauf banyak mendatangkan fitnah sehingga ada yang mengatakan ianya terkeluar dari ajaran islam,walhal setiap cabang ilmu ada tasaufnya.Pihak2 barat terutamanya orientalis sering mengaitkan bertasauf seperti mengikuti ajaran ugama hindu.Kalau kita mengkaji sejarah tamadun kebangkitan islam pada masa zaman khalifah ar Rasyidin dan beberapa tahun selepasnya perkembangan tasauf dan bertarikat amat pesat sekali tiada kemunduran yang berlaku bahkan kemajuan,tamadun islam membangun dan dihurmati.Disamping kemajuan ugama kemajuan dunia turut berlaku bermula dari sini jugalah dimana lahirnya cendiakawan islam didalam pelbagai cabang ilmu.Jadi dengan erti kata bertarikat atau bertasauf bukan membawa kepada kemunduran bahkan kemajuan fizikal dan spiritual.Bertasauf membentuk keperibadian yang murni macam mana nak rapat dengan tuhan kalau perangai macam setan,disinilah peranan tasauf membentuk akhlak dan keperibadian mukmin yang sejati.
Ilmu tasauf ialah ilmu yang seni lagi haluis ianya berkait dengan hati bagi melahirkan insan yang sempurna yang memiliki sifat2 yang dipuji.Setiap tarikat mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam mengamalkan sesuatu amalan tetapi matlamatnya ada serupa atau sama iaitu mengenal diri dan mengenal tuhan.Jangan pula ingat bila sudah bertasauf atau bertarikat maka handal dalam ilmu mistik,ianya ilmu mistik juga tetapi mistik yang special,bukan belajar nak kenal alam jin atau bunian buat apa itu semua,niat itu nak betul la sikit,disebabkan segelintir diantara mereka yang tak faham jadi rosak fahaman orang mengenai tasauf dan tarikat.
Salam Sejahtera Para Sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah..
Saya Berdoa agar Allah menambahkan IlmuNya pada Abang-Abang saya yang saya sayangi dek kerana naik kontot jari menaip memberi penerangan dan nasib baik tak kena penerajang lantaran tak faham-faham…Tetapi Alhamdulillah, Allah juaLah yang membenarkan bagi yang memahaminya..Asas yang Usul..
1. Hanya Allah
2. Kekasihnya
3. PengantaraNya
4. SyaratNya
5. Rukun tentangNya
6. Percaya AkanNya
7. Mati KepadaNya
8. Hidup DariNya
9. Kekal DalamNya
0. Tiada Bagi Selain DariNya
Saya Percaya..bagi sesiapa yang Memahami akan tingkatan Pengetahuan asas bagiNya..Pakcikli dan Tok Sheikh dah tau dah Bab ni..Pengetahuan yang paling senang nak paham….saya tak pandai dalam bab Tertib penulisan..tetapi ianya diolah cantik oleh cikgu Sekolah Kita Tok Sheikh dan Guru Besar Kita Pakcikli..Karimon Cikgu Disiplin dan Neo Cikgu Ilmu Sains..Saya Tukang Kebun jer….Jadi Hang Kebun pun….hang Kebun laaaaaahhh..
Selamat Beramal dengan amalan yang Soleh…
Asalamualaikum
Kepada saudara Rahimirahman jika dipilih antara pakcikli dengan Waliqudus untuk menghuraikan bab sembahyang, pakcik rasa Tok Waliquduslah yang lebih aula kerena mereka adalah orang yang telah sampai berbanding pakcikli yang hanya sebagai penyampai. Jika Tok Waliqudus ingin menghuraikan bab sembahyang apatah lagi mengenai syariat, hakikat, tarikat dan makrifat, pakcik rasa ianya memerlukan intri atau dibawah tajuk yang khusus. Sembahyang itu adalah israk mikraj dan terlalu banyak rahsia sembahyang yang perlu kita ketahui dari Tok Waliqudus. Kalau boleh pakcik pun nak tumpang sekaki bertanya bab sembahyang ini kepada Tok Waliqudus, kerana beliau sering sangat menyebut bab sembahyang atau solat ini, pakcik bukanlah nak menduga tapi sekadar nak mengoda, supaya kita dapat lihat siapa yang pitam sebagai saudara sebutkan.
Sekali lagi pakcik ulangi, terus terang pakcik nyatakan pakcik telalu gementar memberi komentar dihalaman ini kerana ianya berserta dengan Tok Syeikh dan Tok Wali.Dengan sebab itu suka pakcik mengingatkan kepada saudara Rahimirahman dan tak lupa kepada Panglima jiwa tempur, jika boleh, kita buatlah pertanyaan selangkah demi selangkah supaya komentar diweblog ini lebih tersusun dan mudah diturut oleh semua pelayar yang kita hormati. Dalam usaha kita bersoal jawab seharusnyalah kita menyedari bahawa weblog ini adalah diantara weblog yang diminati ramai berdasarkan statitik wordpress.
Dengan izin, disamping weblog Dukun Asmara, pakcikli ada mempunyai weblog khusus tentang kesihatan (sehat masayu), tentang tumbuhan (wannura) dan tentang ugama (jalan akhirat). Dan bukanlah niat pakcik untuk mengiklankan weblog tersebut dihalaman ini, tetapi ada baiknya jika saudara melayari weblog tersebut terutama Jalan Akhirat supaya kita dapat mengikut peringkat asas sesuatu pengetahuan sebelum mengetahuinya lebih khusus supaya mudah difahami. Dan perlu pakcik tegaskan kehadiran pakcik memberi komentar diweblog ini adalah sekadar untuk bergaul dengan Tok Syeikh dan para Wali, samoga memperolehi keberkatannya. Wasalam
Salam sejahtera pada pakcikli dan saudara2 yang hanya saya kenali melalui tulisan sahaja.
Saya meminta maaf kalau soalan saya ini membuat saudara sekalian menggangapnya terlalu sensitif.Niat saya tiada lain hanya untuk mencari ilmu semata2.
Pertanyaan saya begini:
1.Bagaimana yang dikatakan sembahyang?.
2.Apa yang kita jumpa dalam sembahyang?.
3.Juga ada dikatakan sembahyang tidak pernah mati,mati insan
kiamatlah sembahyang.
Asalamualaikum
Kepada sahabatku Waliqudus, jika pakcikli boleh menyediakan kadangkala hingga berpuloh intri diweblog Dukun Asmara sehari,apa salahnya jika kita memberi sedikit komentar diweblog ini, jika ianya dianggap suatu kebaikan dan tak perlulah kita ungkiti apa yang kita lakukan, kerana penyakit memberi itu adalah menyebut nyebut.Dan saya memohon ampun dan maaf jika komentar saya ada menganggu gugat promosi kayu, batu dan besi yang merupakan teras kepada weblog ini, komentar yang saya beri diwelog ini taubah umpma lalang yang menurut tiupan angin. Wasalam.
Asalam mualaikum semua !!! Bagi kita orang islam SEMBAHYANG memang tiada !!!tetapi kita ada SOLAT !!!sembahyang adalah dalam bahasa sanskrit iaitu bahasa melayu kuno.Sembah Iyang, maksud nya IAITU sembah….IYANG,itu dewa paling besar.Itu sebab nya saya tak berapa suka sebut sembahyang…(untuk saya lah).Yang kita kerja kan hari 2, 5 waktu sehari semalam ialah SOLAT, apa itu solat, dari pegertian bahasa ialah ,’satu perbuatan yang di mulai kan dengan takbir dan di sudahi dengan salam’.Kekadang kita ni terlalu banyak nak tanya yang akhir nya menyusah kan.Dalam satu surah al baqarah telah dicerita kan PERANGAI ORANG YAHUDI, bertanyakan bab LEMBU YANG NAK DISEMBELIH, warna apa?JANTAN KE BETINA? BESAR MACAM MANA, dan akhir nya menyusah kan diri !!!!Begitu juga dalam ibadat !!!Saya dah solat selama hampir 30 tahun, saya tak pernah tanya bab yang bukan bukan kerana..apa ?? adakah saya bodoh???!!!!Saya berpegang pada ayat al baqarah itu tadi !!! Terjemahan ayat 1..Al Baqarah…..Alif..Lam..Mim..Inilah satu satu nya kitab yang tiada KERAGUAN didalam nya, Petunjuk bagi orang2 bertaqwa !!!AYAT pertama dari al baqarah telah ALLAH beri tau kita,jangan ada KERAGUAAN…YANG PENTING BAGI KITA buat apa yang di suroh , jauh kan yang dilarang !!!!Saya belum pernah tanya soalan begitu pada guru guru saya, tapi saya tanya BAGAIMANA NAK KHUSUK DALAM SOLAT !!benda 2 ini akan menyusah kan kita, kalau kita tanya banyak banyak!!! ???KALAU KITA SOLAT DENGAN KHUSUK, BERMACAM PERKARA YANG KITA JUMPA ???Buat dahulu dengan khusuk dan ikhlas serta mengalir kan air mata, INSAALLAH anda jumpa !!!!Kekadang memacam tanya tapi SOLAT nya tak juga ???Orang yang beramal dengan khusuk dia tak tanya banyak 2, kerana dengan sendiri benda 2 begitu terjawap,malah lebih dari itu anda akan dapat!!!….ITU HAK ALLAH, DIA NAK BAGI KAT SIAPA, SUKA DIA LAH.!!! Saya berani katakan kalau setakat kita solat baru satu dua hari nak mula!!!, memang lah tak dapat apa!!!KARIMON berkata benar, kalau setakat nak belajar ilmu TASAUF untuk masuk alam mistik, oh..itu dah salah niat !!!Belajar ilmu ALLAH kalau kita mahu mengenal ALLAH, AMAL KAN DULU, DAN ALLAH LAH yang memberi kita kefahaman.Buka TAFSIR BUKHARI ATAU MUSLIM, dan baca bab SOLAT !!!HADITH RASULLULAH SAW !!!’Solat lah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat’….JANGAN TAMBAH JANGAN KURANG!!!!!dalam SOLAT yang di jaga ialah mana wajib, rukun,sunat dan batal….dan AMAL KAN…bab lain ALLAH beri sendiri !!!tak caya tanya tok wali !!!!! wasallam
Saya minta maaf banyak2 jika saudara semua kurang enak dengan pertanyaan saya tapi itulah saya.
Tarekat ialah ilmu sembahyang,jika betul sembahyang betullah amalan,jika tidak betul sembahyang tertolaklah amalan.Rukun 13 adalah amalan dan lahir manusia lahirlah sembahyang dan mati manusia kiamatlah sembahyang.
Bila berbicara tentang tarekat tidak boleh lari dari membicarakan tentang sembahyang,op.. maaf solat.
salam..tompang sikit;
Solat bukan perkara kecik pasal ramai yang tunaikan solat tapi akhirnya masuk neraka jua. Ayat Quran..
“fawailullilmushollinn. allazi nahum ansolatihim sahuun. Allazi nahum yuro uun. ”
” Celaka orang2 yang solat. Ia itu orang2 yang lalai dalam solatnya. Ia itu orang2 yang riya’ dalam solatnya.
“khofizu ala solawati wassolawatil wustho wa quunu lillahi qhoniteen”
Peliharalah solat-solat kamu dan solat wustho dan berdirilah kerana Allah dengan Khusyuu’
“Qadaflahal mukminuun, allazi ansolatihim khosyiuun.”
Telah menang orang2 beriman ia itu mereka yang khusyuu’ dalam solat nya.
Fahamkan ayat2 tersebut.. kalau tak kusyuk.maka jadi orang yang kalah..tempat orang kalah adalah neraka..
maka peliharalah solat bagi dapat kusyuk. wallahu aklamu bissawab.
Asalamualaikum
Saudara Rahimirahman, awal awal lagi pakcik dah cakap, pakcik gementar berada di halaman ini. Jawapan Tok Syeikh pun nadanya pakcik dengar macam marah saja. Tapi kalau Tok Syeikh marah sekali pun tak apa lagi, pakcik takut tuhan marah. Lantaran itu pakcik sering mengingatkan, bermula ilmu itu adab, tiada adab bermakna tiada ilmu. Kita perlu beradab dengan diri, dengan tuhan, dengan guru, dengan kedua ibubapa dan dengan makkhluk Allah swt, untuk memperolehi ilmu. Kalau pakcik yang tanya Tok Syeikh tak apa kerana, pakcik ikut gear. Masuk gear satu dulu, kemudian dua dan seterusnya, tidaklah melompat kenderaan, ini kamu masuk gear salah melompatlah Tok Syeikh. Dengan Tok Syeikh kena duduk dulu baru belunjur dan jangan sebaliknya. Tapi dengan pakcik Tok Syeikh tak boleh marah, Kalau Tok Syeikh marah alamat kena juallah dia.
Maksud sembahyang apa yang kita sembah samada:
Menyembah alam benda seperti kayu, batu dan besi.
menyembah jiwa seperti tumbuhan, haiwan, syaitan dan hawa nafsu
menyembah amalan samada menurut perintah tuhan atau iblis yang engkar perintah tuhan
menyembah diri samada nama, perbuatan atau sifat.
Dalam sembahyang kita jumpa macam macam benda menurut kerananya (niat). Tapi kalau dalam solat kita akan bertemu dengan para solihin seperti tok Syeikh dan Waliqudus, nabi dan Allah swt. Sebab itulah kita memberi salam kepadaNya sekalian. Dan salam kita beri ni mana boleh main main. Kalau main main, tak usahkan Tok Syeikh saya pun tumpang sekaki marah.
Jika kita mati tamatlah persembahan kita, mungkin diwarisi oleh keturunan kita pula.
Jika saudara Rahimirahman tak puas hati dengan jawapan pakcik kita tunggulah jawapan mereka yang telah sampai dan berhadap seperti Waliqudus dan banyak lagi mereka yang arif disini, tapi dengan Tok Syeikh jangan tanya lagi, biar dia sejuk dulu, wasalam.
Asallammualaikum semua!!! BAB SOLAT
Solat ada 2 iaitu SOLAT SYARIAT dan SOLAT TARIQAT
SOLAT SYARIAT ialah Solat seluroh badan yang zahir dengan gerakan seperti badan berdiri,lidah membaca,ruku,sujud,mengeluarkan suara dan bacaan 2.Olih itu dalam al quran ianya di sebut SELAWAT.
SOLAT TARIQAT ialah solat nya hati selama lama nya seperti di sebut dalam al quran …SOLATUL WUSTA iaitu solat hati,kerana hati berada di tengah badan,antara kanan dan kiri, antara atas dan bawah, antara BAHGIA DAN CELAKA !!!Rasul berkata !!Sesunggoh nya hati manusia di antara 2 jari ALLAH,ALLAH membolak balikan nya sesuai dengan kehendak nya…2 jari ALLAH yang dimaksud kan ialah sifat ALLAH..1..Memaksa(hukum) 2.Pengaseh. Ini bermakna dalam solat,pokok nya kena jaga iaitu HATI,bila hati merewang dan lupa, rosak lah pokok,bila rosak pokok, rosak lah solat !!kata nabi…Tidak lah sah salat sesaorang kecuali hadir hati nya.!!
SOLAT SYARIAT ada batas waktu sehari semalam samada solat wajib atau solat sunnat.Salat ini kena ikut rukun dan apa yang di syariat kan olih rasul saw.
SOLAT TARIQAT ialah dilaku kan bila bila waktu samaada di dunia atau akhirat.Masjid NYA ADALAH HATI !.Jamaah nya IALAH TERPADU NYA KESUCIAN BATIN DENGAN SELALU MENGUCAP TASBIH TAUHID DENGAN LISAN BATIN.imam nya IALAH RASA RINDU KEPADA KEKASIH..IAITU..ALLAH, UNTUK SAMPAI KEPADA ALLAH.kiblat nya IALAH KE HADIRAT ALLAH YANG MAHA TUNGGAL DAN KEINDAHAN SIFAT ALLAH ITU BERDIRI SENDIRI.Itulah dia solat yang hakiki dan maha sempurna, Hati dan roh bersolat bersama tidak terpisah juga ianya !!Hati yang tidak pernah tidur tanpa suara,tanpa lagu,..samaada duduk berdiri, berjalan,sentiasa berkata ‘AKAN ENGKAU LAH AKU IBADAT,AKAN ENGKAU LAH AKU MOHON PERTOLONGAN !!kerana begitu lah sunnah rasul !!!tidak lupa pada tuhan nya walau apa jua kaadaan nya !!!ALLAH HU AKBAR.
Kalau kita sudah mendapat solat se begini,baru lah kita makrifat kepada ALLAH,berpindah hati hanya kepada ALLAH, beralih ke HADRAT AHADIYAT( selalu berasa bersama ALLAH)…para wali dan nabi sentiasa solat samaada berpindah alam(wafat) seperti mana mereka bersolat di rumah !!hadith nabi.
Ini menunjukan mereka tidak mati, hidup disisi tuhan nya mendapat rezeki dari yuhan nya !!
Paduan antara SOLAT SYARIAT dan SOLAT TARIQAT tadi baru lah dikira kita benar benar bersolat,tinggi darjat nya jasmani solat itu dan batin nya solat itu..yang ARIF BILLAH.Untuk mencapai solat begitu, hati mesti lah di rendah kan hanya pada ALLAH,unasabah diri,bersulok(berduan dengan ALLAH)….itu saja jumpa lagi dilain siaran…….WASALLAM.
Assalamualaikum… Saya ingin bertanya sesuatu perkara mengenai tarekat.. harap saudara2 seagamaku yang diatas sudi memberi penjelasan.. sbb benda ni selalu bermain difikiran.. saya mengakui yang amat jahil dengan bab2 agama.. 2 hari lepas member saya ada berkongsi pasal tarekat. byk benda yang dia ceritakan tapi saya x brapa nak faham.. xpelah, tu x penting.. tapi saya musykil.. sperti yang saya tau tarekat ni adalah satu kaedah@jalan menuju allah.. kaedah menyucikan diri.. pendek cerita ianya benda yang baik.. tapi persoalannya kenapa TAREKAT ni x disebarkan kepada umum.. member saya bgtau ianya RAHSIA… WHY???!!!! kenapa nak dirahsiakan?? KENAPA benda yang baik nak dirahsiakan???? sampai dia takut untuk memberitahu saya pada awalnya.. saya cuba bertanya dengan member saya yang lain, kebanyakkan mereka x pernah mendengar istilah TAREKAT.. saya cuba search kat internet untuk mencari jawapan.. harap ada sape yang boleh membantu saya.. saya terlalu ingin mengetahui berkenaan dengan TAREKAT.. bermacam2 andaian telah saya buat.. tapi sume kearah negatif. kalo betul benda ni baik, saya teringin nak mengamalkannya..
wassalam.. tompang sikt
pasal tarekat yang tuan tanya.
mengenai rahsia yg diperkatakan itu ia itu bila sebut rahsia dah fahamlah bukan semua orang boleh tahu.. hanya segelintir sahaja yang boleh tahu. sebagai contoh kerajaan ada OSA ..akta rahsia rasmi.. sapa2 yang bocorkan rahsia kerajaan akan di dakwa di bawah akta ini..klau nak tau rahsia kerajaan kena jadi orang yang memegang rahsia itu. semacam itu lah juga tarekat.. kalau nak tau rahsia tarekat kenalah jadi orang yang memegang tarekat itu ia itu ahli nya. kena belajar kepada ahli nya yang ahli.
Seperti dalam hadis Bukhari dan muslim.. dari Abu Hurairah.. Aku ada menerima Dua jenis ilmu dari rasullullah s.a.w. satu diperintahkannya aku menyebarluaskan pada orang ramai dan yang lagi satu aku ditegahnya dari menyebarluaskan pada orang ramai. Jika aku sebarkan pada orang ramai nescaya di potong orang akan leherku.
kebenaran kata-kata Au hurairah ini dah terbukti denagan apa yang berlaku keatas Hamzh Fansuri dan mansur Hussein al hallaj. wallahuaklamu bissawab.
