Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog saya.Ingin saya maklumkan walaupun agak lewat sedikit kerana masaalah hubungan internet saya bahawa Hj Harun yang menetap di Chukai Terengganu seorang pengusaha teras kayu dan pembuat cincin telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 8hb april 2010.Saya turut rasa bersedih kerana pada hari kejadian itu dimana beliau jatuh sakit  saya telah berkunjung kerumah beliau dan sempat berbual dengan beliau.Semasa saya tiba dirumah arwah pada jam 3 petang beliau masih sihat dan menyambut saya dengan baik serta peramah sekali.Pertanyaan beliau pada saya ialah “Dah makan ke belum ni kalau tak makan lagi mari kita makan dulu”Tapi saya katakan pada beliau saya sudah makan.Arwah menunjukkan kepada saya tempat tidor saya kerana saya berhajat bermalam dirumah beliau.Beliau menerang serta memberi banyak tunjuk ajar pada saya mengenai teras kayu sehinggakan cucu beliau Hafiz mengatakan dia(Hj Harun)dia keluarkan ilmu dia abang dan saya akui beliau memang banyak memiliki teras kayu dari pelbagai jenis.Beliau turut memberi kepada saya beberapa jenis teras kayu sebagai cenderahati.

Saya berbual dengan beliau dan mengambil beberapa catitan mengenai teras kayu dan diwaktu itu cucu beliau telah pun pulang.Semasa berbual beliau menanya saya apakah dapat saya membantu beliau dalam urusan teras kayu ini dan saya katakan insyaallah akan saya bantu dan kami berbincang mengenai urusan tersebut.Semasa berbincang itulah saya nampak beliau berubah kelihatan pucat.Beliau bangkit dan katanya mahu ketandas semasa beliau bangkit itulah saya sempat menyambut beliau daripada terjatuh dan baringkan beliau,sempat juga beliau berkata usah risau Pak Cik tak apa2.Saya talipon cucu beliau minta datang segera dan anak2 beliau yang lain turut datang dan membawa beliau ke hospital.

Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa keatas sesuatu,Allah izinkan saya bertemu dengan beliau sebelum beliau pergi dan Allahyarham sempat meninggalkan wasiatnya mengenai urusan teras kayu nya kepada seorang yang asing yang pertama kali bertemu dengan beliau dan insyaallah akan saya sampaikan kepada cucu dan anak beliau.Ucapan saya kepada beliau sebelum beliau pergi ialah silaturahim kita akan berkekalan.Saya akan sambungkan silaturahim itu kepada cucu dan anak2 beliau.Kepada sahabat dan pengunjung blog ini marilah kita fadiahkan Al Fatiha kepada Allahyarham Hj Harun.Al Fatiha