Assalamualaikum saudara2 yang saya hurmati diatas permintaan Pakciklii dan penghurmatan kepada TS dan sepenuh penghurmatan juga kepada ahlulbait,maka saya membuka satu entri baru iaitu diatas tajuk Wali Songo(9)Entri ini bolehlah digunakan untuk memuatkan segala info yang ada kaitan dengan sejarah/riwayat/biografi/salsilah Walisongo dan apa sahaja yang ada kaitan dengan Walisongo(9).Menghidupkan kembali sejarah perjuangan Walisongo setidaknya dapat memberi satu inspirasi kepada generasi muda dan juga kita yang dah berusia ini tentang perjuangan dan kebangkitan islam dinusantara ini dan perlu diingat bahawasanya sebahagian dari para wali itu adalah dari ahlulbait dan perlu juga kita ingat dan ketahui bahawa perjuangan mereka bukan sahaja tersebar di tanah Jawa bahkan merebak sehingga ke Tanah Melayu ini dan titisan darah keturunan mereka ada di Tanah Melayu ini dan jangan terkejut titisan itu juga ada dikalangan pihak istana yakni Raja2 Melayu bermula dari Sayyid Hussein Jamadil Kubra iaitu moyang Walisongo dan Raja2 Kelantan dan merebak ke negeri yang lain.Diharap entri ini mendapat restu serta kerjasama dari semua pihak dan diberkati Allah swt dan semuga kita semua mendapat syufaat Rasulullah saw.

About these ads