SAYA MINTA MAAF KERANA LUPA YANG INI..BERSUCI.
Bersuci ada 2 juga iaitu 1.BERSUCI LAHIR 2.BERSUCI BATIN
Bersuci lahir mengguna kan air atau debu.Bersuci batin ialah bertaubat,bertalqin,membersihkan hati dan bersyariat.
Bila wuduk batal, perbaruilah wuduk. Kata Nabi’Bila seorang itu berwuduk dan berwuduk lagi, bererti cahaya atas cahaya’
Bila batal wudhu batin seperti melaku kan akhlak yang hina,sombong,ujud(bangga diri),hasad, dengki,dendam,mengumpat,bohong,mengudu domba, kianat atau berdosa kaki, mata….tang ini memang banyak,,,telinga ,tangan dan lain lagi.CARA NYA..Bertaubat dengan ikhlas,merintih pada ALLAH,mengadu pada ALLAH,menyesali tentang dosa dan mohon ampun dari ALLAH.Maka kalau di buat dengan ilkhlas dan jujur kepada ALLAH,insyaallah, ALLAH ampun kan !!!KATA ALLAH..’INILAH JANJI KU KEPADA MU,IAITU KEPADA SETIAP HAMBA YANG SELALU KEMBALI SERTA BERTAUBAT DAN MEMELIHARA SEMUA PERATURAN NYA….surat QAAF..32.
WUDHU ZAHIR ada batas tertentu iaitu selama kita hidup tetapi WUDHU BATIN seumur hidup tiada batas tertentu dari dunia sahingga akhirat…sememang nya kita tidak mati hanya berpindah alam, dari alam fana( DUNIA) kealam kubur(BARZAH).ROH yang tinggi nilai nya akan dihantar ke ALAM BARZAH tingkat tinggi(langit), ROH yang rendah akan di hantar ke perut bumi…ROH YANG TERAWANG AWANG,TIDAK DI BUMI ATAU KE LANGIT…AKAN SELALU MENGGANGGU MANUSIA…DI PANGGIL ROH YANG TIDAK TENTERAM!!!biasa nya lagi degil, dari saitan!!!!akan terawang awang di alam dunia,dan roh ini lah yang di panggil olih BOMOH SIHIR, dan mengaku datuk sini lah, datuk sana lah,,,yang kita sibodoh ni ..panggil lah !!ye lah datuk, baik lah datuk, bila pulak kita dari keturunan dia orang, sampai berdatuk datuk dengan dia orang, kebanyakan kata nya !! guru saya ROH ORANG ORANG SESAT yang menyamar dari WALI WALI ALLAH!!….JADI BERHATI HATI BIB !!!kalau TOK WALI KUDUS, TOK KARIMON, TOK PAKCIKLIOO DAN TOK NEO ISKANDAR, KITA PANGGIL DATUK TAK PER LER, MEREKA DIBERI DATUK OLIH YANG DIPERTUAN AGONG…ha..hah..hah.. ..wasallam
Mana boleh larikan antara syariat dan hakikat,tarikat dan solat,api dan cahaya.Rukun 13 adalah adalah rukun solat yang sememangnya menjadi amalan yang dimana didalamnya terdapat Qasad,Qalbi,Taarat,feali,taqyin yang merangkumi segala perbuatan/kelakuan kita.niat kita dan didalam pecahan itu juga mengandungi sifat 20 iatu sifat yang wajib bagi Allah swt.Apabila kita sembahyang/solat ertinya mengesakan Allah Taala
Terimakasih wak karimon,atas maklum balas saudara
Saya tak larikan Syariat dan hakikat.SYARIAT tanpa HAKIKAT FASIK dan HAKIKAT tanpa SYARIAT ZINDIK. Barang sesiapa mengamalkan kedua2nya SYARIAT dan HAKIKAT itulah islam hakiki.
Alhamdulillah rupanya saudara suka bergurau sudah terang nak bersuluh.seperti yang saudara katakan”Saya tak larikan Syariat dan hakikat.SYARIAT tanpa HAKIKAT FASIK dan HAKIKAT tanpa SYARIAT ZINDIK. Barang sesiapa mengamalkan kedua2nya SYARIAT dan HAKIKAT itulah islam hakiki.”dari apa yang saudara jelaskan didalam kurungan itu maka ianya bererti saudara sudah pun tahu jawapannya.Maka nampak gayanya saya,Tok Sheikh,WaliqudusNeo dan Pakciklii kena belajar dari saudara mula kini dan saudara dewa tempur sepatutnya sudah dapat mengesan akan kehebatan ilmu rahimirahman,tetapi mengapa saudara dewa tempur tidak nampak ini semua.Apabila seseorang itu mula mengatakan”Saya tak larikan Syariat dan hakikat.SYARIAT tanpa HAKIKAT FASIK dan HAKIKAT tanpa SYARIAT ZINDIK. Barang sesiapa mengamalkan kedua2nya SYARIAT dan HAKIKAT itulah islam hakiki.” ini menunjukkan beliau faham akan erti ilmu syariat dan hakikat.Silakan juga saudara dewa tempur mengemukakan atau tujukan soalan untuk saudara rahimirahman.Jangan lepaskan peluang saudara untuk menjolok ilmu beliau,rugi tauuu….
Asalamualaikum
Pakcik harap saudara Rahimirahman berpuas hati dengan jawapan Tok Syeikh dan Wak Karimun mengenai solat atau sembahyang. Buat pengetahuan Rahimirahman semua pemberi komentar tegas dihalaman ini hanya bersekolah atap sahaja, tapi yang paling teruk sekali Tok Syeik, mungkin beliau telah masuk sekolah tak beratap beberapa tahun dihutan belentara untuk mempertahankan tanah air, itu pasal dia pakar bab tanah air, gunung mana yang tidak di dakinya, lurah mana yang tidak dituruninya, itu pasal pakcik mau tak mau kena hormat dengannya. Kamu tenguk pakcik belum tanya dia sudah jawab, itu pasal kadang kala pakcik panggil dia sahabat, kerana tahap sahabat ni belum mintak dia dah beri. Tahap kawan ni, kadang kala hingga patah galah menjoloknya tak gugur gugur. Begitu jualah dengan tuhan kadang kala kita memerlukan syafaat dari kekasehnya untuk memohon pertolongan.
Assalamualaikum… saudara ku semua, saya rasa soalan dan kehendak saudara Rahimirahman belum terjawab dan terungkai.Tidak salah untuk beliau bertanya, jangan soalan beliau dijawab dengan putar belit.Jangan kerna istilah sembahyang dan solat, kita lari dari kehendak beliau, saya maklum apa yang beliau tanya amat dalam…kalau saudara2 komentar tak dapat nak beri ISI jangan bagi bunga yang lebih…jangan matikan soalan beliau dengan “Semua ini mesti berguru”. Itulah sebab kita bertanya supaya kita tahu..
Asalamualaikum
Saudara jiwa tempur anda adalah seorang yang biadab !.Kerana saudara biadap anda tidak layak untuk memperolehi ilmu. Sepatutnya jika saudara mengetahui jawapan setiap persoalan mereka tanya di halaman ini saudara turut membantu memberi pertolongan, bukan dengan cuba munguji kami semua. Kalau anda tidak boleh menjadi garam jangan cuba menjadi langau yang mem busukkan. Jangan belajar seperti perompak mendapat laba. Setiap pungunjung weblog ini adalah sentiasa memerhatikan sikap saudara yang melampaui batas itu dan kurang ajar tersebut, saya harap saudara tidak berbangga dengan sikap kurang hajar saudara ini, kerana ianya boleh memalukan keturunan saudara, wasalam.
Masyaallah..adakah ini sikap seorang yang hebat dalam menghurai ilmu Allah..apabila menerima teguran terus melenting dengan kata2 hina..buat renungan saudaraku..Rasulullah pernah ditegur oleh saidina Bilal bin Rabah dalam strategi perang, tidak ada pun kata2 nista dari baginda..inikan kita insan yang biasa.Saya menegur bukannya menghina saudara, kita berbicara dalam disiplin ilmu, bukannya nafsu amarah…adakah saudara saja yang berhak bersuara dan menidakkan orang lain…Kita berbicara ilmu Allah jangan kata2 nista yang saudara hambur..Sesungguhnya saya bersaksi LAILAHAILLAH MUHAMMADARASULULAH..
Pakcikli jangan marah sangat nanti ubat tak laku,saudara dewa tempur cuma memberi pendapat sahaja.
Saya hormat pakcikli dan saudara2 yg lainnya jangan kerana persoalan yang saya kemukakan ini boleh menghilangkan seri pakcikli yang bersopan santun ye.
Kami budak baru belajar meniarap pun belum tentu boleh inikan pulak mahu berlari seiringan dengan saudara2 semua.
Sekali lagi saya mohon maaf pada saudara2 semua juga pada dewa tempur kerana tolong bercakap untuk saya.
Memang kereta manual boleh accident tapi kalau drivernya cekap mungkin tak accident.Minta maaf Tok Sheikh ya saja nak gatal mulut.
Assalamualaikum Para Sahabat yang Dirahmati Allah..
Buat saudara Tempur dan Saudara Rahimirahman..kenapa Pakcikli, Tok Sheikh, Neo, Karimon dan Kekadang saya sendiri..kami mengunjurkan agar Berguru..kerana bila kita bercerita dan berdialog tentang Pegangan, kebanyakkan kami olahkan dalam Kiasan agar ianya tidak disalah Faham..bila kita berdialog bab Hati..ianya amat Kompleks sekali..kalau Takat Kompleks Beli-belah..masih lagi dapat diungkaikan..tetapi bila bab Pegangan ni..ianya amat sensitif sekali dan kami juga tidak mahu dikatakan sebagai GURU YANG SESAT dikemudian hari jika tersalah erti..
Tok Sheikh telah membuat beberapa catatan yang amat Senang difahami disokong oleh Pakcikli yang cukup panjang Lebar ibarat Buku Teks yang diiktiraf..jadi mengapa masih lagi ditahap 13..sedangkan yang 13 tu atas Perintah dan jika nakkan lebih pasti..saya unjurkan ke Kompleks Ugama bahagian Saudara Baru..kat situ saya rasa yang banyak nak belajar..kat sanalah paling Best dan senang..kami ni sekadar memberi tahu apa yang didalam rangkuman pengetahuan kami yang hanya sesuku zarah..kemampuan yang tiada….jadi renungilah..pepatah orang tua lama-lama..jangan banyak tanya..buat ajer…
Janganlah anggap kami ditahap 13 wahai saudaraku waliqudus.Asas soalan saya mengenai sembahyang dan saya sedar saudara2 sekalian cukup berhati2 dalam memberi penerangan kerana takut kami tak faham dan tersesat jalan.
Ya benar berguru itu amat penting kerana BERAMAL TANPA GURU SESAT. Tapi JIKA TAREKAT TIDAK MEMBAHASKAN ILMU SEMBAHYANG ITU BUKAN TAREKAT NAMANYA.
BERDIRI dalam sembahyang itu ialah SYARIAT,RUKU dalam sembahyang itu TAREKAT,SUJUD dalam sembahyang itu HAKIKAT dan duduk dalam sembahyang itu MAKRIFAT.
Maafkan saya saudara waliqudus dan saudara2 sekalian kalau persoalan saya ini membuat saudara2 semua kembali kencang.Semua ini adalah ilmu walau sebesar hama sekalipun ia tetap ilmu,saya suka mencari ilmu.Sembahyang itu adalah ZIKIR AKBAR iaitu untuk membersihkan hati nurani.
Assalamualaikum..saudara memang mantap..itulah saudara rasakan belum menepati kehendak jiwa saudara..Dari segi komen saudara, memang saudara layak berbicara dgn saudara2 yang lain…Jngn sembunyikan taring dan kuku lagi saudaraku Rahimirahman…he..he..he..
Assalamualaikum Para Sahabat, Saudara-Saudaraku yang dikasihi dan Dirahmati Allah…
Bersyukur saya keHadrat Allah kerana kurniaan Kesabaran bagi Hamba-HambaNya dalam menimba dan Mencurahkan Pengetahuan Bab Terikat jalan yang Hak melalui Syarat-syarat serta tertibnya..dimana Pengakhirannya membibitkan pengenalan Mengenainya jua..
…MATI… adalah perkara yang sepatutnya dibahaskan..iaitu..bagaimanakah untuk kita menghadapinya..jika tiada Ilmu baginya..maka dapatkah kita melalui apakah yang dikatakan…MATI…janganlah kita berbahas mengenai taring dan kuku..ilmu itu dan ilmu ini..bukankah kita akan bertemu diMashyar nanti..menuju arah yang pasti..ke kampung Akhirat yang kekal nanti???
Jika kita membahaskan akan bab MATI..saya rasa, dada terasa sempit..dah takder dah bab mendabik.. Perbahasan Bab Kematian akan membibitkan Ilmu pengetahuan tentang apa yang kita perdebatkan mengenai TARIKAT…jadi, tidakkah saudara-saudara merenungi dalam perbahasan kita..ianya adalah pengetahuan mengenai jalan menuju kearah Kematian (Meninggalkan Dunia)..satu Perjalanan..Tidakkah kita Fikir bahawa apa yang kita bahas dan perdebatkan dalam bab Tarikat ini, ianya akan ditanya oleh Allah kemudian kelak??..dalam Hati kita masing-masing..Semuanya dalam Rangkuman Allah..apakah kita berserta dengan Allah ketika kita membuat catatan mengenai apa yang didebatkan.. janganlah kita merasa hebat tentang apa yang didebatkan..nak jadi Jebat???..menderhaka kepada Pemilik Ilmu Segalanya..tanpa Kita sedari..membuak-buak didada rasanya setiap para komentar yang memberi pandangan..terkadang..dalam bahasa kasarnya..tak reti bahasa…bila ditegur sedemikian rupa..setiap catatan yang dibuat oleh para komentar dapat dinilai akan hatinya..kepada yang kenal akan hati hati yang sejiwa..asas cerita adalah mengenal diri belaka..tetapi belang, Taring dan Kuku dipamerkan pula..nak buat apa para saudara..kalau kita berbincang, saling berkongsi pendapat..kan ianya lebih bermanfaat…kalau saya berkata jangan bertanya..buat sahaja..bukanlah bermaksud para komentar tidak boleh bertanya..nak tanya apa pun boleh..tetapi ada tertibnya serta menghormati dengan cara bersendaloka, dengan hati yang rendah..Sedangkan Ya Habbibullah pernah ditanya oleh orang-orang yahudi mengenai Bab RUH..Baginda berdiam diri dalam beberapa hari tidak menjawab pertanyaan mereka…tetapi apabila terlalu bertanya dimana asas hati yahudi tersebut hanya menduga Ya Rasullullah..Baginda menjawab..RUH ITU ADALAH URUSAN ALLAH DAN BUKAN URUSAN MANUSIA..maknanya jangan bertanya sesuatu yang bukan dalam Urusan Kita..renungilah wahai para sahabat yang Dikasihi dan dirahmati ALLAH tentang maksud saya…Wassalam
Terima kasih saudara waliqudus..atas nasihat saudara, mungkin saya dan saudara rahimirahman patut belajar seperti orang baru masuk Islam…Memang ilmu saudara ku di sini mantap sehingga tak boleh ditanya kenapa dan apa sekalipun…kalau tak suka ditanya jangan berada di komentar ini.Renungkanlah ,…Rasulullah tidak marah ditanya walau dari seorang kafir dan yahudi sekalipun…inikan pula sesama muslim.Jangan kita EKSLUSIFKAN ilmu Allah swt…
Assalamualaikum…asas ilmu tauhid, tasawuf dan usuludin bermula dgn LAILAHAILLAH MUHAMADARASULULLAH.Begitu juga dgn mendirikan solat ,asasnya rukun 13 dan paling penting pintu masuk alam jasad dan ruh iaiatu takbiratulikhram…maaf kalau tersalah dan terkurang..
assalamualaikum ..,,
xsalah bertanya soalan . krn web site ini dicipta oleh saudara karimon utk muzakarah . ttp sesuatu soalan rare xboleh disampaikan secara sewenang²nya .
para otaimer² berguru dgn pelbagai imu utk penuh di dada . n ada sehingga ke usia tua . ttp soalan² rare diberikan bagaikan mencabar samada para otaimer di sini cerdik atau sebaliknya . ia bagaikan melagakan banyak otaimer di sini .
saya pun mengaku saya juga masih mentah dlm ilmu ALLAH . ttp jika ada kekusutan ttg sesuatu saya akan gentle berjumpa ngan guru atau sahabat seperti saudara karimon , waliqudus n tok sheikh . n alhamdulillah mrk tidak lokek memberikan jwp krn mereka tahu samada jwp diberikan mampu memberikan anjakan paradigma kpd saya supaya bergerak maju ke hadapan .
ttp ada sesetengah komentar ini, lebih susu dr kuah . soalan yg diberikan terlalu rare dalam ilmu ALLAH . nk jln short cut jer . jwp diberikan oleh saudara pakcikli00, tok sheikh , waliqudus n saudara karimon amat baik sekali . mereka tahu akan adat resam padi . ttp jiwa muda yg memberontak utk mengejar ilmu ALLAH bakal berakhir dgn insim .
adakah pengakhiran itu yg diinginkan …?? ketika ini saya harus bersetuju cara pakcikli00 dalam membalas komen tersebut . harus tahu tatasusila dalam berbicara , kelak akan binasa . ada sampan , ttp tiada pendayung , ada nawaitu , tp tiada keredaan . di manakah diri mu kini …??
carilah guru jika inginkan ilmu . cerdikkan akal bukannya nafsu . blog hanya boleh memberikan jwp secara umumnya n bukan sedetailnya . pegi la join fahrin ahmad n linda onn bermuhasabah diri . mana la tau tetiba dapat ilmu corect² [augustine paul] . mungkin ilmu itu yg masih belum saudara selami .
jika salah informasi ku pohon sepuluh jari kemaafan . tq n wassalam .
Terima kasih saudaraku neo iskandar…komen saudaraku2 memang mantap hingga ilmu itu dah ditarik ke otak..apabila ada komentar dapat komen ke otak ,memang beliau mantap.Tak salah kalau kami bertanya hingga ke titik tengah otak..iaitu rahsia di dalam rahsia..kecualilah komen2 itu adalah copyright from book ..saudaraku faham akan istalah TITIK TENGAH OTAK kerna ia letaknya ilmu rahsia ketuhanan…maaf kalau infoku tidak tepat dan salah..
Asallammualaikum semua !!!Kalau masing masing dah faham dan dah beramal, apa perlu bertanya lagi !!!Kami semua ni tak de ilmu, hanya lepas untuk diri kami sahaja !!!Kalau bertanya bagi orang yang tak tau, lain bunyi nya, kalau bertanya saja nak menguji, bukan kat sini, web ini hanya untuk perbincangan saja, bukan lah untuk berguru, kami semua tiada ilmu.Banyak GURU MURSID di SERAWAK atau di tempat Rahimirahman.KAMI NI HANYA KOMENTAR YANG HANYA MENGHABIS KAN WAKTU REHAT JER.Itulah nasihat saya, bab ilmu Tasauf ini, memang tak susah tapi awal awal lagi saya sudah saran kan cari GURU YANG MURSID.
Minta maaf Tok sheikh memang merajuk benar bunyinya Tok Sheikh ya,Saya tak berniat untuk menguji jauh sekali memperlekehkan Saudara2 sekalian.Apalah yang ada pada hayat manusia selain dari MENCARI.
Saya sungguh tak sangka perbahasan ini akan menjadi panas begini.LILAHHITAKAALA niat saya ikhlas tak lebih dari itu.
Setiap penjelasan yang saudara2 sekalian berikan saya hargai dan junjung tinggi.Bagi saya ilmu tetap ilmu dan saudara sekalian dengan jujur menghuraikan untuk saya.
Dalam kita MENCARI dan MENGENAL ada yang berjumpa ada yang tidak dan ada yang setengah jalan.
Minta maaf lagi dipohonkan pada komentar2 didalam blog ini.Saya cuma ingin berbahas dengan yang satu aliran manalah tahu ada yang saya tercicir bolehlah saudara2 sekalian perbetulkan.Mungkin saya masih muda saudara sekalian sudah lama merasa apa itu garam dan gula,Saya mungkin baru merasa.
Kepada Saudara2 ku sekalian keilmuan saudara semua saya sanjung tinggi.Kita mempunyai akal dan akal berkisar sekitar apa yang dicipta,tapi sampai pada pencipta(tuhan)akal akan larut,siapa yang mencari tuhan dengan akalnya sebagai petunjuk,tuhan akan membingungkan dia.Dengan kekacauan tuhan akan bingungkan hati nuraninya hingga putus asa lantas dia berkata”Hamba tidak kenal engkau”.
Jika bab ini menjadi semakin panas kita tutup sahaja dari berbicara soal ini.
Bagi dewa tempur teruskanlah mencari insyaalah saudara akan berjumpa dengan guru yang mursyid,Belajar tarekat ini benar seperti yang dikatakan oleh pakcikli mulakan dengan gear 1 kemudian barulah yang seterusnya.
Kepada Dewa tempur setiap orang boleh melihat dan mengenal tapi syaratnya mesti ada PERSEDIAN kalau tak cukup PERSEDIAN dia tak dapat MELIHAT.Itu namanya buta didunia dan buta diakhirat,dia akan sesat didunia sesat diakhirat kerana tak berjumpa T****NYA.Nama A***H sekarang ada bersama manusia bukan dialam roh,Siapa kenal dirinya nescaya akan kenal T****NYA,Sesiapa yang tak kenal dirinya tidak kenal T****NYA.Teruskan mencari saudaraku dewa tempur.
SEPULUH JARI SAYA MEMOHON SERIBU KEMAAFAN ANDAI KATA KEHADIRAN SAYA DIBLOG INI TIDAK DIALU2KAN.SAYA CUMA TERSESAT DIBLOG INI DAN ALLAH ITU MAHA KAYA KALAU TIDAK KERANA ITU MUNGKIN SAYA TIDAK MENGENALI SAUDARA SEMUA.ALHAMDULILAH WALAUPUN HANYA MENGENALI MELALUI TULISAN TAPI SAUDARA SEMUA MEMANG BEST,TERIMAKASIH.
Aduh aduh aduh bagi saya yang merajuk bukannya Tok Sheikh tetapi saudara sendiri buat apa Tok Sheikh nak merajuk plak,kamu yang menanya dan nak mengcungkil ilmu tetapi tak dijawap oleh Tok Sheikh maka yang merajuk bukan yang ditanya tetapi yang menanya sebenarnya.Atau kemungkinan saudara mahu menjolok Tok Sheikh agar dia menjawap pertanyaan saudara dan kemungkinan yang lain saudara sudah pun ada jawapannya tetapi saudara kurang yakin dengan jawapan yang saudara ada.Atau pun mungkin saudaara ada terbaca mana2 artikel yang berkaitan dengan tasauf atau mendengarnya dari orang maka saudara mahukan jawapan disini.Selalu kita sering menasihati orang tetapi adakah kita menasihati diri kita sendiri.Blog ini bukan untuk berbahas nanti jadi nahas,blog ini untuk berbincang.Dan jika saudara menanya soalan dan orang itu tidak mahu menjawap maka itu hak dia mahu menjawap ataupun tidak mana boleh paksa dia menjawap.Kalau dia tahu dan tak mahu menjawap pun itu hak dia dan tentu dia mempunyai sebab yang tertentu kenapa dia tak mahu menjawap.Jadi kalau dia tak mahu menjawap adakah menjadi hak saudara untuk marah dan menyindir seseorang.Mungkin pada hari ini dia tak mahu menjawap tetapi entah esok atau lusa dia akan menjawap,maka sabarlah sikit tak boleh sabar ke?Nak belajar dan menuntut ilmu hendaklah sabar dan anggaplah ini pula nasihat saya pada saudara yang saudara sendiri lupa untuk menasihati diri sendiri.Dan mengapa pula dalam komen saudara mesti gunakan tandaT****NYA A****H kan tak betul juga tu.
Dari apa yang saya baca komen2 saudara menunjukkn saudara juga seorang yang berpengetahuan tetapi saudara menjadi lalai seketika dalam menjaga adat dan adap,mungkin terlalu banyak mengkaji yang batin2 yang tinggi2 sehingga menjadi lalai untuk kembali ke asas,saudara lupa menjaga hati dan menjadi riak.Apakah saudara akan menyindir guru saudara jika guru saudara tidak menjawap pertanyaan saudara?Apakah apabila saudara berguru dimasa yang sama nak mengajar guru.Adat kita belajar ialah merendahkan diri dengan tertib sopan santun.Mengapa boleh jadi lupa akan ini semua?Apakah saudara nak tunjuk belang saudara dan taring saudara apabila menuntut ilmu?Kamu tak lihat ke apa sudah jadi pada Dewa tempur dia menjolok kamu supaya keluarkan taring dan kuku kamu sekarang kamu disanjungnya,apakah kamu suka disanjung dan dipuji?Apalah gunanya kehebatan ilmu walau setinggi langit pun kalau hati tak dijaga.Nafsu perlu dikawal dari menguasai diri.Seperti yang saya katakan kebanyakan murid sufi tumbang kerana riak dan merasakan dirinya berilmu tinggi.Mengapa pandai bercerita tentang hakikat dan makrifat dan tasauf tetapi soal pula diri adakah aku mengamalkan apa yang aku tahu.Setahu saya murid yang mengenali akan hakikat dan makrifat adalah seorang yang merendah diri dan bersopan santun,Saya telah berkata berulangkali kepada dewa tempur jaga adat dan adap dan menghurmati orang yang lebih tua dari kita,bukankah itu ajaran ugama kita yang mana kita belajar asasnya kalau asasnya kita tidak kukuhkan bagaimana kita mahu mendaki lagi tinggi.KERANA ITULAH BANYAK MURID SUFI YANG TUMBANG KERANA MENJADI LALAI MENJAGA ADAT DAN ADAP DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS.MAKA LAHIRLAH SIFAT RIAK DAN TAKABBUR DAN MERASA DIA YANG BETUL DAN DIALAH YANG TINGGI ILMUNYA.
Assalamualaikum saudara semua…emmm..kalau ayat dah camtu memang merajuk benarlah tok sheikh ni…tapi tak apa kita insan biasa.Saya sedia maklum bahawa tok guru2 kat sini tak boleh nak ditegur @ berbeza pendapat, bagi mereka apa yang dikata harus ditelan jangan banyak tanya..he..he..nanti biadab kan pakcikli00.SEkian sajalah ,nanti menimbulkan amarah pada orang lain…Maaf seadanya kerna kami insan biasa, tak pernah bertempur dengan jin dan mengaji pun tak habis..nak bertanya , nanti biadab pula..Maaf zahir dan batin..
Ni sekor lagi kan pernah saya pesan dulu jaga adat dan adap dengan orang tua,cuba kamu sindir mak bapak kamu tengok tak ditempurnya kamu.Dah dapat geng baru abis terkeluar taring.Yang kamu suruh si rahimirahman keluarkan taring tu wat pe lawa ke kalau manusia ada taring macam haiwan.Ini dia kata2 kamu” Jngn sembunyikan taring dan kuku lagi saudaraku Rahimirahman…he..he..he..” eloklah tu dia yang keluar taring kamu yang plak yang menggilai.
Asalamualaikum semua!!!Apa lah nak di bising kan !!!Tok lama lihat blog ini memang tak bolih nak ulas panjang 2 dalam ilmu batin islam ini.Ilmu Tasauf adalah bab RAHSIA ALLAH, bukan nya bolih silap cakap.Berapa banyak fitnah yang melanda Ahli Tasauf..contoh nya seperti Syeikh Hamzah Fansuri, Ibnu Arabi dan banyak yang lain lagi.Memang lah islam itu mudah kerana cukup rukun islam itu diamalkan..maka orang itu sudah islam, cukup rukun iman di jalan kan orang itu dah beriman..tetapi ilmu TASAUF, ialah BUAH dari amal kita, ianya memang rumit untuk di huraikan, buat diri TOK pun tak berani nak ulas takut2 tersalah, jadi lebih elok dan molek, jika sesiapa nak belajar ilmu Tasauf, pergilah cari GURU GURU yang benar benar faham.Tok perhati kan,banyak sahabat kita mengulas dengan baik, tapi nasihat Tok, kalau nak belajar,ilmu Tasauf jangan di ambil main tebok2, ambil lah dari bawah dan terus habis satu kitab itu !!kalau di tebok2, kita tidak akan faham, jangan lah kita ambil jalan mudah,kerana ini ilmu TAUHID kan ALLAH.Kepada yang dah sembahyang itu bagus lah, teruskan,lama lama kefahaman itu akan datang sendiri,Tok pun begitu juga dulu, tapi bila dah lama sembahyang, lama lama ALLAH beri kefahaman sendiri.tetapi mesti lah berguru supaya apa masaalah bolih rujuk kat GURU kita.
Waalaikumsalam Tok Pulau,beginilah adatnya budak2 suka menanya,apa yang terdaya dijawap maka dijawaplah jika tak dapat dijawap melenting plak.Apa yang Tok Pulau katakan itu betul kami takut kelak difitnah dan disalah ertikan niat maksud kami.Budak2 ni sebenarnya dah dikira beruntung sesetengah soalan itu dah pun dijawap sama ada secara kias atau nyata dan ada pula dijawap sebagai asas untuk memberitahu adanya ilmu sedemikian dan selebihnya hendaklah dicari guru untuk dikupaskan supaya faham betul2.Pernah saya katakan berdepan dengan guru tak sama dengan menanya di blog ini,sedikit aja tersilap hancur jadinya sedikit aja tersalah taip rosak jadinya.Anggap saja diblog ini sebagai tempat asas ilmu bukan berguru.Dan yang paling saya terkilan ialah ada setengahnya saja nak menguji para komentar disini,buat apa,apa faedah yang didapati ?Dah berbuih2 rasanya nasihat diberi pergilah cari guru belajar,bila disuruh begitu bukan bererti nak mengilas atau kedekut nak jawap tapi ada sebabnya.Jangan semuanya nak cari jalan short cut atau pintas atau seperti Tok Pulau katakan tebok2.
Dalam mencari ilmu hati naklah ikhlas jangan cepat melenting.Pernah satu soalan yang ditanya oleh seseorang pada saya dan beliau suruh saya mencari jawapannya,katanya kalau dalam tempuh satu tahun kau masih tak dapat mencari jawapannya datang balik jumpa dia dan tanya.Dan telah genap satu tahun maka saya menanya beliau soalan itu dan beliau menjawapnya.Satu tahun iaitu 365 hari saya tunggu dan saya cari baru dapat jawapannya.Budak sekarang dah dikira beruntung sangat buku ada internet ada boleh dibuat rujukan.Pada masa saya ulang alik 15 batu kerumah guru selama 10 tahun nak belajar umur pada masa itu 17tahun.Apa yang guru ajar ialah bab bersuci dulu wudhu,mandi wajib walhal masa sekolah dulu pun ada belajar bab ini,pas tu bab sembahyang apa2 ajalah tentang fekah termasuk bab niat.2 tahun bab fekah selesai baru masuk bab usul dan seterusnya.Bukannya terus bab tasauf,kena fekah dulu.Ada seorang tua yang saya menanya beberapa soalan mengenai ilmu batin islam,sebelum beliau menjawap soalan saya beliau menanya saya beberapa soalan setelah saya menjawap soalan beliau,maka barulah beliau menjawap soalan saya,beliau lakukan ini untuk menguji tahap kefahaman saya,katanya kalau saya gagal menjawap soalannya maka saya belum bersedia untuk menerima jawapan dari dia.Beliau tidak mahu saya keliru dengan jawapan beliau kalau tahap saya belum bersedia.Saudara2 semua seharusnya berterima kasih kepada para komentar yang memberi komen mereka bukan mengutuk dan menyindir mereka,mereka pernah memberitahu saya mereka bukannya guru faham betul2 mereka hanya membantu memberi penerangan menurut kadar sepatutnya kerana mereka tidak mengenali saudara2 secara peribadi dan tidak mengetahui sejauh mana pengetahuan saudara2 dalam bidang yang saudara tanya.Sesuatu ilmu itu diberi menurut kadar kefahaman seseorang takkan kita nak ajar seorang anak kecil darjah satu ilmu filosofi atau ilmu kedoktoran faham ke mereka walau pun mereka menanya soalan tentang perubatan atau falsafah.Soalan2 yang ditanya mungkin sahaja saudara2 dengar dari kawan atau diambil dari buku atau internet dan menanyakan soalannya di blog ini.Cuba saudara renungkan dan baca kembali nasihat yang diberi dan terkini dari Tok Pulau serupa saja nasihatnya”BELAJARLAH DARI SEORANG GURU” dalam bahasa orang putih ‘LEARN FROM A MASTER”Kalau dari cara saudara2 menjawap apabila saudara rasa soalan saudara tidak dijawap maka saudara belum bersedia untuk berguru kerana tahap kesabaran saudara belum mantap.
Waalaikumusalam JIWA TEMPOR !!Dari ulasan anda saya tau anda ORANG SUNNAH,untuk pengetahuan tuan sayajuga belajar AL SUNNAH.Semasa di JOHOR, saya salah seorang pendiri SUNNAH JOHOR.Semasa saya di Melaka saya belajar tentang Tasauf.Persoalan nya SOLAT dan SEMBAHYANG.Kalau anda belajar sunnah ,anda akan tau apa itu SOLAT dan apa itu SEMBAYANG.Pendekatan orang Sunnah memang kasar sedikit, semua nya bidaah, tetapi itu bab remeh temeh,seperti solat ada usalli ke tidak, batal wuduk antara lelaki perempuan…Tapi anda lihat tak saya ulas AYAT AL BAQARAH…..INILAH SATU SATU NYA KITAB, TIDAK ADA KERAGUAN DIDALAM NYA, PETUNJUK BAGI ORANG BERTAQWA.Saya tidak lihat buku,tetapi saya belajar HARPIAH,SEMASA di SUNNAH JOHOR dulu…Dan kalau ALLAH dah jamin dan memberi petunjuk bagi orang orang bertakwa !!tak percaya ke !!!KATAKAN LAH MOHAMAD ALLAH ITU ESA, ALLAH TEMPAT MEMINTA…AL IHKLAS 1-2…Dah kalau ALLAH sendiri jamin dia tempat meminta….mintalah khusuk dalam solat dan berbagai bagai lagi !!!Kami semua tiada ilmu yang betul2, mursid..itulah saranan kami, jika anda nak lebih, cari lah guru. ilmu tasauf ialah ilmu amal, bukan cakap cakap, minta lah pada ALLAH, kerana dia yang maha tahu dan maha berilmu.Jangan pula kata saya tak ikut sunnah, saya ada kitab rujukan hadis shahih karangan IMAM MUSLIM, KITAB IMAM SYAFIE juga ada AL UMM, antara ulama fiqh dan ulama tasauf ada beza sikit, tapi dalam bab FURU bukan bab pokok.Kalau lah islam datang di nusantara ini dari ulama fiqh,ianya tidak akan berkembang seperti sekarang.Ulama Tasauf lah yang berdakwah di sini, dan islam nya berkembang seperti sekarang ini.
Assalamualaikum Wahai Saudara-SaudaraKu yang Dikasihi dan Dirahmati Allah..
Sesungguhnya..kami para sahabat disini tidak pernah berasa leceh,penat dan segalanya yang negatif dari segi berkongsi Ilmu Pengetahuan..jika seseorang yang menanya dan kemudian terasa hati apabila jawapan diberi seolah nak menarik diri..macam mana nak berguru dengan yang benar Murshid dalam Bab Ilmu Allah..Baru kena sikit dengan Tok Sheikh dan Pakcikli maupun dari sesiapa..atau dari saya sendiri yang ibarat had paras keting sahaja Ilmu kami..so macam mana nak berguru dengan yang lain..ni baru berdialog serba sedikit yang kami rasa belum tahap tangga satu pun…..yang kami ni dah sampai beruban seluruh badan pun masih belajar..walaupun pelajaran tersebut dari seorang anak-anak kecil..kami hanya menjalankan tanggung-jawab kami dalam As-Sunnah “Sampaikanlah walaupun satu ayat dariku”..dari kekasih Allah..Kekasih kami jua..
Tetapi ilmu yang didialogkan amat mantap sekali..tetapi telah kami kiaskan dalam berbagai penyampaian..dari lawak jenaka hinggalah ke Air Mata kami titiskan yang tak dapat kami Tunjukkan..hanya Allah yang lebih Memahami Isi Hati Kami serta yang diniatkan…
Buat Saudara Rahimirahman dan Dewa Tempur..Telah beberapa kali saya sarankan agar biarlah yang ditanya dalam asas yang senang difahami oleh lapisan tahap pemahaman buat pembaca yang lain agar yang menjawabnya nanti dari yang benar-benar tahu dan faham..tidak perlu menanyakan tahap yang kami sendiri tak tahu..serta amat berat bagi pembaca yang lain untuk memahaminya..kan dah kata buat ajer..macam Slogan kata Kasut NIKE..Just Do It..Jangan malas-malas..ngabiskan beras.ajer…Tok Sheikh nah naik Berbuih Mulut macam kene patuk Ulau Berbisa..(Nasib Baik ada Geliga Ulau)heheheh..Pakcikli…Mata sampai tak boleh tutup..siap tongkatkan dengan batang mancis mater tu disebabkan mentelaah bahan bacaan untuk ditaipkan buat perkongsian para pengemar Blog ini..saudara neo sampai tak kawin-kawin lagi sebab cari Ilmu dan hamparkan dalam catatan komentarnya..saya sampai tak siap-siap biji tasbih mentelaah komentar dari para sahabat semua disebabkan Ilmu yang dicurahkan membuak-buak ibarat paip pecah..Rugilah saya kalau tak nak belajar dari apa yang diperdebatkan…pegi universiti pun tak dapat..pegi spital…langsung tak dapat..siap ada rasa takut pula nak mati sebab tak tahu amalan kita ni dirahmati ke???MasyaAllah..saya Berharap para Komentar janganlah berasa kecil hati akibat jawapan yang dikongsi sedikit sebanyak mencucuk hati nurani…kan saya dah kata Tahan Hati Menahan Karat yang berat..
Maksud yang 13 tu..Bersolat ikut jer yang macam kita blajar kat sekolah dulu tu..Macam Tok Pulau dah Kata..Blajar dan Buat dulu..bila dah faham senang cerita..tu belum lagi bab alihkan pandangan Mata…belum lagi cerita hati yang punya hati..dan berbagai lagi..kalau nak dicoretkan dalam wordpress ni, meletup server dia..dia tambah aper jenih Storage system pun gerenti terbarai punya…mana nak dirangkum akan ILMU ALLAH..so..bersedang-sedanglah..dan bersenang-tenanglah dalam menjalankan akan perintahnya..baru ada rasa cinta..baru ada rasa rindu padanya..ibarat kata pujangga..bilakah waktunya dapat kita bersua..sehinggakan mengalir air-mata..MasyaAllah..tu sebab Para Abid berkata..agak bila sampainya kita….jauh ke lagi perjalanannya..macam manakah nanti keadaanku bila berdepan denganNya..tu yang Tok Sheikh Kata..Berbuih Mulutnya..Pakcikli pula..Letihhhhhhhhhhh….
Astaghfirullah’hal azim
Maaf saudara karimon atas ketelanjuran saya.Saya tidak berniat untuk menunjuk kehebatan diri apatah lagi mendabik dada.Jauhkanlah diri ini dari sifat riak dan takbur.Ini juga ilmu bila saudara karimon kembali membetulkan kedudukan saya yang mungkin sudah tersandung.
Mungkin jiwa muda(belum masuk 40) menjadikan saya teralpa seketika.Maaf saudara ku semua hulurkan tangan bila terlihat saudara sepejuanganmu mungkin sudah melalut.
Begitu juga dgn dewa tempur mungkin masih muda dan renungkanlah nasihat komentar2 yang lebih banyak pengalaman.
Disini saya mengundur diri dan halalkan segala ilmu sedikit sebanyak yang saudara semua berikan kepada saya.
Terimakasih Pakcikli,Tok Sheikh,Waliqudus,Neo Iskandar,Tok pulau dan Dewa tempur.Tidak lupa juga Wak Karimon yang mengejutkan saya.
Asalam mualaikum semua !!!Syariat dah di ikut,solat pun dah di amal, tapi tak jumpa 2, tuhan ku !!!di mana ya!!Sebenar nya aku buta hati dan tidak sabar !!!Tiada NAS yang menyuruh aku mencari HAKIKAT solat, YANG DI SURUH IALAH AKIMI SOLAH (dirikan solat),kalau lah ALLAH suruh begitu bib, apa perlu kita cari hakikat solat, makrifat solat? mengikut NAS( AL QURAN dan HADIH) memang tidak perlu kita cari itu semua!!!!Tetapi bila kita lihat Hadith dan melihat sunnah sahabat, mereka solat hingga lupa dunia, kita pun pelik ??macamana ye, nak dapat kan solat begitu???Kalau kita hanya mengharap kan ilmu FIQH sahaja, kita tidak akan dapat solat yang begitu( macam solat S.ALI KMW).Di mana kah kita nak dapat, solat yang tinggi nilai nya !!!Semasa saya belajar di JOHOR( dalam AS SUNNAH) SAYA TANYA GURU SAYA !USTAZ, SAYA NAK DAPAT KAN SOLAT MACAM SAIDINA ALI !!!JAWAPAN NYA KAMU BELAJAR TASAAUF !!!SEORANG GURU AS SUNNAH(WAHABI),MENYURUH SAYA BELAJAR TASAAUF??? PELIK,ANTARA AS SUNNAH DAN TASAAUF, SELALU NYA BERTENTANGAN !!Selepas saya tamat belajar ilmu SUNNAH, saya belajar pula Tasaauf, baru lah mata saya celik, rupa rupa nya dalm tasaauf, menangis di hadapan ALLAH itu lebih tinggi
nilai nya dari ketawa.!!Kalau kita belajar dalam SUNNAH,kita akan banyak belajar ilmu Fiqh,mereka memang pakar tentang ilmu ini, tetapi kalau bab hati..(menangis, merintih dll) di depan ALLAH, mereka kalah dari orang Tasaauf!!!Orang sufi hati nya lembut, merendah diri,tiada ilmu dll…Ini lah sebab nya guru saya suruh belajar Tasaauf, selepas saya belajar ilmu SUNNAH kerana untuk bersih hati kena bermujahadah !!Hati anda tidak akan lembut tanpa cubaan..(contoh..hinaan,cerceaan, celean)..Ini lah yang ALLAH kata !!Adakah kamu mengaku beriman, tanpa kami beri cubaan??.Itu sebab nya bib,BAGI SAYA, saya tak banyak tanya !!!ALLAH kata,DIRIKAN SOLAT,SAYA DIRI KAN SOLAT…TIDAK PERNAH SAYA TANYA..APA ITU HAKIKAT SOLAT,MAKRIFAT SOLAT..tetapi saya dapat setelah saya solat tanpa jemu,solat wajib..dan malam nya solat hajat,tahajud..mohon pada ALLAH berilah aku kepahaman dan khussuk dalam solat ku…saya beri satu tip lagi !!!AMALKAN SOLAT WITIR TIAP 2 MALAM, JANGAN TINGGAL,SE OLAH OLAH WAJIB ATAS ANDA !!!anda akan tau lah nanti,kerana ini adalah SOLAT UNTUK ALLAH…solat ini aduhai..nak tunggu bulan puasa jer nak buat, sedang kan nabi buat tiap tiap malam, tak bolih 3 rekaat, buat satu rekaat, tak nak berdiri, buat duduk !!!buat, mesti buat!!!
Satu lagi guru saya kata buat semua solat sunat..solat tahajud,rawatib,tasbih,witir,dhuha,israq dan solat awwabbin.tak bolih setiap hari,buat seminggu sekali,tak bolih sebulan sekali, tak bolih setahun sekali, tak bolih seumur hidup sekali tak bolih !!!KATA ALLAH ,DIA AKAN TUNTUT DI AKHIRAT NANTI…ALLAH HU AKBAR.
assalamualaikum ..,,
betul² saya setuju dgn pendapat waliqudus . kita hanya insan yg lemah . disuruh melakukan rukun ISLAM n mempercayai rukun IMAN . serta menjauhi dalam melakukan dosa samada kecil n besar .
keterlanjuran berbicara membt ramai pengkomen tegar serta saudara karimon jd panas . org yg ingin mencari ilmu secara short cut samada mengelakkan pembaziran masa n keringat akan berakhiran dengan ……
diulangi sekali lagi kepada semua , termasuk diri saya sekali blog ini dicipta utk cetusan pendapat dlm erti kata lain bermuzakarah . ttp ada sesetgh perbincangan tersebut harus difilterkan bagi mengelakkan perkara² yg xdiingini berlaku . adakah adil jika ada pengkomen yg membt onar dlm memberikan komen yg terlalu rare , memberikan masalah kepada saudara karimon bersemukan samada kdn , mais n sebagainya . jika berumur 20an pun tau batasnya . inikan yg dah berumur 30an ke atas . xguna meniti di usia saban hari tp kematangan masih berada di takuk yg rendah .
pegi la bermuhasabah diri akan perkara ini . jika ada masa ajak la fahrin ahmad n linda onn join sekali . mungkin ada persamaan kepada 2 individu ini . wallahualam .
jika salah informasi ku pohon sepuluh jari kemaafan . tq n wassalam .
Salam Sejahtera buat Pakcikli yang dikasihi dan Dirahmati Allah..Kami juga menyayangi Pakcikli disebabkan Pengetahuan dalam Ilmu Allah dengan mengikut adap dan tertibnya..Alhamdulillah..yang pakcikli tatap paparkan buat perkongsian serta mengingatkan kami semua yang mungkin terlepas pandang dan kekadang menganggap sesuatu yang kecil itu remeh dipandangan..Astagrfirullah’hal Azim..Muga Allah memberi HidayahNya buat kita semua..
Begitulah yang terjadi Kepada Kekasih Allah dimana Kekasih Kita jua….Terbenam-terbenak dihati saya akan perihalnya..Tiada Kata-kata tika merenung akan Hayatnya yang hayat…faham jualah jika yang telah benar-benar mengakui Rasullullah adalah Kekasih baginya jua…Salam dan Selawat Buat ya Rasullullah..(Marilah Kita Berselawat sentiasa kepadanya)..Demi Allah..Demi sesungguhnya..Selawat itu adalah Kunci Pembuka Langit yang mana Doa-Doa yang dipanjatkan Kehadrat Allah, Nescaya tiada sampaiNya ke Arash Allah jika tiada Berserta dengan Berselawat keatasnya..sedangkan Telah dijanjikan akan Wasilah Baginya..Ya Allah..Aku Bermohon akan Wasilah bagi Ya Rasullulah..Itu lah yang di sanadkan kepada kita melalui sanad-sanad para sahabat dan yang sealiran sehinggalah kepada kita..tidak dikira melalui apa..Setiap kali secara umumnya sehari sebanyak 11 kali kita bermohon akan Wasilah baginya..(tak tahulah yang tidak secara umumnya)kan lepas azan dan Qamat kita berdoa…kiralah berapa banyak..tetapi apakah kita berkira bagi yang kita junjung dalam kehidupan seharian kita akannya..Wallahu..
Assalamualaikum…salam sejahtera tetapku doa buat saudara muslimku…walaupun saya dikatakan IBLIS dan BINATANG..,saya tetap doakan kebahagian saudara muslimku…Saya sedar bahawa saya insan biasa berbanding saudara2 sekalian, ada yang tahap wali dan aulia…tida dendam dalam diri saya kerna saya berdiri dalam disiplin ilmu, tanpa menidakkan hak orang untuk berhujah..Minta maaf seadanya saudara2 ku.Aku insan biasa tiada tahap @ gelaran …Yang baik dari Allah swt, Yang jahat dari kita seadanya…Andainya kehadiran saya tidak disenangi tuan rumah,..maaf sekali lagiHarap tiada dendam di antara kita semua…
Asalamualaikum
Saya kalau bab ingin mendirikan Masjid ni paling suka, kerana untuk menyempurnakan Masjid yang empat. Pertama Qalbu orang mukmin tu Baitulallah (rumah Allah} masjidlah tu. Kedua Misjidilharam tempat menghadapkan dada ketika solat, tak tepat pun tak boleh. Ketiga Masjid yang Neo nak dirikan tahun depan, kadangkala kesian juga dengar cerita Neo, “sudahlah hidup tak selesa, benda sedap belum merasa” dikhuatiri mengurangkah pahala dan khusyuk solat. Ke empat barulah masjid jamik. barulah sempurna sembahyangnya. Jangan tak ikut tertib masjidnya nanti huru hara.
Pulau Pinang jalan ke Mekah
petang petang pergi ke jeti
tahun depan nak menikah
senang sungguh rasa dihati
dibawah ini saya catatkan persedian untuk Neo menjelang tahun hadapan.
Syarat sahnya nikah ada 4 perkara
Setiap syarat sah nikah perlulah diikuti jikalau salah satu daripadanya tidak lengkap, maka pernikahan tersebut menjadi tidak sah. Iaitu :
Menyebut secara khusus (ta’yin) nama mempelai. Tidak boleh jika wali hanya mengatakan, “Saya nikahkan kamu dengan puteri saya” tanpa menyebut namanya kerana mungkin puterinya lebih dari satu.
2. Kerelaan setiap pasangan yang dinikah. Pernikahan yang dilangsungkan tidak sah jika dilangsungkan tanpa persetujuan mereka kerana dipaksa atau tanpa terlebih dahulu meminta persetujuan dari kedua pasangan tersebut.
Sebagaimana sabda Nabi saw, “Seorang gadis tidak boleh dinikahkan sehingga diminta persetujuannya”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
3. Wali bagi mempelai wanita, sebagaimana sabda Nabi saw, “Tidak sah pernikahan kecuali dengan adanya wali” (Riwayat Abu Dawud). Yang menjadi wali bagi seorang wanita adalah bapanya, kemudian abangnya dari bapa dan seterusnya ke atas; kemudian anak lelaki ayahnya dan seterusnya ke bawah; Kemudian saudara kandung lelaki, saudara lelaki bapa dan seterusnya sebagaimana dalam hal warisan. Apabila seorang wanita tidak memiliki wali, maka sulthan (penguasa) yang menjadi walinya.
4. Dua orang saksi yang adil, beragama Islam dan laki-laki. Sebagaimana sabda Nabi saw, “Tidak sah suatu pernikahan tanpa seorang wali dan dua orang saksi yang adil.” (Riwayat Al-Baihaqi)
SELAMAT PENGANTIN BARU
wasalam
Assalamualaikum Tuan – tuan semua…
Maaf kiranya bicara dari saya ni mengganggu perbincangan yang hebat dan hangat disini. Sekadar ingin menyatakan betapa terharunya saya kerana masih lagi terdapat orang-orang yang berpengetahuan luas dalam ilmu Allah… bukan ilmu kita tau… Alhamdulillah kerana atas izinNya kita semua berpeluang untuk berkongsi ilmu dan mana yang kurang sudah pun makin bertambah dan yang banyak ilmunya pula makin berkembanglah ia hasil dari perbincangan yang tulus ini, insya Allah. Sesungguhnya Allah menuntut kita menimba ilmu hingga ke liang lahad bukan lah kata dah mati baru nak belajar tapi belajarlah sehingga nafas yang terakhir… Insya Allah ilmu yang bermanfaat akan menjamin keselamatan kita dunia dan akhirat. Terharu sebenarnya saya membaca tulisan-tulisan dari Tokcikli, Tok Sheik, Tok Wali dan yang lelainnya. Ilmu sebegini sebenarnya perlu difahami dengan baik dan diikuti dengan betul kerana tersalah sedikit maka dikhuatiri akan memudaratkan tuan punya diri… wallah hua’lam.
Yang terikat adalah diri dan jiwa kita yang mengikatnya pula kepercayaan dan keimanan kita yang sebenar2nya kepada Allah Yang Satu…
Maaf kalau tersalah bicara… sekadar menumpang semangkuk bukan semeja….
Waalaikum salam Miss Tique !!!Bagus lah semua dah OK,yang satu nak kawin,jangan lah balik sampai 4 pagi,nanti bini lari, mana nak cari !!pakcilioo sebok dengan rukun nikah, macam dia lak nak nikah,mungkin nak tambah nikah,bolih kita pakat pakat ziarah…tok wali lak bila nak buat tasbih,jangan waktu lebih,nanti kena sakit rebih, mak NOR juga yang bersedih…karimon oh karimon, jangan banyak melamon,satu kat pulau satu kat kebon,jangan selalu main talipon…Kalau kita bermaafan,hati yang panas ada syaitan,poooh kiri poooh kanan,kalau tak keluar kena rotan….Sekarang senang dahulu susah, mencari guru sangat lah payah,kena maki dan kena sesah,kami tak lari kami tak resah….guru memberi kami menadah,dibawah api di dalam bermadah,walau pun otak bagi nak pecah,tetap juga berguru walau pun susah…Ingat tuan ingat budiman, bukan nya senang mencari teman,teman menegur itu lah kawan,takut kita menjadi tak keruan…cerita ini bukan mainan, menjadi pendinding hati
bersaitan,jangan ikut nafsu nya saitan,nanti hidup tidak karuan….jangan marah pakciklioo ,nanti pakciklioo tak dapat nikah lagi..wasallam
Asalamualaikum
Sebenarnya sudah lama saya nampak Miss Tique lalu lalang di weblog ini dan banyak lagi kaum yang sejenis Miss Tique yang turut serta sebab itu kadangkala bahasa kami diweblog ini agak sopan sikit. Kemudian pengomel tegar dweblog ini semuanya dah tua bangka yang hanya layak dipanggil Tok seperti Tok Syeikh dan Tok Waliqudus, cuma pengomel yang muda sikit hanyalah saya, oleh itu sukacitalah sekiranya ejaan nama saya yang Miss Tique tersalah taip Tokcikli ditukar kepada pakcikli, tapi banyak lagi mereka yang memanggil cikli dengan panggilan bangli tapi bukan benggali. Kemudia buat pengetahuan Miss Tique pemberi komentar tegar di weblog ini banyak yang berpenyakit TB (takut Bini) kerana terkena vairus B1N1 dan ada yang 2 is 3.kecuali saya. Sebab itu mereka takut membalas komentar Miss Tique dan saya harap miss Tiqui tidak berkecil hati.
Pada mulanya weblog ini cumalah untuk berbincang mengenai batu besi dan kayu, tapi yang kacau bilaunya bila weblog mengenai batu besi dan kayu ini berubah kepada weblog mengenai soal ketuhanan pulak. Cerita alam benda seperti batu besi dan kayu pun tak lepas lagi terus melompat bab ketuhanan maka banyaklah yang melompat termasuk Tok Syeikh. Kalau cerita alam benda masuk kealam jiwa seperti harimau, singa dan gajah pun tak apa lagi, tapi itu pun maseh di peringkat bahaya, nanti ada pula yang dibaham harimau nanti.
Sekarang intry yang berikutnya mereka membicarakan minyak sepalit (minyak pengaseh) pula dan saya tenguk komentar mereka bukan main berselera lagi, saya takut mereka terpalit kepada IT maksud saya Ibu Tunggal. Mari kita tenguk bagaimana kepakaran mereka menjual minyak pula, wasalam.
Salaam Tuan-tuan…
Terlebih dahulu maaf dari saya buat Pakcikli kerana tersalah panggilan… kerana bicaranya agak berilmu dan padat sebab itu saya letakkan nama Tok atas rasa hormat… tapi kerana tidak disenangi maka sekali lagi saya mohon maaf. Bukannyer mereka tu ada penyakit takut B1N1 Pakcikli… cuma sebenarnya Sayang B1N1… bukan senang nak mencari kekasih yang sehati dan memahami… Untuk yang berkenaan biarkan lah mereka nak menambah cawangan tapi yang pastinya tanyalah tuan punya badan mampu ker nak memberi keadilan???
Berbicara ilmu ketuhanan takkan pernah habis tapi berbicaralah sekadar yang termampu oleh akal logik kita sebagai hambaNya. Jangan sampai pertanyaan dan jawapan yang diberikan melangkaui batas fikiran… silap haribulan jadilah kita orang yang tak keruan dan tak tentu haluan. Wallah hua’alam…
Buat Saudara Neo, doa saya semoga impian kan jadi kenyataan… Jangan lupa kirimkan jemputan…
Dulu Pakciklii minta saya khabarkan sedikit mengenai isi kandungan Seminar Amalan Tarikat yang saya hadir pada 11hb Februari dulu tapi oleh kerana kesibukan masa tak dapat saya melakukannya.Kini saya paparkan petikan dari 2 penceramah jemputan pada seminar tersebut di mulai dengan kertas kerja oleh Y Bhg Prof Dr Muhammad Uthman El Muhammady yang tajuknya adalah Tasawwuf dan tarikat menurut ahli sunnah Wal Jamaah
Dalam fatwa al Imam Al Hafiz as Sayyid Muhammad Siddiq al Qhumari rh, bila ditanya tentang tasauf jawabnya; maka tentang perkara awal asas tariqah atau tasauf, maka ketahuilah bahwa tariqah itu asasnya ialah wahyu samawi dalam jumlah apa yang diasaskan dari ajaran ugama Nabi Muhammad s.a.w kerana tidak syak lagi bahawa makam al Ihsan itu adalah satu daripada rukun-rukun agama yang tiga yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w selepas daripada ia menerangkannya satu demi satu sebagai ugama yang satu dengan berdasarkan kata-katanya ; ini Jibril a.s dating kepada kamu dan mengajarkan agama kamu, ianya terdiri daripada Islam, iman dan ihsan.
Maka Islam adalah ketaatan dan ibadat kepada Allah, iman adalah nur dan aqidah dan ihsan adalah makam murakabah dan mushahadah iaitu ertinya (bahawa engkau menyembahnya seolah-olah engkau melihatnya, maka kalau engkau tidak melihatnya, ia melihat kamu.
Imam al Ghazali dalam al Munqidah min al Dalal menyebut golongan sufiah sebagai golongan yang mencapai hakikat sebenar melalui pengalaman dan penglibatan rohaniah mereka. Mereka yang paling unggul berbanding dengan golongan-golongan lain seperti ahli falsafah, ahli ilmu qalam dan ahli golongan ta’lin dari kalangan batiniah. Pembelaanya terhadap tasauf dalam segi ilmu, kaedah dan amalannya boleh dilihat di dalam ihyaulum al din yang terkenal itu.
Antara mereka yang dibimbangkan binasa ialah orang-orang yang merasa memadai manaln-amalan lahiriah sebagai orang-orang yang taat kepada aturan-aturan hukum agama. Orang yang demikian merasa memadai sebagai orang yang soleh dan mengamalkan ugama, walhal ia tidak peduli untuk membersihkan diri daripada sifat-sifat yang keji seperti riak untuk mendapat sanjungan orang ramai atau untuk menjadi mashur, ujub iaitu rasa tercengang dengan kebaikan diri sendiri, takabur membesarkan diri atas orang lain. Antara orang-orang yang binasa dan terpedaya ialah orang-orang yang meringan-ringankan peraturan syarak berkenaan dengan cara masuk ke dalam amalan yang dikehendaki Allah. Ini kerana sikap memandang rendah kepada ilmu kononnya dikatakannya ilmu ini kulit luar saja yang penting ialah yang batin.
Rumusan yang dapat di katakan ialah pengamalan tasawwuf dan tarikat bukanlah sesuatu yang baru diadakan atau diciplak ianya adalah satu tuntutan yang baik dan digalakkan asalkan ianya tidak bercanggah dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah dan lari dari landasan alquran dan hadis.Pengamalan tasawuf melahirkan generasi yang berwibawa dan berakhlak tinggi.
Manakala ceramah yang di sampaikan oleh DATO’ HJ MOHD MURTADZA BIN HJ AHMAD , Mufti Kerajaan Negeri Sembilan mengenai ZIKIR SATU PENGENALAN.Menurut beliau Al Dhikr adalah satu dari amalan yang digalakkan oleh syariat Islam namun ianya seolah-olah dilupakan. Al Dhikr dewasa ini sering dianggap sebagai satu amalan visual yang khusus dilakukan oleh golongan tertentu. Ianya dianggap sebagai amalan yang boleh membawa kemunduran dan bercanggah pula dengan dalil-dalil Al-Quran dan Al- Hadis. Sedangkan pada akibatnya ianya adalah satu suruhan yang mesti dilakukan oleh umat Islam. Jesteru Al Dhikr perlu dihayati dengan pengertian yang lebih luas. Ianya boleh dilaksanakan dalam apa jua keadaan.
Terdapat pelbagai amalan yang dikategorikan sebagai zikir, antaranya bertasbih, bertahmit, bertahlil, istifar, berselawat, berdoa dan lain-lain. Walaubagaimanapun zikir yang paling utama ialah al-Quran itu sendiri, bahkan Al Dhikr itu merupakan nama lain al-Quran selain dari al Furqan, al Kitab dan lain-lain.
Al Susi mengatakan Rasulullah menyuruh kita berzikir secara berterusan samasa secara senyap dan nyaring, dan tidak meninggalkan zikir dengan lisan melainkan kita telah mendapat hasilnya iaitu kekal bersama Allahdalam kebanyakkan keadaan kita.
Abu Al Qhazalah (ilmu dihasilkan dengan memperbanyakkan zikir oleh yang demikian berzikirlah sehingga engkau mendapat ilmu iaitu sehingga kamu mushahadah Allah).
Abu Hurairah berkata (sesungguhnya ahli langit melihat rumah-rumah orang yang berzikir itu bercahaya sebagai mana cahaya bintang yang dilihat oleh ahli bumi).
Al Samarqandi berkata (ketahuilah bahawa zikirullah itu adalah antara ibadat yang paling afdal). Hal ini kerana Allah menjadikan setiap ibadat itu ada Qada Qadarnya dan menentukan masa yang tertentu untuknya.
Sebaliknya Allah tidak menghadkan zikrullah itu kadar yang tertentu, bahkan Allah memerintahkan supaya diperbanyakkan tanpa kadar yang tertentu sebagaimana firmannya , iaitu ingatilah Allah pada setiap keadaan.
Oleh kerana amalan zikrullah itu satu tuntutan dalam semua keadaan maka para ulamak telah ijmak tentang keharusan berzikir dengan hati dan lisan samada ianya suci atau dalam keadaan berhadas, berjanabah, haid dan nifas. Begitu juga bagi tujuan bertasbih, bertahmit, bertakbir dan bersalawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Assalamualaikum Semua,
Saya sangat tetarik mengikuti blog ini kerana penuh dengan Ilmu yang baru bagi saya.
Walaupun ada perbahasan yang kadang-kadang agak panas tapi itu semua adalah biasa dalam urusan mencari Ilmu.
Terima kasih kepada semua yang tidak pernah merasa penat dan lelah menyampaikan Ilmu.
Terpanggil oleh saya akan akan soalan dari saudara “rahimirahaman” mengenai sembahyang..
Di sini ingin saya berkongsi Ilmu yang cuma sekumit dapat di perolehi dari seseorang maka dapat kiranya dikongsi atau di perbetulkan jika tersalah taksiran dari saya.
“SEMBAHYANG YANG SEBENAR-SENARNYA”
Ada pun erti sembahyang itu yang menyembah itu hamba,yang di sembah itu Tuhanya.
Yang menyembah itu fanak dan yang di sembah itu Bakaqk.
Maka yang hamba itu pulang kepada adomnya (tak ada) maka kekalah Tuhanya semata-mata.
Pada suhud kita yang menyembahnya pun Ia,yang di sembah pun Ia.
Kerana Allah itu memuji dirinya atas lidah hambanya,keran lidah hambanya itu pegawainya,maka
yang hambanya itu fanak. Sebab di keadaan dirinya itu sekelianya habis terpulang kepada Allah.
Sekelianya khudrat & Iradhat itu daripada Allah semata-mata maka tentulah lenyap dirinya
hanya sezat Allah semata-mata,yang nyata kekalnya hingga sampai selamanya, inilah yang dikatakan
suhud di pandang,maka inilah yang sebenar-benarnya sembahyang.
Wassalam…
Waalaikumusalam,apa yang saudara nyatakan adalah benar.Jika seseorang benar2 menghayati bab sembahyang ini maka apa yang saudara nayatakan akan difahami oleh mereka.Mungkin inilah juga yang dikatakan matikan dirimu sebelum mati.
Assalam buat semua,
Ada apa kat sini ni, ribut nampaknya. Topik nya menarik pulak tu. Hmm sayang malam ni tak sempat nak baca. Insyallah ada masa kelapangan saya kemari lagi.
Assalamualaikum,
Tuan-tuan sekelian jikalau saya melanggar adab datang tak dipelawa pergi tak dihalau ampunkan saya …jikalau dalam solat mati diri sebelum mati…dalam kesedapan pula (Tahniah buat saudara Neo) Matinya macam mana ya….ghairah untuk diketahui….
Bismillahirahmanirohim,Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Dan Pengasih,segala puji bagi engkau hendaknya.
Assalamualaikum buat sakalian,
Awaluddin Makrifatullah.
Zat,Sifat,Asma,Afaal.
Syariat,Tarikat,Hakikat,Makrifat.
Wujud,Ilmu,Nur,Syuhud.
Sekadar kongsi bersama kepada mereka yang BerKhendak.
Firmannya , Tidak ku jadikan Jin dan Manusia itu semata-mata untuk beribadah kepadaku.
Jalan Sembahyang/Sholat.
A.Sholat 5 waktu yang di Fardhukan keatas nyawa.
B.Sholatul Daim – Tiada berwaktu (24jam).
A.Sholat 5 waktu.
1.Feeli – Rukun 13 – Perbuatan – Tidak boleh lebih dari 2 kali berturut-turut(Membawa kepada batal).Contohnya menggaru-garu lebih dari 2 pergerakkan.Turun dan naik pergerakan mustahak dijaga.
2.Kauli – Sebutan/Bacaan – Disemak dengan samaq/pendengaran – Perlu dijaga bacaan Al-Fatihah dan Tahyat.
3.Qalbi – Apakah pekerjaan Qalbi/Hati di dalam Sholat?Pekerjaan Qalbi adalah semata-mata mengingati/memuji Zat yang Maha Suci dalam diam tanpa huruf dan suara.
Jalan Niat.
Bagaimanakah yang dikatakan niat yang sebenar-benarnya niat(Tanpa huruf dan suara).
Matikan diri kamu sebelum kamu mati(Fana).Sebenar2nya niat (mati pada syariat).
Ingat tanpa huruf dan suara (kosong) pada hakikatnya tidak mati.
Nafi/Isbat.
Nafi/mentiadakan wujudnya diri kita.
La maujud,la hayyun,la samiun,la bashirun,la qudirun,la alimun,la mutakalimun,la muridun adalah isbat hukumnya.
Kasad,Taarob,Takyin.
Qalbi,Kauli,Feeli.
Kasad itu menyatakan niat(nyawa) yang tiada huruf tiada suara – asal niat.
Orang yang hakikatnya putus masih shak,tahu dan waham.
Taarob itu sebenar2nya Fardhu iaitu sifat Allah iaitu Nur Muhammad.Insan kecil atau insan kamal itu masih Roh.Taarob menyatakan Fardhu,wujud idofi,ayan sabitah,Nur Muhammad.Tazali sakalian Roh Adam.Gerak nyawa gerak kita.
Asal Fardhu itu sebenar2nya kerana nyawa tazzali dari Nur Muhammad.Kita sembahyang/sholat kerana nyawa yang dikatakan Iman itu nyawa.
Takyin menyatakan waktu,sebenar2nya afaal Allah pada jasad Adam.Afaal Allah dinamakan Syuhud yang ada jasad Adam adalah nyata afaal Allah s.w.t.
Syariat bukan Hakikat,Hakikat bukan Syariat.
Syariat ibarat bayang2,Hakikat empunya bayang2.Syariat dan Hakikat tidak bercerai tanggal.
Zat dan sifat tidak bercerai tanggal.
Niat itu letaknya/duduknya diantara Takbiratulikhram,Allah Akbar (Hu itu duduknya didalam,empunya nama)dan Qiam.
Dengan/Atas Kebesarannya(Akbar,alif,kaf,ba,ro)kita bisa memulakan perjalanan kita dalam meniti Titian Sirat,kita bisa berkata2(kauli)dan melakukan gerak dalam sholat(feeli)dan seterusnya baqa didalamnya(la haulawala).
Sebagaimana niat Sholat orang sekarang,iaitu selepas lafaz Usaily,niat itu dialih bahasakan ke bahasa Melayu untuk dimasukkan ke dalam hati.Contohnya sahaja ‘Sahaja Aku sembahyang zohor empat rakaat kerana Allah Taala’
Adakah Rasul kita berniat di dalam bahasa Melayu sedang beliau adalah berbangsa Arab?.
Sebagaimana Rasul kita bersabda,kamu dirikan lah sholat sebagaimana aku dirikan.Coba kita fikirkan.Sebab bab sholat ini tidak boleh kita main ikut2 atau membaca melalui buku.
Mesti menghadap Guru,insyaallah akan diterangkan/ditunjukkan akan Feeli(rukun 13),Kauli dan Qalbi.
Qalbi.
Jalan Pekerjaan Qalbi ini amat dan agak rumit kerana ia menentukan jalan kusyuk.
Memerlukan jalan membersih/menyucikan agar tidak lalai,hinggakan kunci kereta yang hilang boleh dijumpai dalam sholat.Kita kain kita kotor boleh kita gunakan sabun umtuk membersihkan.
Jalan membersihkan Qalbi adalah jalan zikir,sebagaimana kata Pakcikli,Qalbu mukmin itu ibarat Istana Allah(Baitullah),jangan silap faham bukannya bermakna Allah itu bertempat,maha suci zat Allah meliputi sakalian alam(Rabul Alamin).Zat tidak boleh dikaji hanya sifat yang boleh dikaji.
Perkerjaan Qalbi adalah berzikir kepada ALLAH semata-mata.Sesungguhnya neraka wail lah bagi mereka yang lalai dalam sembahyang/sholat.
Jalan zikir perlu di ijazah,zikir zat,sifat,asma,afaal
Sifat2 keakuan/keegoan perlu dibuang dalam proses pembersihan ini.
Mata Air itu tidak akan keluar jika tidak digali.
Apabila keluar minumlah sepuas-puasnya janganlah dilepaskan peluang.
Sekian serba sedikit dari hamba yang daif,hina dan serba kekurangan ini.Ini adalah jalanakhirat hamba bukan niat hamba nak berbahas,sekadar berkongsi mana yang patut dan hamba pun baru berkecimpung dalam bidang ini.Jika ada tersilap tolong betulkan.Hamba minta maaf jika tulisan ini memeningkan akal pemikiran pembaca,sesungguhnya hamba dulu pon pening jugok.Insyaallah jika diizinkan Allah ketemu lagi kita para2 musafir.
Salam Sejahtera sempena Bulan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmat.
Kekadang dalam bab Ilmu Tasauf ini,kita tulis banyak banyak istilah Tasauf pun tak guna juga !!!.Saya nak tanya anda…adakah kita BENAR BENAR FAHAM,ISTILAH TASAUF ITU !!!atau sekadar Cerita jer,yang kita pun sendiri tidak buat !!!!.Dalam Tasauf tiada ILMU CERITA,IANYA BANYAK iLMU BUAT/AMAL DAN ILMU RASA.Sebab itu lah saya tidak suka cerita panjang panjang dalam bab Tasauf kerana yang penting dalam Tariqah,MESTI BERGURU !!!.Bagitu juga Tuan Karimon,saya dan beliaua selalu bercerita,apakah bab yang bolih di tulis dan apakah bab yang tidak perlu di tulis !!!.Akan menjadi FITNAH KEPADA MURIDDIN TASAUF JIKA ORANG AWAM TIDAK FAHAM !!!!!.
Kitab Hakikat Insan,Muratabat 7 dll,bukan kerana Ilmu Tasauf di dalam kitab itu yang SALAH,tetapi TIADA GURU YANG FAHAM NAK AJAR DAN ORANG AWAM TIDAK DAPAT MENERIMA NYA KERANA TAK FAHAM !!!!.
Sebab itu lah saya tidak banyak menulis Istilah Tasauf banyak banyak,kerana saya kuatir menjadi FITNAH BAGI ILMU TASAUF.Tidak semua orang yang Faham……cerita bolih laaaa !!!!!.
wahai kengkawan muslim… adapun tarekat tu suatu selibus untuk menjadi kekasih allah… yang dibuat oleh orang terdahulu.. maksudnya… orang2 yang dah pun menjadi kekasih allah..(macam silibus utk jadi engineer di universiti..Daa)walau macamana pun tak yah degree pun bangunan yang hebat telah pun berdiri beribu2 tahun dulu lagi…..tu contoh bangunan…. tapi kalau pasal menjadi kekasih allah….. semua orang nak…. ko tak nak ke..? ape dapat ko kate? aku bagi contoh… kalau Dato Najib jadi member ko… atau ko orang kesayangan Dato Najib… hidup ko senang tak?….. gerenti ko senang punya… apa projek pun boleh dapat…. ko tengok khairi menantu pak lah dulu…. budak lagi dah kaya…..sekarang.. kobayangkan ko jadi kesayangan Allah yang mahakaya…lebih,lebih,lebih dari Najib… apa ko akan dapat?
Itu la sebab kenapa orang2 yang dah menjadi kekasih Allah beriya2 benar nak tunjuk jalan kepada yang mau.. untuk mendekatkan diri dengan Allah.. seterus kalau boleh, membawa kepada menjadi kekasih Allah..
Walau bagaimana pun.. orang dulu2 cuma boleh tunjuk jalan je…. lu sendri bikin la… LU PIKIR LA SENDIRI…..
Jadi.. betullah kata orang yang dah ber suluk… apa itu…iman(rukun iman yang 6), apa tu islam(rukun islam yang 5), apa tu Ihsan..semuanya kita belajar dalam kelas fardu ain..dari kecik lagi… macamana nak buat supaya tak batal…sah sembahyang, puasa dll…tapi siapakah yang dapat menunjukkan cara supaya diterima Allah?.. IHSAN?lagi lah… tiada orang yang dapat menerangkan secara specific… Jawaban nya ….ikut aje orang yang telah mengenali NYA…. nampak macam Advance pada ilmu agama…. sebenarnya tak! ini adalah asas sebagai muslim… Ber Tarekat (ibarat masuk universiti untuk mendapat ijazah dalam bidang yang di minati)….cara untuk mendapat Ijazah sebagai seorang MUSLIM…klau ijazah jurutera… kita selamat la dalam hidup ini… gaji boleh dapat $5000 lebih selamat sampai mati(hidup tak de la sesak tak ber duit … lepas mati entahlaa..)Ijazah sebagai seorang muslim…. gerenti selamat dunia dan akhirat… jadi…. amacam..ada berani…!
assalamualaikum ,,,,
ku cari diriku ku jumpa tuhanku
tapi hati2lah kata guruku berada di atas jalan sufi ini mcm berjalan di atas mata pedang silap sikit lukalah kakimu.kata guru bykkan selawat biar lambat asal selamat renungkanlah wahai insan…
daripada : pendita m ali
selawat dan salam.
seperti mana kata2 oleh pakcikli00, saya setuju benar.
yang hidup sentiasa mencari ilmu mengenal akan tuhannya, seperti mana Nabi Ibrahim juga awal2 hidupnya yang dikelilingi oleh penyemvah berhala termasuklah kedua ibubapanya. namun Nabi Ibrahim akhirnya mengenal tuhan penciptanya.
ilmu Allah sangat luas, bagaikan seluas dan sedalam lautan… makin kita ceduk masih tidak habis airnya tapi persolannya apakah puncak segala ilmu?
inilah yang pernah dikatakan oleh pakcikli00….
awalluddin makrifatullah …. awal2 agama mengenal Allah
kenal Allah kenal diri… tahulah diri kita ini sebenarnya fana
kita diri binasanya kita ini
untuk mengenal Allah, ikutilah Muhammad.. bagaimana?
bacalah buku-buku sejarah, insyallah akan tahulah kita akan kebenaran agama islam itu sendiri…
saya hanya mampu memohon kepada Allah dan Rasullullah agar diberi petunjuk akan kebenaran dan selamat di dunia dan di akhirat..
buat masa ini, saya perbanyakkan berselawat seperti dalam Surah Al-Azhab ayat 56… “Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Wahai orang2 yang BERIMAN berselawatlah…………. ”
sedangkan Allah dan para malaikat berselawat ke atas nabi, inikan pula saya sebagai manusia, bagaimana pula saya nak mengaku saya ini umat Muhammad….
Ya Rasullullah…..
salam, saudara nk bertanya, is it possible sekiranya saudara dapat emelkn sy kertas kerja mengenai seminar tariqat yg saudara hadiri 11.2.2010? sy tgh wt research/assignment pasal tariqat. tq. salam,
Salam,insyaallah saya akan lakukan.kena cari dulu dimana saya simpannya.
salam. terima kasih byk2. ni alamat emel sy, if saudara dapat cari kertas kerja tersebut, boleh tolong emelkn? gabor_love@yahoo.com. terima kasih byk2 sekali lgi.
Inilah masalahnya kalau org dah byk ilmu…masuk rumah org nak test2… dah tau tu tolonglah sekali bermuzakarah…ini buat purak2 tak tau…alih tunjuk taring…nak tunjuk dia pandai…cit…busuk punya olang…mati kujut ini macam…
Assalamualaikum. Saya tertarik dengan segala komen komen yang diberikan, terutamanya mengenai solat sebenar solat ini. Saya fikir perbincangan menjadi panas, ini biasa dalam mana-mana forum pun ada. Mungkin kerana perbezaan pendapat dan kekeliruan tafsiran yang tidak boleh ditolak ansur lagi. Saya melihat hujah balas Pakcikli agak keras, ini perkara biasa. Pakcikli seorang Pendekar Lintau sejati. Kenalah keras dan kerap bersilat. Jika disini beliau bersilat demi menjaga aqidah golongan awam seperti kami ini agar tidak keliru dan tersesat, maka tidaklah mustahil Tokoh Lintau kita ini bersilat pula di malam jumaat dengan isteri kesayangannya Pendekar Wannura. Ini pun bagus juga untuk menambahkan bilangan umat Rasulullah saw, sebab Baginda saw akan berbangga dengan bilangan umatnya yang ramai di akhirat kelak.
Dalam hal ini, kadangkala perbincangan menjadi panas, ada jugalah rahmat bagi orang awam seperti saya ini. Semakin panas sesuatu isu itu, maka semakin banyaklah hujah hujah dan dalil dalil yang keluar, sehingga semakin banyaklah ilmu ilmu agama yang kami dapat. Walaupun martabat ilmunya tinggi dan mungkin tidak tercapai dengan akal kami, namun tetaplah ada beberapa sisi kebaikannya. Pertama, dapatlah kami mengetahui ilmu sebenar benar solat itu memang ada dan tidaklah kami mengingkarinya lagi pada masa masa akan datang. Kedua, ianya sebagai modal untuk kami bertanya kepada orang yang arif lagi mengetahui, atau istilah disini ialah “berguru secara bertalaqi dan bersanad”.
Saya mengucapkan setinggi tinggi terimakasih kepada semua pemberi komen yang terlibat. Walaupun saya cuma menyebut nama Pakcikli seorang, sebenarnya bukanlah bermaksud hanya Pakcikli satu satunya idola saya disini. Semua tuan tuan adalah idola kami juga. Cuma kadangkala, nak taip nama sorang sorang tu payah sikit sebab agak meletihkan. Tidaklah sama seperti kita menaip surat cinta. Sehingga lima mukasurat kertas F4 pun kita sanggup, sebab mungkin kita sedang fana ketika itu.
Assalamualaikum… Saya ingin bertanya sesuatu perkara mengenai tarekat.. harap saudara2 seagamaku yang diatas sudi memberi penjelasan.. sbb benda ni selalu bermain difikiran.. saya mengakui yang amat jahil dengan bab2 agama.. 2 hari lepas member saya ada berkongsi pasal tarekat. byk benda yang dia ceritakan tapi saya x brapa nak faham.. xpelah, tu x penting.. tapi saya musykil.. sperti yang saya tau tarekat ni adalah satu kaedah@jalan menuju allah.. kaedah menyucikan diri.. pendek cerita ianya benda yang baik.. tapi persoalannya kenapa TAREKAT ni x disebarkan kepada umum.. member saya bgtau ianya RAHSIA… WHY???!!!! kenapa nak dirahsiakan?? KENAPA benda yang baik nak dirahsiakan???? sampai dia takut untuk memberitahu saya pada awalnya.. saya cuba bertanya dengan member saya yang lain, kebanyakkan mereka x pernah mendengar istilah TAREKAT.. saya cuba search kat internet untuk mencari jawapan.. harap ada sape yang boleh membantu saya.. saya terlalu ingin mengetahui berkenaan dengan TAREKAT.. bermacam2 andaian telah saya buat.. tapi sume kearah negatif. kalo betul benda ni baik, saya teringin nak mengamalkannya..
Kesian jugak kat hang ni,gini aja hang contact aja wak minta tolong dia jelaskan kat hang.kalau nak jelaskan kat blog ni panjang lebar plak.
salam,sbb mungkin kamu(bdkbsq) tak sampai lg pemikiran ke tahap itu,jadi tak boleh lah beritahu,kalau beritahu nanti mungkin kamu tak dapat terima penerangan kawan2 kamu itu,lg pun perjalanan seseorang tak semestinya sama walaupun semua ahli tarekat sama tujuannya.jadi kena rasa sendiri baru mudah faham krn lain org lain tingkat nya.kalau salah maaf ya
..
assalamualaikum saudara ku bdkbsq..
saudara tidak perlu ‘teringin’ untuk mengamalkannya kerana saudara sendiri telah diperintahkan olehNya untuk mengamalkannya..
setelah bersyahadah.. maka dirikanlah solat.. berpuasalah.. keluarkan zakat (serta sedekah) dan tunaikan haji (beserta umrah).. kerana ini merupakan rangkuman kita akan tiga janji.. iaitu pengakuan janji akan Allah itu tuhan dan Muhammad saw itu rasul.. al Quran sebagai petunjuk dan hadis sebagai penyuluh.. janji terhadap kedua orang ibu bapa.. dan janji terhadap saudara seislam di mana jua berada..
seperti nasihat tok syeikh dan pakcikli00 serta para sahabat yang lain.. lakukan dahulu perlahan-lahan dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.. pastinya akan saudara temui keenakkan serta sirrnya (rahsia)..
petikan dari kata-kata seorang pendita.. “jika kamu mengejarnya.. maka semakin jauh ia meninggalkan mu.. sekiranya kamu mencarinya.. maka semakin menghilang dia dari kamu.. akhirnya kamu akan keletihan dan tersesat di dalam perjalanan..”
amal.. amal.. amal secara berperingkat dengan sabar dan ikhlas.. itu intipatinya.. buku hanya merupakan hampas akan pemikiran para penulisnya.. kerana kepandaian dan kemahirannya serta apa yang hendak disampaikan oleh para penulis adalah terperangkap di dalam lingkungan mindanya.. seperti bait nasyid kumpulan raihan.. “iman tidak dapat diturunkan oleh seorang bapa kepada anaknya”.. kena cari.. berguru dan belajar walau dengan siapa dan apa sekalipun..
akhir kata maafkan saya sekiranya tersinggung kata dari pemikiran yang dangkal ini..
wassalam..
…
assalam..
nak tau kenapa aliran tarekat banyak berselindung..
sebabnya ia sesuatu yang perlu dicari bukan dihidangkan.
yang diajar disekolah semuanya asas pengenalan. untuk pergi lebih tinggi kena carilah.
asas fardu ain tu kena pegang faham dan amal betul2. barulah boleh selamat kalo nak masuk mana2 tarekat. kalo tak nanti termasuk tarekat sesat pulak. jangan hanya nakkan bunga yang wangi dan cantik je tapi akar tak disiram dan dibaja. kena tiup sikit dah tumbang. nanti mula la datang bisikan2 xyah solat xyah puasa xyah nikah kononnya itu semua untuk orang yang tak kenal Tuhan. siap boleh kutuk lagi orang syariat tu dapat kulit je isi xde. last2 mengakulah dirinya wali la imam mahdi la nabi la Tuhan la.
media masa pun banyak sebar propaganda supaya orang ramai membenci tarekat. sebabnya untuk melemahkan dan menghancurkan umat islam la. banyak lagi sebabnya.
االسلام عليكم
Hujah kamu PANCABAIDURI mengatakan ilmu tarikat banyak berselindung di sebab “ia perlu di cari bukan di hidangkan adalah SALAH”. Sekiranya kamu berkata demikian maka kamu mengingkari hadis Nabi yang mana ilmu tariqat juga termasuk fardhu ’ain seperti juga ilmu-ilmu lain. Tidakkah kamu ketahui bahawa memperlajari ilmu tariqat itu termasuk juga dalam konteks ilmu tauhid iaitu ilmu mengEsakan Allah. Sesungguhnya dipenghujung cerita ilmu tariqat itu adalah TAUHID.
Oleh itu ilmu tariqat ini tidak seharusnya dipinggirkan, kita adalah orang yang bertanggungjawab untuk menyebarkan. Saya ambil contoh di Mesir ilmu tariqat di amalkan secara terbuka. Ilmu yang diamalkan secara sembunyi-sembunyi BIASANYA tariqat sesat. Cuma ’ketokohan’ seseorang dalam menguasi ilmu tariqat ini amat kurang, jadi mudah manusia mempertikakan. Begitu juga tiada keberanian di dalam menangani ilmu taiqat jika seseorang ’shaikh’ itu berani ia tidak perlu takut sebagai contoh guru saya Tuan Guru Haji Ma’ruf Lenggeng berapa kali di fitnah. Begitu juga sahabat saya berapa kali di penjara kerana menyebarkan ilmu tarikat tetapi tidak putus asa. Begitu juga guru saya Syeikh Nazim al-Haqqani bergerak dalam kumpulan tariqat. Sikap tidak putus asa itu sebenarnya cermin ilmu tariqat bukan pengaruh yang di cari.
kalau hujah saya salah kenapa seumur hidup saya tak pernah sekali pun terdengar dalam ceramah agama sama ada di surau, masjid atau media masa yang ajak orang ramai masuk mana-mana aliran tarekat muktabar ????nasib baik Allah s.w.t tunjukkan saya.
untuk apa dihidangkan pada orang yang tak tahu menghargai
untuk apa diterangkan pada orang yang tak mahu faham
hanya jauhari mengenal manikam
dek kerana sesetengah perguruan dan pengamal tarekat sesat lagi menyesatkan habis semua pengamal tarekat dituduh sesat.
situasi sekarang kalau kita pakai jubah dah serban apa orang kata ????
1-pengikut ajaran sesat
2-menunjuk2 alim
3-gila isim
4-buang tabiat
5-diperlekehkan
sy da kena sebab tu berani cakap.
hinggakan nak pakai jubah dan serban pergi surau dan masjid dekat rumah pun takut, segan, malu.
tapi aku peduli apa . orang nak kata apa kata lah.
aku suka amal sunah Rasullullah. kalau tak boleh amal semua jangan tinggal semua. zaman sekarang mengamal sunah nabi seperti menggenggam bara api. yang penting aku yakin wasilah dan rabitah aku sampai hingga ke nabi Muhammad s.a.w. aku dah masuk dalam wilayah.
aku bukan nak pahala atau syurga. aku tak layak. aku nak redha Allah. itu je.
Komentar tuan Pancabaiduri itu ada benarnya kerana ada pepatah menyatakan ” jangan kalongkan permata ke leher babi ( begitu kurang lebih ). Bukan semua ilmu ugama itu boleh di dedahkan kepada umum, seperti cerita kaedah perhubungan kelamin suami isteri tidak boleh di ajar kepada kanak kanak. Begitu juga bukan semua weblog boleh dilayari, sebagai contoh Weblog Dukun Asmara tidak boleh dilayar mereka yang belum matang seperti Ya Saidi, itu sebab sejak awal awal lagi saya nasihatkan beliau main jauh jauh.
Wahai PANCABAIDURI ceramah di masjid atau di surau bukanlah satu hujah atau alasan untuk tarikat di pinggirkan. Maksud saya tidak semestinya apabila seorang ustaz ‘tidak bercerita tarikat’ di masjid menunjukkan ia tidak penting atau ilmu yang disembunyikan atau ‘untuk apa di hidangkan?’ atau apabila orang tidak menghargai ‘untuk apa di ketengahkan apabila orang tidak faham’.
Telah saya katakan dahulu di Malaysia ini tidak ada yang benar-benar ahli untuk menyampaikan ilmu tarikat, mereka ini mungkin takut disebabkan bukan tempat mereka? Bukan surau mereka ? bukan masjid mereka? Mereka tidak berani? Akan tetapi jika ia surau mereka atau masjid mereka memang siapa yang datang mendengar adalah ‘ahli tariqat’. Mungkin PANCABAIDURI belum pernah mendengar orang bercerita pasal tarikat di masjid. Di tempat saya almarhum Kiyai Asrari Ishaqi dari Surabaya datang ke masjid kesemuanya menerima baiah tariqat an-Naqsahbandi dan ceramah bercerita soal tariqat, tidak pernah pulak disembunyikan atau kata kamu ’untuk apa di hidangkan jika orang tak mahu faham’. Sebenarnya kamu sendiri yang ’belum menemui’ sebab itu kamu berkata begitu?. Kamu sendiri yang beranggapan demikian tetapi bagi orang ahli tariqat tidak demikian. Di Melaka terdapat surau Pangkalan Balak berdekatan dengan pantai di sana ada seorang guru lulusan al-Azhar mengajar ilmu haqiqat tempatnya di suraunya sendiri.. Wallahu ’alam
mana kamu tau sy belum menemui..”yang penting aku yakin wasilah dan rabitah aku sampai hingga ke nabi Muhammad s.a.w. aku dah masuk dalam wilayah”.ayat sy tulis tu maksudnya apa dong? maksudnya sy udah dibaiah, sy ada guru dan ahli perguruan. tak perlu lah sy bagitau. cuma yg perlu kamu tau ia dari tangan Syeikh Yusuf Kenali hingga Tn Guru Hj Ahmad Junaidin bin Hj Che Din. tapi baiah itu tiket sahaja.
komen sy tak mewakili mana2 pihak.itu cuma pemerhatian sy shj. kenapa ya ada diantara kalian lebih gemar melebihkan tok guru dari seberang ilmu dari seberang sedangkan wali autad ada di tanah melayu ini.
TOK SYEIKH ada menyebut tentang sebuah kitab berjudul “Haqiqat Insan pada 16 Ogos 2010. ” saya tidak pasti karya siapa Jika ‘Haqiqat Insan’ karya Syeikh Shamsuddin Sumatera tidak mengapa akan tetapi jika ’Hakikat Insan’ karya Ahmad Laksamana maka sesat. Sebab Ahmad laksmama masih hidup sampai sekarang tidak pernah solat sama ada solat fardhu atau solat Jumaat itu pengakuan dia, bukan di sebabkan kitab itu martabat tinggi atau bukan di sebabkan tiada guru yang mengajar. Guru saya mengajar ‘Haqiqat Insan’ karya Ahmad Laksamana dan memperbetulkan banyak yang tidak betul.
Begitu juga istilah tasawuf TOK SYEIKH cakap banyak istilah tasawuf pun tidak guna, adalah silap. Sebenarnya istilah tasawuf adalah ’kunci’ pengamalan bukan hanya beramal semata-mata, barang siapa yang tidak fahami istilah tasawuf sewajarnya berusaha untuk mengetahui jika ia beramal juga maka ditakuti sesat. Ulama sufi berkata : Memamahi istilah sufi adalah amat penting, seperti juga kita memahami istilah usul feqah atau istilah feqah atau itilah mustolah hadis. Umpama perbezaan istilah sunat dan tatawuk. Fardhu, Wajib dan Rukun.
Salam tuan,
Boleh kah kita menyamakan Yg Maha Suci dgn tempat yg tak suci seperti yg dinyatakan dlm kitab tersebut. MOga tuan dpt menerangkan lebih lanjut terutama ‘kunci’ pengamalan.
terima kasih tuan.
cubaan2…..
rahsia rukun 13
1. niat itu tubuh di akhirat
2. kiam itu pelita dalam kubur
3. takbiratul ihram itu meluaskan kubur
4. al fatihah itu pakaian dlm kubur
5. rukuk itu permaidani dalam kubur
6. iktidal itu memberatkan timbangan
7. sujud itu mempercepatkan melalui titian
8. duduk antara 2 sujud itu payung di pdg mahsyar
9. tahayat itu kenderaan
10. tahayat akhir itu menjawab pertanyaan
11. selawat itu bertemu rasulullah
12. salam itu membuka pintu syurga
13. tertib itu mempertemukan khalikul alam di syurga…………dikutip dari Saufisma Antah Sunny
Kalau Di Pengkalan Balak itu ialah Ustaz Rosnan, kawan baik saya !!!.Beliau mengajar Tariqat TQN.Beliau mengambil Bai’ah dari Maulana Tajul Ariffin/Abah Anom dari Pesantren Suryalaya.Tasek Malaya….Kitab Hakikat Insan yang saya belajar dari karangan Tok Kenali.
Ustaz Rosnan itu bagus boleh dijadikan rujukan dan boleh dijadikan guru ilmu hakikat , beliau antara yang tersohor bekas mahasiswa al-azhar. Sepatut orang yang dalam forum ini pergi berguru dengan dia. Rasanya karya tok kenali bukan “Hakikat iinsan” tetapi ‘hakikat ma’rifatullah [lupa sebab buku kawan pinjam] ‘ yang di tulis oleh muridnya nama Tuan Guru Yusuf lebih kurang 600 halaman harganya RM65
…
assalamualikum saudara al kelangi..
kitab yg ditulis oleh tuan haji yusuf yg dimaksudkan oleh saudara itu adalah bertajuk ‘kasyaf al haq’.. maaf kerana mencelah..
wassalam..
…
betul tajuk tu! kamu dah khatam belum ???? manusia ni kalau dah pinjam buku susah nak pulang cuma ingat nama pengarang
…
assalamuailakum saudara ku tuan al kelangi..
seperti pandangan sahabat ku tuan haji shaari menerusi ayahandanya tuan haji yusuf menerusi gurunya tok selehong menerusi gurunya tok kenali yang berilham dariNya.. “kasyaf al haq adalah pengembaraan kalam menuju fana., menuju binasa dan menuju zuk (ilmu rasa).. kalam yang membawa suluhan ilmu ke penghujung akal.. kitab mencari ilmu yang di dalam genggaman.. mencari gajah di depan mata dan mencari barang yang tidak hilang.. sungguhpun begitu.. dikejar semakin jauh.. dipanggil semakin sayup.. dicari semakin hilang.. dilihat semakin ghaib dan lemah akal bila dikaji..”
usahlah diungkit dan dikesali atas apa yang telah tertimpa dan berlaku.. dan usahlah juga dibangkitkan urusan ini di halaman tuan karimon ini.. kerana benar seperti kata pakcikli00.. bimbang terlepas ke sempadan adaban..
wassalam..
…
Salam, ramai yang tiang mengetahui ilmu tok kenali. Kebanyakkan karya tok kenali tidak menjurus kepada ilmu hakikat. Apa yang ada ilmu nahu dan beberapa karya lain seperti dialog kitab-kitab yang ditulis semula oleh golongan wahabi seperti al-Qari ( HAQHAS). Al-Qari atau ( HAQHAS) terlalu sangat jahil tentang ilmu tok kenali, sangat menghairankan saya beliau mendakwa lebih mengenali tok kenali. Jangankan bercerita ilmu haqiqat, ilmu tariqat pun beliau tidak menerimanya dengan wujudnya buku kasaf al-haq ni dapat mengkis fahaman wahabi yang menyatakan bahawa tok kenali tidak bertariqat atau tidak memperlajari ilmu haqiqat.
…
assalamualaikum saudara-saudara seperjuangan ku..
adalah bergelar kejam dan aneh akan setiap tuduhan dan prasangka jika meletakkan haq bukan pada tempat yang sewajarnya.. apatah lagi mengalpakannya.. setiap andaian mahupun penafian pasti tidak wujud sekiranya difahami dan tidak diselewengi akan pengertian ‘aku adalah engkau dan engkau adalah aku’.. apatah lagi dengan ‘ilmu di penghujung akal ini’.. tetapi tidak dinafikan.. semakin jauh bermusafir maka semakin besarlah pula fitnahnya.. itu adalah janji.. maka kesabaran dan keikhlasanlah penghiasnya.. islam itu sangat indah..
wassalam..
…
jadi apa maksud kamu itu ” aku adalah engkau dan engkau adalah aku” ? Siapa aku dan siapa engkau?
assalamualaikum tuan2 semua,
ada sesorg bertanya kpd hamba, Jika kau mengenali dia nescaya kau meningalkan aku dan jika kau mengenali aku nescaya kau meningalkan dia,aku adalah dia dia adalah aku.sampai skrg tak dpt tangkap maksudnya.
Salam semua!
‘aku adalah engkau dan engkau adalah aku’ adalah fahaman wahdatul wujud. Kalau silap paham maka jadi batil dan sesat. Yg haq mesti ada sandarannya. Fahami dulu apa dia “Adam, Muhammad, Allah” sebelum nak terjun memahami persoalan tauhid dan tasauf secara mendalam. Allah tetap jua Allah. Makhluk tetap jua makhluk. Ramai salah faham dlm mengaji sehingga menjerumuskan diri di dlm pegangan yg kufur dan zindik. Kena tau beza antara makluk dgn Allah. Lepas tu kena fahami tauhidul zat, sifat, afaal dan asma’. Cuba kaji orang yg pegang fahaman wahdatul wujud ni dgn soalan begini:
Kalau semua Allah di mana makhluk? Kalau semua makhluk di mana Allah? Cuba tanya pada yg tahu. Kalau tak tahu kupas maka kena mengaji lah.
…
assalamualaikum wmb. para saudara ku yang dirahmati sekelian..
alhamdulillah.. benar saudara ku tuan cindai merah.. Dia Kholiq sedangkan kita ini makhluk.. sedangkan perbincangan kita masih berkisar di antara manusia dengan manusia sebagai makhlukNya.. janganlah kita tersasar terlalu jauh.. bimbang akan penyelewengan akan pemahaman.. maafkan saya..
akan pertanyaan tuan al kelangi.. secara kasarnya.. (telah dihuraikan oleh pakcikli00 secara terperinci) manusia terdiri dari jasad dan roh.. maka pengikatnya adalah jiwa.. islam itu terdiri dari Dia as Salam dan kita mukminin.. maka pengikatnya iman.. manakala engkau dan aku adalah pengikatnya kita.. tiada diri dan fana.. lebur dalam zatNya.. maka pengertiannya bahawa ‘engkau’ itu imej ‘aku’.. buruk engkau buruklah aku dan begitulah sebaliknya.. maka di sinilah letaknya tanggungjawab di dunia sebagai jalinan ke akhirat.. tidak seperti sesetengah pendapat yang dangkal menolak dunia untuk pemusatan ke akhirat.. maafkan kedangkalan budi bicara saya ini tuan..
hebat akan akan kemusykilan saudara ku cucu.. fahami dan cuba kaji yang tersirat di sebalik yang tersurat akan komen tuan cindai merah itu.. insyaallah tuan akan menemui dan memahaminya.. janganlah sampai melewati akan pemahaman dan sirr ‘anal haq’ itu..
kapada saudara-saudara ku yang lain dan tuan karimon.. maaf dipinta kerana tersasar bicara di pos ini.. mohon nasihat dan mohon maaf..
wassalam..
…
as salam
pandang satu pada yg banyak pandang banyak pada yg satu. kalau tak faham istilah tasauf jangan cuba2 tafsir sendiri guna akal yang terbatas. tanya pada yg benar2 faham berguru lagi bagus. aku tetap aku Dia tetap Dia. memangla aku dari Dia tapi aku bukan Dia. memangla Dia di dalam aku tapi tidak sekali kali aku menjadi Dia.
penjelasan mudah. ahmad memotong kuku. kuku yang dipotong itu dari badan ahmad dan ada DNA ahmad. tapi kuku itu bukan ahmad. kuku tetap kuku ahmad tetap ahmad.
“aku adalah engkau, engkau adalah aku”
semua hurian yang dibuat oleh pancabaiduri, bidol pelangi dan cindai merah adalah betul, tetapi perlu di tapis
1. bidol pelangi menyebut : Engkau itu imej aku, haa yang ini betul .
2. Cindai merah menyebut : ia fahaman ‘wahdatul wujud’ ini adalah salah. Sebenarnya yang mempopulerkan istilah ‘wahdatul wujud’ adalah ibnu Taimiyah bukan ibnu Arabi. Apabila istilah ini telah tersebar di kalangan ahli sufi para ulama cuba mengubah dengan makna yang betul dan tepat. [ IA PERLU KEPADA HURAIAN YANG PANJANG]
3. Pancabaidur menyebut; Aku tetap aku, dia tetap dia, haaa yang ini juga betul.
Cuma saya hendak kamu semua berfikir bahawa ‘Aku’ yang pertama dan ‘Aku’ yang kedua ada perbezaan cuba jawab ?
Salam semua pemberi komen!
al-kelangi berkata:
“2. Cindai merah menyebut : ia fahaman ‘wahdatul wujud’ ini adalah salah. Sebenarnya yang mempopulerkan istilah ‘wahdatul wujud’ adalah ibnu Taimiyah bukan ibnu Arabi. Apabila istilah ini telah tersebar di kalangan ahli sufi para ulama cuba mengubah dengan makna yang betul dan tepat. [ IA PERLU KEPADA HURAIAN YANG PANJANG]”
Jawapan saya:
Saya tak pernah berkata wahdatul wujud ni salah. Wahdatul wujud ada yg berfahaman benar dan ada pula fahaman yg salah. Yg benar ialah yg diakui kefahamannya berdasarkan hujah2 kukuh dgn dalil quran dan hadis sptmana yg diakui oleh ulamak2 sufi dan tauhid. Wahdatul wujud ini sendiri difahami dgn akal (Peringatan: Wahdatul syuhud pula berbeza sebab alatnya ialah dgn pengalaman syuhud). Siapa yg mempopularkan istilah itu tiada sebarang masalah pun utk dipertikaikan. Yg utama kita tahu membezakan antara wahdatul wujud yg benar dgn yg salah. Sekiranya kita sendiri tidak tahu membezakan antara keduanya maka dikhuatiri kita tersilap dlm memahami maksud sebenar atau pegangan sebenar yg diakui oleh ulama2 tersebut. Maka boleh jadi memegang pada fahaman yg batil. Perkara ini teramat halus dan seharusnya berguru dgn guru yg benar wasilah ilmunya agar jgn tersasar pegangan tauhid masing2.
Asalamualaikum
Tuan tuan yang dihormati sekalian, tahab kita memandang wajah Rabul Alamin itu adalah berperingkat peringkat. sebagai contoh pengenalan pada peringkat permulaan terdapat ayat ayat Al Quran bermaksud ” di mana kamu memandang di situ ada tuhan” seterusnya ” di mana kamu berada di situ ada tuhan” berikutnya ” tuhan itu lebh hampir dari urat amrih” kemudian lagi ” tidak Ku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku ” berikutnya ” Allah itu meliputi ” sehinggalah sekurangnya kita akan menemui Ayat Al Quran bermaksud ” bila datang yang Haq maka binasalah yang batil, kerana hakikat yang batil itu adalah batil”.
Perlu diingati ilmu tauhid ini adalah ilmu amal bukan ilmu cerita, hanya mereka yang beramal sahajalah yang boleh memahaminya.
Wasalam
السلام علسكم
CINDAI MERAH !
Sebahagian ulama menolak fahaman ‘wahdatul wujud’ kerana tidak ada seorang ulama pun yang mendakwa demikian. Istilah ini penting untuk kita fahami dari sudut sejarah agar kita tidak terikut-ikut dengan fahaman yang sesat dan mempertahankannya. Sebaik-baiknya kita ‘lari’ dari fahaman ini kepada fahaman yang suci dan murni dari kontravesi. Fahaman ‘wahdatul wujud’ juga di anuti oleh golongan syiah.
Perlu saudara fahami di Nusantara ini fahaman ‘wujudiyah’ menggambarkan fahaman ‘wahdatul wujud’. Dengan erti kata lain apabila di sebut fahaman ‘wujudiyah’ ia menjurus kepada ‘wahdatul wujud’. Juga perlu di ingat fahaman ‘wujudiyah’ adalah satu mazhab falsafah kesusateraan yang bersifat atheis yang berpengaruh pada kurun ke-20. Falsafah ini menganggap bahawa manusia mempunyai zat sendiri dan hakikat sendiri dengan iradatnya, mencipta perbuatannya dan menentukan sifat-sfatnya dengan kehendaknya secara bebas. Tanpa ada kaitan dengan Tuhan.
Shaikh Daud al-Fatani menyatakan ‘wujudiyah’ adalah sesat dan ramai pengkaji sejarah juga mengkaitkan ‘wujudiyah’ kepada Shaikh Hamzah Fansuri dan Shaikh Syamsuddin Sumatera dengan fahaman ini, padahal tidak begitu.
Golongan ini menganggap ”Tiada wujudku, hanya wujud Allah ” yakni bahawa aku wujud Allah. Mereka berkata ”Allah tiada maujud melainkan di dalam kandungan wujud segala makhluk”. Oleh itu golongan ‘wujudiyah’ tidak wajar digunakan untuk merujuk kepada golongan yang berpegang konsep ‘wahdatul wujud’.
Apa yang di sebut di dalam kitab-kitab sufi ialah .
1. al-Wujud Hakiki.
2. al-Wujud al-Wahmi.
3. al-Wujud Haqqi.
4. al-Wujud Khalqi.
5. Wajibal Wujud
6. Wujud Mumkinat.
7. Wujud Mutlaq
8. Wujud ‘Adam
9. Wujud Muqayyad
10. Wujud Mudhaf
11. Wujud huruf
12. Wujud Mahadh
13. Mustahil wujud
14. Wujud mudhaf
15. Wujud ‘am
16. ‘Ain wujud
17. Tajalli wujud
Jadi tiada di sana ’wahdatul wujud’ . Soalan saya
1. Oleh itu dari mana datangnya ’wahdatul ’wujud ?
2. dan kumpulan manakah hendak kita ketogerikan?
Sekian
Salam semua!
Tn. al-kelangi, perlu kita ingat bahawa kalau kita nak kaji banyak istilah yg berlegar2 dlm bidang keilmuan agama sebenarnya tiada pun wujud di zaman rasulullah s.a.w. Ianya terjadi selepas bertahun2 nabi wafat dan sesuai dgn perkembangan tamadun ilmu Islam itu sendiri. Istilah ‘fiqh’ pun wujud selepas nabi wafat. Yg penting ialah apa2 jua istilah dlm ilmu yg diperbincangkan tidak lari drp konsep sebenar yg berpandukan al-quran dan sunnah serta ijma’ ulamak dan qias. Sememangnya drp sudut perbahasan dan perbezaan pendapat memang berlaku di kalangan ulamak2 yg diakui tentang satu2 perkara yg diperselisihkan. Jgn taksub dgn satu2 pendapat tanpa kita meneliti sesuatu perkara dgn lebih mendalam dgn merujuk kpd pendapa2 ulamak2 yg lain.
Kalau difaham konsep wahdatul wujud ini dgn tidak bersesuaian dgn sifat2 Allah itu sendiri maka terang2 itulah wahdatul wujud yg batil. Perkataan maha esa itu sendiri yg kita iktiqad pada Allah iaitu pada zat, sifat, asma’ dan afaalNya pun perlu kita fahami betul2 supaya jangan sama dgn makhluk. Kalau kita kata perkataan esa itu sama dgn tunggal itu pun kira tak tepat sebab esa Allah tak bersamaan dgn tafsiran satu atau tunggal yg diertikan sama bagi semua yg kena jadi ataupun istilahnya makhluk. Maka jatuh kita menyamakan Allah dgn makhluk. Nauzubillah. Perlu kita ingat Allah tak bertempat dan berpihak. Tak bertempat dan berpihak macamana yg dikatakan pada Allah? Yg dikatakan esa pada Allah pula macamana? Semua ini ada definisi dan huraian yg jelas jika kita mengaji dgn guru2 yg pakar. Kalau kita tak dapat hurai perkara ini dgn sejelas dan setepatnya, bagaimana kita nak membezakan wahdatul wujud yg benar dgn yg batil? Cuba fikirkan sedalam2nya. Saya rasa saya sudah pun beri rujukan tentang perkara ini dlm topik “berguru”. Linknya adalah: http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/185 dan huraian lanjutnya, http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/189 . Saya setuju dgn komen pakciklii bahawa ilmu tauhid dan tasauf ini bukan ilmu cerita sahaja. Ilmu tauhid dan tasauf ini ialah ilmu yg ada huraian yg benar berpandukan quran dan hadis yg dapat kita fahami dgn akal dan juga ianya ialah ilmu dgn amal dan rasa batin. Barulah lengkap zahir dan batin. Dgn ilmu beserta amal maka dapatlah iman dan taqwa. Sekian, semoga kita beroleh taufik hidayah dan rahmatNya.
Salam semua!
Tn al-kelangi! Kalau kita lihat istilah2 yg berlegar2 dlm dunia ilmu tasauf ni banyak sebenarnya tak ada pun di zaman rasulullah s.a.w. Kebanyakan istilah2 tersebut muncul selepas nabi wafat dan ianya sesuai dgn perkembangan tamaddun ilmu Islam itu sendiri. Istilah ‘fiqh’ pun tak ada pada zaman rasulullah s.a.w. Perbezaan pendapat adalah lumrah tetapi jgn taksub pd pendapat tertentu tanpa mengkaji pendapat2 ulamak lain yg pakar. Yg penting semua istilah dlm ilmu Islam perlulah diakui dan selari dgn kefahaman murni Islam itu sendiri. Wahdatul wujud merujuk kpd wujud yg esa iaitu Allah Yg Maha Esa. Wahdatul wujud ada yg benar dan ada yg salah. Wahdatul wujud yg benar bersandarkan kefahaman tauhidul zat, sifat, asma’ dan afaalNya. Bukannya menyamakan Allah dgn makhluknya sebagaimana yg dipegang oleh org2 yg kufur dan zindik. Allah tak bersekutu dan tidak juga bercerai dgn makhluknya. Tidak bercerai dgn maksud wujud makhluk itu bersandarkan wujud Allah yg menjadikan makhluk dan tidak sama sekali terlepas drp kudrat dan iradatNya. Fahami maksud sebenar esa pada Allah. Kena tahu membezakan pegangan yg mana satu yg benar dan yg mana satu yg salah. Anda boleh rujuk penerangan panjang lebar di sini:
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/185 dan
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/189
Saya bersetuju dgn pakciklii berkenaan ilmu ini bukan setakat ilmu cerita sahaja. Ia ada kupasan ilmiah yg berdasarkan quran dan hadis supaya dapat kita faham. Ilmu pula perlu dgn amal barulah mendapat kekukuhan iman dan taqwa. Sekian, semoga mendapat taufik dan hidayah.
Cindai Merah1
Saya ingin bertanya benarkan ahli sufi berfahaman Wahdatul Wujud? Kemudian dari kitab mana dan sumbernya? Apakah ada pengakuan demikian? Benarkah istilah ’fiqh’ tiada dizaman rasulullah ?
Jawapanya: kalimah ’fiqh’ pernah diucapkan oleh Rasulullah dan ada juga di al-quran juga terdapat di dalam doa ma’thur seperti doa Rasulullah kepada ibnu Abbas. Saya beri contoh dibawah
اللهم فَقِّهْناَ فيِ الدِّين
وَمَنْ يُرِدِ اللهُ ويُفَقِّهُ في فيِ الدِّين
Hal ini kita tinggalkan dulu berbalik kepada wahdatul wujud.
PERTAMA:
Perlu saya jelaskan di sini ’Fatawa Shaikhul Azhar’ ke 40 Shaikh Abdul Halim Mahmud Guru Tariqat As-Syazali menyebut bahawa tiada seorang ulama sufi berfahaman demikian dan dari mana wujud fahaman wahdatul wujud?????. Beliau menjelaskan dengan panjang lebar dengan menyatakan bahawa fahaman wahdatul Wujud tidak wujud inilah pegangan yang diguna pakai oleh semua ulama sufi. Saya suka merujuk naskah Timur Tengah dari kalangan ulama yang muktabar, bukan ikut-ikutan.
Oleh itu jangan kita manipulasi istilah yang telah pun salah. Jika anda berkata: Ada wahdatul wujud yang benar dan ada wahdatul wujud yang salah, ada Hulul yang benar, ada Hulul yang salah, ada ilhad yang benar dan ada ilhad yang salah. Pada hal ketiga-tiga istilah tersebut iaitu hulul, ilhad dan wahdatul wujud adalah sesat dan tidak pernah sama sekali di ucapkan oleh ibnu Arabi atau ulama sufi. Saya juga tidak pernah dengar ada pula wahdatul wujud yang batil ada pula wahdatul wujud yang sahih. Oleh itu mengapa kita perlu perjudis kepada wahdatul wujud yang di bawa oleh musuh Islam dan sufi iaitu ibnu Taimiyah.
Kamu kata:
”Kalau kita kata perkataan esa itu sama dgn tunggal itu pun kira tak tepat sebab esa Allah tak bersamaan dgn tafsiran satu atau tunggal yg diertikan sama bagi semua yg kena jadi ataupun istilahnya makhluk. Maka jatuh kita menyamakan Allah dgn makhluk. Nauzubillah”.
Ini adalah terjemahan bukan istilah, tidak termasuk dalam apa yang saya perkatakan.
KEDUA:
Oleh itu tinggalkan fahaman yang sesat ini dan eloklah saya menyebut di dalam Al Mu’jam As-Sufi oleh Dr Abdul Mun’im al-Hifni. Kitab ini merupakan istilah-istilah sufi yang digunakan pakai di seluruh dunia. Beliau menyebut Wahdatul Wujud yang saya terjemahkan dengan bahasa yang mudah di fahami :
”Satu pandangan yang salah apabila menisbahkan wahdatul wujud dan juga ilhad kepada golongan ahli sufi dengan merujuk kepada kitab ’Insan Kamil’ karya Abdul Karim al-Jili. Apa yang kami itiqadkan bahawa ibnu Arabi, al-Jili, al-Halaj, Al-Bustami Ibnu Farid dan selain mereka menjelaskan tentang hakikat tauhid bukan ilhad atau hulul. Beliau menjelaskan lagi: Seharusnya kita menjauhi mazhab Wahdatul Wujud dengan sejauh-jauhnya dengan tasauf [mengaitkannya]. Salah satu hal yang salah apabila menganggap syatah [terlatah] di kalangan ahli sufi sebagai dalil itiqad wahdatul wujud seperti kata al-bustami سبحاني atu al-halaj أنا الحق
KETIGA:
Begitu juga di dalam ’Kitab Istilahat As-Sufi’ oleh Shaikh Abdul Razak al-Kasyi wafat 730H antara ulama sufi tersohor tidak menyebut di dalam kitabnya kalimah ’Wahdatul Wujud’. Beliau lebih mendahului Shaikh Abdul Karim al-Jili wafat 826H.
KEEMPAT:
Prof Dr Suaad al-Hakim menyebut teori Wahdatul Wujud yang disandarkan kepada ibnu Arabi bukanlah berasal dari beliau akan tetapi yang mengembar-gemburkan teori ini adalah pengkaji-pengkaji [sama ada barat mahupun yang anti sufi] menyenaraikan beliau sebagai fahaman tersebut. SILA AMBIL PERHATIAN!!!!
Oleh itu, suatu istilah yang telah pun sesat dan salah tidak mungkin adalah benar, minyak tidak boleh bercampur dengan air. Dalam pepatah Melayu : Jangan meneggakkan benang yang basah. Apakah mungkin Wahdatul Wujud itu ada yang sahih dan ada yang batil. Jika ia batil batillah, ia tidak mungkin boleh bercampur menjadi satu. Berdasarkan ungkapan ulama muktabar yang saya nyatakan jelaslah bahawa Wahdatul Wujud itu tiada dalam fahaman sufi dan tiada pula di sebut sabagai satu fahaman yang sahih.
Bahkan tidak keterlaluan pengaruh ini tersebar dan meresap di kalangan ulama kita di Nusantara seperti Shaikh Abdul Rauf Fansuri dalam karyanya ‘Kifayah al-Muhtajin ila Masyrab al-Muwahidin al-Qailin bi wahdatul Wujud كفاية المحتاجين إلى مشرب الموحدين القائلين بوحدة الوجود ertinya: Memberi Kefahaman Tentang Wahdatul Wujud dan Shaikh Syamsuddin Sumatera, akan tetapi selepas penyelidikan ternyata ia bukan fahaman sufi, cuma ia memberi kefahaman sahaja, setelah fahaman ini tersebar luas. Bahkan sebelum mereka pun belum ada yang menyandarkan istilah ini kepada ibnu Arabi. Silalah merujuk kepada ulama sufi yang muktabar, hindari dari berpaut pada laman internat yang tidak jelas.
Wallahu ’alam.
Slm tn al-kelangi!
Kena fahami wahdatul wujud yg benar yg mempunyai maksud wahdatul wujud dgn makna sahih yg tak bersalahan dgn quran dan hadis serta fahaman ahli sufi yg haq. Sudah pun dihurai dlm artikel yg saya linkkan. Kena baca berulang kali dgn teliti dan rujuk dgn org2 yg mahir. Ada tiga golongan org2 dlm hal wahdatul wujud ini:
1) Golongan yg berfahaman benar tentang wahdatul wujud iaitu dgn berpegang kpd tauhid yg haq tanpa sedikit pun berpegang kpd fahaman hulul dan ittihad.
2) Golongan yg berfahaman batil tentang wahdatul wujud iaitu yg berpegang pada fahaman hulul dan ittihad.
3) Golongan yg terkeliru dgn fahaman wahdatul wujud dgn memahaminya berdasarkan fahaman hulul dan ittihad semata2 lalu menolak dan menghukum sama rata semua fahaman wahdatul wujud tanpa dapat membezakan antara wahdatul wujud yg benar dgn wahdatul wujud yg batil.
Wahdatul wujud yg benar adalah terjemahan drp wahdatul syuhud. Kalau anda menolak fahaman wahdatul wujud yg jelas batil iaitu yg berfahaman hulul dan ittihad dan termasuk juga fahaman jabbariah, maka seluruh ulamak2 pun turut sama sepakat menolak dan mengkafirkan golongan ini. Semua rujukan yg anda kemukan yg menentang fahaman wahdatul wujud ini semua pihak bersetuju jika wahdatul wujud yg dimaksudkan itu, wahdatul wujud yg berpegang dgn fahaman hulul dan ittihad. Hakikatnya, tulisan anda tidak dapat membezakan golongan yg memahami wahdatul wujud dgn makna sahih secara benar dgn yg berfahaman hulul dan ittihad. Nampak sama tetapi isi kefahaman iktiqadnya berbeza sama sekali antara wahdatul wujud yg benar dgn yg batil. Ternyata anda termasuk dlm golongan yg ketiga spt yg saya sebut di atas iaitu org2 yg terkeliru dgn sebab salah faham spt petikan artikel yg saya telah link kan dahulu iaitu, “Wahdatul wujud : antara kebenaran dan kesesatan” spt di bawah ini:
“Golongan yang menolak Wahdatul-wujud ini lalu menghukum sesat orang-orang yang berpegang dengan Wahdatul-wujud ini. Golongan ini benar dari satu sudut, tetapi salah dari satu sudut yang lain. Mereka benar dari satu sudut kerana menolak Wahdatul-wujud dengan makna hulul dan ittihad ini kerana hulul dan ittihad adalah kesesatan yang nyata.
Namun, mereka salah dari sudut menyesatkan seluruh golongan yang berpegang dengan Wahdatul-wujud ini kerana majoriti para sufi dan ahli tasauf yang benar, yang bercakap tentang Wahdatul-wujud ini, tidak memahami Wahdatul-wujud ini dengan fahaman yang salah, iaitu dengan maksud hulul dan ittihad.”
Anda beri rujukan pendapat2 ulamak. Dalam artikel itu juga diberi rujukan pendapat2 ulamak2 yg muktabar. Lihat dgn teliti sumber rujukan. Perbezaan pendapat memang lumrah. Boleh saja pegang mana2 pendapat pun dgn huraian dalil2 yg jelas.Jgn taksub melulu dgn satu2 pendapat tanpa kita teliti kebenaran yg ada pada pendapat yg lain. Apatah lagi senang2 menyesatkan orang lain. Takut nanti yg sesat ialah orang2 yg menuduh itu sendiri. Perlulah adil dlm menilai hujah2 bernas org lain. Dengan sebab itu kalau kita nak faham dan hurai wahdatul wujud yg benar yg berpegang kpd tauhid yg murni tanpa hulul dan ittihad, mesti tahu kaedahnya. Wahdatul wujud bermaksud kesatuan wujud. Adalah lebih tepat kalau dikatakan sebagai keesaan wujud. Kerana itu sudah saya jelaskan kita kena tahu huraikan apa dia makna ‘ESA’? Apa makna ‘wajibal wujud’ dan wujud mutlak? Perlu dgn sejelas2nya huraian wahdatul wujud yg benar dengan kefahaman yg berkaitan dgn tauhidul zat, tauhidul sifat, tauhidul afaal dan tauhidul asma’ atau dlm bahasa yg mudah esa zat, esa sifat, esa afaal dan esa asma’ pada Allah. Kalau tak faham, tak tahu beza dan tak tahu hurai sudah tentu akan mengatakan sama sahaja wahdatul wujud, semuanya berfahaman batil. Tiada perbezaan langsung kerana semuanya iktiqad ketuhanan yg salah. Na’uzubillah. Saya tak mahu perpanjangkan lagi diskusi ini. Cukup di sini supaya jgn org lain yg lebih terkeliru sebab sudah panjang lebar diperbincangkan dlm artikel2 tersebut. Kalau anda tak faham, anda kena rujuk pada yg ahli dalam perkara yg diperbincangkan disini.
Salam Cindai Merah,
Banyak soalan yang saya kemukakan tidak terjawab oleh kamu. Bahkan kamu melencongkan soalan ke arah lain dengan mengulang-ulangi bahawa ada ’Wahdatul Wujud’ sahih dan ada ’Wahdatul Wujud’ yang batil. Baiklah saya ulangi dan saya tambah soalan?
Pertama: Dari mana datang perkataan ’Wahdatul Wujud’ sila beri penjelasan? Kamu tidak boleh mengatakan istilah itu tidak penting kerana tiada pada zaman Rasulullah, padahal hakikatnya yang sebenar adalah perkataan ini.
Kedua: Apakah benar ahli sufi berfahaman ’wahdatul wujud’ ?
Ketiga: Apakah dalil al-Quran, as-Sunnah yang di huraikan itu melambang atau membuktikan atau menunjukkan itulah ’wahdatul wujud’ ?
Keempat: Sila nyatakan nama-nama ulama yang berfahaman ’wahdatul wujud’ ?
Kelima: Apakah ungkapan ’wahdatul wujud’?
Keenam: Sila kemukakan buku atau kitab yang menjelaskan fahaman wahdatul wujud.
Sila jawab soalan ini!!!!!!
Pertama:
Sebagaimana telah dijelaskan fahaman dan perkataan ’Wahdatul Wujud’ ini sebenarnya tidak wujud. Dengan erti kata lain ’tak de’ ia muncul daripada pemikir dan penyelidik serta pengkaji tasawuf yang kemudian di ikuti oleh orang yang terkemudian termasuklah kamu sendiri dan juga orentalis dan orang kufar secara turun temurun. Apabila keadaan ini berlaku masing-masing cuba memberi penjelasan yang sahih lantaran itu muncul ’wahdatul wujud sahih’ dan ’wahdatul wujud batil.’. Saya pun tidak tahu dari mana muncul pula ’wahdatul wujud sahih’ dan ’wahdatul wujud batil. Kemudian berlaku khilaf begini dan begitu
Kamu berkata: ’Wahdatul wujud yang benar adalah terjemahan drp wahdatul syuhud’ dari mana fakta ini ?
Wahdatul Syuhud tidak dipertikaikan kerana ia di anuti oleh menjoriti ulama tasawuf yang di asaskan oleh Shaikh Ahmad Sirhindi, mujadid alaf Thani, tetapi memahami wahdatul wujud adalah terjemahan wahdatul syuhud di tolak
Kedua:
Telah dijelaskan bahawa ’Wahdatul Wujud’ tidak dianuti oleh ahli sufi bahkan tiada seorang pun menjelaskan di dalam kamus mereka. Saya bukan keliru dengan fahaman tersebut tetapi saya nyatakan bahawa fahaman ini tiada dalam kamus sufi dan fahaman ini tidak wujud, ia adalah hasil kajian barat dan Islam, sebagaimana yang dijelaskan oleh Shaikh Abdul Halim Mahmud, Syeikhul Azhar di dalam fatawanya katanya ”Dari mana datang pemikiran ’Wahdatul Wujud’ yang sesat dan salah ini.?.
Ketiga:
Hulul dan Ilhad memang ada di dalam kamus sufi dan dijelaskan oleh ibnu Arabi sendiri satu fahaman yang sesat di dalam kitab Tanzih, tetapi ’Wahdatul Wujud’ tidak dijelaskan dan tidak disebut bahkan ia adalah tambahan. Perlu saudara ingat di dalam kitab futuhat Makkiyah Imam As-Sya’rani menyebut di dalam lawaqi anuar qudsiyah لواقح الأنوار القدسـية :
Bahawa naskah kitab Futuhat Makkiyah yang di Mesir sekarang ini semuanya telah disalin berdasarkan naskah yang telah dimasukkan tambahan fitnah terhadap Syaikh [ibnu Arabi] yang mana ianya bercanggah dengan aqidah as-Sunnah wal Jamah sebagaimana juga apa yang telah berlaku kepada kitab Fusus al-Hikam dan lain-lain”
Jelaslah di sini bahawa banyak kitab ibnu Arabi telah diceroboh dan di tokok tambah yang palsu oleh puak zindiq dan batiniyah termasuklah fahaman ’Wahdatul Wujud’ ini yang barangkali tidak terkecuali. Hal ini telah dinyatakan oleh al-Muqri dalam Nafh al-Tayyib, ibnu al-’Imad al-Hambali dalam Syadharat al-Dhahab dan juga ibnu Haji Khalifah dalam Kasyfu az-Zunun.
Keempat:
Shaikh Doktor Abdul Munim al-Hifni menyebut di dalam al-Mu’jam as-Sufi halaman 258
ينبغي التنوية بشدة إلى أن مذهب وحدة الوجود بعيد كل بعيد عن التصوف، ومن الخطأ إعتبارات الشطح التي صدرت من بعض الصوفي دليلا على إعتقادهم بوحدة الوجود
Ertinya: Sayugia sangat-sangat disebutkan di sini agar menjauhi mazhab wahdatul wujud dengan sejauh-jauhnya dari sudut ilmu tasawuf, satu perkara yang menjadi kesalahan apabila mengambil kira perkataan syatah yang terbit dari ahli sufi itu sebagai dalil pegangan (itiqad) wahdatul wujud.
Jelas di sini, kita dikehendaki menolak dan menjauhi fahaman wahdatul wujud secara total tanpa mengira yang sahih atau yang batil.
Beliau menjelaskan lagi :
الوحدة التي يقول بها الصوفي هي وحدة شهود وليس وحدة الوجود
Ertinya: Al-Wahdah yang disebut oleh ahli sufi adalah wahdatul syuhud bukan wahdatul wujud.
Maksud Wahdatul Syuhud ialah
لا يشـاهد في الوجـود غيره
Ertinya: Tidak disaksikan (tersyuhud) dalam wujud selain-Nya.
Kelima:
Hujatul Islam, Imam al-Ghazali sendiri menolak fahaman wahdatul wujud di dalam kitabnya berjudul Misyatul Anwar beliau menyebut
لا من ذاته
Bukan dengan zat-Nya ( menunjukkan menolakan fahaman wahdatul Wujud)
Dalam kitab lain berjudul ‘Faisol at-Tafarruq baina islam wa Zindiq ertinya Perbezaan antara Islam dan Zindiq beliau hanya menjelaskan al-Wujud itu lima sahaja
1. Wujud az-Zati
2. al-Wujud al-Hissy
3. Wujud Khayali
4. Wujud al-‘Aqli
5. Wujud As-Syihi
Imam al-Ghazali tidak menyebut wahdatul wujud seandainya fahaman wahdatul wujud menjadi pegangan ahli sufi sudah tentu imam al-Ghazali terlebih dahulu atau orang pertama yang menghuraikan dan menganuti fahaman tersebut.
Bahkan beliau menemplak sebahagian ahli sufi yang sesat katanya :
أما ما قالوا بعض الصوفية من أنهم بلغوا حالة بينهم وبين الله تعالى أسقط عنهم التكاليف، فهولاء ممن يجب قتلهم
Ertinya: Adapun apa yang diperkatakan setengah ahli sufi bahawa mereka telah sampai satu hal (keadaan) di antara mereka dan Allah sehingga gugurlah taklif [tanggungjawab] ke atasnya [ seperti solat, puasa, zakat, haji ], mereka ini wajib di bunuh.
Barangkali inilah kumpulan fahaman Wahdtul Wujud yang ditujukan oleh imam al-Ghazali.
Sekian Wassalam.
masih beliau ada jawapan
SHAIKH NAZIM MENOLAK WAHDATUL WUJUD
Salam.
Saya rasa semua penduduk Malaysia kenal seorang ahli sufi yang mashyur dengan gelaran ‘Qutub Zaman al-Hakim’ beliau ialah Qutub Zaman al-Hakim al-Arif billah Shaikh Muhammad Nazim al-Haqqani an-Naqsahbandi. Riwayat hidup beliau memang banyak di tulis dan masih hidup sehingga kini. Pembaca boleh menaip ‘Shaikh Nazim al-Haqqani’ segala maklumat boleh diperolehi. Ketika beliau tiba di Selangor sewaktu Perasmian Masjid Shah Alam [Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah] saya berkesempatan menemuinya dan memohon ijazah zikir tahlil, pada waktu itu usia saya baru 18 tahun. Saya juga dapat melihat gambarnya sewaktu beliau berjumpa dengan guru saya Tuan Guru Haji Makruf Lenggeng. Memang tidak dapat dinafikan pengaruh beliau amat luas dan besar di Nusantara dan Eropah dan tidak perlu dipertikaikan lagi.
Beliau merupakan salah seorang pembasmi fahaman Wahdatul Wujud bahkan menyifatkan golongan ini sebagai jumud, bodoh dan tidak mempunyai akal. Penjelasnnya hanya menyebut al-Wujud Mutlaq bakan Wahdatul Wujud. Beliau juga menjelaskan hendaklah kita mensucikan Allah dari fahaman demkian.
Beliau membuat perumpamaan seperti TV yang dapat di lihat, yakni wujud gambar tapi sebenarnya tidak wujud gambar itu di dalam kotak TV yang kecil dan terhad yang tertakluk pada masa [siaran] dan tempat [lokasi pengambaran]. Jika manusia ini wujud hakiki mengapa muncul [dalam TV] kemudian hilang [apabila dimatikan].
Merujuk kepada karya beliau berjudul جامع الإرشاد الشريف halaman 339 dalam judul bertajuk الوجود الظاهرهو اتخاذ القدرة مظهر الكثيف
Beliau menyebut seperti berikut :
الوجود المطلق لواحد لا شريك له معناه لا يمكن لثان ولوكان بحجم الذرة
Ertinya: Wujud Mutlaq iaitu Esa tidak mensyirikan-Nya, maknanya tidak mungkin dua miskipun sebesar zahar.
حاشا يدعون بوحدة الوجود. وهذا قول من لا عقل له لأنهم محبوسون في سجن الزمان و المكان
Ertinya: Maha Suci [Allah] kepada mereka yang mendakwa Wahdatul Wujud. Dan perkataan ini merupakan dari kalangan orang yang tidak beraqal, kerana mereka memenjara [mengurung] di dalam penjara masa dan tempat. [seperti TV tadi]
Beliau menyebut lagi
كل الأقوام التي تدعي بالحلول ووحدة الوجود لا عقل له
Semua puak yang mendakwa Hulul dan Wahdatul wujud tidak mempunyai aqal (Bodoh)
Beliau menyoal kepada mereka yang berfahaman demkian
هل لنا أصلا وجود حتى تتحدث بوحدة الوجود معه، حاشا
Ertinya: Adakah kerana wujud kita ini, sehingga mengatakan bahawa wahdatul wujud itu bersama-Nya? Maha Suci Allah.
Wassalam.
Selesai Kalam Shaikh Nazim al-Haqqani.
salam :
tompang sikit/
wahdatul wujud dan satu lagi wahdatul syuhud.
Dua2 tu adalah istilah yang sulit di fahami orang biasa. tambahan pula keadaan orang yang memperkatakannya tanpa ilmu yang benar berkenaan kedua tersebut..sama seperti orang buta mencerikan pasal gajah.. mereka meyakini pendapat mereka masing2 adalah betol walhal semuanya salah belaka kerana mereka tidak nampak..Macam itulah juga keadaan orang yang memperkatakan mengenai wahdatul wujud sekarang kerana tidak mengalami rasa zauq wahdatul wujud itu. Tidak tahu langsung apa istilah wahdatul wujud tersebut.hanya sangkaan belaka kerana yang merasainya itu hanya beberapa manusia sahaja yang mengalami ahwal wahdatul wujud tersebut diantaranya Mansur Hussein AlHallaj dan Hamzah Fansuri. Hanya mereha berdua tahu sebenarnya apa itu wahdatul wujud..jika selain mereka hanya sangkaan sahaja..kecuali bagi yang dibukakan kasyaf oleh Allah Aza Wa Jalla terhadap ahwal tersebut..baik berdiam diri. Pepatah Arab mengatakan “bahawa manusia itu musuh bagi apa yang tidak di ketahui nya”.
wallahu aklamu bissawab.
………ALLAH MUHAMMAD ADAM………….( kitab Kasyful Asrar )
nampak sangat tak faham ALIF LAM MIM……
( kt arwah tg. Hj. Daud bkt Abal, Kelantan, tokoh sufi meninggal 1976……… ada 5 tempat dalam kitab kasyul asrar mesti di takwil……… sebab maknanya mengelirukan )…jgn utamakan kitab……utamakan Al Quran sebab ia MUKJIZAT tuhan. Jgn mengaji dgn org tp tuntutlah dgn guru yg HAK….insyALLAH akan dpt kebenaran.
Al Quran itu ada tuan & penjaganya….so rajin2lah berhubung dgnya kalau nak dptkan rahsianya…QURAN itu IMAM kita. ALIF MIM ALIF MIM ( imam ) itu apa maknanya..?
…ALIF – AWAL
…MIM – MUHAMMAD
…ALIF – AKHIR
…MIM – MUHAMMAD
Bukahkah alam dijadikan ALLAH utk diturunkan Al Quran ….tanpa Quran wujud alam takda maknanya….so dalamilah MUKJIZATUL QURAN, kalau ingin wusul kpd tuhan….tanpa jalan Quran jgn harap kita semua boleh sampai pd tuhan….di dalamnya sudah ada segala2nya……bukan senang nak berIMAN dengan Quran…kalau Quran tak pimpin kita ke jalan tuhan..
Ingat pesan YG. MULIA BAGINDA RASULULLAH SAW …….. berwasiat 2 perkara, Al Quran dan Hadis.
Saya terbaca satu artikel tentang Tarikat Ahmadiah Idrisiah Dandarawi. Dalam artikel itu mengatakan pengasas tarikat ini telah menerima amalan zikir ini dari Rasulullah secara “suri”.
Apa maksud atau erti “suri” disini.
Terima kasih.
Salam saudara azhar,kalau tidak silap saya yang dimaksudkan dengan suri itu adalah berjumpa secara langsong atau terus bukan melalui mimpi.
boleh menyatu dgn zat tapi tiada boleh menyatu dgn tuhan…sesiapa yg tidak tau ape itu tuhan dan ape itu zat maka dia ahli syirik khafi.
salam..tompang sikit.
Tuan belom faham apa itu zat dan apa itu Tuhan..
klu tuan nak faham kena belajar Makrifat yang dua macam..ia itu tuan kena faham apa itu hakikat yang Qadim dan yang Hadis. Hakikat Khalik Dan makhluk. dan apa itu ZAT ALLAH.